contoh surat mohon penubuhan kelab
DESCRIPTION
Tatacara penubuhan pesatuan di sekolahTRANSCRIPT
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI DAMAIJALAN GAMBANG, 25150 KUANTAN PAHANG DARUL MAKMUR.
TEL :09-5397372 FAX :09-5398240No.Kod Sekolah : CEA 4085
Rujukan Kami :Rujukan Tuan :Tarikh :
Pengetua,SMK Seri Damai25150 Kuantan,Pahang Darul Makmur.
Tuan,
PERMOHONAN PENUBUHAN ……………………………………………
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya, …………………………………………Berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan Bertarikh 21 hb.Mei 1998 P.U (A)196, yang berkait dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohonuntuk menubuhkan …………………………………………………………………………mulai ................................
2. Bersama-sama ini disertakan :
2.1 Draf Perlembagaan.2.2 Draf Aktiviti Asas.2.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja.
3. Kerjasama daripada pihak tuan meluluskan permohonan ini amat dihargai dandiucapkan terima kasih.
Sekian,
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
…………………………………………( )Guru Penasihat ……………………………………SMK Seri Damai, 25150 KuantanPahang Darul Makmur
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI DAMAI, KUANTAN
1.1 DRAF PERLEMBAGAAN
1.0 NAMA PERTUBUHAN
2.0 ALAMAT
Alamat berdaftar ialah :SMK SERI DAMAI, 25150 KUANTAN, PAHANG. Alamat surat menyurat seperti yang
tersebut.
3.0 TUJUAN
3.1
3.2
3.3
3.4
4.0 KEAHLIAN
4.1 Ahli terbuka kepada semua pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 SMKSD.
4.2 Semua ahli berhak kepada satu undi sahaja dan adalah layak untuk memegang sebarang
jawatan dalam kelab.
5.0 DERMA
5.1 .
5.2
6.0 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN
Seorang ahli akan diberhentikan dari menjadi ahli dan namanya akan dipotong dari senarai keahliannya jika :
6.1 Mana-mana ahli yang gagal untuk mematuhi undang-undang kelab atau bertindak dengan cara
yang dapat mencemarkan nama baik kelab boleh dipecat atau digantung keahliannya
sebagaimana yang difikirkan oleh Jawatankuasa dan Guru Penasihat, Sebelum Jawatankuasa
memecat atau menggantungkan ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab
bagi pemecatan atau penggantungan secara bertulis.
6.2 Ahi-ahli tersebut juga hendaklah diberikan peluang untuk menerangkan dan membela
dirinya.pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agong
menunda atau membatalkan keputusan atas rayuan oleh ahli tersebut.
7.0 AHLI-AHLI JAWATANKUASA
7.1 Satu Jawatankuasa yang terdiri daripada ahli-ahli biasa seperti berikut hendaklah dilantik di
dalam Mesyuarat Agong Tahunan satu tahun sekali dan boleh dilantik semula.
7.1.1 Seorang Pengerusi
7.1.2 Seorang Naib Pengerusi
7.1.3 Seorang Setiausaha
7.1.4 Seorang Penolong Setiausaha
7.1.5 Seorang Bendahari
7.1.6 Seorang Penolong Bendahari
7.1.7 Seorang Wakil Tingkatan (Setiap tingkatan)
7.2 Pemegang-pemegang jawatan kelab ini hendaklah pelajar SMKSD.
7.3 Nama-nama untuk jawatankuasa yang di atas hendaklah dicadangkan dan disokong dan
pemilihan dijalankan dendan cara undi sekali setahun di dalam mesyuarat agong.
7.4 Tugas JK ialah mengelola dan mengaturkan aktiviti kelab dan membuat keputusan atas perkara-
perkara mengenai program-program kelab dengan tidak terkeluar dari dasar umum yang
ditetapkan oleh pihak sekolah. JK seharusnya tidak boleh menbuat tindakan bertentangan
dengan keputusan mesyuarat agong dan JK mestilah sentiasa taat kepada keputusan sekolah.
7.5 JK hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 6 kali setahun.Pengumuman bagi tiap-tiap
mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli dan guru penasihat 7 hari dahulu. Pengerusi
dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 3 orang ahli JK bersama-sama boleh
memanggil supaya siadakan mesyuarat JK pada ahli-ahli pada bila-bila masa. Sekurang-
kurangnya aetengah daripada bilangan ahli-ahli JK hendaklah hadir mengesahkan perjalanan
dan mencukupkan korum mesyuarat.
7.6 Jika timbul perkara yang mustahak yang berkehendakan kelulusan JK dan mesyuarat
JK tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan atau kebenaran
Guru Penasihat dengan surat pekeliling.
Syarat-syarat yang berikut boleh dianggap sebagai telah terima:-
7.6.1 Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli JK mestilah menyatakan
persetujuan atau batahan mereka kepada cadangan itu,
7.6.2 Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak.Sebarang keputusan
tersebut hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat JK
kemudiannya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.
7.7 Ahli JK yang mungkir menghadiri mesyuarat JK 2 kali berturut-turut tanpa alasan yang
memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam JK.
7.8 Jika seorang JK meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undian terbanyak di dalam
pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang
demikian tedak ada atau menolak jawatan tut, maka berkuasalah JK/Guru Penasihat melantik
ahli kelab yang lain memenuhi kekosongan itu.
7.9 JK ini boleh menubuhkan JK-JK kecil ika difikirkan musahak dan memberikan kewajiban khas
kepada sebarang ahli JK.
7.10 Kecuali di mana ainya adalah berlawanan dengan dasar yang telah ditentukan oleh pihak
sekolah dan mesyuarat agong, keputusan-keputusan ahli JK hendaklah merangkumi kepada
semua ahli kelab.
8.0 KEWAJIBAN-KEWAJIBAN JAWATANKUASA
8.1 Pengerusi
Pengerusi dalam masa jawatannya, hendaklah menpengerusikan semua mesyuarat agong dan
kehadiran Guru Prnasihat dan semua mesyuarat JK dan bertanggungjawab atas kesempurnaan
perjalanan semua mesyuarat. Beliau menpunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani
peringatan-peringatan mesyuarat bila telah diluluskan.
8.2 NaibPengerusi
Hendaklah memangku tugas Pengerusi semasa ketiadaannya.
8.3 Setiausaha
Setiausaha hendaklah menjalankan kerja-kerja pentadbiran kelab mengikut peraturan-peraturan
dan hendaklah ia menjalankan perintah-perintahmesyuarat agong dan JK. Ia bertanggungjawab
menguruskan hal-hal serat-menyurat dan menyimpan semua buku-buku kewangan, buku daftar ahli
yang mengandungi buti-butir seperti nama, umur, kelas, nombor kad pengenalan dan alamat tiap-tiap
ahli.
8.4 PenolongSetiausaha
Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerja dan
memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.
8.5 Bendahari
Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan kelab/persatuan. ia
hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan
bertanggungjawab di atas kebetulannya.
8.6 Ahli Jawatankuasa
Ahi JK iasa yang 3 orang lagi akan mengambil bahagian yang cergas untuk mengatur dan
menjalankan rancangan-rancangan kelab. JK kelab bertanggungjawab menjalankan dasar kewangan
dan kemajuan kelab.
9.0 KEWANGAN
9.1 Segala perbelanjaan yang melebihi RM 50.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar tanpa
kebenaran terlebih dahulu daripada Guru Penasihat.
Pebelanjaan yang kurang daripada RM 50.00 bagi sesuatu masa bolehlah diluluskan oleh
Pengerusi bersama Setiausaha dan Bendahari.
9.2 Penyata darihal kewangan yang diterima dan dibelanjakan serta timbangan kira-kira bagi
setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Guru Penasihat/Pemeriksa Kira-kira
untuk rekod fail kelab/persatuan dan salinan hendaklah dibekalkan untuk meklumat pihak sekolah
khususnya GPK KoKurikulum.
9.3 Tahun kewangan Kelab/persatuan ini bermula dari 1 Februari dan berakhir pada sebulan
sebelum cuti penggal akhir tahun.
10.0 MESYUARAT AGONG
10.1 Pengelolaan Kelab/persatuan ini terserah kepada mesyuarat agong ahli-ahli. Sekurang-
kurangnya satu perdua daripada jimlah ahli-ahli yang berhak mengundi hadir di dalam mesyuarat
agong bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi (korum) untuk mesyuarat.
10.2 Mesyuarat Agong tahunan bagi Kelab/persatuan hendaklah diadakan dengan secepat
mungkin setelah pendaftaran keahlian mengikut tarikh yang dicadangkan oleh pihak sekolah
berdasarkan takwin sekolah. Kerja-kerja mesyuarat agong tahunan ialah :-
10.2.1 Menerima laporan JK berkenaan kerja-kerja di dalam tahunan yang lalu.
10.2.2 Melantik ahli-ahli JK untuk berkenaan.
10.2.3 Menerima laporan Bendahari dan penyata kira-kira yang telah diperiksa untuk tahun
yang lalu (jika ada).
10.2.4 Menguruskan lain-lain perkara yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.
10.3 Satu pengumuman mesyuarat yang menerangkan tarikh, waktu dan tempat serta
agenda (acara mesyuarat) hendaklah dibuat secara bertulis dan melalui sia raya sekurang-
kurangnya satu hari sebelum mesyuarat agong.
11.0 PENASIHAT
Kelab/persatuan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya seorang guru penasihat yang dilantik
oleh pihak sekolah dan tidak lebih daripada 2 orang Penasihat.
12.0 MENGUNDI
Undi akan dijalankan dengan secara sulit atau terbuka. Jika keputusan undi itu didapati seri,
Penasihat berhak menggunakan undinya untuk salah satu pihak.
13.0 LARANGAN
13.1 Perlaksanaan aktiviti di kawasan di kawasan/luae kawasa sekolah tanpa kebenaran pihak
sekolah atau pengawasan guru penasihat.
13.2 Perlaksanaan aktiviti yang melanggar peraturan sekolah.
1.2 Draf Aktiviti Asas
Bil Aktiviti Tarikh Sasaran Catatan1. 1.1 Perjumpaan Agong Januari
1.2 Pemilihan AJK Kelab
Semua Ahli yang
berdaftar.
*Kecuali pelajar tingkatan 1.
2. 2.1 Perjunpaan .................................
*Taklimat Program Kelab
* Kutipan Yuran
Semua Ahli
3. 3.1 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa
3.1.1 Perancangan aktiviti 3.1.2 Jadual latihan 3.2 Mesyuarat AJK (2) & (3) 3.2.1 Jualan Cenderamata 3.2.2 Latihan pelapis 3.2.3 Jamuan akhir tahun
AJK Semakan tugas & Perlaksanaan aktiviti
4.5.6.7.8.9.10.11.12.13.14.15.16.17.18.
1.3 Senarai Jawatankuasa Penaja
SMK SERI DAMAI, KUANTAN
MAKLUMAT UNIT KOKURIKULUM
1. NAMA UNIT :
2. NAMA GURU PENASIHAT
3. SENARAI AHLI JAWATANKUASA :
Jawatan Nama Kelas Kad Pengenalan
i. Pengerusi
ii. Naib Pengerusi
iii. Setiausaha
iv. P.Setiausaha
v. Bendahari
vi. Wakil Tingkatan 1.
2.
3.
4.
5.
6.
4. Bilangan Ahli Berdaftar
Melayu Cina India Lain-lain JumlahTingkatan 1
Tingkatan 2
Tingkatan 3
Tingkatan 4
Tingkatan 5
Tingkatan
JUMLAH
5. Rancangan Utama Tahun 2012 dan Target
Rancangan/ Tempoh Target
1
6. Waktu Perjumpaan / Tempat Perjumpaan
HARI RABU
MASA
TEMPAT
Tandatangan Pengerusi Disahkan oleh Guru Penasihat
.................................. .............................................
( )
Tarikh :