contoh penulisan teknologi

19
 1 1.0 Pengenalan Kebolehan menyelesaikan soalan dan masalah aritmetik Matematik merujuk kepada kemampuan murid menyelesaikan soalan operasi tambah, tolak, darab, bahagi serta operasi bercampur dalam Matematik yang merangkumi masalah rutin dan masalah bukan rutin. Menurut Aziz (2002), sekiranya penyelesaian masalah hanya mengaplikasikan aritmetik yang telah dipelajari, maka ia disebut sebagai masalah rutin. Manakala sekiranya seseorang murid perlu berfikir secara mendalam untuk mengaplikasikan konsep asas Matematik untuk menyelesaikan masalah yang diberikan, ia dinamakan masalah bukan rutin. Masalah yang berkait dengan kurikulum Matematik sekolah rendah lazimnya merupakan masalah rutin yang berbentuk masalah  bersimbol tambah, tolak, darab dan bahagi serta masalah berayat bagi operasi bercampur yang melibatkan dua atau lebih operasi aritmetik tersebut (Ong & Yoong, 2003). Menurut Noor Azlan (1995), dalam sejarah perkembangan pendidikan Matematik di Malaysia, kurikulum mata pelajaran itu telah mengalami banyak perubahan sejak merdeka hingga sekarang. Kementerian Pelajaran Malaysia peka terhadap kualiti pengajaran dan  pembelajaran di bilik darjah. Banyak usaha telah dijalankan untuk meningkatkan mutu  pengajaran dan pembelajaran Matematik. Justeru, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai  pendekatan yang kreatif dan inovatif untuk meningkatkan kebolehan murid dalam menyelesaikan masalah Matematik. Bagi merealisasikan hasrat ini, penggunaan aplikasi perisian pembelajaran  berbantukan komputer (PPBK) telah diperkenalkan sebagai satu strategi untuk meningkatkan  pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah rendah. Penggunaan aplikasi perisian  pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dipercayai akan meningkatkan kemahiran mengira dan kebolehan menyelesaikan masalah aritmetik Matematik dalam kalangan murid di peringkat sekolah rendah lagi (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000). Perkembangan pesat teknologi maklumat dewasa ini telah memberikan lebih banyak alternatif kepada guru-guru Matematik dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran secara menarik serta efektif. Sehubungan itu, satu aplikasi perisian yang bernama µReken Test¶ telah dijalankan dan dibuat bagi menghasilkan perisian pembelajaran berbantukan komputer (PPBK). Ia merupakan perisian tentang aritmetik Matematik untuk pelajar peringkat sekolah rendah (Tahun 3 sehingga Tahun 6) dalam usaha menyediakan suasana pembelajaran secara maya yang interaktif dan menyeronokkan berbanding cara tradisional yang biasanya melibatkan  buku dan pensil sahaja. Perisian ini menawarkan pembelajaran secara kontekstual dan

Upload: nadia-yunus

Post on 06-Jul-2015

1.325 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Penulisan Teknologi

5/8/2018 Contoh Penulisan Teknologi - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-penulisan-teknologi 1/19

 

1

1.0 Pengenalan

Kebolehan menyelesaikan soalan dan masalah aritmetik Matematik merujuk kepada kemampuan

murid menyelesaikan soalan operasi tambah, tolak, darab, bahagi serta operasi bercampur dalam

Matematik yang merangkumi masalah rutin dan masalah bukan rutin. Menurut Aziz (2002),

sekiranya penyelesaian masalah hanya mengaplikasikan aritmetik yang telah dipelajari, maka ia

disebut sebagai masalah rutin. Manakala sekiranya seseorang murid perlu berfikir secara

mendalam untuk mengaplikasikan konsep asas Matematik untuk menyelesaikan masalah yang

diberikan, ia dinamakan masalah bukan rutin. Masalah yang berkait dengan kurikulum

Matematik sekolah rendah lazimnya merupakan masalah rutin yang berbentuk masalah

 bersimbol tambah, tolak, darab dan bahagi serta masalah berayat bagi operasi bercampur yang

melibatkan dua atau lebih operasi aritmetik tersebut (Ong & Yoong, 2003).

Menurut Noor Azlan (1995), dalam sejarah perkembangan pendidikan Matematik di

Malaysia, kurikulum mata pelajaran itu telah mengalami banyak perubahan sejak merdeka

hingga sekarang. Kementerian Pelajaran Malaysia peka terhadap kualiti pengajaran dan

  pembelajaran di bilik darjah. Banyak usaha telah dijalankan untuk meningkatkan mutu

 pengajaran dan pembelajaran Matematik. Justeru, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai

 pendekatan yang kreatif dan inovatif untuk meningkatkan kebolehan murid dalam menyelesaikan

masalah Matematik. Bagi merealisasikan hasrat ini, penggunaan aplikasi perisian pembelajaran

  berbantukan komputer (PPBK) telah diperkenalkan sebagai satu strategi untuk meningkatkan  pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah rendah. Penggunaan aplikasi perisian

 pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dipercayai akan meningkatkan kemahiran mengira

dan kebolehan menyelesaikan masalah aritmetik Matematik dalam kalangan murid di peringkat

sekolah rendah lagi (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000).

Perkembangan pesat teknologi maklumat dewasa ini telah memberikan lebih banyak 

alternatif kepada guru-guru Matematik dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran

secara menarik serta efektif. Sehubungan itu, satu aplikasi perisian yang bernama µReken Test¶

telah dijalankan dan dibuat bagi menghasilkan perisian pembelajaran berbantukan komputer 

(PPBK). Ia merupakan perisian tentang aritmetik Matematik untuk pelajar peringkat sekolah

rendah (Tahun 3 sehingga Tahun 6) dalam usaha menyediakan suasana pembelajaran secara

maya yang interaktif dan menyeronokkan berbanding cara tradisional yang biasanya melibatkan

  buku dan pensil sahaja. Perisian ini menawarkan pembelajaran secara kontekstual dan

Page 2: Contoh Penulisan Teknologi

5/8/2018 Contoh Penulisan Teknologi - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-penulisan-teknologi 2/19

 

dikategorikan kepada beberapa jenis seperti tutorial, latih tubi, permainan, simulasi serta

 penilaian atau ujian.

2.0 Perisian µReken Test¶

Perisian µReken Test¶ ini dimuat turun daripada laman web Perisian Reken Test ini iaitu dalam

http://www.soft-games.com/php/software.php?id_programa=12896&download-Reken-Test-

3.0.3. Ia merupakan sebuah perisian pendidikan jenis kategori freeware untuk melatih

kemampuan para pelajar di sekolah rendah dalam aritmetik Matematik. Laman web rasmi

 perisian ini adalah seperti dalam Rajah 2.1 berikut.

Rajah 2.1: Laman Web Rasmi Untuk Muat Turun Perisian µReken Test¶

Di samping itu, aplikasi perisian ini juga boleh dimuat turun pada pautan laman web

http://www.4x4software.nl/english/index.html seperti dalam Rajah 2 berikut.

Page 3: Contoh Penulisan Teknologi

5/8/2018 Contoh Penulisan Teknologi - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-penulisan-teknologi 3/19

 

Rajah 2.2: Pautan Laman Web Lain Untuk Muat Turun Perisian µReken Test¶

Semasa memuat turun aplikasi perisian ini, paparan seperti Rajah 2.3 tersebut akan

tertera. Kemudian, klik pada fail rt402.exe. Rajah 2.4 tersebut akan dipaparkan untuk proses

mengisi dan menyimpan perisian µReken Test¶ ini sebagai suatu program baru di dalam

komputer.

Rajah 2.3: Fail Perisian µReken Test¶ Dalam Format WinRAR ZIP

Page 4: Contoh Penulisan Teknologi

5/8/2018 Contoh Penulisan Teknologi - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-penulisan-teknologi 4/19

 

Rajah 2.4: Paparan Proses Mengisi Dan Menyimpan Perisian µReten Test¶

Sebagai Program Baru Di Dalam Komputer 

Rajah 2.5: Paparan Fail installer Dalam Bentuk winRAR ZIP Dan

Menu Aplikasi Perisian µReken Test¶ Sebagai Program Baru Dalam Komputer 

Langkah pertama:

Fail installer  dalam bentuk winRAR ZIP ini akan kelihat

  pada desktop atau fail muat turun /µdownload ¶ di kompuselepas dimuat turun dari laman web di internet.

Langkah kedua:

Selepas pengisian (install) aplikasi perisian µRek

Test¶dalam komputer ini selesai, maka akan kelihatan me

 perisian tersebut seperti ini pada desktop atau fail dokumen

komputer.

Page 5: Contoh Penulisan Teknologi

5/8/2018 Contoh Penulisan Teknologi - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-penulisan-teknologi 5/19

 

Reken Test menyokong asas operasi aritmetik dalam Matematik bagi peringkat sekolah

rendah seperti penambahan dan penolakan, darab dan bahagi serta operasi bercampur. Di

samping itu, perisian ini juga melibatkan operasi yang melibatkan aras kemahiran lebih tinggi

seperti operasi aritmetik perpuluhan, wang, peratusan dan pecahan. Reken Test juga adalah

  perisian untuk tutorial, latih tubi, permainan, simulasi dan ujian dalam menganalisis serta

menguji kemampuan menghitung nombor dalam opeasi tambah, tolak, darab, bahagi dan opeasi

  bercampur. Aplikasi perisian ini turut boleh digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran di

kelas (sekolah) atau sebagai aktiviti penggayaan dan pengukuhan latihan di rumah bagi

mengulang kaji dan bermain sambil belajar di rumah. Dengan pelbagai pilihan penyesuaian,

Reken Test boleh digunakan untuk menangani aras-aras kelemahan pelajar untuk kemahiran

aritmetik Matematik yang berbeza-beza kerana setiap pelajar mempunyai aras pembelajaran

yang juga berbeza-beza.

Perisian µReken Test ini telah direka untuk soalan aritmetik yang melibatkan nilai digit 0

sehingga 100. Ia merupakan sebuah perisian pembelajaran Matematik yang sesuai untuk melatih

operasi darab disamping nilai perpuluhan yang disokong dalam pelbagai format seperti wang,

  peratusan dan pecahan. Aplikasi perisian yang mesra pengguna ini dapat disesuaikan kepada

semua kategori pengguna amnya dan pelajar sekolah rendah dari Tahun 3 sehingga Tahun 6

khususnya. Ia sebenarnya bergantung kepada aras kemahiran dan penerimaan kognitif serta

  prestasi pelajar tersebut. Soalan-soalannya adalah bermula dari aras kemahiran yang mudahkepada yang sukar, pendek kepada yang panjang, umum kepada yang spesifik dan tidak terlalu

mudah atau tidak terlalu susah. Tapi anda juga boleh membiarkan perisian tersebut

menggunakan masalah disesuaikan. Aplikasi perisian µReken Test¶ ini juga akan menawarkan

latihan tambahan dengan soalan serta masalah yang diikuti pembetulan. Jika seseorang pelajar 

memerlukan latihan tambahan pada suatu soalan atau masalah tertentu, program perisian ini akan

memberikannya secara automatik. Setelah setiap sesi ujian atau latih tubi dan tutorial ini dibuat,

laporan menyeluruh akan dipaparkan.

Aplikasi perisian ini mempunyai antara muka yang mesra pengguna (user friendly) dan

diorganisasikan dengan baik. Ia mempunyai reka bentuk elegan walaupun ringkas. Ia juga

didokumentasikan dengan baik bagi atas talian (online) dalam laman web aplikasi perisian

µReken Test¶ di internet. Oleh itu, perisian ini dapat digunakan dalam rangkaian internet dengan

mudah dan cepat untuk dimuat turun, digunakan sebagai salah satu cara pembelajaran atau dibuat

Page 6: Contoh Penulisan Teknologi

5/8/2018 Contoh Penulisan Teknologi - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-penulisan-teknologi 6/19

 

sebagai salah satu cara ujian sumatif dengan berbantukan komputer (PPBK). Hal ini disokong

dengan mudah untuk memasang, pelayan, rangkaian laman web yang stabil dan mesra pengguna.

Ini membolehkan pengguna dapat berhubung dengan rangkaian tanpa kesulitan teknikal sama

sekali. Oleh itu, perisian µReken Test¶ ini adalah perisian percuma atau  freeware. Salah satu

kelebihan utama bagi perisian ini adalah ia tersedia dalam beberapa bahasa dan boleh digunakan

di seluruh dunia seperti bahasa Inggeris, bahasa Sepanyol, bahasa Portugis dan bahasa Dutch.

Rajah 2.6: Ekstensif Dokumentasi Boleh Dibuat Secara Atas Talian

Rajah 2.7: Meja Bantuan Secara Atas Talian Bagi Perisian µReken Test¶

Page 7: Contoh Penulisan Teknologi

5/8/2018 Contoh Penulisan Teknologi - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-penulisan-teknologi 7/19

 

3.0 Klasifikasi Kategori Perisian µReken Test¶

Perisian pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) µReken Test¶ telah diperkenalkan dalam

sistem pendidikan negara kita. Perisian ini sebenarnya merupakan pendekatan yang

menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Kewujudan perisian adalah

sebagai satu alternatif yang dapat mempelbagaikan lagi stategi untuk menjadikan proses

 pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah rendah sebagai suatu sesi yang menarik dan

menyeronokkan. Perisian ini mempunyai lima klasifikasi kategori iaitu tutorial, latih tubi,

 permainan, simulasi dan penilaian atau ujian.

3.1 Tutorial

Penggunaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dapat meningkatkan prestasi

  pencapaian akademik pelajar. Penggunaan µReken Test¶ dalam proses pengajaran dan

  pembelajaran dapat memberi implikasi yang jauh lebih baik daripada penggunaan kaedah

 pengajaran yang tradisional. Ini kerana, tutorial dalam PPBK dapat membantu pelajar memahami

sesuatu pelajaran dengan lebih baik.

Tutor dalam perisian µReken Test¶ ini sama ada melibatkan individu, komputer atau

  bahan bercetak yang mempersembahkan isi kandungan pelajaran, mengemukakan soalan,

meminta maklum balas pelajar, analisa jawapan, menyediakan maklumbalas yang sepatutnya dan

membekalkan latihan sehingga pelajar menunjukkan tahap kecekapan yang telahditetapkan. Susunan dalam tutorial termasuk pengajar dan pelajar (dialog interaktif), pelajar 

dengan pelajar, komputer dengan pelajar, dan bahan bercetak dengan pelajar.

Tutorial dalam perisian µReken Test¶ ini melibatkan komputer untuk memperkenalkan

  bahan-bahan pembelajaran disampaikan secara berperingkat-peringkat dan diikuti dengan

soalan-soalan. Seterusnya komputer akan menyemak jawapan dan memberikan maklum balas.

Ianya sesuai digunakan untuk memperkenalkan isi kandungan baru, mengulangkaji dan

  pemulihan kepada pelajar yang berpencapaian rendah atau pengayaan kepada pelajar yang

 berpencapaian tinggi dalam Matematik di sekolah rendah dari Tahun 3 sehingga Tahun 6.

Dalam aplikasi tutorial perisian ini, ia dianggap peranan pengajaran awal bagi guru atau tutor. Ia

mempersembahkan isi kandungan baru dan menaksir pembelajaran. Tutorial secara khususnya

mengandungi pengetahuan utama yang terurus. Satu atau lebih laluan dibuat menerusi

Page 8: Contoh Penulisan Teknologi

5/8/2018 Contoh Penulisan Teknologi - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-penulisan-teknologi 8/19

 

  pengetahuan tersebut, objektif pembelajaran yang khusus dan ujian dalaman pembelajaran

 pelajar. Tutorial berasaskan komputer mempunyai kelebihan dari segi :

y  S oalan pelengkap. Sebagaimana komputer latihtubi, tutorial melalui komputer juga

mempunyai kelebihan interaktiviti. Pelajar mesti memainkan peranan aktif dengan

menjawab soalan pelengkap. Maklumbalas segera juga diberikan.

y  C abangan. Tutorial berkomputer juga bercabang secara automatik, yang mana

menyesuaikan aturan persembahan kandungan, berpandukan jawapan pelajar terhadap

soalan pelengkap. Pemulihan atau pengayaan boleh dibina secara dalaman bagi

menemukan keperluan setiap individu pelajar.

y   P ersembahan dinamik. Komputer dapat mempersembahkan maklumat secara dinamik,

seperti menyerlahkan teks penting pada skrin bagi menarik perhatian pelajar, atau melalui

  proses gambaran menggunakan animasi grafik. Komputer multimedia mungkin juga

melibatkan audio dan video.

y   P enyimpanan rekod. Tutorial berkomputer dapat menjaga rekod pelajar secara

automatik, yang boleh digunakan untuk memaklumkan mereka kemajuannya.

3.2 Latih tubi

Latihtubi adalah suatu latihan yang berikan oleh perisian µReken Test¶ untuk meningkatkan

  pengalaman pembelajaran. Perisian ini akan memberikan soalan dan merakamkan semua jawapan yang betul atau salah. Seterusnya ia dapat memberikan maklumbalas kepada pelajar. Ini

akan membolehkan pelajar yang kurang berpengalaman dapat mengikuti perjalanan kursus

mengikut tahapnya sendiri dan dapat memaparkan kemajuannya pada bila-bila masa sahaja.

Semasa latihtubi, pelajar dibimbing menerusi satu siri latihan praktis yang direkabentuk 

untuk meningkatkan kefasihan dalam kemahiran belajar pelajaran baru atau membuat ulangkaji

  bagi topik aritmetik Matematik. Penggunaan kaedah ini adalah dengan anggapan pelajar telah

  pun menerima pengajaran tentang konsep, prinsip atau prosedur dalam soalan tambah, tolak,

darab, bahagi dan operasi bercampur. Untuk menjadikan kaedah ini lebih berkesan, latih tubi

memasukkan maklum balas penyemakan dalam perisian µReken Test¶ untuk memulihkan

kesalahan yang pelajar mungkin buat sepanjang proses itu.

Jika dibandingkan dengan latihtubi tanpa komputer, dalam perisian µReken Test¶

menawarkan kelebihan dari segi :

Page 9: Contoh Penulisan Teknologi

5/8/2018 Contoh Penulisan Teknologi - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-penulisan-teknologi 9/19

 

y   I nteraktiviti. Komputer dapat mempersembahkan banyak masalah dan memerlukan

 pelajar memberi jawapan.

y   M aklum balas cepat . Komputer dapat memaklumkan pelajar dengan segera sekiranya

sesuatu jawapan itu betul atau salah. Dalam program yang direkabentuk dengan

sempurna, komputer boleh memberitahu pelajar sebabnya. Banyak program latih tubi

mengulang item-item yang tertinggal secara automatik sehingga pelajar mahir.

y   K esabaran tanpa had . Komputer bagi program latih tubi dapat boleh digunakan dalam

 jangkamasa panjang tanpa merasa letih atau marah.

y   P elbagai tahap kesukaran. Komputer dapat menyesuaikan tahap kesukaran. Ia mungkin

ditetapkan oleh guru atau pelajar, atau program tersebut mungkin mengubahsuai secara

automatik berdasarkan pencapaian pelajar.

y   M otivasi. Menerusi penggunaan elemen cabaran dan permainan, atau hanya disebabkan

oleh penggunaan komputer itu sendiri, komputer dengan program latih tubi mungkin

lebih memberi motivasi kepada pelajar berbanding dengan latihan yang sama

menggunakan kertas dan pensil.

3.3 Permainan

Permainan merupakan jenis PPBK yang melibatkan aktiviti berbentuk pertandingan di mana

  pelajar akan membuat keputusan, mengikut arahan dan peraturan. Unsur-unsur hiburan dankeseronokan dimasukkan bersama-sama semasa pelajar mempelajari sesuatu kemahiran dalam

aritmetik. Ianya akan dapat memperkembangkan kemahiran mental, logik, pengetahuan dan

 penyelesaian masalah dalam perisian µReken Test¶. Pengajaran secara permainan menyediakan

satu persekitaran yang dipertimbangkan pelajar mengikut arahan peraturan dalam perjuangan

untuk memenangi satu matlamat yang mencabar. Ia merupakan pendekatan yang sangat

 bermotivasi terutamanya bagi isi kandungan buku teks yang membosankan dan berulang-ulang.

Pengajaran secara permainan dalam perisian µReken Test¶ memasukkan elemen

menyeronokkan kepada pelajar. Dalam banyak kes, permainan adalah semata-mata diubah versi

daripada jenis PPBK yang lain, seperti latihtubi atau simulasi, tetapi istimewanya dengan

mempunyai kriteria berikut:

Page 10: Contoh Penulisan Teknologi

5/8/2018 Contoh Penulisan Teknologi - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-penulisan-teknologi 10/19

 

10

y   M otivasi. Kebaikan utama bagi permainan dalam perisian µReken Test¶ ialah

kepelbagaian elemen motivasi yang ditawarkan, termasuk pertandingan, kerjasama,

cabaran, fantasi, pengiktirafan dan penghargaan.

y  S truktur permainan. Struktur permainan bermaksud peraturan permainan dan matlamat

akhir.

y   P ertimbangan pancaindera. Permainan pada perisian µReken Test¶ selalunya

dipertimbangkan melalui penggunaan grafik, animasi, bunyi dan

 penambahan pancaindera lain.

3.4 Simulasi

Simulasi adalah suatu situasi yang disediakan dalam perisian µReken Test¶dengan memberikan

gambaran sebenar terhadap sesuatu penyelesaian soalan aritmetik yang berkaitan perpuluhan,

 peratus, wang dan pecahan. Pelajar dapat berinteraksi secara aktif dengan perisian berdasarkan

topik masing-masing bagi membuat keputusan, menyelesaikan masalah, isu, tugasan tertentu dan

membuat keputusan yang tertentu. Ianya sesuai digunakan untuk pembelajaran konsep yang

kompleks terutama dalam mata pelajaran Matematik yang memerlukan buku atau modul yang

mahal.

Melalui simulasi dalam perisian ini, pelajar berhadapan dengan situasi hampir sebenar 

dengan realiti kehidupan sebenar. Simulasi membenarkan latihan sebenar dijalankan tanpamelibatkan perbelanjaan dan risiko sebagaimana dalam situasi sebenar. Ia mungkin melibatkan

  peserta berdialog, manipulasi bahan dan alatan atau interaksi dengan komputer. Kaedah ini

memperkenalkan kemahiran kognitif, afektif dan interpersonal yang mengutamakan maklum

  balas yang tepat, cepat, kadar kendiri dan keupayaan memusatkan persoalan. Pelajar boleh

  berlatih bekerjasama dalam kumpulan kerja, serta mendidik diri dengan kemahiran

memimpin. Contohnya, dalam pembelajaran aritmetik Matematik, pelajar memanipulasikan

rumus aritmetik Matematik untuk menentukan kesan daripada mengubah pembolehubah tertentu.

Simulasi menjadikan penggunaan keupayaan komputer secara terbaik secara:

y   M engawal pelbagai pembolehubah. Dalam perisian µReken Test¶ boleh mengurus

  pelbagai pembolehubah serentak. Hasilnya, ia dapat menggambarkan secara realistik 

fenomena yang kompleks, seperti pembangunan dan perubahan sesuatu bandaraya atau

Page 11: Contoh Penulisan Teknologi

5/8/2018 Contoh Penulisan Teknologi - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-penulisan-teknologi 11/19

 

11

fizikal badan semasa bergerak. Pelajar boleh memanipulasikan pembolehubah ini untuk 

meninjau kesan ke atas sistem yang dimodelkan.

y   P ersembahan yang dinamik. Keupayaan perisian ini untuk mempersembahkan maklumat

secara dinamik adalah sangat penting dalam simulasi.

y   M asa kawalan. Perisian ini dapat menetapkan hari, tarikh dan masa pelajar untuk 

menjawab setiap soalan dalam saat atau minit.

y   K esan peluang. Kebanyakan simulasi memasukkan elemen peluang atau rawak supaya

menjadikannya lebih realistik, membolehkan pelajar berinteraksi dalam keadaan berbeza

 pada ketika berbeza.

3.5 Ujian

Ujian atau penilaian adalah jenis PPBK yang digabungkan dengan kaedah permainan untuk 

menghasilkan suatu keputusan yang hendak diambil oleh pelajar dalam perisian ini. Pelajar akan

melakukan pilihan yang sesuai dan tepat. Dalam perisian µReken Test¶ ini, ia direkabentuk untuk 

mendidik pelajar dengan kemahiran penyelesaian masalah atau soalan secara sumatif. Aplikasi

ujian berkomputer mempunyai kelebihan tertentu seperti yang berikut:

y   F okus pada jenis masalah yang khusus. Program perisian ini memberikan peluang untuk 

  penyelesaian soalan atau masalah yang khusus selalunya fokus pada kemahiran yang

khusus.y   K uantiti. Komputer dapat membekalkan pelajar dengan sejumlah besar soalan atau

masalah untuk latihan ujian dalam jangka masa yang singkat, interaksi yang diperlukan

dan memberi maklum balas.

y   K epelbagaian. Komputer berupaya mempersembahkan pelbagai soalan dan masalah. Ini

menolong pelajar untuk membuat generalisasi kemahiran menjawab soalan dan

menyelesaikan masalah.

Page 12: Contoh Penulisan Teknologi

5/8/2018 Contoh Penulisan Teknologi - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-penulisan-teknologi 12/19

 

12 

4.0 Hasil Dapatan Penilaian Terhadap Kekuatan Dan Kelemahan Perisian µReken Test¶

A) PENILAIAN KEKUATAN DAN KELEMAHAN PERISIAN

MENGIKUT KRITERIA ISI KANDUNGAN

Hasil dapatan penilaian yang dibuat daripada edaran borang soal selidik yang dikumpulkan

tersebut adalah seperti dalam Jadual 1, 2 dan 3 berikut. Dapatan penilaian ini dibuat terhadap 50

orang pelajar sebagai responden. Sampel penilaian ini dipilih secara rawak dari Tahun 3, 4, 5 dan

6 sahaja. Ini kerana, Tahun 1 dan 2 masih belum menguasai operasi darab dan bahagi dalam

Semester Satu di sekolah lagi.

Bagi Jadual 1, ia menunjukkan hasil dapatan penilaian kekuatan dan kelemahan perisian

µReken Test¶ mengikut kriteria isi kandungan. Bagi Jadual 2 pula, ia menunjukkan hasil dapatan

  penilaian kekuatan dan kelemahan perisian µReken Test¶ mengikut aspek teknikal. Manakala

Jadual 3 pula, ia menunjukkan hasil dapatan penilaian kekuatan dan kelemahan perisian µReken

Test¶ mengikut kriteria dokumentasi.

Jadual 1: Hasil dapatan penilaian kekuatan dan kelemahan perisian

µReken Test¶ mengikut kriteria isi kandungan

Bil Item Peratus (%)

Ya

Peratus (%)

Tidak 

1.  Perisian µReken Test¶ menggunakan teknologi

maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran

 berbantukan komputer bagi mata pelajaran Matematik 

di sekolah rendah

90 10

2. 

Perisian µReken Test¶ mencakupi Sukatan Pelajarandan mempunyai ketepatan fakta tentang aritmetik 

Matematik 

80 20

3.  Perisian µReken Test¶ adalah perisian yang mudah

dikendalikan iaitu mempunyai arahan yang mudah 95 5

Page 13: Contoh Penulisan Teknologi

5/8/2018 Contoh Penulisan Teknologi - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-penulisan-teknologi 13/19

 

13 

difahami

4.  Perisian µReken Test¶ mudah berinteraksi dengan

  pengguna sebagai alat bantuan mengajar dalam

Matematik 

100 0

5.  Perisian µReken Test¶ boleh diintegrasikan dengan

  bahan pengajaran dan pembelajaran yang lain

(Contoh: buku teks dan buku rujukan)

100 0

6.  Perisian µReken Test¶ dapat menunjukkan demonstrasi

  penyelesaian masalah aritmetik Matematik 40 60

7.  Perisian µReken Test¶ dapat mencambah pemikiran

yang kreatif dan kritis 80 20

8.  Perisian µReken Test¶ mempunyai unsur multimedia

yang menarik seperti jenis font, warna, teks, nombor,

animasi dan gambarajah

100 0

9.  Perisian µReken Test¶ dapat memberikan maklum

  balas terhadap jawapan soalan yang diberikan oleh

 pengguna dengan segera dan tepat

100 0

10.  Perisian µReken Test¶ mepunyai isi kandungan dari

umum ke spesifik 

90 10

11.  Perisian µReken Test¶ mempunyai tahap pembelajaran

aritmetik Matematik yang boleh disesuaikan mengikut

tahap kemahiran pengguna

100 0

12.  Perisian µReken Test¶ mempunyai ciri-ciri yang

membolehkan pelajar belajar mengikut tahap

kebolehan

100 0

13.  Perisian µReken Test¶ boleh memberikan tahap

  pencapaian dan keupayaan pengguna menjawab

soalan mengikut kadaran masa tertentu (saat/minit)

untuk menyemak prestasi mereka serta membuat

  perbandingan dengan keupayaan menjawab soalan

dengan pengguna lain (jika terdapat 2 orang

100 0

Page 14: Contoh Penulisan Teknologi

5/8/2018 Contoh Penulisan Teknologi - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-penulisan-teknologi 14/19

 

14 

Daripada Jadual 1 tersebut, didapati bahawa hampir keseluruhan sampel seramai 50

orang responden yang terdiri daripada pelajar menyatakan bahawa perisian µReken Test¶ ini

mempunyai banyak kelebihan berbanding kelemahan dari segi isi kandungan. Peratusan yang

diberikan oleh responden adalah di antara 80-100% yang mengatakan bahawa perisian ini

mempunyai ciri-ciri kelebihan seperti yang dinyatakan dalam A1 sehingga A14 kecuali A6.

Cuma terdapat satu kelemahan utama perisian ini iaitu ia tidak dapat menunjukkan demonstrasi

 penyelesaian masalah aritmetik Matematik secara komprehensif dalam A6 di mana hanya 40%

sahaja responden yang bersetuju dan sebaliknya 60% responden tidak bersetuju.

B) PENILAIAN KEKUATAN DAN KELEMAHAN PERISIAN

MENGIKUT ASPEK TEKNIKAL

Jadual 2: Hasil dapatan penilaian kekuatan dan kelemahan perisian

µReken Test¶ mengikut aspek teknikal

 pengguna)

14.  Perisian µReken Test¶ menggalakkan pembelajaran

secara kendiri

100 0

Bil Item Peratus(%)

Ya

Peratus (%)

Tidak 

15. Perisian µReken Test¶ mempunyai unsur paparan skrin

atau antara muka (layout ), muzik atau suara latar yang

sesuai

80 20

16. Perisian µReken Test¶ mempunyai arahan skrin yang

mudah difahami

100 0

17. Perisian µReken Test¶ membolehkan pengguna

memulakan penggunaannya memilih dalam mana-mana 100 0

Page 15: Contoh Penulisan Teknologi

5/8/2018 Contoh Penulisan Teknologi - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-penulisan-teknologi 15/19

 

15 

tajuk, kemahiran atau bahagian mengikut aras yang mudah

atau sukar digunakan untuk Ujian Sumatif 

18. Perisian µReken Test¶ dapat dapat mengekalkan perhatian

  pengguna kepada kandungan perisian pembelajaran

aritmetik Matematik sehingga selesai.

95 5

19. Perisian µReken Test¶ membuatkan penggunaan komputer 

sering tergendala (hang ).

0 100

20. Perisian µReken Test¶ membolehkan pengguna mencetak 

( print ) hasil pencapaian jawapan bagi setiap soalan yang

dibuat

100 0

21. Perisian µReken Test¶ membolehkan pengguna

menyimpan ( save) hasil kerja dan hasil pencapaian yang

dibuat

100 0

22. Perisian µReken Test¶ memberikan tindak balas yang cepat 100 0

23. Perisian µReken Test¶ mempunyai persembahan maklumat

dan soalan yang pelbagai dalam bentuk aritmetik 

Matematik yang berlainan

100 0

24. Perisian µReken Test¶ membolehkan pengguna keluar (exit ) dari perisian bila-bila masa

100 0

25. Perisian µReken Test¶ bebas daripada kesalahan mekanis

(Contoh: Ejaan, tatabahasa, tanda bacaan dan sebagainya)

70 30

26. Perisian µReken Test¶ boleh muat turun gambar/imej

(downloading ) dengan cepat

30 70

27. Perisian µReken Test¶ mudah untuk kembali semula ke

 paparan skrin tertentu apabila diperlukan

100 0

28. Perisian µReken Test¶ mempunyai direktori (senarai

kandungan butang arahan)

100 0

Page 16: Contoh Penulisan Teknologi

5/8/2018 Contoh Penulisan Teknologi - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-penulisan-teknologi 16/19

 

16 

Daripada Jadual 2 tersebut, didapati bahawa hampir keseluruhan sampel seramai 50

orang responden yang terdiri daripada pelajar menyatakan bahawa perisian µReken Test¶ ini

mempunyai banyak kelebihan berbanding kelemahan dari segi aspek teknikal. Peratusan yang

diberikan oleh responden adalah di antara 70-100% yang mengatakan bahawa perisian ini

mempunyai ciri-ciri kelebihan seperti yang dinyatakan dalam B15 sehingga B28 kecuali B26.

Cuma terdapat satu kelemahan utama perisian ini iaitu ia tidak boleh muat turun gambar/imej

(downloading ) dengan cepat dalam B26 di mana hanya 30% sahaja responden yang bersetuju

dan sebaliknya 70% responden tidak bersetuju.

C) PENILAIAN KEKUATAN DAN KELEMAHAN PERISIAN

MENGIKUT KRITERIA DOKUMENTASI

Jadual 3: Hasil dapatan penilaian kekuatan dan kelemahan perisian

µReken Test¶ mengikut kriteria dokumentasi

Bil Item Peratus (%)

Ya

Peratus (%

Tidak 

29. Perisian µReken Test¶ mempunyai penerangan yang

eksplisit berbanding penerangan guru secara lisan

50 50

30. Perisian µReken Test¶ memberi maklumat yang tepat

tentang topik aritmetik Matematik yang berkenaan

50 50

31. Perisian µReken Test¶ mempunyai manual pengguna yangmudah difahami

70 30

32. Perisian µReken Test¶ mudah digunakan tanpa bantuan

orang lain

100 0

Page 17: Contoh Penulisan Teknologi

5/8/2018 Contoh Penulisan Teknologi - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-penulisan-teknologi 17/19

 

17 

33. Perisian µReken Test¶ menyediakan butang bantuan

(HEL P  ) yang baik 

100 0

34. Perisian µReken Test¶ mempunyai audio yang jelas untuk 

 penerangan maklumat

0 100

35. Perisian µReken Test¶ ada mencadangkan sumber lain

untuk maklumat yang berkaitan

0 100

36. Panduan pengguna yang dibekalkan bersama perisian

aplikasi µReken Test¶ ini membantu pengguna

80 20

37. Perisian µReken Test¶ menyediakan hiperlink  yang sesuai

untuk informasi yang lebih banyak seperti menukar 

  bahasa, kategori pengguna seperti guru, murid dan

  pengurus, membuang fail, memilih pelbagai topik, aras

kemahiran, dan mencari semula nama pengguna yang

terlibat sebelum ini

100 0

38. Perisian µReken Test¶ mempunyai fungsi penanda

(bookmark) yang membantu pengguna menyambung balik 

 pelajaran/topik 

90 10

39. Perisian µReken Test¶ mempunyai fungsi back-up apabila

terdapat gangguan dalam fail pengguna

90 10

40. Perisian µReken Test¶ mempunyai elemen audio dan video

yang boleh berfungsi seiring untuk penyampaian

maklumat

0 100

41. Perisian µReken Test¶ mempunyai animasi/simulasi untuk 

membantu proses P&P dan penyampaian maklumat

80 10

42. Perisian µReken Test¶ mempunyai butang navigasi untuk 

elemen yang interaktif dan berinformatif serta mudah

dimuat turun dari internet sebagai perisian aplikasi

Matematik sekolah rendah secara percuma untuk dikongsi

oleh pelbagai tahap pengguna

100 0

Page 18: Contoh Penulisan Teknologi

5/8/2018 Contoh Penulisan Teknologi - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-penulisan-teknologi 18/19

 

18 

Daripada Jadual 3 tersebut, didapati bahawa hampir keseluruhan sampel seramai 50

orang responden yang terdiri daripada pelajar menyatakan bahawa perisian µReken Test¶ ini

mempunyai banyak kelebihan berbanding kelemahan dari segi dokmentasi. Peratusan yang

diberikan oleh responden adalah di antara 50-100% yang mengatakan bahawa perisian ini

mempunyai ciri-ciri kelebihan seperti yang dinyatakan dalam C29 sehingga C42 kecuali C34,

C35 dan C40. Terdapat tiga kelemahan utama perisian ini iaitu perisian µReken Test¶ tidak 

mempunyai audio yang jelas untuk penerangan maklumat dalam C34, tidak  ada mencadangkan

sumber lain untuk maklumat yang berkaitan dalam C35, dan tidak mempunyai elemen audio dan

video yang boleh berfungsi seiring untuk penyampaian maklumat dalam C40. Bagi ketiga-tiga

item iaitu C34, C35 dan C40 dalam soal selidik ini telah menunjukkan bahawa setiapnya hanya

0% sahaja responden yang bersetuju dan sebaliknya 100% responden yang tidak bersetuju

tentang penggunaan audio, video dan sumber lain dalam perisian µReken Test¶ ini.

5.0 Kesimpulan

Menurut Cockroft (1982), perisian pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dalam

Matematik yang baik lagi efektif haruslah mengandungi penyampaian isi kandungan yang

  berkaitan sukatan pelajaran serta mudah difahami, jelas dan tepat. Ia mewujudkan interaksi

dalam kalangan guru, pembelajaran antara pelajar dan guru serta perbincangan antara pelajar 

dengan pelajar itu sendiri. Di samping itu, pembelajaran juga harus mempunyai kerja praktisyang sesuai dan latih tubi bagi kemahiran asas serta aktiviti penyelesaian masalah.

Dalam kajian Lee dan Messner (2000) juga telah menunjukkan bahawa operasi aritmetik 

Matematik seperti penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian amat penting. Ia perlu

dikuasai dengan baik oleh para pelajar pada peringkat sekolah rendah lagi supaya tidak 

menghadapi masalah apabila belajar tajuk Matematik yang lebih lanjut lagi dalam Tingkatan

Satu di sekolah menengah seperti aljabar. Pelajar yang gagal menguasai kemahiran dan konsep

ini menyebabkan mereka berasa keliru apabila belajar topik baru seperti aljabar dan kalkulus.

Oleh itu, aplikasi perisian komputer seperti µReken Test¶ ini yang mempunyai elemen-

elemen multimedia yang interaktif adalah sangat berkesan kerana dalam hasil dapatan penilaian

yang dibuat melalui soal selidik tersebut, ia ternyata mempunyai kriteria isi kandungan, aspek 

teknikal dan dokumentasi yang baik untuk diaplikasikan dalam kalangan pelajar sekolah rendah

 bagi topik aritmetik Matematik.

Page 19: Contoh Penulisan Teknologi

5/8/2018 Contoh Penulisan Teknologi - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-penulisan-teknologi 19/19

 

19 

RUJUKAN

Ahmad Zaharim Abdul Aziz. (2000).  M enguasai internet . Kuala Lumpur: Pustaka Cipta Sdn.

Bhd.

Alessi, S. M., & Trollip, S.R. (1985). C omputer-based instruction:  M ethods and development. 

 New Jersey: Prentice Hall.

Boyle, T. (1997). Design for multimedia learning . London: Prentice-Hall International.

Bunderson, C.V. (1981). C ourseware: C omputer-based instruction. London: Prentice-Hall

International.

Faharol Razi Shaari. (1998). Psikologi kognitif dalam pembinaan bahan pengajaran

 pembelajaran berbantukan komputer. Jurnal  IP  DA, 2(1), 38 - 44.

Harold, F., O'Neil, J.R., & Paris, J. (1981). Introduction and overview of computer-based

instruction. C omputer-based instruction, 2(1), 55-67.

 Newby, T.J., Stepich, D.A., Lehman, J.D., & Russell, J.D. (2000).  I nstructional technology for 

teaching  and learning . London: Prentice-Hall International.

Yusup Hashim. (1998). Rekabentuk pengajaran bersistem dalam pembinaan pengajaran berbantu

komputer (PBK). Jurnal  P endidikan, 1(1), 1-14.