definisi

8
Definisi Pengklonan merupakan suatu proses menghasil dan menyalin sesuatu makhluk yang baru dari spesis makhluk yang sama dengannya melalui proses pengembangan sel-sel tertentu melalui kaedah tertentu. Ia melibatkan klon manusia, binatang dan juga tumbuh-tumbuhan. Organisma hidup terbina daripada unit-unit sel. Begitu juga dengan badan manusia. Pengklonan merupakan suatu prosedur yang mengeluarkan salinan turutan DNA yang tunggal dalam bilangan yang banyak tanpa pembiakan seks. Ini menyebabkan organisma yang dihasilkan dimasukkan ke dalam ovum yang tidak tersenyawa, yang dikeluarkan nukleusnya. Pengklonan bermaksud penghasilan anak yang sama dengan induk dari segigenetik. Contoh klon semula jadi ialah organisma yang membiak secara aseks.Walau bagaimanapun, klon buatan dapat dihasilkan dengan teknik pengklonan, iaitu proses makmal yang menghasilkan induk yang mempunyai unsur genetik yang sama dengan induk penderma. Klon haiwan yang sudah matang dicipta melalui proses pemindahan nuklear sel sama. Ini adalah salah satu proses pembiakan yang biasa di kalangan tumbuh-tumbuhan dan sel-sel mikroorganisma, yang juga dikenali sebagai pertunasan.Pengklonan dilakukan secara meluas khususnya dalam bidang pertanian melalui pengkulturan tisu, contohnya getah klon, durian malah kelapa sawit klon. Sekarang, proses pengklonan boleh diperlakukan sesama manusia adalah serba serupa dengan induknya daripada segi genetiknya mahupun fizikalnya. Latar Belakang Perkataan klon berasal daripada Bahasa Yunani, “klwn” yang bermaksud tunas. Klon, atau tunas, adalah replika atau pendua (fotostat) daripada sesuatu organisme. Pengklonan adalah satu proses pembiakan seksual tanpa memerlukan percantuman sel jantan (sperma) dengan sel betina (ovum). Sebenarnya, teknik pengklonan telah dijalankan berpuluh-puluh tahun yang lalu. Banyak ahli sains yang menyoalkan bahawa adakah pengklonan haiwan berlaku pada 1950-an. Adalah dipercayai bahawa species yang julung- julungkali dijalankan eksperimen pada masa itu ialah berudu, iaitu anak katak pada tahun 1952. Akan tetapi, tiada bukti yang mengesahkannya kerana eksperimen tersebut tidak terbuka kepada orang awam. Pada tahun 1963,

Upload: steven-chong

Post on 10-Jun-2015

14.281 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Definisi

Definisi

Pengklonan merupakan suatu proses menghasil dan menyalin sesuatu makhluk yang baru dari spesis makhluk

yang sama dengannya melalui proses pengembangan sel-sel tertentu melalui kaedah tertentu. Ia melibatkan

klon manusia, binatang dan juga tumbuh-tumbuhan. Organisma hidup terbina daripada unit-unit sel. Begitu

juga dengan badan manusia. Pengklonan merupakan suatu prosedur yang mengeluarkan salinan turutan DNA

yang tunggal dalam bilangan yang banyak tanpa pembiakan seks. Ini menyebabkan organisma yang dihasilkan

dimasukkan ke dalam ovum yang tidak tersenyawa, yang dikeluarkan nukleusnya. Pengklonan bermaksud

penghasilan anak yang sama dengan induk dari segigenetik. Contoh klon semula jadi ialah organisma yang

membiak secara aseks.Walau bagaimanapun, klon buatan dapat dihasilkan dengan teknik pengklonan, iaitu

proses makmal yang menghasilkan induk yang mempunyai unsur genetik yang sama dengan induk penderma.

Klon haiwan yang sudah matang dicipta melalui proses pemindahan nuklear sel sama. Ini adalah salah satu

proses pembiakan yang biasa di kalangan tumbuh-tumbuhan dan sel-sel mikroorganisma, yang juga dikenali

sebagai pertunasan.Pengklonan dilakukan secara meluas khususnya dalam bidang pertanian melalui

pengkulturan tisu, contohnya getah klon, durian malah kelapa sawit klon. Sekarang, proses pengklonan boleh

diperlakukan sesama manusia adalah serba serupa dengan induknya daripada segi genetiknya mahupun

fizikalnya.

Latar Belakang

Perkataan klon berasal daripada Bahasa Yunani, “klwn” yang bermaksud tunas. Klon, atau tunas, adalah

replika atau pendua (fotostat) daripada sesuatu organisme. Pengklonan adalah satu proses pembiakan seksual

tanpa memerlukan percantuman sel jantan (sperma) dengan sel betina (ovum). Sebenarnya, teknik

pengklonan telah dijalankan berpuluh-puluh tahun yang lalu. Banyak ahli sains yang menyoalkan bahawa

adakah pengklonan haiwan berlaku pada 1950-an. Adalah dipercayai bahawa species yang julung-julungkali

dijalankan eksperimen pada masa itu ialah berudu, iaitu anak katak pada tahun 1952. Akan tetapi, tiada bukti

yang mengesahkannya kerana eksperimen tersebut tidak terbuka kepada orang awam. Pada tahun 1963,

seorang embriologi Cina yang bernama Tong Dizhou, telah mengklonkan seekor ikan. Keputusan pengklonan

tersebut telah diterbitkandalam journal sains Cina, yang tidak diperterjemahkan dalam Bahasa Inggeris. Pada

tahun 1997, mamalia yang pertama telah diperklonkan. Seekor bebiri,bernama Dolly, telah berjaya

diperklonkan di Institusi Roslin di Edinburgh,Scotland. Ia hidup selama 6 tahun dan disahkan meninggal dunia

kerana menghidapi penyakit peparu. Kesannyanya, ini mengakibatkan berlakunya kontroversi bahawa klon-

klon speciestidak hidup lama. Ahli sains Roslinmembela bahawa Dolly mati disebabkan oleh penyakit peparu

yang biasa dijangkitioleh bebiri, terutamanya bebiri yangdiperlihara di dalam bangunan. Memangtidak dapat

disangkalkan, Dolly merupakan seekor bebiri yang dilindungi dengan sekuriti yang ketat. Ini sebablah Dolly

dijangkiti penyakit tersebut lalu meninggal dunia. ada tahun-tahun yang seterusnya, pelbagai species berjaya

diperklonkan. Antaranya termasuklah kuda, kucing dan monyet. Malah, pada tahun 2002, seorang bayi

manusia yang bernama Eve, telahdilahirkan dengan teknik pengklonan, oleh Dr Brigitte Boisselier di

AmericaSyarikat. Kelahiran bayi itu, katanya, bukan saja menggembirakan ibu bapabayi terbabit malah

memberi harapan kepada pasangan yang bermasalahuntuk mendapatkan anak. Eve dikatakan diklon daripada

Page 2: Definisi

ibunya, seorangwarga Amerika Syarikat berusia 31 tahun. Pengklonan Eve dilakukan selepaswanita itu dan

suaminya gagal mendapat anak disebabkan suaminya mandul. Walaupun ramai yang mempertikaikan

kesahihan dakwaan saintis aliens ini(saintis terbabit percaya manusia dijadikan oleh makhluk asing atau

aliens),kelahiran Eve sebenarnya menandakan bermulanya satu era baru dalamkelahiran manusia. Kelahiran

pertama seorang bayi yang tidak mengikuthukum fitrah, tidak menerusi percampuran lelaki dan

perempuan,persenyawaan air mani dan telur, sebaliknya dicambah melalui mana-mana selbadan manusia

untuk menghasilkan penduaan.

Hujah-hujah menyokong pengklonan

1. Menangani masalah kemandulan dan masalah kehamilan wanita

Egoisme Etika

Egoisme Etika bermaksud sesuatu tindakan itu membawa kegembiraan kepada diri sendiri.

Pengklonan dianggap wajar jika ia mendatangkan kesan yang baik. Memang tidak dapat dinafikan bahawa

pengklonan akan menangani masalah kemandulan dan masalah kehamilan wanita. Kebanyakkan pasangan

suami isteri mempunyai keinginan mewarisi atau melahirkan zuriat, mereka boleh melahirkan zuriat memalui

proses pengklonan.Pengklonan membawa kebaikan kepada pasangan suami isteri yang tidak mempunyai

keupayaan untuk melahirkan anak. Oleh itu, pengklonan adalah bermoral dari aspek Egoisme. Melalui

pengklonan, mereka dikurnia harapan baru untuk memperoleh anak mereka yang tersendiri. Berdasarkan

kepada artikel tersebut, pengklonan telah menghasilkan bayi klon yang pertama di Miami yang menandakan

era kelahiran baru manusia. Selain itu, bayi perempuan yang dilahirkan memalui pengklonan berada dalam

keadaan sihat dan baik dalam artikel cukup membuktikan pengklonan harus diteruskan. Perasaan

kebahagiaan mereka memang tidak dapat dibayangkan melalui pengucapan kata-kata. Oleh itu, pengklonan

merupakan tindakan yang bermoral dari aspek Egoisme Etika kerana ia membawa kegembiraan kepada diri

sendiri.

2. Kemajuan Sains dan teknologi sebagai pemangkin pengklonan

Utilitarianisme

Utiltitarianisme bermaksud sesuatu tindakan itu betul ataupun bermoral sekiranya tindakan itu berguna untuk

membawa kesan yang baik atau yang diingini.

Kemajuan sains dan teknologi hari ini akan menyumbang kepada perkembangan pengklonan yang memberi

harapan baru kepada masalah kemandulan dan kehamilan wanita. Secara umun, pengklonan ditarif sebagai

tindakan bermoral dari Utilitarianisme kerana ia dapat menghasilkan persenyawaan baik, ciri-ciri yang baik

genetic induk dapat dipilih dan diwariskan, bilangan klon yang baik dapat dihasilkan pada masa yang singkat.

Berdasarkan artikel tersebut, kemajuan sains dan teknologi telah menghasilkan mamalia yang pertama dalam

dunia iaitu berbiri yang diberi namanya, Dolly selepas 247 kali makmal eskperimen. Isu pengklonan hangat ini

telah cukup menggemparkan sejarah sedunia. Seterusnya bayi klon yang pertama yang dilahirkan dilahirkan

dalam Miami turut memberi harapan baru kepada era kelahiran manusia. Melalui pengklonan, ia turut

Page 3: Definisi

memberi peluang kepada pakar-pakar pengklonan untuk mengkaji tentang pemindahan sel-sel organ dan

sum-sum tulang dan langkah-langkah untuk mengatasi masalah pemupusan. Dalam sektor pertanian pula,

pengklonan dapat menjamin keseragaman baka yang baik dan bilangan klon yabg baik dapat ditingkatkan

pada masa yang singkat sekali gus meningkatkan hasil pengeluaran tanaman. Boisselier dalam artikelnya turut

menyatakan bahawa pihaknya telah memajukan janin manusia sehingga ke peringkat blastosis iaitu peringkat

sehingga kira-kira 5 atau 6 hari selepas kesuburan di mana embrio berkembang kepada lebih 100 sel telah

cukup membuktikan pengklonan dapat mencapai tahap kemajuan yang tinggi yang membawa kebaikan yang

maksima kepada masyarakat. Olen itu, pengklonan merupakan tindakan yang wajar dari pandangan aliran

Utilitarianisme.

Hujah-hujah menentang pengklonan

1. Risiko dalam mengalami kematian, kecacatan dan ketidaksempurnaan

Teori Deontologikal

Teori Deontologikal bermaksud menentukan sama ada seseorang itu bermoral atau tidak, bukan diukur pada

kesan perbuatan seseorang, tetapi perbuatan itu sendiri kerana kita masih boleh mengawal perbuatan kita

sendiri.

Pengklonan telah mendapat tentangan yang hebat sedunia kerana ia mendatangkan kesan-kesan yang buruk

seperti kematian, kecacatan dan ketidaksempurnaan. Dalam pengkajian pengklonan, banyak nyawa telah

terkorban untuk menjalankan makmal eksperiman. Contohnya, pengklonan kambing hanya berjaya selepas

247 kali percubaan makmal dalam artikel ini. Selain itu, manusia atau haiwan yang diklonkan akan mengalami

kecacatan dan ketidaksempurnaan pada sel-sel badan jika berlakunya kegagalan dalam proses pengklonan.

Contohnya, kambing biri-biri yang diklonkan mengalami penyakit genetik dan dikatakan tua sebelum

masanya. Bedasarkan artikel tentang pengklonan, pengklonan adalah tidak bermoral dari teori deontologikal

kerana tindakan Clonaid sendiri yang mengakibatkan kecacatan serius, kematian dan ketidaksempurnaan

kepada klon. Oleh itu, Clonaid harus memberi pertimbangan dalam membuat pengkajian pengklonan supaya

purata kecacatan dan ketidaksempurnaan dapat dikikis serta memberi jaminan kepada nyawa-nyawa klon

yang tidak berdosa melalui makmal eksperiman. Hal ini demikian kerana prosedur-prosedur yang tidak

terperinci dan pragmatik dapat membawa kesan-kesan yang buruk kepada masyarakat.

2. Bercanggah dengan fitrah kejadian sedunia

Teori Kemoralan Sosial

Berlandaskan Teori Kemoralan Sosial, baik atau buruk sesuatu tindakan diukur oleh masyarakat, bukannya

individu yang menentukan sama ada sesuatu perbuatan itu betul atau salah. Teori kemoralan Sosial member

penekanan kepada kemoralan yang ditentukan oleh peraturan, norma atau tatahukum masyarakat.

Page 4: Definisi

Tidak dapat dinafikan bahawa pengklonan merupakan sesuatu perbuatan yang bercanggah dengan fitrah

kejadian sedunia. Ini merupakan punca utama menyebabkan penentangan klon. Proses pengklonan dilakukan

dengan menyuntik gen lelaki ke dalam telur wanita yang telah dibuang nukleusnya dan diimplan ke dalam

rahim. Ini telah melanggar etika bahawa hubungan seks harus dijalankan antara pengaulan semula jadi antara

lelaki dan perempuan dan bayi merupakan bayi ciptaan Tuhan. Secara langsungnya, proses pengklonan juga

melanggar dengan fitrah kejadian iaitu mengetepikan proses yang sehalusnya. Melalui artikel , pengklonan

bayi telah melanggar etika sedunia yang menentang pengklonan manusia. Pengklonan mendapat

tentangan hebat antarabangsa kerana berlawanan dengan fitrah kejadian manusia. Oleh itu, pengklonan

dianggap sebagai perbuatan yang tidak bermoral dari teori kemoralan sosial kerana telah ditentang kuat oleh

masyarakat dan perbuatan ini dianggap berlawanan dengan fitrah kejadian manusia.

Pandangan Agama Terhadap Pengklonan

1. Agama Islam

Dalam al- Quran, terdapat beberapa ayat yang menerangkan dengan jelas mengenai proses pembiakan

manusia yang memerlukan kehadiran sel sperma dan sel ovum. Bayi yang dilahirkan melalui proses biasa,

akan mempunyai ciri genetik unik,iaitu gabungan ciri genetik daripada ibu dan bapanya. Jika dilihat kepada

bayi klon, ia tidak mempunyai ciri genetik yang unik, sebaliknya mempunyai genetik yang sama dengan

penyumbang DNAnya . Secara langsungnya, bayi klon adalah replika genetik kepada penyumbang DNA itu.

Lazimnya, hanya kembar seiras yang mempunyai ciri genetiksama. Namun, dengan adanya teknologi

pengklonan manusia ini, membolehkan klonmanusia mempunyai ciri genetik yang sama dengan ‘induk’ yang

menyumbangkan DNA.

Oleh itu, dari pandangan agama Islam, Islam memandang berat kekeliruan ini kerana ia akan

membawa kepada masalah penentuan nasab. Firman Allah bermaksud:“Dan Dialah Tuhan yang menciptakan

manusia daripada air, lalu dijadikannya(mempunyai) titisan baka dan pertalian keluarga (persemendaan); dan

sememangnyaTuhanmu berkuasa (menciptakan apa juga yang dikehendaki-Nya). (Surah Fussilat, ayat54).

Dalam ayat tersebut, jelaslah diberitahu hanyalah Tuhan yang mempunyai kuasa untuk mencipta manusia

bukan manusia mencipta manusia. Perbuatan mengklon manusia dilihat sebagai usaha manusia untuk

bertindak luar daripada peraturan yang ditentukan Tuhan iaitu kelahiran manusia atau keturunannya melalui

perkahwinan. Perbuatan pengklonan akan melahirkan satu generasi manusia yang cuba merendah-rendahkan

kejadian manusia yang dimuliakan Tuhan. Pengklonan akan melahirkan generasi manusia yang boleh

mencipta manusia danakan melahirkan manusia yang akan menafikan kekuasaan Tuhan. Perbuatan ini

menyebabkan manusia berasa dirinya mempunyai kuasa dan mampu untuk mencipta serta menentukan

kejadian manusia lain menurut kehendak dirinya. Ini akan menyeret manusia kepada kesesatan akidah kerana

mereka beranggapan bahawa manusia juga boleh mencipta manusia sama seperti kekuasaan Tuhan mencipta

kejadian alam ini.

Selain itu, Islam sangat mementingkan soal pertalian keluarga. Islam sangat menekankan perlunya

institusi keluarga itu dipelihara. Dalam konteks ini, teknologi pengklonan manusia dilihat mampu

meruntuhkan institusi keluarga yang ditekankan oleh Islam. Hal ini kerana dengan teknologi pengklonan

Page 5: Definisi

manusia, peranan yang dimainkan oleh lelaki menjadi tidak lagi penting, sebaliknya wanita yang tidak

berkahwin juga boleh mendapat anak. Ini tentu akan meningkatkan jumlah ibu tunggal dalam satu-satu

masyarakat. Oleh itu, dari pandangan agama Islam, kesan yang dibawa oleh teknologi pengklonan manusia

lebih banyak menyebabkan kemudaratan daripada kemanfaatan.Atas sebab inilah, Majlis Fatwa Kebangsaan,

pada 2002, telah membuat keputusan bahawa pengklonan manusia untuk apa-apa tujuan sekalipun adalah

diharamkan kerana ianya bertentangan dengan fitrah kejadian manusia yang ditentukan oleh Allah Swt. Ini

kerana Islam adalah satu agama yang memelihara kemaslahatan (kebaikan)ummahnya. Sekiranya, sesuatu itu

bertentangan dengan fitrah dan tidak memenuhi maslahah, sebaliknya menyebabkan kehancuran, sudah

tentu Islam tidak mengharuskan penggunaannya.

2. Agama Kristian

Menurut ajaran asas Jesus Christ yang berkaitan rapat dengan kehidupan beretikaialah Rukun 10 (Ten

Commandments) yang dicatatkan dalam buku “Exodus” dalam Perjanjian Lama Kitab Injil (Old Testament).

Salah satu rukun adalah jangan membunuhdan jangan berzina. Perbuatan pengklonan manusia ini yang akan

mengancam kesihatan ibu dan anak yang diklon serta menyebabkan bayi yang dilahirkan mati telah

bertentangan dengan ajaran Krstian yang berkonsep menghargai nyawa seseorang.

Pengklonan juga membuatkan seseorang wanita tidak memerlukan lelaki danseorang isteri tidak

memerlukan suami, kerana wujudnya perasaan dia boleh melahirkananak tanpa perlu kepada perkahwinan

dan pembentukan keluarga. Jika ini berlakukeluarga yang akan terbentuk pasti berbeza daripada keluarga

yang telah wujud selamaini. Dengan itu akan lahirlah satu keadaan hidup masyarakat yang luar daripada

fitrahmanusia dan alam. Dan yang paling ditakuti, kaum lelaki tidak lagi diperlukan keranapembiakan tidak lagi

kepada sperma. Perhubungan seksual dan homoseksual akandijadikan ‘bahan permainan’ hanya untuk

memenuhi nafsu manusia dan ini adalahbertentangan dengan ajaran Kristian – Rukun 10 – tidak berzina.

Selain itu, menurut agama Kristian dalam “Holy Bible, New International Version, Genesis Chapter 2, Adam and

Eve” tercatat bahawa: “Tuhan mencipta manusia mengikut rupanya, dengan imej Tuhan diciptanya satu lagi

dia. Tuhan telah mencipta lelaki dan perempuan.” Selain itu, Tuhan berdoa dan berkata kepada ciptaannya,

“Jadilah isitimewa dan tambahkan bilangan kamu untuk memenuhi bumi ini.” Oleh itu, dengan jelasnya, ayat

suci ini memperkatakan hanyalah Tuhan yang mencipta manusia, bukan manusia mencipta manusia. Tuhan

telah mencipta setiap manusia dengan keistimewaan masing-masing. Keistimewaan ini tidak sama antara

setiap individu dengan individu lain.Sedangkan dalam pengklonan, orang yang diklonkan itu mempunyai DNA

yang sama dengan penderma nukleus itu.