didik hibur dan apresiasi sastera mdk
DESCRIPTION
sasteraTRANSCRIPT
Memperkasakan Bahasa MalaysiaMelalui Program
MAJALAH DALAM KELAS
(MDK)
Oleh :Azizul Rahman bin Abdul Rahman P.I.S
Guru CemerlangGred Khas C
AZIZUL RAHMAN ABDUL RAHMAN dilahirkan di Batu Pahat, Johor. Mendapat
pendidikan awal di SK Parit Sulong, Sk Parit Bilal dan SK Seri Binjai. Seterusnya
menyambung pelajaran di SMK Dato` Bentara Luar dan SMK Dato` Sulaiman.
Beliau memperoleh Sijil Perguruan daripada Maktab Perguruan Temenggung
Ibrahim, Johor Bahru dan Ijazah Sarjana Muda Persuratan Melayu dengan
Kepujian Kelas Pertama daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pernah bertugas sebagai guru Bahasa Melayu di Muar, Batu Pahat dan Kota
Tinggi. Selain itu, beliau pernah berkhidmat sebagai pengetua di SMK Bekok,
Segamat.
Kini beliau bertugas sebagai Guru Cemerlang Gred Khas C, di SMK Dato`
Sulaiman, Parit Sulong.
Beliau merupakan pelopor Program Majalah Dalam Kelas (MDK) di Malaysia dan
aktif menyampaikan ceramah kepada guru-guru di Malaysia dan Singapura.
Dalam bidang penulisan, beliau menghasilkan lebih 100 buah buku ilmiah, buku
rujukan, buku kerja dan buku teks bahasa Melayu. Selain itu, beliau ialah penulis
tetap majalah Dewan Siswa di samping menulis di dalam majalah Pelita Bahasa
dan akhbar tempatan.
Beliau turut terlibat dengan Bahagian Buku Teks, Pusat Pembangunan
Kurikulum, Bahagian Teknologi Pendidikan, Bahagian penilaian Kompetensi,
kementerian Pelajaran Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Antara anugerah yang diperoleh ialah Pingat Emas Universiti, Hadiah Buku
Universiti, Anugerah Dekan, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Guru Inovatif
2
Negeri Johor, Guru Kreatif Batu Pahat, Penulis Kajian Kes Terbaik, Institut
Aminuddin Baki dan terbaharu beliau menerima anugerah sebagai Excellent
Author daripada Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Selain itu, pada 2006 beliau
dianguerahi Pingat Ibrahim Sultan (PIS) daripada DYMM Sultan Johor.
3
PRAKATA
Sebagai seorang guru terlatih, tidak dapat dinafikan bahawa kita telah
didedahkan dengan pelbagai teori tentang pengajaran dan pembelajaran
semasa di institut perguruan atau di universiti. Persoalannya, adakah ilmu yang
ditimba itu sudah cukup sebagai bekalan bagi menghadapi para pelajar daripada
pelbagai latar belakang?
Pengalaman telah membuktikan bahawa segala ilmu yang diperoleh semasa
menuntut dahulu perlu dicerna dan diubah suai mengikut keadaan dan situasi.
Yang pasti, jika kita terlalu berpegang dan bergantung pada teori, maka kita akan
berhadapan dengan pelbagai masalah. Antara masalah yang kita hadapi
termasuklah pelajar merasa bosan dan jemu dengan pengajaran kita dan yang
lebih buruk lagi kita juga akan turut berasa jemu dan akhirnya tidak
memungkinkan kita bertugas dengan cemerlang.
Berteraskan pengalaman inilah, saya cuba mengorak langkah untuk
mengadungn segala teori yang dipelajari dengan semua masalah, situasi, dan
keadaan pelajar bagi melahirkan program Majalah dalam Kelas (MDK). Ternyata
dengan melaksanakan program MDK, masalah pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu yang dihadapi selama ini dapat diselesaikan dengan sebaik
mungkin.
Adalah menjadi harapan saya agara buku ini berperanan sebagai wadah
perkongsian idea dan pengalaman khasnya kepada guru-guru bahasaMelayu,
4
guru-guru pelatih, dan peminat bahasa dalam melaksanakan program MDK di
sekolah-sekolah.
Buku ini akan memberikan beberapa contoh pengajaran dan pembelajaran
cara kreatif yang membolehkan pelajar menjadi aktif kepada mereka yang
berkecimpung dalam arena pengajaran bahasa Melayu. Contoh-contoh
pengajaran dan pembelajaran yang dimuatkan dalam buku ini sebenarnya telah
dicuba dan dilaksanakan oleh penulis dan guru-guru di beberapa buah sekolah
di Malaysia dan Singapura.
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran cara kreatif dan program MDK
ini jelas terbukti apabila melihat para pelajar yang mengikuti program ini berasa
seronok semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, berupaya
menghasilkan karya kreatif, yakin dalam proses berkomunikasi, di samping
keputusan-keputusan peperiksaan yang membanggakan.
AZIZUL RAHMAN ABDUL RAHMAN P.I.S
Guru Cemerlang Bahasa Melayu Gred Khas C
5
PENGHARGAAN
Penulis merakamkan ucapan terima kasih kepada pelajar-pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Tun sri Lanang, Felda Seri Jaya, Bukit Serampang,
Muar (1979-1981) yang menjadi ilham kepada program Majalah dalam Kelas
(MDK), para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sulaiman, Parit
Sulong, Batu Pahat, Johor yang merealisasikan program MDK sehingga berjaya,
Bahagian Majalah Dewan Bahasa dan Pustaka, DAWAMA Sdn. Bhd., dan guru-
guru Bahasa Melayu di Malaysia dan Singapura yang terus menyokong dan
mendukung program ini.
6
PENDAHULUAN
Ada masa dan ketikanya, para guru seolah-olah kehilangan arah kerana
menumpukan sepenuh masa dan tenaga untuk memastikan para pelajar mereka
meraih sebanyak mungkin pangkat A dalam sesuatu peperiksaan sehingga
mengabaikan aspek kerohanian dan keintelektualan.
Keadaan ini sudah tentu tidak selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang antara lain bermatlamat untuk mengembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insan yang
seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan kepada Tuhan..
Menurut Raja Muda Perak, Raja dr. Nazrin Shah (Utusan Malaysia, 29 Jun
2008), “…sistem penialaian dalam pendidikan yang terlalu taksub kepada
prestasi pencapaian akademik semata-mata adalah bercanggah dengan hukum
alam. Negara maju tidak sekadar berjaya melahirkan cerdik pandai dan
cendekiawan yang agung, malah di negara-negara maju jugalah lahirnya
majority jaguh-jaguh agung di bidang sukan, seni, sastera, lakonan, teater,
pereka fesyen dan bermacam-macam bidang lagi. Oleh itu, setiap anak didik
perlu diiktiraf kebolehan dan keupayaan mereka kerana setiap mereka ada
peranannya dalam masyarakat dan negara”.
Semantara itu, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin dalam ucapannya kepada
warga pendidik di Putrajaya pada 22 Julai 2009 menyataqkan bahawa, “sistem
7
pendidikan di Negara kita tidak wajar dijadikan tempat perlumbaan untuk menguji
keupayaan pelajar mengutip sebanyak mungkin pangkat A dalam sesuatu
peperiksaan hingga mengabaikan perkembangan potensi mereka secara
holistik.”
Oleh hal demikian, pendidik tidak seharusnya memberikan perhatian terhadap
pencapaian dalam peperiksaan semata-mata dan mengabaikan perkembangan
potensi dan bakat pelajar. Apa yang perlu, pemelajaran aktif yang berpusatkan
pelajar mestilah terlaksana dengan berkesan.
Program Majalah dalam kelas (MDK) yang bersifat dua hala iaitu daripada
guru kepada pelajar dan sebaliknya amat berkesan dalam mengubah tingkah
laku, di samping membina dan mengembangkan aspek rohani, minda dan jasad
pelajar. Proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat dua hala ini
menjadikan guru dan pelajar sama-sama aktif ketika melaksanakannya. Melalui
kaedah seumpama ini juga, proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
menarik, interaktif dan efektif, di samping menyediakan suasana pembelajaran
yang tidak membosankan. Proses penerokaan dan penggalian ilmu menjadi
makin mudah dan menyeronokkan. Ini tentu selaras dengan kehendak Yang
Amat berhormat Perdana Menteri yang menginginkan rakyat menjadi kreatif dan
inovatif ke arah mencapai negara maju.
Guru-guru bahasa Melayu melalui program MDK yang merangkumi
pendekatan didik hibur, apresiasi sastera dan ke arah peperiksaan
sebenarnya boleh menanamkan minat kepada pelajar agar mereka terdorong
untuk berfikir dan melaksanakan sesuatu tugasan secara kritis, kreatif dan
8
inovatif. Dan sedarlah bahawa tugas dan tanggungjawab melahirkan pelajar
yang inovatif bukan hanya terhad kepada guru yang mengajarkan subjek sains
dan teknikal semata-mata.
9
TANGGUNGJAWAB GURU BAHASA MALAYSIA
Tanggungjawab guru-guru Bahasa Malaysia amat luas, berat, dan mencabar,
khasnya dalam membentuk dan melahirkan pelajar yang memiliki sahsiah dan
peribadi yang dihasratkan. Yang berikut adalah antara tanggungjawab yang
perlu dilaksanakan oleh guru-guru Bahasa Malaysia:
1. Perancangan dan bahan-bahan pengajaran guru mestilah mencerminkan
kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan matlamat
pendidikan negara. Sebagai contoh, rancangan pengajaran guru mestilah
menyerapkan nilai secara bersesuaian dan pengetahuan yang dirancang
hendaklah bersifat mencabar dan menggalakkan perkembangan intelek.
Di samping itu, bahan-bahan pengajaran guru haruslah sesuai, mencabar,
dan bermutu.
2. Guru haruslah merancang secara sedar, tersusun, bersesuaian dan
berkaitan dengan kandungan pelajaran akan aspek nilai dan kepercayaan
kepada Tuhan. Di samping itu, penyerapan nilai haruslah dijalankan
secara bersahaja dan tidak diasingkan. Secara praktiknya pula, guru
mestilah menjadi teladan kepada pelajar dari segi peerlakuan, pertuturan
malahan pakaian.
3. Guru mesti dapat mewujudkan suasana yang menggalakkan pelajar
memperoleh kemahiran belajar, iaitu mencari, mengumpul, memilih,
10
1
menyusun, dan menyampaikan maklumat. Kemahiran ini akan lebih
berfungsi sekiranya kedua-dua pihak, iaitu guru dan pelajar,
menggunakan berbagai-bagai teknik penyoalan yang mencabar dalam
pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan pelajar menganalisis,
mensintesis, dan mengaplikasikan perkara yang dipelajari. Ini akan lebih
bermakna sekiranya proses pengajaran dan pembelajaran dapat
menimbulkan situasi untuk pelajar mencapai pemikiran yang logis, kreatif,
rasional, inovatif, dan analitis.
4. Setiap pengajaran dan pembelajaran harus menerapkan ilmu
pengetahuan kea rah mewujudkan kesimbangan antara intelek, rohani,
emosi dan jasmani. Guru juga bertanggungjawab untuk memupuk
semangat ingin belajar, sifat suka membaca, cinta akan ilmu, dan
penemuan ilmu.
5. Setiap pengajaran dan pembelajaran mestilah menggunakan bahasa
Melayu baku. Selain itu, guru harus memperkembangkan penguasaan
bahasa pelajar dalam pelbagai bidang ilmu; dari segi perbendaharaan
kata dan penggunaan laras-laras bahasa yang khusus bagi setiap mata
pelajaran.
6. Guru mestilah menjalankan penilaian yang berterusan, mengesan
kelemahan dan mencari kekuatan, menggunakan pelbagai kaedah
penilaian, merekod dan melaporkan keputusan pelajar, dan menjalankan
tindakan susulan.
11
Kesimpulannya, peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada
guru-guru Bahasa Malaysia adalah berat dan mencabar. Walau bagaimanapun,
semuanya akan menjadi mudah malah menyeronokkan jika setiap guru Bahasa
Malaysia benar-benar menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan tidak
membelenggu diri dalam kongkongan ilmu yang terhad dan ketinggalan zaman.
Sebagai guru, kita mestilah terus belajar, meneroka dan mencari agar segala-
galanya akan terarah kepada kehendakl FPK.
12
PERANAN GURU BAHASA MALAYSIA
Terdapat sekurang-kurangnya sembilan peranan utama yang dimainkan oleh
guru-guru Bahasa Malaysia, iaitu sebagai:
1. Penggerak dan Pendorong Pengajaran dan Pembelajaran
Guru Bahasa Malaysiayang baik ialah guru yang boleh merancang
pengajaran dan pembelajaran dengan teliti hingga dapat menyediakan
peluang untuk pelajar menggunakan fikiran secara analitis dan logis.
Selain itu, perancangan yang sempurna juga akan dapat mencungkil dan
mengenal pasti bakat dan potensi pelajar dalam aktiviti kokurikulum.
2. Pembimbing
Guru Bahasa Malaysia seharusnya dapat member tunjuk ajar, mengesan
kekuatan dan kelemahan, memberi latihan yang mencukupi, membetulkan
kesalahan pelajar dengan serta- merta, dan member penghargaa kepada
pelajar yang menghasilkan kerja yang baik. Yang lebih penting, guru-guru
Bahasa Malaysia mestilah dapat membimbing para pelajarnya agar dapat
menguasai semua kemahiran dan kecekapan berbahasa (mendengar,
bertutur, membaca, dan menulis). Sebagai pembimbing, guru-guru juga
mestilah berusaha membolehkan pelajar menghadapi dan meneroka
bidang ilmu pengetahuan yang luas dan mencabar.
13
2
3. Pemupuk Semangat
Para pelajar mestilah dipupuk semangat mereka agar mencintai dan
membanggakan Bahasa Malaysia. Di samping itu, para pelajar haruslah
diasuh supaya menghargai dan membanggakan Bahasa Malaysia
sebagai bahasa kebangsaa dan bahasa rasmi negara serta alat
perpaduan raakyat.
4. Penggalak Belajar Berterusan
Guru Bahasa Malaysia mestilah berusaha menyemaikan tabiat belajar
dan iltizam untuk perkembangan kendiri kepada para pelajar.
Sehubungan dengan itu, guru harus menunjukkan cara belajar demi
membolehkan pelajar menguasai kemahiran belajar dan seterusnya
menyediakan peluang untuk mereka mempraktikkan kaedah tersebut.
5. Perancang Pengajaran dan Pembelajaran
Guru memainkan peranan yang paling penting dalam menentukan
kejayaan sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Untuk mencapai
matlamat tersebut, guru mestilah bertindakn sebagai perancang yang
berkesan khasnya dari segi pengelibatan pelajar, penggunaan bahan
sumber, dan persekitaran yang selesa (kondusif). Dalam hal ini, guru
mestilah member penekanan terhadap:
a. Kandungan sukatan pelajaran
14
b. Tempoh perancangan (tahunan, mingguan, dan harian)
c. Latar belakang, keperluan, tahap pencapaian, dan kebolehan pelajar.
d. Kemudahan fizikal dan alatan yang ada
e. Lokasi pengajaran dan pembelajaran
f. Keperluan semasa
6. Pengurus Pengajaran dan Pembelajaran
Sebagai pengurus pengajaran dan pembelajaran, guru-guru Bahasa
Malaysia mestilah memastikan kesempurnaan perkara-perkara yang
berikut:
a. Kemudahan fizikal dalam bilik darjah
b. Alatan pelajaran, buku teks, dan bahan-bahan lain
c. Susunan bilik darjah dan kesesuaiannya dengan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran
d. Pengurusan diri pelajar agar bereka berada dalam keadaan bersih dan
kemas
e. Pemeliharaan disiplin pelajar
7. Penilai Pengajaran dan Pembelajaran
Guru-guru Bahasa Malaysia sewajarnya telah melengkapkan diri mereka
dengan kemahiran-kemahiran yang berikut:
15
a. Penilaian formatif dan sumatif
b. Perkara-perkara yang perlu dinilai
c. Bentuk-bentuk soalan
d. Pemeringkatan soalan
e. Jadual penentu ujian dan analisis butiran
8. Pembentuk Sahsiah Pelajar
Peranan guru adalah untukmenerapkan nilai-nilai murni kepada pelajar.
Penerapan nilai-nilai murni kea rah pemupukan sahsiah pelajar boleh
dilaksanakan dengan cara-cara yang berikut:
a. Menggunakan bahan pengajaran yang mengandungi nilai murni
secara terancang dan spontan
b. Menerapkan secara tidak formal, iaitu semasa kegiatan kokurikulum
atau dalam kegiatan luar bilik darjah
c. Menekankan pengucapan bertatasusila dengan menggunakan laras
bahasa yang sesuai dengan situasi tertentu
9. Pakar Rujuk Bahasa
Guru Bahasa Malaysia merupakan pakar rujuk sama ada kepada para
pelajar, guru dan masyarakat. Dalam hal ini, guru-guru Bahasa Malaysia
seharusnya dapat member pengetahuan dan pemahaman yang lengkap
16
kepada pelajar khasnya tentang system Bahasa Malaysia supaya mereka
dapat menggunakannya dengan tepat dalam pelbagai situasi.
17
MEMBACA :
KITA TUAI APA-APA YANG KITA SEMAI
Seorang ahli panel temuduga jawatan guru melahirkan rasa hairan dan terkejut
apabila mendapati mahasiswa dari Fakulti Pendidikan di sebuah institut
pengajian tinggi awam tempatangagal menjawab soalan jenis bertumpu yang
berkaitan dengan isu sema seperti prinsip Rukun Negara, perbezaan Dewan
Undangan Negeri dengan Perlimen serta beberapa soalan mudah yang lain.
Lebih malang lagi, akhbar The Star (20 Disember 2006) memetik kata-
kata Tan Sri Abdul Rafie Mahat bahawa, 1540 orang guru (5 peratus) daripada
29 359 orang guru baharu gagal dalam tebu duga untuk pengesahan jawatan
oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) kerana tidak dapat menjawab
soalan mudah disebabkan oleh pengetahuan am mereka yang amat terbatas.
Selain itu, majalah Dewan Masyarakat, Februari 2007 melaporkan hasil
kajian Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) menunjukkan 70 peratus
graduan yang menganggur terdiri daripada mahasiswa universiti awam, dan 90
peratus daripada mereka merupakan graduan bumiputera, dan 73 peratus
daripadanya ialah graduan wanita. Faktor utama kesukaran mereka
mendapatkan pekerjaan adalah disebabkan oleh kelemahan dalam penguasaan
bahasa Inggeris, tidak mempunyai kemahiran dalam berkomunikasi dan tidak
peka dengan isu semasa akibat tabiat tidak suka membaca.
Kajian Frank Small & Association yang membuat penyelidikan tentang
tabiat membaca golongan dewasa di Malaysia merumuskan masalah sebenar
18
3
tabiat membaca dalam kalangan penduduk Malaysia. Dalam kajiannya, mereka
mendapati, 31 peratus orang dewasa Malaysia tidka pernah membaca, 28
peratus membaca sebuah buku seminggu, 13 peratus membaca sebuah buku
setiap dua hingga empat minggu, dan 12 paratus membaca sebuah buku satiap
satu hingga tiga bulan.
Persoalannya, apakah di Malaysia, kita masih kekurangan bahan bacaan
yang bermutu untu dibaca sehinggakan kita mula menuai hasil yang kurang
baik? Sebenarnya, di Malaysia, ada banyak bahan bacaan yang berupa majalah,
akhbar dan buku yang bermutu ada di pasaran. Malangnya, kebanyakan
pentadbir sekolah tidak begitu menggalakkan murid dan guru mereka membaca
bahan bacaan yang berkualiti. Tumpuan mereka lebih kepada pencapaian
prestasi peperiksaan yang semata-mata berkiblatkan dan bersandarkan kepada
buku teks, buku rujukan, buku penilaian dan buku soalan ramalan. Akibatnya,
pengetahuan am mereka terbatas, tidak boleh berfikir secara kreatif, daya
intelektual yang jumud dan akhirnya, mereka sekadar menjadi warganegara
pengguna yang baik tetapi tidak berupaya melahirkan inovasi yang dapat
memakmurkan ummah.
Franklin Benjamin Sanborn menyatakan orang yang membaca beberapa
buah majalah yang bermutu tinggi dapat belajar lebih banyak dalam waktu satu
tahun yang digunakan oleh seorang mahasiswa yang belajar di perpustakaan
yang besar. Namun begitu, kata-kata Sanborn ini tidak diambil peduli oleh
Masyarakat, khasnya para pentadbir sekolah dalam menggalakkan anak didik
mereka membaca majalah berkualiti terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
19
Sebagai contoh, DBP mencetak 100 442 naskah majalah daripada
sepuluh judul majalah bagi bulan April 2009. Apabila mejalah-majalah ini
dipasarkan, lebih 40 peratus daripadanya dikembalikan semula kerana maslaah
kekurangan pembeli.
Persoalannya, di manakah perginya perpustakaan sekolah di seluruh
negara yang berjumlah 9 844 bbuah, guru sebanyak 386 031 orang dan murid
berjumlah 5 416 924 orang? Mengapakah hanya sekadar 60 ribu hingga 70 ribu
orang sahaja yang membaca? Ke manakah perginya pensyarah dan mahasiswa
universiti? Dalam hal ini, Norman Cousins ada menyatakan, “Banyak mana pun
diploma atau ijazah yang dimiliki oleh seseorang tetapi jika seseorang itu tidak
dapat menggerakkan atau menghasilkan idea yang bernas maka, sedarlah
pembelajarannya masih belum sempurna.
Pada hemat saya, segala-galanya berpunca daripada sikap tidak ambil
endah semua lapisan masyarakat terhadap kepentingan tabiat membaca yang
berkesan. Pendapat Datuk Dr. Anwar Ridhwan (Dewan Masyarakat, Jun 2005)
antara lain berkata, “Jika kita mahu tradisi membaca ini hidup serta kukuh dalam
masyarakat, kita harus bermula daripada peringkat kanak-kanak dan kesannya
dapat dilihat dalam tempoh 10 – 20 tahun yang akan datang. Usaha ini secara
langsung akan menyediakan generasi muda Wawasan 2020 yang gemar
membaca, sesuai dengan cirri-ciri negara maju dari segi pembangunan fizikal
dan minda.”
Sebagai umat Islam pula, kembalilah menghayati kembali firman Allah
SWT dalam surah al Alaq (ayat 1-5) yang berbunyi, “Bacalah dengan nama
20
Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk. Dia menciptakan manusia
daripada seketul darah beku, bacalah dan Tuhanmu Maha Pemurah, yang
mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajarkan manusia apa-apa
yang tidak diketahui.”
Oleh itu, sebagai hamba Allah, wajib bagi kita memperkukuh amalan
membaca tanpa syarat kepada semua lapisan masyarakat, sesuai dengan
sabda Nabi Muhammad SAW, “Jangan sesekali merendah-rendah perkara yanf
disukai oleh Allah SWT bagi melakukannya,walaupun perkara itu hanya
memaniskan muka semasa bertemu dengan sahabat.”
Akhirnya, yakinlah dengan kata-kata Hukamah bahawa melakukan
sesuatu perkara tanpa matlamat adalah seumpama belayar di lautan yang luas
tanpa destinasi. Tertullian pula berpendapat bahawa orang yang hanya
memikirkan diri sendiri tidak akan dikenang dan dirasai bila ketiadaannya. “Oleh
itu, para pentadbir sekolah wajib memugarkan semangat membaca dalam
kalangan guru dan murid khasnya melalui program Majalah Dalam Kelas (MDK)
dengan kos tetapi memberikan pulangan ilmu yang lumayan.
21
Dewan Siswa Teman Istimewa Pelajar
Bagi Pelajar yang gemar membaca, mata pelajaran Bahasa Melayu (BM)
amat mudah dipelajari dan dikuasai. Hal ini demikian kerana pelajar yang gemar
membaca sudah pasti mempunyai berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan
maklumat, khususnya yang berkaitan dengan pekrara yang dibaca. Ilmu dan
maklumat tersebut amat penting untuk memanfaatkan dalam karangan
khususnya, bagi memastikan karangan pelajar lebih bermaklumat, sekali gus
menampakkan kehebatan penulisnya. Meskipun demikian, bilangan pelajar yang
cenderung untuk berbuat demikian hanyalah segelintir. Punca utamanya ialah
kegagalan mereka mengetepikan perasaan malas membaca yang kian lama
bersarang dalam diri.
Melalui amalan membaca juga pelajar akan terdedah kepada pelbagai
kosa kata, binaan ayat, dan gaya bahasa. Ketiga-tiga aspek tersebut bukan
sahaja penting untuk membantu pelajar berbicara dengan berkesan tetapi juga
memudahkan pelajar menyampaikan idea yang bernas dengan lebih tepat dan
menarik. Dengan hal demikian, pelajar tidak lagi bermasalah untuk berbicara
secara matang, dapat pula menghasilkan karangan yang cemerlang, tidak lagu
sukar untuk menjawab soalan pemahaman dan rumusan. Tegasnya, pelajar
yang menguasai pelbagai aspek bahasa sudah tentu dapat mengetengahkan
idea secara tepat, menarik dan berkesan sama ada dalam bentuk lisan ataupun
tulisan.
22
4
Menyedari hakikat pentingnya bahan bacaan, pihak sekolah telah
melaksanakan berbagai-bagai program. Antara program yang dianggap wajar
ialah program Majalah Dalam Kelas (MDK). Sekolah yang melaksanakan
program ini, kebanyakannya menggunakan majalah Dewan Siswa (DS). Majalah
tersebut digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) oleh
guru BM di sekolah, di samping bahan-bahan yang lain. Tahukah pelajar tentang
keistimewaan majalah DS?
Selain memaparkan makalah umum untuk pengetahuan pelajar, mulai
2007, DS telah menyertakan Bonus Siswa. Kandungannya meliputi bahan dan
panduan mempelajari Matematik, Biologi, Fizik, Bahasa Inggeris, dan lain-lain.
Kini, DS bukan lagi sinonim dengan BM, sebaliknya majalah tersebut dapat
membantu pelajar menguasai tajuk-tajuk tertentu dalam mata pelajaran lain.
Setidak-tidaknya, DS dijadikan bahan rujukan, selain dijadikan bahan bacaan
pada masa lapang. Pelajar yang menyedari kepentingan ilmu tentu sekali tidak
keberatan untuk membelanjakan wang sekolah sebanyak RM3.50 untuk
membeli majalah tersebut pada setiap bulan. Bagi kebanyakan pelajar, jumlah
tersebut tidak mendatangkan masalah, namun disebabkan kurang merasai
nikmatnya membaca, nilai tersebut dianggap membebankan.
Selain dijadikan bahan bacaan, DS menyediakan ruangan untuk pelajar
mengetengahkan bakat masing-masing dalam bidang penulisan. Melalui
ruangan Cetusan Pendapat misalnya, pelajar boleh menghantar apa-apa sahaja
pendapat yang difikirkan wajar berserta dengan gambar penulis untuk disiarkan.
Panjang tulisan tersebut adalah antara 200 hingga 300 patah perkataan. Bagi
23
pelajar tingkatan empat dan lima, jumlah tersebut hampir menyamai
kepanjangan karangan berangsangan. Ruangan Sekitar Siswa pula
memberikan peluang kepada pelajar untuk mengirimkan berita atau laporan
tentang sebarang aktiviti di sekolah ataupun di persekitaran pelajar. Di samping
bahan tersebut, pelajar dikehendaki menyertakan gambar yang berkaitan
dengan aktiviti tersebut.
Bagi pelajar yang mempunyai bakat dalam bidang karya kreatif, DS turut
menyediakan ruangan Puisi Siswa. Pelajar boleh menghantar sajak untuk dinilai
dan disiarkan. Sekiranya puisi pelajar tersiar, kekuatan dan kelemahan puisi
anda turut diberi ulasan di halaman sebelahnya. Ulasan yang dikelolakan oleh
saudara Faisal Tehrani itu merupakan panduan penting untuk pelajar
meningkatkan mutu karya pada masa akan datang. Pelajar boleh juga
menghantar cerpen untuk dinilai sebelum disiarkan dalam ruangan Cerpen
daripada Siswa. Seperti puisi juga, cerpen yang tersiar akan disertakan ulasan
oleh Dr. Mawar Shafie. Harus juga diingat bahawa setiap karya yang tersiar,
penulisnya akan menerima honorium.
Kebiasaan menjawab Teka Silang Kata dapat melatih seseorang berfikir,
khususnya untuk mendapatkan perkataan atau istilah yang menepati kehendak
soalan. Menyedari perkara ini, DS menyediakan teka silang kata dengan
menawarkan 10 hadiah pada setiap bulan kepada pelajar yang dapat menjawab
semua soalan dengan betul. Sehubungan dengan hal itu, pelajar yang meminati
teka silang kata akan menggunakan kamus. Harus diingat bahawa aktiviti
merujuk kamus merupakan antara kemahiran penting yang kurang diberikan
24
penekanan oleh kebanyakan pelajar. Amalan ini ternyata dapat menambahkan
kosa kata dalam minda pelajar dan secara tidak langsung membolehkan pelajar
membuat pilihan kosa kata semasa berkomunikasi sama ada secara lisan
ataupun tulisan.
Tidak dinafikan bahawa tidak semua pelajar mampu atau yakin untuk
menghasilkan pendapat atau mencipta puisi dengan baik. Menyedari hal ini, DS
turut menyediakan ruangan yang agak sesuai dengan semua pelajar iaitu
ruangan Surat Anda. Pelajar dialu-alukan untuk menulis apa-apa sahaja perkara
yang tersirat dalam fikiran dan menghantarnya kepada DS untuk disiarkan dalam
ruangan tersebut. Aspek yang dipentingkan ialah perkara yang disampaikan
secara ringkas, padat dan tepat. Silalah rujuk pendapat yang telah tersiar dalam
DS pada setiap bulan sebagai panduan.
Turut dimuatkan dalam DS ialah ruangan Ulasan Buku. Melalui ruangan
ini, pembaca akan diperkenalkan dengan sebuah buku atau beberapa buah
buku. Dengan cara ini, pelajar akan mengetahui kandungan buku yang terpilih
untuk dibeli. Pada masa sama, kandungan ulasan buku yang tersiar dalam DS
dapat dijadikan panduan oleh pelajar untuk menulis ulasan buku. Ruangan
Cintai Bahasa Kita pula memperkatakan pelbagai perkara tentang tatabahasa.
Ruangan yang dikendalikan oleh Haji Muhammed Salehudin Aman, Munsyi
Dewan ini sudah tentu dapat menambahkan pengetahuan pembaca tentang
tatabahasa bahasa Melayu, Ruangan Kamus Siswa yang terdapat di sebelah
ruangan Cintai Bahasa Kita pula tidak kurang pentingnya untuk menambahkan
25
pengetahuan pelajar tentang maksud perkataan tertentu dan penggunaannya
yang betul.
Pada suatu ketika dahulu, tulisan jawi begitu sinonim dengan bahasa
Melayu. Namun begitu, dari semasa ke semasa, kepopularan tulisan Jawi kian
berkurang. Kini, tidak semua pelajar yang dapat menulis dengan menggunakan
tulisan Rumi dapat juga menulis dengan tulisan Jawi. Sebagai usaha untuk
mengekalkan tulisan Jawi daripada berkubur, DS telah menyediakan satu
halaman khas untuk tulisan Jawi. Sekurang-kurangnya pelajar dapat
memanfaatkan ruangan Diari Siswa yang ditulis dengan tulisan Jawi ini untuk
menilai kecekapan mereka membaca dalam tulisan Jawi. Untuk membantu
pelajar menguasai bahasa Inggeris pula, DS menyediakan dua ruangan, iaitu
ruangan Write and Speak dan A Story for You. Kedua-dua ruangan ini sedikit
sebanyak dapat membantu pelajar menguasai bahasa Inggeris jika
dimanfaatkan.
Bagi pelajar yang masih mencari-cari kaedah belajar yang berkesan,
rujuklah ruangan Tip Belajar dalam DS. Mungkin juga cadangan yang
dikemukakan oleh mereka yang berpengalaman itu sesuai dengan diri anda dan
seterusnya membantu anda menjadi pelajar yang cemerlang. Sekiranya pelajar
menghadapi maslalah kesihatan, DS juga bertindak sebagai perantara. Pelajar
boleh mengemukakan masalah tersebut kepada ruangan Tanya Doktor Anda.
Demikianlah penjelasan ringkas tentang kandungan DS untuk difikirkan
oleh pelajar tentang kewajaran untuk memilikinya. Pada keseluruhannya, DS
bukan sahaja dapat menambahkan pengetahuan pembaca, bahkan dapat
26
bertindak sebagai medan untuk mengasah, menyuburkan dan mengetengahkan
bakat pelajar, khususnya dalam bidang penulisan. Bagi sesetengah pelajar, DS
yang diperkenalkan oleh guru di sekolah menjadi menggerak untuk mereka
memiliki bahan bacaan yang lain. Terdapat juga pelajar yang meminati bidang
penulisan setelah karyanya yang pertama tersiar dalam DS. Tidakkah anda
mahu menjadikan DS sebagai teman istimewa anda?
27
Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Malaysia
Dalam majlis pernumpaan khas Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri
Muhyiddin Yassin dengan warga pendidik, di Pusat Konvensyen Antarabangsa
Putrajaya (PICC) antara lain menyatakan, “Pemantapan penguasaan bahasa
Inggeris perlu bergerak seiring dengan pengukuhan penguasaan bahasa
Melayu. Untuk tujuan ini, Kementerian Pelajaran akan memberi focus kepada
‘penguasaan kemahiran asas Bahasa Malaysia dalam kalangan murid melalui
pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. Penghayatan juga akan
diberikan kepada penghayatan dan apresiasi Kesusasteraan Melayu bagi
murid di peringkat sekolah menengah.”
Berdasarkan petikan ucapan di atas, jelas bahawa Menteri Pelajaran
memberi penekanan kepada pengukuhan penguasaan bahasa Malaysia melalui:
a. Pendekatan didik hibur
b. Penghayatan dan apresiasi Kesusasteraan Melayu.
Persoalannya, adakah selama ini pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa
Malaysia di sekolah-sekolah mengabaikan pendekatan didik hibur dan
penghayatan dan apresiasi Kesusasteraan Melayu?
Sebenarnya, jika kita meneliti Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima, kedua-dua pendekatan tersebut telahpun
diberi penekanan dan sewajarnya. Malangnya, kebanyakan guru yang
28
5
mengajarkan subjek Bahasa Malaysia melaksanakan proses P&P hanya
berteras dan berkiblat kepada kehendak cara menjawa soalan peperiksaan
semata-mata. Oleh itu, keseronokan murid dalam mempelajari Bahasa Malaysia
mungkin tidak wujud! Dan apa yang murid perolehi hanyalah membuat latih tubi
soalan-soalan peperiksaan yang mungkin bagi kebanyakan murid sesuatu aktiviti
yang membosankan dan memeningkan.
Jika guru-guru Bahasa Malaysia dan soalan-soalan peperiksaan awam
Bahasa Malaysia kembali kepada kehendak Sukatan Pelajaran dan Huraian
Sukatan Pelajaran (HSP) Bahasa Malaysia yang disediakan oleh Pusat
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia maka sudah tentu
kedua-dua pendekatan yang dihasratkan oleh menteri pelajaran itu dusah lama
tercapai.
Bagi mencapai matlamat didik hibur dan penghayatan dan apresiasi
Kesusasteraan Melayu, HSP Bahasa Malaysia telahpun memperuntukkan
enam teras organisasi kurikulum, iaitu:
a. Penggunaan bahasa yang merangkumi tiga bidang utama, iaitu
bidang interpersonal, bidang maklumat dan bidang estetik. Bagi
setiap bidang tersebut, terdapat hasil pembelajaran utama dan
hasil pembelajaran khusus yang perlu dikuasai oleh pelajar
seperti berikut:
Bidang Fokus
Interpersonal Membolehkan murid memjulaka, membina dan
mengekalkan hubungan dengan rakan atau
29
dengan orang lain melalui perkongsian idea
semasa berinteraksi social atau berurus bagi
tujuan komersial.
Maklumat Membolehkan murid memperoleh dan
menyampaikan maklumat serta ilmu kepada pihak
tertentu.
Estetik Membolehkan murid menikmati karya sastera,
bercerita, serta melahirkan idea dan perasaan
secara kreatif.
b. Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar, kemahiran
bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis.
c. Hasil pembelajaran ialah penyataan yang ditafsirkan daripada
objektif kurikulum bahasa. Pernyataan hasil pembelajaran
merupakan petunjuk yang jelas tentang set kemahiran yang
perlu dicapai oleh murid. Hasil pembelajaran dibina dengan
menyatupadukan penggunaan bahasa, kemahiran bahasa,
system bahasa, dan pengisian kurikulum. Oleh itu, murid perlu
menguasai kemahiran berbahasa yang terdapat dalam setiap
hasil pembelajaran. Hasil pembelajaran dapat membantu guru
memilih kandungan, kaedah, sumber dan prosedur pengajaran
yang releven dan berkesan.
30
d. Sistem bahasa dalam P&P terdiri daripada tatabahasa, kosa
kata, system ejaan, sebutan dan intonasi dan perbahasa.
e. Komponen Kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu merangkumi genre novel, cerpen, prosa tradisional,
drama, puisi moden dan puisi tradisional. Melalui komponen ini
adalah diharapkan minat membaca, kesesonokan, dan
penghayatan terhadap sastera dapat dipupuk.
f. Pengisian kurikulum terdiri daripada eleman yang
mencantumkan teras utama dalam kehidupan masyarakat
Malaysia dan perkembangan terkini dalam pendidikan, iaitu ilmu,
nilai murni, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan
kemahiran bernilai tambah iaitu kemahiran berfikir, kemahiran
teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara
belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran
konstruktivisme, dan pembelajaran kontekstual.
Adalah jelas, bahawa keenam-enam teras organisasi kurikulum yang
dinyatakan di atas adalah selaras dan selari dengan pendekatan didik hibur,
apriasiasi bahasa dan penghayatan dan aprisiasi Kesusasteraan Melayu
seperti mana yang diingini oleh Menteri Pelajaran Malaysia. Dan apa yang jelas,
kedua-dua pendekatan tersebut telahpun diaplikasikan dalam pendakatan “Guru
Kreatif Pelajar Aktif” yang diperkenalkan dalam program Majalah Dalam Kelas
(MDK) sejak tahun 1989.
31
MDK Berupaya Mengembangkan Potensi Pelajar Secara
Holistik
Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri di dalam ucapannya
kepada warga pendidik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 22
Julai 2009 antara lain menyatakan, “Sistem pendidikan di negara kita tidak wajar
dijadikan tempat perlumbaan untuk menguji keupayaan pelajar mengutip
sebanyak mungkin pangkat A dalam sesuatu peperiksaan sehingga
mengabaikan perkembangan potensi mereka secara holistik.”
Pada hemat saya, teguran ini merangkumi dua situasi. Pertama, kerana
keghairahan pelajar mengambil sehingga 20 mata pelajaran di dalam sesuatu
peperiksaan sehingga mereka tidak cukup masa untuk mengikuti aktiviti
kokurikulum dengan sepenuh hati. Akibatnya, kemahiran bersosial, keupayaan
mengembangkan bakat dan perkembangan potensi diri sedikit sebanyak akan
terabai.
Kedua, ketasuban guru dan murid membuat ulangkaji untuk mengejar A
dalam semua mata pelajaran yang diambil. Oleh itu, tumpuan yang diberikan
oleh pelajar waimah guru hanya sekadar menjawab soalan secara latih tubi.
Hasilnya matlamat pembelajaran aktif yang berpusatkan pelajar kurang tercapai.
Oleh itu, sewajarnya kaum pendidik khasnya guru-guru bahasa Malaysia
haruslah kembali ke pangkal jalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) Bahasa Malaysia seperti yang dihasratkan oleh Falsagah pendidikan
Kebangsaan (FPK) dan matlamat dan objektif pendidikan Bahasa Malaysia.
32
6
Menurut Mil Silberman, kesilapan besar kita sebagai pendidik ialah kita
mengandaikan semua pelajar memerlukan maklumat yang sama dan pada
kepantasan yang sama tanpa menyedari bahawa daya ingatan dan tumpuan
pelajar kepada pengajaran guru hanya cemerlang iaitu sekitar 70% pada sepuluh
minit yang pertama sebaliknya pada sepuluh minit terakhir p&p, daya ingatan
dan tumpuan mereka telah merosot kepada sekitar 20% sahaja.
Selain itu, para pendidik juga harus memahami bahawa p&p yang hanya
memberi peluang kepada guru untuk menyampaikan pengajarannya secara
sehala, iaitu daripada guru kepada pelajar akan menyebabkan pelajar yang
mempunyai keupayaan berfikir pada kadar 800 perkataan seminit akan kurang
memberi tumpuan kepada penerangan guru. Menurut kajian yang dijalankan
oleh Mil Silberman, guru boleh bercakap pada kadar 100 hingga 200 perkataan
seminit tetapi malangnya, keupayaan pelajar yang berpencapaian cemerlang
dan sederhana mendengar hanya sekitar 50 hingga 100 perkataan seminit.
Bagaimana pula halnya dengan pelajar yang lemah?
Sehubungan dengan itu, Mil Selberman mengajak para pendidik
menggunakan pendekatan pengajaran aktif semasa proses p&p dengan andaian
bahawa “Apa yang saya dengar, saya lupa. Apa yang saya dengan dan lihat,
saya ingat sedikit. Apa yang saya dengar, lihat, bincang dan buat, saya
memperoleh pengetahuan dan kemahiran. Apa yang saya ajarkan kepada orang
lain, saya menguasainya.”
Kita harus menyedari bahawa kaedah pengajaran “guru aktif pelajar pasif”
yang kerap diamalkan oleh pendidik hanya sekadar kita berusaha memberitahu
33
pelajar dengan cepat apa yang perlu mereka ketahui tetapi malangnya mereka
akan lupa apa yang kita ajarkan kepada mereka dengan lebih cepat lagi.
Keadaan ini menjadikan proses P&P menjadi sia-sia sahaja kerana
pembelajaran bukanlah sekadar proses mencurahkan maklumat secara
automatik ke dalam minda pelajar sebaliknya memerlukan penglibatan mental
dan gerak kerja pelajar itu sendiri. Yakinlah, hanya pembelajaran yang bersifat
“aktif” sahaja yang akan membuahkan hasil.
Pembelajaran yang bersifat “aktif” membolehkan pelajar melakukan
kebanyakan kerjanya. Mereka akan menggunakan minda, mengkaji idea,
menyelesaikan masalah dan menerapkan apa yang dipelajari. Selain itu,
pembelajaran “aktif” adalah pantas, seronok, membantu dan manarik di samping
membolehkan mereka sentiasa beredar dari tempat duduk mereka, berlegar-
legar dan berupaya melahirkan perasaan mereka.
Kita harus kembali kepada kelaziman bahawa untuk mempelajari sesuatu
dengan baik, pelajar perlu mendengarnya, melihatnya, menanyakan soalan
tentangnya, dan membincangkan dengan orang lain. Yang penting, pelajar perlu
membuatnya.
Dari segi psikologi kanak-kanak dan remaja, lumrahnya tahap penumpuan
pelajar terhadap sesuatu tidak lama dan keupayaan mereka untuk duduk diam
amatlah terhad. Bagi mengatasinya, kita perlu memberi peluang kepada pelajar
agar mereka aktif dan sentiasa berferak.
Sebagai pendidik, kita haruslah membebaskan minda kita daripada
andaian yang salah bahawa pelajar yang lebih dewasa banar-benar belajar
34
apabila mereka duduk mendengar pelajaran yang disampaikan. Kepercayaan ini
biasanya cukup kukuh dan berkekalan walaupun kita berasa kecewa kerana
hanya sebahagian kecil sahaja pelajar yang kita ajarkan itu benar-benar
mengingati dan memahami apa yang kita sampaikan.
Sebagai guru Bahasa Malaysia, kita sewajarnya memanfaatkan program
Majalah Dalam Kelas (MDK) yang mengutamakan pendekatan “Guru Kreatif
Pelajar Aktif” yang bukan sekadar menambah keseronokan pelajar dan guru
dalam proses p&p tetapi juga untuk menghormati pelajar yang tahap
kecerdasannya berbeza-beza dan seterusnya dapat melahirkan pelajar yang
mantap dan holistik dari segi potensi diri.
Oleh itu, bebaskanlah diri kita daripada terus mengajar pelajar kita
mengikut cara kita pernah diajar dahulu kerana menurut hadis Nabi Muhammad
S.A.W, “Berhijrahlah, nescaya anak-anak kamu akan mewarisi kemuliaan.” Dan
mengikut Hemilton Mable pula, “Ingatlah, laying-layang naik terbang kerana
melawan pergerakan angin, bukan mengikut angin.”
35
MDK Selaras Dengan Hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK)
Majoriti pendidik di negara kita mungkin menghafal dan memahami
Falsafah pendidikan Kebangsaan (FPK). Sejauh manakah kita benar-benar
dapat menerapkan FPK dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)?
Sekiranya kita hayati FPK perkataan demi perkataan, mungkin apa-apa
yang kita ajarkan kepada anak didik kita tidak 100 peratus mencapai kehendak
FPK yang begitu ideal dalam melahirkan modal insane yang berkualiti.
Berikut saya catatkan semula FPK untuk renungan kita bersama-sama
dan secara jujur cuba kita fikirkan tentang mata pelajaran yang kita ajarkan,
khasnya Bahasa Malaysia (BM) dapat melahirkan pelajar sepertimana yang
dicita-citakan oleh FPK.
“Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah
medmperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan kerkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.”
36
7
Yang berlaku dewasa ini, P&P BM hanya memberikan penekanan kepada
peperiksaan semata-mata dengan berkiblatkan buku kerja, soalan ramalan, buku
rujukan dan buku penilaian. Kaedah ini mungkin membosankan pelajar yang
berpencapaian rendah dan senderhana. Kaedah P&P seumpama ini amat
membosankan mereka. Akibatnya, minat mereka terhadap BM akan luntur.
Oleh itu, bagi memulihkan semangat pelajar agar menggemari BM,
kaedah Majalah Dalam Kelas (MDK) wajar diterapkan dalam proses P&P.
Berdasarkan pengalaman saya menggunakan kaedah MDK dalam P&P selama
30 tahun, saya dapati kesungguhan dan keseronokan pelajar mempelajari BM
begitu memberangsangkan.
Kaedah MDK memberikan peluang kepada pelajar untuk lebih aktif
semasa proses P&P di samping dapat menggerakkan minda dan kreativiti
mereka. Yang lebih penting, kaedah MDK begitu menitikberatkan kemahiran
bahasa (mendengar, bertutur, membaca, menulis), organisasi kurikulum
(interpersonal, ejaan, estetik), sistem bahasa (tatabahasa, kosa kata,
peribahasa, ejaan, sebutan/ intonasi), komponen kesusasteraan Melayu (cerpen/
novel, puisi tradisional, drama, prosa tradisional) dan pengisian kurikulum (ilmu,
nilai, patriotisme, kemahiran berfikir, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai,
pembelajaran konstruktivisme, pembelajaran kontekstual, pembelajaran masteri,
akese kendiri).
Kaedah MDK juga menitikberatkan pendekatan “Guru Kreatif Pelajar Aktif”
sesuai dengan kehendak P&P BM. Pendekatan ini menggalakkan pelajar terlibat
secara aktif dan bersungguh-sungguh dalam proses P&P tanpa rasa jemu dan
37
bosan. Di samping itu, objektif pengajaran juga mudah dicapai selain dapat
menanfaatkan kemahiran berbahasa dan menerapkan unsur pengetahuan ilmu
dan nilai murni dalam jiwa pelajar.
Yang lebih penting, kaedah MDK yang dijalankan secara berterusan akan
berupaya melahirkan modal insan seperti yang dihasratkan oleh FPK.
38
MDK Merealisasikan Hasrat Wawasan 2020
Menurut kajian Frank Smnall & Association, 31 peratus orang dewasa di
Malaysia tidak membaca langsung, 26 peratus membaca sebuah buku
seminggu, 13 peratus hanya membaca sebuah buku setiap 2-4 minggu dan 12
peratus membaca sebuah buku setiap 1-3 bulan. Sekali pandang, peratusan di
atas tidak memberikan apa-apa kesan kepada diri kita dan negara, malahan ada
yang berpendapat, bahawa tanpa membaca, kita masih hidup seperti biasa dan
tidak kurang juga orang yang menjadi kaya-raya tanpa membaca.
Kajian Frank Smnall & Association juga menunjukkan bahawa orang
dewasa di Malaysia hanya memberikan tumpuan pembacaan mereka kepada
buku-buku kisah benar (18 peratus), 17 peratus membaca kisah percintaan, 16
peratus buku kembara, 13 peratus buku humor dan 12 peratus buku agama.
Perangkaan ini menunjukkan bahawa tidak banyak rakyat Malaysia khasnya
golongan dewasa membaca buku yang mempunyai nilai ilmu yang tinggi.
Menurut Dr. Chandra Muzaffar, perkembangan minda dan intelektual
seseorang individu tidak cukup sekiranya hanya dijana dengan pembacaan
ringan seperti novel picisan dan popular sehingga mengabaikan pembudayaan
ilmu yang digerakkan melalui pembacaan buku dan majalah dalam pelbagai
disiplin ilmu.
Jendela Wawasan 2020 hanya sekitar 11 tahun lagi. Yang jelas, hasrat
Wawasan 2020 adalah menjadikan Malaysia negara maju acuan sendiri yang
antara lain mensasarkan agar setiap rakyat Malaysia mesti mencuba sekurang-
39
8
kurangnya 24 buah buku setahun. Malangnya, kajian menunjukkan setakat tahun
2008, rakyat Malaysia masih membaca sekitar dua buah buku setahun,
sedangkan unjuran Perpustakaan Negara Malaysia adalah pada tahun 2006
sepatutnya rakyat Malaysia telah membaca empat buah buku setahun, 2008,
enam buah buku dan 2010, 10 buah buku.
Sekali imbas dan secara logiknya, hasrat menjaga rakyat Malaysia
membaca 24 buah buku setahun pada tahun 2020 tidak akan tercapai jika
budaya membaca pada peringkat kanak-kanak sekolah tidak diberi perhantian
yang sewajarnya. Menurut Anwar Ridhwan (Dewan Masyarakat, Jun 2005),
bahawa proses menanam minat membaca dalam kalangan rakyat mestilah
berterusan dan dilipatgandakan. Oleh itu, jika kita mahu tradisi membaca ini
hidup serta kukuh dalam masyarakat, kita harus bermula dari peringkat kanak-
kanak dan yang pasti kesannya dapat dilihat dalam tempoh 10-20 tahun yang
akan datang. Usaha ini secara langsung akan menyediakan generasi muda
Wawasan 2020 yang gemar membaca, sesuai dengan cirri-ciri negara yang maju
dari segi pembangunan fizikal dan minda.
Jelas, jika program Majalah Dalam Kelas (MDK) dapat dilaksanakan di
sekolah-sekolah seluruh negara secara sistematik dan berterusan, minat
membaca dalam kalangan murid-murid akan dapat dipupuk kerana bahan-bahan
yang terdapat di dalam majalah Dewan Siswa dan Dewan Pelajar amat sesuai
dengan kehendak generasi muda kita.
Yang perlu dilakukan oleh guru-guru Bahasa Malaysia (BM) adalah
dengan hanya mengajak pelajar membaca sekitar lima minit bahan yang
40
terdapat di dalam majalah Dewan Siswa atau Dewan Pelajar sebelum proses
pengajaran dan pembelajaran BM bermula. Program seumpama ini didapati
berkesan khasnya dari segi menambah ilmu, menguasai bahasa dan membuka
minda pelajar.
Bayangkan, sekiranya pada setiap bulan, pelajar membaca majalah
akademik sekitar 60 halaman, maka dalam masa setahun mereka telah
membaca sekitar 600 halaman, iaitu bersamaan dengan membaca empat buah
buku.
Para pentadbir sekolah dan guru-guru BM sewajarnya tidak mencari
terlalu banyak alas an untuk pelajar mereka tidak membaca. Masa sudah terlalu
singkat untuk kita menempuh Wawasan 2020 kerana apalah ertinya kemajuan
tetapi minda generasi kita kosong!
41
MDK Meleraikan Ketaasuban Kepada Prestasi Akademik?
Dalam Utusan Malaysia, 29 Jun 2008, Yang Teramat Mulia Raja Muda
Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, sistem penilaian dalam pendidikan yang
terlalu taasub kepada prestasi pencapaian akademik semata-mata adalah
bercanggah dengan hokum alam.
Titah baginda lagi, keadaan itu menyebabkan pandangan menjadi kabur,
tidak berfikiran jauh lalu gagal mentafsir falsafah pendidikan yang lebih luas lagi
komprehensif.
Menurut baginda, sistem dan pendekatan pendidikan di negara maju
memberikan ruang untuk berlakunya fleksibiliti bagi membangunkan potensi
modal insan sejak usia awal. Negara maju tidak sekadar melahirkan cerdik
pandai dan cendikiawan yang agung, malah di negara maju juga lahirnya
majority jaguh agung dalam bidang sukan, seni, sastera, lakonan, teater, pereka
fesyen dan bermacam-macam bidang lagi.
Pada hemat baginda, semuanya terlaksana kerana masyarakat di negara
maju mentafsir dan memahami secara labih mendalam falsafah yang tersirat di
sebalik khazanah alam yang tersurat ini, lalu menerima reality kepelbagaian
insan, memberikan segala dorongan dan membina prasarana untuk tunas-tunas
muda berbakat itu dapat berkembang.
Oleh itu, menurut baginda, setiap anak didik perlu diiktiraf kebolehan dan
keupayaan mereka kerana setiap mereka ada peranan dalam masyarakat dan
42
9
negara. Sesungguhnya, negara dan dunia tidak dapat berfungsi sepenuhnya jika
kesemua warga di dunia menjadi profesor di universiti.
Pada pandangan saya, apa-apa juga dititahkan oleh Raja Dr. Nazrin Shah
adalah merujuk kepada sistem pendidikan kita yang terlalu taasub kepada
pencapaian cemerlang dalam peperiksaan. Keadaan ini sekali gus menafikan
sebilangan besar pelajar yang berpencapaian sederhana dan lemah.
Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Malaysia (BM) di
sekolah-sekolah terlalu memberikan penekanan kepada latihan dan P&P kea rah
peperiksaan semata-mata.
Sebagai contoh, pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tumpuan
guru dan pelajar dalam proses P&P hanya kepada penulisan karangan, rumusan
karangan, pemahaman dan tatabahasa sahaja. Setelah mereka tamat tingkatan
lima dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran BM,
apakah kemahiran yang dapat mereka ketengahkan dalam hidup mereka?
Jelas, apa-apa yang berlaku kini, pelajar lepasan SPM tidak begitu
selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan titah yang
dikemukakan oleh Raja Dr. Nazrin Shah.
Sekarang cuba kita perhatikan pula kesan jangka panjang yang bakal
diperoleh oleh pelajar lepasan SPM setelah mereka terdedah dengan
pendekatan MDK sepanjang mereka belajar di sekolah rendah dan menengah.
43
Contoh Aktiviti
Bil. Aktiviti MDK Faedah Kepada Pelajar
1. Memanfaatkan ayat dan
frasa yang indah
Berupaya bertutur dan menulis dengan
menggunakan bahasa yang indah
2. Meramalkan watak dan
perwatakan
Berkebolehan membaca dan menilai
watak dan perwatakan seseorang
3. Meneruskan cerpen Berpotensi menjadi penulis cerpen dan
novel
4. Menukarkan cerpen
kepada komik
Melahirkan penulis dan pelukis komik
5. Menukarkan cerpen
kepada skrip drama
Berpotensi menjadi penulis skrip drama
dan filem
6. Melagukan sajak Melahirkan penyanyi
7. Menterjemahkan puisi
kepada bentuk grafik/
lukisan
Berpotensi menjadi pelukis grafik
8. Menukarkan rencana/
gambar kepada pantun,
syair dan sajak
Melahirkan penulis dan pencipta pantun,
syair dan sajak
9. Menukarkan rencana/
gambar kepada lirik lagu
Melahirkan penulis lirik lagu
10. Menulis berita Berpotensi menjadi wartawan
44
Sesungguhnya, program MDK bukan sekadar melahirkan pelajar yang
berminat mempelajari BM, malahan lebih jauh daripada itu kita dapat melahirkan
jaguh agung dalam pelbagai bidang kehidupan.
45
MDK Bukan Sekadar Untuk Lulus Peperiksaan
Berdasarkan kajian saya terhadap 20 000 orang pelajar di negeri Johor
pada tahun 2005, didapati bahawa 52.5% pelajar tidak memberikan jawapan
atau pendapat semasa proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
(BM) antara lain disebabkan kurang yakin (40.40%), takur ditertawakan (7.5%),
tidak diberikan peluang (5.80%) dan tidak menguasai BM (6.30%). Perangkaan
ini jelas menunjukkan bahawa lebih daripada separuh pelajar berasa tidak begitu
seronok dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) BM yang antara lain
disebabkan oleh :
- Tidak dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran
yang dijalankan oleh guru.
- Proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak
menyeronokkan.
- Kandungan pengajaran dan pembelajaran yang menjurus
skop peperiksaan semata-mata, dan
- Bahan/ media yang digunakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran P&P agak ketinggalan masa dan tidak
bersesuaian dengan jiwa mereka.
Jika inilah keadaan yang berlaku dalam proses P&P BM maka jelaslah
bahawa hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang menginginkan pelajar
terlibat dalam proses pembudayaan ilmu kurang mencapai matlamatnya.
46
1
Guru BM sewajarnya sedar dan harus kembali ke pangkal jalan seiring
dengan matlamat pengajaran dan pembelajaran BM yang antara lain
menghendaki guru mengasuh dan melatih pelajar untuk mendapatkan seberapa
banyak ilmu tambahan yang bermanfaat daripada bahan yang bermutu dan
dapat dipertenggungjawabkan. Dalam hal ini, majalah terbitan Dewan Bahasa
dan Pustaka adalah antara bahan yang sesuai dan menepati kriteria yang
ditetapkan.
Di samping itu, proses P&P BM juga sewajarnya berupaya meningkatkan
kecekapan berbahasa dan ketepatan berkomunikasi dalam kalangan pelajar.
Selain itu, guru juga harus menitikberatkan proses mengasah bakat dan potensi
diri pelajar dalam bidang penulisan kreatif dan deskriptif.
Guru BM juga harus menyedari bahawa P&P BM perlu menitiberatkan
kehendak kurikulum seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran
teknologi maklumat dan komunikasi, kajian masa depan, pembelajaran
konstruktivisme, pembelajaran kontekstual, pembelajaran masteri dan akses
kendiri.
Kita juga harus insaf bahawa proses P&P BM yang berjaya mestilah
menitikberatkan prinsip penggabungjalinan dan penyerapan. Di samping itu,
bahan yang digunakan mestilah dapat dipelbagaikan dari segi kemahiran
(mendengar, bertutur, membaca dan menulis), memenuhi kehendak organisasi,
kurikulum (interpersonal, maklumat dan estetik), dan sistem bahasa (tatabahasa,
kosa kata, peribahasa, ejaan dan sebutan). Dari segi komponen Kesusasteraan
47
Melayu pula, bahan yang digunakan mestilah dapat dimanfaatkan untuk
penghayatan dan penulisan cerpen, novel, sajak, dan puisi dan prosa tradisional.
Sesungguhnya, program MDK sebenarnya sesuai dan bertepatan dengan
kehendak Stardard Tinggi Kualiti Pendidikan (STKP), khasnya dari segi
Pemajuan Program Pendidikan Pedagogi guru yang menitikberatkan set induksi,
penyampaian isi pelajaran, teknik bersoal jawab, penyertaan dan penglibatan
pelajar, serta penekanan terhadap unsur Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) serta pendekatan mutakhir dalam P&P yang dihasratkan oleh
Pusat perkembangan Kurikulum.
Jelaslah jika peratusan pelajar yang terlibat dalam proses P&P hedak
ditambah bilangannya berbanding peratusan yang dinyatakan pada awal
rencana ini, pendekatan MDK sewajarnya dimanfaatkan semaksimum mungkin
kerana kesan langsung yang diperoleh daripada program ini adalah seperti yang
berikut:
- Mewujudkan suasana belaajr yang lebih bermakna
- Mewujudkan pelbagai aktiviti P&P dengan memaksimumkan
penggunaan deria pelajar.
- Membantu guru mewujudkan aktiviti pemulihan, pengukuhan
dan pengayaan.
- Menarik dan meningkatkan minat pelajar terhadap
penggunaan Bahasa Melayu.
48
MDK Memenuhi Matlamat Pendidikan Universal
Tokoh pemikir Amerika, Ivan Illich pernah menyalahkan sistem pendidikan
dunia yang dikatakan sudah bertukar seperti fabrik. Menurut beliau, anak-anak
dididik bukan untuk tujuan yang bersigat moral tetapi lebih atas alas an ekonomi.
Mereka dilatih untuk menjadi pencetak wang. Untuk itu, mereak dipaksa untuk
mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Jika tidak,
mereka dianggap gagal.
Apakah yang dikatakan oleh Ivan Illich adalah selaras dengan pendapat
yang dikemukakan oleh Musgrave (1978) dalam bukunya yang berjudul The
Moral Curriculum : A Sociological Analysis yang menekankan pentingnya
matlamat moral dikembangkan dalam kerangka pendidikan di sekolah. Selain
kurikulum, oragnisasi sekolah juga perlu memberikan penekanan kepada
elemen-elemen moral yang berkaitan dengan disiplin dan tanggungjawab nilai-
nilaimurni, aspek-aspek tingkah laku, amalan dan tindakan. Menurut beliau lagi,
agenda penting pendidikan dalam sesebuah negara termasuklah
membangunkan aspek-aspek moral individu dan masyarakat.
Berbalik kepada sistem pendidikan di Malaysia, matlamat pendidikan kita
juga tidak jauh berbeza dengan apa yang dikatakan oleh dua tokoh pendidikan di
atas. Menurut Ab. Rahim Ab. Rashid dalam bukunya Nilai-nilai Murni dalam
Pendidikan, matlamat utama pendidikan dari perspektif nilai ialah untuk
memenuhi tuntutan dan kepentingan negara, masyarakat dan individu. Ini
meliputi tuntutan dan kepentingan berikut;
49
1
a. Membawa perubahan sikap dan moral.
b. Membina akhlak dan sahsiah yang baik.
c. Membina nilai-nilai kerjaya masa depan.
d. Mencorakkan nilai hidup yang ideal.
e. Mengembangkan potensi individu.
f. Membina nilai-nilai sivik dan sosial.
g. Mengembangkan literasi teknologi maklumat
h. Mengembangkan sosiolisasi dan kesedaran politik.
i. Membina kesedaran global.
j. Memupuk nilai kerohanian.
k. Membentuk kehidupan yang liberal dan demokratik.
l. Menghargai ilmu pengetahuan.
m. Memahami nilai-nilai kasih sayang.
Bagi mencapai 13 tuntutan di atas, para pelajar mestilah didedahkan
dengan empat aspek yang dapat mencorakkan perkembangan individu yang
sihat, berwawasan, berhemah dan dapat mempertahankan nilai-nilai moral dan
sosial yang baik. Empat aspek tersebut ialah:
a. Ilmu pengetahuan:
Melalui pengetahuan yang dipelajari, nilai-nilai tertentu dipupuk
sama ada intrinsik dan juga secara ekstrinsik.
b. Pengetahuan dan Kesedaran
50
Nilai dan pengetahuan yang dipelajari perlu menimbulkan
kesedaran kepada pelajar tentang pelbagai isu kritikal yang
menguasai dan mempengaruhi masa depan kehidupan mereka.
c. Pengetahuan dan Penghayatan
Pembelajaran yang efektif memerlukan penghayatan terhadap apa
yang dipelajari.
d. Pengetahuan, Tindakan, Amalan dan Sikap
Nilai dan pengetahuan yang dipelajari perlu membawa suatu
perubahan dalam mencorakkan tindakan, amalan dan sikap
individu serta masyarakat.
Persoalannya, bagaimana guru hendak membawa pelajar mereka
memenuhi empat aspek di atas bagi merealisasikan 13 tuntutan matlamaty
pendidikan? Bagi guru Bahasa Malaysia, di samping memanfaatkan buku teks,
buku rujukan, buku penilaian dan sebagainya penggunaan majalah-majalah
terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) – dalam konteks pelajar tingkatan
dua hingga lima penggunaan majalah Dewan Siswa dirasakan begitu serasi
untuk mencapai apa yang dihajati.
Sebagai contoh, cuba perhatikan kandungan di dalam majalah Dewan Siswa, Mac
2009 dengan kesesuaian 13 matlamat pendidikan universal.
Bil. Matlamat Pendidikan Kandungan Dewan Siswa
1. Membawa perubahan sikap dan
moral
Tip Belajar: Diet Pelajar Cemerlang
51
2. Membina akhlak dan sahsiah yang
baik
Tokoh Remaja : Cabaran
Membentuk Keperibadian
3. Membina nilai-nilai kerjaya masa
depan.
Menuju Cita-cita : Pakar Mengesan
Misteri Penyakit
4. Mencorakkan nilai hidup yang ideal. Zaman Remajaku: Budak
Gelendangan Kini Wira Pengasih
5. Mengembangkan potensi individu Cerpen daripada Siswa : Bingkisan
Hikmah
6. Membina nilai-nilai sivik dan sosial Fokus : Rapuhnya Patriotisme
Remaja
7. Mengembangkan literasiteknologi
maklumat.
Enjin Carian PRPM DBP: Pusat
Rujukan Persuratan Melayu
8. Mengembangkan Sosiolisasi dan
kesedaran politik
Fokus: Patriotisme Releven
Sepanjang Masa
9. Mewmbina kesedaran global Rakaman Penggembara: Ubud
Tempat Plebon
Antarabangsa : Palestin dan Dosa
Baldour
10. Memupuk nilai kerohanian Islam dan Anda : Merendah Diri
Akhlak yang Terpuji
11. Membentuk kehidupan yang liberal
dan demokratik
Cetusan Pendapat
12. Menghargai ilmu pengetahuan Keseluruhan majalah Dewan Siswa
52
13. Menanam nilai-nilai kasih sayang Sekolahku Akarku : SBPI Gopeng
menelusuri kecemerlangan
Jelas, bahawa bahan-bahan yang tersiar di dalam majalah Dewan Siswa
bukannya ditulis dan disediakan sesuka hati atau mengikut kehendak penulis
semata-mata tetapi bersandarkan kepada matlamat pendidikan universal.
Oleh itu, apabila bahan-bahan di dalam majalah ini dimanfaatkan di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, tentu sekali sedikit sebanyak matlamat
pendidikan yang digariskan di atas dapat diserapkan kepada para pelajar.
53
MDK Mengutamakan Kemahiran Berfikir
Menurut Norman Cousins, “banyak mana pun diploma atau ijazah yang
dimiliki oleh seseorang itu tidak dapat menggerakkan atau menghasilkan idea
yang bernas, maka sedarlah bahawa pembelajarannya masih belum sempurna.”
Begitu jugalah halnya dengan para pelajar di sekolah. Mereka telah diajar
dan belajar tetapi jika apa yang dipelajarinya hanya sekadar mampu diluahkan
kembali di atas kertas jawapan semata-mata, maka jelaslah apa yang
dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan matlamat
mempelajari sesuatu mata pelajaran belum tercapai sepenuhnya.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Telah
memperkenalkan Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran agar
dapat diterapkan dan diaplikasikan dalam semua mata pelajaran, agar para
pelajar mampu menguasai sesuatu kebolehan dan boleh pula melakukan
kebolehan tersebut.
Syarat utama sebelum seseorang itu mampu berfikir sesuai dengan
zamannya, adalah perlu seseorang itu menghimpunkan seberapa banyak
pengetahuan dalam ingatan yang diperolehi daripada proses tanggapan
rangsangan-rangsangan yang terdapat di persekitaran. Antara persekitaran
terbaik bagi seseorang pelajar ialah bahan bacaan yang berkualiti. Hasilnya,
semakin tinggi pengalaman dan pengetahuan seseorang, semakin baiklah hasil
pemikirannya.
54
1
Oleh itu, bagi mencapai matlamat diatas, semua aktiviti pengajaran dan
pembelajaran (P&P) MDK menitikberatkan empat jenis pemikiran yang
sistematik, iaitu:
(a) Pemikiran Konsep
Pemikiran jenis ini melibatkan proses membeza dan menghujah idea,
mengelas, menghujah dan melabel mengikut tajuk.
(b) Pemikiran Kritikal
Pemikiran Kritikal memperlihatkan kebolehan memperoses dan
mengumpul meklumat yang relevan dengan yang tidak relevan
(c) Pemikiran Kreatif
Pemikiran ini merujuk kepada kebolehan meralam, menjana maklumat,
meneroka pemikiran dan menghasilkan pelbagai idea dan kaedah
penyelesaian dalam pelbagai situasi.
(d) Pemikiran Analitik
Pemikiran analitik mewajarkan seseorang menganalisis hubung kait satu
idea dengan idea yang lain dan seterusnya mampu menghasilkan idea-
idea bernas dan bernilai.
Bagi menjayakan saranan ini, strategi P&P haruslah berupaya
mengeksploitasi segala potensi yang ada pada setiap pelajar. Tegasnya, aktiviti
yang dijalankan haruslah dapat menggerakkan minda para pelajar.
Berikut adalah contoh aktiviti MDK yang melibatkan kemahiran berfikir
secara sistematik.
55
Pemikiran Konsep
Pemahaman : Bukan sekadar menjawab soalan
Menukarkan cerpen kerana skrip drama
Menukarkan cerpen kepada komik dan sebaliknya
Menterjemahkan puisi kepada bentuk grafik / lukisan
Pemikiran Kritikal
Memanfaatkan ayat dan frasa yang indah
Menjawab teka silang kata
Membina teka silang kata
Pemikiran Kreatif
Meramalkan watak dan perwatakan
Meramalkan kesudahan komik
Pemikiran Analitik
Meneruskan cerpen
Melagukan sajak
Menukarkan rencana/ gambar kepada pantun, puisi, syair dan lirik lagu.
56
MDK Memanfaatkan Teori Kecerdasan Pelbagai
Teori Kecerdasan pelbagai (TKP) merupakan suatu teori yang penting
kerana teori ini mempunyai hubung kait yang rapat dengan bidang pendidikan.
Pakar pendidikan mengakui bahawa setiap orang murid memiliki pelbagai
kecerdasan dan cara seseorang murid berfikir, bertindak dan belajar adalah
berlainan antara seorang murid dengan murid yang lain.
Sekurang-kurangnya terdapat lapan jenis TKP yang dikenal pasti setakat
ini, antaranya ialah:
1. Kecerdasan Verbal-Linguistik
Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan
penulisan. Terangkum juga kebolehan seseorang mengingati meklumat,
menyakini orang lain serta kefasihannya bercakap bahasanya sendiri.
2. Kecerdasan Logik-Matematik
Kebolehan menggunakan nombor secara berkesan dan bijak berhujah,
termasuklah memahami kelompok nombor asas, prinsip sebab akibat
serta kebolehan menjangka.
3. Kecerdasan Visual-Ruang
Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan
garisan, termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual dan
ruang secara grafik.
57
1
4. Kebolehan Kinestetik
Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan
menyelesaikan masalah, termasuklah kemahiran fizikal seperti koordinasi,
keanjalan, kepantasan dan keseimbangan.
5. Kecerdasan Muzik
Kebolehan mengesan irama dan lagu, termasuklah kebolehan mengenal
lagu mudah serta membeza atau mengubah rentak dan tempo dalam
melodi yang mudah.
6. Kecerdasan Interpersonal
Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain.
Kecerdasan ini juga merupakan kemahiran bertindak secara berkesan
terhadap orang lain secara praktikal, seperti menggalakkan murid
menyertai sesuatu projek.
7. Kecerdasan Intrapersonal
Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat
dan kehendak, termasuklah kemahiran membading beza antara satu
sama lain. Kecerdasan ini juga dapat membantu individu menangani
perasaan, beradab sopan serta mengawal kemarahan atau kesedihan diri.
8. Kecerdasan naturalis
Kebolehan mengenali dan mengklasifikasikan tumbuh-tumbuhan, galian
dan binatang, termasuk rumput dan batu-batan, serta pelbagai flora dan
fauna. Di samping itu, kecerdasan ini meliputi juga kebolehan untuk
mengenali artifak budaya dari segi pakaian dan makanan.
58
Bagi meralisasikan TKP dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Malaysia, pendekatan “guru kreatif pelajar aktif” yang menjadi pegangan
program Majalah Dalam Kelas (MDK) amat selari dengan teori ini yang antara
lain berhasrat untuk:
Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan murid.
Mempelbagaikan cara penilaian.
Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah.
Menggalakkan inovasi dan penyelidikan baharu dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Menerima persamaan dan perbezaan antara individu dengan mengakui
bahawa setiap orang murid adalah unik dan belajar dengan cara
berlainan.
Meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan menyedari bahawa
potensinya tidak terbatas.
Meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan menyedari bahawa
potensinya tidak terbatas.
Meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui pengajaran dan
pembelajaran yang menyeronokkan.
Yang berikut dikemukakan beberapa contoh yang membuktikan keserasian antara
aktiviti dalam program MDK dan TKP yang berupaya memperkembang potensi dan
kecerdasan murid dalam suasana yang bermakna dan menyeronokkan.
Bil. Kecerdasan Pelbagai Aktiviti Program MDK
59
1. Kecerdasan Verbal-
Linguistik
a. Ayat dan frasa yang indah
b. Pemahaman: Bukan sekadar
menjawab soalan
2. Kecerdasan Logik-
Matematik
a. Menjawab teka silang kata
b. Membina teka silang kata
3. Kecerdasan Visual –
Ruang
a. Menterjemahkan puisi kepada bentuk
grafik . lukisan.
4. Kecerdasan Kinestetik a. Berlakon drama
b. Menyanyi
c. Mendeklamasi puisi
5. Kecerdasan Muzik a. Melagukan sajak
b. Mencipta lirik lagu
6. Kecerdasan Interpersonal a. Meramalkan watak dan perwatakan
b. Meramalkan kesudahan komik
7. Kecerdasan Intrapersonal a. Meneruskan cerpen
8. Kecerdasan Naturalis a. Meneruskan cerpen
b. Menukarkan rencana kepada pantun,
syair, sajak, dan lirik lagu.
MDK Membantu Pembelajaran Kontekstual
60
1
Pembelajaran Kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang
menggabungkan kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat
dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang
melibatkan aktiviti amali (hands-on) dan minds-on.
Mengikut teori Pembelajaran Kontekstual, pembelajaran hanya akan
berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru
dengan cara yang bermakna kepada mereka. Minda seseorang akan cuba
mencari makna dalam konteks dengan membuat hubung kait yang bermakna
dan relevan dengan persekitarannya. Teori Pembelajaran Kontekstual
menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada
di bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan harian.
Oleh itu, teori ini menggalakkan pendidik memilih atau mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada
dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil
pembelajaran yang dihasratkan.
Sebelum kita mengaitkan penggunaan majalah dengan pembelajaran
kontekstual, ada lebih baik jika kita mengetahui tentang proses pembelajaran.
Proses pembelajaran sebenarnya merangkumi perkara-perkara yang berikut:
Kebanyakan murid belajar dengan berkesan melalui pengalaman peribadi,
aktiviti amali (hands-on) dan peluang untuk penemuan kendiri
Pembelajaran lebih bermakna apabila konsep disampaikan dalam konteks
hubungan yang tidak asing kepada murid.
61
Kebanyakan murid belajar dengan lebih berkesan melalui komunikasi
interpersonal, belajar dalam kumpulan, berkongsi maklumat, saling
menbantu dan maklum balas yang positif.
Pemindahan pembelajaran dari satu situasi yang lain ialah satu kemahiran
yang perlu dipelajari.
Sesungguhnya, dengan melaksanakan Pembelajaran Kontekstual, dapatlah
murid akan faedah yang berikut:
Dapat mengaitkan mata pelajaran denmgan perkerjaan atau kehidupan.
Dapat mengaitkan kandungan mata pelajaran dengan pengalaman harian.
Boleh memindahkan kemahiran.
Boleh meneroka dan mendapatkan bukti.
Boleh menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit.
Dapat belajar secara kerjasama
Di sini, cuba kita perhatikan bahawa kebanyakan aktiviti yang dilaksanakan
melalui teknik Majalah Dalam Kelas (MDK) selaras dengan kehendak
Pembelajaran Kontekstual.
PERBEZAAN ANTARA PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL DAN
MDK DENGAN PEMBELAJARAN TRADISIONAL.
62
1
Perkara Pembelajaran Secara Kontekstual/
MDK
Pembelajaran Secara
Tradisional
Objektif Mencari, membina dan mengaplikasikan
maklumat kepada dunia sebenar
Memindahkan maklumat
Peranan Guru Pembimbing dan mentor Penyampai maklumat.
Peranan Murid Aktif mencari dan membina maklumat
melalui aktiviti sebenar dalam
kehidupan harian.
Penerima maklumat yang
pasif melalui syarahan.
Kandungan Disesuaikan untuk kecerdasan pelbagai Disesuaikan untuk
kecerdasan bahasa dan
logic matematik sahaja.
Kaedah Inkuiri, penemuan, dan aplikasi Syarahan dan soal jawab
Penilaian Berasasakan pencapaian atau prestasi
dan penyelesaian masalah
Menguji fdakta ujian (kertas
dan pensel)
Kesimpulan Objektif pembelajaran dapat dicapai
dengan lebih cepat
Objektif pembelajaran
lambat dicapai
Di sini, cuba kita ambil beberapa contoh kaedah pembelajaran MDK yang
kebanyakannya selaras dengan kehendak Pembelajaran Kontekstual.
Contoh:
Bil. Aktiviti MDK Pembelajaran Secara Kontekstual
63
1.
2.
3.
4.
5.
Melukis komik daripad acerpen
Wakat dan Perwatakan
Menukarkan rencana kepada pantun,
syair dan lirik lagu.
Menukarkan puisi kepada grafik
Menukarkan grafik/ gambar kepada
puisi, pantun dan syair
Mencari, membina dan mengaplikasi
maklumat
Disesuaikan dengan kecerdasan
pelbagai
Inkuiri, penemuan dan aplikasi
Guru sebagai pembimbing dan mentor
Pembelajaran Akses Kendiri (PAK)
64
1
Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) merujuk kepada cara pembelajaran
kendiri murid dan guru berperanan sebagai fasilitator. Terdapat pelbagai jenis
murid dengan keperluan yang berbeza-beza. Gaya dan kadar pembelajaran
seseorang murid mungkin berbeza dengan murid yang lain. Oleh itu, kita sebagai
guru harus mengambil kira minat dan keperluan seseorang murid semasa kita
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sehubungan
dengan itu, PAK adalah antara cara yang boleh dilaksanakan untuk murid belajar
mengikut keperluan masing-masing.
PAK adalah antara program yang membantu melengkapi pembelajaran di
bilik darjah. Program ini menyediakan pelbagai bahan dalam empat aras iaitu
aras pemulihan, mudah, sederhana dan cemerlang.
Sehubungan dengan itu, bahan-bahan yang terdapat di dalam majalah
Dewan Siswa sesuai dimanfaatkan untuk PAK sama ada digunakan di rumah
atau di sekolah.
Berikut dikemukakan contoh bahan dalam majalah Dewan Siswa yang
dapat membantu guru menyediakan latihan PAK untuk empat aras.
Media : Majalah Dewan Siswa, Januari 2008
65
Ruangan : Cetusan Pendapat
Tajuk : Belia Pasak Negara
Halaman : 10 hingga 11
Aras
pencapaian
Murid
Aktiviti yang dicadangkan
Pemulihan Murid menyalin petikan “Belia Pasak Negara”
Mudah Murid membina soalan pemahaman dan menjawab soalan
pemahaman.
Sederhana a. Murid menulis tingkatan petikan yang dibaca
Atau
b. Murid membuat rumusan daripada petikan yang
dibaca
Cemerlang a. Murid mencadangkan penyelesaian terbaik daripada
masalah yang dikemukakan oleh penulis di dalam
petikan
b. Murid menulis karangan jenis pendapat berpandukan
isi yang diperoleh daripada aktiviti (2).
Media : Majalah Dewan Siswa, Januari 2008
66
Ruangan : Bimbingan Penulisan
Tajuk : Cetak Rompak
Halaman : 40
Aras Pencapaia
Murid
Aktiviti yang dicadangkan
Pemulihan Murid membaca dan menyalin semula rangka karangan yang
disediakan
Mudah Murid mengembangkan perenggan dan pendahuluan
penutup karangan kepada 50 hingga 55 perkataan
Sederhana Murid menulis tiga perenggan lengkap isi karangan
Cemerlang Murid menulis karangan lengkap berpandukan rangka
karanhan yang diberi.
Kajian Masa Depan (KMD)
67
1
Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan (MDK) yang diperkenalkan
oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) pada tahun 2002 bertujuan untuk
mendidik generasi baharu yang bersedia menghadapi cabaran dan perubahan.
KMD akan membantu generasi sekarang menyedari bahawa masa depan pasti
berubah dan penuh dengan cabaran dan dugaan. Mereka juga boleh merancang
masa depan sesuai dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang
berwawasan, rasional, kreatif, dinamik serta dapat menerima serta dapat
menerima dan dapat menangani perubahan.
Oleh itu, dalam mengajarkan Bahasa Malaysia, kita sebagai guru perlu
mengaplikasikan sebaik mungkin KMD dalam proses pengajaran dan
pembelajara. Hal ini kerana masa depan merupakan satu kaedah yang dinamik
dan sentiasa berlaku perubahan. Masalah masa depan lazimnya kompleks serta
sukar ditentukan dan penyelesaiannya bersifat global. Tambahan lagi, manusia
terikat dengan bilai dan norma, keinginan dan hajat serta kehendak yang
berbeza-beza.
KMD merupakan strategi khusus yang saintifik untuk menambahkan
keupayaan pelajar dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat
keputusan.
Bagi memudahkan kita mencari bahan yang sesuai untuk merangsang
pemikiran pelajar kita agar terus berfikir, ke aras menyusun pemikiran yang logik,
mengkonsepsikan kehidupan, mengambil tindakan jangka pendek dan jangka
penjang serta strategi membuat keputusan yang bakal diambil, majalah Dewan
68
Siswa telah menyediakan beberapa ruang yang sesuai untuk pelajar terus
berfikir sesuai dengan konsep KMD.
Antara ruang yang tersebut ialah:
Menuju cita-cita
Cetusan Pendapat
Fokus
Islam dan Anda
Misteri dalam Sains
Teknologi Baharu
Tanya Doktor Anda
Berdasarkan bahan rangsangan seperti dalam ruangan di atas, pelajar
haruslah digerakkan dengan berasaskan konsep “Guru Kreatif, Pelajar Aktif”
agar mereka dapat:
1. Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal-hal
masa depan.
2. Berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan.
3. Membina sikap dan nilai tentang masa depan.
4. Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa depan.
5. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang masa depan.
Contoh:
69
Media : Majalah Dewan Siswa, Januari 2008
Ruangan : Teknologi Baharu
Tajuk : Saintis Beras
Halaman : 44 – 45
Di dalam kumpulan, pelajar dikehendaki berbincang tentang rencana “Saintis
Beras” berpandukan rajah di bawah:
BERAS
Dahulu Sekarang Akan Datang
Contoh:
Media : Majalah Dewan Siswa
Ruangan : Fokus 2
Tajuk : Remaja Semakin Hilang Harga Diri?
Halaman : 14 - 15
70
Di dalam kumpulan, pelajar dikehendaki berbincang tentang rencana “Remaja
Semakin Hilang harga Diri?” berpandukan rajah di bawah:
REMAJA
Dahulu Sekarang Akan Datang
71
MDK Memaksimumkan Penyertaan Pelajar Dalam
Kegiatan Kokurikulum Akademik.
Pada tahun 2005, saya telah membuat satu kajian tentang penglibatan
pelajar sekolah rendah dan menengah dalam kegiatan kokurikulum akademik
bagi mata pelajaran bahasa Malaysia (BM).
Saya amat terkejut dengan dapatan kajian yang saya lalukan itu. Daripada
20, 000 orang pelajar yang menghantar kembali boring kaji selidik, hanya 1526
orang (7.63%) yang menyatakan bahawa mereka terlibat secara aktif dalam
kegiatan kokurikulum BM seperti menyertai pertandingan pidato, bahas, berbalas
pantun, forum, bercerita, menulis esei, menulis cerpen dan sebagainya.
Jika angka di atas dijadikan ukuran, maka secara tidak langsung bahawa
matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mewajibkan aktiviti
kokurikulum akademik dalam kalangan pelajar kurang berjaya.
Kegiatan kokurikulum bukanlah sesuatu aktiviti yang boleh dijalankan
secara sambil lewa sahaja. Pusat perkembangan Kurikulum (PPK) 1988,
menggariskan bahawa gerak kerja kokurikulum di sekolah sebagai salah satu
komponen yang penting dalam proses pembentukan pelajar, sama ada di
peringkat rendah ataupun yang lebih tinggi dalam konteks pendidikan
kebangsaan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Sementara itu, Jawatankuasa Kabinet mengkaji pelaksanaan Pelajaran
(1979) menyatakan bahawa persatuan ataupun badan beruniform di sekolah
adalah baik kerana menggalakkan murid-murid berkenalan sesame sendiri,
72
1
memberikan perkhidmatan kepada masyarakat dan juga daripada segi
membolehkan murid-murid mencapai kemahiran di dalam sesuatu lapangan
ataupun hobi.
Berdasarkan kedua-dua pernyataan di atas adalah jelas bahawa kegiatan
kokurikulum dapat memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh
kearah mencapai aspirasi Negara.
Namun demikian, secara realitinya, aktiviti kokurikulum BM tidak
melibatkan jumlah pelajar yang ramai sebaliknya hanya segelintir pilihan guru
yang diberi peluang untuk menyertai dan turut serta dalam aktiviti yang
berfaedah ini.
Kebanyakan sekolah mengamalkan pegangan yang kurang sihat kerana
hanya memberi peluang kepada beberapa orang pelajar sahaja yang mewakili
sekolah dalam beberapa acara atau kegiatan. Misalnya, terdapat pelajar yang
mewakili sekolah lebih daripada dua aktiviti dan sekali gus menafikan peluang
pelajar yang lain.
Segala-galanya berlaku kerana semua sekolah mengharapkan
kemenangan semata-mata dalam setiap aktiviti yang disertainya. Keutamaan
untuk menaikkan nama sekolah telah mengatasi hasrat sebenar kegiatan
kokurikulum seperti yang dikehendaki oleh KPM.
Dalam hal ini, pihak sekolah mestilah kembali ke pangkal jalan agar hak
setiap orang pelajar menyertai kegiatan kokurikulum BM khasnya tidak digadai.
Untuk mengatasi masalah ini, program MDK merupakan alternative terbaik untuk
73
menggalakkan lebih ramai pelajar menceburkan diri dan bergiat aktif dalam
kegiatan kokurikulum khasnya untuk subjek BM.
Untuk itu, persatuan BM seharusnya menjalankan aktiviti persatuan
dengan mengadakan pertandingan yang berfokuskan kepada majalah Dewan
Siswa.
Berikut adalah beberapa contoh aktiviti kokurikulum yang berteraskan program
MDK dan majalah Dewan Siswa.
Bil. Aktiviti Penyertaan Tempat/ Masa Dewan Siswa
Februari 2009
Halaman
1. Membaca
berita radio /
TV
Berpasangan Perhimpunan
mingguan
Diari
Siswa
Sekitar
Siswa
Antaraba
ngsa
57-59
44 – 45
10 - 11
2. Membaca
cerpen
Individu Perhim
punan
mingguan
Cerpen
daripada
Siswa
Cerpen untuk
Siswa
22-24
3. Mdeklamasikan
puisi
Individu Perhimpunan
mungguan
Minggu
Bahasa
Puisi Siswa 28 – 29
4. Melagukan Individu / Perhimpunan Puisi Siswa 28 – 29
74
Puisi berpasangan/
berkumpulan
mingguan
Minggu
Bahasa
5. Menukarkan
cerpen kepada
komik
Individu Di rumah / di
kelas
Cerpen
daripada
Siswa
Cerpen untuk
Siswa
22 – 24
46 – 48
6. Meneruskan
komik
Individu Di rumah/ di
kelas
Klik 36 – 37
7. Kuiz DS Individu Di kelas Majalah DS -
8. Syarahan Individu Di kelas
Perhimpunan
mingguan
Minggu
bahasa
Cetusan
Pendapat
Fokus
16
9. Menulis ulasan
buku
Individu Di kelas/ di
rumah
Ulasan Buku 16
10. Membina teka
silang kata
Individu/
berpasangan
Di kelas / di
rumah
Misteri dalam
sains
26 – 33
11. Mencipta
pantun/ syair /
sajak
Individu Di kelas / di
rumah
Tanah Airku 32 – 33
12. Meneruskan
Cerpen
Individu Di kelas
Di rumah
Cerpen
daripada siswa
22 – 24
75
Cerpen untuk
Siswa
46 – 48
13. Buku skrap
(Ayat dan frasa
indah)
Individu Di rumah Cerpen
daripada
Siswa
Cerpen unruk
Siswa
22 – 24
46 – 48
Sesungguhnya, jika program di atas dapat dijalankan dalam kalangan
pelajar secara berkala, Insya-Allah, lebih ramai pelajar akan turut terlibat dalam
kegiatan kokurikulum BM. Dan yang pasti, kita dapat mencungkil banyak bakat
yang terpendam dalam kalangan anak didik kita.
76
MDK Asas Pemupukan Bakat Dan Produksi Karya
Antara Hasil Pembelajaran (HP) yang dinyatakan di dalam Huraian
Sukatan Pelajaran, Kurikulum Bersepadu Sekolah menengah, Bahasa Melayu
Tingkatan Lima ialah:
8.0 Memproses maklumat untuk keperluan tertentu
9.0 Menyampaikan maklumat untuk tujuan tertentu
10.0 Memahami dan memberikan respons peribadi tentang karya sastera
11.0 Menguasai gaya bahasa dan laras bahasa dalam penulisan kreatif dan
bukan kratif
12.0 Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif
Berdasarkan lima kata kunci dalam HP di atas iaitu “memproses”,
“menyampaikan”, “memahami” dan “memberikan”, “menguasai”, dan
“menghasilkan” adalah jelas bahawa pengajaran dan pembelajaran (P&P)
bahasa Melayu adalah cenderung ke arah memupuk bakat pelajar untuk
menghasilkan karya yang sesuai dengan kemampuan mereka.
Nyata sekali betapa matlamat P&P Bahasa Melayu sedikit sebanyaknya
memberikan ruang kesempatan kepada guru-guru mencetuskan minat
mempertajamkan bakat para pelajar dan dalam masa sama, para pelajar
mencuba mengasah bakat dalam bidang penulisan kreatif.
77
1
Ini bermakna, guru-guru Bahasa Melayu digalakkan mendorong pelajar-
pelajar mereka memperlihatkan keupayaan dan kemampuan menghasilkan
sesuatu karya kreatif baik dalam genre cereka, drama dan puisi sebagai satu
usaha mengeksploitasikan daya intelek dan imaginasi dengan tidak hanya
bergantung kepada kemahiran dan kepandaian menjawab soalan peperiksaan
sahaja.
Sesungguhnya, kesungguhan guru mengajak para pelajar berkarya
merupakan satu wadah bagi pelajar-pelajar menampilkan pemikiran baru, dan
berlainan, disamping memiliki kebolehpercayaan, keaslian, kelancaran dan
penghuraian yang realitif tinggi. Semuanya ini adalah bertepatan dengan
kehendak HP 80., 90, 10.0, 11.0 dan 12.0.
Agak mengecewakan, walaupun aspek penulisan kreatif hadir
dalam HSP Bahasa Melayu tetapi hakikatnya ia terburai, terpinggir dan dilupakan
kepentingannya.
Oleh itu, guru-guru Bahasa Melayu perlu kembali ke pangkal jalan agar
hakikat P&P BM untuk mencerdaskan pelajar, memperkayakan pengalaman dan
pengetahuan mereka, dan mengembangkan sensetiviti terhadap pelbagai nilai
kehidupan dapat direalisasikan.
Asas kepada pemupukan bakat dan produksi karya dalam kelangan
pelajar dapat dilaksanakan melalui program MDK jika guru-guru BM
berkeyakinan bahawa para pelajar mempunyai satu sistem yang kompleks dan
potensinya amat menakjubkan.
78
Antara aktiviti yang sesuai dan serasi dengan HP BM adalah seperti yang
berikut :
a. Mencatat dan membina ayat dan frasa yang indah
b. Menganalisis watak dan perwatakan
c. Meneruskan cerpen
d. Menukarkan cerpen kepada komik dan sebaliknya
e. Menukarkan cerpen kepada skrip drama dan sebaliknya
f. Menulis ulasan cerpen
g. Melagukan sajak
h. Menukarkan rencana kepada pantun, sajak, gurindam, dan syair dan
sebaliknya
i. Menulis lirik lagu
Selain itu, guru-guru BM mestilah memandu para pelajar agar dapat
menghantar hasil karya mereka kepada syarikat penerbitan (akhbar dan
majalah) di samping berusaha menerbitkan antologi, cerpen, puisi, akhbar
sekolah dan sebagainya.
Sesungguhnya, kita mesti meyakini bahawa manusia dijadikan dalam sebaik-
baik kejadian oleh Allah s.w.t apa yang penting, bagaimanakah kita yang
diamanahkan sebagai pendidik dapat membimbing anak didik kita ke jalan yang
benar.
79
PELAJAR KITA BERBAKAT
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dengan jelas antara lain menyatakan
bahawa pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal
Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran untuk semua mata pelajaran
selaras dengan hasrat FPK yang akhirnya setiap pelajar yang telah mengikuti
sistem pendidikan di Malaysia sewajarnya memenuhi hasrat FPK itu.
Namun demikian, keghairan sesetengah pendidik yang hanya memberi
perhatian terhadap peperiksaan semata-mata menyebabkan hasrat untuk
mengembangkan potensi dan bakat pelajar kian terabai. Dalam hal ini, guru-
guru haruslah bersifat profesional dalam menjalankan tugas. Menurut
Mohammed Sani Ibrahim dalam bukunya Sekolah Berkesan Konsep dan Ciri
Utama, tiga teras guru yang profesioanl ialah:
a. Guru yang berilmu (content knowledge)
b. Guru yang mempunyai kemahiran dan ketrampilan dalam proses
pengajaran-pembelajaran.
80
2
c. Guru yang mempunyai sahsiah yang boleh menjadi contoh teladan dan
ikutan kepada golongan yang dipimpin. Antara cirri-ciri sahsiah yang
perlu dimiliki ialah peribadi dan tingkah laku yang mulia, menggunakan
bahasa yang standard dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk
menjayakan usaha yang dilakukan.
Oleh itu, jika pendidik mempunyai cirri guru yang professional, maka
kegusaran mereka terhadap pencapaian akademik pelajar semata-mata tidak
timbul sebaliknya dalam maa yang sama mereka berupaya mengenal pasti dan
menyuburkan bakat pelajar.
Berdasarkan pengalaman, saya dapati lebih 90% pelajar saya mempunyai
bakat dalam bidang penulisan cerpen, sajak, novel, mencipta lirik lagu, menulis
skrip drama, berlakon, menyanyi, melukis dan sebagainya. Tetapi jika tumpuan
saya hanya kepada lulus dalam peperiksaan semata-mata, maka bakat yang
dimiliki oleh pelajar tentu akan tenggelam begitu sahaja.
Semasa saya bertugas di SMK Dato’ Sulaiman, Parit Sulong (sekolah luar
bandar), saya dapat mengasuh pelajar saya dalam bidang penulisan cerpen dan
akhirnya lahirlah Antologi Cerpen Spektrum. Begitu juga, semasa saya bertugas
di SMK Dato’ Bentara Luar, Batu Pahat (sekolah dalam bandar), saya dan rakan-
rakan guru Bahasa Melayu dapat menerbitkan hasil karya pelajar dalam Antologi
Cerpen Aku, Bunga dan Cikgu.
Bagaimana pula dengan pelajar di sekolah berasrama penuh? Tentu sekali
mereka mengajar pangkat A dalam semua mata pelajaran. Tetapi dalam masa
yang sama, jika kita peka dengan bakat yang mereka miliki, tentu sekali mereka
81
berupaya mengembangkan bakat mereka dalam bidang penulisan. Ketika
bertugas di SM Sains Kota Tinggi, para pelajar saya berjaya menulis cerpen
cereka sains dan akhirnya dapat dibukukan dalam Antologi Cereka Sains Biques
Legasi.
Sebagai guru Bahasa Melayu, para pelajar hendaklah didedahkan dengan
pelbagai bahan bacaan yang sesuai dengan jiwa mereka. Contohnya, di sekolah
harian biasa, saya memperkenalkan kepada mereka majalah Dewan Siswa dan
sebaliknya di SM Sains, saya perkenalkan kepada mereka majalah Dewan
Kosmik, Hasil daripada pembacaan yang berterusan, pelajar akan melalui enam
proses, iaitu:
82
Jelaslah kepada kita, jika kita bijak menterjemahkan Sukatan Pelajaran dan
Huraian Sukatan Pelajaran maka akan kita ketahui bahawa semua pelajar kita
mempunyai bakat dan tentu sekali bakat mereka dapat kita suburkan.
83
MDK Memperkukuh Program Nilai
Pelaksanaan program Nilam (Nadi Ilmu Amalan Membaca) telah menjangkau
usia sedekad. Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) dan Bahagian Teknologi
Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran Malaysia telah
dipertanggungjawabkan melaksanakan dan memantau program itu yang
diperkenalkan sejak tahun 1999.
Program Nilam ini dilaksanakan berasaskan dapatan kajian Frank Small &
Associates pada tahun 1996 tentang tabiat membaca dalam kalangan rakyat
Malaysia. Kajian ini mendapati bahawa rakyat Malaysia membaca dua buah
buku setahun walaupan kadar literasi Negara pada tahap yang baik, iaitu 93
peratus.
Pada tahun 2004, Bahagian Teknologi Pendidikan telah menjalankan kanjian
panilaian yanh melibatkan 11790 orang pemaklum daripada kumpulan pentadbir,
iaitu ketua Penolong Pengarah PSPN, penyelaras Pusat Kegiatan Guru (PKG).
guru hingga kumpulan murid. Melalui kajian itu, BTP mendapati pencapaian
objektif yang ada pada tahap sederhana dan memerlukan penambahbaikan
program.
Penambahbaikan program Nilam dari segi pengurusan, penilaian dan
pemantauan serta pengiktirafan tidaklah begitu sukar untuk dilaksanakan dan
dicapai. Tetapi penambahbaikan dari segi penghayatan tentang matlamat
program galakan membaca serta tujuan dan kebaikan membaca perlu difahami
dan dihayati pelajar.
84
2
Menurut Noraziah Ahmad Ghazali, membina tabiat dan pembudayaan yang
membawa perubahan tingkah laku merupakan usaha yang mencabar. Hal ini
demikian kerana adanya unsure “keterpaksaan” baik bagi gru yang
menggerakkan program Nilam mahupun pelajar sebagai kumpulan sasaran, oleh
sebab pada masa yang sama, tuntutan dan tanggungjawab lain perlu digalas.
Pada pendapat saya, antara faktor lain yang menyebabkan pihak guru dan
pelajar “kurang berminat” dengan program ini antara lain berpnca daripada:
kedudukan pusat sumber yang jauh dari kelas.
buku yang tidak menepati dengan selera pelajar, dan
pengiktirafan hanya memihak kepada segelintir pelajar yang
cemerlang dari segi akademik.
Oleh itu, jika kata-kata Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Alimuddin
Mohd Dom, dalam Majlis Anugerah Nilam Peringkat Kebangsaan 2008 yang
antara lain menyatakan bahawa, amalan membaca ialah asas kerja
pembangunan dan penyelidikan yang menghasilkan ribuan ciptaan untuk
kemaslahatan dan peradaban manusia sejak dahulu hingga kini maka
sewajarnya program MDK dijadikan program sokongan untuk memperkukuhkan
program Nilam.
Pustaka (DBP) kebanyakkannya amat sesuai dengan kehendak di pelbagai
peringkat persekolahan malahan di pusat pengajian tinggi.
Sudah tentu membaca bahan yang diminati oleh pelajar akan dapat
menghindarkan rasa “keterpaksaan” untuk membaca dalam kalangan pelajar.
85
bahan yang meliputi pelbagai bidang ilmu tetapi lebih jauh daripada itu, program
ini dapat mengajak pelajar berminat dalam bidang pengkaryaan dan penciptaan.
Sebagai contoh majalah Dewan Siswa yang diterbitkan pada setiap bulan
dan setebal 68 halaman menghidangkan35 tajuk yang meliputi pelbagai bidang
kehidupan. Bayangkan jika pelajar membaca majalah ini sekurang-kurangnya
sepuluh keluaran setahun maka mereka telah membaca 680 halaman
(bersamaan lima buah buku).
Di samping itu, program MDK bukan hanya memperkukuhkan program
membaca semata-mata tetapi jauh daripada itu, program ini dapat melahirkan
pelajar yang mempunyai keseronokan untuk mencipta sesuatu yang bersesuaian
dengan potensi diri masing-masing bertepatan dengan kata-kata Sayidina Ali
bahawa diri manusia itu kecil tetapi dalam diri manusia itu terdapat suatu alam
yang besar.
86
Memanfaatkan Dewan Siswa Dari Kulit Ke Kulit
Tahniah kerana anda memiliki majalah Dewan Siswa (DS) untuk dibaca.
Tentu banyak maklumat, pengajaran dan ilmu yang anda peroleh. Sebenarnya,
kandungan majalah DS juga sesuai dijadikan bahan rujukan dan bahan
rangsangan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia.
Beriktu dikemukakan aktiviti yang sesuai dilaksanakan dengan setiap
kandungan majalah DS, khasnya dalam proses pengajaran dan pembenajaran
bahasa Malaysia
Contoh:
Media : Dewan Siswa, Oktober 2007
Halaman Ruangan Aktiviti
0 – 1 Rakaman Pengembara Surat tidak rasmi
Karangan jenis pengalaman
3 Perlembagaan
Karangan jenis fakta
Meringkaskan karangan
Rumusan
Pemahaman
5 Surat Anda Menulis pendapat/ cadangan
6 – 7 Sekolahku Akarku Karangan jenis laporan
Surat tidak rasmi
8 Bimbingan Penulisan Menulis karangan mengikut
soalan yang dikemukakan
9 Gaya Remaja Kini Perbincangan / Lisan
87
2
10 – 11 Cetusan Pendapat
Karangan
Rumusan / Pemahaman
Meringkaskan karangan
12 – 13 Fokus 1
Karangan
Rumusan / Pemahaman
Meringkaskan karangan
14 – 15 Fokus 2
Karangan
Rumusan / Pemahaman
Meringkaskan karangan
16 Fakta dan Graf
Dimanfaatkan dalam penulisan
karangan
Penulisan karangan Bahagian A
(SPM)
17 Tokoh Remaja Wawancara
Berita
18 Tanya Doktor Anda
Ceramah
Wawancara
Rencana
19 Islam dan Anda Rumusan / Pemahaman
Ringkasan
20 -21 Cintai Bahasa Kita Tatabahasa
22 – 23
46 – 48
Cerpen daripada Siswa
Cerpen untuk Siswa
Menukarkan cerpen kepada
komik/ skrip drama
88
Mengesan frasa dan ayat yang
indah
Karangan KOMSAS
25 Ulasan Cerpen Karangan jenis ulasan
26 – 27 Misteri dalam Sains Pemahaman
Membina teks silang kata
28 – 29 Puisi Siswa
Melagukan puisi
Pemahaman
Melukis grafik
Ulasan
30 Ulasan Puisi Ulasan Puisi
32 – 33 Tanah Airku
Laporan
Surat Tidak Rasmi
Rencana
Pantun. Syair
34 – 35 Zaman Remajaku
Wawancara
Ceramah
Surat Tidak Rasmi
Pengalaman
36 – 37 Teknologi Bahan
Pemahaman
Berita / Rencana
Membina teks silang kata
38 – 39 Ulasan Buku Ulasan buku
89
Karangan KOMSAS
40 Ensiklopedia
Ringkasan
Pemahaman
Pantun
42 – 43 Antarabangsa
Wawancara
Ceramah
Pengalaman
Rencana
44 – 45
57 – 59
Sekitar Siswa
Diari Siswa
Berita
49
50
Tip Belajar
Bimbingan Remaja
Wawancara
Ceramah
Rencana
Surat tidak rasmi
60 – 61 Menuju cita-cita
Pengalaman
Wawancara
Rencana
Surat tidak rasmi
62 – 63 Teka Silang Kata Memanfaatkan Kamus Dewan
90
Dewan Siswa Untuk Matapelajaran Lain
Majalah Dewan Siswa yang bermotokan “Wadah Pelajar Menengah dan
Remaja” ini bukanlah semata-mata dikhaskan sebagai bahan tambahan dan
bahan rangsangan untuk pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa
Malaysia sahaja tetapi sebaliknya majalah ini juga sesuai untuk beberapa mata
pelajaran lain.
Sebagai contoh, cuba perhatikan kesesuaian ruangan-ruangan yang
berikut yang termuat dalam Dewan Siswa, Mac 2008 dengan mata-mata pelajaran
lain.
Bil. Ruangan Halaman Kesesuaian Untuk Mata
Pelajaran
1. Kulit Hadapan - Pendidikan Moral
Pendidikan Seni
2. Rakaman Pengembaraan 2 -3 Geografi
Sains
3. Sekolahku Akarku 6 -7 Sejarah
Pendidikan Moral
Sivik
4. Siswa MPR 8 Kesusasteraan Melayu
5. Cetusan Pendapat 10 – 11 Pengajian Am
Bahasa Inggeris
91
2
6. Fokus 1 12 – 13 Pengajian Am
Pendidikan Moral
Ekonomi
7. Fokus 2 14 – 15 Pengajian Am
Pendidikan Moral
Ekonomi
8. Fakta dan Graf 16 Pengajian Am
Ekonomi
9. Tokoh Remaja 18 Pendidikan Islam
Sivik
10. Islam dan Anda 19 Pendidikan Islam
Pendidikan Moral
11. Cerpen daripada Siswa 22 – 23 Kesusasteraan Melayu
12. Ulasan Cerpen 25 Kesusasteraan Melayu
13. Misteri dalam Sains 26 – 27 Sains
Geografi
14. Puisi Siswa 28 – 29 Kesusasteraan Melayu
15. Ulasan Puisi 30 Kesusasteraan Melayu
16. Bimbingan Remaja 32 Pendidikan Moral
Sivik
Pendidikan Islam
17. Ulasan Buku 33 Kesusasteraan Melayu
18. Zaman Remajaku 34 – 35 Sejarah
92
Pendidikan Moral
Sivik
19. Teknologi Baharu 36 – 37 Sains
20. Antarabangsa 38 – 39 Sejarah
Pengajian Am
21. Bimbingan Penulisan 40 Pengajian Am
22. Buku 41 Kesusasteraan Melayu
23. Tip Belajar 42 Pendidikan Seni
Pendidikan Moral
Sivik
24. Ensiklopedia 43 Pendidikan Jasmani
Sains
25. Sekitar Siswa 44 – 45 Pendidikan Moral
26. Cerpen untuk Siswa 46 – 48 Kesusasteraan Melayu
Pendidikan Moral
27. A Story for You 49 Bahasa Inggerus MUET
28. Write and Speak 50 -51 Bahasa Minggeris MUET
29. Tanah Airku 52- 53 Sejarah
Geografi
Pendidikan Moral
Sivik
30. Menuju Cita-cita 54 – 55 Pendidikan Moral
Sivik
93
31. Diari Siswa 58 – 59 Pendidikan Moral
Sivik
32. Tanya Doktor Anda 60 Sains
Pendidikan Jasmani
33. Puisi Khas 65 Kesusasteraan Melayu
34. Kulit Belakang - Pendidikan Seni
Perdagangan
Ekonomi
Berdasarkan kesesuaian ruangan-ruangan yang tersebut di atas dengan
beberapa mata pelajaran dan disiplin yang lain, ternyata bahasa Dewan Siswa
dapat dimanfaatkan di dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, segala-galanya
bergantung kepada kemampuan guru untuk mengolah bahan-bahan bermutu ini
bagi kegunaan dan faedah pelajarnya.
Para pelajar pasti akan berasa gembira jika diajak membaca dan
berbincang tentang “Pengaliran Arus Elektrik Tanpa Wayar?” yang tersiar dalam
Dewan Siswa, Mac 2008, halaman 36 – 37.
Mungkin selama ini mereka hanya didedahkan kepada teori dan latihan di
bilik darjah / makmal berdasarkan buku teks atau buku kerja semata-mata tetapi
mereka mungkin tidak mengerti mengerti mengapa mereka harus bersusah
payah mempelajari sains. Apakah faedahnya? Yang lebih penting, apakah
kesesuaian mata pelajaran tersebut dengan reality kemajuan sains masa kini
dan masa hadapan?
94
Dengan membaca ruangan seumpama ini, para pelajar sebenarnya telah
diajak melangkah jauh ke hadapan tentang perkembangan teknologi moden
berbanding apa-apa yang ada di dalam buku teks semata-mata. Tentu sekali
dengan membaca bahan tambahan seumpama ini, minat mereka terhadap
pelajaran sains akan bertambah.
Kesimpulannya, Dewan Siswa bukanlah majalah milik guru-guru Bahasa
Malaysia sahaja tetapi majalah ini boleh dimanfaatkan oleh semua guru.
95
Memanfaatkan Majalah Dewan Siswa Dalam Kerja
Kursus Pendidikan Moral
Peperiksaan mata pelajaran Pendidikan Moral (Kertas 1225) bagi
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui dua kertas ujian, iaitu
Kertas 1225/1 (Ujian Bertulis) dan Kertas 1225/2 (Kerja Kursus). Pentaksiran
kerja kursus ini lebih bersifat formatif, iaitu pentaksiran yang berterusan dengan
tujuan untujk membimbing, memaju dan mengembangkan nilai moral dalam diri
calon mengikut kemampuan mereka. Pentaksiran terhadap penghayatan dan
amalan nilai ini memerlukan masa yang panjang dan dibuat secara berterusan
melalui pemerhatian tingkah laku calon, pelaporan guru dan pendokumentasian
hasil kerja. Proses pentaksiran ini dilakukan melalui dua elemen, iaitu:
Elemen Sahsiah : Penghayatan dan amalan nilai moral semasa
berkomunikasi, membuat keputusan dan
menyelesaikan sesuatu perkara.
Elemen Iltizam : Keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan
keberteanggungjawaban calon dalam melaksanakan
aktiviti Tugasan Harian dan Kerja Amal.
Berdasarkan pengalaman, saya dapati majalah Dewan Siswa dapat
membantu murid-murid untuk pentaksiran Elemen Iltizam khasnya dari segi
Tugasan Harian. Dalam Tugasan Harian ini, murid-murid dikehendaki membuat
tugasan seperti menulis karangan, menulis laporan hasil kerja amal,
mendapatkan maklumat dari pusat sumber, membuat rencana tentang kegiatan
96
2
sosial masyarakat dan lain-lain berhubung dengan pembelajaran Pendidikan
Moral.
Dalam Tugasan Harian ini, murid-murid dikehendaki menulis beberapa
buah rencana yang panjangnya sekitar 250 perkataan. Antara tajuk atau tema
membenteras yang disarankan untuk murid-murid menulis rencana tersebut
ialah:
Bidang Pembelajaran 1: Perkembangan Diri (prinsip-prinsip Rukun Negara,
usaha rasuah, amalan hidup sihat, pentingnya remaja
merancang masa depan, tokoh yang boleh diteladani,
semangat kejiranan, rekod kecemerlangan individu,
SUHAKAM, Dasar Sosial Negara dan kesan senjata
nuklear).
Bidang Pembelajaran 2 : Sambutan Hari Ibu atau Bapa, keluarga yang
bahagia, mengekalkan tradiri keluarga, (Rumahku
Syurgaku).
Bidang Pembelajaran 3 : Kesan pembalakan haram, kitar semula, Penilaian
Impak Alam Sekitar (EIA) dan mengekalkan air yang
bersih.
Bidang Pembelajaran 4 : Barangan buatan Malaysia, bunga kebangsaan dan
aktiviti mencabar yang dilakukan oleh rakyat
Malaysia.
97
Bidang Pembelajaran 5 : Kari Kanak-kanak, peranan wanita, Hari Pekerja,
Orang Kurang Upaya (OKU) dan Tribunal Tuntutan
Pengguna.
Bidang Pembelajaran 6 : Peranan Undang-undang Antarabangsa, kebebasan
akhbar di Malaysia, perayaan keagamaan di Malaysia
dan sikap keterbukaan asas penyelesaian konflik.
Bidang Pembelajaran 7 : Peranan pertubuhan antarabangsa meningkatkan
persefahaman global, Wawasan 2020 dan hubungan
Malaysia dengan negara serantau.
Berdasarkan Bidang Pembelajaran di atas, jelaslah bahawa banyak
ruangan di dalam majalah Dewan Siswa dapat membantu murid-murid untuk
mendapatkan bahan-bahan yang sesuai dijadikan bahan rujukan semasa
menulis rencana yang ditetapkan.
Sebagai contoh, cuba perhatikan rencana-rencana yang disiarkan di
dalam majalah Dewan Siswa bulan April 2008 yang difikirkan dapat membantu
murid-murid dalam menulis rencana untuk kerja kursus mereka:
Bil Tajuk Halaman
1. Sekolahku Akarku 6 -7
2. Cetusan Pendapat (Kegiatan Kokurikulum,
pencemaran Alam, Kes Buli)
10 – 11
3. Fokus 1 ( Sukan Lasak) 12 – 13
98
4. Fokus 2 ( Ke Arah Cara Hidup Sihat) 14 – 15
5. Tanya Doktor Anda 18
6. Misteri dalam Sains (Mengapa air Laut Masin?) 26 – 27
7. Bimbingan Remaja ( Remaja dan Pertanian) 32
8. Antarabangsa (Sierra Leone) 34 – 35
9. Teknologi Baharu (Teknologi dalam Sekuntum
Bunga)
36 – 37
10. Tanah Airku 38 – 39
11. Bimbingan Penulisan (Ahli Sukan Berwibawa) 40
12. Tip Belajar (Mencari Sahabat Ulang Kaji) 42
13. Sekitar Siswa 50 – 51
14. Zaman Remajaku 52 – 53
15. Menuju Cita-cita (Jurulatih Atlet) 54 – 55
16. Pilihan Raya (Memahami Proses Pilihan Raya di
Malaysia)
60
Adalah jelas, sekiranya murid-murid yang mengambil mata pelajaran
Pendidikan Moral membaca majalah Dewan Siswa pada setiap bulan, nescaya
urusan mereka untuk menyiapkan kerja kursus dan tugasan harian ini akan
dapat dijalankan dengan lancar dan bermaklumat.
99
“Lima Minit Sehari Bersama Dewan Siswa”
Kita perlu mengetahui bahawa membaca, asas utama dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Malaysia (BM) atau apa-apa
bahasa sekalipun. Hal ini demikian kerana setiap kali berlakunya proses
membaca, maka akan berlakulah pula aktiviti berfikir, menulis, menganalisis,
mengkritik dan membuat kesimpulan.
Oleh itu, bagi meningkatkan kemahiran di atas, kita perlu memastikan
setiap orang pelajar membaca pada setiap hari. Sehubungan dengan itu, aktiviti
membaca wajar dijalankan selama sekurang-kurangnya lima minit sebelum kita
memulakan proses P&P BM.
Antara bahan bacaan yang sesuai dengan selera dan kehendak pelajar
sekolah menengah ialah majalah Dewan Siswa. Berdasarkan pengalaman,
program “Lima MInti Sehari Bersama Dewan Siswa” saya dapati pelajar begitu
serokok kerana pada setiap hari, mereka akan menemukan pelbagai bentuk
bahan bacaan seperti rencana, karya kreatif, permainan bahasa dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, sebelum kita melaksanakan program ini, para
pelajar harus didedahkan dengan teknik membaca yang betul agar hala tuju dan
objektif program tersebut tercapai.
Terdapat lima teknik membaca yang dapat diamalkan oleh pelajar, iaitu:
1. Membaca terarah (mendapat gambaran ringkas tentang isi
bahan yang dibaca)
2. Membaca sepintas lalu (untuk mengetahui persoalan pokok
bahan yang dibaca)
100
2
3. Membaca dengan mencari (untuk mencari sesuatu perkataan,
angka, fakta dan sebagainya)
4. Membaca dan belajar (untuk mengetahui dan mengingati
perkara penting sekali gus mendapat keterangan lanjut daripda
bahan yang dibaca).
5. Membaca secara kritis (untuk menilai bahan yang dibaca)
Sehubungan dengan itu, terdapat banyak ruangan di dalam majalah
Dewan Siswa yang sesuai dimanfaatkan untuk program “Lima Minit Sehari
Bersama Dewan Siswa”. Antaranya ialah:
Rakaman Pengembara
Surat Anda
Cetusan Pendapat
Tokoh Remaja
Tip Belajar
Islam dan Anda
Cintai Bahasa Kita
Misteri dalam Sains
Ulasan Buku
Ensiklopedia
Bimbingan Remaja
Teknologi Bahan
Tanah Airku
101
Sekitar Siswa
Tanya Doktor
Zaman Remjaku
Diari Siswa
Kita juga harus yakin bahawa program membaca itu begitu penting
kepada para pelajar dalam usaha mengasuh mereka membina keyakinan diri
agar mereka membaca tanpa dipaksa dan seterusnya dapat menambah
kepantasan membaca, memperluas dan mempertingkat tahap penguasaan
bahasa, memperluas dan mempertingkat tahap penguasaan bahasa, menambah
perbendaharaan kata, dan membantu mereka menghayati dan menikmati
keindahan dan kemurnian bahasa.
Percayalah jika program ini dapat dijalankan secara berterusan, minat
membaca dalam kalangan pelajar dapat dipupuk.
102
Memanfaatkan Dewan Siswa Untuk PLBS/ ULBS
Penaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) dan Ujian Lisan
Berasaskan Sekolah (ULBS) dicadangkan agar dilaksanakan untuk
menggalakkan pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi kemahiran bertutur di
dalam bilik darjah di samping memastikan penaksiran dijalankan secara
berterusan dari tahun 1 hingga tingkatan 5. Penaksiran ini juga diharapkan dapat
meningkatkan tahap penguasaan murid dalam kemahiran bertutur yang selaras
dengan matlamat Pendidikan Bahasa Malaysia sekolah menengah yang
berhasrat untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan
berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan,
pekerjaan dan urusan harian.
Bagi mencapai matlamat di atas, empat objektif penaksiran Lisan telah
ditetapkan, iaitu:
a. Kebolehan berbual untuk menjalin dan mengeratkan hubungan dengan
menggunakan bahasa yang betul, tepat dan bertatasusila.
b. Kebolehan berbincang dan berurus untuk mendapatkan barangan dan
perkhidmatan dengan menggunakan bahan yang betul, tepat dan
bertatasusila.
c. Kebolehan menyebarkan maklumat yang diperoleh dengan menggunakan
bahan yang betul, tepat dan bertatasusila.
d. Kebolehan memberikan respons berdasarkan pelbagai bahan
rangsangan.
103
2
Untuk menilai pencapaian murid, pihak Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan konstruksi penaksiran iaitu:
a. Tatabahasa dan Kosa Kata
Bahasa gramatis dengan penggunaan perkataan dan kosa kata yang
tepat dan betul mengikut konteks.
b. Sebutan, Intonasi dan Nada
Sebutan jelas dan tepat dengan intonasi dan nada yang betul
sebagaimana penutur jati.
c. Fasih dan Bermakna
Keseluruhan pengucapan fasih, lancer dan bermakna (mengikut
wacana)
d. Bertatasusila
Pengucapan beradab dan sesuai dengan situasi
Bagi membolehkan guru menaksir murid, contohnya, dalam PLBS,
disarankan lapan aktiviti. Sehubungan dengan itu, bagi memudahkan murid
membuat latihan, beberapa ruangan di dalam majalah Dewan Siswa didapati
amat membantu guru dan murid dalam usaha menjadikan penaksiran ini lancer.
Contoh:
Aktiviti Kandungan Majalah Dewan Siswa
(Januari 2008)
Berinteraksi untuk menjalinkan dan
mempererat hubungan masra
Tanya Doktor Anda
Teman Siswa
104
Bimbingan Remaja
Zaman Remajaku
Sekitar Siswa
Tip belajar
Memberikan pendapat yang bernas
sebagai sumbangan dalam
perbincangan
Surat Anda
Menuju Cita-cita
Cetusan Pendapat
Fokus
Islam dan Anda
Berunding secara santun untuk
mendapat persetujuan dan kata
sepakat
Cerpen daripada Siswa
Ulasan Cerpen
Teknologi untuk Siswa
Antarabangsa
Membuat pertimbangan untuk
mencapai keputusan
Buku
Ulasan Buku
Borang-borang Penyertaan
Teka Silang Kata
Memujuk untuk memperbaiki pihak lain
untuk melakukan sesuatu
Rakan Pengembara
Menuju cita-cita
Syarat penyertaan
Berurus dengan pihak tertentu untuk
mendapatkan barangan dan
perkhidmatan
Iklan buku
Tanya Doktor Anda
Bimbingan Penulisan
105
Menyampaikan maklumat untuk tujuan
tertentu
Rakaman
Pengembara
Fokus
Islam dan Anda
Tip Belajar
Misteri dalam Sains
Teknologi Baharu
Memahami dan memberikan respons Menuju cita-cita
Puisi Khas
Cintai Bahasa Kita
Ulasan Puisi
Ulasan Cerpen
106
Majalah Dewan Siswa Dan Kerja Masa Cuti
Apabila tiba musim cuti persekolahan, para pelajar seharusnya dibekalkan
dnegan kerja rumah sebagai satu cara untuk memastikan mereka terus
berdampingan dengan pelajaran.
Di samping itu, kerja rumah juga bertujuan untjk mengukuhkan lagi
perkara yang telah dipelajari di sekolah.
Dengan adanya majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka seperti
Dewan Siswa, Dewan Pelajar, Dewan Masyarakat dan sebagainya, maka,
dirasakan agak mudah untuk membekalkan para pelajar dengan kerja rumah
yang lebih sistematik, terancang, bermutu, dan yang lebih penting,
menyeronokkan para pelajar.
Yang berikut ialah contoh satu program kerja masa cuti dengan
menggunakan Dewan Siswa sebagai bahan utama untuk mata pelajaran Bahasa
Malaysia.
Program : Kerja Masa Cuti
Semester Pertama 2008
Media : Dewan Siswa, Mac 2008
Tingkatan : Lima
107
2
Bil. Tugasan Soalan Rujukan
1. Menulis sinopsis
cerpen
Tulis synopsis cerpen “Gendala Cinta
Arkad”.
Ruangan : Cerpen
daripada Siswa
Tajuk : Gendala
Cinta Akad
Halaman : 22 – 23
2. Menulis rumusan
karangan
Baca petikan dengan teliti, kemudian
buat satu rumusan tentang sebab-
sebab berlakunya pencemaran air dan
cara-cara mengatasinya. Panjang
rumusan hendaklah tidak melebihi 120
perkaraan.
Ruangan : Cetusan
Pendapat
Tajuk : Pencemaran
Air
Halaman : 11
3. Menulis karangan
jenis rencana
Sahabat pena anda dari luar negara
ingin mengetahui dengan lebih lanjut
tentang Pesta Buku Antarabangsa
Kuala Lumpur yang telah diadakan
baru-baru ini. Balas surat sahabat
pena anda dengan menyatakan
pengisian dan kelebihan pesta buku
tersebut.
Ruangan : Pesta
Buku
Tajuk : Pesta Buku
Antarabangsa Kuala
Lumpur 2008
Halaman : 56 – 57
108
Program : Kerja Masa Cuti Semester Pertama 2008
Media : Dewan Siswa, Mac 2008
Tingkatan : Tiga
Bil. Tugasan Soalan Rujukan
1. Sistem bahasa Kenal pasti kata nama, kata
ganti, kaba bilangan, kata sendi
dan kata adjektif yang terdapat
dalam petikan
Ruangan : Fokus 1 dan
Fokus 2
Tajuk : Remaja Hari Ini
BorosTajuk : pembaziran
Akibat Perubahan
Halaman : 12 – 15
2. Meringkaskan
karangan
Baca petikan dengan teliti.
Berdasarkan petikan tersebut,
tulis satu ringkasan tentang
kepentingan mencintai alam
sekitar
Ruangan : Cetusan
Pendapat
Tajuk : Sayangi Alam
Sekitar
Halaman : 10
3. Menulis karangan
berdasarkan
bahan
rangsangan
Lihat iklan di halaman 61
dnegan teliti. Huraikan pendapat
anda tentang kepentingan
merujuk kamus.
Ruangan : Iklan
Tajuk : Koleksi Kamus
Halaman : 61
109
Guru Kreatif Pelajar Aktif
Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, berbagai-bagai
pendekatan dan kaedah boleh digunakan. Tidak ada satu kaedah yang paling
baik dan sesuai untuk semua situasi pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu,
guru perlu memilih kaedah yang difikirkan paling berkesan untuk sesuatu
pelajaran yang telah dirancang. Walau bagaimanapun, satu prinsip asas yang
lazimnya diberi perhatian adlaah sesuatu itu haruslah bergerak daripada yang
mudah kepada yang kompleks, daripada yang konkrit kepada yang abstrak,
daripada yang dekat kepada yang jauh dan daripada yang telah diketahui
kepada yang belum diketahui.
Begitu juga dengan teknik pengajaran, guru seharusnya memilih teknik
yang sesuai dengan kebolehan pelajar. Guru patut memikirkan bagaimana
sesuatu pelajaran itu dapat disampaikan dengan cara yang menarik dan dapat
mewujudkan motivasi yang tinggi supaya pelajar dapat mengikutinya dengan
penuh minat dari awal hingga akhir pelajaran. Untuk menarik perhatian pelajar,
pelbagai teknik boleh digunakan. Teknik-teknik itu bergantung pada jenis
kemahiran bahasa yang hendak diajar.
Disamping itu, matlamat pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
iaitu untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan
berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam urusan harian, pendidikan
dan pekerjaan hendaklah diberi keutamaan.
110
2
Untuk mencapai matlamat tersebut, perkara-perkara yang berikut
haruslah diberi perhatian, iaitu:
2. Kemahiran Bahasa:
- mendengar
- bertutur
- membaca
- menulis
3. Organisasi Kurikulum:
- interpersonal
- maklumat
- estetik
4. Sistem Bahasa:
- tatabahasa
- kosa kata
- peribahasa
- ejaan
- sebutan/ intonasi
5. Komponen Kesusasteraan Melayu:
- cerpen / novel
- puisi baru
- puisi tradisional
- drama
- prosa tradisional
111
6. Pengisian Kurikulum:
- ilmu
- nilai
- patriotisme
- kemahiran berfikir
- kemahiran belajar
- kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi
- kajian masa depan
- kecerdasan pelbagai
- pembelajaran konstruktivisme
- pembelajaran kontekstual
- pembelajaran masteri
- akses kendiri
Kebijaksanaan guru adalah mengolah agar pelajar bukan semata-mata
diajarkan menjadi pengguna bahasa yang baik tetapi jauh daripada itu mereka
juga harus dilatih menjadi pelajar yang berupaya “mencipta”. Oleh itu,
pendekatan “Guru Kreatif Pelajar Aktif” harus dilaksanakan dengan
menanfaatkan bahan rangsangan dan bahan rujukan daripada majalah-majalah
terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pendekatan “Guru Kreatif Pelajar Aktif” ini sebenarnya sesuai dengan
kehendak pengajaran dan pembelajaran Bahasa melayu KBSM. Berdasarkan
pengalaman, dengan menggunakan pendekatan ini, pelajar didapati ikut terlibat
dengan bersungguh-sungguh dalam proses p&p tanpa rasa jemu dan bosan. Di
112
samping itu, objektif yang dirancang dan yang dicapai pada akhir pengajaran
biasanya mudah dicapai. Selain itu, kemahiran berbahasa dapat dimanfaatkan
dan unsur-unsur pengetahuan, ilmu, dan nilai murni dapat diterapkan.
Yang berikut merupakan beberapa contoh modul pengajaran dan
pembelajaran yang menggunakan pendekatan “Guru Kreatif Pelajar Aktif”:
a. Memanfaatkan ayat dan frasa yang indah
b. Pemahaman : Bukan sekadar menjawab soalan
c. Meramalkan watak dan perwatakan
d. Meneruskan cerpen
e. Menukarkan cerpen kepada komik
f. Menukarkan certpen kepada skrip drama
g. Menukarkan komik kepada cerpen
h. Menukarkan drama kepada cerpen
i. Menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah dan sebaliknya
j. Menulis ulasan cerpen
k. Melagukan sajak
l. Menterjemahkan puisi kepada bentuk grafik / lukisan
m. Menulis ringkasan
n. Merumuskan petikan
o. Menjawab teka silang kata
p. Membina teka silang kata
q. Menukarkan rencana / gambar kepada pantun
r. Menukarkan rencana/ gambar kepada syair
113
s. Menukarkan rencana / sajak kepada sajak
t. Menukarkan rencana/ gambar kepada lirik lagu
u. Melengkapkan teks
v. Meringkaskan karangan
w. Menulis berita
x. Meramalkan kesudahan komik
y. Rahsia di sebalik menyalin petikan
z. Menguji tahap pembacaan pelajar.
114
PEMBELAJARAN AKTIF BERUPAYA MEREALISASIKAN
OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH
Tujuh objektif pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah
adalah dengan harapan, selepas murid tamat tingkatan lima, mereka berupaya:
1. Melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, perbincangan,
dan penulisan;
2. Mengeratkan hubungan, dan berurus untuk mendapatkan barangan dan
perkhidmatan;
3. Mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada pelbagai
sumber yang didengar, dibaca, dan ditonton untuk memperoleh ilmu dan
maklumat;
4. Menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan, serta menyebarkan maklumat dalam
bentuk lisan dan tulisan;
5. Mendengar, membaca, menonton dan memberikan respon kepada
pelbagai bahan bacaan jenis maklumat dan bahan sastera;
6. Melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan jenis
maklumat dan imaginatif secara kreatif dan berkesan; dan
7. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat
patriotic dan perasaan cinta akan Negara.
115
2
Persoalannya, bagaimanakah semua objektif di atas dapat dicapai dengan
sempurna sedangkan dalam keadaan yang sebenarnya agar sukar majoriti
pelajar kita yang tamat belajar di tingkatan lima mampu menampilkan diri
sebagaimana yang dihasratkan.
Pada hemat saya, keadaan ini berlaku kerana tumpuan guru-guru dan pelajar
selama ini hanya untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan dengan
melaksanakan aktiviti latih tubi semata-mata. Kaedah ini menjadikan pelajar
tidak berkesempatan untuk terleibat secara aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Harus diingat bahawa pembelajaran bukan sekadar mencurahkan maklumat
secara automatik ke dalam minda pelajar sebaliknya memerlukan pengelibatan
mental dan perbuatan pelajar itu sendiri. Oleh itu, hanya pembelajaran yang
bersifat aktif sahaja yang akan membuahkan hasil yang diharapkan.
Pembelajaran bersifat aktif membolehkan pelajar melakukan kebanyakkan
kerjanya. Mereka akan menggunakan minda, mengkaji idea, menyelesaikan
masalah dan menerapkan apa yang dipelajarinya.
Selain itu, pembelajaran aktif adalah lebih pantas, menyeronokkan,
membantu dan menarik di samping memboleh mereka sentiasa beredar dari
tempat duduk mereka, berlegar-legar dan melahirkan perasaan mereka.
Teori-teori pembelajaran kerap menekankan bahawa untuk membolehkan
pelajar mempelajari sesuatu dengan baik, mereka perlu mendengarnya,
melihatnya, bertanyakan soalan, dan berbincang dengan orang lain. Dan apa
yang penting pelajar perlu membuatnya.
116
Sebagai pendidik, kita harus sedar bahawa tahap penumpuan pelajar
terhadap sesuatu tidak lama dan keupayaan mereka untuk duduk diam amatlah
terhad. Untuk mengatasinya, kita perlu member peluang kepada pelajar agar
mereka aktif dan bergrak semasa proses p&p.
Mengikut Mil Silbermen, para pelajar hanya dapat mengingat 70% apa yang
dikatakan oleh oleh hanya pada 10 minit yang pertama manakala pada 10 minit
yang terakhir kebanyakan mereka hanya mampu mengingat tidak lebih 20%
sahaja.
Oleh itu, dalam program Majalah dalam Kelas (MDK), kita akan member
peluang kepada pelajar untuk lebih aktif dalam proses pembelajaran yang
berfokus kepada pendekatan didik hibur, apresiasi sastera, dan aktiviti ke
arah peperiksaan seperti contoh di bawah:
117
AKTIVITI PEMBELAJARAN AKTIFMELALUI
PROGRAM MAJALAH DALAM KELAS (MDK)
BilDidik Hibur
Apresiasi Sastera Ke Arah Peperiksaan
1 Membina teka silang kata Ayat dan frasa yang indah Meringkaskan karangan
2 Melengkapkan teks (Permainan bahasa)
Meramalkan watak dan perwatakan Pemahaman: Bukan sekadar menjawab soalan
3 Menukarkan cerpen kepada komik
Meneruskan cerpen Menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah dan sebaliknya
4 Menterjemahkan puisi kepada grafik/lukisan
Menulis ulasan cerpen Menulis karangan jenis surat tidak rasmi
5 Meramalkan kesudahan komik Menukarkan rencana/gambar kepada pantun
Merumuskan petikan
6 Kuiz Dewan Siswa (menguji tahap pembacaan murid)
Menukarkan rencana/gambar kepada syair
Menulis karangan jenis pendapat
7 Melagukan sajak Menukarkan rencana/gambar kepada sajak
Tatabahasa
8 Menulis berita Menukarkan rencana/gambar kepada lirik lagu
Menulis karangan berdasarkan bahan rangsangan
9 Menjawab teka silang kata Menukarkan cerpen kepada skrip drama
Menulis karangan berdasarkan puisi
3
108
CONTOH AKTIVITI MDK
A. Ayat dan Frasa yang Indah
a. Murid membaca cerpen, puisi, atau novel yang dutetapkan.
b. Semasa membaca bahan tersebut, murid dikehendaki
menggariskan sebarang ayat atau frasa yang difikirkan menarik.
c. Seterusnya murid akan menyalin mayat dan frasa yang menarik itu
ke dalam buku khas.
d. Murid akan berbincang dengan rakan tentang maksud yang
tersurat dan tersirat bagi setiap ayat dan frasa yang disalin oleh
mereka.
B. Pemahaman : Bukan Sekadar Menjawab Soalan
a. Murid membaca petikan cerpen/ rencana.
b. Beberapa orang murid menceritakan kembali sinopsis / ringkasan
c. Di dalam kumpulan, murid akan membina satu soalan bertumpu,
satu soalan bercapah dan satu soalan maksud rangkai kata
beserta jawapan yang lengkap.
d. Wakil kumpulan menulis yang mereka bina ddi papan hitam.
e. Murid lain diberi peluang untuk membetulkan kesalahan ayat,
ejaan, dan tatabahasa untuk salan-soalan di papan hitam.
f. Setiap kumpulan dikehendaki menjawab soalan kumpulan lain
secara lisan.
3
109
g. Murid menjawab semua soalan di papan hitam di dalam buku
latihan.
C. Meramalkan Watak dan Perwatakan
a. Murid membaca petikan cerpen.
b. Murid berbincang dlaam kumpulan untuk mengenal pasti watak
utama dan watak sampingan.
c. Di dalam kumpulan, murid akan berbincang tentang perwatakan
luaran dan dalaman watak utama dan watak sampingan.
d. Berdasarkan perwatakan luaran dan dalaman watak-watak
tersebut, murid aakn melukis atau menampal wajah watak tersebut.
D. Meneruskan Cerpen
a. Murid membaca petikan cerpen
b. Murid berbincang dalam kumpulan untuk meramal kesudahan
cerpen yang dibaca.
c. Murid menyambung cerpen yang dibaca dengan menambah atau
mengugurkan watak, mengubahsuai plot, latar, tema dan
sebagainya.
E. Menukarkan Cerpen kepada Komik
a. Murid membaca petikan cerpen.
110
b. Murid berbincang dalam kumpulan untuk mengenal pasti perkara
yang berikut:
- tema dan persoalan cerpen
- plot cerpen
- watak-watak penting
c. Murid menyatakan sinopsis cerpen.
d. Murid melukis komik yang berdialog berdasarkan sinopsis cerpen.
F. Menukarkan Cerpen kepada Skrip Drama
a. Murid membaca petikan cerpen
b. Murid menyatakan sinopsis cerpen.
c. Murid berbincang dalam kumpulan tentang cara-cara menulis skrip
drama.
d. Murid mengenalpasti cerpen kepada skrip drama.
G. Menukarkan Komik kepada Cerpen
a. Murid membaca komik.
b. Murid berbincang dalam kumpulan untuk emnegnal pasti komik
tersebut.
- watak-watak penting
- tema dan persoalan
- plot
- sinopsis
111
c. Murid menulis kembali komik tersbut dalam bentuk cerpen.
H. Menukarkan Skrip Drama kepada Cerpen
a. Murid membaca skrip drama.
b. Murid berbincang dalam kumpulan untuk mengenal pasti drama
tersebut
- watak-watak penting
- tema dan persoalan
- sinopsis
c. Murid menulis kembali skrip drama tersebut dalam bentuk cerpen
I. Menukarkan Cakap Ajuk kepada Cakap Pindah dan
sebaliknya.
a. Murid membaca petikan cerpen.
b. Murid mengenal pasti cakap ajuk yang terdapat dalam cerpen yang
dibaca.
c. Dalam kumpulan, murid memilih beberapa ayat cakap ajuk untuk
ditukarkan kepada cakap pindah.
d. Dalam kumpulan, murid menukarkan cakap ajuk kepada cakap
pindah.
112
e. Wakil kumpulan melaporkan hasil perbincangan mereka di dalam
kelas.
f. Murid menyalin kembali hasil tugasan mereka dan kumpulan lain
dalam buku latihan.
J. Menulis Ulasan Cerpen
a. Murid membaca cerpen yang ditetapkan.
b. Beberapa orang murid menceritakan kembali sinopsis cerpen yang
dibaca kepada kawan-kawan di dalam kelas.
c. Guru membahagikan kelas kepada lima kumpulan.
d. Setiap kumpulan akan membincangkan cerpen yang dibaca
berpandukan perkara yang berikut:
Kumpulan 1 : tema dan persoalan
Kumpulan 2 : Plot
Kumpulan 3 : Watak dan Perwatakan
Kumpulan 4 : Gaya bahasa
e. Wakil kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan mereka
kepada rakan-rakan di dalam kelas.
f. Murid menulis ulasan cerpen yang lengkp berdasarkan hasil
perbincangan setiap kumpulan.
K. Melagukan Sajak
a. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
113
b. Setiap kumpulan diminta memilih sebuah pusi yang diminati
daripada majalah Dewan Siswa.
c. Dalam kumpulan, murid akan memgenal pasti melodi/ lagu yang
sesuai untuk dinyanyikan.
d. Murid dibenarkan menambah atau menguragkan perkataan dalam
sajak asal agar sesuai / serasi dengan melodi/ lagu yang akan
dinyanyikan.
e. Dalam kumpulan, murid berlatih menyanyikan lagu puisi yang telah
dipilih.
L. Menterjemahkan Puisi kepada Grafik / lukisan
a. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
b. Setiap kumpulan diminta memilih sebuah pusi yang diminta
daripada majalah Dewan Siswa.
c. Di dalam kumpulan, murid membaca dan menghayati puisi yang
dipilih.
d. Murid membincangkan puisi yang dibaca dari segi tema dan
persoalan.
e. Murid menterjemahkan tema dan persoalan puisi kepada bentuk
grafik/ lukisan atau kolej.
f. Setiap kumpulan mempersembahkan hasil kerja mereka kepada
rakan di dalam kelas.
114
M. Menulis Ringkasan
a. Guru memilih rencana yang sesuai di dalam Mmajalah Dewan
Siswa untuk dijadikan bahan meringkaskan karangan.
b. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
c. Guru dan murid berbincang tentang kaedah/ cara untuk
meringkaskan karangan.
d. Dalam kumpulan, murid membaca dan mengesan isi-isi penting di
dalam petikan.
e. Setiap kumpulan membentangkan isi penting kepada rakan-rakan
di dalam kelas.
f. Murid menulis ringkasan lengkap.
N. Merumuskan Petikan
a. Guru memilih rencana yang sesuai dalam majalah Dewan Siswa
untuk dijadikan bahan rumusan karangan.
b. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
c. Guru dan murid berbincang tentang kaedah / cara untuk
merumuskan karangan.
d. Di dalam kumpulan, murid membaca dan mengesan isi tersurat
dalam petikan.
e. Wakil kumpulan membentangkan isi tersurat kepada rakan-rakan di
dalam kelas.
f. Setiap kumpulan akan membincangkan pula isi tersirat.
115
g. Wakil kumpulan membetangkan isi tersirat kepada rakan-rakan di
dalam kelas.
h. Murid menulis pendahuluan dan penutup rumusan.
i. Murid menulis rumusan lengkap.
O. Menjawab Teka Silang Kata
a. Murid berbincang dalam kumpulan untuk melengkapkan jawapan
teka silang kata berpandukan Kamus Dewan.
b. Ketua kumpulan melaporkan hasil perbincangan kepada kelas.
c. Guru membuat rumusan.
d. Murid melengkapkan / membetulkan jawapan teka silang kata.
e. Murid melengkapkan borang butiran diri dan menghantarkannya
kepada guru.
f. Guru mengeposkan borang jawapan kepada penerbit.
P. Membina Teka Silang Kata
a. Guru menetapkan rencana yang perlu dibaca oleh murid.
b. Beberapa orang murid membaca kuat petikan.
c. Murid membaca petikan dengan senyap dan dalam masa yang
sama mereka mencatatkan seberapa banyak perkataan atau istilah
yang sukar atau yang kurang difahami.
d. Murid mencatatkan semua perkataan / istilah yang digarisi dalam
buku catatan.
116
e. Murid memasukkan seberapa banyak perkataan / istilah yang
dicatatnya tadi ke dalam kotak-kotak (buku latihan matematik).
f. Murid menomborkan perkataan / istilah secara melintang dank e
bawah.
g. Murid membina soalan teka silang kata berpandukan petikan asal
dan Kamus Dewan.
Q. Menukarkan Rencana / Gambar kepada Pantun
a. Murid membaca rencana atau meneliti gambar yang ditetapkan
oleh guru.
b. Murid dan guru berbincang tentang isi-isi penting yang terdapat di
dalam petikan/ gambar.
c. Guru dan murid berbincang tentang cirri-ciri pantun yang baik.
d. Dalam kumpulan, murid berbincang untuk meringkaskan petikan
atau merumuskan gambar ke dalam bentuk pantun.
e. Wakil kumpulan membacakan pantun yang mereka cipta kepada
kelas.
R. Menukarkan Rencana / Gambar kepada Syair
a. Murid membaca rencana atau meneliti gambar yang ditetapkan
oleh guru.
b. Murid dan guru berbincang tentang isi penting yang terdapat dalam
petikan/ gambar.
117
c. Guru dan murid berbincang tentang syair yang baik.
d. Dalam kumpulan, murid berbincang untuk meringkaskan petikan
atau merumuskan gambar ke dalam bentuk syair.
e. Wakil kumpulan membacakan syair yang mereka cipta kepada
kelas.
S. Menukarkan Rencana / Gambar kepada Sajak.
a. Murid membaca rencana atau meneliti gambar yang ditetapkan
oleh guru.
b. Murid dan guru berbincang tentang isi penting yang terdapat dlam
petikan/ gambar.
c. Guru dan murid berbincang tentang cirri sajak yang baik.
d. Dalam kumpulan, murid berbincang untuk meringkaskan petikan
atau merumuskan gambar ke dalam bentuk sajak.
e. Wakil kumpulan membacakan sajak yang mereka cipta kepada
rakan-rakan di dalam kelas.
T. Menukarkan Rencana / Gambar kepada Lirik Lagu
a. Murid membaca rencana atau meneliti gambar yang ditetapkan
oleh guru.
b. Murid dan guru berbincang tentang isi penting yang terdapat dalam
petikan/ gambar.
c. Guru dan murid berbincang tentang cirri lirik lagu yang baik.
118
d. Di dalam kumpulan, murid berbincang untuk meringkaskan petikan
atau merumuskan gambar ke dalam bentuk lirik lagu.
e. Did lam kumpulan, murid akan menyesuaikan lirik lagu dengan
melodi lagu yang pernah didengarnya.
f. Setiap kumpulan akan mempersembahkan nyanyian mereka
kepada rakan-rakan di dalam kelas.
U. Melengkapkan Teks
a. Guru memilih beberapa petikan daripada majalah.
b. Guru menaip semula petikan tersebut dengan mengosongkan
beberapa perkataan yang sesuai untuk menguji perbendaharaan
kata murid.
c. Di dalam kelas, guru mengedarkan latihan melengkapkan teks
kepada murid.
d. Murid mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.
e. Murid menandakan jawapan mereka dengan berpandukan petikan
asal dalam majalah. *Aktiviti ini boleh dijalankan dalam bentuk
permainan bahasa.
V. Menulis Berita
a. Murid membaca berita ruangan “Sekitar Siswa” majalah Dewan
Siswa.
119
b. Guru dan murid berbincang tentang cirri penulisan berita yang baik
iaitu dengan menggunakan pendakatan 5W + 1H.
c. Guru mengedarkan borang 5W + 1H kepada murid.
d. Dalam kumpulan, murid melangkapkan borang 5W + 1H dengan
mengambil isi-isi penting daripada berita yang dibaca.
e. Wakil kumpulan, membentangkan hasil perbincangan mereka
kepada rakan-rakan di dalam kelas.
f. Murid menulis kembali berita lengkap berpandukan isi-isi penting
yang terdapat di dalam borang 5W + 1H.
W. Meramalkan kesudahan Komik
a. Murid membaca dan meneliti komik dalam majalah.
b. Dalam kumpulan, murid berbincang tentang urutan cerita dan nilai
murni yang terdapat dalam komik
c. Dalam kumpulan, murid berbincang untuk meramalkan kesudahan
komik tersebut menurut pendapat mereka.
d. Wakil kumpulan, melaporkan hasil perbincangan mereka kepada
rakan-rakan di dalam kelas.
e. Secara individu, murid membentangkan kesudahan cerita dalam
bentuk komik berdasarkan ramalan mereka sendiri.
120
X. Rahsia Di sebalik Membaca Petikan
a. Guru meminta mudir membaca petikan daripada ruangan “Cetusan
Pendapat” atau ruangan lain yang difikirkan sesuai daripada
majalah Dewan Siswa.
b. Berpandukan petikan yang dibaca, guru meminta murid
menjalankan aktiviti seperti yang berikut:
- Mencari makna perkataan yang sukar
- Mencari perkataan sama makna
- Mencari peribahasa
- Mencari ayat/ frasa yang indah
- Mencari golongan kata, dan sebagainya
Y. Menguji Tahap Pembacaan Murid
a. Guru / AJK Persatuan Bahasa Melayu membina soalan
pengetahuan am daripada majalah Dewan Siswa.
b. Guru AJK Persatuan Bahasa Melayu mengedarkan soalan kepada
murid-murid untuk dijawab.
c. Guru/ AJK Persatuan menyemak jawapan murid.
d. Guru / AJK Persatuan mengumumkan nama pemenang dan
menyampaikan hadiah.
Z. Menulis Karangan
a. Guru meminta murid membaca petikan yang ditetapkan.
121
b. Seterusnya guru mengedarkan borang “Merangka Karangan”
kepada murid. (Lihat Lampiran).
c. Dalam kumpulan, murid berbincang untuk mengisi maklumat
penting ddi dalam borang “Merangka Karangan”.
d. Wakil kumpulan melaporakn hasil dapatan mereka kepada rakan-
rakan di dalam kelas.
e. Guru mengedarkan soalan dengan tema yang sama, tetapi format
yang berlainan kepada setiap kumpulan.
f. Murid menulis karangan berpandukan soalan dan rangka karangan
yang terdapat di dalam borang “Merangka Karangan”.
122
Menulis Skrip Drama
Mengajarkan kemahiran menulis skrip drama kepada para pelajar
bukanlah satu tugas yang mudah. Usaha ini memerlukan bimbingan yang
mencukupi agar para pelajar dapat menguasai kemahiran ini dengan kekreatifan.
Satu daripada kaedah yang mudah untuk melatih para pelajar menulis
skrip drama adalah dengan berasaskan sesebuah cerpen.
Contoh Pelaksanaan
1. Para pelajar dikehendaki membaca cerpen yang ditetapkan di rumah
2. Di dalam bulik darjah, beberapa orang pelajar menceriotakan semula cerpen
tersebut.
3. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada
tiga hingga lima orang
4. Para pelajar membahagikan atau membuat perenggan pada cerpen
berdasarkan masa atau situasi untuk pembahagian babak
5. Pelajar menulis dialog bagi setiao babak
6. Pelajar menulis dialog bagi setiap babak
7. Beberapa orang pelajar melakonkan skrip drama tersebut di dalam bilik
rakaman
Malina ialah pelajar yang suka memencilkan dirinya daripada rakan-rakannya.
Hal ini berlaku kerana Malina memikirkan dirinya tidak setaraf dengan orang lain.
Sinopsis
3
123
Baginya, masalah yang dihadapinya tidak akan berakhir dan tidak siapa yang
dapat membantu untuk menyelesaikannya.
Masa : Pagi
Watak : Melina, Zari, Edward dan Hisyam
Tempat : Pintu pagar sekolah
EDWARD : Bukankah semalam engkau bertugas dip agar?
ZARI : Tengok tu, ada lagi yang datang lambat. Jam sudah hampir pukul
lapan.
HISYAM :Mengapakah awak lambat? [Dengan wajah serius]
MELINA : [Membantu]
ZARI : Eh! Mengapakah dia ditahan Syam?
HISYAM : Dia ni … lewat lagi hari ini.
ZARI : Lepaskan saja dia, Syam.
HISYAM : Tapi… ini merupakan kali ketiga dia lambat. Patutkah kita
lepaskan saja?
ZARI : Dia pelajar baharu di sini. Mungkin dia tidak tahu peraturan
sekolah kita
HISYAM : Senangnya, engkau.
ZARI : Awak boleh pergi sekarang. [Mengarahkan Melina pergi.]
Babak 1
124
Masa : Pagi
Watak : Melina dan Zari
Tempat : Bilik kaunseling
ZARI : Awak buat apa di sini?
MELINA : [Diam]
ZARI : Awak bua apa di sini? Mengapakah awak selalu melarikan
diri daripada saya. Saya bukannya hendak mengapakan awak.
Saya hanya ingin menolong awak. Saya tahu awak ada masalah.
MELINA : Tolong?
ZARI : Ya, saya ingin menolong awak.
MELINA : Baiklah, Tolong tinggalkan saya dan jangan ganggu saya.
Masa : Waktu rehat
Watak : Zari dan Edward
Tempat : Kantin Sekolah
EDWARA : Sudah seminggu Melina tidak datang, kata cikgu Saari, kalau dia
tidak hadir esok, namanya akan dipotong.
ZARI : Ke manakah dia?
EDWARD : Entah, hilang tanpa khabar berita.
Babak 2
Babak 3
125
ZARI : Sudahkah keluarganya mencari?
EDWARD : Keluarga angkatnya pun tak tahu dia ke mana.
ZARI : Keluarga angkat? Dia tinggal dengan keluarga angkat? Di
manakah ibu bapanya?
EDWARD : Entah.
Keserasian aktiviti dengan matlamat Pendidikan Bahasa Melayu
Objektif
Pada akhir pelajaran ini, diharapkan pelajar-pelajar akan dapat;
1. Membaca dengan senyap dan memahami cerpen yang dibaca.
2. Berbincang dan menentukan pembahagian perenggan berdasarkan
keadaan masa dan situasi
3. Menghasilkan dialog-dialog yang sesuai dengan petikan
4. Mencungkil dan mengembangkan kebolehan bakat terpendam para
pelajar dalam bidang lakonan
Pengayaan / Pemupukan Kreativiti
1. Pelajar digalakkan menulis skrip drama dan mementaskannya pada
hari-hari tertentu seperti pada Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah
dan sebagainya.
2. Aktiviti ini diharapkan dapat mencungkil dan mengembangkan bakat
pelajar dalam bidang penulisan skrip drama dan lakonan.
126
Daripada Rencana Kepada Pantun
Bagaimanakah caranya kita dapat memanfaatkan ruangan “Fokus” dalam
majalah Dewan Siswa? Mungkin ruangan ini sesuai untuk tujuan penulisan
karangan, pemahaman, ringkasan atau rumusan. Sebenarnya, selain kegiatan
yang dinyatakan, ruangan yang bermaklumat ini juga sesuai digunakan untuk
tujuan penulisan puisi lama seperti syair dan pantun. Rencana yang disertakan
dengan gambar yang menarik ini, sudah pasti menjadikan ruangan ini dapat
merangsang dan membantu pelajar untuk mendapatkan idea bagi menulis dan
menghasilkan pantun.
Contoh Pelaksanaan
1. Setiap orang pelajar dikehendaki membaca dan memahami rencana di
dalam ruangan “Fokus”.
2. Guru menerangkan semula tentang cirri-ciri yang baik bagi
menghasilkan pantun.
3. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan setiap kumpulan
memulakan perbincangan dan melaksanakan tugas yang diberikan:
a. Membaca rencana dengan teliti
b. Meneliti isi-isi penting
c. Menukarkan isi-isi penting kepada maksud pantun
d. Menulis pembayang pantun
e. Menghasilkan pantun yang lengkap
3
127
Ruangan : Fokus
Tajuk : i. Menyusuri dan Mengisi Nikmat Kemerdekaan
(Halaman : 12 hingga 13)
: ii. Mengisi dan Memaknakan Kemerdekaan
(Halaman : 14 hingga 15)
Media : Majalah Dewan Siswa, Ogos 2007
Keserasian Aktiviti dengan Matlamat Pendidikan Bahasa Melayu
1. Membaca dan memahami petikan.
2. Memahami cirri-ciri pantun yang baik dan sempurna
3. Menghasilakn pantun berdasarkan petikan yang dibaca
Pengayaan / pemupukan Kreativiti
1. Mengadakan pertandingan mencipta pantun.
2. mengadakan pertandingan berbalas pantun
Melayang pekaka hingga ke seberang,Behati rangsa melintas cemara,
Bumi pusaka dirobek orang,Bersatu bangsa mendaulat negara.
Berhati rengsa melintas cemara,Hinggap di taman nuri serahkan,
Bersatu bangsa mendaulat negara,Palang perkauman segera leraikan.
Hinggap di taman nuri serikan,Tampak di sisi bungaan melati
Palang perkauman segera leraikan,Melakar visi, menyemai bakti.
128
Puisi : Segala-galanya Di Sini
Kesusasteraan Melayu menghidangkan bahan-bahan penulisan kreatif
seperti novel, cerpen, puisi, dan sebagainya. Walaupun bahan-bahan penulisan
ini mempunyai nilai kehalusan dan keindahan tetapi agak mendukacitakan
sekiranya pelajar kurang berminat untuk mempelajarinya terutama bagi
penghayatan puisi moden, atau sajak.
Keadaan ini timbul mungkin kerana cara dan kaedah menyampaikan tidak
serasi dengan kehendak jiwa para remaja kita. Seharusnya pengajaran puisi
hendaklah disampaikan dengan cara yang menarik agar dapat memupuk dan
menyuburkan daya kreatif dan imaginasi pelajar-pelajar. Pengajaran puisi
mestilah mementingkan nilai-nilai kehalusan dan keindahan yang terdapat di
dalamnya.
Sebenarnya, pengajaran puisi boleh disampaikan dengan cara yang
menarik dan dapat pula menambat hari para pelajar. Dalam hal ini, majalah
Dewan Siswa pada setiap bulan memuatkan lapan buah sajak yang ditulis oleh
para remaja kita dan sudah pasti tema, persoalan, mesej, gaya bahasa, serta
persembahannya sesuai dengan kehendak para remaja. Ruangan ini boleh
dimanfaatkan dalam pengajaran Bahasa Melayu tetapi hendaklah dihidangkan
dengan cara yang keratif.
Contoh Pelaksanaan
1. Pelajar diminta mengeluarkan majalah Dewan Siswa dan membuka
ruangan Puisi Siswa.
3
129
2. Guru menetapkan puisi yang hendak dibincangkan.
3. Guru meminta beberapa orang pelajar menyanyikan puisi tersebut
berdasarkan irama yang mereka pilih.
4. Pelajar dibahagikan kepada lima kumpulan dan setiap kumpulan diminta
melantik seorang pengerusi dan seorang pencatat.
5. Guru menentukan agar:
Kumpulan 1 - Membincangkan tema dan persoalan puisi
Kumpulan 2 - Membincangkan merej puisi
Kumpulan 3 - Mencari nilai-nilai murni yang terdapat dalam puisi
Kumpulan 4 - Memprosakan puisi
Kumpulan 5 - Menyediakan tiga soalan pemahaman
6. Seterusnya setiap pengerusi kumpulan akan melaporakn hasil
perbincangan kumpulan masing-masing.
7. Pada masa yang sama, guru dan pelajar-pelajar lain turut
membincangkan, membetulkan, dan menambahkan hasil perbincangan
tersebut.
8. Akhirnya, setiap orang pelajar dikehendaki menyediakan hasil
perbincangan tersebut pada sehelai kertas lukisan dengan melakukan
perkara-perkara yang berikut :
a. Menyalin semula puisi
b. Melukis atau menampal lukisan/ gambar yang dapat
melambangkan tema puisi
130
c. Menulis tema, persoalan, merej, nilai murni, maksud keseluruhan,
dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.
Keserasian Aktiviti dengan Matlamat Pendidikan Bahasa Melayu
Objektif
Berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada akhir pelajaran, para pelajar
diharapkan dapat:
1. Melagukan puisi
2. Berbincang untuk menentukan tema, persoalan, mesej, nilai murni, dan
memprosakan puisi.
3. Menjawab soalan-soalan pemahaman
4. Melukis atau menampal lukisan bagi menggambarkan tema dan
persoalan puisi.
Pengayaan / Pemupukan Kreativiti
1. Pelajar digalakkan membaca lebih banyak puisi yang terdapat dalam
majalah dan akhbar.
2. Pelajar dapat melakar/ melukis/ menampal lukisan berdasarkan puisi yang
dibaca.
3. Menganjurkan pertandingan menyanyikan puisi.
4. Menganjurkan pertandingan menulis puisi.
131
132
Sekitar Siswa / Diari Siswa : Latihan Menulis Berita
Berita biasanya ditulis khas untuk disiarkan dalam akhbar, majalah, radio
dan televisyen. Berita ialah maklumat yang ingin disampaikan kepada para
pembaca dan pendengar. Dalam majalah Dewan Siswa, terdapat dua buah
ruangan yang dinamakan “Sekitar Siswa” dan “Diari Siswa”. Ruangan ini
melaporkan pelbagai kegiatan yang berlaku di sekitar pelajar dan remaja sama
ada di sekolah atau di luar sekolah.
Di samping mengetahui berita rakan pelajar di seluruh negara, ruangan ini
juga boleh dimanfaatkan semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu,
khasnya untuk latihan berita.
Contoh Pelaksanaan
1. Pelajar dikehendaki membaca berita-berita yang terdapat dalam ruangan
“Sekitar Siswa” atau “Diari Siswa”.
2. Pelajar diagihkan kepada beberapa kumpulan.
3. Setiap kumpulan ditentukan dengan satu berita dan diminta membacanya
sekali lagi.
4. Guru mengedarkan boring berita kepada setiap kumpulan.
5. Pelajar berbincang dan mengisi ruang-ruang yang disediakan.
6. Wakil setiap kumpulan akan melaporkan hasil kerja mereka.
7. Pelajar menulis berita lengkap berpandukan isi-isi penting yang dicatat di
dalam borang berita.
3
133
Contoh
Ruangan : Diari Siswa
Halaman : 61
Media : Majalah Dewan Siswa, Mei 2007
Borang Berita
Tajuk Perkembangan Penulis Muda Pelajar Sekolah Menengah
Negeri Johor 2007.
Oleh Rusdi Abd. Rahman
Media Majalah Dewan Siswa, Mei 2007
Bila 6 – 8 Mei 2007
Di mana Tanjung Piai, Pontia, Johor
Apa Perkampungan Penulis Muda Pelajar Sekolah Menengah
Bagaimana - Penceramah dan pembimbing menyampaikan ilmu dan
kaedah penulisan dalam bidang karya puisi dan cerpen.
- Menyampaikan ceramah dan bimbingan motivasi untuk
pelajar bergiat aktif dalam penulisan karya kreatif dan
penulisan esei atau artikel ilmiah.
- Setiap peserta diberi tugasan menyiapkan lima buah karya
puisi dan sebuah cerpen.
Mengapa - Mencungkil bakat pelajar dalam penulisan kreatif pelbagai
genre.
134
- Menggalakkan pelajar menghasilkan karya kreatif yang
bermutu
- Memupuk pelajar menghasilkan kerya kreatif moden dan
tradisional.
Siapa - Anjuran – Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan
dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor.
- Peserta – 36 orang pelajar sekolah menengah dari 9
daerah di Johor.
- Penceramah Encik Azhar Salleh dan sembilan orang guru
pembimbing
Keserasian Aktiviti dengan Matlamat Pendidikan Bahasa Melayu
1. Membaca dan memahami petikan berita.
2. Mengenal pasti isi-isi penting daripada petikan berita.
3. Mengisi borang berita dengan tepat.
4. Menulis berita lengkap
Pengayaan / Pemupukan Kreativiti Murid
1. Pihak sekolah boleh menerbitkan akhbar bulanan / dwibulanan dan ini
akan memberi peluang kepada pelajar untuk menyumbangkan berita
kepada akhbar tersebut.
2. Pelajar digalakkan menulis berita dalam ruangan “Sekitar Siswa” dan
“Diari Siswa” majalah Dewan Siswa atau majalah dan akhbar lain.
135
Melengkapkan Teks
Sat cara yang mudah tetapi berkesan untuk memberikan latihan
“melengkapkan teks” kepada pelajar adalah dengan memilih mana-mana petikan
yang difikirkan sesuai daripada majalah Dewan Siswa. Dengan cara ini, para
pelajar akan mudah untuk mereka menyemak jawapan mereka setelah selesai
membuat sesuatu latihan.
Contoh Pelaksanaan
1. Guru memilih petikan yang sesuai untuk dijadikan latihan melengkapkan
teks.
2. Guru meneliti perkataan-perkataan yang hendak diuji kepada pelajar.
3. Guru menaip kembali petikan dan meninggalkan tempat kosong bagi
perkataan-perkataan yang hendak diuji.
4. Guru memperbanyakkan latihan kepada pelajar.
5. Guru mengedarkan soalan latihan kepada pelajar.
6. Pelajar berbincang dalam kumpulan kecil untuk menentukan jawapan
yang betul.
7. Pelajar mengisi ruang-ruang kosong yang terdapat dalam kertas latihan.
8. Pelajar merujuk kepada majalah Dewan Siswa seperti yang diarahkan
oleh guru untuk menyemak jawapan yang sebenarnya.
Keserasian Aktiviti dengan Matlamat Pendidikan Bahasa Melayu:
1. Supaya murid dapat membaca dan memahami petikan yang dibaca.
3
136
2. Menambah perbendaharaan kata pelajar.
3. menggalakkan aktiviti kerja berkumpulan.
Pengayaan / Pemupukan Kreativiti Murid
1. Murid digalakkan membina soalan untuk melengkapkan teks dalam
bentuk permainan bahasa.
2. Dijadikan aktiviti bulanan untuk Persatuan Bahasa Melayu.
Contoh
Media : Majalah Dewan Siswa, Mei 2007
Ruangan : Rencana Khas Hari Guru
Tajuk : Tanpa Guru Siapalah Kita
Penulis : Haji Samat Buang
Halaman : 20 – 21
Nama : ………………………………………….
Tarikh : …………………………………………
Tingkatan :………………………………………….
Arahan : Isikan setiap ruang kosong dalam petikan di bawah dengan perkataan
yang paling sesuai.
Guru dan dunia pendidikan bukanlah satu perkara asing. Guru juga sering
dirujuk …(1)… pendidik, pengajar, atau pengasuh. Walau apa-apa panggilan
137
sekalipun, guru merupakan antara insane terawal yang bertanggungjawab dalam
memberikan …(2)… secara formal kepada para pelajar. Guru juga ialah insane
pertama dikenali sewaktu seseorang itu mula menjejakkan kaki ke …(3)…
persekolahan. Walaupun sudah bertahun lamanya seseorang itu meninggalkan
alam persekolahan, kenangan dan ingatan terhadap para guru masih berbekas
dalam …(4)… Dorongan , nasihat, dan tunjuk ajar mereka tetap dijadikan
pedoman dan ingatan dalam …(5)… kehidupan harian. Guru seperti ibu bapa
kedua, mendidik dan menjaga pelajar dengan sebaik mungkin. Guru sedaya…(6)
… menyampaikan ilmu pengetahuan dan menjalankan tugas mereka. Pelajar
pula …(7)… bersedia menerima segala ilmu pengetahuan. Konsep bekerjasama,
memberi dan menerima perlu bagi kejayaan guru dalam menjalankan …(8)…
dan untuk kejayaan para pelajar.
Guru manusia biasa yang …(9)… harga diri dan perasaan. Jika pekerja
dihargai pada Hari Pekerja, manakala tokoh serta pejuang bangsa diberi
penghormatan …(10)… Hari Merdeka, mengapa tidak guru yang amat besar
pengorbanannya dalam mendidik anak bangsa? Ekoran daripada itu, tarikh 16
Mei setiap …(11)…merupakan hari bersejarah dalam memberikan …(12)…
kepada warga pendidik, memperingati jasa dan pergorbanan mereka dalam …
(13)… pendidik. Pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa daripada
yang tidak mengenal …(14)… menjadi orang yang terbilang ilmunya bukan
sahaja dikenang tetapi perlu diberi pengiktirafan di pelbagai peringkat. Oleh itu,
memang wajar guru dihargai melalui Perayaan …(15)… untuk mereka.
138
Pemahaman Bukan Sekadar Menjawab Soalan
Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu (BM), kemahiran
membaca bahan prosa adalah penting bagi menguji para pelajar sama ada
mereka memahami ataupun tidak petikan yang dibaca. Bahan-bahan yang
dicadangkan untuk aktiviti membaca ialah bahan bahasa dan sastera, sains dan
teknologi, budaya dan warisan, isu dan hal dalam masyarakat dan negara, serta
isu dan hal antarabangsa.
Lumrah, bahan-bahan bacaan tersebut akan dibaca oleh para pelajar
sama ada melalui proses bacaan senyap ataupun kuat. Kemudian, disusuli
dengan aktiviti perbincangan dengan harapan kesemua pelajar benar-benar
memahami bahan yang dibaca.
Seterusnya, guru akan mengemukakan beberapa soalan kepada para
pelajar dengan tujuan menguji kecekapan pelajar dalam memahami petikan yang
dibaca termasuk kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Di
samping itu, objektif mengemukakan soalan-soalan pemahaman adalah untuk
menilai kebolehan pelajar dari segi perbendaharaan kata dan menguji
mecekapan dalam memahami pelbagai jenis soalan yang berpandukan bahan
rangsangan sama ada graf, peta, rajah, jadual dan gambar.
Kini sudah tiba masanya, para pelajar diberi kepercayaan dan peluang
untuk menyediakan soalan-soalan berdasarkan petikan yang dibaca dan sekali
gus menyediakan isu-isu jawapan bagi setiap soalan yang mereka bina itu.
3
139
Kaedah ini sudah pasti akan mempelbagaikan lagi kecakapan dan kemahiran
pelajar dalam pembelajaran BM.
Contoh Pelaksanaan
Para pelajar dikehendaki membaca petikan yang ditetapkan di rumah.
Seorang pelajar dikehendaki membaca kuat petikan di dalam bilik darjah.
Perbincangan secara terbuka tetapi terancang dilakukan bagi memastikan
pelajar benar-benar telah memahami petikan yang dibaca.
Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan dua jenis soalan, iaitu soalan
yang berkaitan dengan rangkai kata dan soalan kemahiran berfikir.
Di samping menyediakan soalan, setiap kumpulan mesti juga
menyediakan jawapan lengkap bagi soalan-soalan yang dibinanya.
Setiap kumpulan secara bergilir-gilir akan menyalin soalan mereka di
papan hitam dan mengemukakan soalan tersebut untuk dijawab secara
lisan oleh kumpulan lain.
Akhirnya, setiap kumpulan akan menjawab kesemua soalan daripada
semua kumpulan di dalam buku latihan.
Contoh Hasil Kerja Kumpulan 1
Tajuk Rencana : Mengapa perlu Melancong?
Penulis : Baharudin Sulaiman
Halaman : 12 -13
Media : Dewan Siswa, April 2007
140
1. Maksud rangkai kata
a. potensi besar
b. menjana ekonomi negara
2. Pada pendapat anda, mengapakah Malaysia perlu memajukan indsurti
pelancongannya seperti yang diusahakan oleh negara Thailand dan
Singapura?
Contoh Hasil Kerja Kumpulan 2
1. Maksud rangkai kata
a. Bekalan pelancong yang berpanjangan
b. Warisan negara
2. Jika anda dilantik sebagai menteri di Kementerian Pelancongan, apakah
usaha-usaha yang akan anda lakukan untuk menarik lebih ramai
pelancong asing agar melawat Malaysia?
Keserasian Aktiviti dengan Matlamat Pendidikan Bahasa Melayu
Pada akhir pelajaran ini, pelajar dapat:
1. Membaca dan memahami petikan.
2. Memahami perkataan atau frasa dan mencari maksudnya.
3. Membina soalan-soalan pemahaman.
4. Menyediakan jawapan untuk soalan-soalan yang dibina.
141
5. Menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh kumpulan lain.
Pengayaan / Pemupukan Kreativiti
1. Pelajar membina soalan dan jawapan sendiri berdasarkan petikan yang
dibaca.
2. Pelajar diberi kepercayaan untuk membina soalan-soalan kuiz, teka silang
kata, soalan pemahaman, dan sebagainya.
Kesimpulannya, guru haruslah memahami bahawa aktiviti pemahaman
bukanlah sekadar menjawab soalan-soalan yang disediakan oleh guru semata-
mata tetapi jauh daripada itu, para pelajar haruslah diberi kepercayaan untuk
membina soalan-soalan agar aktiviti sumbang saran dan kemahiran berfikir
dapat dimanfaatkan.
142
Melukis Watak Dan Perwatakan
Satu daripada kegiatan setelah murid membaca cerpen atau novel ialah
pernyataan perwatakan bagi watak utama ataupun watak lain yang penting.
Untuk mendalami pernyataan perwatakan ini, murid boleh diajak membayangkan
rupa dan wajah pelaku itu melalui proses melukis atau menampal gambar-
gambar yang sesuai dengan watak tersebut. Aktiviti ini sudah pasti akan
memberi peluang kepada murid untuk membayangkan dan meramalkan iras
rupa watak itu melalui pengamatan mereka terhadap perwatakan luaran dan
dalam watak yang dikajinya itu.
Contoh Pelaksanaan
1. Murid dikehendaki membaca cerpen dalam majalah Dewan Siswa di
rumah.
2. Di dalam bilik darjah, murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
3. Setiap kumpulan dikehendaki menghalusi perwatakan (luaran dan
dalaman) watak yang ditentukan oleh guru.
4. Setiap kumpulan akan berbincang tentang perwatakan itu dari segi luaran
dan dalaman dengan menyatakan bukti daripada petikan cerpen tersebut.
5. Berdasarkan senarai perwatakan tersebut, murid akan melukis atau
menampal gambar watak tersebut pada kertas lukisan.
6. Setiap kumpulan akan membentangkan hasil kerja mereka kepada kelas
untuk dibincangkan.
3
143
Contoh:
Cerpen : Rahsia Hatimu
Penulis : Ainul Muaiyanah Muhammad Sulaiman
Halaman : 22 – 24
Sumber : Dewan Siswa. Mac 2007
Watak Pilihan : Safi Mawaddah
Luaran
Bil. Perwatakan Luaran Bukti
1. Remaja perempuan “Safi, biar apa pun yang terjadi, dia tetap ayah
Safi. Safi dibintikan namanya dan dialah juga
yang akan mewalikan Safi suatu hari nanti”.
2. Berusia 17 tahun Aku telah menjadi anak bonda hampir 17 tahun.
3. Aktif di sekolah “Maaf ya. Mungkin Safi letih. Maklumlah ‘orang
kuat’ sekolahkah.”
Dalaman
Bil. Perwatakan Dalaman Bukti
1. Patuh kepada nasihat
ibu
Malangnya nasihat bonda teguh menghalang.
Nasihat bonda menjadi tembok yang begitu teguh
dan payah untuk aku runtuhkan kerana aku tidak
pernah diajar untuk menjadi anak derhaka.
2. Memahami perasaan
orang lain.
Sebaris kata bonda biarpun dalam nada
mendatar itu cukup mengesan kebaikannya.
144
3. Pendendam Tetapi sayangnya kebencianku yang menjadi
nanah ini telah menutup kenaikannya.
4. Berani Aku mengambil tindakan drastic merampas
kembali biskut itu dan berlari menuju bonda.
Keserasian Aktiviti dengan Matlamat Pendidikan Bahasa Melayu:
1. Supaya murid dapat memahami cerpen/ novel yang dibaca.
2. Membaca, mengulas, dan menilai dengan kritis dan analitis tentang watak
dan perwatakan pelaku.
3. Menghalusi watak dan perwatakan pelaku dari segi fizikal dan dalaman.
4. Melahirkan watak dan perwatakan dalam bentuk lukisan.
Pengayaan / Pemupukan Kerativiti Murid:
1. Murid melukis ilustrasi bagi cerpen/ novel yang dibaca.
2. Murid diasuh untuk melukis ilustrasi untuk cerpen atau puisi yang
dimuatkan dalam menjadi sekolah
3. Murid digalakkan menyertai pertandingan melukis ilustrasi anjuran
persatuan di sekolah atau luar sekolah.
Latihan
Baca cerpen dalam ruangan Cerpen Daripada Siswa dalam Majalah Dewan
Siswa bulan ini dan kaji perwatakan watak-watak penting dari segi dalaman dan
luaran. Kemudian, lukis wajah berkenaan.
145
Guru Kreatif Pelajar Aktif
Ayat dan Frasa yang Menarik
Satu daripad aktiviti penting yang diperkenalkan dalam Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu tingkatan satu hingga tingkatan lima ialah “Bacaan Luas”. Aktiviti
ini ditujukan kepada para pelajar dengan maksud untuk membolehkan mereka
menimba ilmu pengetahuan dan membentuk sahsiah yang baik bagi
meningkatkan daya berfikir dan minat ingin terus membaca. Bacaan luas ini
boleh dijalankan dalam pendidikan Bahasa Melayu dengan menggunakan
bahan-bahan ilmiah dan sastera seperti majalah Dewan Pelajar, Dewan Siswa,
Dewan Masyarakat dan bahan bacaan lain.
Selain membaca bahan-bahan yang ditentukan itu, para pelajar boleh
memanfaatkan bahan bacaan tersebut dengan menyalin ayat-ayat atau frasa
yang menarik yang terdapat dalam petikan ke dalam buku skrap. Sebagai
contoh, aktiviti ini sesuai dengan Hasil Pembelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu Tingkatan Empat, iaitu 11.0 Menguasai Gaya Bahasa dan Laras
Bahasa dalam Penulisan Kreatif dan Bukan Kreatif.
Contoh Pelaksanaan
1. Pelajar dikehendaki membaca cerpen di rumah.
2. Semasa membaca cerpen tersebut, pelajar dikehendaki menggarisi
sebarang ayat atau frasa yang difikirkan menarik.
3. Seterusnya, pelajar akan menyalin ayat dan frasa yang menarik itu ke
dalam buku skrap.
3
146
4. Di sekolah, pelajar digalakkan berbincang tentang maksud yang tersurat
dan yang tersirat bagi setiap ayat dan frasa yang disalin oleh mereka.
Contoh
Cerpen : Kabur di Hati
Karya : Hafizul Osman
Media : Dewan Siswa, November 2005
Halaman : 22 – 24
1. matanya menangkap sekeping sampul surat berwarna merah jambu
2. hatinya yang tenang terasa keruh
3. peluh jantan mula merenik
4. tersandung ke dalam percintaan
5. dia terasa bahang yang pelik
6. menyelesaikan fenomena yang meragut ketenangannya
7. dirinya dirasakan terbang bebas di angkasa
8. persoalan yang sudah lama mewarnai dirinya
9. hujan itu turun untuk menyejukkan hati seorang insan yang semakin
berbahang
10.sememangnya telah lama terdampar di hati
Keserasian Aktiviti dengan Matlamat Pendidikan Bahasa Melayu . Tujuan:
1. Supaya pelajar dapat memahami cerpen/ novel yang dibaca.
2. Supaya pelajar dapat menyenaraikan ayat dan frasa yang menarik
147
3. Supaya pelajar dapat memberikan makna ayat-ayat dan frasa-frasa itu
secara lisan dan bertulis.
4. Supaya pelajar dapat menggunakan ayat dan frasa yang menarik dalam
tulisan dan pertuturan harian mereka
Pengayaan / Pemupukan Kreativiti. Tujuan:
1. Menggalakkan pelajar menyalin ayat dan frasa yang menarik daripada
bahan-bahan yang dibaca ke dalam buku nota mereka.
2. Menggalakkan pelajar menghasilkan ayat dan frasa yang menarik serta
menggunakannya pada masa yang sesuai.
3. Membolehkan pelajar menulis sesuatu hasil karya dengan menggunakan
bahasa yang menarik, tepat dan kreatif.
4. Membolehkan pelajar bertutur dengan bahasa yang sesuai dan menarik
sama ada dalam situasi formal atau tidak formal
Latihan
Baca cerpen daripada Siswa yang berjudul Rahsia Hatimu pada Halaman 22 –
24 dan Cerpen untuk Siswa yang berjudul E-mel untuk Anda pada halaman 46 –
48 dalam Majalah Dewan Siswa bulan Mac ini kemudian garisi ayat dan frasa
yang menarik, dan salin ke dalam buku nota khas anda.
148
Guru Kreatif Pelajar Aktif
Daripada Grafik Kepada Sajak
Sekali pandang, mungkin gambar atau grafik yang ada pada kulit sesebuah
majalah hanya sekadar hiasan atau daya penarik kepada pembeli untuk memiliki
dan seterusnya membaca majalah tersebut. Tetapi dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu, hiasan yang berupa grafik, gambar foto, dan
sebagainya sesuai dijadikan sebagai bahan rangsangan yang berguna, juga
sebagai salah satu daripada bahan untuk memenuhi kehendak organisasi
kurikulum.
Sebagai contoh, grafik yang menjadi hiasan kulit pada majalah Pelita
Bahasa, Januari 2007 seperti yang tertera ini sesuai dijadikan bahan rangsangan
untuk membolehkan pelajar mencipta sajak dadripadanya.
Contoh Pelaksanaan
1. Setiap pelajar dikehendaki meneliti grafik yang ada pada kulit majalah
tersebut.
2. Guru meminta pelajar memberi pendapat mereka tentang grafik tersebut.
3. Guru menerangkan objektif pelajaran iaitu menghasilkan sebuah sajak
berdasarkan grafik pada kulit majalah Pelita Bahasa.
4. Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang cirri-ciri sajak yang baik
seperti yang telah mereka pelajari dalam Komponen Kesesasteraan
Melayu.
4
149
5. Seterusnya, secara berkumpulan, pelajar akan mencipta sajak
berpandukan grafik yang berkenaan.
6. Guru meminta wakil setiap kumpulan membacakan hasil sajak yang
mereak cipta kepada kelas.
7. Setelah setiap kumpulan membacakan sajak mereka, guru dan pelajar
akan membincangkan kekuatan dan kelemahan yang ada pada setiap
sajak yang mereka cipta.
8. Setiap kumpulan akan memperbaiki semula sajak ciptaan mereka.
9. Semua hasil karya mereka akan dipamerkan pada papan kenyataan di
dalam bilik darjah.
Contoh hasil karya pelajar:
Tangan
Mereka berkata:
Tangan anugerah Tuhan,
Mengajar manusia tentang peradaban,
Mendidik anak bangsan yang kehausan,
Tasngan yang menadah doa memohon keberkatan,
Tangan yang menulis undang-undang dan peradaban,
Tangan juga memahat sejarah kehidupan,
Buat tatapan dan panduan,
Tangan yang membinasakan,
Menulis surat laying dan tohmahan,
150
Tangan yang menghancurkan,
Kehidupan dan peradaban,
Tangan yang merasuah, lupa halal haram,
Tangan yang terlupa mengambil haknya.
Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima,
Tangan yang menghulur salam,
Menyambung silaturahim sesame insan,
Tangan yang mengayun buaian juga bisa menggoncangkan dunia.
dan…
Tangan yang menggamit, memanggil aku ke sini,
Dan tangan yang menegah
Isyarat…
“Saya perlu berhenti!”
Selain menggunakan bahan rangsangan yang berupa gambar dan grafik,
pelajar juga boleh menghasilkan sesebuah sajak berpandukan rencana atau
cerpen yang dibaca. Cara pelaksanaannya adalah seperti berikut:
1. Pelajar membaca rencana yang ditetapkan, misalnya mereka
dikehendaki membaca ruangan Fokus Dewan Siswa, halaman 10-11
2. Seterusnya, guru dan pelajar berbincang tentang isu yang
diketengahkan oleh penulis rencana tersebut.
3. Di dalam kumpulan, pelajar dikehendaki mencari isi-isi penting di
dalam rencana tersebut.
151
4. Berpandukan isi yang diperoleh, pelajar dikehendaki menulisnya
kembali dalam bentuk sajak.
Satu lagi bahan rangsangan yang sesuai untuk membolehkan pelajar menulis
sajak adalah dengan menyambung puisi yang sedai ada. Ruangan Puisi Siswa
merupakan ruangan yang sesuai untuk dimanfaatkan bagi melaksanakan aktiviti
ini. Kaedahnya adalah seperti yang berikut:
1. Pelajar dikehendaki membaca salah sebuah puisi yang diminatinya.
2. Pelajar menerangkan kepada kelas akan maksud puisi yang dibacanya.
3. Kemudian, pelajar dikehendaki menyambung puisi tersebut agar
membawa maksud yang lebih luas daripada puisi asal yang dibacanya.
Kesimpulannya, bakat pelajar dalam bidang penulisan puisi moden dapat
dibugar dan disuburkan pada peringkat awal melalui kaedah yang dinyatakan di
atas. Hasil karya pelajar tersebut akan lebih bermakna jika dijadikan koleksi
untuk bacaan pelajar.
152
Kuiz Dewan Siswa
Antara aktiviti yang sering dijalankan oleh Persatuan Bahasa Malaysia di
sekolah ialah pertandingan bahas, berbalas pantun, pidato/ syarahan, forum,
menulis esei, puisi, dan lain-lain. Kebanyakan aktiviti ini hanya melibatkan
segelintir pelajar sahaja, manakala yang lain hanya menjadi penonton.
Oleh yang demikian, ahli jawatankuasa Persatuan Bahasa Melayu
sewajarnya mengadakan Kuiz Dewan Siswa pada setiap bulan. Setiap pelajar
digalakkan untuk menyertai kuiz ini bagi memastikan mereka membaca dengan
teliti majalah kesayangan mereka ini.
Pelajar yang berminat untuk menyertai kuiz ini mestilah membeli soalan
yang disediakan oleh pihak persatuan. Pelajar yang berjaya menjawab soalan
dengan tepat wajar diberikan hadiah.
Berikut dikemukakan contoh soalan Kuiz Dewan Siswa berpandukan
majalah Dewan Siswa bulan Jun 2007.
4
153
Persatuan Bahasa Malaysia
SMK Dato` Sulaiman,
83500 Parit Sulong,
Batu Pahat, Johor.
KUIZ DEWAN SISWA, JUN 2007
Nama : _________________________________ Tingkatan : ____________
Arahan :
Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
Hantar borang jawapan kepada Setiausaha, Persatuan Bahasa Malaysia
sebelum 7 Julai 2007.
1. Sejenis makanan segera orang Turki : _____________________
2. Maksud peribahasa “Kalau langit hendak menimpa bumi bolehkah ditahan
dengan telunjuk?
___________________________________________________________
___________________________________________________________
3. Perlembagaan Persekutuan perkara 32 (1) telah meletakkan Yang Di-
Pertuan Agung sebagai
___________________________________________________________
4. Pencipta telefon : ____________________________________________
5. Negara pengimport baja Highlowtec?
a. _____________________________________
b. _____________________________________
4
154
c. ______________________________________
6. Jumlah pengguna Internet di dunia?
___________________________________________________________
7. Istilah perubatan bagi masalah perpeluhan yang berlebihan:
___________________________________________________________
8. Bahasa rojak menurut pandangan Prof. Emeritus Dr. Nik Safiah Karim.
___________________________________________________________
9. Nenek dalam bahasa Itali: ______________________________________
10.Epifora dalam puisi bermaksud : _________________________________
11.Kepah, lokan dan ________________ ialah makanan laut kegemaran
penduduk pantai Bisikan Bayu.
12.Tugas utama Pengurus Loji Air.
___________________________________________________________
___________________________________________________________
13.Dentuman sonik berlaku apabila _________________________________
___________________________________________________________
14.Nama sebenar Komander Robot ________________________________
15.Bekam ialah cara pengubatan tradisional untuk _____________________
___________________________________________________________
16.Perbezaan ketara antara kapas Bacillius thuringiensis dengan kapas
doshi
___________________________________________________________
___________________________________________________________
155
17.Penulis novel Amigo Possa
___________________________________________________________
18.One way to learn the correct spelling and the correct way of saying words
is to refer to _________________________________________________
___________________________________________________________
19. Lima sebab remaja merokok.
a. ____________________________________________________
b. ____________________________________________________
c. ____________________________________________________
d. ____________________________________________________
e. ____________________________________________________
20.Jelaskan tekcik SQ3R yang diperkenalkan oleh Robinson
__________________________________________________________
__________________________________________________________
___________________________________________________________
156
MDK Menghasilkan Karangan Yang Berkualiti
Kebanyakan pelajar menghadapi maslaah apabila diarahkan untuk menulis
sesebuah karangan. Antara masalah dan kelemahan yang dihadapi oleh pelajar
adalah seperti yang berikut:
a. Pengenalan karangan kurang menarik, seolah-olah berfikiran
kurang matang.
b. Isi karangan tidak menepati tajuk.
c. Isi tidak dapat dihuraikan dengan sempurna atau penghuraian
tanpa isi.
d. Pemerengganan yang tidak seimbang.
e. Penggunaan bahasa yang berbelit-belit dan sukar difahami.
f. Fakta yang salah.
g. Isi dan contoh yang tidak logic.
h. Kesalahan tatabahasa yang nyata.
i. Laras bahasa yang tidak sesuai
j. Kesilapan format karangan.
Oleh itu, sebelum pelajar diarahkan menulis sesebuah karangan, mereka
harus diberikan kesedaran tentang tujuan utama penulisan karangan diadakan
sama ada untuk tujuan latihan atau untuk peperiksaan.
Sebenarnya, tujuan utama penulisan karangan diadakan dalam
peperiksaan adalah untuk menguji kebolehan pelajar dalam membina,
4
157
mengumpul, memilih dan menyusun atur idea-idea atau isi-isi, hujah-hujah, dan
bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk karangan selain untuk menguji
kemampuan pelajar nelahirkan idea, isi pendapat, hujah, fakta, pengalaman dan
perasaan dengan bahasa yang jelas dan berkesan.
Jadi, untuk menghasilkan sesebuah karangan yang bermutu, pelajar mesti
mempunyai idea yang bernas, dan kemudiannya dapat melahirkan idea tersebut
dengan menggunakan bahasa yang baik dan lancer. Bagi mencapai matlamat
ini, pelajar mesti banyak membaca bahan seperti majalah terbitan Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) yang membincangkan isu semasa dengan penuh
rasa tanggungjawab dan berhemah.
Oleh yang demikian, pembacaan bahan bacaan yang bermutu amat penting
dan bersesuaian dengan pendapat yang mengatakan bahawa untuk
menghasilkan output yang baik, maka kita perlu mendapat input yang baik juga.
Jika begitu keadaannya, maka para pelajar mestilah menggunakan masa
terluang untuk membaca majalah DBP dan akhbar yang baik dan berkualiti dari
segi kandungannya, fakta yang tepat, tidak dipengaruhi emodi dan bersifat
semasa, diamping dapat meniru teknik penulisan yang baik.
Sebagai contoh, apakah isi, huraian, contoh dan fakta yang berkualiti yang
dapat anda persembahkan untuk menulis sebuah karangan yang bertajuk.
“Kebaikan dan keburukan Sistem Pesanan Ringkas (SMS)?” Pasti, sesiapa
sahaja, tanpa membaca dan membuat rujukan bahan yang berkualiti tentang
SMS, tidak akan berupaya menulis karangan yang baik seperti yang dikehendaki
oleh skema pemarkahan, iaitu ketepatan takrif, keistimewaan dan keberkesanan
158
pengolahan, keseimbangan perenggan, kesesuaian dan kepadatan isi, huraian
dan contoh dan kematangan fikiran. Dari segi bahasa pula, skema pemarkahan
menghendaki pelajar berupaya menulis dengan lancer, bebas daripada
kesalahan tatabahasa, penggunaan kosa kata yang luas dan tepat, mempunyai
keragaman struktur ayat dan ketepatan penggunaan tanda baca.
Sebaliknya, jika anda telah membaca sekurang-kurangnya rencana pendek
dalam ruangan “Cetusan Pendapat”, majalah Dewan Siswa, Mac 2009 yang
bertajuk “SMS- Gunakan dengan bijak”, olah Muhammad Idris, tentu sekali
sedikit banyak anda telah memperoleh idea yang bernas di samping menjadikan
rencana tersebut sebagai rujukan.
Sekarang, cub abaca rencana di bawah. Kemudian catatkan isi-isi penting
di samping menyenaraikan ayat dan frasa yang indah serta peribahasa yang
digunakan oleh penulis.
Contoh 1
SMK – Gunakan Dengan Bijak
“Bagai galah di tengah arus”. Itulah peribahasa yang dapat saya katakana
mengenai sikap remaja serta mesyarakat yang serakah menyalahgunakan
teknologi dan hal ini membimbangkan. Sistem pesanan rungkas atau Short
Message Service, (SMS) kini menjadi “penjajah” utama di negara ini.
Difahamkan pada sekitar tahun 2007, rakyat Malaysia menghantar lebih 11.8
bilion SMS, yang menyaksikan peningkatan sebanyak 4.3 peratus. Namun,
dalam nada yang berbeza, apakah penyalahgunaan dan muslihat SMS?
159
Revolusi teknologi komunikasi ini memberikan dampak malang kepada
masyarakat kita. Masyarakat kini semakin terjebak ke kancah “hitam”. Sebagai
tamsilnya, SMS dijadikan alat atau medan penyebaran maklumat yang
menyangkut pelagai isu hangat, seperti isu politik dan agama. Kita lihat sendiri
peristiwa rusuhan oleh Hindraf yang menuduh hak kaum India dipinggirkan dan
SMS sebagai sumbernya, sedangkan perkara itu tidak benar.
Dalam pada itu, terdapat syarikat yang menjalankan perniagaan SMS –
porno dan menyebarkan kalimah lucah selain berita porno yang mengaitkan artis
dengan ahli politik. Terdapat juga pihak tertentu menjalankan peraduan haram
yang menawarkan hadiah yang bernilai tinggi walaupun sebenarnya hanya
helah. Buktinya, sebbanyak 48 orang penduduk di Kuala Terengganu kerugia
RM20 000 akibat tertipu dengan peraduan yang melalaikan. Konklusinya,
perkara ini sememangnya mudah berlaku kerana semuanya “di hujung jaru”
sahaja.
Di sebalik keburukan SMS yang sememangnya sukar untuk dibendung,
terapat juga maslahatnya kepada masyarakat. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa
Hassan menuntut sinergi orang ramai menggunakan SMS untuk melaporkan
kejadian jenayah keada polis. “Jikalau ternampak kejadian jenayah, seperti rogol,
mencuri dan penderaan kanak-kanak, kita perlu terus membuat laporan melalui
SMS yang dikenali sebagai “DAPAT” atau menerusi talian 32728 yang
merupakan nombor SMS berpusat sebagai mata dan telinga polis”, katanya. Hal
ini merupakan konsep yang diamalkan menerusi perkongsian bijak di samping
memberikan peluang kepada masyarakat memerangi jenayah.
160
SMS juga dapat merapatkan hubungan antara ibu bapa, pelajar dan
sekolah yang sepatutnya “bagai ikan dengan air”. Sekolah dipelawa untuk
menggunakan aplikasi SMS Sekolah yang dibangunkan oleh My Presto.com
Sdn. Bhd. Aplikasi yang menggunakan teknologi SMS ini dapat memudahkan
komunikasi antara pihak sekolah dengan ibu bapa. Projek perkhidmatan SMS
Sekolah ini dilaksanakan dalam dua fasa. Fasa pertama melibatkan Salah Laku
Disiplin Murid (SSDM). Sistem Maklumat Murid (SSM) dan Sistem Maklumat
Pengurusan Pendidikan (EMIS), manakala fasa kedua melibatkan sistem SSDM,
Sistem SSM dan maklumat yang dihantar ialah kehadiran, disiplin, latihan,
memo, keputusan peperiksaan dan takwim aktiviti.
Deduktifnya, semua pihak khususnya media massa yang “ada sengat”
dan berpengaruh seyogia menjadi pasak dan watak utama dalam menyebarkan
maklumat mengenai penggunaan dan kepentingan SMS. SMS ialah alat
komunikasi yang mudah dan efektif selain menjimatkan kos. Dalam hal ini “tepuk
dada tanya selera”. Kita perlu peka dan bijak menggunakan kecanggihan
teknologi dan bukannya untuk hiburan semata-mata
MUHAMMAD MOHAMAD IDRIS
SMK TANJUNG GEMOK, PAHANG.
Contoh:
Pendahuluan: Jenis gabungan (sejarah dan pesoalan)
161
Isi 1 : SMS digunakan sebagai media menhantar maklumat palsu
yang boleh merosakkan perpaduan kaum.
Isi 2 : Syarikat yang tidak bertanggungjawab mengeksploitasi
pengguna dengan tujuan mendapatkan keuntungan yang
lumayan
Isi 3 : SMS dapat membantu pihak polis dan pihak berkuasa
membendung masalah jenayah dan kebejatan sosial.
Isi 4 : SMS dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan
Penutup : Media massa harus mendidik masyarakat agar
menggunakan SMS dengan berhemah dan
bertanggungjawab.
Fakta :
a. 2007 – Rakyat Malaysia menghantar lebih 11.8 bilion SMS –
peningkatan 4.3 peratus
b. 49 penduduk Kuala Terengganu kerugian RM20 000 - tertipu yang
diakibatkan oleh peraduan SMS yang dikendalikan oleh syarikat
yang tidak bertanggungjawab.
Ayat dan Frasa yang Indah:
b. Masyarakat yang serakah.
c. Dalam nada yang berbeza.
d. Revolusi teknologi komunikasi.
e. Medan penyebaran maklumat.
162
f. Maslahatnya kepada masyarakat
Peribahasa :
a. Bagai galah di tengah arus.
b. Mata dan telinga.
c. Bagai ikan dengan air.
d. Tepuk dada tanya selera.
Jelaslah, jika pelajar dapat menjadikan majalah terbitan DBP sebagai bahan
bacaan, rujukan dan rangsangan, insya-Allah, mutu penulisan anda akan terus
meningkat.
Contoh 2
Kepupusan Hidupan Liar
SOALAN
Isu kepupusan hidupan liar menjadi topic hangat pada masa kini. Sebagai
pencinta hidupan liar, anda ingin mewawancara seorang pegawai Jabatan
Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk
mendapatkan maklumat tentang faktor-faktor kepupusan hidupan liar dan
langkah-langkah mengatasinya.
Sediakan wawancara tersebut selengkapnya.
Kehendak Soalan
Format Wawancara
Kata Kunci Faktor kepupusan hidupan liar dan langkah mengatasinya.
163
PENDAHULUAN
Definisi :
Haiwan liar daripada kumpulan mamalia,
reptilia, amfibia, burung, ikan, Invertebrata
dan tumbuhan liar.
Ancaman terhadap hidupan liar telah
menyebabkan beberapa spesies hidupan
liar pupus.
Apakah faktornya?
Apakah langkah mengatasinya
Ungkapan:
Pertambahan yang
drastik
Besar impaknya
Segala-galanya
adalah realiti
Isi 1
Faktor utama kepupusan hidupan liar ialah kepercayaan turun-temurun manusia.
HURAIAN Manusia percaya haiwan liar mampu memulihkan tenaga
batin, menguatkan ketahanan seksual, awet muda, merawat
penyakit kronik dan menjadi lambang status
CONTOH Antara haiwan liar yang menjadi buruan untuk dijual bahan
ubatan ialah harimau, kura-kura, labi-labi, ular, burung dan
beruang. Dalam bidang perubatan tradisional, kebanyakan
anggota badan haiwan liar ini dikeringkan dan dijual pada
harga yang tinggi. Bahan seumpama ini menjadi pelaris
utama di kedai ubat, farmasi atau singes
UNGKAPAN / Mencegah labih baik daripada mengubati
164
PERIBAHASA Persepsi yang berlainan
Menteliti masyarakat
Lantaran kerakusan
Isi 2
Selain kepercayaan manusia terhadap hidupan liar, adakah kepupusan haiwan
ini berpunca daripada sifat tamak manusia yang memburu haiwan ini untuk
mendapat keuntungan yang lumayan?
HURAIAN Memang terdapat segelintir pemburu haiwan liar yang
membunuh hidupan untuk mendapatkan keuntungan yang
tinggi
CONTOH Harga organ harimau boleh mencecah sehingga RM30,000.
harga harimau yang paling tinggi ialah Harimau Sumatera
iaitu sehingga RM80,000. Daging harimau sahaja
dianggarkan bernilai RM150 sekilogram di pasaran gelap.
Misai harimau dijual pada harga RM40 sehelai dan sebatang
gigi taringnya berharga RM3,000 manakala dahi harimau
pula dijual pada harga RM10,000
UNGKAPAN /
PERIBAHASA
Kacang Hantu
Buta Hati
Tidak gementar menghadapi tidakan
Pulangan yang setimpal
165
Isi 3
Kepupusan hidupan liar ini turut dikaitkan dengan kepesatan pembangunan
negara. Boleh saudara jelaskan perkara ini?
HURAIAN Kawasan hutan yang menjadi habitat hidupan liar
dimusnahkan
Keadaan ini mengancam masa depan bidatang liar
CONTOH Suatu masa dahulu, wujud hampir 30 spesies penyu yang
berenang bebas di lautan seluruh dunia, namun kini hanya
tinggal tujuh jenis sahaja. Selain penyu, badak juga turut
terancam oleh kepesatan pembangunan kerana hanya
terdapat satu spesies badak terdapat di Malaysia, iaitu Badak
Sumatera, manakala Badak Jawa yang terakhir dilihat hanya
dalam sekitar tahun 1940-an
UNGKAPAN /
PERIBAHASA
Menangguk di air keruh
Meminggirkan tanggungjawab
Peningkatan mendadak
Kemusnahan alam dalam sekala besar
Isi 4
Menguatkuasakan Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972
HURAIAN PERHILITAN diberi kuasa untuk menggeledah, menangkap,
dan menyiasat pengeluar lesen tertentu, kesalahan dan
sebagainya yang berkaitan dengan hidupan liar.
166
CONTOH 292 jenis hidupan haiwan liar yang dilindungi sepenuhnya
yang tidak boleh diburu langsung, dibela, dan dimakan
seperti buaya, beruang, harimau, dan kucing hutan. 507 jenis
haiwan buruan seperti pelanduk, napuh, dan musang serta
haiwan tidka boleh diburu seperti gajah.
UNGKAPAN /
PERIBAHASA
Dayung sudah di tangan, perahu sudah di aur
Peningkatan akauntabiliti
Perlu dipacu
Isi 5
Pemantauan yang berterusan dan penguatkuasaan undang-undang oleh
PERHILITAN
HURAIAN Kegiatan pemburuan haram dapat dikurangkan
Membenteras perdagangan binatang liar
Untuk tujuan eksport dan import
CONTOH Pada 27 Mei 2005, sebanyak 300 kilogram daging mentah
dan anggota badan serta haiwan hidup daripada 11 spesies
dirampas di Taman ACBE, Bahau. Pegawasan rapi di pintu
masuk utama lapangan terbang utama atau sempadan.
Lokasi tumpuan di Sungai Golok, Kelantan, Bukit Kayu
Hitam, Kedah dan Padang Besar, Perlis.
UNGKAPAN /
PERIBAHASA
Sepsies haiwan yang kian pupus pada hari ini hanya
sekadar gambar pada masa hadapan
167
Keberkesanan pelaksanaan
Menjadi kemelut
PERENGGAN PENUTUP
PENANDA WACANA Sesungguhnya
PERNYATAAN Hidupan liar merupakan warisan khazanah semula jadi
yang tidak ternilai.
SEBAB Jika kepupusan hidupan liar terus berlaku, generasi
pada masa hadapan tidak mengenali binatang liar yang
terdapat di negara kita dan hanya menatap gambar
haiwan tersebut di dalam buku mahupun majalah.
HARAPAN Semoga masyarakat Malaysia prihatin dan terus
melindungi binatang liar dengan sebaik-baiknya agar
haiwan liar ini dapat hidup dengan bebas tanpa
ancaman di habitat masing-masing
UNGKAPAN/
PERIBAHASA
Menjadi khazanah dunia sejagat
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Keserakahan manusia
168
Sekolah Berasrama Penuh Wajar Laksanakan
Program MDK
Antara kriteria yang disyaratkan bagi sesebuah negara itu dianggap
negara maju ialah penduduknya mesti membaca sekurang-kurangnya 24 buah
buku setahun. Persoalannya, adakah penduduk di negara kita akan berupaya
membaca buku sejumlah itu banyaknya pada tahun 2020?
Menurut kajian yang dikeluarkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia,
setakat sekarang, rakyat Malaysia dianggarkan hanya membaca sekitar dua
buah buku setahun. Memandangkan, tahun 2020 sudah begitu menghampiri kita,
maka semua pihak harus bertindak segera. Dalam hal ini, peranan pentadbir
sekolah dan pusat pengajian tinggi paling dituntut untuk menggerakkan program
membaca dengan lebih bersungguh-sungguh lagi.
Pada hemat saya, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah institut yang
paling sesuai untuk merealisasikan program membaca dalam kalangan para
pelajar dan guru-gurunya kerana semua pelajarnya adalah pelajar yang terpilih
dan mereka berada dalam satu institusi yang terkawal, kondusif dan mendapat
kerjasama yang amat baik daripada ibu bapa dan penjaga.
Satu daripada program yang wajar dilaksanakan di SBP ialah program
Majalah Dalam Kelas (MDK). Pelaksanaan program MDK di SBP adalah selaras
dengan misi SBP iaitu:
Sekolah Berasrana Penuh sebagai wadah terbaik dalam sistem
pendidikan negara yang berkemampuan membina insan yang mempunyai
4
169
kecemerlangan ilmu, kemampuan sahsiah, kesejagatan kepimpinan dan kejituan
patriotism bagi melahirkan ahli sains teknokrat dan profasional yang dapat
memenuhi aspirasi dan tuntutan agama, bangsa dan negara.
Maka, berasaskan misi di atas, SBP harus menggalakkan para pelajarnya
membaca buku-buku dan majalah-majalah yang berkualiti dan mempunyai nilai
ilmu yang tinggi. Misalnya, pelajar di Sekolah Menengah Sains, Sekolah Teknik,
Sekolah Kluster, Maktab Rendah Sains Mara dan Sekolah Berprestasi Tinggi
ada baiknya mereka membaca majalah Dewan Kosmik bagi meningkatkan ilmu
pengetahuan mereka dalam bidang sains dan teknologi. Membaca majalah
Dewan Masyarakat dan Dewan Siswa untuk mengetahui isu-isu semasa.
Kita harus yakin bahawa Allah S.W.T mengurniakan manusia akal.
Potensi akal membolehkan manusia merenung, memerhati, mengetahui dan
berfikir. Oleh itu, kekuatan minda menjadikan seseorang mampu mengingat,
berfikir dan mempunyai daya taakulan. Menerusi berfikir dan mengkaji
datangnya maklumat, fakta, data dan ilmu. Melalui maklumat dan ilmu
membolehkan manusia tahu. Di samping itu, pengetahuan menjadikan manusia
memiliki cara untuk tahu tentang sesuatu.
Tony Buzan dalam kajiannya berpendapat bahawa manusia hanya
menggunakan satu peratus daripada keupayaan otak kanan dan otak kiri
mereka. Otak kanan berguna untuk berfikir tentang hal-hal yang berkaitan
dengan angka. Oleh itu, penggunaan otak kanan dan otak kiri secara seimbang
akan membolehkan seseorang meningkatkan kualiti berfikir.
170
Amalan berfikir bermula dengan tabiat “membaca” yang tinggi, suka
berbincang dan tabiat mencetuskan pemikiran dalam bentuk karya sama ada
dalam bentuk kreatif atau deskritif. Oleh itu, apa yang mereka baca, bincang,
renung dan fakir akan memberi semangat yang amat berguna untuk
mempertajamkan dan memperkasakan minda. Orang yang tajam mindanya
adalah hasil daripada latihan otak yang berterusan dan selanjutnya minda
mereka menjadi kreatif, pandangan menjadi kritis dan analisisnya menjadi
sistematik. Lanjutan daripada itu, ilmu mereka akan meningkat dan
membolehkan upaya bijaksanaannya tinggi. Hasilnya, pengalaman berfikir
meningkat dan wibawa ilmunya berkembang.
Para remaja khasnya pelajar SBP harus menyajikan minda mereka
dengan bahan-bahan bermutu, berbincang isu-isu ilmu yang bermanfaat dan
meneliti perkembangan semasa agar dapat mennggembangkan daya fakir. Oleh
itu, amalan membaca bukan hanya sekadar menerima apa yang dibaca dan
dibincang tetapi merupakan langkah awal untuk tabiat berfikir.
Sehubungan dengan itu, para pentadbir SBP harus bertanggungjawab
agar para pelajar mereka rajin membaca. Harus diingat, kemalasan membaca
dan berbincang menyebabkan tiada idea-idea baru. Akhirnya, mereka menjadi
jumud atau beku dan seterusnya menjadi pak turut dan penciplak ilmu orang lain
dan yang pasti anak didik kita akan menjadi bangsa pengguna sepanjang
zaman.
Oleh itu, para pelajar SBP haruslah menjadi modal insan yang bernilai
dan berfikiran tajam agar mereka bukan sahaja menjadi pengguna sesuatu yang
171
baik daripada orang lain tetapi bakal menjadi penyumbang dan pencipta kepada
tamadun umat manusia.
Bertitik tolak daripada masalah dan harapan yang dinyatakan di atas,
maka antara pendekatan yang sesuai diguna pakai untuk pelajar SBP ialah
pelaksanaan program Majalah Dalam Kelas secara terancang dan tekal. Mudah-
mudahan, pelajar SBP akan menjadi benih yang baik, dicampakkan ke laut
menjadi pulau, dicampakkan ke datar menjadi rimba.
172
Pelaksanaan Program MDK Pada Peringkat Sekolah
Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad ada
menyatakan bahawa tidak ada formula yang tidak cela. Namun, agenda yang
paling cela dan paling tidak berguna ialah agenda yang begitu sempurna tetapi
tidak dilaksanakan (Malaysia Melangkah ke Hadapan: 1991: 29)
Begitu jugalah dengan peljabat program yang ingin kita laksanakan di
sekolah, jika tidak dirancang dengan baik dan sempurna, tanpa kerjasama dan
galakan sudah pasti program yang baik dan tidak akan berjaya dilaksanakan
dengan sempurna dan cemerlang.
Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar pihak pentadbir di sekolah
menyusun strategi yang sempurna, terancang, dan sistematik bagi mendapatkan
hasil yang diharapkan tanpa terlalu banyak membazirkan masa, wang ringgit,
dan tenaga.
Dalam melaksanakan program Majalah Dalam Kelas (MDK), komponen
penggerak sesebuah sekolah, iaitu pihak pentadbir, Panitia Bahasa Melayu (BM)
dan guru BM mestilah berjalan seiring dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab masing-masing sesempurna yang mungkin.
Seperti yang dinyatakan di atas, bagi melaksanakan sesuatu program di
sekolah (Dalam konteks ini program MDK), tiga pihak harus dapat melaksanakan
tugas mereka, iaitu:
2. Pihak pentadbir
3. Panitia BM
4. Guru BM
4
173
2. Pihak Pentdbir
Sebagai pentadbir, Pengetua/ Guru Besar, Guru Penolong Kanan Akademik,
dan Ketua Bidang Bahasa memainkan peranan yang penting dalam
menentukan keberkesanan sesebuah panitia dan organisasinya. Dalam hal
ini, pihak pentadbir mestilah memberikan “lampu hijau” dan sokongan bagi
membolehkan program MDK ini dilaksanakan di sekolahnya.
Sebelum itu, pihak pentadbir harus meneliti terlebih dahulu sama ada
program ini sesuai atau sebaliknya, jika dilaksanakan pada peringkat sekolah.
Dalam hali ini, pentadbir haruslah mendapatkan maklumat yang terperinci
daripada Ketua Bidang Bahasa dan guru-guru yang telah menghadiri kursus
dan bengkel MDK.
Sekiranya pihak pentadbir telah berpuas hati akan kelebihan dan
kemanfaatan program ini, maka, perbincangan lanjut hendaklah dilakukan
dengan Pengerusi Panitia BM, dan memberi kepercayaan penuh kepada
Panitia BM untuk merancang dan melaksanakan program ini di sekolah.
Setelah program ini berjalan, pihak pentadbir harus menjalankan
penyeliaan, perbincangan, dan penilaian bagi memperbaiki lagi program ini
sekiranya berlaku sebarang kekurangan.
3. Panitia BM
Penitia BM ialah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru
yang mengajar mata pelajaran BM di sesebuah sekolah. Antara peranan
penting panitia BM termasuklah :
174
a. Menitikberatkan bidang profesional, termasuklah usaha membantu
pengetua dalam menyediakan perancangan jangka pendek dan
jangka penjang.
Bertangugngjawab menyediakan garis panduan serta
menyelaraskan perancangan pengajaran BM di semua peringkat
sekolah.
b. Panitia harus membantu guru-guru dalam menyediakan dan
memilih bahan-bahan Alat Pandang dengan dan Alat Bantu
Mengajar dengan mengadakan bengkel dalam kalangan guru-guru
BM dan memastikannya digunakan dengan berkesan.
Strategi Pelaskanaan
Penitia BM mestilah mengadakan kursus dan bengkel dalaman untuk guru BM
tentang program MDK. Setelah menghadiri kursus dalaman, diharapkan guru BM
telah mendapat gambaran yang jelas tentang kaedah program MDK ini dapat
dilaksanakan di dalam bilik darjah.
Walau bagaimanapun, sekiranya guru BM masih menghadapi masalah,
guru-guru berkenaan bolehlah merujuk kepada Pengerusi Panitia BM atau guru-
guru yang telah berjaya melaksanakan program ini.
Selain itu, Panitia BM juga berperanan untuk mengatur dan menyusun
strategi pembelian dan pengedaran majalah kepada para pelajar.
175
Guru BM
Penentu kejayaan sesuatu program seumpama ini sebenarnya banyak
bergantung kepada guru BM. Guru BM yang kreatif dan inovatif seharusnya
dapat menyakinkan para pelajar dari segi pengajaran dan cara menanfaatkan
sesuatu bahan.
Guru BM yang menjadi pakar rujuk kepada para pelajar mestilah telah
melengkapkan diri dengan pelbagai teknik, kaedah, dan ilmu bahasa itu sendiri.
Selain itu, guru BM mestilah berani mencuba sesautu yang baharu dalam
menyampaikan sesuatu pengajaran dan tidak hanya terikat kepada sesuatu
kaedah dan teknik sahaja. Tanpa menpelbagaikan teknik dan kaedah serta
bahan, sudah pasti pelajar dan guru itu sendiri akan berasa bosan.
Di samping itu, tanggungjawab untuk menggalakkan para pelajar memiliki
majalah dan bahan-bahan bacaan bermutu juga terletak pada bahu guru BM. Hal
ini demikian kerana jika guru BM berhadapan dengan para pelajar yang tidak
atau kurang membaca, sudah pasti penguasaan BM mereka tidak memuaskan
dan rendah mutunya. Sebaliknya, jika para pelajar terdedah kepada bahan-
bahan bacaan yang baik, sudah pasti kecekapan berbahasa mereka lebih
mantap.
Para pelajar bolehlah dianggap sebagai “penerima”. Mereka mesti
diberikan sesuatu yang baik dan menyakinkan mereka. Guru BM yang dapat
menyampaikan pengajaran dan ilmu yang berkualiti sudah pasti akan dihormati
oleh para pelajar.
176
BIBLIOGRAFI
Ainon & Abdullah (1995). Kursus Berfikir Tinggi: Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.
Awang Sariyan (2004). Teras Pendidikan BahasaMelayu – Asas Pegangan
Guru, PTS Publication & Distributors, Pahang.
Azizul Rahman Abdul Rahman & Mohamad Saleeh Rahamad,(2008) Bunga-
bunga Bahasa untuk Penulisan, Majlis Guru Cemerlang Malaysia, Kuala Lumpur.
Azizul Rahman Abdul Rahman (1995), Majalah dalam Kelas, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur.
Azizul Rahman, Datin Mariam Mehad & Azam Ahmad, Transformasi Penulisan
Bahasa Malaysia SPM, (2010) , Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, Johor Bahru.
Christopher Bowring – Carr, Belajar Cara Berkesan di Sekolah (2007), ITNMB,
Kuala Lumpur.
Juriah Long & Raminah Sabran (1990), Pendekatan Mengajar Bahasa Malaysia,
Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.
Kamarudin Hj. Husin (1991), KBSM dan Model-Model Pengajaran Bahasa,
Penerbitan Budiman, Kuala Lumpur.
Kamarudin Hj. Husin (1991), Pedagogi Bahasa, Longman, Petaling Jaya.
Kementerian Pelajaran Malaysia (1987), Buku Panduan Am KBSR, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
177
Kementerian Pelajaran Malaysia (1988), Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa
Malaysia Tingkatan 1 – V, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Kementerian Pelajaran Malaysia (1990), Huraian Falsafah Pendidikan Negara,
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia (1994). Kajian Pelaksanaan Penilaian
Kendalian Sekolah Menengah (PKSM). Jawatankuasa Penyelaras Penyelidikan
Kementerian Pelajaran.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2000), Sukatan Pelajaran Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah – Bahasa Melayu, Kuala Lumpur.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2001). Penilaian Kendalian Sekolah. Pusat
Perkembangan Kurikulum.
Koh Boh Boon (1981), Pengajaran Bahasa Malaysia, Utusan Publication &
Distributors, Kuala Lumpur.
Mil Silbermen (2007), Pengajaran Aktif, ITNMB, Kuala Lumpur.
Mohd. Daud Hamzah (1990), Dorongan dan Pembelajaran, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur.
Othman Puteh (2002), Tip & Motivasi Penulisan Genre Cerpen, Utusan
Publication & Distributors Sdn.Bhd, Kuala Lumpur.
Othman Puteh (Penyelenggara) (2002), Pengajaran Sastera, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur.
Pusat Perkembangan Kurikulum , Kementerian Pelajaran Malaysia (2001),
Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai, Kuala Lumpur.
178
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (1986)
Pemupukan Nilai dalam KBSM, Kuala Lumpur.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2002),
Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Kuala Lumpur.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2001),
Pembelajaran Secara Kontekstual, Kuala Lumpur.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2001),
Pembelajaran Secara Konstruktivisme. Kuala Lumpur.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2001),
Belajar Cara Belajar, Kuala Lumpur.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2001), Kajian
Masa Depan, Kuala Lumpur.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia,
Pembelajaran Masteri, Kuala Lumpur.
Robert F. Mager (2007), Teknik Mendorong Pelajar Belajar, ITNMB, Kuala
Lumpur.
Rosie Turner – Bisset (2007), Pengajaran Pakar, ITNMB, Kuala Lumpur.
Sharifah Alawiah Alsagof (1986), Ilmu Pendidikan Pedagogi, Heinemann, Kuala
Lumpur.
Wan Mohd. Zahid Mohd. Nordin (1993), Wawasan Pendidikan Agenda
Pengisian, Kuala Lumpur, Nurin Enterprise.
Yahaya Othman (2005), Trend dalam Pengajaran Bahasa Melayu, PTS
Profesional Publishing, Kuala Lumpur.
179