cimb bank malaysia - perjanjian akaun ......berumur sekurang-kurangnya lapan belas(18) tahun dan...
TRANSCRIPT
Terma & Syarat MasterCard Prabayar Lazada CIMB
PERJANJIAN AKAUN MASTERCARD PRABAYAR LAZADA CIMB Layak Menerima Perlindungan daripada PIDM Sebagai balasan CIMB BANK BERHAD [13491-P] membuka Akaun MasterCard Prabayar Lazada CIMB dalam
nama saya, saya dengan ini bersetuju terikat oleh terma-terma dan syarat-syarat berikut.
Definisi
1. Dalam Perjanjian ini jika konteks membenarkannya ungkapan berikut akan membawa maksud yang
ditetapkan kecuali dinyatakan sebaliknya:-
a) Ungkapan “Akaun” bermaksud Akaun MasterCard Prabayar Lazada CIMB Pemegang Akaun,
daripada mana semua pembayaran untuk pembelian barangan dan/atau perkhidmatan dan pengeluaran
tunai yang dilaksanakan melalui penggunaan Akaun dan/atau Kad dan semua fi dan caj yang
berkenaan akan didebitkan;
b) Ungkapan “Pemegang Akaun” bermaksud orang yang untuknya Akaun dibuka dan kepadanya Kad
dikeluarkan, jika dimohon oleh Pemegang Akaun dan hendaklah temasuk waris, wakil diri dan
pengganti hakmiliknya dan perkataan “anda” hendaklah bermaksud Pemegang Akaun;
c) Ungkapan “Akaun Lain Pemegang Akaun” bermaksud akaun perbankan atau akaun lain Pemegang
Akaun dengan Bank dan/atau CIMB Islamic Bank Berhad di samping Akaun dan termasuk akaun
bersama Pemegang Akaun dengan pihak ketiga;
d) Ungkapan “Nombor Akaun” bermaksud nombor akaun yang diperuntukkan kepada Akaun dan nombor
akaun yang diperuntukkan kepada Kad dan dicetak timbul pada Kad;
e) Ungkapan “notis terdahulu yang mencukupi” bermaksud tempoh notis selama tiga (3) hari bekerja, yang
akan dianggap notis terdahulu yang mencukupi kepada Pemegang Akaun;
f) Ungkapan “Perjanjian ini” bermaksud perjanjian antara Pemegang Akaun dan Bank dan melaluinya
Akaun dan Kad, jika dimohon oleh Pemegang Akaun, disediakan kepada Pemegang Akaun oleh Bank
berdasarkan terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini serta terma-terma dan syarat-syarat yang
terkandung dalam borang permohonan dalam talian standard Bank yang disediakan melalui CIMB
Clicks dan diserahkan dalam talian oleh Pemegang Akaun kepada Bank apabila memohon pembukaan
Akaun dan sebarang terma dan syarat lain yang ditambah atau dipinda dari semasa ke semasa;
g) Ungkapan “ATM” bermaksud mesin juruwang automatik;
h) Ungkapan “Bank” bermaksud CIMB BANK BERHAD [13491-P] yang mempunyai pejabat berdaftarnya
di Aras 13, Menara CIMB,Jalan Stesen Sentral 2,Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur dan
tempat perniagaan di Aras 19, Menara Bumiputra Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur
atau di sebarang alamat lain atau lokasi lain yang boleh diubah oleh Bank dari semasa ke semasa dan
termasuk pengganti hakmilik dan pemegang serah haknya;
i) Ungkapan “mata wang pengebilan” bermaksud mata wang pengebilan dalam Ringgit Malaysia dan
termasuk singkatannya “RM”;
j) Ungkapan “Kad” bermaksud kad fizikal yang dikeluarkan oleh Bank di bawah Akaun Pemegang Akaun;
Terma & Syarat MasterCard Prabayar Lazada CIMB
k) Ungkapan “CIMB Clicks” bermaksud laman web perbankan internet Bank di www.cimbclicks.com; l) Ungkapan "ID Pengguna CIMB Clicks " bermaksud nama unik yang dipilih oleh anda apabila mendaftar
diri buat kali pertama dengan CIMB Clicks, yang terdiri daripada tidak kurang daripada enam (6) dan
tidak lebih daripada tiga puluh dua (32) aksara abjad angka yang hendaklah dimasukkan oleh anda
setiap kali anda log masuk ke dalam CIMB Clicks, untuk membolehkan sistem Perbankan Internet CIMB
Bank mengaitkannya dengan CRN dan CIMB Clicks e-PIN anda bagi tujuan penentusahan dan
pengesahan untuk membolehkan anda mengakses CIMB Clicks;
m) Ungkapan “Kumpulan CIMB” bermaksud CIMB Group Holdings Berhad dan semua syarikat
berkaitannya seperti yang ditakrifkan dalam Seksyen 7 Akta Syarikat 2016 yang menyediakan
perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan terkawal lain, tidak termasuk syarikat, cawangan, pejabat
dan bentuk kehadiran lain yang beroperasi di luar Malaysia;
n) Ungkapan “CNP” merujuk kepada transaksi “card-not-present” iaitu pembelian yang dibuat dalam
ketiadaan Kad fizikal. Ini mungkin termasuk tetapi tidak terhad kepada transaksi Dalam Talian, transaksi
telefon, transaksi pesanan pos dan transaksi dalam talian melalui internet.
o) Ungkapan "CRN" bermaksud nombor enam belas digit pada Kad Mesin Juruwang Automatik ("ATM")
atau Kad Kredit yang diperuntukkan oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank berhubung dengan Akaun
anda, yang mungkin telah atau akan dibuka oleh anda dengan CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank dan
yang hendaklah dimasukkan bersama-sama dengan CIMB Clicks e-PIN anda untuk pendaftaran diri
anda buat kali pertama dengan CIMB Clicks.
p) Ungkapan “caj pengendalian” dan “caj tambahan” bermaksud caj pengendalian dan caj tambahan yang
dirujuk di dalam ini;
q) Ungkapan "Kata Laluan Perbankan Internet" bermaksud kata laluan peribadi 8 aksara abjad angka
yang dipilih oleh anda untuk mengakses CIMB Clicks setiap kali anda log masuk ke dalam CIMB Clicks
untuk membolehkan sistem Perbankan Internet Bank mengaitkannya dengan CRN dan ID Pengguna
CIMB Clicks anda bagi tujuan penentusahan dan pengesahan sebelum memberikan anda akses
kepada CIMB Clicks;
r) Ungkapan “MCI” bermaksud MasterCard Worldwide, sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah State
of Delaware, dengan pejabat dan tempat perniagaan utamanya di 2000 Purchase Street, Purchase,
New York, NY 10577-2509, United States of America yang mana Bank adalah salah satu institusi
ahlinya;
s) Ungkapan “peniaga” hendaklah termasuk semua peniaga yang membekalkan barangan dan/atau
perkhidmatan;
t) Ungkapan “PIN” bermaksud nombor pengenalan peribadi Pemegang Akaun; u) Ungkapan “Fi Kad Gantian” bermaksud fi yang perlu dibayar oleh anda untuk menggantikan Kad
selaras dengan peruntukan Klausa 14.4;
v) Ungkapan "SMS" bermaksud Perkhidmatan Pesanan Ringkas; w) Ungkapan “Penyata” bermaksud penyata berkala yang menunjukkan antara lainnya jumlah yang dicaj,
didebit atau dikredit kepada Akaun;
x) Ungkapan “Kod Pemberikuasaan Transaksi (Transaction Authorization Code)” (TAC) bermaksud ciri keselamatan yang dilaksanakan untuk menyediakan lapisan perlindungan kedua bagi transaksi
Terma & Syarat MasterCard Prabayar Lazada CIMB
perbankan dalam talian, di samping ID Pengguna CIMB Clicks dan Kata Laluan Perbankan Internet
anda. TAC adalah kod unik 6 digit yang perlu dimasukkan bagi transaksi dalam talian tertentu; dan
z) Ungkapan “hari bekerja” bermaksud hari perniagaan (yang bukan hari Sabtu atau Ahad) apabila bank
yang berlesen untuk menjalankan perniagaan perbankan di bawah peruntukan Akta Perkhidmatan
Kewangan 2013, dibuka untuk perniagaan di Kuala Lumpur.
2. Pembukaan Akaun
2.1. Permohonan untuk membuka Akaun hendaklah dibuat dalam talian melalui CIMB Clicks atau saluran
lain yang ditetapkan yang boleh ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa. Penerimaan dan
penerusan Akaun adalah semata-mata menurut budi bicara Bank. Bank berhak untuk menolak
permohonan anda menurut budi bicara tunggal dan mutlak Bank atau jika rekod Bank menunjukkan
bahawa anda telah disenarai hitam oleh Bank, Bank Negara Malaysia atau MCI atau jika mana-mana
akaun anda dipantau oleh Bank disebabkan aktiviti yang luar biasa, tidak teratur, mencurigakan, menipu
dan/atau tidak dibenarkan atau disyaki disalahgunakan, atau telah disekat, dibatalkan atau ditamatkan
oleh Bank dengan syarat sentiasa bahawa Bank tidak mempunyai kewajipan untuk memberikan sebab
atau bukti atau alasan kepada anda apabila menolak permohonan anda. Meskipun permohonan terbuka
kepada semua pelanggan individu, Bank berhak menolak apa-apa permohonan dan/atau enggan
membuka Akaun menurut budi bicara tunggal dan mutlak Bank tanpa memberikan sebarang sebab pun
jua, dan keputusan Bank adalah muktamad dan konklusif. Bank berhak menetapkan dan mengubah,
dari semasa ke semasa, jumlah minimum deposit permulaan yang dikehendaki untuk membuka Akaun.
2.2. Anda hendaklah mematuhi semua keperluan Bank untuk membuka Akaun. Semasa anda memohon
Akaun, menggunakan dan/atau mengendalikan Akaun, anda membuat representasi dan menjamin
bahawa (i) semua maklumat yang diberikan oleh anda kepada Bank adalah benar, tepat dan lengkap (ii)
anda tidak mempunyai sebarang Akaun MasterCard Prabayar Lazada CIMB dengan Bank (iii) anda
berumur sekurang-kurangnya lapan belas(18) tahun dan (iv) anda mempunyai nombor mudah alih
berdaftar dan alamat pos di Malaysia. Anda bersetuju bahawa berdasarkan pendedahan sedemikian,
anda bertanggungjawab kerana salah nyata atau maklumat yang palsu, tidak benar atau tidak tepat
yang didedahkan oleh anda untuk membuka Akaun dan untuk terus menggunakan dan/atau
mengendalikan Akaun, dan anda hendaklah bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kerugian
yang dialami atau ditanggung oleh Bank berbangkit daripada sebarang kemungkiran atau keingkaran
anda di dalam ini.
2.3. Anda mengakui bahawa Akaun akan dikawal oleh dan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat
yang dibentangkan dalam Perjanjian ini, Terma-terma Akses Bank yang mengawal penggunaan CIMB
Clicks dan Perjanjian Perbankan Internet CIMB Clicks (“terma-terma dan syarat-syarat”) sebagaimana
yang dipinda, diubah dan/atau disemak semula dari semasa ke semasa oleh Bank dengan memberikan
notis yang mencukupi. Sekiranya terdapat sebarang konflik atau percanggahan antara sebarang terma-
terma dan syarat-syarat, terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini akan mengatasi yang lain dan akan
dianggap mengikat anda.
2.4. Akaun boleh dibuka dengan permohonan oleh anda bagi pengeluaran Kad seperti yang ditentukan oleh
Bank menurut budi bicara tunggalnya dari semasa ke semasa. Anda hendaklah terlebih dahulu
membayar fi tahunan supaya permohonan anda dapat diproses dengan jaya. Bank tidak akan
memproses sebarang permohonan untuk membuka Akaun dengan pengeluaran Kad jika fi tahunan
tidak dibayar atau diterima oleh Bank. Pembayaran fi tahunan boleh dilakukan dalam talian di CIMB
Clicks melalui (i) Financial Process Exchange (FPX) atau (ii) kad kredit; atau di mana-mana saluran lain
yang ditetapkan yang mungkin dibenarkan oleh Bank dari semasa ke semasa.
2.5. Dengan membuka Akaun, anda dengan ini secara nyata mengakui dan bersetuju bahawa:-
i. Bila dan apabila dikehendaki, anda hendaklah memberikan kepada Bank sebarang maklumat
yang diperlukan oleh Bank bagi tujuan kewajipan pelaporan kawal selia atau untuk apa jua
sebab yang dianggap munasabah atau perlu oleh Bank.
Terma & Syarat MasterCard Prabayar Lazada CIMB
ii. Anda dengan ini memberikan kebenaran dan keizinan nyata anda kepada Bank untuk
mendedahkan maklumat yang berkenaan kepada mana-mana pihak ketiga semata-mata bagi
tujuan menentukan kelayakan anda untuk menyertai dan/atau untuk menikmati sebarang
manfaat yang akan diberikan kepada anda di dalam ini atau di bawah sebarang promosi atau
kempen yang mungkin dianjurkan oleh Bank atau oleh Bank bersama-sama dengan pihak
ketiga lain dari semasa ke semasa. Promosi atau kempen tersebut boleh dimaklumkan kepada
anda melalui CIMB Clicks dan/atau saluran lain yang ditetapkan yang boleh dipilih oleh Bank
dari semasa ke semasa. Meskipun sifat am perkara yang disebut sebelum ini, jika anda tidak
mahu menyertai promosi atau kempen sedemikian dan tidak lagi membenarkan pendedahan
yang disebut sebelum ini, anda boleh menghubungi Bank di nombor telefon atau alamat berikut
(yang boleh diubah oleh Bank dari semasa ke semasa dengan memberikan notis kepada
anda): Tingkat 19, MenaraBumiputra Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur,
No. Tel.: 03-6204 7788.
iii. Anda mengakui dan memahami bahawa Akaun bukan akaun yang diberikan faedah dan tidak
akan memperolehi sebarang faedah sama sekali.
iv. Anda mengakui dan memahami bahawa anda tidak boleh menambah atau mengkreditkan
dana ke dalam Akaun melebihi Jumlah Maksimum yang dirujuk dalam Klausa 26.2.
v. Anda telah dimaklumkan bahawa Akaun layak menerima perlindungan daripada Perbadanan
Insurans Deposit Malaysia (PIDM) dan telah memuat turun sesalinan risalah PIDM yang boleh
didapati melalui CIMB Clicks.
3. Penghantaran Kad Jika anda memohon pengeluaran Kad, Kad yang akan dikeluarkan di bawah Akaun akan dihantar ke alamat
pos yang diberikan oleh anda dalam masa empat belas (14) hari bekerja selepas Akaun berjaya dibuka. Kad
akan timbul dengan 20 huruf pertama termasuk ruang nama anda yang dikemukakan semasa permohonan
untuk membuka Akaun. Sila pastikan anda telah menyatakan alamat pos yang betul dalam butir-butir
permohonan anda untuk mengelakkan Kad anda dihantar ke alamat yang salah. Bank tidak akan
bertanggungjawab atas sebarang kesilapan yang terkandung dalam permohonan anda termasuk tetapi tidak
terhad kepada sebarang alamat pos yang salah yang dimasukkan oleh anda dalam permohonan anda yang
menyebabkan Kad dihantar ke alamat pos yang salah. Bank selanjutnya tidak akan bertanggungjawab jika
Bank telah menghantar Kad ke alamat pos yang dinyatakan dalam permohonan anda dan dalam rekod Bank
tetapi atas apa jua sebab yang tidak diketahui atau bukan berpunca daripada Bank, anda tidak menerima
Kad anda.
4. PIN dan Pengaktifan Kad
4.1. Apabila anda menerima Kad, anda hendaklah terlebih dahulu mengaktifkan Kad sebelum anda boleh
menggunakannya untuk membuat pembayaran untuk barangan dan perkhidmatan di mana-mana
peniaga yang menerima MasterCard atau untuk sebarang pengeluaran wang. Anda akan menerima
PIN sementara yang dihantar ke alamat pos yang diberikan oleh anda semasa proses pembukaan
akaun. Untuk mengaktifkan Kad, anda dikehendaki menelefon Pusat Panggilan CIMB Bank atau
menghantar SMS kepada nombor yang diberikan dalam kiriman kad yang melampirkan Kad anda.
4.2. Setelah menerima PIN sementara, Pemegang Akaun hendaklah menukar PIN sementara di ATM Bank
sendiri, laman web selamat dan/atau saluran selamat lain yang dibenarkan oleh Bank dalam masa
tujuh (7) hari atau sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank.
4.3. Jika Pemegang Akaun terlupa PIN beliau, Bank akan mengeluarkan PIN sementara yang baharu
kepada Pemegang Akaun atas permintaan Pemegang Akaun.
4.4. Jika Kad hilang atau dicuri seperti yang dilaporkan oleh Pemegang Akaun dan Bank bersetuju
mengeluarkan Kad baharu kepada Pemegang Akaun, PIN sementara untuk Kad baharu juga akan
dikeluarkan. Pemegang Akaun tidak boleh menggunakan PIN sedia adanya untuk Kad gantian.
Terma & Syarat MasterCard Prabayar Lazada CIMB
4.5. Pemegang Akaun hendaklah merahsiakan PIN beliau dan tidak boleh mendedahkan PIN beliau kepada
mana-mana orang lain dalam apa jua keadaan. Semasa memilih PIN Pemegang Akaun, Pemegang
Akaun TIDAK BOLEH memilih PIN yang ketara atau mudah diramal, termasuk PIN yang:-
• merupakan tarikh lahirnya;
• jika PIN adalah huruf, merupakan bahagian yang mudah dicam daripada namanya;
• terdiri daripada nombor yang berturut (misalnya 12345); atau
• terdiri daripada semua nombor yang sama (contohnya 111111).
4.6 Pemegang Akaun hendaklah memastikan bahawa jumlah transaksi adalah tepat sebelum
menandatangani sebarang baucer atau rekod transaksi dan sebelum memasukkan PIN Pemegang
Akaun di mana-mana terminal “point of sale” elektronik yang memerlukan PIN Pemegang Akaun
dimasukkan. Dengan menandatangani PIN atau rekod transaksi atau memasukkan PIN Pemegang
Akaun atau sebaliknya menggunakan Kad Pemegang Akaun di mana-mana terminal “point of sale”
elektronik, Pemegang Akaun dianggap menyetujui transaksi dan mengesahkan bahawa jumlahnya
adalah tepat.
4.7 Pemegang Akaun mengesahkan dan bersetuju bahawa PIN akan berfungsi sebagai satu cara untuk
menentusahkan dan mengesahkan identiti Pemegang Akaun kepada Bank bagi tujuan transaksi yang
dirancang di bawah terma-terma dan syarat-syarat ini. Dalam hal ini, Pemegang Akaun membenarkan
Bank menerima, mematuhi dan mengambil tindakan terhadap semua arahan Pemegang Akaun apabila
dikenal pasti melalui PIN Pemegang Akaun dan Bank tidak akan bertanggungjawab apabila mengambil
tindakan terhadap arahan sedemikian dengan niat baik. Arahan sedemikian akan dianggap tak boleh
batal dan mengikat Pemegang Akaun apabila Bank menerimanya meskipun apa-apa kesilapan,
penipuan, pemalsuan, ketidakjelasan atau salah faham tentang arahan sedemikian. Bank berhak
bergantung kepada PIN sebagai bukti konklusif mengenai identiti Pemegang Akaun tetapi jika Bank
mempunyai keraguan atau tidak pasti tentang identiti Pemegang Akaun, Bank masih boleh meminta
sebarang bentuk atau cara pengenalan lain yang dianggapnya wajar menurut budi bicara mutlaknya
pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa.
5. Akaun dan kemudahan yang tersedia
5.1. Akaun dibuka untuk digunakan berhubung dengan kemudahan yang disediakan oleh Bank dari semasa
ke semasa menurut budi bicara mutlaknya termasuk tetapi tidak terhad kepada kemudahan berikut dan
kemudahan ini boleh diubah, digantikan atau ditambah atau ditarik balik oleh Bank dari semasa ke
semasa dengan memberikan notis yang wajar kepada anda:-
i. pembayaran untuk sebarang pembelian barangan dan/atau perkhidmatan, yang mana pembayaran
ini boleh didebit kepada Akaun; dan/atau
ii. Pemindahan Dana termasuk OctoSend yang dirujuk di bawah iaitu pemindahan dana daripada
Akaun kepada Akaun Lain Pemegang Akaun atau kepada akaun pihak ketiga yang dibuka dengan
Bank atau CIMB Islamic Bank Berhad atau mana-mana pemindahan dana lain daripada Akaun
yang mungkin dibenarkan oleh Bank dari semasa ke semasa ; dan/atau
iii. perkhidmatan pembayaran automatik (“Perkhidmatan Autopay”) yang mana semua jumlah yang
kena dan perlu dibayar terhadap bil rasmi berkala Pemegang Akaun daripada peniaga yang
dinyatakan dalam borang permohonan untuk Perkhidmatan Autopay akan dibayar oleh Bank dan
didebit daripada Akaun Pemegang Akaun sebagaimana yang diarahkan oleh Pemegang Akaun
dalam borang permohonan untuk Perkhidmatan Autopay; dan/atau
iv. pengeluaran tunai daripada ATM Bank dan/atau ATM institusi kewangan lain yang memaparkan
nama dan/atau logo MasterCard dengan menggunakan Kad; dan/atau
Terma & Syarat MasterCard Prabayar Lazada CIMB
v. Kiriman Wang (Pemindahan Bertelegraf Asing, MoneyGram, Draf Permintaan Tempatan & Asing
dan Cek Jurubank); dan/atau
vi. Pembayaran Bil; dan/atau
vii. Tambah Nilai Prabayar; dan/atau
viii. kemudahan lain, tertakluk kepada persetujuan bertulis terdahulu oleh Bank.
Kemudahan yang disebut sebelum ini adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat Bank
yang mengawal kemudahan dan/atau perkhidmatan tersebut.
5.2. OctoSend
5.2.1. Tertakluk kepada Klausa 5.2.2, anda boleh meminta wang dipindahkan daripada Akaun kepada
individu pihak ketiga lain dengan memasukkan semua maklumat berkenaan yang diperlukan
bersama-sama dengan nombor mudah alih penerima pihak ketiga dan alamat e-mel dalam ruang
atau bahagian yang berkenaan di CIMB Clicks. Selepas itu anda akan menerima kod tuntutan
melalui SMS. Anda perlu memaklumkan kod tuntutan ini kepada bakal penerima pihak ketiga
anda yang hendaklah menggunakan kod tuntutan dan nombor mudah alih atau alamat e-mel
yang sama yang dimasukkan oleh anda untuk menerima dana atau wang.
5.2.2. Untuk menerima dana atau wang, bakal penerima pihak ketiga anda hendaklah mempunyai
akaun semasa/akaun semasa-i atau akaun simpanan/akaun simpanan-i sedia ada yang dipegang
dengan Bank atau CIMB Islamic Bank Berhad. Kod tuntutan hanya sah selama 7 hari sahaja.
Kegagalan penerima pihak ketiga untuk menuntut dana atau wang yang ingin dipindahkan oleh
Pemegang Akaun kepada penerima pihak ketiga dalam tempoh kesahan kod tuntutan akan
menyebabkan dana yang tidak dituntut tersebut dikembalikan kepada Akaun Pemegang Akaun.
5.3. Perkhidmatan Autopay
5.3.1. Apabila Bank meluluskan permohonan Pemegang Akaun untuk Perkhidmatan Autopay, semua
jumlah yang kena dan perlu dibayar kepada peniaga hendaklah selepas itu dibayar oleh Bank
setelah Bank menerima bil peniaga atau permintaan lain untuk pembayaran. Arahan Pemegang
Akaun sebelum itu, jika ada, kepada:-
i. bank dan/atau institusi kewangan lain untuk membuat pembayaran kepada peniaga; dan/atau
ii. peniaga untuk mencaj jumlah yang kena dan perlu dibayar kepada akaun Pemegang Akaun
yang dipegang dengan bank dan/atau institusi kewangan lain,
akan, apabila Bank meluluskan permohonan Pemegang Akaun untuk Perkhidmatan Autopay,
dianggap dibatalkan dan Pemegang Akaun hendaklah dengan serta-merta memaklumkan
peniaga dan/atau bank atau institusi kewangan lain mengenai perubahan pada arahan
pembayaran Pemegang Akaun.
5.3.2. Dengan menyediakan Perkhidmatan Autopay, Bank tidak bertanggungjawab untuk:-
i. membuat pembayaran apa-apa caj kepada peniaga tepat pada masanya dan dalam hal ini,
Pemegang Akaun tidak boleh mempertanggungjawabkan Bank atas sebarang kesilapan,
kecuaian, keengganan atau ketinggalan untuk membayar atau kelewatan untuk membayar
semua atau sebarang caj kepada peniaga;
Terma & Syarat MasterCard Prabayar Lazada CIMB
ii. membuat pembayaran sebarang caj yang dibuat dengan niat baik kepada peniaga;
iii. membayar semua atau sebarang caj kepada peniaga jika tidak ada atau tidak cukup dana
dalam Akaun Pemegang Akaun atau jika penggunaan Kad oleh Pemegang Akaun ditamatkan
atau digantung atas sebarang sebab jua atau jika Kad tidak dibaharui atau diganti, mengikut
keadaan, atau jika Bank menurut budi bicara mutlaknya menentukan dengan konklusif bahawa
keadaan menjustifikasi pembayaran tidak dibuat atas apa jua sebab; dan/atau
iv. membayar apa-apa caj kepada peniaga jika Pemegang Akaun pada bila-bila masa
mengarahkan Bank untuk menghentikan sebarang pembayaran atau membatalkan atau
menamatkan Perkhidmatan Autopay.
Pemegang Akaun hendaklah pada semua masa kekal menanggung tanggungjawab utama
untuk membayar semua caj yang terhutang dan kena dibayar kepada peniaga secara terus
dan Bank tidak akan pada bila-bila masa mempunyai kewajipan untuk memaklumkan
Pemegang Akaun jika Bank tidak membuat pembayaran semua atau sebarang caj yang
disebut sebelum ini. Jika Bank tidak membayar sebarang caj yang kena dan perlu dibayar
kepada peniaga, Pemegang Akaun hendaklah menjelaskan pembayaran yang belum
dijelaskan kepada peniaga secara terus. Jika nombor Akaun Pemegang Akaun berubah,
Pemegang Akaun bertanggungjawab memaklumkan peniaga tentang perubahan pada nombor
Akaun Pemegang Akaun. Walau bagaimanapun Bank boleh (tetapi tidak mempunyai
kewajipan) menurut budi bicara mutlaknya menerima sebarang permintaan untuk pembayaran
yang dibil kepada nombor Akaun Pemegang Akaun yang lama dan membuat pembayaran
terhadapnya, tertakluk kepada kredit yang tersedia dalam nombor Akaun yang lama.
5.3.3. Jika dana dalam Akaun Pemegang Akaun tidak mencukupi untuk membayar caj semua peniaga,
Bank boleh:-
i. memilih untuk tidak membayar sebarang caj kepada semua atau mana-mana peniaga dan
dalam keadaan sedemikian Pemegang Akaun hendaklah menjelaskan semua pembayaran
yang belum dijelaskan secara terus dengan peniaga; atau
ii. menurut budi bicara mutlaknya dengan konklusif menentukan turutan keutamaan pembayaran
caj mana-mana peniaga yang dianggap wajar oleh Bank dan dalam keadaan sedemikian
Pemegang Akaun hendaklah menjelaskan semua pembayaran belum dijelaskan secara terus
dengan peniaga relevan yang mana caj mereka masih terhutang oleh Pemegang Akaun.
5.3.4. Pemegang Akaun hendaklah menanggung rugi Bank terhadap sebarang kerugian, kos,
kerosakan, perbelanjaan atau tuntutan (termasuk perbelanjaan guaman atas dasar peguamcara
dan anakguam dan tanggung rugi penuh) yang mungkin dialami atau ditanggung oleh Bank akibat
penyediaan Perkhidmatan Autopay kepada Pemegang Akaun.
5.3.5. Kewajipan Bank untuk membuat pembayaran kepada peniaga seperti yang diarahkan oleh
Pemegang Akaun akan dengan serta-merta terhenti apabila:-
i. Perkhidmatan Autopay ditamatkan samada oleh Bank atau Pemegang Akaun dengan
memberikan pihak satu notis bertulis tidak kurang daripada satu (1) bulan dan dengan itu
apabila luput tempoh satu (1) bulan dari tarikh notis penamatan, Perkhidmatan Autopay akan
ditamatkan; atau
ii. penamatan Perjanjian ini dan/atau Akaun.
Meskipun perkara di atas, Pemegang Akaun bertanggungjawab memaklumkan peniaga yang
berkenaan secara bertulis bahawa Perkhidmatan Autopay telah ditamatkan dan meminta peniaga
tersebut menghentikan pengebilan kepada Bank. Sehingga peniaga tersebut memaklumkan Bank
bahawa Perkhidmatan Autopay telah ditamatkan, Bank berhak (tetapi tidak mempunyai kewajipan)
untuk membuat pembayaran kepada peniaga tersebut meskipun Perjanjian ini ditamatkan, Akaun
ditamatkan atau dibatalkan dan/atau Pemegang Akaun telah memaklumkan
Terma & Syarat MasterCard Prabayar Lazada CIMB
Bank secara bertulis bahawa Perkhidmatan Autopay telah ditamatkan dan Pemegang Akaun
akan terus bertanggungjawab untuk pembayaran yang dibuat oleh Bank kepada peniaga.
5.3.6. Meskipun apa jua yang terkandung di dalam ini, Bank berhak memberhentikan, menggantung
atau menamatkan Perkhidmatan Autopay pada bila-bila masa dengan memberikan notis
terdahulu yang mencukupi kepada Pemegang Akaun dan tidak membuat pembayaran caj kepada
peniaga. Pemegang Akaun hendaklah pada semua masa terutamanya bertanggungjawab untuk
membayar semua caj yang terhutang dan kena dibayar kepada peniaga secara terus dan
sekiranya Bank melaksanakan hak sedemikian, Bank tidak akan menanggung sebarang liabiliti
kepada Pemegang Akaun yang hendaklah menyelesaikan semua pembayaran yang belum
dijelaskan secara terus dengan peniaga.
6. Kad dengan ciri-ciri “Transaction-Enabled” Tanpa Sentuh
6.1 Pemegang Akaun mengakui bahawa Kad tertentu yang dikeluarkan oleh Bank akan menggabungkan ciri yang membolehkan Kad digunakan untuk membuat pembayaran untuk barangan dan perkhidmatan dengan menepuk atau melambaikan Kad di pembaca/terminal tanpa sentuh (“Transaksi Tanpa Sentuh”). Kad ini dan peranti dan terminal berkaitan mungkin mengandung logo atau jenama MasterCard “PayPass” atau sebarang logo atau jenama yang boleh ditentukan oleh Bank atau MasterCard dari semasa ke semasa.
6.2 Transaksi Tanpa Sentuh yang tidak melebihi jumlah yang mungkin dari semasa ke semasa ditetapkan oleh Bank, boleh diproses dan Akaun Pemegang Akaun didebit dengan jumlah Transaksi Tanpa Sentuh tanpa memerlukan:-
Kad dilalukan pada pembaca jalur pita magnet;
Cip Kad dibaca oleh terminal cip; atau
tandatangan Pemegang Akaun atau kemasukan nombor PIN Pemegang Akaun untuk membenarkan transaksi.
Dengan menerima Kad yang boleh digunakan untuk Transaksi Tanpa Sentuh dan menggunakannya untuk melaksanakan Transaksi Tanpa Sentuh atau dalam sebarang cara lain pun jua (termasuk menggunakannya dalam cara konvensional iaitu Kad dilalukan pada pembaca jalur pita magnet atau pada pembaca cip atau sebaliknya) Pemegang Akaun berakujanji untuk menggunakan Kad selaras dengan dan bersetuju terikat oleh terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam ini.
6.3 Tanpa prejudis terhadap perkara yang disebut sebelum ini, Pemegang Akaun berakujanji untuk bertanggungjawab bagi semua Transaksi Tanpa Sentuh yang ditanggung menggunakan Kad dan diposkan kepada Akaun Pemegang Akaun. Semua Transaksi Tanpa Sentuh akan dianggap dibenarkan dengan sewajarnya oleh Pemegang Akaun kecuali Pemegang Akaun boleh menunjukkan bukti konklusif yang menyatakan sebaliknya. Dalam hal ini Pemegang Akaun mengakui bahawa Transaksi Tanpa Sentuh tanpa kebenaran boleh dilaksanakan dengan mudah dan menerima risikonya.
7. Transaksi “Card-not-present” (CNP) dan luar negara
7.1 Transaksi CNP yang tidak disahkan melalui kaedah pengesahan yang kukuh seperti kata laluan dinamik atau sebarang transaksi luar negara menggunakan Kad dan atau Akaun adalah dilarang kecuali Pemegang Kad dengan nyata memilih untuk melaksanakan transaksi sedemikian dan memaklumkan Bank tentangnya dengan menghubungi Pusat Panggilan CIMB Bank atau sebarang saluran lain yang mungkin disediakan oleh Bank dari semasa ke semasa.
7.2 Jika Pemegang Akaun memilih untuk melaksanakan transaksi CNP atau luar negara tersebut, Pemegang Akaun berakujanji untuk bertanggungjawab bagi semua transaksi CNP dan luar negara yang diposkan kepada Akaun Pemegang Akaun dan semua transaksi sedemikian akan dianggap dibenarkan dengan sewajarnya oleh Pemegang Akaun kecuali Pemegang Akaun boleh menunjukkan bukti konklusif yang menyatakan sebaliknya. Dalam hal ini Pemegang Akaun mengakui bahawa transaksi CNP dan luar negara tanpa kebenaran boleh dilaksanakan dengan mudah dan menerima risikonya.
7.3 Jika Pemegang Akaun memilih untuk melaksanakan transaksi CNP atau luar negara tersebut, Pemegang Akaun mempunyai pilihan selepas itu untuk menghentikan transaksi sedemikian dengan memaklumkan Bank tentangnya dengan menghubungi Pusat Panggilan CIMB Bank atau sebarang saluran lain yang boleh disediakan oleh Bank dari semasa ke semasa.
Terma & Syarat MasterCard Prabayar Lazada CIMB
8. Tandatangan atas Kad
8.1 Jika anda memohon pengeluaran Kad, setelah menerima Kad anda hendaklah DENGAN SERTA-
MERTA menurunkan tandatangan di atas Kad. Tandatangan anda di atas Kad atau di atas mana-mana
deraf penjualan, rekod transaksi, baucer kredit, dan/atau rekod caj lain dan/atau penggunaan Kad
dan/atau pengakuterimaan slip resit (Dokumen) merupakan bukti yang mengikat dan konklusif tentang (i) kemasukan anda ke dalam Perjanjian ini dengan Bank dan (ii) persetujuan anda untuk mematuhi
semua terma dan syarat Perjanjian ini dan untuk terikat olehnya berhubung dengan penggunaan Kad
dengan syarat sentiasa bahawa penggunaan Kad akan dianggap bukti yang cukup dan konklusif
tentang transaksi yang dilaksanakan di bawah Akaun tidak kira samada anda telah menurunkan
tandatangan anda di atas Kad atau di atas mana-mana Dokumen.
8.2 Kad tidak boleh dipindahkan dan hendaklah digunakan secara eksklusif oleh anda. Kad tidak boleh
disandarkan atau digadai atau digunakan dalam apa cara jua oleh anda sebagai cagaran untuk
sebarang tujuan apa jua.
8.3 Anda boleh pada bila-bila masa menamatkan penggunaan Kad melalui notis bertulis kepada Bank dan
memulangkan kepada Bank, Kad yang telah dipotong separuh merentas strip magnet dan merentas cip
(jika Kad mempunyai mikrocip yang terbenam di dalamnya). Anda adalah dan akan terus
bertanggungjawab terhadap semua transaksi yang dilaksanakan menerusi penggunaan Kad sebelum
Bank menerima notis penamatan bertulis tersebut bersama-sama dengan Kad yang telah dipotong dua.
9. Mendapatkan Nombor “Card Verification Value” (CVV)
Pemegang Akaun yang tidak memohon pengeluaran Kad atau sementara menunggu pengaktifan Kad boleh
mendapatkan Nombor CVV dan tarikh luput Nombor CVV mereka bagi Akaun dalam talian melalui CIMB
Clicks. Nombor CVV diperlukan untuk membuat apa-apa pembayaran bagi pembelian barangan dan/atau
perkhidmatan dalam talian. Pemegang Akaun perlu menyerahkan permohonannya untuk mendapatkan
nombor tersebut dan kod pemberikuasaan transaksi (TAC) enam (6) digit akan dihantar melalui SMS kepada
nombor telefon mudah alih Pemegang Akaun dalam rekod Bank. Apabila Pemegang Akaun menghantar
TAC dengan tepat melalui CIMB Clicks, nombor CVV Akaun dan tarikh luput akan dipaparkan dalam talian
melalui CIMB Clicks.
10. Pra-Pemberikuasaan
Jika Kad digunakan untuk membuat pembayaran bagi transaksi petrol, Bank berhak menahan dan/atau
menggantung pembayaran jumlah sebanyak hingga Ringgit Malaysia Dua Ratus (RM 200) daripada Akaun
anda untuk tempoh selama dua (2) hari selepas tarikh transaksi petrol tersebut. Jika Kad digunakan untuk
membayar penginapan di hotel, Bank juga berhak menahan jumlah yang bersamaan dengan jumlah yang
dipegang oleh hotel relevan semasa daftar masuk kepada hotel yang berkenaan bagi tempoh maksimum
selama lapan (8) hari.
11. Kepatuhan dengan undang-undang dan penggunaan bersyarat dan ketersediaan Akaun/ Kad
11.1 Penggunaan Akaun dan/atau Kad juga tertakluk kepada syarat dan peraturan semasa Bank dan
semua terma, syarat dan peraturan lain yang mengawal Akaun Lain Pemegang Akaun termasuk
sebarang peraturan kawalan pertukaran Bank Negara Malaysia. Pemegang Akaun hendaklah pada
semua masa mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa berhubung dengan
penggunaan Akaun dan/atau Kad dan tanpa prejudis terhadap sifat am peruntukan sebelum ini,
Pemegang Akaun hendaklah memastikan Pemegang Akaun mematuhi semua peraturan kawalan
pertukaran Bank Negara Malaysia dan bahawa Pemegang Akaun tidak menggunakan Kad untuk
sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti, tetapi tidak terhad kepada, pertaruhan
haram “dalam talian” (seperti yang ungkapan ini biasanya dikenali).
11.2 Tanpa prejudis terhadap sifat am perkara yang disebut sebelum ini, penggunaan Akaun dan/atau Kad
dan ketersediaannya bergantung kepada:-
i. tiada sebarang undang-undang yang dilanggar berhubung dengannya; dan
Terma & Syarat MasterCard Prabayar Lazada CIMB
ii. Pemegang Akaun membuat representasi dan berakujanji (dan terus membuat representasi
dan berakujanji) kepada Bank bahawa persetujuan Bank untuk memberikan atau
menyediakan atau terus menyediakan Akaun kepada Pemegang Akaun tidak akan melanggar
atau memungkiri sebarang undang-undang atau keperluan kawal selia yang berkuat kuasa
atau sebarang peruntukan atau sekatan lain yang mungkin dikenakan ke atas Bank dari
semasa ke semasa oleh Bank Negara Malaysia atau sebarang pihak berkuasa lain yang
mempunyai bidang kuasa terhadap Bank termasuk Persatuan Bank-bank dalam Malaysia
(“Undang-undang dan Peraturan Yang Dikenakan”).
11.3 Undang-undang dan Peraturan Yang Dikenakan terhadap Akaun dan/atau Kad termasuk tetapi tidak
terhad kepada:-
i. semua peruntukan yang berkuat kuasa dalam Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (“FSA”) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (“AMLA”);
ii. semua garis panduan dan arahan Bank Negara Malaysia yang berkuat kuasa yang
dikeluarkan terhadap FSA dan AMLA; dan
iii. semua garis panduan, had peminjaman atau sekatan yang dikeluarkan oleh Bank Negara
Malaysia atau mana-mana pihak berkuasa kerajaan lain dari semasa ke semasa termasuk
yang berkait dengan atau dikenakan terhadap pemberian dan/atau penggunaan Akaun
dan/atau Kad kepada dan/atau oleh orang-orang yang mempunyai hubungan dengan Bank.
11.4 Pemegang Akaun hendaklah dengan serta merta memaklumkan Bank secara bertulis jika:-
i. Pemegang Akaun kini atau selepas ini melanggar sebarang Undang-undang dan Peraturan
Yang Dikenakan; atau
ii. mana-mana terma dan syarat yang terkandung di dalam ini tidak lagi dipenuhi atau didapati
telah dilanggar atau tidak dipenuhi oleh Pemegang Akaun.
Semasa memberikan deklarasi berhubung dengan apa-apa perkara yang disebut sebelum ini atau
sebarang terma dan syarat yang terkandung di dalam ini jika dikehendaki oleh dan menurut terma
yang ditetapkan oleh Bank, Pemegang Akaun akan dianggap membuat representasi dan menjamin
kepada Bank bahawa kandungan di dalamnya akan terus benar dan tepat dari semua segi selagi
Akaun dan/atau Kad masih disediakan atau sebarang jumlah yang kena dibayar di bawahnya masih
perlu dibayar.
12. Arahan Telekomunikasi
12.1. Bank boleh (tetapi tidak mempunyai kewajipan) menurut budi bicara tunggalnya menerima arahan
daripada Pemegang Akaun melalui telefon berkaitan dengan Akaun dan/atau Kad, termasuk tetapi
tidak terhad kepada permintaan untuk melakukan perkara berikut:-
i. perubahan alamat pos; atau ii. pelaporan kad hilang; atau iii. penggantian kad yang hilang atau rosak; atau iv. transaksi lain yang boleh ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa.
12.2. Sebelum menerima arahan melalui telefon, identiti Pemegang Akaun akan terlebih dahulu
ditentusahkan oleh wakil Bank melalui proses keselamatan yang diwujudkan oleh Bank yang mungkin
termasuk butir-butir peribadi Pemegang Akaun.
12.3. Meskipun Klausa 12.1 dan 12.2 di atas, Bank boleh meminta pengesahan bertulis daripada Pemegang
Akaun tentang arahan Pemegang Akaun sebelum melaksanakannya.
12.4. Bank tidak akan bertanggungjawab kepada Pemegang Akaun atas sebarang kerugian atau kerosakan
yang walau bagaimanapun jua diakibatkan atau dialami oleh Pemegang Akaun kerana mematuhi atau
Terma & Syarat MasterCard Prabayar Lazada CIMB
tidak mematuhi sebarang atau semua arahan yang dibentangkan dalam Klausa 12.1.
12.5. Pemegang Akaun mengakui dan bersetuju bahawa:-
i. Bank boleh merakamkan semua perbualan telefon antara Pemegang Akaun dan wakil Bank;
dan ii. disebabkan sifat perbualan telefon, Bank tidak akan bertanggungjawab jika pihak ketiga yang
tidak dibenarkan terdengar perbualan sedemikian.
12.6. Pemegang Akaun selanjutnya memberi kuasa kepada Bank untuk bertindak terhadap arahannya yang
diberikan melalui faks atau kaedah telekomunikasi lain dan sebarang permintaan yang dibuat oleh
Pemegang Akaun kepada peniaga atau penyedia perkhidmatan bagi pembekalan barangan dan/atau
perkhidmatan yang akan dicaj kepada Akaun atau Kad membentuk kuasa untuk Bank mendebit Akaun
yang berkenaan dengan jumlah yang dicaj. Pemegang Akaun dengan ini secara tak boleh batal
bersetuju menanggung rugi Bank atas semua tindakan, tuntutan, kerugian, liabiliti atau gantirugi yang
dialami oleh Bank kerana bersetuju bertindak berdasarkan arahan Pemegang Akaun secara lisan,
melalui faks atau melalui kaedah telekomunikasi.
12.7. Bank dengan tak boleh batal diberi kuasa (tetapi tidak mempunyai kewajipan) untuk menghubungi
dan/atau memaklumkan Pemegang Akaun melalui mel elektronik, atau melalui telefon atau melalui
SMS di mana teks atau mesej atau maklumat elektronik lain tersebut dihantar ke alamat e-mel atau
nombor telefon mudah alih Pemegang Akaun dalam rekod Bank atau sebarang alamat e-mel atau
nombor lain yang dianggap sesuai oleh Bank. Maklumat yang dihantar melalui mel elektronik atau
melalui SMS boleh terdiri daripada maklumat yang dianggap wajar oleh Bank dan mungkin merangkum
(tetapi tidak terhad kepada) peringatan yang dihantar mengenai tarikh pembayaran kena dibayar,
pengemaskinian tentang manfaat, program dan promosi dan maklumat kepentingan am lain dan/atau
maklumat yang khusus kepada Pemegang Akaun.
12.8. Pemegang Akaun bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan dan simpanan selamat
maklumat yang diterima olehnya.
12.9. Bank dengan ini menafikan semua liabiliti kepada Pemegang Akaun atas sebarang kerugian atau
kerosakan (langsung, tidak langsung, khas atau berbangkit), kehilangan perniagaan atau keuntungan,
atau kerugian atau kerosakan tidak kira sifatnya yang dialami oleh Pemegang Akaun berbangkit
daripada atau disebabkan oleh sebarang:-
i. kerosakan atau kecacatan dalam penghantaran maklumat tidak kira sebabnya;
ii. sebarang maklumat yang dihantar tidak tepat, tidak lengkap, terlewat atau tidak dihantar atau
penghantaran maklumat yang salah kepada mana-mana pihak ketiga;
iii. akses, penggunaan atau pentafsiran yang salah, tidak dibenarkan atau tidak wajar terhadap
maklumat yang dihantar; dan
iv. tuntutan bagi fitnah (libel atau slander) berbangkit daripada penghantaran sebarang maklumat.
13. Penamatan dan/atau Penggantungan Akaun/ Kad
13.1. Kad adalah dan akan, pada semua masa, menjadi harta Bank dan hendaklah diserahkan kepada Bank
dengan serta-merta apabila diminta oleh Bank atau agennya yang diberi kuasa dengan wajar. Bank
boleh menarik balik, menggantung dan/atau menamatkan, menurut budi bicara mutlaknya, Kad
dan/atau Akaun dan/atau sebarang perkhidmatan yang ditawarkan terhadapnya sebagaimana
dianggapnya wajar menurut budi bicara mutlaknya dan tidak kira samada sebarang peristiwa
keingkaran telah berlaku atau tidak dengan memberikan notis terdahulu yang mencukupi kepada
Pemegang Akaun. Dengan ini selanjutnya dipersetujui bahawa Bank tidak mempunyai sebarang
kewajipan apa jua untuk mendedahkan sebab di sebalik penamatan atau penggantungan penggunaan
Kad dan/atau Akaun.
13.2. Di samping hak Bank yang terkandung dalam Klausa 13.1 di atas dan Klausa 38, Bank boleh menarik
balik, menggantung dan/atau menamatkan Kad dan/atau Akaun dan/atau sebarang perkhidmatan yang
Terma & Syarat MasterCard Prabayar Lazada CIMB
ditawarkan terhadapnya dengan serta-merta, tanpa memberikan sebarang sebab, meskipun Bank
mungkin pernah menepikan haknya sebelum itu, apabila berlaku mana-mana satu atau lebih daripada
satu peristiwa berikut:-
i. jika Pemegang Akaun melakukan atau mengancam untuk melakukan keingkaran atau
kemungkiran sebarang perjanjian, waad, penetapan, terma atau syarat yang terkandung di dalam
ini yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan oleh Pemegang Akaun;
ii. jika Bank dimaklumkan bahawa Pemegang Akaun telah melalukan tindakan kebankrapan
dan/atau notis kebankrapan dan/atau petisyen kebankrapan telah dikemukakan atau perintah
dibuat bagi sebarang perintah penghukuman dan/atau penerimaan terhadap Pemegang Akaun;
iii. jika Pemegang Akaun memberikan maklumat atau data yang palsu atau tidak tepat kepada Bank;
iv. jika Pemegang Akaun menjadi kurang siuman atau meninggal dunia;
v. jika Bank tidak mengetahui di mana Pemegang Akaun berada selama lebih daripada tiga (3)
bulan;
vi. jika Bank berpendapat bahawa transaksi yang mencurigakan atau luar biasa dijalankan terhadap
Kad dan/atau Akaun dan penggantungan dan/atau penamatan perlu dilakukan secara
munasabah untuk menghalang transaksi penipuan atau tidak dibenarkan;
vii. jika Pemegang Akaun didapati melanggar sebarang undang-undang atau peraturan yang
dikenakan berhubung dengan penggunaan Kad dan/atau Akaun oleh Pemegang Akaun; atau
viii. Jika Bank mengesyaki bahawa Akaun digunakan untuk sebarang tujuan apa jua yang menyalahi
undang-undang; atau
ix. jika Bank berpendapat bahawa Akaun dan/atau Kad digunakan untuk pembelian korporat iaitu
Akaun dan/atau Kad digunakan untuk membeli barangan dan/atau produk untuk tujuan jualan
semula; atau
x. jika Bank dimaklumkan dan diminta oleh mana-mana pihak berkuasa, termasuk tetapi tidak
terhad kepada Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Kerajaan Malaysia atau mana-mana
pihak berkuasa berkanun atau kerajaan yang lain (“pihak berkuasa yang berkenaan”) untuk
menahan diri daripada melaksanakan sebarang transaksi di bawah Akaun seperti yang disebut di
atas tidak kira samada pihak berkuasa yang berkenaan tersebut mempunyai kuasa undang-
undang atau kuasa sah untuk meminta Bank berbuat demikian.
13.3 Semasa menarik balik, menggantung dan/atau menamatkan Kad dan/atau Akaun dan/atau mana-mana
perkhidmatan yang ditawarkan terhadapnya selaras dengan Perjanjian ini termasuk sebarang tindakan
yang mungkin diambil oleh Bank seperti memulangkan sebarang suratcara yang dideposit untuk
pungutan seperti yang diperuntukkan di dalam ini Pemegang Akaun bersetuju bahawa Bank tidak akan
dipertanggungjawabkan untuk fitnah dan atau untuk kemungkiran kontrak dan atau untuk sebarang
kerugian kerosakan perbelanjaan kos atau caj apa jua yang mungkin dituntut terhadap Bank oleh
Pemegang Akaun atau oleh mana-mana orang lain atas apa-apa sebab pun jua.
13.4 Pemegang Akaun selanjutnya bersetuju bahawa sekiranya Bank didakwa atau dijadikan pihak dalam
sebarang guaman berbangkit daripada tindakan Bank yang menarik balik, menggantung dan/atau
menamatkan Kad dan/atau Akaun dan/atau mana-mana perkhidmatan yang ditawarkan terhadapnya
selaras dengan Perjanjian ini (“Tindakan”) atau sekiranya Bank sebelum atau selepas Tindakan
memulakan sebarang guaman termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang prosiding interplider
terhadap mana-mana pihak termasuk Pemegang Akaun untuk sebarang relief atau deklarasi yang sesuai
yang akan dibuat oleh mana-mana mahkamah, semua penalti kerugian kerosakan tuntutan perbelanjaan
caj dan kos (guaman atau sebaliknya termasuk kos atas dasar peguamcara dan anakguam dan kos pihak
ke pihak) yang mungkin diberikan oleh mahkamah terhadap Bank atau yang mungkin ditanggung oleh
Bank hendaklah ditanggung rugi dengan sepenuhnya oleh Pemegang Akaun.
13.5 Semasa bertindak selaras dengan sebarang terma, syarat dan peruntukan di dalam ini Pemegang Akaun
bersetuju bahawa Bank tidak akan dipertanggungjawabkan atas sebarang kerugian, kerosakan,
perbelanjaan atau kos apa jua yang mungkin dituntut terhadap Bank atas alasan bahawa
Terma & Syarat MasterCard Prabayar Lazada CIMB
Bank tidak dimaklumkan tentang peristiwa relevan yang disebut dalam Klausa 13.2(ii) dan Klausa
13.2(ix) disebabkan makluman tidak teratur, tidak sah, silap, salah, batal, tidak berkesan atau disebabkan
sebarang alasan lain pun jua.
13.6 Tidak kira tarikh transaksi, Pemegang Akaun akan terus bertanggungjawab untuk penggunaan Kad
dan/atau Akaun meskipun Kad telah dipulangkan.
13.7 Sekiranya Akaun dan/atau Kad ditamatkan samada oleh Pemegang Akaun atau oleh Bank, Bank tidak
akan memulangkan sebarang fi atau mana-mana bahagian daripadanya kepada Pemegang Akaun.
14. Tanggungjawab dan Liabiliti Pemegang Akaun
14.1 Kecuali seperti yang diperuntukkan selepas ini, anda hendaklah dan akan kekal bertanggungjawab untuk
kos yang ditanggung bagi semua barangan dan perkhidmatan yang dibekalkan oleh mana-mana peniaga
dan semua pendahuluan tunai yang dilaksanakan menerusi penggunaan Akaun dan/atau Kad. Anda
mempunyai kewajipan untuk dengan sedaya upaya melaksanakan sikap berjaga-jaga, ketekunan dan
langkah mencegah untuk menghalang kehilangan, kecurian atau kegunaan Akaun dan/atau Kad dengan
menipu dan untuk mengelakkan pendedahan ID Pengguna CIMB Clicks, Kata Laluan Perbankan
Internet, TAC,PIN anda atau sebarang kod lain yang digunakan oleh anda untuk mengakses Akaun
dan/atau Kad (selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai “kata laluan”) kepada mana-mana orang lain
dan anda hendaklah menanggung rugi dan memastikan Bank tidak dipertanggungjawabkan terhadap
sebarang liabiliti untuk kerugian, kerosakan, kos dan perbelanjaan (undang-undang atau sebaliknya)
berbangkit daripada kemungkiran kewajipan sedemikian oleh anda. Kewajipan untuk menggunakan sikap
berjaga-jaga, ketekunan dan langkah beringat yang sepenuhnya untuk mengelakkan kerugian, kecurian
atau penggunaan Akaun dan/atau Kad dengan menipu dan untuk mengelakkan pendedahan kata laluan
anda kepada mana-mana orang lain termasuk:-
tidak boleh membenarkan orang lain menggunakan Akaun dan/atau Kad
menyemak secara tetap bahawa Kad masih ada dalam simpanan anda
jangan tulis kata laluan di atas Kad atau apa-apa barangan yang biasanya disimpan dengan Kad dan menyimpan rekod kata laluan anda berasingan daripada Kad anda, meskipun jika kata laluan diselindung
jangan tulis kata laluan dalam cara yang boleh difahami oleh orang lain
jangan dedahkan/maklumkan kata laluan kepada orang lain
jangan tinggalkan Kad.
14.2 Anda hendaklah memaklumkan Bank: -
i. dengan serta-merta secara lisan atau bertulis tentang sebarang kehilangan dan/atau kecurian Kad dan/atau pelanggaran, pendedahan atau kehilangan kata laluan anda;
ii. secepat yang mungkin secara munasabah selepas mendapat tahu bahawa Kad hilang, dicuri, transaksi yang tidak dibenarkan telah berlaku atau kata laluan mungkin telah didedahkan;
iii. dengan serta merta selepas menerima amaran transaksi melalui SMS jika transaksi tidak dibenarkan; dan
iv. dengan serta-merta tentang sebarang perubahan pada nombor hubungan anda.
14.3 Anda hendaklah dan akan kekal bertanggungjawab kepada Bank bagi apa-apa barangan atau perkhidmatan yang dibekalkan oleh peniaga dan pendahuluan tunai yang dilakukan melalui penggunaan Kad oleh mana-mana orang sebelum Bank menerima makluman bertulis atau lisan oleh anda tentang kehilangan dan/atau kecurian Kad dan/atau pendedahan kata laluan. Untuk mengelakkan keraguan, anda akan bertanggungjawab untuk: -
i. transaksi berasaskan PIN yang tidak dibenarkan, jika anda: -
a. bertindak dengan menipu;
b. lewat memaklumkan Bank secepat yang mungkin secara munasabah selepas mendapat tahu tentang kehilangan Kad atau penggunaan Kad dalam cara yang tidak dibenarkan;
c. dengan sukarela mendedahkan PIN kepada orang lain; atau
d. mencatat PIN pada Kad, atau atas apa jua benda yang disimpan berhampiran dengan Kad dan yang mungkin hilang atau dicuri dengan Kad.
ii. transaksi yang tidak dibenarkan yang memerlukan penentusahan tandatangan atau penggunaan Kad tanpa sentuhan, jika anda: -
a. bertindak dengan menipu;
b. lewat memaklumkan Bank secepat yang mungkin secara munasabah selepas mendapat tahu
Terma & Syarat MasterCard Prabayar Lazada CIMB
tentang kehilangan Kad atau penggunaan Kad dalam cara yang tidak dibenarkan;
c. meninggalkan Kad atau barang yang mengandungi Kad tanpa dijaga, di tempat yang boleh dilihat dan diakses oleh orang lain atau gagal melaksanakan sikap berjaga-jaga yang wajar untuk melindungi Kad di tempat kediaman anda; atau
d. dengan sukarela membenarkan orang lain menggunakan Kad.
Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan keputusan Bank berhubung dengan sebarang perkara
berbangkit daripada klausa ini, anda boleh merujuk pertikaian kepada Skim Ombudsman Kewangan
untuk menyelesaikan pertikaian tersebut. Apabila Kad yang hilang atau dicuri didapatkan balik, anda
bersetuju untuk tidak menggunakan Kad yang telah didapatkan balik tersebut dan hendaklah dengan
serta-merta memotong Kad separuh merentas jalur magnet dan merentas cip (jika Kad mempunyai
mikrocip dibenamkan di dalamnya).
14.4 Bank tidak mempunyai kewajipan untuk mengeluarkan Kad gantian kepada anda selepas Kad hilang
atau dicuri. Jika Bank membuat keputusan untuk mengeluarkan Kad gantian, Kad gantian tersebut
adalah tertakluk kepada Fi Kad Gantian berikut:-
i. RM10.00 untuk sebarang kehilangan atau kecurian Kad yang dilaporkan buat kali pertama;
ii. RM15.00 untuk sebarang kehilangan atau kecurian Kad yang dilaporkan buat kali kedua.
Untuk mengelakkan keraguan, anda hendaklah menanggung Fi Kad Gantian dan cukai (termasuk tetapi tidak terhad kepada cukai perkhidmatan atau GST) berkaitan dengan pengeluaran Kad gantian. Bank berhak untuk tidak menggantikan Kad untuk sebarang kehilangan atau kecurian Kad yang dilaporkan buat kali ketiga. Bank tidak akan mengenakan sebarang Fi Kad Gantian jika penggantian Kad adalah disebabkan Kad atau cip yang terkandung dalam Kad rosak atau cacat atau jika penggantian Kad diperlukan disebabkan peningkatan kad atau sistem oleh Bank.
14.5 Jika Kad gantian dikeluarkan, semua jumlah kredit dalam Akaun akan dipindahkan kepada Akaun
baru dengan nombor yang sama seperti Kad gantian.
14.6 Jika Kad hilang dan/atau dicuri dan/atau PIN didedahkan kepada mana-mana orang, jika diminta oleh Bank, Pemegang Akaun juga hendaklah memberikan kepada Bank:-
i sesalinan laporan polis; dan/atau ii pengesahan bertulis
yang dibuat oleh Pemegang Akaun mengenai kehilangan dan/atau kecurian Kad dan/atau pendedahan PIN kepada mana-mana orang dalam masa tujuh (7) hari kalendar dari tarikh permintaan oleh Bank.
15. Penggantungan Akaun
15.1. Pemegang Akaun boleh meminta Bank menggantung operasi atau penggunaan Akaun pada bila-bila
masa dengan menghubungi Pusat Panggilan Bank dan selepas itu menamatkan penggantungan
tersebut dengan menghubungi Pusat Panggilan Bank. Meskipun perkara yang disebut sebelum ini,
Bank tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan atau kegagalan untuk menggantung
Akaun dan Pemegang Akaun akan terus bertanggungjawab untuk semua transaksi yang dilaksanakan
melalui Akaun.
16. Pembaharuan Kad
16.1. Apabila luput tempoh kesahan Kad, Bank boleh mengeluarkan Kad gantian yang baharu kepada anda
dengan syarat Bank boleh menurut budi bicara tunggalnya enggan mengeluarkan Kad gantian yang
baharu tanpa memberikan sebarang sebab pun jua.
17. Had Pembelian dan Transaksi
17.1. Had bagi pembelian dan transaksi terhadap Akaun dan/atau Kad adalah jumlah yang tersedia dalam
Akaun atau sebarang had lain yang boleh dikenakan oleh Bank pada bila-bila masa menurut budi
bicara tunggalnya dengan memberikan notis terdahulu yang mencukupi kepada Pemegang Akaun.
Terma & Syarat MasterCard Prabayar Lazada CIMB
17.2. Meskipun perkara yang disebut sebelum ini, Pemegang Akaun akan terus dan hendaklah
bertanggungjawab untuk semua liabilitinya termasuk tetapi tidak terhad kepada semua pembelian dan
transaksi melebihi jumlah kredit dalam Akaun. Untuk menghuraikan dan tanpa menjejaskan perkara
yang disebut sebelum ini, Bank tidak mempunyai kewajipan dalam apa cara jua untuk memastikan
bahawa jumlah kredit dalam Akaun tidak dilampaui oleh Pemegang Akaun.
17.3. Bank boleh (tetapi tidak mempunyai kewajipan) pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa
menghubungi anda untuk mengesahkan transaksi yang dijalankan terhadap Kad sebagai langkah
menghalang sebarang kemungkinan yang Akaun digunakan dalam cara yang tidak dibenarkan.
Sekiranya Bank tidak dapat menghubungi anda, Bank boleh (tetapi tidak mempunyai kewajipan untuk)
menolak transaksi tanpa liabiliti kepada Bank. Sekiranya Bank membenarkan transaksi dilaksanakan,
anda akan terus bertanggungjawab untuk caj yang dikenakan dan/atau wang yang dikeluarkan.
18. Fi dan Caj
18.1. Pemegang Akaun bersetuju membayar fi dan caj berikut:
i. fi tahunan untuk Akaun;
ii. sebarang cukai perkhidmatan atau impos lain yang mungkin dikenakan oleh mana-mana pihak
berkuasa yang berkenaan dari semasa ke semasa;
iii. caj pengendalian bagi pengeluaran Kad gantian;
iv. caj bagi penyediaan salinan draf jualan dan sebarang dokumen sokongan lanjut lain atau
perkhidmatan yang mungkin disediakan oleh Bank dari semasa ke semasa kecuali ditetapkan
sebaliknya oleh Bank;
v. fi dan caj bagi sebarang atau semua transaksi Akaun yang dilaksanakan melalui penggunaan
Akaun/Kad (termasuk tetapi tidak terhad kepada transaksi melalui ATM dan/atau pengeluaran
tunai); dan
vi. sebarang fi dan caj lain yang boleh dikenakan oleh Bank menurut budi bicara tunggal dan
mutlaknya dari semasa ke semasa dengan memberikan notis selama dua puluh satu (21) hari
kalendar kepada Pemegang Akaun sebelum tarikh berkuatkuasanya pelaksanaan.
Jumlah fi dan caj yang perlu dibayar adalah sebarang jumlah yang boleh ditentukan oleh Bank dan
penentuan tersebut adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dipersoalkan atas apa-apa sebab
pun jua. Fi sedemikian boleh didebit kepada Akaun.
Untuk butir-butir penuh fi dan caj yang dikenakan berhubung dengan Kad dan/atau penggunaan Akaun,
sila rujuk kepada jadual struktur fi di laman web CIMB Bank.
19. Rekod Transaksi dan mata wang pengebilan
19.1. Bank berhak memperlakukan:-
i. sebarang draf jualan, rekod transaksi yang disimpan atau direkodkan secara elektronik atau
sebaliknya, baucer kredit dan/atau rekod caj lain yang mempunyai teraan atau cara lain
untuk menghasilkan semula maklumat yang dicetak timbul yang terkandung terhadap Akaun
dan/atau Kad; dan/atau
ii. rekod Bank tentang sebarang transaksi lain yang dilaksanakan menerusi penggunaan Akaun
dan/atau Kad termasuk tetapi tidak terhad kepada transaksi yang dilaksanakan melalui
pesanan pos atau melalui telefon atau melalui internet atau melalui sebarang media atau
peranti mekanikal, elektrikal atau elektronik
sebagai bukti transaksi yang dilaksanakan dengan wajar oleh Pemegang Akaun yang akan
didebit kepada Akaun meskipun sebarang dokumen sedemikian mungkin tidak mengandungi
tandatangan Pemegang Akaun atau tandatangan Pemegang Akaun tersebut (jika kelihatan)
berbeza daripada tandatangan Pemegang Akaun. Pemegang Akaun bersetuju bahawa rekod
Bank tentang sebarang transaksi yang dilaksanakan melalui penggunaan Akaun dan/atau Kad
Terma & Syarat MasterCard Prabayar Lazada CIMB
adalah konklusif dan mengikat terhadap Pemegang Akaun bagi semua tujuan. Meskipun
perkara di atas, jika Bank menerima bukti berdokumen yang memuaskan dan tidak dapat
disangkal bahawa sebarang transaksi yang dilaksanakan terhadap Akaun adalah disebabkan
oleh penipuan yang bukan disebabkan atau disumbang oleh tindakan dan/atau ketinggalan
oleh Pemegang Akaun dan dengan syarat sentiasa bahawa Pemegang Akaun telah benar-
benar mematuhi terma dan syarat yang terkandung dalam Perjanjian ini, Bank boleh menurut
budi bicara tunggal dan mutlaknya memilih untuk tidak mendebit caj yang ditanggung
berbangkit daripada transaksi memfraud daripada Akaun.
19.2. Semua hutang jika ditanggung dalam mata wang selain daripada mata wang pengebilan hendaklah:-
i. sebelum didebit kepada Akaun, ditukar kepada mata wang pengebilan pada sebarang kadar
pertukaran yang boleh ditentukan secara konklusif oleh MCI pada tarikh kemasukan ke dalam
Akaun; dan
ii. tertakluk kepada caj pentadbiran sebanyak 1% daripada jumlah yang ditransaksi atau sebarang
kadar lain yang boleh ditentukan secara konklusif oleh Bank dari semasa ke semasa dengan
memberikan notis terdahulu selama dua puluh satu (21) hari kalendar kepada anda dan caj
tersebut boleh didebit kepada Akaun.
20. Transaksi ATM
20.1. Atas permintaan anda, Bank akan memberikan PIN untuk Kad yang dikeluarkan kepada anda untuk
membolehkan anda melakukan pengeluaran tunai melalui ATM di mana-mana cawangan Bank atau di
ATM mana-mana bank atau institusi lain yang mempunyai perkiraan dengan Bank bagi penggunaan
ATM bank atau institusi tersebut, tertakluk kepada had pengeluaran harian yang dikenakan untuk ATM
tersebut. Anda tidak boleh mendedahkan PIN ini kepada mana-mana orang lain dalam apa jua
keadaan.
20.2. Bank tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua cara atas sebarang kerugian, kerosakan,
kecederaan, kesulitan atau perasaan malu yang walau bagaimanapun jua disebabkan atau ditanggung
atau dialami oleh anda termasuk tetapi tidak terhad kepada keadaan apabila transaksi tidak dapat
dilaksanakan atau dilaksanakan dengan salah samada disebabkan oleh kecacatan, kerosakan,
penghentian atau penutupan, gangguan atau kehilangan bekalan kuasa kepada ATM ("Kecacatan
Teknikal") atau sebaliknya atau jika Kad tidak diterima untuk penggunaan atau jika Kad ditahan oleh
ATM disebabkan Kecacatan Teknikal atau atas sebarang alasan atau sebab lain pun jua yang akan
ditentukan semata-mata oleh Bank.
20.3. Waktu operasi, jenis operasi, kemudahan dan perkhidmatan yang tersedia kepada anda serta
kekerapan dan cara penggunaan Kad untuk melaksanakan transaksi melalui ATM akan ditentukan
oleh Bank dari semasa ke semasa menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya.
21. Pengeluaran Tunai
21.1. Anda boleh mendapatkan pengeluaran tunai melalui cara berikut:-
i. menggunakan Kad di mana-mana ATM selaras dengan Klausa 20.1; atau
ii. bagi semua transaksi luar negara melalui ATM dan/atau mana-mana institusi ahli MCI dan
dengan itu kadar pertukaran (jika berkenaan) yang dikenakan untuk pengeluaran tunai tersebut
adalah kadar pertukaran semasa yang ditentukan oleh Bank menurut budi bicara tunggalnya
dari semasa ke semasa. Anda hendaklah bertanggungjawab dengan sepenuhnya untuk
memastikan bahawa transaksi tersebut tidak melanggar undang-undang yang wujud dalam
negara di mana transaksi dilaksanakan.
21.2. Pemegang Akaun boleh meminta Bank memindahkan dana daripada Akaunnya kepada mana-mana
Akaun Lain Pemegang Akaun. Di samping perkara yang disebut sebelum ini, Pemegang Akaun
dengan tak boleh batal memberi kuasa kepada Bank (tanpa perlu mendapatkan kebenaran terdahulu
Pemegang Akaun) untuk mendebit dan memindahkan dana daripada Akaunnya kepada mana-mana
Akaun Lain Pemegang Akaun yang dipegang dengan Bank untuk melunaskan cek, menyelesaikan
sebarang transaksi debit dan/atau secara amnya untuk memasukkan dana ke dalam akaun jika akaun
tidak mempunyai dana yang cukup samada disebabkan penamatan kemudahan overdraf atau
sebaliknya. Bank boleh (tetapi tidak mempunyai kewajipan untuk) memindahkan dana seperti yang
Terma & Syarat MasterCard Prabayar Lazada CIMB
disebut sebelum ini. Dana yang dipindahkan selaras dengan klausa ini akan diperlakukan sebagai
pengeluaran tunai oleh Pemegang Akaun.
21.3. Pemegang Akaun bersetuju bertanggungjawab untuk semua pengeluaran tunai atau pemindahan yang
dilaksanakan melalui Akaun.
22. Penyata Akaun
22.1. Penyata bulanan untuk Akaun akan disediakan kepada Pemegang Akaun dalam talian di CIMB Clicks
atau sebarang cara lain yang boleh ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa dan dengan ini
dipersetujui bahawa semua penyata sedemikian akan dianggap telah diterima oleh Pemegang Akaun
apabila disediakan dalam talian melalui CIMB Clicks.
22.2. Bank boleh memilih mana-mana hari dalam suatu bulan sebagai tarikh penyata bulanan dan apabila
menerima atau dianggap menerima penyata, Pemegang Akaun dianggap telah menyemak semua
masukan dalam penyata.
22.3. Pemegang Akaun dengan ini secara nyata berwaad dan berakujanji dengan Bank bahawa Pemegang
Akaun akan memaklumkan Bank secara bertulis tentang sebarang kesilapan, percanggahan atau
ketidaktepatan tidak kira jenisnya dalam penyata yang disediakan dalam talian dalam masa empat
belas (14) hari kalendar dari tarikh Pemegang Akaun dianggap telah menerima penyata. Jika
Pemegang Akaun tidak memaklumkan Bank secara bertulis atau gagal memaklumkan Bank tentang
sebarang kesilapan, percanggahan atau ketidaktepatan apa-apa masukan dalam penyata maka
Pemegang Akaun dianggap telah menerima masukan yang terkandung di dalamnya yang disediakan
sehingga masukan terakhir dalam penyata sebagai tepat dan sebagai bukti muktamad dan konklusif
tentang fakta yang terkandung di dalamnya dan mengikat terhadap Pemegang Akaun dan Pemegang
Akaun selepas itu akan dihalang daripada membuat apa-apa tuntutan terhadap Bank dengan
mendakwa bahawa penyatanya tersebut mengandungi sebarang kesilapan, percanggahan atau
ketidaktepatan.
22.4. Sekiranya Pemegang Akaun meminta penyata akaun daripada Bank (dalam salinan cetak), Bank boleh
mengenakan caj sebanyak RM5.30 terhadap Pemegang Akaun bagi setiap permintaan dan jumlah
tersebut boleh didebit daripada Akaun Pemegang Akaun. Bank tidak mempunyai kewajipan untuk
memberikan kepada Pemegang Akaun sebarang penyata, atau salinan penyata tersebut atau slip
jualan atau rekod transaksi lain berkaitan dengan transaksi yang berlaku lebih dari dua belas (12)
bulan dari tarikh permintaan Pemegang Akaun.
22.5. Semua pembayaran bagi pembelian barangan dan/atau perkhidmatan yang dilaksanakan menerusi
penggunaan Kad atau menerusi penggunaan nombor CVV Akaun dan semua fi, caj pengendalian, caj
tambahan dan sebarang fi dan caj lain yang dikenakan akan didebit kepada Akaun dan akan
dipaparkan dalam Penyata.
23. Perubahan pada caj
23.1. Untuk menghuraikan dan tanpa menjejaskan hak Bank yang terkandung dalam Klausa 32, Bank
berhak menurut budi bicara tunggalnya pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengubah
kadar atau cara pengiraan fi tahunan, caj pengendalian dan sebarang fi atau levi lain yang dikenakan
yang diperuntukkan di dalam ini dengan memberikan notis terdahulu selama dua puluh satu (21) hari
kalendar kepada Pemegang Akaun. Pemegang Akaun dengan ini bersetuju bahawa Bank berhak
menggunakan mana-mana satu atau lebih daripada satu cara atau kaedah komunikasi berikut
berhubung dengan perubahan pada fi tahunan, caj pengendalian dan sebarang fi atau levi lain yang
dikenakan termasuk tarikh berkuatkuasanya sebarang perubahan sedemikian:-
i. dengan menampal notis di premis Bank menyatakan perubahan sedemikian dan tarikh
berkuatkuasanya perubahan; dan/atau
ii. melalui penerbitan sekali sahaja dalam satu atau lebih daripada satu akhbar pilihan Bank
tentang perubahan tersebut dan tarikh berkuatkuasanya perubahan; dan/atau
iii. dengan meletakkan sisipan dalam penyata akaun Bank tentang perubahan tersebut dan
tarikh berkuatkuasanya perubahan; dan/atau
Terma & Syarat MasterCard Prabayar Lazada CIMB
iv. dengan menghantar notis tentang perubahan tersebut dan tarikh berkuatkuasanya
perubahan kepada Pemegang Akaun melalui pos biasa atau berdaftar; dan/atau
v. dengan menghantar notis tentang perubahan tersebut dan tarikh berkuatkuasanya
perubahan melalui SMS atau mel elektronik kepada Pemegang Akaun atau dengan
meletakkan notis tentang perubahan tersebut dan tarikh berkuatkuasanya perubahan di
CIMB Clicks.
23.2. Komunikasi yang dibuat oleh Bank di bawah ini akan dianggap telah diterima oleh atau disampaikan
kepada Pemegang Akaun:-
i. pada tarikh penampalan notis di premis Bank, jika komunikasi dibuat atau dilaksanakan
oleh Bank selaras dengan peruntukan Klausa 23.1(i) di atas; dan/atau
ii. pada tarikh penerbitan pertama dalam mana-mana akhbar pilihan Bank jika komunikasi
dibuat atau dilaksanakan oleh Bank selaras dengan peruntukan Klausa 23.1(ii) di atas;
dan/atau
iii. tiga (3) hari kalendar selepas tarikh pengeposan penyata akaun Bank kepada Pemegang
Akaun jika komunikasi dibuat atau dilaksanakan oleh Bank selaras dengan peruntukan
Klausa 23.1(iii) di atas; dan/atau
iv. tiga (3) hari kalendar selepas tarikh pengeposan notis kepada Pemegang Akaun melalui
pos biasa atau berdaftar jika komunikasi dibuat atau dilaksanakan oleh Bank selaras
dengan peruntukan Klausa 23.1(iv) di atas; dan/atau
v. pada tarikh notis tentang perubahan tersebut dihantar melalui SMS atau mel elektronik
kepada Pemegang Akaun atau tarikh apabila notis tentang perubahan tersebut diletakkan
di CIMB Clicks selaras dengan peruntukan Klausa 23.1(v) di atas.
Kegagalan Bank untuk memberikan sebarang notis kepada Pemegang Akaun tentang perubahan tidak
akan melepaskan Pemegang Akaun daripada kewajipannya untuk membayar fi tahunan, caj
pengendalian dan sebarang fi atau levi lain yang dikenakan pada kadar yang diubah atau menurut
kaedah pengiraan yang diubah. Keputusan Bank tentang kadar yang boleh dicaj atau kaedah
pengiraannya adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dipersoalkan dalam apa jua keadaan.
24. Akaun Tidak Aktif/Dorman
24.1 Akaun tanpa sebarang transaksi kredit dan/atau debit (melainkan transaksi yang dilakukan oleh Bank bagi tujuan mendebit untuk fi dan/atau caj yang perlu dibayar oleh Pemegang Akaun kepada Bank) selama enam (6) bulan atau lebih akan dianggap akaun dorman dan Bank berhak untuk dengan serta-merta menggantung dan menutup Akaun.
24.2 Pemegang Akaun akan dimaklumkan oleh Bank melalui mel elektronik selewat-lewatnya 21 hari bekerja tentang penutupan Akaun disebabkan Akaun dianggap akaun dorman.
24.3 Untuk mengelakkan penutupan Akaun selaras dengan Klausa 24.1, Pemegang Akaun hendaklah melaksanakan sebarang transaksi kredit dan/atau debit terhadap Akaun sebelum Akaun dianggap akaun dorman.
25. Penutupan Akaun
Bank akan menutup Akaun dengan serta-merta atau pada sebarang masa yang dianggap wajar oleh Bank
selepas menerima permintaan penutupan daripada anda melalui CIMB Clicks atau melalui Pusat Panggilan Bank
atau jika Kad dan/atau Akaun ditarik balik, digantung dan/atau ditamatkan oleh Bank selaras dengan Klausa 13,
24 atau 38 tanpa perlu memberikan sebarang sebab. Berhubung dengan penutupan Akaun sedemikian, Bank
akan membuat perkiraan agar baki dalam Akaun, jika ada, selepas menolak duti setem dan sebarang fi yang
berkenaan dipulangkan kepada Pemegang Akaun. Pemulangan tersebut hendaklah dibuat dalam masa tiga
Terma & Syarat MasterCard Prabayar Lazada CIMB
puluh (30) hari kalendar secara pemindahan dana atau melalui Cek Jurubank atau Draf Bank yang akan dihantar
melalui pos atau melalui sebarang cara lain atau sebarang kaedah pembayaran lain yang ditentukan oleh Bank.
26. Pembayaran dan Kredit ke dalam Akaun
26.1. Kecuali pembayaran yang dibuat melalui cek yang tidak dibenarkan, anda boleh “menambah wang”
dan mengkreditkan wang ke dalam Akaun dalam cara berikut atau sebarang cara lain yang boleh
ditetapkan oleh Bank dari semasa ke semasa:-
i. Memasukkan wang tunai menggunakan Mesin Deposit Tunai Bank;
ii. Pemindahan dana daripada mana-mana Akaun Lain Pemegang Akaun melalui internet
menggunakan “CIMB Clicks” jika anda telah diberikan akses kepada CIMB Clicks selaras
dengan Akaun Lain Pemegang Akaun tersebut;
iii. Pemindahan wang antara bank (GIRO) daripada akaun anda yang lain yang dipegang
dengan bank lain; dan/atau
iv. Pemindahan Dalam Talian MEPS FPX.
26.2. Semua pembayaran atau kredit yang dibuat kepada Akaun hendaklah dibuat dalam Ringgit Malaysia
dan kredit atau jumlah wang maksimum yang boleh dikreditkan ke dalam Akaun tidak boleh pada bila-
bila masa melebihi Ringgit Malaysia Empat Ribu Sembilan Ratus dan Sembilan Puluh Sembilan (RM
4,999.00) sahaja atau sebarang jumlah lain yang boleh ditetapkan oleh Bank dari semasa ke semasa
(“Jumlah Maksimum”), dengan notis terdahulu yang mencukupi. Pemegang Akaun berakujanji untuk
tidak menambah atau mengkreditkan dana melebihi Jumlah Maksimum ke dalam Akaun. Pembayaran
oleh Pemegang Akaun kepada Bank tidak akan dianggap dibuat sehingga dana yang berkenaan
diterima untuk nilai sedemikian oleh Bank.
26.3. Bank berhak pada bila-bila masa menurut budi bicara mutlaknya menentusahkan sumber dana
pembayaran dan memastikan Bank berpuas hati tentang kepatuhan Undang-undang dan Peraturan
Yang Dikenakan pada masa itu. Dengan syarat Bank berpuas hati dengan penentusahan tersebut,
tanpa prejudis terhadap sebarang hak Bank yang lain di bawah Perjanjian ini, Boleh boleh
mengkreditkan dana tersebut ke dalam Akaun Pemegang Akaun. Sementara menunggu Bank
menentusahkan sumber dana pembayaran:-
i. Bank berhak untuk menggantung penggunaan Akaun/Kad dan/atau menolak sebarang transaksi
yang cuba dilaksanakan terhadap Akaun/Kad oleh Pemegang Akaun selepas pembayaran; dan
ii. sebarang jumlah kredit dalam Akaun akibat pembayaran tersebut tidak akan dikembalikan
kepada Pemegang Akaun.
26.4. Pemegang Akaun tidak boleh menggunakan atau cuba menggunakan Akaun dan/atau Kad untuk
melaksanakan sebarang transaksi kecuali terdapat dana yang mencukupi dalam Akaun untuk
menjelaskan transaksi yang akan dilaksanakan. Pemegang Akaun hendaklah dalam semua keadaan
menanggung tanggungjawab penuh untuk semua transaksi yang diproses menerusi penggunaan
Akaun dan/atau Kad, samada diproses dengan pengetahuan, keakuran atau kuasa Pemegang Akaun
atau tidak. Bank berhak mendebit Akaun dengan jumlah sebarang transaksi yang dilaksanakan dengan
Akaun dan/atau Kad dan Pemegang Akaun bertanggungjawab untuk semua transaksi menggunakan
Akaun dan/atau Kad.
27. Penepian
27.1. Penepian hak oleh Bank atau kelonggaran oleh Bank kepada Pemegang Akaun tidak akan beroperasi
untuk menghalang Bank daripada menguatkuasakan sebarang haknya di bawah Perjanjian ini atau
beroperasi sebagai kebenaran terhadap modifikasi Perjanjian ini dalam apa jua segi.
27.2. Hak Bank yang terkandung di dalam ini adalah kumulatif, boleh dilaksanakan seberapa kerap yang
dianggapnya wajar dan adalah di samping haknya di bawah sebarang undang-undang yang berkuat kuasa. Hak Bank yang terkandung di dalam ini tidak boleh diketepikan atau diubah, kecuali melalui
penepian atau perubahan nyata secara bertulis, dan khususnya, sebarang kegagalan untuk
Terma & Syarat MasterCard Prabayar Lazada CIMB
melaksanakan atau sebarang kelewatan untuk melaksanakan sebarang hak tidak akan beroperasi
sebagai penepian atau perubahan hak tersebut atau sebarang hak lain, sebarang pelaksanaan hak
tersebut dalam cara yang cacat atau secara sebahagian tidak akan menghalang sebarang
pelaksanaan lain atau lanjut terhadap hak tersebut atau sebarang hak lain, dan tiada tindakan atau
jalan tindakan atau rundingan olehnya atau bagi pihaknya akan dalam apa cara jua menghalangnya
daripada melaksanakan sebarang hak sedemikian atau merupakan penggantungan atau sebarang
perubahan terhadap sebarang hak sedemikian.
28. Hak Tolakan dan Hak Debit
28.1 Bank menyimpan hak untuk mengeluarkan makluman selama 7 hari kalendar kepada Pemegang
Akaun untuk menggabungkan, menyatukan Akaun dan sebarang akaun lain Pemegang Akaun yang
dipegang dengan Bank (‘Akaun-akaun’) dan atau menolak dan atau memindahkan sebarang baki
kredit dalam Akaun-akaun untuk atau bagi tujuan menjelaskan sebarang liabiliti Pemegang Akaun
kepada Bank, samada liabiliti tersebut kepada Bank adalah sebenar, kontingen, utama, sampingan,
berasingan, bersama, ditanggung dalam kapasiti sebagai peminjam dan atau penjamin dan atau
penanggung rugi dan atau penyedia cagaran, atau dalam mata wang lain (‘Keberhutangan’).
Sementara menunggu Bank melaksanakan tolakan tersebut, Bank berhak menahan dan atau
menggantung pembayaran sebarang wang daripada baki kredit dalam Akaun-akaun. Sekiranya
Pemegang Akaun gagal menjelaskan Keberhutangan dengan sepenuhnya dengan Bank apabila luput
makluman selama 7 hari kalendar tersebut, Bank berhak menolak keseluruhan baki kredit daripada
Akaun-akaun atau sehingga jumlah Keberhutangan untuk menyelesaikan Keberhutangan dengan
sebahagiannya atau sepenuhnya (mengikut keadaan).
28.2 Untuk mengelakkan sebarang keraguan, Pemegang Akaun bersetuju bahawa hak Bank untuk
menahan atau menggantung pembayaran dan atau tolakan dikenakan terhadap dan boleh
dilaksanakan oleh Bank berkaitan atau berhubung dengan (a) Akaun dan atau mana-mana akaun
bersama lain Pemegang Akaun jika baki kreditnya digunakan untuk menolak keberhutangan yang
ditanggung kepada Bank oleh Pemegang Akaun dan atau oleh Pemegang Akaun dengan mana-mana
orang lain dan samada keberhutangan tersebut yang ditanggung kepada Bank adalah sebenar,
kontingen, utama, sampingan, berasingan, bersama, ditanggung dalam kapasiti sebagai peminjam
dan atau penjamin dan atau penanggung rugi dan atau penyedia cagaran; (b) Bank telah
dimaklumkan bahawa Pemegang Akaun telah melakukan tindakan kebankrapan dan atau satu notis
kebankrapan dan atau petisyen untuk kebankrapan atau penggulungan telah difailkan terhadap
Pemegang Akaun; (c) Bank telah dimaklumkan bahawa Pemegang Akaun telah diisytiharkan sebagai
bankrap; (d) Bank telah dimaklumkan tentang kematian Pemegang Akaun.
28.3 Pemegang Akaun dengan tak boleh batal memberi kuasa kepada Bank untuk mendebit Akaun tanpa
notis terdahulu bagi tujuan membuat pembayaran, pembayaran balik dan atau pembayaran ganti
kepada Bank dan atau membuat pembayaran dan atau pembayaran balik jumlah relevan kepada
pihak ketiga di bawah atau berbangkit daripada yang berikut:
i. fi, kos, perbelanjaan, caj yang perlu dibayar berhubung dengan Akaun selaras dengan Perjanjian
ini dan atau walau bagaimanapun jua ditanggung dan atau dicaj oleh Bank berhubung dengan
sebarang perkhidmatan yang disediakan oleh Bank kepada Pemegang Akaun;
ii. cukai, duti setem dan sebarang levi atau caj lain yang dikenakan oleh kerajaan dan perlu dibayar
oleh Pemegang Akaun berhubung dengan Akaun dan atau sebarang perkhidmatan atau
kemudahan lain yang disediakan oleh Bank kepada atau untuk manfaat Pemegang Akaun;
iii. kerugian dan atau kerosakan yang walau bagaimanapun jua dialami atau ditanggung oleh Bank
untuk melaksanakan sebarang permintaan dan arahan Pemegang Akaun dan atau untuk
menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan Akaun seperti yang diperuntukkan dalam Perjanjian
ini;
iv. jumlah berbangkit daripada sebarang tanggung rugi dan atau jaminan yang diberikan oleh
Pemegang Akaun memihak kepada Bank berhubung dengan penyediaan sebarang perkhidmatan
dan kemudahan oleh Bank kepada Pemegang Akaun selaras dengan Perjanjian ini;
v. pembayaran yang dibuat, dipindahkan atau dikreditkan ke dalam Akaun disebabkan kesilapan
Bank dan atau disebabkan tuntutan oleh mana-mana pihak ketiga bahawa jumlah yang berkenaan
Terma & Syarat MasterCard Prabayar Lazada CIMB
telah dibayar dengan salah oleh pihak ketiga ke dalam Akaun dan atau disebabkan oleh tuntutan
oleh pihak ketiga bahawa dia telah ditipu, difraud atau diperdaya agar membuat pembayaran ke
dalam Akaun dan atau disebabkan oleh sebarang kerosakan atau kepincangan pada operasi dan
atau sistem Bank dan atau sebarang sebab lain di luar kawalan munasabah Bank;
vi. sebarang suratcara wang selepas itu tidak dilayan atas apa sebab jua dan jika hasil suratcara
wang ini telah dikreditkan oleh Bank ke dalam Akaun sebelum itu;
vii. pembayaran di bawah Akaun yang diminta dibayar oleh Bank Negara Malaysia dan atau pihak
berkuasa Polis atau mana-mana pihak berkuasa lain selaras dengan sebarang undang-undang
yang dikenakan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa;
viii. fi guaman, pembayaran, perbelanjaan dan kos (atas dasar peguamcara-anakguam dan tanggung
rugi penuh) yang ditanggung oleh Bank berhubung dengan sebarang:
a. langkah mendapatkan balik sebarang keberhutangan di bawah sebarang kemudahan atau
pinjaman yang diberikan oleh Bank kepada Pemegang Akaun;
b. prosiding garnisi yang difailkan dan disampaikan kepada Bank dan jika Bank dinamakan
sebagai garnisi berhubung dengan Akaun dan atau sebarang akaun lain Pemegang Akaun
yang dipegang dengan Bank;
c. prosiding interplider atau sebarang prosiding mahkamah lain yang difailkan oleh Bank
terhadap Akaun dan atau sebarang akaun lain Pemegang Akaun yang dipegang dengan
Bank;
d. prosiding injunksi atau sebarang prosiding mahkamah lain yang dimulakan terhadap Akaun
dan atau sebarang akaun lain Pemegang Akaun yang dipegang dengan Bank, samada Bank
dinamakan sebagai parti atau tidak; dan
e. prosiding undang-undang yang difailkan terhadap Bank oleh Pemegang Akaun atau mana-
mana pihak lain melibatkan Akaun dan atau sebarang akaun lain Pemegang Akaun yang
dipegang dengan Bank dan jika Bank berjaya membela prosiding undang-undang tersebut;
dan
(ix) pembayaran terdahulu yang dibayar kepada Pemegang Akaun dan atau mana-mana pihak ketiga
di bawah sebarang perkiraan yang dimasuki antara Bank dan Pemegang Akaun dan atau di bawah
sebarang kemudahan yang diberikan oleh Bank kepada Pemegang Akaun.
29. Pembatasan Liabiliti dan Tanggung Rugi
29.1 Bank tidak akan bertanggungjawab dan Pemegang Akaun hendaklah menanggung rugi Bank dengan
sepenuhnya dan memastikan Bank tidak dipertanggungjawabkan terhadap semua kerugian, kos dan
perbelanjaan yang mungkin ditanggung oleh Pemegang Akaun atau Bank berhubung dengan sebarang
atau semua akaun apa jua atau pelaksanaan apa-apa arahan oleh Bank (meskipun arahan tersebut
mungkin menipu atau tanpa kebenaran) atau jika mana-mana akaun Pemegang Akaun atau mana-
mana bahagian daripadanya dikurangkan atau dibekukan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan
atau rasmi.
29.2 Pemegang Akaun selanjutnya bersetuju bahawa semua dana, wang, sekuriti dan barangan berharga
dan harta lain apa jua kepunyaan Pemegang Akaun dan dideposit dengan Bank di bawah Akaun dan
atau sebarang akaun lain Pemegang Akaun ('harta') akan secara automatik menjadi cagaran kepada
Bank dan Bank berhak (i) menolak dan atau mendebit sebarang wang yang dirangkum dalam harta bagi
tujuan membuat pembayaran liabiliti yang ditanggung oleh Pemegang Akaun kepada Bank seperti yang
diperuntukkan di bawah peruntukan Klausa 28 di dalam ini (ii) memegang atau menahan harta sehingga
liabiliti Pemegang Akaun kepada Bank yang diperuntukkan di dalam ini telah dijelaskan dengan
sepenuhnya dengan Bank.
29.3 Pemegang Akaun bertanggungjawab untuk membayar kepada Bank semua kos undang-undang
(termasuk tetapi tidak terhad kepada kos guaman atas dasar peguamcara dan anakguam), caj dan
Terma & Syarat MasterCard Prabayar Lazada CIMB
perbelanjaan yang mungkin ditanggung oleh Bank untuk menguatkuasakan atau cuba
menguatkuasakan Perjanjian ini atau untuk mendapatkan atau cuba mendapatkan pembayaran semua
atau mana-mana bahagian wang yang terhutang oleh Pemegang Akaun. Pemegang Akaun selanjutnya
berakujanji untuk tidak mempertanggungjawabkan Bank dan untuk menanggung rugi Bank terhadap
sebarang liabiliti untuk kerugian, kerosakan, kos dan perbelanjaan (undang-undang atau sebaliknya)
yang mungkin ditanggung oleh Bank disebabkan peruntukan di dalam ini atau untuk menguatkuasakan
haknya di bawah ini.
30. Force Majeure
Tanpa prejudis terhadap sebarang peruntukan Perjanjian ini, Pemegang Akaun bersetuju untuk tidak
mempertanggungjawabkan Bank sekiranya Bank tidak dapat melaksanakan mana-mana kewajipannya di bawah
Perjanjian ini secara keseluruhan atau sebahagian, yang berpunca secara langsung atau tidak langsung
daripada kegagalan sebarang peranti mekanikal atau elektronik, sistem pemprosesan data, talian penghantaran,
terputus bekalan elektrik, pertikaian perusahaan, sebarang tindakan di luar kawalan Bank atau disebabkan
sebarang faktor yang bersifat force majeure. Sebarang ketidakupayaan untuk menjelaskan pembayaran yang
kena dibayar oleh Pemegang Akaun kepada Bank disebabkan ketiadaan dana tidak akan dalam apa jua
keadaan dianggap sebagai peristiwa force majeure. Sekiranya Bank tidak dapat memberikan penyata akaun
kepada Pemegang Akaun selaras dengan peruntukan Perjanjian ini bagi sebarang tempoh masa, liabiliti
Pemegang Akaun untuk caj dan transaksi lain walau bagaimanapun akan diteruskan.
31. Bank tidak bertanggungjawab atas tindakan peniaga dan pihak ketiga lain
31.1. Bank tidak akan bertanggungjawab atas keengganan mana-mana peniaga atau institusi ahli MCI untuk
menerima Akaun dan/atau Kad atau atas sebarang kecacatan atau kekurangan pada barangan atau
perkhidmatan yang dibekalkan kepada Pemegang Akaun oleh mana-mana peniaga. Sebarang aduan
oleh Pemegang Akaun hendaklah diselesaikan secara terus dengan peniaga atau institusi ahli MCI
yang terbabit dan sebarang tuntutan terhadap peniaga atau institusi ahli MCI tidak boleh ditolak (‘set-
off’) atau dituntut balas terhadap Bank. Selanjutnya Pemegang Akaun bersetuju bertanggungjawab
terhadap jumlah yang ditanggung dan tidak akan menahan pembayaran kepada Bank disebabkan
sebarang aduan sedemikian atau dalam apa jua keadaan. Barangan dan perkhidmatan yang diperolehi
terhadap Akaun dan/atau Kad tidak boleh ditukar atau dipulangkan bagi pemulangan tunai tetapi
baucer kredit akan dikeluarkan oleh peniaga bagi tujuan ini. Setelah menerima sebarang baucer kredit
Bank akan mengkreditkannya ke dalam Akaun Pemegang Akaun. Kecuali baucer kredit yang
dikeluarkan diterima oleh Bank, Pemegang Akaun dianggap bertanggungjawab dan akan terus
bertanggungjawab untuk jumlah yang ditanggung.
31.2. Untuk menghuraikan dan tanpa menjejaskan perkara yang disebut sebelum ini, Bank tidak akan atas
sebarang sebab jua bertanggungjawab untuk kerosakan yang dialami atau kerugian yang ditanggung
oleh Pemegang Akaun dalam apa jua keadaan samada keadaan tersebut berkait dengan atau
berbangkit daripada Perjanjian ini atau tidak, termasuk tetapi tidak terhad kepada jika mana-mana
peniaga, orang atau badan tidak menerima Akaun dan/atau Kad atas sebarang sebab jua, kemudahan
tidak dibaharui, disekat atau dibatalkan, mana-mana ATM menolak Kad, Nombor Akaun disenaraikan
dalam mana-mana senarai pembatalan atau dalam sebarang keadaan jika Bank mempunyai kewajipan
untuk bertindak dengan munasabah untuk melindungi haknya di bawah peruntukan Perjanjian ini.
32. Pindaan
32.1. Bank menyimpan hak untuk mengubah (samada melalui tambahan, pemotongan, modifikasi, pindaan
atau sebaliknya walau bagaimanapun jua) (“Pindaan”) sebarang terma dan syarat ini pada bila-bila
masa dan dari semasa ke semasa dengan memberikan notis terdahulu selama dua puluh satu (21)
hari kalendar dan Pindaan akan menjadi berkuat kuasa pada tarikh yang dipilih untuk digunakan oleh
Bank. Menurut budi bicara tunggal dan mutlak Bank, makluman tentang Pindaan boleh dilaksanakan
melalui mana-mana satu cara komunikasi berikut:-
i. dengan menghantarnya kepada Pemegang Akaun melalui kurier atau serahan tangan; dan/atau
ii. dengan menampal notis di premis Bank menyatakan perubahan sedemikian dan tarikh
berkuatkuasanya perubahan; dan/atau
Terma & Syarat MasterCard Prabayar Lazada CIMB
iii. melalui penerbitan sekali sahaja dalam satu atau lebih daripada satu akhbar pilihan Bank tentang
perubahan tersebut dan tarikh berkuatkuasanya perubahan; dan/atau
iv. dengan meletakkan sisipan dalam penyata akaun Bank tentang perubahan tersebut dan tarikh
berkuatkuasanya perubahan; dan/atau
v. dengan menghantar notis tentang perubahan tersebut dan tarikh berkuatkuasanya perubahan
melalui pos kepada Pemegang Akaun melalui pos biasa atau berdaftar; dan/atau
vi. dengan menghantar notis tentang perubahan tersebut dan tarikh berkuatkuasanya perubahan
melalui SMS atau mel elektronik kepada Pemegang Akaun atau dengan meletakkan notis tentang
perubahan tersebut dan tarikh berkuatkuasanya perubahan di CIMB Clicks.
32.2. Komunikasi kepada Pemegang Akaun melalui mana-mana satu kaedah komunikasi di atas akan
dianggap telah diterima oleh atau disampaikan kepada Pemegang Akaun selaras dengan peruntukan
Klausa 23.1 dan jika notis tentang Pindaan dihantar kepada Pemegang Akaun melalui kurier atau
serahan tangan, pada hari penghantaran.
32.3. Perubahan akan berkuat kuasa pada tarikh kuat kuasa yang ditetapkan oleh Bank dan akan dikenakan
terhadap semua jumlah kredit dalam Akaun. Penyimpanan atau penggunaan Akaun dan/atau Kad
selepas tarikh berkuatkuasanya sebarang perubahan terma dan syarat akan dianggap penerimaan
perubahan tersebut tanpa syarat oleh Pemegang Akaun.
32.4. Perjanjian ini (dengan semua perjanjian sampingan yang dari semasa ke semasa dipinda oleh Bank)
mengandungi dan dirancang menjadi kenyataan lengkap tentang semua terma dan perkiraan antara
pihak-pihak di sini berhubung dengan perkara yang diperuntukkan di dalam ini, dan menggantikan
semua perjanjian dan persefahaman terdahulu antara pihak-pihak di sini berhubung dengan sebarang
perkara tersebut.
33. Kebolehasingan
Jika mana-mana peruntukan Perjanjian ini menjadi tidak sah, menyalahi undang-undang atau tidak boleh dikuat
kuasa dalam apa jua segi di bawah sebarang undang-undang, kesahan dan kebolehkuatkuasaan peruntukan
selainnya tidak akan dalam apa cara jua terjejas atau dimudaratkan.
34. Pendedahan Maklumat
34.1. Pemegang Akaun dengan ini secara nyata memberi kuasa kepada Bank bila dan apabila dianggap
wajar oleh Bank menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya, tanpa merujuk kepada Pemegang Akaun,
untuk mendedahkan kepada mana-mana agen, penyedia perkhidmatan, juruaudit, peguam, penasihat
profesionalnya, penyedia cagaran dan penjamin di dalam atau di luar Malaysia dan kepada syarikat di
dalam kumpulan Bank serta syarikat dalam kumpulan CIMB Group Holdings Berhad, syarikat induk
muktamad Bank (secara kolektif "Syarikat-syarikat Kumpulan”) samada Syarikat-syarikat Kumpulan
tersebut bermastautin, terletak, menjalankan perniagaan, diperbadankan atau ditubuhkan di dalam
atau di luar Malaysia, sebarang maklumat berkaitan dengan Pemegang Akaun, urusan Pemegang
Akaun dan/atau sebarang akaun yang dipegang oleh Pemegang Akaun dengan Bank untuk
memudahkan perniagaan, operasi, kemudahan dan perkhidmatan oleh atau yang diberikan atau
disediakan oleh Bank dan/atau Syarikat-syarikat Kumpulan kepada pelanggan mereka termasuk tetapi
tidak terhad kepada memberi kuasa Bank untuk melakukan perkara berikut:-
i. memberikan, mengemukakan, memberitahu, menerbitkan atau sebaliknya mendedahkan, atau
membuat rekod tentang butir-butir peribadi Pemegang Akaun yang diserahkan kepada Bank
dan sebarang maklumat lain berkaitan dengan Akaun dan Akaun Lain Pemegang Akaun dan
Nombor Akaun bagi kad baru dibaharui atau diganti dan sebarang maklumat lain berkaitan
dengan penggunaan Akaun atau sebarang transaksi yang dilaksanakan atau akan
dilaksanakan melalui penggunaan Akaun dan sebarang maklumat atau dokumen lain pun jua
berkaitan dengan urusan atau akaun Pemegang Akaun (termasuk penyata akaun berkaitan
dengannya) dan sebarang kemudahan kredit yang mungkin dipunyai oleh Pemegang Akaun
dengan Bank kepada:-
Terma & Syarat MasterCard Prabayar Lazada CIMB
a. mana-mana orang yang menjamin atau mungkin menjamin atau sebaliknya menyediakan
cagaran atau mungkin menyediakan cagaran berkaitan dengan penggunaan Akaun;
b. mana-mana syarikat, organisasi, institusi, persatuan, biro kredit, agensi kredit, institusi
kewangan atau entiti lain yang mungkin melakukan semakan kredit terhadap Pemegang
Akaun, Unit Kredit Pusat Bank Negara Malaysia, Biro Maklumat Cek, Sistem Maklumat
Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) atau sebarang pihak berkuasa atau badan lain yang
ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia, mana-mana badan atau pihak berkuasa lain
(kerajaan atau sebaliknya) yang dianggap wajar oleh Bank di bawah sebarang undang-
undang, peraturan, garis panduan, keperluan kawal selia atau arahan yang terpakai
(samada mempunyai kuasa undang-undang atau sebaliknya);
c. mana-mana orang yang dianggap perlu oleh Bank bagi tujuan mendapatkan balik apa-
apa wang yang terhutang dan kena dibayar daripada Pemegang Akaun kepada Bank
(termasuk tetapi tidak terhad kepada agensi pungutan hutang, pekerja dan agennya);
d. mana-mana peniaga, mana-mana pegawai Bank dan mana-mana institusi ahli MCI
dan/atau mana-mana orang atau entiti lain yang mempunyai kepentingan sah dalam
Pemegang Akaun setakat mana berkait dengan penggunaan Akaun oleh Pemegang
Akaun; dan
e. kepada mana-mana pihak ketiga yang membuat pertanyaan dengan tujuan memasuki
transaksi yang dijangka dengan Bank.
Pendedahan kepada Syarikat-syarikat Kumpulan yang terlibat dalam promosi, penjualan,
penyampaian dan pengedaran produk dan perkhidmatan kewangan adalah bagi tujuan
memudahkan operasi, perniagaan, penjualan silang dan tujuan lain Bank dan atau Syarikat-
syarikat Kumpulan. Meskipun sifat am perkara yang disebut sebelum ini, Bank bersetuju
bahawa (1) pendedahan kepada Syarikat-syarikat Kumpulan bagi tujuan penjualan silang
tidak akan dilaksanakan jika pendedahan tersebut dibantah oleh Pemegang Akaun
dengan menghubungi Pusat Panggilan Bank di nombor telefon atau alamat berikut (yang boleh
diubah oleh Bank dari semasa ke semasa melalui notis kepada Pemegang Akaun): Tingkat 19,
Menara Bumiputra Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, No. Tel.: +603-6204
7788.; dan (2) Bank hanya akan mendedahkan maklumat Pemegang Akaun (tidak termasuk
maklumat berkaitan dengan urusan atau akaun Pemegang Akaun) kepada pihak ketiga bagi
tujuan perikatan strategik, pemasaran dan promosi, hanya jika Pemegang Akaun dengan nyata
membenarkan pendedahan tersebut.
ii. untuk membuat laporan (termasuk laporan Polis) dan/atau pekeliling dan/atau memasukkan
iklan atau menerbitkan atau memaparkan notis (termasuk sebarang iklan dalam mana-mana
media) yang mengandungi sebarang atau semua butir-butir peribadi Pemegang Akaun, butir-
butir akaunnya berkaitan dengan Akaun (termasuk tetapi tidak terhad kepada akaun dan status
kewangan Pemegang Akaun) yang dianggap perlu oleh Bank bagi tujuan mendapatkan balik
apa-apa wang yang terhutang dan kena dibayar daripada Pemegang Akaun kepada Bank;
iii. untuk menyemak kedudukan kredit pemohon untuk Akaun; dan/atau butir-butir peribadi, urusan
dan kedudukan kredit Pemegang Akaun dengan apa jua syarikat, individu, agensi, institusi
kewangan atau badan lain dan mendapatkan daripadanya sebarang maklumat yang mungkin
dikehendaki oleh Bank, samada melalui komunikasi lisan atau melalui dokumen.
Bank dengan ini menafikan semua liabiliti kepada Pemegang Akaun atas sebarang kerugian atau
gantirugi (langsung, tidak langsung, khas atau berbangkit) tidak kira sifatnya atau perasaan malu yang
dialami oleh Pemegang Akaun berbangkit daripada atau disebabkan oleh pendedahan sebarang
maklumat atau pentafsiran atau penggunaan maklumat yang didedahkan meskipun jika maklumat tidak
tepat atau salah kecuali jika disebabkan secara langsung oleh kecuaian melampau atau keingkaran
yang disengajakan oleh Bank.
34.2. Anda dengan ini bersetuju dan dengan nyata membenarkan dan mempelawa pekerja, kontraktor
bebas, wakil dan/atau agen Bank untuk menghubungi anda dari semasa ke semasa melalui lawatan
peribadi atau komunikasi lisan yang dilakukan melalui apa-apa cara komunikasi termasuk tetapi tidak
Terma & Syarat MasterCard Prabayar Lazada CIMB
terhad kepada panggilan telefon tentang sebarang promosi.
34.3. Tanpa menjejaskan perkara yang disebut sebelum ini dan berdasarkan alamat pos, alamat e-mel,
nombor telefon dan atau sebarang butir-butir hubungan lain Pemegang Akaun yang sedia ada
disimpan atau direkodkan dengan Bank, Bank dengan ini dengan tak boleh batal dibenarkan ( tetapi
tidak mempunyai kewajipan ) untuk menghubungi dan / atau memaklumkan Pemegang Akaun melalui
pos dan atau mel elektronik dan atau telefon dan atau perkhidmatan pesanan ringkas ( SMS ) dan atau
perkhidmatan kurier dan atau sebarang kaedah komunikasi lain yang dipilih oleh Bank mengikut budi
bicara tunggalnya. Maklumat atau makluman yang dihantar oleh Bank akan merangkum sebarang
maklumat atau makluman yang dianggap sesuai atau perlu oleh Bank dan boleh termasuk tetapi tidak
terhad kepada sebarang maklumat tentang Akaun dan atau sebarang maklumat berkaitan dengan apa-
apa perkhidmatan, manfaat, promosi, program Bank dan atau mana-mana pihak lain yang diadakan
secara bersama dengan Bank.
35. Dokumen Lanjut
Pemegang Akaun berakujanji untuk menandatangani sebarang dokumen lanjut yang mungkin diminta oleh Bank
dari semasa ke semasa dan Pemegang Akaun dengan ini secara nyata berwaad dan bersetuju bahawa menurut
pilihan Bank, sebarang dokumen lanjut tersebut boleh dianggap berkuat kuasa secara retrospektif.
36. Penyampaian
36.1. Pemegang Akaun dengan ini secara tak boleh batal membenarkan penyampaian sebarang notis di
bawah Perjanjian ini atau sebarang proses mahkamah atau penyerahan cek jurubank atau Kad atau
sebarang dokumen atau barangan lain melalui pos biasa atau melalui serahan tangan atau melalui
perkhidmatan kurier ke alamat Pemegang Akaun yang terakhir diketahui dalam rekod Bank dan
penyampaian dan/atau penyerahan tersebut akan dianggap berkesan dua (2) hari kalendar selepas
pengeposan, jika dihantar melalui pos dan pada masa penyerahan, jika diserahkan melalui serahan
tangan atau melalui kurier. Penyampaian proses mahkamah juga boleh dilaksanakan melalui sebarang
cara lain yang dibenarkan oleh undang-undang.
36.2. Pemegang Akaun hendaklah memaklumkan Bank dengan segera tentang sebarang perubahan pada
pekerjaan atau perniagaan atau alamat (pejabat atau kediaman) atau jika Pemegang Akaun
merancang untuk berada di luar Malaysia selama lebih daripada tiga puluh (30) hari kalendar berturut-
turut.
37. Perakuan Bukti Konklusif
Perakuan yang dikeluarkan oleh pegawai Bank tentang transaksi yang dijalankan terhadap Akaun; dan/atau
jumlah yang pada masa itu tersedia dalam Akaun adalah bukti konklusif terhadap Pemegang Akaun dalam
sebarang prosiding undang-undang.
38. Pembatalan/Penggantungan disebabkan Keganasan
38.1. Di samping dan tanpa prejudis terhadap sebarang hak dan remedi lain Bank atau sifat am sebarang
peruntukan lain dalam Perjanjian, Bank berhak menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya untuk
dengan serta-merta mengisytiharkan bahawa:-
i. Akaun dan/atau penggunaannya akan digantung, dan dengan itu ia akan digantung; dan/atau
ii. Akaun dan/atau penggunaannya akan dibatalkan, dan dengan itu ia akan dibatalkan;
jika sebarang peristiwa atau siri peristiwa samada berkaitan atau tidak, termasuk tetapi tidak terhad
kepada sebarang tindakan kekerasan, keganasan, permusuhan atau peperangan, darurat, revolusi,
pemberontakan, rampasan atau bencana lain (samada berlaku di dalam atau di luar Malaysia atau
mana-mana tempat lain di mana Bank mungkin menjalankan perniagaan) atau perubahan keadaan lain
telah berlaku yang menurut pendapat Bank (yang mana pendapat tersebut adalah muktamad dan
mengikat terhadap Pemegang Akaun):-
iii. akan atau mungkin menjadikannya tidak wajar atau tidak praktik bagi Bank untuk menyediakan
Akaun dan/atau Kad atau terus menyediakannya atau membenarkan Akaun dan/atau Kad
Terma & Syarat MasterCard Prabayar Lazada CIMB
digunakan atau terus digunakan; atau untuk mematuhi mana-mana obligasinya di bawah terma
dan syarat ini; atau
iv. akan atau mungkin menjejaskan keupayaan atau kesanggupan Pemegang Akaun untuk mematuhi
sebarang kewajipan yang perlu dipatuhi oleh Pemegang Akaun di bawah terma dan syarat ini atau
menjadikan Pemegang Akaun mungkin tidak berupaya atau sanggup berbuat demikian.
39. Pengganti
Perjanjian ini mengikat terhadap waris, wakil diri dan pengganti hakmilik Pemegang Akaun dan terhadap
pengganti hakmilik dan penerima serah hak Bank.
40. Penyusunan Semula Bank
Kewajipan dan liabiliti Pemegang Akaun akan terus sah dan mengikat bagi semua tujuan pun jua meskipun
sebarang perubahan melalui penggabungan, penyusunan semula atau sebaliknya yang dilakukan terhadap Bank
atau mana-mana syarikat yang menjalankan perniagaan Bank pada masa itu dan akan tersedia kepada syarikat
yang menjalankan perniagaan tersebut pada masa itu.
41. Masa Menjadi Asas
Masa di mana jua disebut akan menjadi asas Perjanjian.
42. Undang-undang Yang Dikenakan dan Bidang Kuasa
Perjanjian ini akan dianggap satu kontrak yang dibuat di bawah undang-undang Malaysia dan hendaklah bagi
semua tujuan dikawal oleh dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia dan pihak-pihak di sini
bersetuju berserah kepada bidang kuasa bukan eksklusif Mahkamah Malaysia di Kuala Lumpur atau mahkamah
sebarang bidang kuasa kompeten lain yang mana Bank boleh menurut budi bicara tunggalnya memilih untuk
berserah kepada bidang kuasa tersebut dan seterusnya bersetuju bahawa penyampaian sebarang proses
undang-undang boleh dilaksanakan dalam cara yang dibentangkan di dalam ini. Pemegang Akaun menepikan
sebarang bantahan atas alasan tempat atau forum non-conveniens.
43. Keselamatan Kata Laluan
Anda bertanggungjawab melaksanakan keselamatan dan kawalan yang mencukupi terhadap semua ID
Pengguna CIMB Clicks, Kata Laluan Perbankan Internet, TAC, PIN atau sebarang kod lain yang akan anda
gunakan untuk mengakses Akaun dan/atau Kad.
44. Pengecualian Liabiliti
Bank tidak akan bertanggungjawab kepada Pemegang Akaun atas sebarang kerugian (termasuk sebarang
kerugian faedah, perbelanjaan yang ditanggung, kehilangan kontrak atau keuntungan atau kerugian berbangkit
lain, samada langsung atau tidak langsung) yang walau bagaimanapun jua ditanggung (samada melalui
ketinggalan atau keingkaran lain) berhubung dengan penggunaan Akaun oleh Pemegang Akaun termasuk tetapi
tidak terhad kepada kerosakan atau kerugian yang ditanggung terhadap sebarang penyata, representasi atau
implikasi berkaitan dengan atau berbangkit daripada tindakan tidak membaharui atau membatalkan Akaun
dan/atau Kad atau sebarang pembatalan, penggantungan atau sekatan terhadap penggunaan Akaun dan/atau
Kad oleh Pemegang Akaun kecuali disebabkan kecuaian melampau oleh Bank.
45. Klausa Privasi
45.1 Pemegang Akaun dengan ini mengesahkan bahawa Pemegang Akaun telah membaca, memahami
dan bersetuju terikat oleh Notis Privasi Kumpulan CIMB (yang boleh didapati di
www.cimbbank.com.my) dan klausa-klausa di dalam ini, yang berkait dengan pemprosesan maklumat
peribadi Pemegang Akaun. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, Pemegang Akaun bersetuju
bahawa Notis Privasi tersebut akan dianggap digabungkan melalui rujukan ke dalam Perjanjian ini.
45.2 Sekiranya Pemegang Akaun memberikan maklumat peribadi dan kewangan berkaitan dengan pihak
ketiga, termasuk maklumat berhubung dengan waris dekat dan tanggungan Pemegang Akaun, bagi
tujuan membuka atau mengendalikan akaun/kemudahan Pemegang Akaun dengan Bank atau
Terma & Syarat MasterCard Prabayar Lazada CIMB
sebaliknya melanggan produk dan perkhidmatan Bank, Pemegang Akaun (a) mengesahkan bahawa
Pemegang Akaun telah mendapatkan kebenaran mereka atau sebaliknya berhak memberikan
maklumat ini kepada Bank dan untuk Bank menggunakannya selaras dengan Perjanjian ini; (b)
bersetuju untuk memastikan bahawa maklumat peribadi dan kewangan pihak ketiga tersebut adalah
tepat; (c) bersetuju mengemaskinikan Bank secara bertulis sekiranya terdapat apa-apa perubahan
material pada maklumat peribadi dan kewangan tersebut; dan (d) menyetujui hak Bank untuk
menamatkan Akaun ini sekiranya kebenaran tersebut ditarik balik oleh mana-mana pihak ketiga
tersebut.
45.3 Jika Pemegang Akaun mengarahkan Bank untuk melaksanakan sebarang jenis transaksi rentas
sempadan (termasuk untuk membuat atau menerima pembayaran), butir-butir yang relevan bagi
transaksi rentas sempadan tersebut (termasuk maklumat berkaitan dengan mereka yang terlibat
dalam transaksi tersebut) mungkin diterima dari atau dihantar ke luar negara, di mana maklumat
tersebut boleh diakses (samada secara langsung atau tidak langsung) oleh pengawal selia dan pihak
berkuasa luar negara berkaitan dengan kewajipan sah mereka (misalnya pencegahan jenayah).
Dengan mengarahkan Bank dan/atau agen kami agar memasuki sebarang transaksi rentas sempadan
bagi pihak Pemegang Akaun, Pemegang Akaun menyetujui pendedahan di atas bagi pihak Pemegang
Akaun dan pihak lain yang terlibat dalam transaksi rentas sempadan tersebut.
45.4 Bank mungkin menggunakan agensi pelaporan/rujukan kredit untuk membantu membuat keputusan,
misalnya apabila Bank perlu (a) menyemak butir-butir tentang permohonan bagi kemudahan kredit
dan berkaitan kredit atau kemudahan lain; (b) menguruskan akaun atau kemudahan kredit dan
berkaitan kredit, termasuk menjalankan semakan terhadap portfolio Pemegang Akaun; dan/atau untuk
mendapatkan balik hutang. Pemegang Akaun akan dikaitkan oleh agensi pelaporan/rujukan kredit
kepada mana-mana nama lain yang kini atau pernah digunakan oleh Pemegang Akaun, dan mana-
mana pemohon bersama dan berasingan. Bank juga mungkin berkongsi maklumat tentang Pemegang
Akaun dan bagaimana Pemegang Akaun mengurus akaun/kemudahan Pemegang Akaun dengan
agensi pelaporan/rujukan kredit yang berkenaan.
45.5 Meskipun selepas Pemegang Akaun memberikan apa-apa maklumat kepada Bank, Pemegang Akaun
mempunyai pilihan untuk menarik balik kebenaran yang diberikan sebelum itu. Dalam keadaan
sedemikian, Bank mempunyai hak untuk tidak menyediakan atau berhenti menyediakan apa-apa
produk, perkhidmatan, akaun dan/atau kemudahan yang dikaitkan dengan maklumat tersebut.
45.6 Bagi tujuan Klausa 45 ini, Kumpulan CIMB terdiri daripada CIMB Group Holdings Berhad dan semua
syarikat berkaitannya seperti yang ditakrifkan dalam Seksyen 7 Akta Syarikat 2016 dan syarikat yang
dikawal bersama yang menyediakan perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan terkawal lain, tidak
termasuk syarikat, cawangan, pejabat dan bentuk kehadiran lain yang beroperasi di luar Malaysia,
dan penggunaan perkataan “Bank” hendaklah dibaca sebagai rujukan kepada Kumpulan CIMB.
45.7 Klausa ini adalah tanpa prejudis terhadap sebarang klausa lain dalam Perjanjian ini yang membuat
peruntukan bagi pendedahan maklumat.
46. Tiada Penyerahan Hak
Pemegang Akaun tidak boleh tanpa kebenaran bertulis Bank menyerah hak atau mewujudkan sebarang
kepentingan cagaran terhadap hak, hakmilik, manfaat dan kepentingan Akaun termasuk tetapi tidak terhad
kepada semua wang yang dipegang di dalamnya memihak kepada mana-mana orang kecuali dan melainkan
bahawa ini boleh diserah hak dan atau diwujudkan memihak kepada Bank.
47. Penerbitan Perjanjian ini di CIMB Clicks
47.1 Sesalinan Perjanjian ini diterbitkan di CIMB Clicks (atau mana-mana laman web lain yang boleh
diubah oleh Bank dari semasa ke semasa dengan memaklumkan Pemegang Akaun). Sekiranya Bank
mengubah atau meminda sebarang terma Perjanjian ini, versi yang dipinda dan dikemaskinikan akan
diletakkan di laman web Bank yang disebut sebelum ini.
47.2 Jika terdapat sebarang ketidakselarasan, konflik, kesamaran atau percanggahan antara versi terma-
terma dan syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, versi terma-terma dan
syarat-syarat ini dalam Bahasa Inggeris akan mengatasi yang lain. Meskipun perkara yang disebut
Terma & Syarat MasterCard Prabayar Lazada CIMB
sebelum ini, jika permintaan dibuat oleh Pemegang Akaun dan dicatat dan diakui oleh Bank dalam
rekodnya bahawa versi terma-terma dan syarat-syarat dalam Bahasa Malaysia akan mengawal operasi
Akaun, maka versi terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini dalam Bahasa Malaysia akan mengatasi
yang lain.
47.3 Sekiranya terdapat sebarang aduan tentang Perjanjian ini, Pemegang Akaun boleh menghubungi
Customer Resolution Unit (“CRU”) Bank di alamat, alamat e-mel, nombor telefon dan nombor faks
berikut (atau di sebarang alamat, alamat e-mel, nombor telefon dan nombor faks lain) yang boleh diubah
oleh Bank dengan memaklumkan Pemegang Akaun:-
Customer Resolution Department Aras 19, Menara Bumiputera Commerce, No 11, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur Tel: +603-6204 7788 Faks: +603- 26913248 Alamat e-mel: [email protected]