dakwah menurut perspektif islam
DESCRIPTION
Dakwah menurut Perspektif IslamTRANSCRIPT
Konsep dakwah menurut perspektif Islam dan Barat
Dakwah berasal daripada perkataan Bahasa Arab da’a yang bermaksud menjemput,
mempelawa dan mengajak. Dari segi istilah dakwah didefinisikannya sebagai pelawaan, ajakan
dan jemputan untuk mengikuti ajaran Islam”. Di dalam Islam, terdapat beberapa konsep yang
telah digariskan di dalam Al- Quran dan Al- Hadith yang mempunyai hubungan yang kuat
dengan konsep dakwah contohnya al-jihad fi sabilillah ( berjihad di jalan Allah), al-amr bil
ma’ruf wa al-nahi ‘an al-munkar ( melakukan perbuatan yang baik dan meninggalkan perbuatan
yang salah ), al-Islah ( memperbaiki ), al-tadhkir ( memperingati ), al-tabligh ( menyampaikan ),
al-ta’wun ‘ala al-birr ( bantu-membantu ke arah kebenaran ) dan sebagainya.
Konsep berdakwah mempunyai kaitan dengan sastera Islam terutamanya konsep amar
ma’ruf dan nahi munkar. Dalam konteks kesusasteraan Islam, ia merangkumkan segala ilmu dan
amalan agama serta mengambil kira konsep amar ma’ruf nahi munkar yang terkandung dalam
ajaran Islam untuk diterapkan dalam karya sastera dan ianya berbeza dengan konsep sastera
Barat yang cuba memisahkan kesusasteraan daripada agama. Dalam konsep dakwah amnya dan
amar maruf nahi munkar khasnya, setiap individu Muslim mempunyai tanggungjawab untuk
mengajak orang lain melakukan amalan kebaikan dan mencegah segala amalan kejahatan dan
kemaksiatan. Ini bertepatan dengan firman Allah :
Anda adalah umat pilihan, yang ditampilkan untuk manusia ( Dengan ketentuan agar anda ) menyuruh berbuat ma’ruf, mencegah perbuatan mungkar dan beriman kepada Allah...
( Surah Ali-Imran ayat 110 )
Sastera Islam dapat mengajak para pembaca untuk melakukan amal kebaikan dan
meninggalkan kejahatan dan kemaksiatan. Ini adalah selari dengan konsep amar ma’ruf nahi
munkar yang tidak menggunakan kelebihan dan kenikmatan yang diberikan oleh Allah ke arah
jalan yang menyimpang dari landasan-Nya. Hubung-kait yang paling jelas antara konsep amar
ma’aruf nahi mungkar ialah pada mesej yang dibawa oleh sastera Islam. Mesej utama yang
dibawa oleh kedua-dua konsep ini ialah mesej Tauhid. Dalam konsep amar ma’ruf nahi
mungkar khasnya dan dakwah amnya, mesej yang ingin dibawa ialah mengimani kewujudan
Allah, mengimani keesaan-Nya serta mengimani bahawa Dialah Tuhan sekalian alam selain
menyeru sekalian manusia untuk mengikuti ajaran Islam. Asas, konsep dan prinsip yang dibawa
oleh sastera Islam menepati konsep dakwah.
Prinsip Dakwah
Di dalam berdakwah, terdapat beberapa prinsip yang telah digariskan sebagai panduan
para pendakwah. Imam Al- Banna telah menggariskan beberapa prinsip yang sangat bermanfaat
di dalam melaksanakan gerakan dakwah. Prinsip - prinsip ini dapat membantu para pendakwah
serta dapat menjalankan tugas dakwah dengan sempurna. Prinsip utama dalam berdakwah ialah
menjauhi persoalan khilafiah. Imam Al-Banna menjelaskan tentang penyebab perselisihan
pendapat di kalangan mazhab, misalnya perbezaan kekuatan akal di dalam mencari hukum,
perbezaan suasana masyarakat, perbezaan penerimaan rawi hadits, dan sebagainya.
Tujuan adalah masalah yang pokok ( usul ) dalam kerja, dan amalan adalah sampingannya
( furu' ) merupakan prinsip yang sangat penting. Dalam kegairahan bekerja dan beramal dalam
jemaah dan dakwah, kita sering terlupa akan tujuan utama kita bekerja iaitu apakah matlamat
asal dalam menyampaikan dakwah. Prinsip ini menegaskan kepada kita bahawa cara yang
berlainan tidak boleh menjadi satu alasan kepada perpecahan dalam ummah ataupun perbalahan
antara jemaah. Penyelewengan yang berlaku di dalam dakwah hari ini adalah usaha
mementingkan jama'ah ataupun organisasi melebihi daripada dakwah, ataupun ta'asub yang kuat
dengan usaha dan strategi masing-masing. Kesemuanya ini adalah akibat dari para du'at yang
melupakan tujuan asal mereka dalam berdakwah.
Pandangan terhadap seruan-seruan lain juga merupakan salah satu prinsip yang telah
digariskan oleh Imam Al- Banna. Beliau menyebutkan tentang pandangan dakwah terhadap
seruan-seruan lain seperti seruan wataniah ( ketanahairan ) dan qaumiah ( nasionalisme ).
Semuanya ini didasarkan atas pandangan Islam yang tidak menafikan bangsa-bangsa, namun
Islam menafikan permusuhan dan perasaan lebih tinggi antara satu bangsa di atas bangsa lain.
Di dalam prinsip- prinsip dakwah Ikhwan, setiap hukum mestilah berpandukan kepada al-
Kitab dan as-Sunnah. Prinsip ini tidak boleh dilanggar kerana ia merupakan hukum kepada Allah
S.W.T. Hal ini telah dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud :
“ Wahai orang-orang yang beriman taatilah Allah dan taatilah Rasul dan pemimpin kalian. Bila kalian berselisih dalam sesuatu maka kembalikanlah kepada Allah dan Rasul jika kalian beriman kepada Allah dan hari akhir, itulah yang paling baik” . ( QS. an-Nisa:59 )
Setiap perkataan yang dikeluarkan oleh masyarakat dapat diambil dan ditolak kecuali
Rasulullah S.A.W. Hal ini bersamaan dengan prinsip Al-Banna yang mengatakan bahawa setiap
orang dapat diambil perkataannya atau ditinggalkan kecuali Rasulullah S.A.W. Setiap perkatan
yang dikeluarkan itu mestilah dapat dijadikan sandaran apabila memiliki dalil yang jelas tentang
kebenarannya, dan ditolak apabila tidak jelas petunjuk kebenarannya. Seluruhnya harus
dikembalikan kepada al-Kitab dan sunnah yang suci.
Masalah Berdakwah
Dalam usaha untuk menggembangkan dakwah, pelbagai masalah, rintangan dan cabaran
terpaksa dilalui oleh setiap para da'ie. Ada yang bersifat dalaman dan ada pula yang bersifat
luaran. Masalah yang agak ketara ialah kurangnya ilmu pengetahuan dalam diri para pendakwah
terutamanya dalam menggunakan alat teknologi. Akibatnya mereka lambat menyesuaikan diri
samada untuk menyedia dan menyebarkan bahan-bahan dakwah dan juga lambat untuk memberi
jawapan kepada berbagai masalah yang ditimbulkan menerusi media ini. Selain itu, kekurangan
dan keupayaan dalam menguasai bahasa Inggeris juga merupakan masalah yang menyebabkan
penggunaan multimedia kurang diminati oleh kalangan para da'i dan ulama’ Islam di negara ini.
Kelemahan penguasaan ilmu Islam di kalangan para pendakwah menyebabkan mereka
cuba mengelakkan diri dari terlibat secara aktif dalam kegiatan dakwah Islamiah. Sikap
sedemikian boleh melambatkan kerja-kerja berdakwah terutama dalam masalah yang
memerlukan tindakan yang cepat dan tepat.
Kejayaan dalam menyebarkan syiar Islam bergantung kepada sejauhmana kerjasama yang
diwujud dan ditingkatkan antara individu, institusi, organisasi dan sebagainya. Pada masa ini,
tidak terdapat suatu kerjasama dan penyelarasan yang berkesan di antara institusi dan organisasi
dalam memenuhi keperluan masyarakat mengenai ajaran Islam dan dalam menangani isu-isu
yang bertentangan dengan Islam yang disalurkan menerusi internet. Sekiranya tiada kerjasama
dari semua institusi dan organisasi Islam, dakwah Islamiah tidak mungkin akan mencapai tahap
yang cemerlang dalam penyebaranya. Oleh itu, kerjasama dan penyelarasan antara pelbagai
institusi dan organisasi perlu bagi menyemarakkan lagi kerja-kerja dakwah di negara ini.
Selain itu, kefahaman yang salah di kalangan umat Islam mengenai tugas dan
tanggungjawab menyebarkan dakwah merupakan masalah yang paling berat dalam berdakwah.
Ini kerana terdapat segelintir masyarakat yang masih beranggapan bahawa tugas menjalankan
dakwah adalah fardhu kifayah semata-mata dan hanya wajib ke atas mereka yang bergelar ustaz
dan ulama sahaja. Fahaman ini telah mengakibatkan mereka kurang aktif dan mengambil sikap
lepas tangan dari menjalankan tugas-tugas berdakwah. Bagi umat Islam, mereka hendaklah
melibatkan diri dalam kegiatan dakwah dengan mengajar apa jua ajaran Islam yang diketahui
terutamanya di kalangan keluarga sendiri. Mereka juga boleh membantu pihak-pihak berwajib
dengan menyampaikan maklumat-maklumat mengenai penyelewengan yang dilakukan terhadap
Islam terutamanya dalam penyelewengan dalam internet dan sebagainya. Jika tuntutan ini
difahami secara jelas oleh seluruh umat Islam, maka penyebaran Islam tentunya lebih berjaya.
Perbezaan Cara Berdakwah Rasulullah Dan Masa Kini
Beberapa perbandingan dakwah yang diterapkan pada masa Rasulullah dan masa kini yang
dilihat dari segi transportasi, tempat, metode dakwah, mahupun dalam bidang ekonomi, dan
politik yaitu:
1. Tranportasi
Dari segi transportasi tidak ada satupun teknologi canggih yang membantu Beliau dalam
menyiarkan dakwah, unta merupakan salah satu alat transportasi yang biasa digunakan dalam
kegiatan sehari-hari, dan juga membantu dalam penyebaran dakwah. Namun, dalam berdakwah
sahabat tidak selalu menggunakan unta, karena ada pula yang berjalan kaki. Alhasil, semua dapat
dicapai, karena dengan gigihnya Rasulullah dan sahabat menyuarakan kebenaran Islam, sehingga
perlahan-lahan masyarakat Arab berbondong-bondong masuk Islam. Namun, pada masa skarang
ini hampir setiap pagi kita bangun tidur mendengar berita penemuan-penemuan baru di berbagai
bidang kehidupan, contohnya mobil. Dengan adanya alat transportasi ini maka akan
mempermudah kita melakukan berbagai kegiatan khususnya dakwah. Namun, sangat
disayangkan kecanggihan teknologi di masa modern ini membawa umat Islam terlena ke arah
yang negatif, dalam arti lebih menghambakan materi. Akhirnya dakwah yang mereka jalankan
tidak berjalan secara efektif dan efisien.
2. Tempat ( Bangunan dan Jarak )
Di masa Rasulullah, Madinah dijadikan sebagai model atau prototipe masyarakat
berperadaban Islam, dan Mesjid Nabawi sebagai pusatnya. Lewat mesjid beliau membangun
kultur masyarakat baru dan selalu mendorong pengikutnya untuk maju, meningkatkan kehidupan
mereka dan mengeluarkan kehidupan dari kegelapan kepada cahaya, mengubah sifat yang keras
dan bodoh menjadi berdisiplin dan beradab. Rasulullah sering mengunjungi para sahabatnya dari
rumah ke rumah untuk menyampaikan Risalah Beliau dalam bentuk halaqah-halaqah atau
kelompok-kelompok kecil. Jarak yang selalu ditempuh Rasulullah mana kala berdakwah
letaknya lebih jauh dibandingkan dengan kita yang berdakwah pada saat ini, begitu pula tempat
yang kita gunakan lebih memprioritaskan pada fasilitas-fasilitas modern sehingga sudah tidak
menggunakan mesjid sebagai tempat pendidikan dalam berdakwah.
3. Metode Dakwah
Komunikasi merupakan sala satu metode dakwah yang Rasulullah terapkan kepada para
para sahabatnya, tanpa komunikasi tidak akan mampu berjalan menuju target-target yang
diinginkan, demikian komunikasi tanpa dakwah akan kehilangan nilai-nilai Ilahi dalam
kehidupan. Maka dari sekian banyak definisi dakwah ada satu definisi yang menyatakan, bahwa
dakwah adalah proses komunikasi efektif dan kontinu, bersifat umum dan rasional, dengan
menggunakan cara-cara ilmiah dan sarana yang efisien. Definisi tersebut menyiratkan peran
dakwah dalam berkomunikasi dengan orang banyak melalui media-media tertentu yaitu dengan
cara meyampaikan Islam kepada masyarakat adalah salah satu media komunikasi dakwah yang
digunakan Rasulullah saw dengan pesan berantai ’…Maka hendaklah yang hadir menyampaikan
kepada yang tidak hadir” (al-hdis) karena Rasulullah saw dalam pesan-pesan strategi
dakwahnya selalu memberikan arahan-arahan yang komunikatif, bukan sekedar menyampaikan
pesan tanpa perhatian kepada sistem yang efektif dalam mengkomunikasikannya. Adapun
metode dan media-media pendukung yang dapat kita cermati atara lain: (1) Dakwah dengan
pendekatan psikososial, sebagaimana yang diriwayatkan bahwa Rasulluah saw sangat
memperhatikan tempo-tempo dalam memberikan nasehat, karena khawatir terjadi kejenuhan,
karenanya pula Rasullulah saw seringkali memberikan ilustrasi untuk memahamkan hal-hal
teoritis yang abstrak kepada para pengikutya; (2) Dakwah dengan pola-pola yang memberikan
kemudahan bukan menyulitkan, pola yang memberikan kemudahan dalam dakwah ini
merupakan prinsip dasar dalam berdakwah, berdakwah lemah lembut dan santun tidak beralih
kepada tindakan keras kecuali dalam keadaan darurat, sebagaimana yang dijelaskan dalam sirah
nabi dan ditegaskan oleh para ulama (DR. Fadhl lahi, Mura’at Ahwal al-Mukhathabin,h. 179-
180, cet. 1 th.1417 H/1996, Maktabah Malik Fahd Riyad KS). Konkretnya saat ini,
menyampaikan kebenaran Islam harus berpusat pada bagaimana agar pesan-pesan itu dapat
diterima dengan baik dan dapat diaplikasikan dan diaktualisasikan dalam kehidupan sehari-hari,
sehingga dakwah dapat berperan aktif dalam perubahan sikap dan perilaku. Untuk mencapai
tujuan tersebut, peran komunikasi dakwah sejogyanya dilakukan seefektif mungkin.
4. Ekonomi
Sistem perdagangan yang diterapkan oleh Rasulullah sangat mulia, artinya segala sesuatu
yang beliau lakukan tidak semata-mata untuk memperoleh keuntungan, akan tetapi beliau
melatih kesabaran dan kejujurannya. Dengan kesabaran dan kejujurannnya maka Sitti Khadijah
memilih Rasullullah sebagai tangan kanannya dan pada`akhirnya dijadikan suami. Sitti Khadijah
memercayakan seluruh harta kekayaannya untuk Rasulullah dan harta tersebut dijadikan
Rasulullah sebagai sarana untuk berdakwah. Sekarang, kita sudah jauh dari nilai-nilai tersebut,
dalam bidang ekonomi misalnya sifat sabar dan jujur sudah tidak kita miliki karena orang-orang
pada dasarnya hanya mencari materi dan tidak melihat faedahnya. Kita sangat menyadari
kemajuan teknologi yang berasal dari dunia Barat (Uni-Eropa, Amerika Utara plus Jepang),
sebaliknya negara-negara miskin dan terkebelakang justru berada di dunia Islam. Begitu juga
yang menguasai ilmu pengetahuan dan teknologi canggih, termasuk mesin-mesin adalah negara
Barat. Sedangkan, negara-negara Islam hanya menjadi konsumennya, bahkan tanpa sadar telah
menjadi ”kelinci percobaan”, sebagaimana yang terjadi di Irak dan Afghanistan. Dalam sosial
budaya kondisinya tidak kalah menyedihkan.
5. Politik
Rasullah telah menggambarkan kepada kita dengan siyasi atau politik dalam Islam karena
islam sendiri tidak melarang hal ini, yaitu di mana waktu terjadinya perdebatan antara kaum
Anshar dan kaum Muhajirin untuk meletakan Hajar Aswad untuk menyeimbangkan Ka’bah.
Dan, akhirnya Rasulullah berhasil mendamaikan kedua kaum tersebut, yaitu dengan cara
mengambil sehelai kain untuk meletakan batu secara bersamaan dari kedua belah pihak. Pada
saat itu dakwah yang dibawa oleh Rasullah masih bersifat sembunyi-sembunyi sehingga
jangkauannya kurang meluas, oleh karena itu dakwah yang disebarkan pada masa Rasulullah
melalui sistem dagang membuat Islam dapat berkembang sampai pada saat ini dan itulah politik
yang digunakan Rasulullah. Pada zaman sekarang politik sudah berkembang, baik di negara
maju maupun negara yang kurang maju, akan tetapi politik yang dijalankan sudah tidak
berlandaskan dengan unsur-unsur dakwah melainkan untuk kepentingan pribadi dan
memprioritaskan sistem persaingan.
Sehingga dengan melihat hal tersebut ada yang merasa risau melihat kondisi
keterpurukan umat Islam. Namun, ada hal lain yang lebih membuat mereka risau dan sedih,
yakni melihat kondisi mayoritas kaum muslimin yang dicekoki oleh pemikiran-pemikiran Barat
yang cenderung menjerumuskan mereka ke hal yang negatif. Pada hal di masa Rasulullah
menyebarkan Islam begitu banyak halangan dan rintangan yang dilalui, tapi dengan semangat
yang bergelora mampu mendobrak peradaban Jahiliyah yang begitu bobrok, tapi tidak
mengurangi sedikit semangat Beliau untuk berdakwah. Alhasil, Beliau berhasil membawa Islam
sampai pada masa sekarang ini. Dan, kini kita telah ditinggalkan Nabi Muhammad selama 15
abad yang lalu dan masih merasakan manis nikmatnya iman dan Islam itu. Perkembangan zaman
dengan teknologi canggih menyelimuti bumi, tapi malah kita yang menjadi lengah, seolah-olah
tidak memperdulikan lagi landasan-landasan pokok yang ditinggalkan Rasulullah, yaitu Al-
Qur’an dan Sunnah. Apa sebenarnya yang membuat ini terjadi? Mungkinkah telah hilangnya
nilai-nlai yang harus diteladani dari diri Rasulullah, yaitu akhlak. Kesemuanya ini tidak akan
tercapai apabila kita tidak kembali ke landasan pokok itu (Al-Qur’an dan Sunnah).
Kini, dunia Barat telah tenggelam dan hanyut dalam amukan gelombang modernisasi,
sebab mereka tidak hidup bersama Allah SWT, kejayaan materi dan kelengkapan sarana
kehidupan yang mereka miliki, (cenderung) menjadi beban dan mendatangkan masalah baru bagi
mereka, akhirnya dengan IT (Informasi Teknologi) yang berkembang pada masa sekarang ini
menjadi sasaran utama oleh kaum muslimin untuk meraih peluang, yaitu maju bersama dan
membangun peradaban Islam dengan cara yang jitu, artinya mereka tetap mengikuti kaidah-
kaidah pokok (Al-Qur’an dan sunah) dalam konteks IT . Hal ini merupakan unsur terpenting
yang membedakan umat Islam dari umat-umat lain apabila masyarakat muslim sendiri bisa
mengaplikasikan nilai-nilai luhur dari Rasulullah dan maju pada era modernisasi sebagai
perubahan bagi peradaban Islam, sehingga dari sini kita melihat, keserasian, keharmonisan, dan
revelansi antara fikir (ide), harakah (gerakan,), manhaj (metode), dan tanzim (organisasi) untuk
menjadikan umat islam, umat terbaik yang di lahirkan umtuk manusia. Kelengkapan Al-Qur’an
Nurkarim adalah menjelaskan pokok-pokok segala sesuatu dan fungsinya untuk menuntut
manusia yang aman. Inilah yang di maksud sebagai rahmat kebahagiaan dan keberuntungan bagi
kaum muslimin, maka dengan demikian hidup manusia tidak dapat tegak lurus dan tidak akan
membuahkan hasil yang baik kecuali jika bertumpuk pada asas tertentu yang menjadi
fundamennya, dan di antara asas-asas terpenting yang akan menjadi pilar untuk membangun
peradaban Islam masa kini, yaitu adanya:
- Asas akhlak
- Asas kemasyarakatan
- Asas politik
- Asas perekonomian
- Amar ma’ruf nahi munkar
- Jihad Fisabilillah untuk menjunjung tinggi kalimat (Din) Allah.
Inilah beberapa rangkaian asas yang terpenting yang harus dimiliki oleh setiap mukmin,
untuk perkembangan peradaban Islam di masa kini yang disinkronkan dengan teknologi
informatika (IT) yang dikembangkan oleh kaum Barat. Maka, Islam akan lebih maju dengan
menanamkan nilai-nilai luhur pada setiap individu, yaitu bercermin pada sifat-sifat Allah SWT.
dan mengamalkan perbuatan yang bersandarkan akhlakul karimah. Jangan hanya mengejar
perkembangan zaman semata, yaitu dengan meningkatnya teknologi masa kini dan akhirnya kita
mulai meninggalkan ajaran-ajaran Rsulullah, maka ini pun dapat berdampak negatif bagi umat
Islam. Sehingga kemungkinan menimbulkan letupan-letupan atau ledakan-ledakan, baik
berbentuk kedzhaliman, kemungkaran, kefasikan, bahkan sampai terlantarnya umat Islam itu
sendiri. Islam sebagai agama yang membawa rahmat bagi sekutu Allah mempunyai tugas dan
fungsi yang sangat besar sekurang-kurangnya sebagai kuda penarik. Islam mampu memberikan
lokomotif ganda bagi setiap umat yang diseru. Demikianlah sunatullahnya sebagaimana Allah
firmankan dalam surah al-A’raf ayat 96.
Kesimpulannya, jika diumpamakan sebuah pohon, kemajuan ilmu pengetahuan dan
teknologi serta kemegahan bangunan-bangunan peninggalan abad lalu adalah buah dari satu
pohon yang bernama peradaban Islam. Pohon atau batangnya adalah syari’ah dan akhlak yang
dibangun sejak periode Madinah. Sedangkan, akarnya adalah nilai-nilai akidah yang telah
dihujamkan ke hati sanubari para sahabat Rasulullah semenjak periode Mekah. Tanpa ditunjang
akar yang kuat, batang pohon akan gampang tumbang ditiup angin, sehingga tidak dapat
menghasilkan buah. Ilmuan-ilmuan muslim terkemuka pada abad pertenghan seperti Ibn. Sina,
Ibn. Rusyid, Ibn. Khaldun, Al Khawarijmi, Al Ghazali dan Al Biruni, prestasi keilmuannya
begitu gemilang. Namun, kegemilangannya itu bukan semata-semata disebabkan kejeniusan dan
kedalaman ilmunya melainkan juga karena keshalihan mereka dan tempaan ajaran Islam yang
antara lain mewajibkan mendorong umatnya mendalami dan mengembangkan ilmu pengetahuan
”menuntut ilmu wajib bagi setiap muslim dan muslimah” begitu sabda Rasulullah SAW, begitu
pula firman Allah dalam surah Al-Mujadillah ”… niscaya Allah akan meninggikan di antaramu
dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat dan Allah maha mengetahui apa
yang kamu kerjakan” Alhasil untuk meretas kebangkitan umat Islam dan mewujudkan kembali
nilai-nilai Islam yang unggul tidak ada cara yang dapat kita lakukan kecuali menapaktilasi
langgkah-langkah Rasulullah menanamkan iman dan taqwa dalam dada para sahabatnya sejak
periode Mekah hingga periode Madinah, sehingga mereka berubah dari masyarakat jahiliyah
menjadi masyarakat muslim, dari masyarakat biadab menjadi masyarakat beradab, dari
masyarakat hina menjadi masyarakat mulia.
Proses transformasi dari masyarakat biadab menjadi masyarakat beradab ini direkam oleh
Umar bin Khatab melalui pernyataannya ”dahulu kita adalah bangsa yang terendah lalu Allah
memuliakan kita dengan Islam. Karena itu, manakala kita mencari kemuliaan dengan selainnya,
niscaya Allah akan merendahkan kita kembali” pembagiaan fase dalam menapaktilaki langkah
dakwah Rasulullah pada masa kini hanya untuk memberikan penekanan saja. Artinya, bila suatu
periode dakwah ditetapkan sebagai ”fase Mekah”, maka pada saat itu semua ajaran Islam, baik
akidah, akhlak, maupun syariah harus dilaksanakan secara simultan.begitu pula pada saat periode
dakwah memasuki ”fase Madinah”, yang menjadi prioritas penegakan syariah, yaitu dengan
terus melakukan pembinaan akidah dan akhlak. Soarang muslim adalah orang yang berkualitas.
Umat Islam adalah umat yang berkualitas, karena Islam mengandung konsep-konsep hidup yang
menggiring umatnya menjadai umat yang maju dalam segala hal,islam memberi dorongan yang
kuat untuk menutut ilmu ,membangun hidup, dan meraih kesuksesan. Islam mengajarkan pada
umatnya agar hidup serius, gigih dan bekerja keras, tidak bermalas-malasan. Di dalam surat Al-
Jumuah, Allah memerintahkan agar orang-orang yang telah selasai melaksanakan sholat jumat,
agar menyebar mencari rezeki Allah. Pegawai kembali ke kantornya, pedagang kembali ke
tokonya, dan petani kembali ke sawahnya. Peningkatan kualitas al-ihsan senantiasa menjadi
obsesi setiap muslim, sebab kualitas orang sering menjadi ”penerjemah” akidahnya. Sehingga
apabila setiap muslim sudah menanamkan sifat seperti itu tidak menutup kemungkinan
perkembangan umat Islam di masa modern ini akan mulai berkembang menggunakan berbagai
media elektronik untuk sarana dakwah dan selalu mencontoh sikap mulia Rasullah SAW sebagai
hamba yang mulia dan sempurna. Maka, kini saatnya umat Islam bangkit untuk membangun
kembali peradaban Islam ala Rasulullah sebagai mercusuar peradaban dunia, sebelum dunia
benar-benar runtuh dan dihancurkan oleh sang Penguasa Pemilik tungalnya, Allah SWT. Cara
sederhana menghidupkan kembali cahaya Islam ialah dengan menghidupkan kembali tradisi
dakwah Rasulullah dengan tetap melihat segala sesuatu secara kontekstual. Semangat dakwah
Rasulullah harus senantiasa dihidupkan dalam strategi dakwah masa kini.