dasar pengurusan hal ehwal murid.docx

Upload: salina-md-saad

Post on 07-Oct-2015

25 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN RMT LASAH31120 SUNGAI SIPUT U, PERAKDASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID DASAR 1 : TENAGA PENGAJAR1.1 Semua guru di sekolah ini adalah merupakan ibubapa kedua kepada semua murid.1.2 Sentiasa meletakkan kepentingan dan kebajikan murid dalam semua bentuk tindakan dan keputusan yang dibuat.1.3 Semua guru perlu melayan semua murid dengan adil, saksama, bertimbang rasa, dan kasih sayang.

DASAR 2 : KEMASUKAN MURID 2.1 Sekolah ini menerima kemasukan murid dari pelbagai kaum tanpa sekatan. 2.2 Setiap maklumat murid akan didaftarkn ke dalam buku rekod pendaftaran dan ke dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). 2.3 Setiap murid akan di tempatkan di kelas-kelas berdasarkan prestasi akademik. 2.4 Setiap murid diwajibkan memiliki sebuah buku Peraturan Sekolah pada setiap DASAR 3 : DISIPLIN PELAJAR 3.1 Murid yang sering melanggar peraturan sekolah, akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin. 3.2 Ibubapa atau penjaga murid yang dihadapkan kepada Lembaga Disiplin akan dipanggil untuk hadir ke sekolah. 3.3 Sekolah akan mengamalkan pendekatan Nasihat Dan Bimbingan dalam menangani permasalahan disiplin murid. 3.4 Ibubapa atau penjaga kepada murid yang tidak hadir ke sekolah, perlu memaklumkan atau menulis surat kepada pihak sekolah. 3.5 Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab selama tiga hari berturut-turut perlu diberikan surat amaran. DASAR 4 : KESELAMATAN PELAJAR 4.1 Keselamatan murid akan sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di kawasan sekolah pada waktu persekolahan. 4.2 Ibubapa atau penjaga, yang ingin membawa murid keluar perlu menulis nama di dalam Buku Kebenaran Keluar yang terletak pejabat. 4.3 Semua murid dilindungi dengan Skim Insurans Takaful Malaysia.

DASAR 5 : KESIHATAN PELAJAR 5.1 Sekolah akan memastikan tahap kesihatan pelajar sentiasa baik melalui program-program yang dirancang seperti : Pemeriksaan Gigi , Mata dan Kuku Pemeriksaan Kesihatan Program RMT Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan Ceramah dan Kempen 5.2 Mendapatkan maklumat tahap kesihatan murid daripada ibu bapa / penjaga. 5.3 Penjaga akan dihubungi sekiranya murid didapati tidak sihat semasa berada di sekolah. 5.4 Pihak sekolah akan terus berurusan dengan pihak hospital, tanpa menghubungi penjaga terlebih dahulu terhadap kes-kes yang kronik. 5.5 Pihak sekolah akan berusaha membantu murid-murid yang mempunyai masalah Kesihatan.

DASAR 6 : KEBAJIKAN PELAJAR 6.1 Murid-murid yang menghadapi pelbagai masalah akan sentiasa cuba dibantu melalui jawatankuasa Kebajikan. 6.2 Pihak sekolah akan sentiasa membuka pintu kepada sesiapa yang ingin memberikan apa jua bentuk bantuan kepada pelajar disekolah ini. 6.3 Pihak sekolah akan melindungi maklumat peribadi murid yang bermasalah demi menjaga maruah murid tersebut.