dengan tema ceria kembali ke sekolah...
TRANSCRIPT
Muka surat 1 daripada 6
Kenyataan Media LHDNM, 28 Disember 2017
KENYATAAN MEDIA
PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL LHDNM “OP KASIH 2.0”
DENGAN TEMA CERIA KEMBALI KE SEKOLAH DILANCARKAN
28 Disember 2017 - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada hari ini
melancarkan Program Tanggungjawab Sosial (SR) Op Kasih 2.0 peringkat nasional
dengan tema “Ceria Kembali Ke Sekolah” bersempena dengan musim cuti sekolah
yang hampir tamat. Majlis perasmian Op Kasih 2.0 ini disempurnakan oleh Encik
Mahmood Daud, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) LHDNM di
pasar raya Tesco Nilai, Negeri Sembilan manakala upacara Flag-off pula diadakan di
Ibu pejabat LHDNM Cyberjaya.
Program SR yang yang bermula pada 22 Disember – 31 Disember 2017 ini
mensasarkan pelajar-pelajar Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dari keluarga
yang miskin / berpendapatan rendah / anak-anak yatim di seluruh negara. Sekitar
1,000 orang murid dan pelajar menerima sumbangan berupa kelengkapan sekolah
seperti pakaian, kasut, alat tulis dan beg sekolah bernilai RM130 setiap seorang.
Op Kasih 2.0 ini merupakan program tanggungjawab sosial berskala besar yang
dianjurkan oleh LHDNM dengan melibatkan keseluruhan cawangan dan warga kerja
LHDNM di seluruh negara. Maka secara tidak langsung ia akan memberi peluang
kepada warga kerja di seluruh LHDNM untuk turut sama menggembleng tenaga,usaha
dan sumbangan wang ringgit sebagai insan prihatin dan rakyat yang bertanggungjawab
terhadap masyarakat yang memerlukan bantuan.
Selain itu, Op Kasih 2.0 ini merupakan satu kesinambungan yang akan menggerakkan
Skuad Prihatin 1Hasil yang telah sedia diwujudkan di setiap Pejabat Pengarah Negeri
Untuk siaran segera
Muka surat 2 daripada 6
Kenyataan Media LHDNM, 28 Disember 2017
dan Cawangan LHDNM di Seluruh negara lantas menangkis tanggapan negatif
sebilangan masyarakat terhadap LHDNM selaku ejen percukaian negara.
# # #
SEKIAN, TERIMA KASIH
Dikeluarkan oleh: Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia : 03-8313 8888 samb. 21658 / 21674 | : 03-8313 7873
Hasil Care Line : 1-800-88-5436 (LHDN) Portal Rasmi : www.hasil.gov.my Tarikh: 28 Disember 2017.
Muka surat 3 daripada 6
Kenyataan Media LHDNM, 28 Disember 2017
Gambar 1 : Majlis perasmian Op Kasih 2.0 di Pasar Raya Tesco Nilai.
Gambar 2 : Upacara Flag-off Program Op Kasih 2.0 di Ibu Pejabat LHDNM Cyberjaya.
Muka surat 4 daripada 6
Kenyataan Media LHDNM, 28 Disember 2017
Gambar 3 : Program Op Kasih 2.0 di Negeri Johor.
Gambar 4 : Program Op Kasih 2.0 di Negeri Melaka.
Muka surat 5 daripada 6
Kenyataan Media LHDNM, 28 Disember 2017
Gambar 5 : Program Op Kasih 2.0 di Negeri Pahang.
Gambar 6 : Program Op Kasih 2.0 di Negeri Sembilan.
Muka surat 6 daripada 6
Kenyataan Media LHDNM, 28 Disember 2017
Gambar 7 : Program Op Kasih 2.0 di Negeri Sabah.