contoh kertas cadangan-pertolongan cemas

Upload: shamilah-shamsuddin-ali

Post on 13-Oct-2015

40 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Proses Awal Kerja

KERTAS CADANGAN PROJEK MULTIMEDIA

CD MULTIMEDIA

PERTOLONGAN CEMASNAMA:ROSHIMY BINTI SHAMSUDINTINGKATAN:5 DEDIKASI

SESI:2008/2009CD MULTIMEDIA PERTOLONGAN CEMAS

Pendahuluan

Syarikat FIRST IN ACTION PRODUCTION telah ditubuhkan sejak 17 tahun lalu, merupakan sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan pertolongan kecemasan awal kepada masyarakat. Kami turut terlibat memberikan sumbangan dan bantuan tenaga manusia ketika kejadian tsunami di Acheh (2006), gempa bumi (2007) di Yogyakarta, Indonesia dan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa (2008) di Kuala Lumpur. Syarikat ini telah memperoleh pengiktirafan daripada beberapa agensi kerajaan dan NGO di atas sumbangan, bantuan dan perkhidmatan yang telah kami diberikan.

Sehubungan dengan matlamat syarikat ini untuk memperkembang dan memperluaskan lagi perkhidmatan, kami bercadang untuk menerbitkan sebuah CD multimedia berkaitan bantuan di waktu kecemasan yang bertajuk Pertolongan Cemas. CD multimedia ini diharap dapat membantu masyarakat mengambil langkah dan persediaan awal yang perlu kepada diri sendiri atau mangsa yang memerlukan pertolongan ketika berlaku kemalangan atau kecederaan. ObjektifPenerbitan CD ini dapat memberi maklumat kepada orang ramai tentang:1. Cara-cara pertolongan cemas yang perlu dilakukan bagi memudahkan seseorang untuk merawat mangsa.

2. Memperluaskan ilmu pertolongan cemas dengan cepat bagi memberikan ilmu pengetahuan kepada mereka yang ingin mempelajarinya.

3. Tindakan yang perlu diambil apabila terjadinya sesuatu kecemasan (rawat dahulu sebelum dihantar ke hospital). Contohnya: tangan melecur dan jari luka terkena pisau.

4. Persediaan yang boleh dilakukan sebelum kecederaan semakin parah.

Sentiasa mempunyai kain anduh dan plaster di dalam beg

Harus mengetahui cara untuk merawat pesakit.

Jenis Persembahan:Kiosk Maklumat

Kumpulan Sasaran:Remaja / Pelajar Sekolah

Tempoh Masa:5 Bulan (Februari Jun)

Jadual Kerja

BulanJadual Kerja

Feb Mencari idea bagi memilih beberapa tajuk.

Berbincang dengan guru untuk menilai tajuk.

Menetapkan tajuk projek yang dipilih dan bersesuaian.

Mac Menyediakan kertas cadangan projek.

Membina papan cerita persembahan yang dipilih.

April Menyenaraikan elemen-elemen multimedia yang diperlukan bagi membangunkan persembahan.

Menyerahkan papan cerita untuk semakan dan pengesahan guru.

Menyediakan elemen-elemen multimedia (grafik, animasi, video dan audio) yang diperlukan di dalam persembahan. Menggunakan aplikasi yang bersesuaian.

Mengumpul elemen-elemen yang ingin digunakan.

Menggunakan borang permohonan hak cipta untuk mendapat kebenaran menggunakan bahan yang mempunyai perlindungan hak cipta. *

Mei Mula membangunkan projek multimedia.

Membuat pengujian dan pemurnian terhadap persembahan.

Jun Menyalin semula bahan, elemen dan dokumentasi yang digunakan semasa penghasilan persembahan ke dalam cakera padat (CD).

Menghasilkan manual pengguna.

Menghasilkan kotak pembungkusan persembahan bagi tujuan pemasaran bersama CD, kertas cadangan, papan cerita dan manual pengguna.

* Jika menggunakan bahan hakcipta dari dalam Negara* Isi Kandungan Jadual Kerja boleh diubahsuai

Proses Awal KerjaProses KerjaPengurus Projek (Hari)Pereka Bentuk (Hari)Pakar Video (Hari)

Analisa

Reka Bentuk

Draf

Penilaian

Semakan

Pembangunan8

7

5

6

14

247

42

6

9

6

8-

7

-

-

-

13

Jumlah Hari647820

Anggaran Kos

(1) Kos Peralatan Kamera Video

Komputer(1 Buah)RM 160 x 4 hari

RM 75 x 25 hari RM 640.00

RM 1 875.00

Jumlah RM2 515.00

* Proses awal kerja, anggaran kos, analisis kos dan analisis pengeluaran berdasarkan pengeluaran unit boleh diubahsuai.(2) Kos Buruh

ButiranKadarKos

Pengurus Projek

Pereka Bentuk

Pakar Video64 hari x RM 90.00

78 hari x RM 100.00

20 hari x RM 70.00RM 5,760.00

RM 7,800.00

RM 1,400.00

Jumlah Kos BuruhRM 14,960.00

(3) Bayaran lain-lainPerbelanjaan Hari

Perbelanjaan ubat ubatanPelbagai Perbelanjaan

Salinan DrafRM 1 500.00RM 100.00 RM 1 200.00RM 250.00

Jumlah Kos Bayaran lain-lainRM 3 050.00

Analisis kos1)Kos PeralatanRM 2 185.00

2)Kos BuruhRM 14 960.00

3)Bayaran lain-lainRM 3 050.00

Jumlah KosRM 20 195.00

Analisis pengeluaran berdasarkan pengeluaran 1000 unit1)Kos pengeluaran bagi seunitRM 20,095.00 1000

= RM 20.10

2)Keuntungan yang diingini (30%) RM 6.30

3)Harga jualan seunit RM 20.95 + RM 6.30= RM 26.40

5.5 inci 1.5 inci

6.0 inci

Gambaran pakejSaiz= 6.0 inci x 5.5 inci x 1.5 inciPenutup

Di sini pihak saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan salam penghargaan kepada pihak sekolah SMK Kampong Jawa, orang perseorangan dan agensi kerajaan yang telah memberikan pelbagai sumbangan dan bantuan sehingga kami berjaya melaksanakan projek kertas cadangan produksi multimedia kami ini.

Selain itu juga saya ingin berterima kasih kepada guru saya iaitu Encik Abd Karim Abd Karim dan Puan Umifaeiza Basri yang telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya. Saya berharap kertas cadangan ini dapat dimanfaatkan oleh murid-murid MPV yang lain.Sekian.