cynthia kho mei ying - fp.utm.my€¦ · berdaftar sebanyak 1,362, dan pusat tuisyen meningkat...
TRANSCRIPT
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENYERTAAN TUISYEN
BERBAYAR DI TAMAN UNIVERSITI, SKUDAI, JOHOR.
CYNTHIA KHO MEI YING
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: FAKTOR- FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENYERTAAN TUISYEN BERBAYAR DI TAMAN UNIVERSITI, SKUDAI, JOHOR.
SESI PENGAJIAN: 2007/2008
Saya CYNTHIA KHO MEI YING
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
Disahkan oleh ____________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: S/LOT 18, TAMAN HENG, JALAN SIBIYU, PUAN HANIM BINTI SULAIMAN 97000 BINTULU, SARAWAK. Nama Penyelia Tarikh: 28 April 2008 Tarikh:_ 28 April 2008
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik Minor Matematik)”.
Tandatangan : ……………………………………….......................
Nama Penyelia : PUAN HANIM BINTI SULAIMAN
Tarikh : ……………………………………….......................... 28 APRIL 2008
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENYERTAAN TUISYEN
BERBAYAR DI TAMAN UNIVERSITI, SKUDAI, JOHOR.
CYNTHIA KHO MEI YING
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains serta Pendidikan ( Fizik)
Fakulti Pendidikan
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL, 2008
ii
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap- tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ………………………
Nama Penulis : Cynthia Kho Mei Ying
Tarikh : 28 April 2008
iii
DEDIKASI
Buatmu papa ( KHO LIAN SHUH ) dan mama ( KUEH LUAN KIAM) yang dikasihi, Doamu, nasihatmu dan pengorbananmu menjadi pelita serta panduan perjuanganku
dalam kehidupan ini…
Buatmu pembimbing yang disanjungi, bimbingan, tunjuk ajar dan jasamu yang diberikan tidak akan saya lupai…
Buat teman- teman seperjuangan yang disayangi, kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini akan kukenangi buat selama- lamanya…
iv
PENGHARGAAN
Setinggi- tinggi syukur kepada Tuhan yang maha penyayang teramat sekali
rahmatNya dapatlah saya menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ini. Ucapan
terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia tesis iaitu Puan Hanim Binti
Sulaiman atas segala bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar yang dicurahkan kepada
saya. Semoga bertambah rahmatnya ke atas usaha beliau selama ini.
Setinggi- tinggi ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada pihak pusat
tuisyen di Taman Universiti atas kerjasama mereka dalam menjayakan projek
penyelidikan ini.
Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan yang banyak membantu dalam
memberi teguran, semangat dan perangsang kepada saya dalam menghadapi setiap
cabaran semasa menyiapkan PSM ini. Penghargaan ini juga ditujukan kepada semua
pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam usaha membantu saya
menjayakan projek penyelidikan ini.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap faktor-faktor dalam penglibatan
pelajar-pelajar Tingkatan 5 di pusat tuisyen berbayar di luar waktu persekolahan.
Kaedah penyelidikan deskriptif yang berbentuk tinjauan telah digunakan dalam
kajian ini. Seramai 80 responden telah terlibat dalam kajian ini. Maklumat yang
dikumpul diperolehi daripada pengedaran soal selidik kepada pelajar. Data dianalisis
menggunakan perisian “ Statistical Packages For Social Science” (SPSS) versi 14
bagi mendapatkan frekuensi, peratusan dan min. Dari hasil analisis data kajian,
didapati faktor utama pelajar mengikuti kelas tuisyen berbayar adalah pengaruh
rakan sebaya, diikuti dengan faktor ibu bapa dan juga keberkesanan pengajaran guru
di sekolah. Sehubungan dengan itu, adalah dicadangkan ibubapa atau penjaga pelajar
perlulah memberi perhatian kepada pergaulan anak mereka, di samping itu, mereka
juga perlulah menjalin hubungan yang baik dengan pihak sekolah supaya dapat
mengikuti perkembangan anak di sekolah, dan golongan guru perlulah berusaha
menggunakan strategi pengajaran yang sesuai dengan subjek yang diajar.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research was to identify the factors that influence the
involvement of Form 5’s students in tuition centre in Taman Universiti, Skudai,
Johore. Descriptive research method has been used in this study. 80 respondents had
been involved in this study. Questionnaires was used to gather information from the
students. Software “ Statistical Packages For Social Science” (SPSS) version 14 was
used to analyze data and it was presented in the forms of frequency, percentage and
mean. From the findings, it was found that peer influence is the major factor of the
involvement of Form 5 students in tuition centre, followed by parental factor and
also the effectiveness of teaching in school. Therefore, parents are strongly
recommended to pay more attention to their child’s social life. Parents are also
recommended to make a good relationship with the school so that they could follow
the learning process of their own child. Teachers are strongly recommended to use
suitable approach according to subjects to attract students’ interest in learning
process.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS THESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xi
SENARAI SINGKATAN xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Rasional Kajian 6
1.7 Batasan Kajian 6
1.8 Definisi Istilah 7
1.9 Rumusan 9
viii
2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 10
2.2 Tuisyen Dalam Senario Pendidikan Masa Kini 11
2.3 Faktor- Faktor Penglibatan Pelajar Ke Kelas Tuisyen 13
2.3.1 Peranan Ibubapa Dalam Pendidikan
Anak-Anak 13
2.3.2 Keberkesanan Pengajaran Guru Di Sekolah 16
2.3.3 Pengaruh Rakan Sebaya 18
2.4 Rumusan 20
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 22
3.2 Reka Bentuk Kajian 22
3.3 Tempat Kajian 23
3.4 Pemilihan Sampel 23
3.5 Instrumen Kajian 24
3.6 Prosedur Kajian 26
3.7 Analisis Data 27
3.8 Rumusan 28
4 KEPUTUSAN DAN ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 29
4.2 Analisis Latar belakang Responden ( Bahagian A) 32
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 32
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Umur 33
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 33
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan
Bapa Atau Penjaga 34
4.2.5 Taburan Responden Mengikut Jumlah
Pendapatan Keluarga 34
4.2.6 Taburan Responden Mengikut Bilangan
Adik- Beradik 35
ix
4.2.7 Taburan Responden Mengikut Bilangan
Mata Pelajaran Yang Diikuti Di Pusat
Tuisyen 36
4.2.8 Taburan Responden Mengikut Jumlah
Bayaran Tuisyen 36
4.3 Analisis Peratusan dan Min ( Bahagian B) 37
4.3.1 Peranan Ibubapa 37
4.3.2 Keberkesanan Pengajaran Guru 37
4.3.3 Pengaruh Rakan Sebaya 44
4.4 Analisis Data Keseluruhan Persoalan Kajian 48
4.5 Rumusan 50
5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 51
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 51
5.2.1 Latar Belakang Responden 51
5.2.2 Persoalan Kajian Pertama 53
5.2.3 Persoalan Kajian Kedua 54
5.2.4 Persoalan Kajian Ketiga 56
5.3 Rumusan Dapatan Kajian 57
5.4 Cadangan 58
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 59
RUJUKAN 61 LAMPIRAN A-C 65-72
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Jadual Skala Likert 25
3.3 Markat Skala Tiga Mata 28
4.1a Agihan Permarkahan 30
4.1b Kaedah Pengiraan Peratusan 30
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 32
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Umur 33
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 33
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Bapa Atau Penjaga 34
4.2.5 Taburan Responden Mengikut Jumlah Pendapatan Keluarga 34
4.2.6 Taburan Responden Mengikut Bilangan Adik- Beradik 35
4.2.7 Taburan Responden Mengikut Bilangan Mata Pelajaran Yang
Diikuti Di Pusat Tuisyen 36
4.2.8 Taburan Responden Mengikut Jumlah Bayaran Tuisyen 36
4.3.1 Peranan Ibubapa 37
4.3.2 Keberkesanan Pengajaran Guru 41
4.3.3 Pengaruh Rakan Sebaya 44
4.4 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min Setiap Item Bagi
Keseluruhan Persoalan Kajian 49
xi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 4.3.1 Graf Menunjukkan Peratus Keseluruhan Bagi Peranan
Ibubapa 40
4.3.2 Graf Menunjukkan Peratus Keseluruhan Bagi Keberkesanan Pengajaran Guru 44
4.3.3 Graf Menunjukkan Peratus Keseluruhan Bagi Pengaruh Rakan Sebaya 48
4.3.4 Graf Menunjukkan Min Keseluruhan Bagi Ketiga- Tiga Persoalan Kajian 50
xii
SENARAI SINGKATAN
EQ - Emotional Intelligence Quotient IEA - International Association for the Evaluation of Educational
Acheivement
IQ - Intelligence Quotient KBSM - Kemahiran Bersepadu Sekolah Menengah PMR - Peperiksaan Menengah Rendah SPM - Sijil Pelajaran Malaysia SPSS - Statistical Packages For Social Science STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xiii
LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Set Soal Selidik kajian 87 B Pengesahan Keesahan Soal Selidik 92 C Pengesahan Pelajar Fakulti Pendidikan 94
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan Pendidikan swasta yang berkembang hingga kini, khasnya di peringkat
sekolah rendah dan sekolah menengah mendapat sambutan yang begitu
menggalakkan. Dengan itu, bermulalah penubuhan pusat tuisyen yang tumbuh bagai
cendawan lepas hujan.
Menurut Pengarah Jabatan Pelajaran Swasta Kementerian Pelajaran, Dr
Mohamad Nor Mohamad Taib dalam Berita Harian,yang bertarikh 11 Oktober 2006,
menyatakan bahawa bagi tempoh tiga tahun bermula 2003, jumlah pusat tuisyen yang
berdaftar sebanyak 1,362, dan pusat tuisyen meningkat kepada 1,680 pada 2004,
seterusnya pada 2005, jumlahnya meningkat kepada 1,733 buah pula.
Perkembangan pusat tuisyen yang semakin popular masa kini sebenarnya
sudah bermula sejak awal zaman merdeka, tetapi pertumbuhannya semakin pesat
sejak tahun-tahun 1980-an. Pusat-pusat tuisyen ini adalah untuk pelajar-pelajar yang
belajar di tahun satu hinggalah ke tingkatan enam Atas. Sehingga kini, kebanyakan
pengusaha pusat tuisyen melakukannya secara separuh masa. Tenaga pengajarnya
kebanyakan terdiri daripada guru-guru sekolah kerajaan. Pusat tuisyen ini adalah
tertakluk di bawah Akta Institusi Pendidikan Swasta 1996. Menurut Abdullah Othman
(1988), sebelum didaftar institusi swasta perlu memenuhi dan mematuhi beberapa
dasar dan polisi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
Pusat-pusat tuisyen ini memberi bimbingan kepada pelajar yang berdaftar
sebagai pelajar separuh masa di sekolah kerajaan atau di sekolah swasta yang lain.
Bimbingan diberikan kepada pelajar untuk mengambil peperiksaan seperti UPSR,
PMR, SPM dan STPM sama ada bagi semua mata pelajaran atau satu-satu mata
pelajaran sahaja. Bayaran untuk satu mata pelajaran adalah di antara RM 50 hingga
RM 70.
Sistem pendidikan pada masa kini lebih berorientasikan peperiksaan.
Pelajar-pelajar yang memperoleh keputusan peperiksaan yang baik atau cemerlang
akan diberikan peluang untuk memasuki institusi pengajian tinggi dan mempunyai
masa depan yang cerah. Status sijil adalah amat tinggi pada pandangan masyarakat
kini. Justeru itu, ibu bapa akan memandang berat tentang keputusan anak mereka kini.
Demi menjamin anak-anak mereka mempunyai keputusan yang baik dan masa depan
yang cerah, penghantaran anak ke pusat tuisyen menjadi suatu kewajipan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Selaras dengan pertambahan bilangan penduduk di Malaysia, bilangan
institusi pendidikan swasta turut bertambah dengan nyatanya, pusat tuisyen juga tidak
ketinggalan. Pertambahan bilangan pusat tuisyen ini adalah untuk memberi
bimbingan kepada pelajar-pelajar sekolah, khasnya untuk mereka yang bakal
menduduki peperiksaan awam.
Pada suatu masa dahulu, pusat tuisyen sering dikaitkan dengan pelajar-pelajar
yang tercicir dalam sistem persekolahan kerajaan. Namun, pada masa kini, keadaan
sudah berubah. Bukan sahaja pelajar yang tercicir dalam sistem persekolahan
kerajaan yang berdaftar dengan pusat tuisyen, malah mereka yang cerdik pandai turut
dihantar untuk mendapatkan bimbingan dalam pelajaran mereka.
Pada zaman yang menitikberatkan peperiksaan dan sijil, kebanyakan ibu bapa
telah menghantar anak kesayangan mereka ke pusat tuisyen untuk mendapatkan
bimbingan dalam pelajaran. Hal sedemikian berlaku kerana pada era ledakan
teknologi dengan IT ini, adalah amat penting bagi seseorang itu untuk mempunyai
sijil demi mendapatkan suatu pekerjaan dan juga masa depan yang cerah.
Menurut Isahak Haron (1992), kelas-kelas tuisyen yang dianggap sebagai
pendidikan tambahan (supplementary) kepada pendidikan di sekolah terutamanya
beberapa mata pelajaran seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Perakaunan, Sains,
Matematik, Sejarah, Agama dan sebagainya, akan bertambah dengan pesatnya sama
ada di peringkat rendah atau peringkat menengah. Ini disebabkan kesedaran di
kalangan ibu bapa yang mahukan anak-anaknya mencapai keputusan cemerlang
dalam peperiksaan awam, supaya memudahkan mereka mendapatkan peluang belajar
di institusi dan universiti tempatan atau universiti luar negeri dengan kemudahan
biasiswa.
Sistem pendidikan sekarang yang lebih berorientasikan peperiksaan ini telah
menyumbang kepada amalan tuisyen di kalangan pelajar. Seseorang pelajar itu akan
dikategorikan sebagai pandai sekiranya mendapat lebih banyak A dalam keputusan
peperiksaan awamnya. Walaubagaimanapun, pandangan masyarakat yang terlalu
mewar-warkan bilangan A yang diperolehi adalah tidak sihat. Mereka telah
mengabaikan maksud sebenar pendidikan. Menurut Mahzan Arshad dari Universiti
Malaya dalam Portal Pendidikan Utusan, 26 Januari 2004, yang menyatakan bahawa
sememangnya menghantar anak ke pusat tuisyen satu kebiasaan bagi ibu bapa yang
mahu anaknya mendapat seberapa banyak A dalam mata pelajaran yang diambil
dalam sesuatu peperiksaan.
Namun begitu, adakah ibu bapa yang menjadi faktor utama kepada
penghantaran anak ke pusat tuisyen? Adakah keadaan ekonomi keluarga seseorang
pelajar itu membenarkan pelajar tersebut mengikuti kelas tuisyen yang diadakan?
Selain daripada faktor ibu bapa yang inginkan kejayaan daripada anak, faktor
keberkesanan pengajaran oleh guru juga mempengaruhi amalan tuisyen di kalangan
pelajar sekolah. Pelajar-pelajar yang mendapati mereka sukar untuk memahami
sesuatu mata pelajaran dalam sekolah akan cenderung untuk mendapatkan bantuan
daripada pusat tuisyen. Masalahnya, adakah guru sekolah mereka mempunyai
kelemahan dalam menyampaikan pengajaran? Adakah saiz kelas yang terlalu besar
menghalang keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)? Adakah masa
yang diperuntukkan untuk satu sesi pengajaran mencukupi?
Di samping itu, pengaruh rakan sebaya juga tidak boleh diabaikan.
Pelajar-pelajar dari sekolah menengah lebih mudah dipengaruhi oleh persekitaran
mereka, terutamanya rakan sebaya. Keadaan ini berlaku kerana mereka lebih selesa
untuk berbincang masalah yang dialami dengan rakan-rakan yang umurnya sebaya
dengan mereka. Maka, tidak boleh diabaikan juga pengaruh rakan sebaya yang
mempengaruhi amalan tuisyen di kalangan pelajar. Masalah yang timbul, adakah
rakan mereka di sekolah turut menghadiri kelas-kelas tuisyen yang sama? Adakah
mereka merasa lebih gembira sekiranya dapat belajar bersama-sama dengan rakan
mereka di pusat tuisyen?
Ketiga-tiga faktor yang dibincangkan di atas akan dikaji secara lebih
mendalam untuk mengetahui tahap faktor-faktor pelajar dalam mengikuti kelas
tuisyen berbayar di luar waktu persekolahan.
1.3 Pernyataan Masalah Sejak kebelakangan ini, semakin banyak pusat tuisyen yang ditubuhkan bagai
cendawan lepas hujan. Perkembangan pusat tuisyen yang secara mendadak ini
adalah untuk memenuhi keperluan pelajar yang memerlukan bimbingan dalam
pelajaran secara meluas. Penyelidik ingin mengkaji apakah tahap faktor ibu bapa,
guru atau rakan sebaya dalam penglibatan pelajar Tingkatan 5 di pusat tuisyen
berbayar di luar waktu persekolahan.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini secara umumnya adalah untuk menentukan tahap
faktor-faktor dalam penglibatan pelajar-pelajar Tingkatan 5 di pusat tuisyen berbayar
di luar waktu persekolahan.
Objektif yang khususnya ialah untuk mengenalpasti:
i. Menentukan tahap faktor ibu bapa atau penjaga pelajar dalam penglibatan
anak mereka di pusat tuisyen berbayar di luar waktu persekolahan.
ii. Menentukan tahap faktor keberkesanan pengajaran guru di sekolah dalam
penglibatan pelajar-pelajar di pusat tuisyen di luar waktu persekolahan .
iii. Menentukan tahap faktor pengaruh rakan sebaya dalam penglibatan
pelajar-pelajar di pusat tuisyen di luar waktu persekolahan.
1.5 Persoalan Kajian
Di antara persoalan yang akan dikaji dalam kajian ini adalah seperti berikut:
i. Apakah tahap faktor ibu bapa atau penjaga pelajar dalam penglibatan
pelajar-pelajar di pusat tuisyen berbayar di luar waktu persekolahan?
ii. Apakah tahap faktor pengajaran guru di sekolah dalam penglibatan
pelajar-pelajar di pusat tuisyen berbayar di luar waktu pesekolahan?
iii. Apakah tahap faktor rakan sebaya dalam penglibatan pelajar-pelajar di pusat
tuisyen berbayar di luar waktu pesekolahan?