cuepacs yakin selesai di meja rundingan
TRANSCRIPT
CUEPACS yakin selesai di meja rundingan
OMAR OSMAN, Presiden CUEPACS
MUKADIMAH
WALAUPUN baru menerima kenaikan gaji kakitangan awam sehingga 35 peratus pertengahantahun lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS)tetapmahu memboikot dua sambutan Hari Pekerja pada bulan Mei depan ..
Alasan kesatuan sekerja yang mewakili 1.2 juta kakitangan awam berbuat demikian ialahkerajaan tidak menunaikan lima tuntutan iaitu bayaran honorarium 2007 sebanyak RM2,000,.kadar pencen mengikut perkhidmatan sebenar, pelanjutan umur persaraan dan pemansuhanPenilaian Tahap Kecekapan (PTK),elaun kritikal dan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP).
Cadangan memboikot dua sambutan Hari Pekerja yang mendapat sokongan Kongres KesatuanSekerja Malaysia (MTUC) itu segera dijawab oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah AhmadBadawi yang mahu CUEPACSmembatalkan hasrat itu dan menyeJesaikan masalah menerusi mejarundingal;l. ,
Dalam wawancara bersama wartawan Mingguan Malaysia, AM RAN AHMAD dan S. ANANDKUMAR bersama jurugambar, IZHAM JAAFAR di di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang
baru-baru ini, Presiden CUEPACS,Omar Osman berkata, tindakan boikot itu akan dibatalkansekiranya pertemuan pihaknya dengan Kementerian Sumber Manusia di Putrajaya esok
memberi hasil positif .."CUEPACSberpegang kepada nasihat ahli-ahli agar tidak berkonfrontasj dengankerajaan sebaliknya mahu menyelesaikan perkara ini di meja rundingan·dan yakin
perkara ini mampu di selesaikan dengan campur tangan Datuk Seri Abdullah AhmadBadawi yang pernah menjadi kakitangan awam," katanya.
Omar turut menjawab pelbagai tuduhan kononnya CUEPACSmenjadi puncakenaikan harga barang dan menafikan cakap-cakap mengenai CUEPACSdilihat
cuba meraih kesempatan di atas suasana politik semasa.
MINGGUAN: Ada pihak melihat tindakan CUEPACS ini seolah-olah mahu mengugut kerajaan?
OMAR: Kita tidak setuju sarna kali jika ada pihakyang mendakwa CVEPACS mengugut atau men'desak kerajaan. Sebagai contoh, sekiranya kita membuat keputusan dan mengajak ahli-ahli kesatuansupaya piket sekiranya lima tuntutan kesatuan tidakditunaikan maka adalah wajar untuk orang ramaimengkritik atau marah dengan CVEP ACS.
Mereka perlu faham kita bukannya melancarkanpiket malah hanya mahu boikot dua program yangdiadakan sempena Hari Pekerja. Buat apa kita mahupiket sedangkan kita tahu kerajaan tidak pernahmenutup pintu rundingan kepada CVEP ACS untukterus berbincang masalah-masalah berkaitan kaumpekerja dengan pihak yang terbabit.
Adakah boikot juga boleh dianggap sebagaisatu tindakan perusahaan?
OMAR: Tidak, tindakan boikot bukan bermaknaCVEP ACS mahu mengadakan piket sebaliknya kitahanya memulaukan dua aktiviti yang dianjurkankerajaan bagi menghargai sumbangan pekerja.
Kami memulaukan kedua-dua aktiviti ini keranaCVEP ACS tidak puas hati dengan kebanyakan jawapan yang diberikan kerajaan berhubung limatuntutan CVEP ACS itu.
Selalunya Perdana Menteri akan menghadiriHari Pekerja peringkat kebangsaan. Jika CUEPACSboikot. maka dilihat sebagai tidak menghormatiDatuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
OMAR: CVEP ACS sentiasa menyanjung tinggikepimpinan Perdana Menteri kerana beliau merupakan pemimpin pertama yang II;J.eluluskan semakan gaji yang tinggi tahun lalu setelah tertangguhselama 15 tahun. CVEP ACS tidak marah denganPerdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badaw dan kita cuma kecewa kerana lima tuntutankesatuan ini masih tidak mendapat sebarang keputusan daripada pihak kerajaan.
Mesej yang cuba disampaikan oleh CVEP ACSmenerusi tindakan boikot ini ialah kami mahu kerajaan memahami masalah pekerja terutama yangberkait-rapat dengan kelemahan yang ada dalamsistem penyampaian di peringkat kerajaan.
Maknanya CUEPACS mahu Perdana Mentericampur tangan dalam hal ini?
OMAR: Sekiranya jabatan kerajaan yang dipertanggungjawab untuk menyelesaikan perkara initidak boleh menyelesaikannya, maka kita merasakanPerdana Menteri wajar berbuat demikian. Jawapanyang sering diterima CVEP ACS ialah tuntutan kesatuan masih dalam peringkat kajian. Akhirnya tiadaapa-apa jawapan atau keputusan dibuat.
Kami boleh beritahu ahli-ahli CVEPACS bahawakelima-lima perkara ini masih dalam kajian tetapisekiranya alasan yang sarna diberikan kepada mereka setiap kali perjumpaan, akhirnya ahli-ahli hilang kepercayaan terhadap kepimpinan kesatuan.
Apakah CUEPACS melihat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu bertanggungjawab dalamperkara ini?
OMAR: CVEP ACS tidak mahu menuding jari ataumenyalahkan mana-mana pihak kerana pihak kesatuan hanya mahu masalah berhubung kebajikanpekerja diselesaikan segera oleh kerajaan. Kongres
Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) turut menyokong tindakan CUEPACS untuk memboikot duasambutan Hari Pekerja pada bulan Mei ini.
Andai kata selepas CUEPACS memboikot duasambutan Hari Pekerja pada Mei ini dan masihtiada keputusan daripada kerajaan. Apakah tindakan CUEPACS seterusnya?
OMAR: Kita sudah menghantar surat rasmi kepada Perdana Menteri untuk berjumpa dengan beliau bagi membincangkan perkara ini. Selain itu,pada 14 April, CUEPACS akan berjumpa MenteriSumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam dan isulima tuntutan ini akan dibincang bersama beliau.
CUEP ACS amat berharap dapat menemui Perdana Menteri sebelum mesyuarat tertinggi CUEPACS pada 18 April ini. Pada mesyuarat itu nanti,kita akan berbincang mengenai pendirian CUEPACSberhubung masalah ini. Semua keputusan mengenaitindakan CUEP ACS selepas itu bergantung kepadasuara dan simpulan perbahasan 120 ahli majliskongres pada 18 April ini.
Saya tidak merasakan tindakan perusahaan berbentuk piket akan diadakan kerana kongres terdiridaripada ramai pemimpin kesatuan sekerja yangmuda dan banyak idea. Lagipun, segala faedah yangdinikmati oleh kakitangan setakat ini pun diraihmenerusi rundingan dan perbincangan.
Kenapa CUEPACS rasa lima tuntutan itu mampudipenuhi oleh kerajaan?
OMAR: Dalam lima tuntutan itu, salah satu daripadanya ialah elaun kritikal yang telah diberikandahulu, namun ditarik balik tanpa sebarang per~
bincangan menyebabkan ahli-ahli terpinga-pingadan marah. Selain itu, tuntutan elaun perumahanbelum mencapai sebarang penyelesaian.
Mengenai tuntutan bayaran honorarium tahun2007 sebanyak RM2,000 kepada 1.2 juta kakitangan, CUEP ACS minta sejajar dengan penarafansektor awam yang bertambah baik dan taat setiayang ditunjukkan oleh kakitangan awam kepadakerajaan walaupun tiada kenaikan gaji dalam masa15 tahun.
Ahli-ahli CUEPACS tidak pernah memberontakatau mahu mengambil tindakan perusahaan, cumamahukan 'sedikit penghargaan atas paras produktiviti dan taat setia dan suntikan semangat baru.
Permintaan inijuga sejajar dengan kenaikan hargabarang dan kos sara hidup yang lain. Secara realistik,CUEPACS tidak sarna sekali mendesak kerajaan agarmemenuhi 100 peratus tuntutan berkenaan, cukuplah jika dapat memenuhi dua atau tiga tuntutanagar memberi keceriaan dan kebanggaan menjadianggota kakitangan awam.
Jika kerajaan hanya bersetuju untuk memenuhidua tuntutan sahaja, faedah mana yang akanmenjadi pilihan CUEPACS?
OMAR: Bagi CUEPACS, tuntutan yang palingdiharapkan oleh kakitangan awam ialah honorariumsebanyak RM2,000 seorang yang dirasakan bolehmembantu meringankan bebanan kewangan keluarga terutama mereka yang mempunyai anak ramaidan masih bersekolah. Menurut kajian, beban kewangan yang ditanggung ini menyebabkan ramaiahli CUEP ACS tidak mampll untuk menyimpan bagimasa hadapan atau kecemasan.
Bila kerajaan beri kenaikan gaji, ada yang mendakwa CUEPACS menjadi punca kenaikan hargabarang ekoran kenaikan gaji.
OMAR: Tuduhan-tuduhan liar itu tidak berasaskerana ketika CUEP ACS tidak membuat tuntutankenaikan gaji sekali pun, harga barang tetap naik dansentiasa berubah-ubah mengikut kehendak peniagadan bukannya pasaran. Tuduhan itu hanya dijadikanalasan oleh pihak-pihak tertentu kerana secara realitinya, ramai kakitangan swasta yang mendapatbonus dan kenaikan gaji secara berlipat-kali gandatidak dikatakan punca kenaikan harga barang.
Umum mengetahui tekanan yang dialami olehPerdana Menteri pad a masa ini, adakah CUEPACScuba meraih kesempatan dari situasi ini?
OMAR: CUEPACS tidak merancang boikot ini,kami tidak berniat meraih kesempatan atas apa-apakeadaan dan ini terbukti sejak dahulu lagi keranamajlis kongres sentiasa senada dalam semua tuntutan yang dibuat sejak dahulu. Bezanya sekarangialah dahulu, CUEPACS tidak mengumumkan tuntutan yang dibuat menerusi media kerana banyakpenyelesaian berjaya dicapai dengan cepat.
Sekarang pun CUEP ACS bukan mendesak, cumamenyuarakan isi hati kakitangan awam terutamaberjawatan rendah. Suara hati pekerja ini sangatpenting untuk diberikan perhatian oleh kerajaanbagi mengelakkan semangat, mutu kerja dan produktiviti mereka terjejas. Ahli-ahli CUEPACS jugaselalu mengingatkan barisan pemimpin kesatuanagar tidak berkonfrantasi dengan kerajaan keranarundingan terbukti menjadi instrumen paling berguna untuk meningkatkan faedah kakitangan.