disember 2015

26
CELEBRATING PERSATUAN PUSTAKAWAN MALAYSIA’S (PPM’S) DIAMOND JUBILEE (1955-2015) : 60 YEARS OF LEADERSHIP AND COMMITMENT TOWARDS LIBRARIANSHIP IN MALAYSIA PPM’s Diamond Jubilee Chairperson, Dato' Zaiton Osman Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) which was established on 6th June 1955 is cele- brating its 60th anniversary this year. Dato’ Dr. Zaiton Osman acted as the Chairperson for ‘Celebrating PPM’s Diamond Jubilee and had called monthly meetings for the prestigious celebration. By: Dr. Nor Edzan Che Nasir PPM’S DIAMOND JUBILEE BERITA PPM Isu Jul - Dec 2015 ISSN 0128-0422 In conjunction with the Diamond Jubilee, PPM had co-organized with Perpustakaan Negara Malaysia, the Conference on Librarians for the Cyber World at Pull- man Hotel, Bangsar, Kuala Lumpur. PPM’s Diamond Jubilee 1-3 Knowledge Café PPM 4-6 Pelancaran Kempen 3B 7-8 Program Sijil Pembantu Perpustakaan Siri 2/2015 9-11 OCLC di Melbourne 12-13 IFLA di Cape Town 14-17 Aktiviti Anjuran PPM Kumpulan Sabah 18-21 PURCSI’s First Batch of Student Library Assistants 22 Workshop on Librarianship Competencies for SL 2015 23-25 INSIDETHISISSUE: PPM’s Diamond Jubilee

Upload: nguyennhi

Post on 22-Jan-2017

254 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Disember 2015

CELEBRATING PERSATUAN PUSTAKAWAN MALAYSIA’S (PPM’S) DIAMOND JUBILEE (1955-2015) :

60 YEARS OF LEADERSHIP AND COMMITMENT TOWARDS LIBRARIANSHIP IN MALAYSIA

PPM’s Diamond Jubilee Chairperson, Dato' Zaiton Osman

Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) which was established on 6th June 1955 is cele-

brating its 60th anniversary this year. Dato’ Dr. Zaiton Osman acted as the Chairperson for

‘Celebrating PPM’s Diamond Jubilee and had called monthly meetings for the prestigious

celebration.

By: Dr. Nor Edzan Che Nasir

PPM’S DIAMOND JUBILEE

BERITA PPM

Isu Jul - Dec 2015

ISSN 0128-0422

In conjunction with the Diamond Jubilee, PPM had

co-organized with Perpustakaan Negara Malaysia, the

Conference on Librarians for the Cyber World at Pull-

man Hotel, Bangsar, Kuala Lumpur.

PPM’s Diamond Jubilee 1-3

Knowledge Café PPM 4-6

Pelancaran Kempen 3B 7-8

Program Sijil Pembantu

Perpustakaan Siri 2/2015 9-11

OCLC di Melbourne 12-13

IFLA di Cape Town 14-17

Aktiviti Anjuran PPM

Kumpulan Sabah 18-21

PURCSI’s First Batch of

Student Library Assistants 22

Workshop on Librarianship

Competencies for SL 2015 23-25

INSIDE THIS ISSUE:

PPM’s Diamond Jubilee

Page 2: Disember 2015

The Conference was held on 13th September 2015 with a Pre-Conference Workshop on So-

cial Media in the Library. This was followed by the Conference on Librarians for the Cyber

World on 14-15 September 2015 with a keynote address by Aaron Mokhtar from CyberSecu-

rity Malaysia and 12 paper presentations covering the following themes - Developing Lifelong

Learning Skills via Libraries, Developing Competencies for 21st Century, Coping with Tech-

nology, and Leadership.

About 100 librarians from various libraries within Malaysia had attended the Conference and Pre-Conference Workshop. Apart from paper presentations, participants had engagement session with publishers through a panel discussion. Participants were also involved in a community of practice (CoP) session known as the Knowledge Café which promoted active interaction among them and facilitators.

Page 2

Beautiful ladies from PPM team

PPM’s Diamond Jubilee

Conference on Librarians for the Cyber World

Mr. Aaron Mokhtar, CyberSecurity Malaysia

Among gentleman from the audiences

Chairperson of Session1, Mrs. Putri Saniah

Page 3: Disember 2015

Page 3

PPM’s Diamond Jubilee

The highlight of the celebration was a Commemorative Dinner held on the night of 14th September 2015. Tan Sri Johan Jaafar was the guest of honor who officially announced the opening of the Conference. At the same time PPM launched three of its latest publications namely – Who who’s in Malaysian Librarianship, LegalCore and MediCore (2nd ed). The President of the Library Association of Singapore (LAS), Mrs. Judy Ng and Dr. Nor Edzan Che Nasir, the President of PPM were present to mark the occasion since both LAS and PPM are offshoots of the parent association namely the Malayan Library Group.

Front liners of PPM’s Diamond Jubilee 2015

Dr. Nor Edzan Che Nasir with Mrs. Maimunah Kadir Among the presenters of the conference

Dr. Basri Hassan Mr. Idris Rashid Khan Surattee Madam Zahra Al Junied

*For more pictures of the event, kindly refer to PPM’s social network account (Facebook).

Page 4: Disember 2015

PPM telah melaksanakan satu pendekatan baru yang berkonsepkan perkongsian dan peminda-han maklumat yang dikenali sebagai “Knowledge Café, PPM”. Program ini telah diperkenalkan pada 14 September 2015 di Hotel Pullman, Bangsar bermula 2.00 hingga 5.30 petang yang merupakan salah satu program semasa “Conference on Librarians for the Cyber World”. Per-sidangan ini diadakan sempena sambutan 60 tahun penubuhan PPM iaitu pada 6 Jun 1955.

Seramai 91 peserta telah dibahagiakan kepada

12 Kumpulan (6 - Perpustakaan Akademik, 1 – Perpustakaan Negara, 3 – Perpustakaan Awam dan 2 – Perpustakaan Khusus). Aktiviti ini telah mendapat maklum balas positif dari peserta per-sidangan. Kelainan yang dilakukan serta per-kongsian ilmu dan pengalaman perpustakaan masing-masing menjadi faktor penarik kepada sesi perkongsian yang diadakan.

Satu mesyuarat Post-Mortem telah diadakan

pada 8 Oktober 2015 di Bilik Mesyuarat, Pe-

jabat PPM. Oleh kerana maklum balas peserta

sangat baik dan sebagai kesinambungan pro-

gram, Knowledge Café ini akan diteruskan un-

tuk kebaikan ahli PPM sebagai medium per-

kongsian dan pindah ilmu antara ahli industri

kepustakawanan.

Page 4

Para peserta bersama fasilitator yang terlibat menjayakan “Knowledge Café PPM”

Knowledge Café PPM

Oleh: Puan Hasnita Ibrahim

KNOWLEDGE CAFÉ PPM

Page 5: Disember 2015

Satu perjumpaan susulan dengan ketua dan doku-

menter bagi 12 kumpulan diadakan untuk mengen-

alpasti isu yang diketengahkan dalam KMaya pada

14 September 2015 tersebut. Ini adalah kerana

Knowledge Café dianjurkan julung kali oleh PPM da-

lam kumpulan yang besar, maka isu yang

diketengahkan oleh setiap kumpulan agak kurang

jelas tambahan pula tempoh masa yang terhad.

Perjumpaan dengan ketua dan dokumenter telah

diadakan pada 27 Oktober 2015 di Wisma Berna-

ma. Seramai 16 orang telah hadir dan memberi

pelbagai maklum balas positif. Rumusan per-

jumpaan tersebut ialah mewujudkan Kumpulan

Knowledge Café dikenali sebagai Knowledge Café,

PPM Diamond Jubilee bagi semua yang menyertai

persidangan pada 14 September 2015. Kumpulan

ini akan diaktifkan selama 1 tahun (2016) di

bawah PPM. Syarikat Knowledge Connections telah

bermurah hati membenarkan penggunaan KMaya

selama setahun (2016) secara percuma.

Kumpulan ini akan menganjurkan aktiviti 3 kali se-

tahun. Kumpulan ini diberi kebenaran untuk melan-

tik seorang pegawai yang berkelayakan sebagai gate-

keeper iaitu Puan Aripah Mohamed (mantan

pustakawan UKM) untuk membuat rumusan kepada

isu dan cadangan penyelesaian. Jawatankuasa ini

akan menyediakan garis panduan dan mengadakan

bengkel bersesuaian. KMaya hanya boleh digunakan

oleh ahli Kumpulan Knowledge Café. Knowledge Café

PPM akan menganjurkan pelbagai aktiviti serta

bekerjasama dengan pihak lain.

Beberapa aktiviti telah diadakan seperti Bengkel

CoP “Renewing the Marketing Competencies" pa-

da 1 Disember 2015 di Perpustakaan Negara Ma-

laysia (PNM). Bengkel anjuran PNM dengan ker-

jasama PPM serta Syarikat Knowledge Connec-

tions ini telah diadakan di Bilik Syarahan Aras 5,

Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia

dihadiri oleh 33 orang peserta.

Mesyuarat ketiga Knowledge Café PPM telah di-

adakan pada 18 Disember 2015 di Wisma Berna-

ma. Fokus diberikan untuk merancang aktiviti

seterusnya untuk memberi penerangan serta cara

penggunaan KMaya kepada Ketua dan Dokumentor. Ahli Majlis PPM bersetuju melantik

YBhg. Dato’ Dr Zaiton Osman sebagai Pengerusi; Puan Maimunah Kadir, Puan Hasnita Ibra-

him dan Puan Geeta Albert sebagai Jawatankuasa Kecil. Jawatankuasa ini akan bergerak ak-

tif bermula tahun 2016.

Knowledge Café PPM

Page 5

Page 6: Disember 2015

Mesyuarat keempat membincangkan persediaan untuk bengkel yang akan diadakan pada 19

Januari 2016 di Pejabat Sekretariat PPM. Mesyuarat mengenalpasti agenda dan 3 tajuk relevan

dalam bidang kepustakawanan semasa Bengkel Knowledge Café yang akan diadakan di Per-

pustakaan Universiti Malaya.

Bengkel Knowledge Café telah diadakan pada 28 Januari 2016 di Perpustakaan Universiti Ma-

laya. Seramai 23 peserta telah hadir dan program bermula dengan ucapan dari Y.Bhg. Dato’

Dr. Zaiton Osman dengan judul “Why Knowledge Café?”. Puan Maimunah memberi taklimat

mengenai perjalanan perbincangan. Para peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu Kum-

pulan Perpustakaan Awam dengan tajuk (1) Marketing of Library Services; Kumpulan Per-

pustakaan Akademik dengan tajuk (2) As Liaison Officers to Faculty; dan Perpustakaan Khusus

dengan tajuk (3) Providing Reference Services in Special Libraries.

Usai sesi perbincangan, ketiga-tiga kumpulan membentangkan hasil perbincangan mereka. Pa-

da sebelah petang Cik Nor Takrim dari Knowledge Connections telah memberi taklimat ringkas

mengenai KMaya dan peserta bengkel mula memasukkan kandungan (contents) yang dibin-

cangkan dalam KMaya.

Ahli kumpulan Knowledge Café dialu-alukan untuk memasukkan input ke dalam KMaya menggunakan kata laluan yang diberikan. Ka-ta laluan tersebut boleh diperolehi dengan menghantar permohonan rasmi melalui emel kepada PPM ([email protected]).

Ahli kumpulan dapat mempertingkatkan per-kongsian ilmu, kepakaran dan pengalaman di perpustakaan masing-masing serta dapat

mengenalpasti best practices untuk mening-katkan kecemerlangan dan perkembangan dalam bidang kepustakawanan di Malaysia.

Page 6

Knowledge Café PPM

Page 7: Disember 2015

Page 7

Kempen 3B

Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) telah dijemput oleh Pertubuhan Berita Nasional Malay-

sia – Bernama untuk bekerjasama dalam satu program tanggungjawab sosial korporat yang

dikenali sebagai “Baca Bersama Bernama” atau 3B yang telah dilancarkan oleh Penaung

Kempen 3B, YBhg. Datuk Hjh. Raya Erom iaitu isteri kepada Menteri Komunikasi dan Multi-

media, Y.B. Datuk Seri Panglima Dr. Haji Mohd Salleh bin Tun Datuk Seri Panglima Haji

Mohd Said Keruak pada 10 Disember 2015.

Kempen ini merupakan kempen galakan budaya membaca dalam kalangan masyarakat Malay-

sia. Ini juga merupakan platform membina hubungan sosial dengan masyarakat dan merupa-

kan sebuah projek kerjasama dengan organisasi kerajaan, swasta dan NGO.

Fokus utama bagi projek 3B adalah menyumbangkan bahan bacaan untuk kegunaan golongan

sasaran iaitu golongan asnaf, orang asli dan anak-anak pelarian. Komponen utama ialah jam-

bori membaca, bank buku, penerbitan buku, pengumpulan dana, kempen promosi dan per-

pustakaan angkat.

Kempen yang bersifat berterusan ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada Per-

pustakaan Negara Malaysia (PNM), Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM), Perpustakaan Kua-

la Lumpur (PKL), Pusat Sumber Kementerian Komunikasi & Multimedia (KKMM), Majlis Buku

Kebangsaan Malaysia dan Perbadanan Kota Buku.

Oleh: Puan Hasnita Ibrahim

PELANCARAN KEMPEN 3B

Berikut merupakan objektif Kempen 3B:

Memupuk minat dan kesedaran kepada

golongan sasaran tentang kepentingan

membaca;

Merapatkan hubungan sosial antara Bernama

dan organisasi yang terlibat dengan golongan

sasaran;

Menanamkan budaya membaca kearah

melahirkan masyarakat berpengetahuan,

ketrampilan dan cemerlang dalam akademik;

Membuka minda masyarakat tentang

kepentingan Bernama sebagai media massa di

peringkat nasional; dan

Memperkembangkan konsep tanggungjawab

sosial (CSR) untuk memberi impak positif

berterusan kepada masyarakat.

Page 8: Disember 2015

Kempen ini turut dihadiri oleh Pengurus Besar Bernama sebagai Penasihat Kehormat I, Ketua

Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia sebagai Penasihat II, Presiden PPM sebagai Penasihat

III dan Jawatankuasa Pelaksana terdiri dari kalangan petugas Bernama iaitu Komunikasi Kor-

porat, Perkhidmatan Berita dalam Negeri, Unit Foto, Radio 24, BTV, Jualan Nasional, Portal

E-Dagang & Pemasaran Foto, Pusat Kecemerlangan, Bernama Kids’ 1Malaysia Club (BK1MC),

Akrab Bernama, Kelab Kakitangan Bernama (KKB), Benita (Puspanita), Kesatuan Pekerja-

Pekerja Bernama dan Pusat Maklumat & Perpustakaan Berita (InfoLibNews) serta Akrab

KKMM.

Pada petang pelancaran kempen, YBhg Datuk Hjh. Raya Erom telah membaca bersama Pengu-

rus Besar dan Ketua Pengarang Bernama serta ahli BK1MC. Seterusnya menandatangani foto

beliau semasa merasmikan majlis perasmian buku tulisan YBhg. Datuk sendiri.

Pusat Maklumat & Perpustakaan Berita (InfoLibNews), Bernama telah mengadakan Mini Kar-

nival Haiwan yang mana merupakan aktiviti galakan pinjaman buku dan penggunaan bahan

serta perkhidmatan perpustakaan. Menurut rekod, aktiviti peminjaman buku sebanyak 451

buah buku dan dikunjungi seramai ham-

pir 300 penyertaan yang mana 209 petu-

gas Bernama, dan 70 ahli BK1MC dan

selebihnya dari kalangan jemputan. Majlis

penyampaian hadiah kepada Peminjam

Buku Terbanyak bagi 2015, Peminjam Bu-

ku Bertuah serta ceramah, pameran dan

permainan yang bertemakan haiwan turut

diadakan. YBhg. Datuk Hjh. Raya Erom

juga berbesar hati merasmikan InfoLib-

News yang telah dinaiktaraf di tingkat 11,

Wisma Bernama.

Masyarakat dan pustakawan dialu-alukan untuk menyumbang bahan kepada Bank Buku se-

bagai sumbangan kepada golongan sasaran. Aktiviti Kempen 3B akan diwar-warkan kepada

ahli PPM dari masa ke semasa.

Kempen 3B

Page 8

Perasmian InfoLibNews Bernama oleh YBhg. Datuk Hjh. Raya Erom

Page 9: Disember 2015

Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) bekerjasama dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) melantik Penasihat, Penilai dan Fasilitator dalam bidang kepustakawanan untuk merangka modul sekaligus menganjurkan Program Sijil Pembantu Perpustakaan yang dil-aksanakan secara modular.

Program ini bagi Siri 1/2015 telah berjaya diadakan pada bulan Mac dan April 2015. Pen-yampaian sijil secara rasmi Pembantu Perpustakaan telah di diadakan pada 15 September 2015 di Hotel Pullman, Bangsar sempena Majlis Penutup Sambutan Ulangtahun PPM yang

ke-60 tahun iaitu “Conference on Librarians for the Cyber World”.

Program Siri 2/2015 ini juga telah berjaya diadakan pada 7 hingga 11 September 2015 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak. Modul 1 telah dihadiri oleh seramai 18 orang peserta dan Modul 2 dihadiri oleh 22 orang peserta. Manakala Modul 3 dan Modul 4 telah dijalankan di Perpustakaan Negara Malaysia pada 19 hingga 22 Ok-tober 2015. Peserta Modul 3 seramai 24 orang dan Modul 4 pula seramai 19 orang.

Pemberian sijil penuh bagi Siri 2/2015 telah diadakan pada 14 Disember 2015 di Audito-rium, Perpustakaan Negara Malaysia semasa Program Sumbang Saran PPM. Seramai 14 orang peserta mendapat sijil penuh Pembantu Perpustakaan bagi Siri 2/2015. Semua pe-serta yang lulus penilaian, menerima sijil kelulusan mengikut modul yang telah disertai masing-masing.

Page 9

Program Sijil Pembantu Perpustakaan Siri 2/2015

Oleh: Puan Hasnita Ibrahim

PROGRAM SIJIL PEMBANTU PERPUSTAKAAN SIRI 2/2015

Puan Siti Sumaizan Ramli (UPSI) Puan Shmsiah Abu Bakar (UM)

Puan Noor Lela Osman (PNM) Encik Mohd Firdaus Mat Desa (PNM)

Page 10: Disember 2015

Fasilitator yang mengendalikan Modul 1 hingga 4 adalah terdiri dari kalangan pustakawan

berpengalaman yang bertugas di Perpustakaan Negara Malaysia, perpustakaan akademik

dan perpustakaan khusus.

Modul 1 yang bertajuk Pengenalan kepada Perpustakaan dan Pembinaan Koleksi

/Perolehan Bahan disampaikan oleh Puan Hasnita Ibrahim dari Bernama dan Cik Rohaya

Umar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Fasilitator bagi Modul 2 iaitu Pengkata-

logan dan Pemprosesan Bahan terdiri daripada Puan Balqis Suja’ dan Encik Ahmad Junaidi

Tajuddin dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Manakala fasilitator bagi Modul 3 yang bertajuk Perkhidmatan Pelanggan dan Rujukan, Lit-

erasi Maklumat adalah Puan Shamsiah Abu Bakar dari Universiti Malaya (UM) dan Puan

Siti Sumaizan Ramli dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Modul 4 dengan judul

Pemeliharaan dan Pemuliharaan pula disampaikan oleh Puan Noor Lela Osman dan Encik

Mohd Firdaus Mat Desa dari Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).

Penasihat program adalah Puan Hjh Nafisah Ahmad dari Perpustakaan Negara Malaysia

(PNM), Dr. Nor Edzan Che Nasir dari Universiti Malaya (UM) dan Dr. Basri Hassan dari Uni-

versiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Penilai yang menilai nota dan soalan peperik-

saan keempat-empat modul adalah Profesor Dr. Abrizah Abdullah dari Universiti Malaya

dan Encik Zaihan Husin dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Sebanyak empat (4) kali perbincangan telah diadakan di Bilik Sekretariat PPM dengan

Penilai dan Fasilitator program pada tahun 2015 bagi menyelaras program ini. Setiap perb-

incangan merupakan usaha para penilai serta fasilitator dalam memperhalusi setiap modul,

bahan dan isi kandungan maklumat yang dibentangkan dalam program ini. Ketepatan infor-

masi serta keberkesanan setiap modul latihan juga diambil kira supaya program ini dapat

memberikan manfaat kepada setiap peserta untuk diaplikasi dalam kerja-kerja harian di in-

stitusi masing-masing.

Program Sijil Pembantu Perpustakaan Siri 2/2015

Peserta tekun mencatit nota maklumat dari fasilitator Tekun mendengar informasi dari fasilitator

Page 10

Antara para peserta yang hadir Lawatan ke ruang kerja di PNM

Page 11: Disember 2015

PPM bercadang untuk meluaskan program ini ke negeri luar dari Lembah Klang. Mengikut cadangan Program Siri 3/2016 akan diadakan pada Februari dan Mac 2016 di Perpustakaan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan, Sarawak.

Program ini bertujuan untuk menyediakan kakitangan separa profesional serta kakitangan sokongan untuk bertugas di perpustakaan, pusat sumber dan institusi maklumat. Oleh itu terpulang kepada organisasi masing-masing untuk memberi pengiktirafan sewajarnya kepa-da petugas yang lulus ataupun lulus dengan cemerlang. Memandangkan program penilaian ini mendapat sambutan yang baik, diharapkan program serta modul latihan secara profes-sional ini dapat diteruskan serta dikekalkan di masa akan datang demi kelestarian bidang kerja kepustakawanan.

Page 11

Program Sijil Pembantu Perpustakaan Siri 2/2015

Modul 1- Siri 2/2015

Modul 1- Siri 2/2015

Modul 3- Siri 2/2015 Modul 4 - Siri 2/2015

Latihan pemuliharaan bahan Latihan pemuliharaan bahan

Page 12: Disember 2015

Melbourne merupakan antara destinasi pelancongan yang terkemuka di Australia. Ia adalah sebuah ibu kota dan bandar paling ramai penduduk dalam salah sebuah negerinya iaitu

Victoria dan juga bandar kedua paling ramai penduduk di Australia. Nama ‘Melbourne’ merujuk kepada kawasan aglomerasi yang merangkumi 9,900 kilometer persegi yang terdiri daripada kawasan metropolitan yang luas dan juga sebagai nama untuk pusat bandarnya.

Sejajar dengan tarikan pelancongan yang ada, Melbourne juga dikenali sebagai sebuah ban-dar yang terkenal dengan perkembangan pendidikan yang pesat serta mempunyai pelbagai sekolah dan institusi pendidikan terbaik di negara ini. Sesuai dengan perkembangan terse-but, tahun ini Melbourne dipilih untuk menjadi tuan rumah sebuah acara yang menghim-punkan lebih 400 delegasi dari pelbagai negara bagi menghadiri OCLC Asia Pacific Regional

Council Conference.

Program ini adalah suatu program tahunan yang memberi peluang kepada ahli-ahlinya yang datang daripada perpustakaan dari seluruh dunia untuk meneroka trend yang membentuk masa depan perpustakaan. Bagi menggalakkan percambahan idea, OCLC turut mengumpul-kan para penceramah yang terpilih dan arif dalam bidang mereka. Ia berlangsung bermula 3 hingga 4 Disember 2015 di Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT University) yang terletak di Melbourne. Pada tahun ini, tema ‘The Power of Worldwide Cooperation’ telah dipilih dalam usaha untuk mengukuhkan rangkaian antara perpustakaan selain meneroka peluang-peluang terbaik untuk memperkembangkan bidang kepustakawanan didalam persekitaran globalisasi.

PPM jelajah Melbourne hadiri OCLC Asia Pacific Regional Council Conference di Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT University)

Page 12

Bergambar beramai-ramai di hadapan bangunan State Library of Victoria

OCLC di Melbourne

Oleh: Puan Faridah Muda

OCLC DI MELBOURNE

Page 13: Disember 2015

Melihat kepada kepentingan persidangan ini kepada perpustakaan, Persatuan Pustakawan

Malaysia (PPM) telah mengadakan pakej bagi menghadiri persidangan tersebut. Ia membuka

peluang kepada para pustakawan dari seluruh Malaysia untuk hadir di bawah payung PPM

dan dalam masa yang sama dapat mempromosikan PPM kepada dunia kepustakawanan di

luar Malaysia.

Seramai enam orang peserta telah menyertai pakej PPM pada kali ini iaitu Puan Rohani Oth-

man, Ketua Pustakawan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Puan Faridah Muda

(Timbalan Ketua Pustakawan UniSZA), Puan Rohaya Yahya (Pustakawan Kanan, Perbadanan

Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT)), Dr. Alina Abd. Shukor (Hospital Beaufort, Sabah),

Datin Diana Mohd Muhidin dan Puan Rafidah Ibrahim dari NM13 Sdn. Bhd.

Turut menyertai persidangan ini ialah Dr. Nor Edzan Che Nasir, Ketua Pustakawan, Per-

pustakaan Universiti Malaya. Beliau yang juga merupakan Presiden PPM telah memben-

tangkan kertas kerja bertajuk “Together–We Make Breakthroughs Possible: Breakthroughs in

Asia Pacific” pada hari kedua persidangan berlangsung. Selain itu, beliau juga menganggotai

Jawatankuasa Eksekutif OCLC Asia Pacific Regional Council bagi tahun 2015-2016.

Sejak enam tahun yang lalu, persidangan ini telah menjadi saluran penting untuk tadbir

urus serta jalinan kerjasama antara perpustakaan seluruh negara, di mana ahli-ahli dari

rantau ini boleh mengemukakan pandangan dan berkongsi idea mereka dalam mendepani

cabaran pengurusan perpustakaan yang semakin hebat dewasa ini.

Selama dua hari persidangan, sebanyak 13 kertas kerja telah dibentangkan. Selain pemben-

tangan kertas kerja, persidangan selama dua hari itu turut dipenuhi dengan pelbagai acara

sampingan lain termasuklah Libraries Australia Forum, OCLC Research Partners Meeting, user

group meetings dan lawatan ke perpustakaan.

OCLC di Melbourne

Delegasi dari Malaysia di hadapan bangunan State Library of Victoria berdekatan dengan RMIT University

Bersama-sama dengan Urus Setia dari OCLC (UK) Limited di Melbourne, Victoria bergambar di sekitar RMIT University

Page 13

Berada di salah satu kawasan rekreasi dalam kawasan RMIT

University di mana tempat makan tengahari disediakan

Bersama delegasi dari Chiang Mai dan Thailand di Taman Na-tional Gallery of Victoria

Page 14: Disember 2015

Page 14

IFLA di Cape Town, Afrika Selatan

IFLA World Library and Information Congress (IFLA WLIC) kali ke-81 telah diadakan pada 15-

21 Ogos 2015 di Cape Town, Afrika Selatan dengan bertemakan “Dynamic Libraries, Access,

Development, Transformation”. Sebagaimana persidangan yang lepas, Persatuan Pustakawan

Malaysia (PPM) telah menjayakan Pakej ke Persidangan IFLA pada kali ini. 7 peserta IFLA dari

Malaysia terdiri daripada Puan Hajah Faridah binti Hj Md. Amin, Ketua Pustakawan, Universiti

Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Encik Mohammed Dzulkarnain bin Abdul Karim, Ketua

Pustakawan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Encik Ali bin Abd Rahim, Tim-

balan Ketua Pustakawan Kanan, Universiti Sains Malaysia (USM), Cik Sarifah binti Abdullah,

Timbalan Ketua Pustakawan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Puan Siti Fati-

mah binti Hashim, Pustakawan Kanan, Universiti Sains Malaysia (USM), Puan Norliza binti

Mohd Nordin, Pustakawan di Kementerian Kewangan Malaysia dan Encik Razak Rambili,

Pustakawan, Pustaka Negeri Sarawak (PNS).

Kami bertolak pada awal pagi 14 Ogos 2015 dengan menaiki pesawat Emirates dan transit di

Dubai selama 2 jam sebelum perjalanan di Cape Town yang mengambil masa 9 jam dari Du-

bai. Setibanya di Cape Town kami terus ke Commodore Hotel berdekatan dengan Waterfront

yang merupakan mercu tanda Cape Town.

Pada hari ke-2 kami di bawa ke beberapa tempat bersejarah seperti Castle of Good Hope, The

Cultural History Museum, Table Mountain, Boulders Penguin, Ostrich Farm, Cape of Good

Hope dan Perkampungan Melayu Cape. Kami juga melawat kedai gem stones serta pusat mem-

beli belah (dan salah seorang dari kami telah membeli sebuah cincin bernilai tinggi). Cape

Town merupakan tempat keindahan alam yang cantik tetapi agak ganjil bagi pelancong yang

pertama kali ke sana. Bagaimanapun, ia merupakan pengalaman yang sangat menarik.

Pada hari ke-3 iaitu pada 16 Ogos 2015, pada awal pagi kami menuju terus ke Cape Town In-

ternational Convention Centre untuk pendaftaran peserta IFLA WLIC dan seterusnya ke

“Newcomers Session” bagi peserta yang julung kali hadir untuk mendapat penerangan

mengenai IFLA dan diikuti Majlis Pembukaan IFLA WLIC . Majlis pembukaan telah dirasmikan

oleh Nathi Mthethua, Menteri Kesenian dan Kebudayaan, Afrika Selatan. Pembukaan IFLA

WLIC penuh dengan mesej-mesej berlatarbelakangkan benua Afrika dalam konteks perpaduan,

keamanan, keindahan alam flora dan fauna serta kemajuan Negara Afrika. Maklumat disam-

paikan secara penceritaan yang dinamik oleh G. Cina Mhlophe, seorang penulis buku, pelakon

dan pemuisi yang tersohor di Afrika Selatan.

Oleh: Encik Mohammed Dzulkarnain Abdul Karim

PERSIDANGAN IFLA 2015 DI CAPE TOWN, AFRIKA SELATAN

Perlepasan di KLIA Perkampungan Melayu Cape

Page 15: Disember 2015

Opening address telah disampaikan oleh Sinikka

Sipila, President IFLA, manakala keynote speaker

merupakan ahli fizik nuklear yang terkenal iaitu

Rob Adam. Beliau berkongsi maklumat mengenai

projek terbaharu di Africa Selatan iaitu “Big Data

Storage” yang amat berkaitan dengan pustaka-

wan pada masa ini dan akan datang. Acara pem-

bukaan diakhiri dengan tarian-tarian serta nyan-

yian tradisional oleh peserta Afrika Selatan ber-

konsepkan ilmu pengetahuan melalui pembacaan

dan penulisan. Ia merupakan satu persembahan

yang sarat dengan mesej keilmuan.

Parallel session iaitu pembentangan kertas kerja berkaitan ilmu perpustakaan dan maklumat

sedunia diteruskan sehingga 20 Ogos 2015. Poster session telah dianjurkan pada hari ke-4

persidangan berlangsung. Salah seorang peserta iaitu Encik Razak Rambili dari Pustaka

Negeri Sarawak telah diterima oleh IFLA, WLIC untuk mempamerkan Poster Session bertajuk

“ Outside of the Library Box”. Tahniah kepada beliau kerana terpilih mewakili Malaysia.

Terdapat juga pameran produk sistem serta

pangkalan data berkaitan dengan perpustakaan

dan sains maklumat seperti Elsevier, OCLC,

Project Muse, Oxford University Press, IEEE Ex-

plore, SAGE, SpringerVerlag, Zeutschel/ First

Coasted dan lain lain .

Buat julung kali juga Perpustakaan Negara Ma-

laysia (PNM) dengan kerjasama Pustaka Negeri

Sarawak dan Perbadanan Perpustakaan Awam

Negeri Selangor (PPAS) telah berpeluang menga-

dakan pameran untuk meningkatkan per-

kongsian ilmu di persidangan antarabangsa ini.

Pada malam ke-4 cultural evening diadakan bagi meraikan semua peserta IFLA WLIC. Acara

makan malam diserikan dengan pertunjukan kebudayaan Afrika Selatan. Hidangan makan

malam masakan Melayu Cape Town turut dihidangkan. Cultural evening ini amat meriah

sekali dan kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan peserta-peserta dari

Negara Afrika yang memakai baju kebangsaan masing-masing yang amat unik.

IFLA di Cape Town, Afrika Selatan

Page 15

Rob Adam, Opening Session Keynote Speaker

G.Cina Mhlophe (kiri) menari bersama delegasi

Bersama para peserta persembahan cultural evening

Page 16: Disember 2015

Page 16

IFLA di Cape Town, Afrika Selatan

Di antara kertas pembentangan semasa persidangan IFLA 2015 Cape Town yang diikuti para peserta

adalah seperti berikut:

● IFLA Market- The WOW Factor! What Makes a Great Public Library?

● Strong Libraries, Strong Societies: Access, Development and Transformation

● Measuring the Impact of Access to Information and Development- Library Theory and Re-

search with Statistics and Evaluation

● National Bibliographies Transformed: Matters Relating to the Legal Deposit of Electronic Re-

sources

● Literacy Matters! The Importance of Literacy and Reading in the Creation of Strong Societies

– Literacy & Reading

● Building Bridges between Libraries and Research Data

● The Ethics of Access: Exploring Copyright, Licensing and Privacy in the Digital Environment-

CLM & FAIFE Joint Programme

● Dynamic Transformations and Developments in the World of Serials and Other Continuing

Recourses- Serials and Other Continuing Resources

● SC II Academic and Research Libraries

● The Challenge of Discovering Science and Technology Information- Science and Technology

● Knowledge Café “Continuous innovation and Transformation of Libraries and their Commu-

nities”- Knowledge Management and Library and Research Services for Parliaments

● Change and Sustainability- Breaking Paths for a World of Balance- Knowledge Management

● Libraries as Publishers: a New Role in Collection Specialist- Acquisition and Collection Devel-

opment

● Modeling Bibliographic Information for a Web of Data: Challenges and Achievement- Cata-

loguing

Opening Address oleh Sinikka Sipila,

President IFLA

Hari pertama persidangan IFLA

Page 17: Disember 2015

Sebelum bertolak pulang ke Malaysia pada 21 Ogos 2015, kami berkesempatan melawat Per-

pustakaan University of Cape Town dan National Library of South Africa, Cape Town.

Kami telah mendapat banyak manfaat dan tambahan ilmu pengetahuan serta pengalaman

hasil dari menghadiri persidangan IFLA ke-81 di Cape Town ini. Jaringan rangkaian dan per-

sahabatan telah terjalin antara para peserta dari pelbagai negara di dunia. Pengalaman terin-

dah adalah dapat merasai dan mengenali kebudayaan masyarakat benua Afrika khususnya

Afrika Selatan.

IFLA di Cape Town, Afrika Selatan

Page 17

Pada hari ke-5 dan ke- 6, para peserta mengikuti sesi parallel dan acara penutup IFLA WLIC.

Di akhir majlis persidangan, telah diumumkan bahawa IFLA WLIC kali ke-82 akan diadakan

di Ohio, Amerika Syarikat iaitu pada tahun 2016 dan IFLA WLIC ke-83 akan diadakan di

Wroclaw, Poland pada tahun 2017.

Berlatarbelakangkan Table Mountain Masjid di Cape Town

Poster session; Outside of the Library Box oleh Razak Rambili

Di hadapan National Library of South Africa Cape Town Campus

National Library of South Africa Cape Town Campus

Page 18: Disember 2015

Sepanjang tahun 2015, PPM Kumpulan Sabah telah berjaya menganjurkan dan melaksanakan enam (6)

aktiviti yang telah dirancang. PPM Kumpulan Sabah diketuai oleh Encik Zawawi Tiyunin dari Universiti

Malaysia Sabah (UMS) dan dianggotai oleh 11 orang ahli dari pelbagai institusi iaitu Universiti Malaysia

Sabah (UMS), Perpustakaan Negeri Sabah (PNS), Yayasan Sabah, UiTM Sabah dan Politeknik Sabah.

Page 18

Aktiviti Anjuran PPM Kumpulan Sabah

Oleh: Encik Zawawi Tiyunin

AKTIVITI ANJURAN PPM KUMPULAN SABAH

14 Februari 2015

Mengadakan program bersama warga Sekolah

Rendah Timbang Kota Belud Sabah. Seramai 30

orang peserta mengikuti program kali ini, program

ini merupakan anjuran UMS dengan kerjasama

PPMKS

2. Projek Amal

Sempena

Sambutan

Maulidurrasul

SK Timbang, Kota Belud, Sabah

Politeknik Kota Kinabalu, 9-11 Mac 2015

Mengadakan pameran PPM Kumpulan Sabah sempena Kempen

Galakan Membaca di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah.

1. Pameran PPMKS

Page 19: Disember 2015

Page 19

Aktiviti Anjuran PPM Kumpulan Sabah

Bandung & Jakarta, Indonesia, 19-23 April 2015

Seramai 25 orang peserta program dengan kerjasama Perpustakaan UMS dan Fakulti Psikologi dan Pendidikan UMS melibatkan Lawatan ke Perpustakaan Universitas Padjadjaran dan Universitas Mercu Buana, Indonesia.

3. Program Jejak Ilmu “Silaturrahim Akademik

Menyongsong Komuniti ASEAN 2015”

4. Program Literasi

Maklumat

Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad, Yayasan Sabah, 02 Oktober 2015

Bengkel Literasi Maklumat telah dianjurkan untuk para pelajar Kolej Yayasan Sabah & Kolej Universiti Yayasan Sabah. B e n g k e l i n i melibatkan 25 orang peserta.

Page 20: Disember 2015

Page 20

Aktiviti Anjuran PPM Kumpulan Sabah

Beaufort & Labuan, Sabah, 19-20 September 2015

Program Kembara Merdeka bersama Keretapi Negeri Sabah dan Feri Labuan sempena

Sambutan Hari Malaysia 2015 dianjurkan melibatkan 107 peserta. Perjalanan daripada Kota

Kinabalu - Beaufort – Labuan. Dengan kerjasama Politeknik Kota Kinabalu, Universiti

Malaysia Sabah, Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah, Perpustakaan Negeri Sabah,

dan Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad, Yayasan Sabah.

5. KEMBARA MERDEKA SIRI KE-3

Program Literasi

Maklumat di

Perpustakaan Negeri

Cawangan Beaufort

Program

Percambahan Minda

bersama Pusat

Matrikulasi Labuan

Lawatan ke Universiti

Malaysia Sabah

Kampus Antarabangsa

Labuan

Antara aktiviti-aktiviti

yang dilaksanakan;

Page 21: Disember 2015

Page 21

Aktiviti Anjuran PPM Kumpulan Sabah

Bengkel Pengorganisasian Bahan Media Sumber

Elektronik & Terbitan Bersiri Berasaskan RDA

(Resource Description and Access), diadakan di

Jabatan Teknologi Multimedia dan Komunikasi

(JTMK), Universiti Malaysia Sabah dengan

kerjasama Perpustakaan Universiti Malaysia

Sabah (UMS) dan Innovative Interface Inc.(iii).

Universiti Malaysia Sabah, 6-8 Oktober 2015

6. BENGKEL RDA

Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai Universiti Awam, Kolej, Jabatan dan

Sekolah di Sabah telah menghadiri program tersebut.

Page 22: Disember 2015

Page 22

The Perdana University (PU) Library had held a simple event to honour 7 student library assis-

tants as a token of appreciation for their services to the library. On 21st September 2015, the

library’s opening hours was extended from 8.30 am to 9.00 pm daily from Monday to Friday.

Prior to this the opening hours was only 8.30 am to 7.00 pm daily from Monday to Friday. This

was made possible when 7 PURCSI students came forward to volunteer their services with the

help of Solomon, SRC President who managed to get their names as volunteers. The minimum

requirement for them to serve

is for a minimum of 20 hours.

However, a minimum hours

clocked in was 23 hours and

maximum was 36 hours. The

library created a WhatsApp

group called Friends of the

Library as a tool for communi-

cation between the students

and the librarians.

A simple presentation ceremo-

ny to give away certificates in

appreciation of their contribu-

tions to the library services was

held on 7th January at 5pmin Board Room 1. The students are: Amir Safwat bin Mohd

Sapihie, Gaanesh a/l Subramaniam, Gogillan a/l Anpalagan, Logan Ghanesh a/l Karu-

nakaran, Raja Muhammad Nur Saifullah bin Raja Omar, Rajwin Raja a/l Kanagara-

jah&Sathish Jaya Kumar. The presentation of certificates was done by PU’s Vice Chancellor,

YBhg. Prof. Dato’Dr. Syed Ahmad Hussein and witnessed by Mrs. Norpisah Mat Isa, the Regis-

trar, Prof. K.G. Rampal, Dean of PUGSOM, Prof. David Adams, Dean of PURCSI and Prof. Mo-

hammad Moshaddeque Hossain, PURCSI representative for the Library Committee. The stu-

dents library assistants ended their services because they will start their clinical clerkship from

11th January 2016. We hope other students will follow their exemplary volunteer services by

giving their names as the second batch of new students library assistants.

By: Mrs. Maimunah Kadir

BRAVO TO PURCSI’S FIRST BATCH OF STUDENT LIBRARY ASSISTANTS

Picture together with the student volunteers

PURCSI’s First Batch of Student Library Assistants

Presentation of certificates by PU’s Vice Chancellor, YBhg. Prof. Dato’Dr. Syed Ahmad Hussein

Page 23: Disember 2015

Page 23

Workshop on Librarianship Competencies for Special Library 2015

By: Petroleum Resource Centre (PRC) PETRONAS

WORKSHOP ON LIBRARIANSHIP COMPETENCIES FOR SPECIAL LIBRARY (SL) 2015

A 2 day Librarianship Competencies Workshop was organized by Petroleum Resource Centre (PRC) PETRONAS in collaboration with Special Library Committee, PPM on 15th – 16th Decem-ber 2015 at Petroleum Resource Centre (PRC) in PETRONAS Twin Towers, KLCC. The workshop was attended by 42 librarians from the Special & Corporate libraries and also some from aca-demic libraries.

The intent of the workshop is: I. To discuss and deliberate key challenges in measuring librarian competencies in sustaining

library performance for supporting business change. II. To leverage on sharing of best practices as a means of sustaining Library performance. III. To provide platform for networking and strengthen collaboration. IV. To establish competency guideline for Special Library.

The workshop was officiated by Mrs. Nelly Francis Shariah, Head of Education Department & Learning Unit, PETRONAS. In her welcoming remarks, she mentioned that a library or Resource Centre nowadays have to play bigger roles, i.e. not just to manage information and knowledge but being the catalyst in capability building for librarians. Bigger roles meaning bigger challenges that require the librarians nowadays to acquire new skills and knowledge and at the end of day, the right competencies for the librarians to carry out and their enhanced roles effectively and efficiently.

The first day started with a presentation from 4 invited speakers. The first speaker was the former Head of Palm Information Centre, Malaysian Palm Oil Board (MPOB), Datin Mardhiah Md Zain with her presentation entitled “Industry Perspective on challenges in librarianship capability building”. The second speaker, Mr. Ismail Isa, Head of Resource Development & Organisation, Petroleum Resource Centre (PRC) PETRONAS shared his presentation on “Librarian capability building at a corporate library”. Mr. Azhar Sulaiman, the actor cum entrepreneur shared his thoughts on Library interior design – An expert talks ”. The session continues after lunch with the last speaker Assoc. Prof. Fuziah Mohd Nadzar, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam with her presentation on “Librarianship program development - issues and challenges”

Page 24: Disember 2015

Page 24

Workshop on Librarianship Competencies for Special Library 2015

In Datin Mardhiah’s presentation, one of the issues that she highlighted was the need for libraries to work hard to maintain and proof its existence especially in an organization. She talked about the concept of Pub-lish or Perish; i.e the expectations of Libraries to come out with research and project papers to maintain li-brarians’ professionalism and to be seen as relevant in the organization. Librarians are also expected to do re-search and to think-out-of the box.

Mr. Ismail Isa, the second presenter shared

PETRONAS experience in developing Librarians’ competencies. PETRONAS as shown by Mr. Ismail, sees that the capability building is important to all PETRONAS’s staff as such that PRC, under the Li-brarian Functional Skill Group Area (FSA) has al-ready established it’s own set of competencies and assessment sessions that is compulsory to all the Librarians in PETRONAS. Apart from the competen-cies and assessment, the career path is also deter-mined upfront for Librarians.

The floor gets so excited later in the afternoon with a presentation by Mr. Azhar Sulaiman, Malaysia very own actor and entrepreneur. In his SMILE (S = System-atic; M= Motivating; I=Intersection; L=Learning and E=Exciting) he encouraged all participants to use them as a guideline in interior design planning. As he repeat-edly mentioned that a library to be ‘lesu’ and ‘banyak dosa’ i.e too many no-no. A library should be alive and trendy, a hot spot for all—how one should turn the li-brary to be the most interesting and required place or unit in the organization. As a service provider, libraries

should be focusing on users’ requirements and how us-ers want the librarians to be.

The last speaker, AP Fuziah mentioned that the Special Librarians are not born during their librari-anship undergraduate studies. They are developed as a Special Librarians by the organisation that they are serving, the challenges that they faced in serving the organisation trained them. She also mentioned about the competencies that the Librarians require, i.e. the Personal Competencies and Professional Competencies which includes attitude, the skills and values, to have the passion and to love what we do. The core competencies will be the anchor to both the professional and personal competencies and by having continuous education, librarians can im-prove themselves.

The sessions continues with presentations from each group on their proposed core competen-cies and level of proficiencies. In between the session, the management game was organized which challenged the librarians’ creativity skill. Group No. 2 facilitated by Mrs. Harizam Mahalil of Malaysian Insurance Institute (MII) bagged the first prize and won a token of appreciation for each of the members.

Datin Mardhiah Md Zain presented her Industry

Perspective on challenges in librarianship capability

Sharing on librarian capability building for corporate

library by Mr. Ismail Isa, Head of Resource Development & Organisation, PRC

Mr. Azhar Sulaiman with his SMILE technique

AP Fuziah shared all her experiences and ideas with

participants

Page 25: Disember 2015

Page 25

Workshop on Librarianship Competencies for Special Library 2015

All core competency proposed and discussed during the workshop will be refined further and shared to identify the most appropriate set of competencies for the librarians. These core com-petencies, once finalized, will be shared with all librarians as a guide and benchmarking tools in enhancing their capabilities.

The workshop was adjourned with the closing remarks from Head of PRC who thanked and con-gratulated the participants for their participation and also the Special Library Committees (SLC), Persatuan Pustakwan Malaysia (PPM) and the organizing committees from PRC, Biotech Corporation Sdn Bhd (BRC), Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Malaysian In-surance Institute (MII), Insitute of Diplomacy and Foreign Relations (IDFR) and Malaysi-an Agricultural Research and Development Institute (MARDI) contribution. She also hope for other similar events in future in enhancing the knowledge and skills of the librarians.

Pictures

Workshop on Librarianship Competencies for Special Library 2015, 15th -16th Dec 2015.

Question and Answer session Speaker presentation

Group Discussion Sharing ideas and opinions

Gathering ideas in group discussion Team work during Management Game

Winner of Management Game Having fun in Management Game

Page 26: Disember 2015

Historical Background

The history dated back to 1955 and had its beginnings in Sin-

gapore. Mrs. Hedwig Anwar and the late Mr. Wilfred J. Plumbe

first conceived the idea of setting up of a library association

covering Malaya and Singapore. Using the name of the Univer-

sity of Malaya Library they sent out circulars to all librarians

and interested persons inviting them to attend a preliminary

meeting to discuss the possibility of the formation of a library

group or association.

The circular was sent out towards the end of 1954 and about

47 persons responded by attending the meeting held at Univer-

sity of Malaya Library, Singapore on Friday, January 7th,

1955 at 8.30 p.m. These 47 people came from both Malaya

and Singapore, the largest number coming from University of

Malaya Library, Singapore. The meeting chaired by Mr. E. H.

Clark unanimously agreed that there should be a library or-

ganization to unite all interested in library work. A subsequent

meeting held in the Raffles Library on Friday, March 25 1955

and attended by 36 members agreed to the formation of the

association named the Malayan Library Group.

Mission

Recognizing that libraries and information centres are strategic

resources for national development, Persatuan Pustakawan

Malaysia is committed to the creation of an information-rich

knowledge-based civil society, through the promotion of infor-

mation equity, lifelong and independent learning, and en-

hancement of library and information professionals.

Vision

To be a leader of excellence in the development, promotion and

support of Malaysian library and information professionals

and institutions in global knowledge industry.

Dr. Nor Edzan Che Nasir

(Presiden)

Pn. Maimunah Kadir

(Mantan Presiden)

Pn. Hasnita Ibrahim

(Naib Presiden 1)

Dr. Basri Hassan

(Naib Presiden 2)

Pn. Ratnawati Sari Mohd. Amin

(Setiausaha Kehormat)

Cik Rohaya Umar

(Bendahari Kehormat)

Pn. Shamsiah Abu Bakar

(Penolong Setiausaha Kehormat)

En. Azlan Mohamad Hamzah

(Penolong Bendahari Kehormat)

Ahli Majlis

Pn. Hajah Nafisah Ahmad

Pn. Chin Loy Jyoon

Pn. Siti Sumaizan Ramli

Pn. Engku Razifah Engku Chik

Pn. Khasiah Zakaria

Pn. Rashidah Bolhassan

Pegawai Eksekutif

Cik Wan Nor Azian Wan Abdullah

MAJLIS PERSATUAN PUSTAKAWAN MALAYSIA

SESI 2014-2016

ABOUT PPM

Follow us on social network - Facebook:

Persatuan Pustakawan Malaysia

PERSATUAN PUSTAKAWAN MALAYSIA

Secretariat Address:

c/o Perpustakaan Negara Malaysia, 232,

Jalan Tun Razak, 50572 Kuala Lumpur, Malaysia

P.O Box Address:

Persatuan Pustakawan Malaysia

P.O Box 12545

50782 Kuala Lumpur, Malaysia

Phone: (03) 2694 7390

Fax: (03) 2694 7390

E-mail: [email protected]

Official website: http://www.ppm55.org/

JAWATANKUASA TETAP

JURNAL PPM DAN BERITA PPM

Pengerusi Pn. Siti Sumaizan Ramli

Ketua editor

Dr. Nor Edzan Che Nasir

Ahli Jawatankuasa Pn. Fatimah Syam Noor Azleen A..Gani

Cik Nurul Iqtiani Ahmad En. Azlan Mohamad Hamzah

Cik Wan Nor Azian Wan Abdullah

Edaran Sekretariat PPM