dialog temubual (table)

Upload: elyn

Post on 09-Oct-2015

24 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

masa & waktu

TRANSCRIPT

  • 5/19/2018 Dialog Temubual (Table)

    1/5

    TEMUBUAL BERSAMA GURU A

    BIL. SOALAN JAWAPAN

    1 Pada pendapat cikgu,

    bagaimanakah cara untuk

    mengajar tajuk Masa dan

    Waktu?

    Tajuk Masa dan Waktu ini tidak susah

    sebenarnya. Guru perlu rancang PdP dengan teliti

    dan aktiviti pembelajaran yang bermakna.

    Masalah timbul apabila guru ajar endah tak endah

    dan tak gunakan bahan konkrit pada awal

    pengajaran tajuk ini. Masalah yang timbul

    akhirnya berlanjutan hingga ke Tahap 2 di mana

    sub-sub tajuk yang lebih susah. Jadi, seeloknyasemua pengenalan dan konsep bagi masa

    diperkenalkan dengan sepenuhnya semasa murid

    berada di Tahap 1. Jam analog adalah bahan

    konkrit yang paling penting. Kenalkan murid

    dengan jam, bagi mereka terokai sendiri apa yang

    mereka lihat pada jam. Kemudian, selepas murid

    dapat mengenal, membaca jam dan melukis jam

    dengan lengkap, guru boleh teruskan dengan

    pembelajaran seterusnya.

    2 Memandangkan saya

    mengajar tajuk Masa dan

    Waktu Tahun 2, saya ingin

    bertanya apakah kesilapan

    yang sering dilakukan oleh

    murid-murid dalam

    pembelajaran di bawah

    tajuk ini?

    Murid sukar untuk membuat perkaitan antara hari

    dan jam seperti 1 hari = 24 jam, 2 hari = 48 jam

    dan seterusnya. Mereka tidak dapat melihat

    bahawa 2 pusingan lengkap jam bersamaan 24

    jam atau sehari. Bagi murid, 1 pusingan lengkap

    jam adalah sehari, iaitu 12 jam. Pada jam analog

    itu sendiri hanya tertera angka jam 1 hingga 12,

    bukannya 1 hingga 24. Inilah yang menyebabkan

    murid sukar membuat perkaitan hari dan jam.

  • 5/19/2018 Dialog Temubual (Table)

    2/5

    3 Apa yang perlu dilakukan

    jika murid masih tidak

    dapat faham 1 hari = 24

    jam?

    Perkara yang paling penting sebelum mula ajar

    tambah atau tolak jam dan hari, guru perlu

    fahamkan murid bahawa 1 hari = 24 jam. Salah

    satu caranya adalah gunakan skemata mereka.

    Libatkan aktiviti dalam kehidupan harian, contoh

    bangun pagi, pergi sekolah, rehat, bermain,

    makan, mandi, tidur dan sebagainya. Gunakan

    jadual rutin harian supaya murid nampak

    pergerakan waktu jam daripada pukul 6 pagi

    sampai 6 petang, kemudian bergerak lagi hingga

    6 pagi keesokan harinya. Guru boleh suruh murid

    bina jadual rutin harian mereka sendiri, kemudian

    kira berapa jam yang terlibat untuk keseluruhan

    aktiviti harian mereka itu.

    4 Bagaimanakah cara

    terbaik untuk mengajar

    perkaitan hari dan jam ini?

    Guru boleh gunakan penambahan 24 jam dalam

    bentuk lazim. Beri penekanan bahawa 1 hari = 24

    jam. Lekatkan flash card 1 hari = 24 jam di

    hadapan kelas supaya murid dapat lihat perkaitan

    ini setiap masa dan rujuk apabila perlu. Mulakan

    penambahan daripada mudah kepada sukar.

    Sebagai contoh, cari jumlah jam bagi 2 hari. Guru

    perlu tunjukkan 24 jam + 24 jam di hadapan kelas.

    Soal jawab sepanjang kelas sangat penting. Bantu

    murid untuk faham bahawa 24 jam adalah sehari,

    maka untuk cari jumlah jam bagi 2 hari, kita perlu

    tambah lagi sehari iaitu 24 jam.

  • 5/19/2018 Dialog Temubual (Table)

    3/5

    5 Selain daripada sukar buat

    perkaitan hari dan jam,

    apakah lagi halangan atau

    kesukaran yang dihadapi

    murid dalam tajuk ini

    hingga menyebabkan

    kesilapan?

    Murid selalu cuai dalam pengiraan mereka.

    Contohnya, untuk cari jumlah jam bagi 3 hari, kita

    tambahkan 24 jam + 24 jam + 24 jam. Kadang

    kala murid cuai dalam penambahan dan dapat

    jawapan selain 72 jam. Begitu juga penolakan jam

    untuk cari hari, contoh 96 jam 24 jam 24 jam

    24 jam 24 jam, murid sepatutnya dapat jumlah 4

    hari. Tapi, disebabkan salah tolak, murid dapat

    baki 1 jam, 2 jam, dan sebagainya.

    6 Bagaimana pula dengan

    menyatakan perkaitan jam

    dengan minit? Adakah

    murid membuat kesilapan

    juga?

    Ya, ada sesetengah murid melakukan kesilapan

    dalam menyatakan perkaitan jam dengan minit.

    Bagi murid yang lemah dalam pemahaman

    konsep, mereka tidak dapat memahami 1 jam

    bersamaan 60 minit. Kebanyakan murid salah

    anggap bahawa satu pusingan jarum minit sama

    juga dengan satu pusingan jarum jam. Oleh itu,

    saya mencadangkan bagi mengatasi masalah ini

    daripada berlaku, guru perlu memodelkan jam

    analog sebenar kepada murid-murid. Guru boleh

    meminta murid membuat pemerhatian apa yang

    terjadi kepada jarum jam sekiranya guru

    memusingkan jarum minit satu pusingan. Melalui

    cara ini, murid dapat lihat bahawa satu pusingan

    jarum minit adalah 60 minit dan bersamaan

    dengan satu jam.

  • 5/19/2018 Dialog Temubual (Table)

    4/5

    TEMUBUAL BERSAMA GURU B

    BIL. SOALAN JAWAPAN

    1 Pada pendapat cikgu,

    bagaimanakah cara

    untuk mengajar tajuk

    Masa dan Waktu?

    Terdapat banyak cara dan kaedah untuk ajar tajuk ini.

    Namun, cara dan teknik ini adalah berbeza bagi

    murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2. Hal ini

    disebabkan oleh murid Tahap 1 lebih tertumpu pada

    pengenalan masa dan waktu serta konsep-konsep

    yang berkait dengan masa dan waktu. Bagi Tahap 2

    pula lebih menjurus kepada penggunaan operasi

    tambah, tolak, darab, bahagi, perkaitan dalamkehidupan harian, penyelesaian masalah dan

    sebagainya. Pendek kata, tajuk bagi Tahap 2 lebih

    sukar berbanding Tahap 1. Asas tajuk ini perlu

    ditekankan semasa pengajaran guru di Tahap 1 lagi.

    Antara kaedah atau teknik yang boleh digunakan

    adalah penggunaan jam dinding semasa pengenalan

    masa dan waktu. Jika kamu ajar perkaitan masa dan

    waktu seperti penambahan atau penolakan, gunakan

    pengumpulan semula dengan betul. Pastikan murid

    dapat mengumpul semula masa yang terlibat.

    Contohnya, 85 minit jika dikumpul semula akan

    mendapat 1 jam 25 minit, 54 jam jika dikumpul

    semula akan mendapat 2 hari 6 jam. Perkara seperti

    inilah yang sering murid lakukan kesilapan. Begitu

    juga dengan pendaraban dan pembahagian masa.

    Langkah pengiraan yang betul perlu

    didemonstrasikan dahulu dengan jelas dan nyata

    agar murid faham bagaimana jawapan diperolehi.

  • 5/19/2018 Dialog Temubual (Table)

    5/5

    2 Memandangkan saya

    mengajar tajuk Masa

    dan Waktu Tahun 2,

    saya ingin bertanya

    apakah kesilapan yang

    sering dilakukan oleh

    murid-murid dalam

    pembelajaran di bawah

    tajuk ini?

    Saya pernah mengajar tajuk ini kepada murid Tahun

    2, dan ada beberapa kesilapan murid yang dapat

    saya kenalpasti. Pertama, murid salah cara menulis

    waktu. Cara menulis waktu yang betul adalah

    menggunakan titik bertindih, contohnya pukul 2:50,

    pukul 3:05, dan pukul 7:40. Tetapi, murid selalu silap

    tulis menggunakan satu titik sahaja seperti pukul

    2.50, pukul 3.05, dan pukul 7.40. Kesilapan ini

    berlaku kerana murid sudah terbiasa dengan

    penulisan satu titik dalam tajuk Wang, contoh

    RM4.50.

    Selain itu, dalam tajuk Masa dan Waktu juga, ada

    melibatkan pertukaran angka kepada perkataan dan

    sebaliknya. Sesetengah murid Tahun 2 lemah dari

    segi bahasa dan melakukan kesilapan ejaan semasa

    menulis. Contohnya pukul 9:45 pagi jika ditulis dalam

    perkataan, murid akan menulispukul semblan empat

    pluh lima pagi. Ejaan ini silap kerana merekamengeja mengikut suku kata yang disebut di mulut

    dan bukan mengikut ejaan yang betul.

    3 Apakah halangan atau

    kesukaran lain yang

    sering murid hadapi

    hingga menyebabkan

    berlakunya kesilapan

    atau salah tanggapan

    dalam tajuk ini?

    Terdapat segelintir murid yang tidak dapat membaca

    atau melukis jam dan menyatakan waktu dengan

    betul. Mereka keliru dengan fungsi jarum jam, jarum

    minit dan jarum saat yang ada. Tambahan pula, ada

    tanda senggatan yang menyebabkan muka jam itu

    sukar untuk dibaca oleh murid-murid ini. Apatah lagi

    jika murid tersebut tidak hafal sifir lima, maka dia

    sukar membuat gandaan lima minit pada muka jam.