ctu 281 kuliah 5 islam dan kreativiti

13
Islam dan Kreativiti 2.1 Definisi kreativiti 2.2 Dalil al-Quran 2.3 Dalil al-Sunnah 2.4 Etika kreativiti Islam 2.5 Bukti/sumbangan generasi awal Islam

Upload: syuk-bond

Post on 17-Jun-2015

1.549 views

Category:

Education


23 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ctu 281 kuliah 5 islam dan kreativiti

Islam dan Kreativiti

2.1 Definisi kreativiti

2.2 Dalil al-Quran

2.3 Dalil al-Sunnah

2.4 Etika kreativiti Islam

2.5 Bukti/sumbangan generasi awal Islam

Page 2: Ctu 281 kuliah 5 islam dan kreativiti

Pendahuluan

• Membincangkan persoalan kreativiti, sesungguhnya Allah adalah Pencipta yang Maha Kreatif” dalam menciptakan segala-galanya.

• Manusia juga kreatif menghasilkan sesuatu karya, ia hanyalah penciptaan terhadap unsur-unsur yang telah sedia ada dari penciptaan Al lah s.w.t.

• Inilah realiti makhluk dan alam semesta yang bersifat baru dan sementara.

• Bermula sejak manusia pertama diciptakan iaitu Nabi Adam a.s.

• Kisah Adam dan Hawa mengambil daun-daun di syurga untuk menutup aurat mereka yang ditelanjangkan kerana memakan buah larangan dan bagaimana mereka berjuang untuk meneruskan hidup di muka bumi dengan menggunakan akal (idea-idea) adalah bukti bahawa kreativiti itu wujud sejak wujudnya manusia.

• Selanjutnya kreativiti terus bergerak dan menjana pemikiran manusia dalam membentuk rentetan sejarah dan tamadun dalam pelbagai bidang kehidupan.

Page 3: Ctu 281 kuliah 5 islam dan kreativiti

Definisi kreativiti

• Kebolehan mencipta, menghasilkan serta mengembangkan sesuatu idea baru dan asli (Kamus Dewan, 1997: 711).

• Kreativiti adalah kemampuan mencipta yang berkaitan dengan mencuba dan didorong oleh motivasi, idea alternatif, kesungguhan serta latihan berterusan melalui latihan minda dan pengasahan bakat.

• Pemikiran kreatif lebih merupakan suatu kaedah untuk berurusan dengan teliti, atau mengubah realiti yang ada menjadi realiti baru (Ainon dan Abdullah, 1996)

Page 4: Ctu 281 kuliah 5 islam dan kreativiti

• Aktiviti seni tidak dapat berkembang dengan baik jika ia tidak diikuti dengan daya kreativiti yang tinggi.

• Seni berkait rapat dengan ciptaan yang tercetus hasil daripada kreativiti.

• Sesetengah pendapat menyatakan bahawa lahirnya seni itu sendiri bermula dari kreativiti sebagai titik permulaannya.

Page 5: Ctu 281 kuliah 5 islam dan kreativiti

• Firman Allah swt : Yang demikian (sifat-sifatNya dan kekuasaanNya) ialah

Allah Tuhan kamu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, maka beribadatlah kamu kepadaNya. dan (ingatlah) Dia lah Yang mentadbirkan segala-galanya.(aI-An 'am: 102).

• Dalam perspektif Islam kreativiti mempunyai kedudukan yang tinggi sehingga ia dianugerahkan kepada manusia sebagai suatu potensi bagi melayakkan manusia menjalankan tugas sebagai khalifah di atas muka bumi.

Page 6: Ctu 281 kuliah 5 islam dan kreativiti

AYAT-AYAT AL QURAN TENTANG KREATIVITI

• Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal, Surah Ali Imran : 190).

• Dan lagi Kami telah berikan mereka keterangan-keterangan Yang jelas nyata mengenai perkara ugama; maka mereka tidak berselisihan (dalam perkara ugama itu) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran Yang memberi mereka mengetahui (Apa Yang baik dan Yang sebaliknya; berlakunya Yang demikian) kerana hasad dengki Yang ada Dalam kalangan mereka. Sesungguhnya Tuhanmu akan menghukum di antara mereka pada hari kiamat tentang apa Yang mereka perselisihkan itu.(Surah Al Jathiyah, 45:17)

Page 7: Ctu 281 kuliah 5 islam dan kreativiti

• Dan ia memudahkan bagi kamu malam dan siang, dan matahari serta bulan; dan bintang-bintang dimudahkan Dengan perintahNya untuk keperluan-keperluan kamu. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum Yang mahu memahaminya.(Surah Al nahl, 16:12)

• Di dalam al-Quran berkali-kali Allah menyebut Perkataan:

• • Tidakkah kamu berakal?• • Tidakkah kamu berfikir?• • Tidakkah kamu melihat?• • Tidakkah kamu mengetahui?

Page 8: Ctu 281 kuliah 5 islam dan kreativiti

Kenapa ?

• Perkataan-perkataan ini merujuk kepada gesaan agar manusia menggunakan kekuatan akal serta kreativiti mereka, meneroka rahsia-rahsia alam baik di langit mahupun di bumi, rahsia di sebalik kejadian malam dan siang untuk membuktikan kebesaranAllah SWT serta menjadi masyarakat yang unggul.

• Islam juga menggalakkan umatnya menerokai bidang ijtihad dalam menyelesaikan masalah-masalah kehidupan dengan menggunakan kekuatan kreativiti secara terpimpin.

Page 9: Ctu 281 kuliah 5 islam dan kreativiti

KEPENTINGAN KREATIVITI

• Mampu bersaing dengan dunia luar

• Menaikkan taraf ekonomi negara

• Memperkasakan imej umat Islam

• Menjadikan umat Islam berdikari

• Memudahkan kehidupan sehari-hari dengan teknologi sendiri

• Mercu tanda pencapaian tamadun sesuatu bangsa

Page 10: Ctu 281 kuliah 5 islam dan kreativiti

ETIKA KREATIVITI ISLAM

• Mengagungkan Allah SWT

• Ikhlas

• Mementingkan Pengetahuan dan Pengalaman

• Sentiasa berusaha memperbaiki karyanya

• Mematuhi syariat

• Selaras dengan akhlak

Page 11: Ctu 281 kuliah 5 islam dan kreativiti

PENCAPAIAN KREATIVITI ISLAM ZAMAN KEGEMILANGAN

• MATHEMATIK

• KIMIA

• PERUBATAN

• SENI BINA

• KEJURUTERAAN

• GEOGRAFI

• FARMASI

Page 12: Ctu 281 kuliah 5 islam dan kreativiti

AKIBAT PENGABAIAN UMAT ISLAM TERHADAP KREATIVITI

• Agama

• Diri/individu

• Masyarakat / Bangsa

• Negara

Page 13: Ctu 281 kuliah 5 islam dan kreativiti

PUNCA KELEMAHAN KREATIVITI DAN INOVASI DUNIA ISLAM KINI

• Kurang aktif menjalankan penyelidikan

• Kurang mementingkan pendidikan.

• Masalah Dalaman

• Mempunyai sifat bergantung dengan syarikat asing/ idea-idea asing