contoh rph literasi bm tahun 2

3
MINGGU ___ CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA HARI Rabu TARIKH 9 April 2015 KELAS 2 Delima TEMA Alam Sekitar TAJUK Persekitaran Bersih dan Selamat MASA 7.35 - 8.35 pagi STANDARD PEMBELAJARAN SP 2.2.3 : Membaca dan memahami ayat majmuk daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul. KONSTRUK Konstruk 5 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat; Membaca dan memahami frasa dalam ayat majmuk dengan sebutan yang betul. (M) Membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup dengan betul. (BM) AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Murid bersoal jawab tentang gambar sebuah gerai makanan yang dipamerkan oleh guru. 2. Murid membaca petikan yang diedarkan oleh guru dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. 3. Murid mengecam dan membaca frasa yang dihitamkan. (M) 4. Murid mengecam dan membaca perkataan suku kata tertutup yang dihitamkan. (BM) 5. Murid menjawab soalan pemahaman berdasarkan bahan petikan. (M) 6. Murid menulis semula perkataan suku kata tertutup yang dihitamkan. (BM) 7. Murid membuat rumusan isi pelajaran. PENGISIAN KURIKULUM Nilai : Kebersihan, kerjasama EMK : Kreativiti dan inovasi

Upload: mirajo

Post on 29-Sep-2015

184 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

literasi

TRANSCRIPT

MINGGU ___

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

BAHASA MALAYSIA

HARIRabu

TARIKH9 April 2015

KELAS2 Delima

TEMA Alam Sekitar

TAJUKPersekitaran Bersih dan Selamat

MASA7.35 - 8.35 pagi

STANDARD PEMBELAJARANSP 2.2.3 : Membaca dan memahami ayat majmuk daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul.

KONSTRUKKonstruk 5 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup

OBJEKTIFPada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat;

Membaca dan memahami frasa dalam ayat majmuk dengan sebutan yang betul. (M)

Membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup dengan betul. (BM)

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANMurid bersoal jawab tentang gambar sebuah gerai makanan yang dipamerkan oleh guru.Murid membaca petikan yang diedarkan oleh guru dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Murid mengecam dan membaca frasa yang dihitamkan. (M)Murid mengecam dan membaca perkataan suku kata tertutup yang dihitamkan. (BM)Murid menjawab soalan pemahaman berdasarkan bahan petikan. (M)Murid menulis semula perkataan suku kata tertutup yang dihitamkan. (BM)Murid membuat rumusan isi pelajaran.

PENGISIAN KURIKULUMNilai : Kebersihan, kerjasamaEMK : Kreativiti dan inovasi

BCB : Bacaan mekanis

BBBPetikan, lembaran aktiviti

SISTEM BAHASAAyat majmuk

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANMurid menjawab soalan pemahaman. (M)

Murid menulis semula perkataan suku kata tertutup. (BM)

REFLEKSI

M- Menguasai BM - Belum Menguasai

Lampiran (M)

Persekitaran Bersih

Hana dan Azim baru pulang dari sekolah. Cuaca pada hari itu sangat panas dan mereka berasa sangat dahaga. Mereka singgah untuk minum di sebuah gerai di tepi jalan. Mereka melihat gerai itu sangat kotor. Gerai itu terletak di tepi longkang yang airnya tersumbat dan berbau busuk.

Terdapat banyak sisa makanan dan sampah sarap dibuang di sekitar gerai itu. Tidak jauh dari gerai itu, kelihatan tikus berkeliaran mencari sisa makanan. Mereka tidak mahu membeli minuman di gerai itu kerana takut terkena keracunan makanan dan alahan.

Lampiran (BM)

Persekitaran Bersih

Hana dan Azim baru pulang dari sekolah. Cuaca pada hari itu sangat panas dan mereka berasa sangat dahaga. Mereka singgah untuk minum di sebuah gerai di tepi jalan. Mereka melihat gerai itu sangat kotor. Gerai itu terletak di tepi longkang yang airnya tersumbat dan berbau busuk.

Terdapat banyak sisa makanan dan sampah sarap dibuang di sekitar gerai itu. Tidak jauh dari gerai itu, kelihatan tikus berkeliaran mencari sisa makanan. Mereka tidak mahu membeli minuman di gerai itu kerana takut terkena keracunan makanan dan alahan

LAMPIRAN

Jawab soalan di bawah berdasarkan petikan yang dibaca.