contoh kes perundangan di malaysia

20
PENDAKWA RAYA V MOHD AZIZI BIN MOHD VELLO MOHD SHUHAIDI BIN MOHAMAD NUR ASHIKIN BINTI CHE ALIAS 12172212104 DEHS SEM 4

Upload: nur-ashikin

Post on 19-Jun-2015

173 views

Category:

Law


3 download

DESCRIPTION

pendakwa raya vs okt, mahkamah sesyen, contoh kes, disabitkan

TRANSCRIPT

Page 1: contoh kes perundangan di malaysia

PENDAKWA RAYAV

MOHD AZIZI BIN MOHD VELLOMOHD SHUHAIDI BIN MOHAMADNUR ASHIKIN BINTI CHE

ALIAS12172212104DEHS SEM 4

Page 2: contoh kes perundangan di malaysia
Page 3: contoh kes perundangan di malaysia
Page 4: contoh kes perundangan di malaysia

DALAM MAHKAMAH SESYEN KAJANG

(BERSIDANG DI SHAH ALAM)

DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

Page 5: contoh kes perundangan di malaysia

Korum/Hakim: Puan Suzana Bte Husin

Timbalan Pendakwa Raya: Ridha Abdah Bin Subri, Siti Balkiah Bte Abd Yazaid

D/C : En Aminuddin Bin Hj Mohd Ramli

OKT :MOHD AZIZI BIN MOHD VELLO (pembantu operasi rumah kebajikan)

MOHD SHUHAIDI BIN MOHAMAD

(guru agama)

Page 6: contoh kes perundangan di malaysia

Pertuduhan

”Bahawa kamu bersama-sama pada 26 Jun 2008 jam lebih kurang 11.00 pagi di Rumah Kebajikan Darul

Islah Selangor (PERKID), beralamat No. 9, Jalan Sentosa Batu 14, Hulu Langat, Kajang, di dalam daerah

Hulu Langat, Negeri Selangor dengan niat bersama sepertimana di takrifkan di bawah s. 34 Kanun

Keseksaan telah melakukan homosid salah tidak terjumlah kepada bunuh ke atas MEGAT MOHD.

AMIRUL ADHA BIN SOBRI KP: 850827-07-5571 dengan memukulnya dengan kaki dan tangan dan kamu mengetahui bahawa perbuatan itu mungkin menyebabkan kematian. Dengan itu, kamu telah

melakukan satu kesalahan yang boleh di hukum di bawah s. 304(a) Kanun yang sama”

Page 7: contoh kes perundangan di malaysia

Keputusan/Hukuman:

Di akhir kes pembelaan, Puan Hakim telah memutuskan bahawa pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Oleh itu, kedua-dua OKT telah di sabitkan sepertimana pertuduhan.

Puan Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dari tarikh sabitan kepada kedua-dua OKT.

Page 8: contoh kes perundangan di malaysia

Puan Hakim juga membenarkan permohonan kedua-dua OKT untuk menangguhkan perlaksanaan hukuman penjara dengan jaminan sebanyak RM35,000 dengan seorang penjamin bagi OKT1 dan sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin bagi OKT2.

Syarat lain kedua-dua OKT perlulah melaporkan diri mereka ke Balai Polis yang terdekat pada setiap hari Isnin pertama setiap bulan.

Page 9: contoh kes perundangan di malaysia

Mereka didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu Peguam Aminuddin Mohd Ramli yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan berikutan anak guamnya penanggung tunggal keluarga mereka.

Page 10: contoh kes perundangan di malaysia

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Ridha Abdah Subri memohon hukuman berat berikutan keterangan menunjukkan perbuatan kejam tertuduh mengakibatkan kematian mangsa.

Katanya, mangsa dihadapkan ke tribunal oleh tertuduh sebelum dipukul berkali-kali atas alasan lari dari rumah kebajikan itu.

Page 11: contoh kes perundangan di malaysia

Rayuan mereka untuk mengurangkan hukuman penjara gagal kerana menyebabkan kematian seorang penghuni PERKID.

Sebaliknya hukuman untuk kedua-dua tertuduh masing-masing ditambah daripada 15 kepada 20 tahun penjara.

Keputusan dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Nurcahaya Arshad.

Page 12: contoh kes perundangan di malaysia

Tarikh Keputusan: 29.02.12

Tarikh Akhir Memfailkan Notis Rayuan: 14.03.12

Page 13: contoh kes perundangan di malaysia

Fakta Ringkas Kes

Page 14: contoh kes perundangan di malaysia

Pada 26 Jun 2008, pada jam lebih kurang 8.00 pagi mangsa telah di bawa ke Balai Polis Bt 14 untuk melaporkan diri di bawah perintah pengawasan di bawah Seksyen 6 Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1998.

Setelah melaporkan diri, mangsa telah melarikan diri namun dapat di tangkap semula oleh kakitangan PERKID.

Page 15: contoh kes perundangan di malaysia

Mangsa seterusnya di bawa balik ke PERKID oleh OKT1 dan OKT2 dengan menaiki van PERKID.

Walaubagaimanapun, pada jam lebih kurang 9.00pagi dalam perjalanan pulang ke PERKID, OKT1 dan OKT2 mendakwa van yang mereka naiki rosak kerana mengalami ‘overheating’ dan terpaksa berhenti di tepi jalan yang dikenali sebagai ‘Corner Wong’.

Ketika mereka cuba membaiki van tersebut, mangsa sekali lagi melarikan diri masuk ke dalam hutan berhampiran sebuah tempat bernama ‘Rose Cottage’.

Page 16: contoh kes perundangan di malaysia

Pada jam lebih kurang 10.00pagi, OKT2 menjumpai mangsa semula di sebuah kampung bernama Kampung Darul Hidayah dan seterusnya bersama OKT1 membawa pulang mangsa ke PERKID.

Pada jam lebih kurang 10.30 pagi mangsa bersama OKT1 dan OKT2 telah sampai di Rumah Sahabat PERKID.

Menurut keterangan saksi-saksi pendakwaan OKT2 telah mengarahkan menjalani sebuah sesi tribunal sebagai hukuman terhadap mangsa yang cuba melarikan diri.

Page 17: contoh kes perundangan di malaysia

OKT2 telah mengarahkan anak-anak bina hampir 50-60 orang untuk merotan dan memukul mangsa.

Malah OKT2 juga telah memaksa anak-anak bina untuk memukul mangsa, jika mereka enggan mereka pula yang akan dirotan atau dipukul.

Selain itu, berdasarkan kepada keterangan saksi-saksi pendakwaan, OKT2 dan OKT1 turut memukul dan merotan mangsa di bahagian kaki, badan dan kepala mangsa.

Page 18: contoh kes perundangan di malaysia

Setelah sesi tribunal tersebut selesai, mangsa telah dimasukkan ke dalam bilik Detox pada jam lebih kurang 1.00petang.

Terdapat keterangan bahawa mangsa juga dipukul dan dirotan di dalam bilik detox oleh OKT1 dan pada waktu Asar mangsa telah didapati tidak sedarkan diri.

Mangsa telah di bawa ke Hospital Ampang oleh OKT2 bersama kakitangan PERKID.

Page 19: contoh kes perundangan di malaysia

Di Hospital mangsa telah disahkan meninggal dunia.

Postmortem telah dijalankan ke atas mayat mangsa dan disahkan mengsa meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian kepala disebabkan ‘blunt force trauma’.

Page 20: contoh kes perundangan di malaysia

SEKIANTERIMA KASIH