curiculum saadah
DESCRIPTION
kurikulumTRANSCRIPT
Dalam tugasan ini saya memilih tunjang kreativiti & estetika. Kreativiti berasal daripada
perkataan Latin iaitu ‘creare’ yang membawa maksud ‘ membuat’. Manakala daripada perkataan Greek
pula ‘creare’ bermaksud memenuhi. Kamus Dewan (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai kemampuan
(kebolehan) mencipta daya kreatif dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Dalam konteks ini
ianya merujuk kepada kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif baru dan
asli. Kreativiti didefinisikan sebagai kemampuan untuk mencipta sesuatu yang unik, berguna , bernilai
dan is berkait rapat dengan kemahiran membuat dan imaginasi. Untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif
maka ianya harus mempunyai kecerdasan kreatif dan kecergasan kreatif. Justeru itu sebagai seorang guru
kita perlu merangsang minda murid kea rah melahirkan pembentukan individu yang kreatif khasnya
kepada kanak-kanak.
Terdapat lima tahap perkembangan kreativiti menurut pendapat Fisher (1943) iaitu
PERINGKAT RANGSANGAN
PERINGKAT PENEROKAAN
PERINGKAT PERANCANGAN
PERINGKAT AKTIVITI
PERINGKAT KAJIAN SEMULA
PERINGKAT RANGSANGAN
Pada peringkat ini pemikiran kreatif kanak-kanak dirangsang dengan cara mengemukakan
pelbagai bentuk soalan seperti apa,mengapa,siapa,bagaimana dan sebagainya. Guru perlu membantu
murid untuk berinteraksi secara aktif dan menjelaskan perasaan ingin tahu murid terhadap sesuatu isu.
Guru perlu merangsang minda murid dengan mengemukakan pelbagai soalan kritikal
PERINGKAT PENEROKAAN
Peringkat penerokaan memerlukan seseorang itu untuk mempunyai pemikiran ke hadapan.
Peringkat ransangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab persoalan yang
dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul. Untuk itu latihan dan pendedahan seperti
eksperimentasi dan kajian atau latihan menyelesaikan masalah boleh membantu. Pada peringkat ini
kanak-kanak berfikiran kreatif amat gemar untuk mencari jawapan dan jalan penyelesaian melalui
pelbagai cara gaya dan teknik.
PERINGKAT PERANCANGAN
Peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti
dan merekodkan segala kemungkinan. Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui tiga cara iaitu
- Perancangan secara verbal iaitu melalui perbincangan, pemerhatian,interaksi dan sebagainya
- Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagainya
PERINGKAT AKTIVITI
Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melalui tindakan
setelah merencanakan segala aktiviti. Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui persoalan-
persoalan seperti ‘bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut?’.
PERINGKAT KAJIAN SEMULA
Peringkat ini melalui keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan
selain melihat pencapaian objektif sesuatu kerja yang diberi. Pada peringkat ini,pemikiran kreatif akan
memberikan cadangan atau idea yang bernas bagi menggalakkan perkara yang tidak diingini daripada
terjadi semula. Murid-murid digalakkan dan juga digesa memberi pendapat apa yang telah dilalui sebagai
satu bentuk refleksi diri.
Sebagai seorang guru, adalah penting kita mengetahui ciri-ciri dan sifat-sifat kreativiti. Ciri- ciri
kreativiti boleh dilihat dari segi keperibadian serta sifat-sifat kelaziman. Bagi memudahkan guru
mengenal pasti ciri-ciri kreativiti berikut merupakan ciri-ciri individu kreatif.
Rajah : Ciri-ciri Kreativiti
BERSIFAT FLEKSIBEL
Bersifat Fleksibel
Sensitif dan Peka
Gagasan / Idea yang Asli
dan Tulen
Bersifat Terbuka
Logik
Berfikiran Bebas
Seorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dalam pelbagai keadaan dan situasi selain
mempunyai keyakinan yang optimis.
SENSITIF DAN PEKA
Individu yang mempunyai daya sensitivity yang tinggi terhadap keadaan sekelilingnya termasuk
gaya hidup, keperluan,persekitaran dan turut sensitive menggunakan deria. Selain itu kepekaan terhadap
alam sekitar serta mempunyai deria dalaman yang sangat sensitive terhadap persepsi estetik
GAGASAN DAN IDEA YANG ASLI DAN TULEN
Seseorang yang dikategorikan sebagai kreatif sering kali mengutarakan idea dan gagasan yang
asli. Ini bermakna cetusan idea bukanlah hasil cedokan daripada mana-mana sumber. Idea mereka unik
dan menarik. Mereka ini biasanya menghasilkan hasil kerja dan karya mengikut cetusan rasa. Hasil karya
yang mereka hasilkan seringkali berbeza daripada yang biasa.
BERSIFAT TERBUKA
Mempunyai sifat keterbukaan di dalam menerima pandangan dan pendapat orang lain mengenai
hasil karya dan kerja mereka. Mengamalkan sikap bebas dan demokratik.
LOGIK
Murid-murid peka dan sering berfikir secara kreatif dan rasional. Mereka juga tahu membezakan
yang baik dan tidak baik. Selain menghargai masa mereka juga sangat menghormati masa.
BERFIKIRAN BEBAS
Golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satu-satu perkara
sahaja. Golongan ini pandai dan bijak merancang agar projek dan perkara yang dirancang seamat dan
berjalan lancer. Pada kebiasaannya mereka ini sangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan.
CIRI-CIRI KREATIVITI
Melalui pembacaan saya, penghasilan kreativiti memaparkan empat ciri yang utama iaitu
Mempunyai tujuan. Imaginasi dan pemikiran wujud dengan tujuan tertentu. Imaginasi biasanya
berlaku secara kebetulan. Kebiasaannya ia berlaku apabila seseorang sedang dalam proses cuba mencapai
sesuatu objektif yang lain. Objektif ini pada awalnya tidak berkaitan dengan kandungan imaginasi kreatif
yang dihasilkan. Walau bagaimanapun, disebabkan pemikiran kreatif berpotensi membawa idea baru
objektif awal mungkin mengalami perubahan atau diganti sama sekali. Ini menunjukkan bahawa kreativiti
adalah gabungan dua elemen iaitu aksi dan tujuan.
Yang kedua ialah berskala dan bernilai. Hasil pemikiran atau perlakuan kreatif pada dasarnya
patut menyumbang kepada tujuan dan objektif asal. Kemudian terpulanglah kepada individu yang terlibat
untuk menilai secara kritikal idea-idea mana yang berguna atau setakat mana sesuatu idea menyumbang
kepada pencapaian objektif tersebut. Idea yang dinilai sebagai berguna dikekalkan dan idea yang kurang
berguna digugurkan. Kriteria penilaian sesuatu idea yang kreatif bergantung kepada tujuan dan bidang
aktiviti berkenaan. Conohnya penilaian boleh dibuat berdasarkan aspek keberkesanan,kegunaan praktikal,
kesahihan, kepuasan atau elemen seronok.
Yang ketiga ialah pengurusan imaginasi. Aktiviti yang bersifat imaginative adalah proses atau
menjanakan sesuatu yang asli. Ia juga memberi alternative kepada sesuatu yang biasa dijangka. Aktiviti
ini melibatkan proses perbuatan dan berfikir. Aktiviti ini boleh dikatakan sebagai permainan mental yang
diarahkan terhadap sesuatu objek yang kreatif di mana ia memfokuskan terhadap memperbaiki sesuatu
situasi menggunakan pelbagai perspektif. Hasil kreatif biasanya berlaku apabila idea yang sedia ada
digabungkan dan diinterpretasikan semula dengan cara yang baru atau diaplikasikan ke dalam bidang
yang baru atau yang sebelum ini dirasakan tiada kaitan. Aspek penting pemikiran kreatif adalah
kebolehan membuat hubungan yang pelik, melihat analogi dan kaitan antara idea dan objek yang sebelum
ini belum pernah dilihat.
Ciri yang terakhir ialah bersifat asli. Sesuatu pemikiran atau perlakuan yang dianggap kreatif
haruslah asli. Ini bermaksud ia merupakan sesuatu idea baru yang dihasilkan secara unik oleh individu
ataupun berkumpulan.
TEORI KREATIVITI VICTOR LOWENFELD
Victor Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini
disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin
tahu. Victor Lowenfeld membangunkan teori Lowenfeld Stages of Artistic Devolopment. Galakan
mengembangkan pemikiran kreatif dikalangan kanak-kanak perlu dilakukan secara berterusan. Beliau
menjelaskan bahawa kreativiti seseorang boleh diukur melalui empat komponen utama iaitu kelancaran,
fleksibel,keaslian dan kepekaan.
Pada proses kelancaran idea dan pendapat diterjemahkan secara spontan serta pantas. Ia berupaya
menghubungkan dan mengaitkan sesuatu perkara dengan perkara yang lain selain memikirkan
kemungkinan terhadap idea tersebut atau alternative kepada penyediaan masalah. Proses fleksibel pula ia
mula memaparkan semangat toleransi. Mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi selain
mempunyai keyakinan yang tinggi. Seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam
pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis. Seterusnya proses keaslian adalah
proses dimana seseorang itu sentiasa mencari idea baru dan asli. Tidak membuat peniruan daripada mana-
mana sumber yang tersedia ada. Seorang yang kreatif sering mengemukakan idea dan asli dan bukan di
ambil daripada lain-lain sumber. Idea mereka unik dan menarik tanpa unsur ciplak. Hasil kerja
berdasarkan cetusan rasa dan sering berbeza daripada biasa. Proses yang terakhir adalah proses kepekaan
yang bermaksud proses yang mempunyai daya kepekaan yang tinggi terhadap rakan sebaya, ciptaan dan
estetika. Dalam proses ini ia menggunakan semua deria pancaindera untuk membuat pengamatan dan
merekod butiran yang diperolehi. Individu perlu mempunyai daya sensitivity yang tinggi terhadap
keadaan sekeliling termasuk gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitive menggunakan deria.
TOKOH KREATIVITI- ELIS PAUL TORRANCE
Tokoh Ellis Paul Torrance merupakan salah seorang daripada penyelidik dan pemikir akademik
yang sangat terkenal di dunia. Berbagai kajian dan teori-teorinya dalam bidang kreativiti masih lagi segar
dan digunakan dalam bidang pendidikan sehingga hari ini. Berdasarkan kepada penulisan dan kerja-kerja
penyelidikan di dalam bidang kreativiti akhirnya beliau telah diiktiraf sebagai bapa kreativi (Father of
Creativity). Beliau juga bertanggungjawab dan berjaya mencipta satu kaedah penanda aras bagi
membolehkan proses pengukuran tahap kreativiti pada seseorang individu. Instrument yang telah berjaya
beliau bangunkan dan perkenalkan adalah ‘torrence test of creative thinking’. Di samping membangunkan
pengujian dan pengukuran kreativiti beliau juga mencipta serta memperkenalkan teori kreativiti di dalam
proses penjanaan kreativiti seseorang individu.
Beliau telah menggaris dan memperkenalkan tujuh perkara utama dalam proses penjanaan
kreativiti individu iaitu dari segi penyoalan, tujuannya adalah untuk merangsang pemikiran seseorang
murid melalui proses penyoalan dalam sesuatu pembelajaran, ianya adalah sangat penting dan perlu
dipraktikan sepanjang pembelajaran. Di samping itu penyoalan juga boleh menggalakkan dan
merangsang daya pemikiran murid agar lebih berkesan. Di dalam proses pembelajaran seni visual, sesi
kritikan seni boleh melahirkan dan mewujudkan cetusan pemikiran kritikal yang baik. Dari segi
penemuan adalah merupakan satu aspek yang penting dalam usaha untuk memberikan galakan dan
ransangan oleh guru kepada pelajar untuk tujuan menggalakkan penemuan-penemuan yang terkini
melalui kajian dan juga penyelidikan. Dalam hal ini pelajar digalakkan mencuba serta melakukan
berbagai ekplorasi dan eksperimen bagi mencari penemuan terkini melalui aktiviti-aktiviti seni visual.
Manakala dari segi pemerhatian ataupun observasi adalah merujuk kepada penggunaan pelbagai
deria yang terdapat pada manusia. Biasanya apabila kita memperkatakan tentang pemerhatian, ia berkait
rapat dengan aktiviti-aktiviti dan penghasilan lukisan. Di dalam proses pendidikan seni visual, proses
pemerhatian tidak hanya tertumpu pada pengamatan sahaja malahan juga merangkumi deria-deria lain
termasuklah dengan sentuhan, rasa,hidu dan dengar. Beliau juga melakukan percubaan dan juga
eksperementasi yang berterusan bagi mendapatkan hasil yang terbaik adalah satu proses penghasilan kerja
yang sangat baik diamalkan dikalangan pelajar. seseorang yang kreatif tidak akan berhenti dari
berekperimentasi bagi memastikan apa yang dihasilkannya adalah sesuatu yang terbaik. Secara tidak
langsung proses mendidik pelajar supaya tidak mudah berpuas hati dan berputus asa dalam membuat
eksperimentasi akan berupaya membina satu pengalaman yang berguna ketika menghasilkan karya. Dari
segi penerokaan yang dibuat kepada pelajar bagi membuat penerokaan dan eksplorasi dengan
menggunakan pelbagai bahan dan peralatan yang terdapat di sekeliling kita. Dalam konteks ini
pendidikan dalam bidang pendidikan seni digalakkan untuk membimbing pelajar untuk menggunakan
bahan terpakai yang terdapat. Di sekeliling mereka dalam proses menghasilkan karya. Proses ini secara
tidak langsung akan membuatkan pelajar berkenaan akan menjadi lebih peka dan sensitive di smaping
berupaya menjadi seseorang individu yang mampu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.
Di samping itu memanipulasikan kepada seseorang individu yang mampu bertindak dan
menghasilkan sesuatu melalui bahan atau keadaan yang adav merupakan suatu proses memanipulasi yang
sempurna. Ini bermakna apabila seseorang murid mampu menggunakan bahan dan objek yang berada
disekelilingnya untuk menghasilkan satu karya seni maka proses memanipulasikan telah pun berlaku.
Manakala di dalam proses pembelajaran seni pula, ia mampu menyedarkan pelajar supaya lebih berjimat
cermat disamping mengelakan dari melakukan pembaziran penggunaan bahan semasa menghasilkan
karya. Melalui aktiviti bermain juga boleh merangsang kreativiti individu. Bagi seseorang kanak-kanak
bermain adalah merupakan satu situasi yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Kreativiti seseorang
kanak-kanak akan lebih terangsang melalui aktiviti-aktiviti yang sempurna dan berbentuk akademik. Ini
dengan secara tidak langsung akan membantu merangsang proses perkembangan pemikiran dan kreativiti
yang sihat.
TEORI KREATIVITI TAYLOR
Calvin W.Taylor ialah seorang ahli psikologi yang memperkatakan tentang tidak semua manusia
dilahirkan dan dikurniakan dengan bakat yang sama. Beliau percaya bahawa perkembangan bakat
seseorang terlalu berkait rapat dengan cara bagaimana seorang pendidik berupaya merangsang pemikiran
seorang pelajar. Di dalam teorinya ‘multiple creative talent’ beliau menjelaskan bahawa pembentukan
bakat perlulah bersesuaian dengan aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas.
Dalam teorinya Taylor telah menyarankan lima jenis kreativiti bagi menunjukkan tahap
perbezaan proses kreativiti yang berlaku kepada seorang individu dengan individu yang lain. Jenis-jenis
kreativiti berkenaan adalah secara kreativiti bersifat ekspresif iaitu selalunya berlaku secara rawak dan
bebas. Ia boleh dilihat melalui lukisan-lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak yang melukis secara
spontan. Kebanyakan lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak pada peringkat ini adalah secara bebas.
Hasil lukisan itu juga mengikut kemampuan bersesuaian dengan usia dan perkembangan keadaan fizikal
mereka yang belum stabil. Pada peringkat ini hasil lukisannya adalah dalam bentuk contengan dan
penggunaan garisan yang tidak terkawal. Kreativiti bersifat ekpresif ini adalah bersifat
bebas,kemahiran,keaslian dan kualiti tidak dianggap penting oleh pelajar semasa proses menghasilkan
karya. Kedua iaitu kreativiti melalui penghasilan atau teknikal menjelaskan bahawa ianya merujuk kepada
kecekapan dan keupayaan seseorang pelajar dalam menghasilkan karya. Dalam peringkat ini pendidik
perlulah membantu pelajar bagi tujuan menambahbaikan kemahiran yang sedia pada mereka kepada satu
kaedah yang lebih sistematik dan terancang dengan sempurna. Ketika ini peranan pendidik sangat penting
kerana pelajar memerlukan bimbingan bagi mengenal pasti kaedah dan pendekatan yang sempurna dan
sesuai dalam proses menghasilkan karya yang baik.
Selain itu juga, beliau menggunakan kreativiti bersifat inventif iaitu adalah merujuk
kepada keupayaan individu mencipta benda atau objek baru melalui proses eksprimentasi. Pada peringkat
ini penekanan utama adalah faktor-faktor penemuan dan penciptaan yang baru. Ini juga melibatkan
percubaan demi percubaan bagi menghasilkan satu teori,formula dan kesimpulan terhadap eksperimen
yang telah dijalankan oleh individu tersebut. Peranan pendidik pada peringkat ini adalah memberikan
galakan dan sokongan agar pelajar tidak mudah putus asa. Keempat ialah melalui kreativiti bersifat
inovatif merupakan peringkat yang melibatkan pengubahsuaian kepada konsep-konsep asas yang sedia
ada kepada idea yang baru. Pada peringkat ini pelajar mula melakukan pengubahsuaian dan pembaharuan
melalui gaya dan teknik mereka sendiri. Pendidik boleh membantu dan membimbing pelajar untuk
mengenalpasti kaedah perlaksanaan yang betul. Di samping itu juga pelajar telah mula bertindak luar dari
kaedah konvensioanl dan menghasilkan kaedah alternative bagi setiap perancangan yang dibuat olh
mereka. Yang terakhir ialah kreativiti bersifat imaginative merupakan kreativiti yang paling tinggi
kedudukannya. Pada peringkat ini prinsip-prinsip formal seni diterjemahkan di dalam bentuk abstrak dan
dipermudahkan. Contohnya, imej figura manusia digambarkan tanpa memberikan perhatian serta
penekanan kepada bentuk asas atau bentuk formal figura tersebut
KOMPONEN KREATIVITI DAN ESTETIKA
Komponen Kreativiti dan Estetika memberi fokus kepada sifat kreatif dan ekspresif. Luahan ini
mampu mengilap kebolehan berfikir dan merangsang penglibatan murid. Penglibatan aktif dalam
pelbagai aktivitiseni seperti lukisan,kraf tangan,muzik,nyanyian,pergerakan kreatif,bermain alat perkusi,
drama dan puisi akan berupaya menggakkan perkembangan kognitif,afektif dan psikomotor murid di
samping memupuk nilai estetika.
Komponen ini mengandungi lima aspek yang terdiri daripada
a) menghargai persekitaran dan keindahan alam
b) Pendidikan seni visual
c) Pendidikan muzik (merangkumi nyanyian,pergerakan kreatif dan perkusi)
d) Drama dan puisi
e) Warisan budaya
Pendidikan Seni Visual merangkumi aktiviti seperti lukisan, kraf tangan,apresiasi persekitaran
dan keindahan alam. Pendidikan Seni ini lebih menjurus kepada seni tampak atau visual. Pendidikan Seni
Visual bertujuan untuk memupuk minat dan memperkembangkan potensi murid dalam seni visual. Ia juga
memberi peluang untuk menanam kesedaran dan kepekaan murid terhadap nilai-nilai kesenian,
persekitaran dan keindahan muzik. Pendidikan seni visual memainkan peranan memperkembangkan sifat-
sifat kreatif,ekspresif dan aktif murid melalui persepsi visual,imaginasi dan daya pemikiran.
OBJEKTIF
Ia dapat memupuk dan menyemai keiginan murid untuk:
Menikmati dan menghargai keindahan alam ciptaan tuhan
Melibatkan diri secara aktif,kritis,kreatif dan keseronokkan dalam pembelajaran
Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera
Mengenali asas seni reka
Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual
Membiasakan diri dengan membuat rekaan seni secara teratur,cermat dan selamat
Mempraktis nilai kerjasama,yakin diri,disiplin diri dan sikap bertanggungjawab
Menghargai warisan budaya
Empat aspek utama yang dipentingkan ialah
1) Pemerhatian secara aktif
2) Interaksi secara kritis dan kreatif dengan alat/bahan
3) Apresiasi seni visual secara mudah
4) Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan
Pemerhatian secara aktif
Pemerhatian secara aktif merangkumi aspek kesedaran,pemerhatian keseluruhan, berfokus dan
terperinci. Murid dilatih membuat pemerhatian terhadap objek di persekitaran dan objek buatan manusia
bagi membantu memperkembangkan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi
dan pemikiran abstrak.
Interaksi secara kritis dan kreatif dengan alat/bahan
Murid digalakkan membuat penerokaan dan percubaan dalam pelbagai kegiatan kreatif dengan
menggunakan alat atau bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas
seni visual.
Apresiasi seni visual secara mudah
Murid mendapat pengalaman dan mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunannya
dalam pelbagai kegiatan kehidupan. Murid boleh membuat perbandingan dan menyatakan apa yang
dilihat daripada hasil kerja seni mereka.
Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan
Selain memberi pengalaman mudah, pendidikan seni visual dapat memupuk nilai menyayangi
dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran murid serta dapat membantu mereka dalam
membuat pertimbangan yang sewajarnya apabila berdepan dengan semua keadaan.
Pendidikan Seni Visual disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu
1) Menggambar
2) Membuat rekaan dan corak
3) Membentuk dan membuat binaan
4) Mengenal kraf tradisional
Menggambar
Kegiatan ini membantu murid memperkembangkan persepsi, meningkatkan kemahiran serta
kemampuan dalam aspek melukis,membuat gambar menggunakan pelbagai media dan menguasai teknik
yang menekankan aspek ruang,struktur, imbangan serta komposisi. Antara kegiatan yang terdapat dalam
bidang ini ialah
Lukisan
Catan
Kolaj
Montaj
Cetakan
Resis
Gosokan
Stensilan
Percikan
Gurisan
Capan
Mozek
Bidang ini dapat memperkembangkan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan menggambar
merangkumi penerokaan, kesan seni serta mengenali alat, bahan dan kegunaanya. Kegiatan ini dapat
memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna,garisan,
susunan dan kesannya.
LUKISAN
Lukisan merupakan kegiatan peringkat awal menghasilkan sesuatu imej menggunakan media
kering atau basah. Media yang digunakan adalah seperti pensel, pen, kapur, arang, krayon, pastel, marker
pen dan pensil warna.
LUKISAN
CATAN
Catan merupan penghasilan karya seni menggunakan bahan pewarna yang diaplikasikan pada
permukaan seperti kertas, kanvas dan dinding. Media yang digunakan adalah seperti warna air, warna
minyak dan tempera
CATAN
KOLAJ
Kolaj merupakan aktiviti seni yang menggunakan pelbagai jenis bahan dan tampalan. Hasil kolaj
boleh dilengkapi dengan lukisan tambahan. Bahan-bahan tampalan yang digunakan seperti
kertas,percakain, daun dan sebagainya.
KOLAJ
MONTAJ
Montaj merupakan aktiviti menggunting dan menampal gambar berdasarkan tema-tema tertentu
pada sekeping kertas. Bahagian antara cantuman gambar diwarnakan dengan warna yang seakan-akan
warna gambar latar bagi menampakkan penindanan.
MONTAJ
CETAKAN
Cetakan merupakan proses menghasilkan kesan imej pada permukaan melalui terapan blok atau
plat yang disapu pewarna atau cat. Terdapat beberapa jenis cetakan antaranya seperti cetakan timbul
menggunakan blok kayu atau ubi kentang
CETAKAN
RESIS
Resis adalah satu proses menghasilkan corak dengan menggunakan bahan yang tidak bercampur
di antara satu sama lain seperti cat air dengan krayon atau warna air dengan lilin. Teknik ini juga boleh
dijalankan dengan menggunakan bahan yang lain.
RESIS
GOSOKAN
Gosokan merupakan aktiviti memindahkan jalinan pada permukaan bahan ke atas kertas dengan
cara menggosok. Contoh kesan gososkan seperti daripada tapak kasut,tayar,duit syiling,daun dan
permukaan tidak rata.
GOSOKAN
STENSILAN
Stensilan adalah hasil imej daripada keratin kertas pendua yang telah ditebuk atau dilubangkan.
Hasil lakaran ini akan dicetak pada permukaan lain dan diwarnakan.
STENSILAN
PERCIKAN
Percikan/titisan/renjisan merupakan proses menghasilkan corak tidak sengaja di atas kertas
lembab atau kering. Kesan warna yang menitis di atas kertas lembab itu menimbulkan corak yang tidak
terancang yang menarik. Bahan yang boleh digunakan seperti kanji,lilin,warna air,berus,straw dan kertas
yang pelbagai jenis.
PERCIKAN
CAPAN
Capan adalh proses untuk menghasilkan motif corak berdasarkan sumber yang boleh didapati
dipersekitaran. Sebagai contoh, mengecap menggunakan span,pelepah pisang dan lain-lain
CAPAN
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
Aktiviti ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak
dan mengaplikasikannya menjadi satu rekaan lain. Corak terhasil daripada pelbagai teknik. Antaranya
melalui kegiatan seperti
a)corak yang tidak terancang seperti:
> tiupan
> titisan
> ikatan dan celupan
> renjisan dan percikan
b)corak terancang seperti
> lukisan
>catan
>cetakan
>capan
>lipatan dan guntingan
>kolaj
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni berdasarkan
bentuk,ruang,struktur,imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami
dengan lebih jelas ketika mereka membentuk,membina sesuatu model atau bahan binaan tiga dimensi.
Antara contoh kegiatan ini ialah
a) MOBAIL
Hasil kerja yang berupa bentuk-bentuk tiga dimensi yang mudah digantung,mempunyai
imbangan dan mudah bergerak. Contoh mobail seperti mobail guntingan (guntingan
epal,bunga,ayam) mobail lipatan (hasil lipatan kertas seperti burung),mobail geometri(bentuk-
bentuk segitiga,sfera,segiempat) dan mobail anyaman (ketupat)
b) TOPENG
Topeng adalah hasil kraf yang dibuat untuk menggambarkan rupa manusia,haiwan atau watak-
watak fantasi. Terdapat tiga jenis topeng iaitu topeng mata, topeng muka dan topeng serkup
c) ORIGAMI
Origami adalah seni lipatan kertas berasal dari jepun. Seni lipatan kertas ini boleh menghasilkan
objek-objek tertentu.
d) MODEL
Model merupakan gabungan pelbagai bahan untuk membina sesuatu objek. Karya tiga dimensi
ini adalah ditiru dari objek asal. Contoh model rumah,kenderaan dan binatang.
e) DIORAMA
Sejenis kraf binaan yang menggunakan kotak atau kertas keras mengandungi pelbagai objek
untuk menggambarkan sesuatu situasi sebenar dan boleh dilihat dari depan,atas atau sisi. Gambar
latar diorama selalunya dilkukis. Contoh membina akuarium dan zoo.
f) BONEKA
Boneka adalah objek rekaan yang berbentuk seperti manusia, haiwan atau watak-watak rekaan
yang akan digunakan untuk menyampaikan mesej melalui lakonan. Jenis-jenis boneka ialah
boneka wayang kulut,boneka tali,boneka sampul kertas dan boneka jari.
CONTOH KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN
TUNJANG PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN ESTETIKA
FOKUS STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARN MURID DALAM
LINKUNGAN UMUR BERIKUT BOLEH
4 t 5 t
Seni Visual
(KTI 1.0)
(KTI 1.1)
Menggunakan
pengetahuan tentang
bahan dan teknik
dalam menghasilkan
karya seni (aplikasi
seni)
(KTI 1.1.1)
Mengenal bahan yang
diperlukan untuk
menghasilkan sesuatu karya
contohnya berus dengan
bimbingan guru.
(KTI 1.1.2)
Mengenal bahan yang diperlukan
untuk menghasilkan sesuatu karya
contohnya berus
(KTI 1.1.3)
Memilih pelbagai bahan yang sesuai
dalam penghasilan karya
(KTI 1.1.4)
Memanipulasikan bahan secara
kreatif untuk penghasilan karya
dengan bimbingan
(KTI 1.1.5)
Mewarnakan gambar dalam ruang
tertentu
(KTI 1.2)
Menzahirkan idea
kreatif dalam
penghasilan karya
(KTI 1.2.1)
Menyurih (trace) rupa
geometric segitiga,bulat,
segiempat dan bujur
(KTI 1.22)
Melukis rupa organic (rupa
yang tidak mempunyai
garisan yang tepat dan
selari) cth: bunga,awan
(KTI 1.2.3)
Menghasilkan karya kreatif
yang mudah melalui
(KTI 1.2.6)
Melukis rupa geometric iaitu
segitiga,bulat,segiempat,bujur
(KTI 1.2.7)
Menghasilkan karya mengikut
kreativiti sendiri melalui pelbagai
aktiviti menggambar
(KTI 1.2.8)
Membuat corak dan rekaan mengikut
kreativiti sendiri melalui pelbagai
aktiviti dengan bimbingan
(KTI 1.2.9)
pelbagai aktiviti
menggambar
(KTI 1.2.4)
Membuat corak dan rekaan
yang mudah melalui
pelbagai aktiviti.
(KTI 1.2.5)
Menghasilkan bentuk binaan
yang mudah melalui
pelbagai aktiviti
Menghasilkan bentuk binaan
mengikut kreativiti sendiri melalui
pelbagai teknik dan bimbingan
(KTI 1.2.10)
Menghasilkan karya yang
menggabungjalinkan pelbagai teknik
menggambar
(KTI 1.2.11)
Mereka corak bebas dengan
menggabungjalinkan pelbagai teknik
dalam membuat corak dan rekaan
(KTI 1.1.12)
Menggunakan bahan kutipan yang
sesuai untuk penghasilan sebuah
karya kreatif
(KTI 1.2.13
Menghasilkan kraf tradisional yang
mudah dengan menggunakan bahan
yang sesuai
(KTI 1.3)
Menunjukkan
apresiasi
(KTI 1.3.1)
Menceritakan dan
mempamerkan hasil kerja
sendiri
(KTI 1.3.2)
Menyatakan pandangan
secara lisan hasil kerja
sendiri dan rakan
(KTI 1.3.3)
Menunjukkan penghargaan
hasil kerja sendiri dan rakan
seperti menyimpan hasil
kerja sendiri
(KTI 1.3.4)
Menceritakan dan mempamerkan
hasil kerja sendiri
(KTI 1.3.5)
Menyatakan pandangan secara lisan
hasil kerja sendiri dan rakan
(KTI 1.3.6)
Menunjukkan penghargaan terhadap
keindahan persekitaran dan alam
semualajadi seperti tidak
mengotorkan alam sekitar
(KTI 1.3.7)
Menghayati benda yang dilihat
disentuh dan didengar
ORIGAMI
Untuk tugasan kali ini,saya memilih untuk membuat aktiviti origami. Origami dari ori yang
bererti lipat. Dan kami yang bererti kertas merupakan seni tradsional melipat kertas yang berkembang
menjadi suatu bentuk kesenian yang moden. Origami merupakan satu kesenian melipat kertas yang
dipercayai bermula sejak kertas diperkenalkan pada abad pertama di zaman tiongkok kuno pada tahun
105Masehi oleh Ts’ai Lun.
Asal usul origami terukir setelah seorang yang berasal dari Cinayang bernama Ts’ai Lun
memperkenalkannya pada abad pertama di Cina pada 105 A.D. Kemudian sejarah origami tercatat pada
abad ke enam origami mulai di kenali di Sepanyol dan Jepang hal ini terjadi kerana di bawa oleh seorang
dokter dari Arab yang singgah di Sepanyol sedangkan di Jepang sendiri di bawa oleh seorang dokter
peribadi Ratu Shotoku dan dia juga seorang Biksu Buddha.
Sejarah Origami mulai tercatat di Jepang dan menjadi semakin popular di negeri Sakura tersebut
dari sinilah origami menjadi warisan turun temurun dari leluhur dan menjadi salah satu bahagian
kebudayaan di Jepang. Sejarah Origami sendiri oleh masyarakat Jepang di yakini sudah ada sejak zaman
Heian (741-1191). Pada zaman Heian ini Origami lebih di kenali dengan sebutan Orikata,Orisui atau
Arimano. Pada zaman Kamakura (1185-1333) origami dikenali dengan sebutan noshi dan pada zaman
Muromochi (1338-15730) origami berkembang dan menjadi imej golongan bangsawan yang memisahkan
golongan kelas atas dengan kelas bawah.
Suatu risalah berjudul ‘Chushingura orikata’ yang memuat lipatan bentuk manusia turut
dikeluarkan oleh pengarang yang sama. Pada 1850 satu naskah tulisan lain yang berjudul Kayaragusa
diterbitkan. Naskah ini ua bahagian origami iaitu rehlah dan keagamaan. Kebanyakkan merupakan model
origami yang terdapat pada Chushingura Orikata. Pada 1819 buku ‘sekejap mata menghasilkan burung
kertas ‘ memperlihatkan bagaimana burung ditulis dan diterbitkan dalam buku Kan no mado. Buku ini
berisi lebih kurang 150 contoh origami termasuk model katak.
Pada tahun 1880 seni melipat kertas itu dimulai dengan origami. Kata itu berasal dari bahasa
Jepang oru (melipat) kami (kertas). Pada zaman Showa origami kurang diminati dan hanya noshi yang
masih popular digunakan untuk pertukaran hadiah antara samurai. Waktu itu kertas merah dan putih
digunakan untuk membalut kepingan nipis daging,tiram atau ikan. Pada zaman Edo produksi kertas yang
berlimpah menjadikan kertas mudah diperolehi. Ini menjadikan origami berkembang lebih pesat. Pada
akhir zaman Edo hampir 70 bentuk dihasilkan termasuk burung,katak kapal dan balon yang masih tetap
dikenali hingga sekarang. Pada era Genroku, corak kain origami buru dan corak pelbagai bot menjadi
popular dan sering dibuat dalam corak kain ukiyoe. Ini mempermudahkan jalan origami untuk
berkembang lebih luas pada masa sekarang.
CONTOH AKTIVITI : LIPATAN-ORIGAMI IKAN
KOMPONEN /HP AKTIVITI BAHAN/CATATAN
Tema : haiwan di air
Komponen : kreativiti dan
Estetika
Bidang : membuat corak dan
rekaan
Masa: 30 minit
Menggunakan pelbagai bahan
secara kreatif dalam rekaan
pelbagai kraf
d)guntingan dan lipatan
kesepaduan
Bahasa Melayu
Mendengar dan memberi gerak
balas terhadap
b)cerita
Bercerita tentang gambar yang
dilihat/hasil kerja
English Language
Listen and carru out simple
instructions
Kognitif
Nyatakan Kedudukan sesuatu
Aktiviti: Lipatan dan Guntingan
(Origami Ikan)
1. Bersoal jawab
menegenai gambar ikan
2. Guru menunjukkan cara
melipat mengikut
langkah demi langkah
sambil bercerita
3. Murid melipat kertas
mengikut arahan guru
4. Murid melukis mata dan
sisik ikan tersebut
5. Murid menyanyi sambil
membuat gerakan ikan
dengan memegang hasil
lipatan
6. Guru menilai hasil kerja
murid
Kertas warna pelbagai warna
Pensil warna
objek dalam ruang
a)depan,belakang
b)atas,bawah
c)sisi,tepi,tengah
d)luar,dalam
Fizikal
Menggunakan pergerakan mata
tangan dengan betul
Sosio Emosi
Membuat kerja dengan cermat
Dengan membuat aktiviti origami,objektif yang boleh murid dapat ialah dapat mempelajari suatu
teknik baru dalam seni yang di sebut origami. Pelbagai faedah yang boleh murid dapat dalam membuat
aktiviti ini. Contohnya seperti dapat menggerakkan pergerakan mata tangan dengan baik. Kelebihan
membuat aktiviti origami ialah murid akan seronok dan gembira kerana dapat menghasilkan dan mencipta
sesuatu benda yang telah di buat dan di ajar. Murid juga boleh bermain dengan origami tersebut apabila
selesai membuat aktiviti.
Murid juga boleh menjana pelbagai idea untuk mencipta dan menghasilkan pelbagai origami
yang mudah. Selesai membuat origami,murid dapat menjana idea kreatif dengan menghias ikan tersebut
seperti melukis mata,mulut dan sirip ikan tersebut. Ini akan lagi menambahkan kecantikan origami yang
telah di hasilkan. Murid juga mengenal pelbagai warna seperti warna-warna yang menarik untuk
membuat lipatan origami. Perkembangan moto halus murid juga akan dapat berkembang dengan baik
apabila melakukan aktiviti ini di dalam kelas bersama kawan-kawan.
Di samping itu suasana pembelajaran akan dapat menarik minat murid untuk mengikuti
pembelajaran kerana murid akan terdorong dan rasa ingin tahu membuat origami yang serupa dihasilkan
oleh guru mereka. Di samping teruja untuk bermain dengan origami yang akan dihasilkan.
Kesimpulan yang boleh didapati dengan aktiviti origami ini ialah suatu aktiviti yang
menyeronokkan murid dan perasaan ingin tahu akan wujud dalam diri murid untuk menghasilkan origami
seperti yang dilihat. Memang origami agak susah bagi peringkat umur kanak-kanak. Tetapi jika ada
bimbingan yang berterusan oleh guru kelas,aktiviti ini akan menjadi lebih mudah dan sangat menarik.
Apabila origami yang dihasilkan sudah siap maka murid boleh bermain dengan origami tersebut.
Contohnya origami ikan ini murid boleh menyanyi lagu ikan kekek sambil memegang origami ikan.
Secara amnya origami memerlukan cara, teknik dan pengajaran yang betul untuk memudahkan murid
memahaminya.
Langkah-langkah membuat origami ikan.
Langkah 1
Langkah 2.
Langkah 3.
Langkah 4 & Langkah 5
Langkah 6
Langkah 7
Langkah 9 (Langkah Terakhir).
KOLAJ
Kolaj bermaksud potong,koyak,gunting dan tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan.
Kolaj berasal dari perkataan Perancis iaitu ‘coller’ yang bermaksud menampal dan gam. Aktiviti kolaj di
dalam bidang menggambar ataupun membuat corak ialah kegiatan menampal kertas, kain atau bahan
terbuang di atas sesuatu pemukaan. Tampalan atau corak yang dihasilkan boleh disusun secara bertindan
tindih dan mengikut corak atau gambar yang ingin dihasilkan. Kolaj juga digunakan sebagai teknik dalam
menggambar foto,keratin akhbaratau mana-mana bahan berbentuk dua dimensi dilekat dan disatukan di
atas permukaan. Ia juga meryupakan teknik di mana imej gambar atau corak berjalianan dihasilkan secara
superimpose di antara satu sama lain.
Apabila murid mula menggunakan gunting untuk menghasilkan kolaj, mereka selalu memotong
objek atau imej dari majalah berwarna lalu menampalnya di atas kertas. Kebanyakkan kolaj mempunyai
tema sendiri untuk menampakkan idea atau gambaran yang lebih jelas lagi apabila terpandang sesuatu
hasil kerja kolaj itu. Tema boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian guru atau murid. Pengenalan
menggunakan fabric dlam kolaj kepada murid-murid adalah supaya mereka peka terhadap pelbagai jenis
permukaan dan jalinan yang ada pada bahan tersebut. Terdapat dua cara menggunakan fabric dalam kolaj
iaitu secara menampal atau menjahit di atas sesuatu permukaan. Projek secara berkumpulan dalam
menghasilkan kolaj adalah lebih cepat dijalakan daripada individu. Bahan latar yang paling sesuai ialah
seperti kain kanvas yang kasar supaya dapat menahan berat kolaj di atasnya.
KOMPONEN/HP AKTIVITI BAHAN/CATATAN
Tema: Makanan
Kreativiti & Estetika
Menggunakan pelbagai bahan
secara kreatif dalam rekaan
pelbagai kraf untuk :
a) Tampalan dan kolaj
Kesepaduan:
Bahasa Melayu
Berbual dengan bahasa yang
Aktiviti: kolaj kek
1. Guru mengagihkan :
a) Bahan-bahan untuk
membuat kolaj
b) Kertas yang telah
dilukis gambar kek
c) Kertas warna untuk
dibuat kolah
ditampal pada kek
d) Gunting dan gam
Kertas lukisan
Kertas warna
Gam
gunting
mudah dan sebutan yang betul.
Bercerita tentang gambar yang
dilihat atau hasil kerja.
Kerohanian dan Moral
Mematuhi arahan guru atau ketua
kumpulan
English Language
Talk about familiar experience
such as favourite things and
activities
Fizikal
Mengawal pergerakan mata
tangan dengan betul
2. Murid menghias kek
dengan menggunakan
bahan yang telah
disediakan.
3. Murid bercerita tentang
hasil kerja
4. Hasil kerja murid
dipamerkan
Dalam menghasilkan sebuah kolaj, murid perlu menggunakan idea dan kreativiti tersendiri untuk
mendapatkan hasil kerja yang cantik dan bermutu. Penggunaan bahantara yang bersesuaian dengan tema
atau tajuk catan juga perlu di ambil kira apabila menjalani proses kolaj. Berikut adalah contoh teknik
yang paling mudah bagaimana seseorang itu boleh menghasilkan sebuah kolaj:
Fikirkan tema dan tajuk
Sediakan alat bahan seperti racik/koyak/gunting bahan
Dapatkan bahan pelbagai warna untuk timbulkan kesan jalinan,harmoni dan kontra
Sapukan gam pada permukaan latar
Gamkan bahan-bahan yang disediakan
Aktiviti kolaj amat sesuai dijalankan sebagai salah satu kegiatan menggambar terutama di
peringkat sekolah rendah. Murid-murid pada tahap ini perlu didedahkan dengan berbagai jenis dan
teknik menghasilkan kolaj supaya dapat gambaran sebenar tentang apa itu kolaj. Perlu diingat juga
tidak semua jenis dan teknik kolaj sesuai dijalankan pada murid tersebut. Guru harus menyesuaikan
jenis dan teknik kolaj yang hendak dijalankan mengikut tahap kecerdasan murid contohnya
prasekolah. Di bawah ini disenaraikan berbagai jenis teknik kolaj yang boleh diaplikasikan kepada
murid:
Teknik potong kertas dan fabrik
Teknik koyak kertas dan fabrik
Teknik menggunakan berbagai jenis kertas yang berjalinan
Teknik media campuran
Teknik kertas tisu
Teknik tisu dan kertas buangan
Teknik catan dalam kolaj
Teknik percikan dalam kolaj
Teknik span dalam kolaj
Teknik ‘skraping’ dalam kolaj
Contoh kaedah Penghasilan Kolaj :
Bahan-bahan untuk melakukan aktiviti kolaj ( Kertas warna dan Kertas cetakan Objek)
Menggunting kertas warna kepada kepingan yang kecil.
Proses menggam dan menampal kepingan kertas warna.
Hasil Akhir Aktiviti Kolaj yang siap dijalankan.
KESIMPULAN DAN RUMUSAN
Kesimpulannya aktiviti seni dan kraf kanak-kanak menekankan pembentukan jiwa kanak-kanak
ke arah aktif dan kreatif serta berupaya mencipta sesuatu yang baru. Dalam aktiviti seni dan kraf, kanak-
kanak diberikan kebebasan untuk berfantasi berdasarkan imaginasi dan kreativiti masing-masing. Ia juga
merupakan strategi dan kaedah pembelajaran untuk membantu melahirkan pembelajaran dan persekitaran
yang menyelitkan unsur-unsur bahasa,emosi,social,fizikal,kognitif,kreativiti dan kerohanian,sikap dan
nilai agar dapat membentuk insan secara menyeluruh.
Kanak-kanak menggunakan bahasa dengan meluas dan berkesan apabila berinteraksi dengan guru
atau ibu bapa sepanjang proses melaksanakan aktiviti seni ini. Kanak-kanak dapat menguasai kemahiran
bahasa terutamanya menggunakan bahasa secara bermakna dan tepat seperti menggunakan perkataan dan
ayat yang mudah dengan sebutan yang betul serta berin teraksi secara sopan dan bertatasusila menerusi
aktiviti yang dijalankan. Kanak-kanak menunjukkan kepuasan dan menyampaikan perasaan mereka
menerusi hasil kerja seni mereka serta menerima pandangan orang lainsemasa bercerita dan
mempamerkan hasil kerja. Proses ini dapat membentuk sikap positif kanak-kanak berkenaan kebolehan
sendiri, membina keyakinan diri dan semangat berdikari.
Aktiviti seperti ini juga memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berinteraksi,bertolak ansur
dan bekerjasama. Aktiviti seni dan kraf juga memberikan peluang kepada kanak-kanak menggunakan
kemahiran social dalam interaksi seperti berkongsi bahan dan peralatan seni serta menunjukkan kepekaan
terhadap keperluan kawan-kawan
Perkembangan fizikal juga dapat berkembang dan dikuasai menerusi aktiviti ini. Penggunaan
bahan dan peralatan dalam aktiviti dapat memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot-otot
tangan dan koordinasi tangan serta mata untuk kanak-kanak. Secara tidak langsung kemahiran motor
kanak-kanak dapat dipertingkatkan dengan berkesan. Mereka juga dapat mengamalkan sifat sabar,tekun
dan kerjasama semasa aktiviti dijalankan. Selain itu penggunaan bahan-bahan buangan persekitaran
mendidik mereka menghayati keindahan alam semulajadi. Keindahan yang dihayati akan menimbulkan
rasa seronok mereka untuk lebih dekat dengan alam ciptaan Allah. Secara keseluruhannya aktiviti seni ini
yang merangkumi aktiviti menggambar, membuat corak dan rekaan serta aktiviti bentuk binaan dapat
membantu kepada perkembangan bahasa,emosi,social,fizikal,kognitif,kreativiti dan kerohanian sikap dan
nilai.
RUJUKAN :
1) Dokumen Standard Kurikulum Prasekolah, Bahagian Pembangunan Kurikulum ( 2010 ),
Kementerian Pelajaran Malaysia.
2) Perkembangan Seni Kanak-Kanak, Prof Dr Hj Abdul Shukor Hashim dan rakan, ( 2011 ),
Meteor Doc. Sdn. Bhd; Seri Kembangan , Malaysia.
3) Pendidikan Seni Visual, Kathleen Chee, ( 2012 ), Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd., Bangi,
Selangor.
4) http://akses.skseriampang.net/HSP/11_Pendidikan_Seni/hsp_pseni_y3.pdf
5) http://n9kini.com/pengalaman-pendidikan-seni-membantu-meningkat-kreativiti-dalam-
kehidupan-sosial-masyarakat/