chapter 1

Upload: adron-lim

Post on 16-Oct-2015

35 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

CC301 QUANTITY MEASUREMENT

TRANSCRIPT

  • 2/1/2012

    1

    THE PRELIMINARY ESTIMATING METHODS

    CHAPTER 1

    http://arinahbooks.blogspot.com

    Prepared by: SITI ARINAH BINTI SANAT

    THE DEFINITION OF PRELIMINARY ESTIMATE

    Taksiran awalan ialah kerja-kerja anggaran untuk mengetahui kos sesuatu projek yang melibatkan pengiraan tertentu berdasarkan lukisan dan maklumat teknikal yang dianalisa secara bersama.

    Biasanya anggaran awalan dibuat setelah lukisan persembahan disediakan oleh Arkitak. Disamping untuk mengetahui harga kasar bangunan, anggaran ini digunakan untuk mengimbangkan rekabentuk bangunan cadangan.

    THE OBJECTIVE OF PRELIMINARY ESTIMATE

    Mengetahui Peruntukan Kewangan Majikan

    Majikan sekurang-kurangnya akan mendapat panduan berapakah peruntukan kewangan yang patut disediakan untuk membiayai projek yang dicadangkan. Dengan adanya harga anggaran, pihak majikan dapat mengetahui kedudukan kewangannya sama ada mendapatkan pinjaman dengan institusi kewangan atau menggunakan modal sendiri.

    Kontraktor Memasuki Tawaran

    Setiap organisasi kontraktor mestilah mempunyai pengetahuan yang jelas serta pendekatan yang logik untuk mentaksirkan kos banguanan. Kos yang mereka anggarkan merupakan harga yang mereka kemukakan untuk mendapatkan sesuatu tender. Selain dari memperolehi kerja, anggaran itu memastikan kontraktor mendapat keuntungan untuk meneruskan perniagaan.

    Ahli Perunding Mereka Bentuk Bangunan

    Ahli-ahli perunding yang terdiri daripada Arkitek, Juru Ukur Bahan, jurutera dan lain-lain akan bekerjasama untuk mempastikan rekabentuk dan harga adalah sentiasa dikawal dan seimbang. Ini dapat mempastikan bahawa majikan akan membuat pelaburan yang menguntungkan dari segi rekabentuk dan perbelanjaan.

  • 2/1/2012

    2

    THE OBJECTIVE OF PRELIMINARY ESTIMATE

    Mengetahui Pulangan Pelaburan kepada Pemaju

    Pihak pemaju yang merancang sesuatu projek biasanya ingin mengetahui kadar pulangan pelaburan mestilah melebihi daripada perbelanjaan. Kadar pulangan yang melebihi 25% dianggap sebagai projek yang berdaya maju.

    Panduan Pihak Institusi Kewangan

    Institusi kewangan biasanya ingin mengetahui anggaran perbelanjaan projek yang akan dibiayai oleh mereka. Institusi kewangan hanya membiayai projek-projek yang berdaya maju sahaja. Oleh itu anggaran perbelanjaan dan pulangan merupakan perkara-perkara yang akan dianalisis untuk semua projek yanga akan dibiayai.

    Kerja-kerja sebut harga Kontraktor Kecil kepada Kontraktor Utama

    Kontraktor utama kerapkali menyerahkan sebahagian kerja kepada kontraktor kecil melaksanakan sepenuhnya kerja-kerja di tapak. Oleh itu kontraktor kecil juga perlu mempunyai pengetahuan untuk menganggarkan kos banganan seperti mana kontraktor utama memasuki tawaran.

    THE OBJECTIVE OF PRELIMINARY ESTIMATE

    Mengetahui Peratusan dan Pecahan Harga-harga Elemen Kerja Bangunan.

    Kos bangunan merupakan gabungan beberapa kos mata benda kecil yang termasuklah kos bahan, buruh, loji serta tanggungan syarikat. Kesemua kos tersebut boleh dipecahkan kepada kos-kos seperti elemen yang berikut :

    Cerucuk

    Rangka

    Dinding

    Tangga

    Bumbung

    Kemasan

    Kemudahan Bangunan

    Kerja kerja Luar

    Analisa kos-kos dan reka bentuk untuk maklumat akan datang

    Semua maklumat yang diperolehi boleh dijadikan sebagai maklumat yang berfaedah bagi kerja-kerja anggaran untuk projek akan dating.

    TYPE OF CALCULATION METHOD

    Unit Valuation Method

    Floor Area Method

    Cubic Content Method

  • 2/1/2012

    3

    UNIT VALUATION METHOD

    Penilaian unit merupakan cara taksiran awalan yang paling ringkas, mudah dan kasar serta memberikan harga taksiran yang paling kurang tepat jika dibandingkan dengan cara-cara lain

    Cara ini mengambil kira bilangan unit kandungan bangunan yang akan dibina. Contohnya bangunan sekolah, kandungan yang diambil kira adalah bilangan kerusi, meja atau pun bilangan pelajar. Hospital mengambil kira bilangan katil pesakit. Asrama mengambil kira bilangan katil atau bilangan pelajar.

    Kaedah ini sesuai digunakan apabila sesuatu projek cadangan yang diketahui unit kandungannya dan juga harga per unit bagi bangunan bangunan yang sudah siap dibina.

    UNIT VALUATION METHOD

    1. Harga bangunan sekolah yang sudah siap = RM100,000.00

    2. Jumlah pelajar = 100 pelajar

    Oleh itu, harga per unit kandungan (pelajar) = RM100,000.00

    100

    = RM1,000.00/pelajar

    Dengan menggunakan kedua-dua maklumat di atas, maka harga bagi bangunan

    cadangan dapat dianggarkan. Katakan sebuah bangunan yang akan didirikan yang boleh

    menampung seramai 200 orang pelajar.

    Oleh itu, harga bangunan cadangan = 200 x RM1,000.00

    = RM200,000.00

    Contoh:

    FLOOR AREA METHOD

    Keluasan lantai bangunan memainkan peranan penting didalam kaedah ini. Pelan dari lukisan persembahan diperlukan untuk mendapatkan ukuran panjang dan lebar bangunan cadangan. Satu cara taksiran yang ringkas, mudah, kasar serta tidak memerlukan banyak maklumat. Harga taksiran yang diperolehi adalah tidah tepat tetapi masih boleh digunakan untuk taksiran awalan kerana ia tidak melibatkan banyak masa.

    Keluasan lantai boleh diperolehi dengan mendarabkan ukuran panjang dengan lebar bangunan. Ukuran panjang dan lebar sebenar bangunan hendaklah diukur dari permukaan luar dinding ke permukaan luar dinding sebelah.

    Keluasan lantai = panjang x lebar

    Faktor2 penting:

    i. Ukuran pjg & lebar bangunan diambil pd bhgn permukaan luar dinding bangunan.

    ii. Tolakan tidak perlu dibuat pd bhgn dinding dlm lif & ruang tangga.

    iii. Sekiranya terdpt bhgn dlm sesebuah bangunan mempunyai ciri2 yg berbeza sifatnya, maka penilaian scr berasingan harus dilakukan.

  • 2/1/2012

    4

    FLOOR AREA METHOD

    Perbandingan :

    i. Ukuran pjg & lebar bangunan diambil pd bhgn permukaan luar dinding bangunan.

    ii. Tolakan tidak perlu dibuat pd bhgn dinding dlm lif & ruang tangga.

    iii. Sekiranya terdpt bhgn dlm sesebuah bangunan mempunyai ciri2 yg berbeza sifatnya, maka penilaian scr berasingan harus dilakukan.

    FLOOR AREA METHOD

    CONTOH: Diberi panjang bangunan ialah 15 meter dan lebar bangunan ialah 6 meter.

    Keluasan Lantai Bangunan = Panjang x Lebar

    = 15 x 6

    = 90 m2

    Untuk mendapatkan harga anggaran bagi bangunan tersebut kadar harga per meter persegi

    hendaklah diketahui berdasarkan bangunan yang sedia ada di mana cara pembinaan dan

    rekabentuknya sama dengan bangunan yang hendak ditafsirkan. Katakan harga bangunan yang sedia

    ada adalah RM200.00 bagi semeter persegi. Maka harga taksiran bagi bangunan cadangan adalah:

    Kos bangunan cadangan = Keluasan lantai x kadar/meter persegi

    = 90 m2 x RM200.00

    = RM18,000.00

    CUBIC CONTENT METHOD

    Dari segi ketepatan kaedah ini adalah lebih kurang sama dengan kaedah keluasan lantai. Dengan cara ini isipadu bangunan cadangan perlu diambil kira.

    Cara untuk mendapatkan isipadu ialah dengan mendarabkan ukuran panjang, lebar dan tinggi bangunan.

    Ukuran-ukran tersebut boleh diperolehi melalui lukisan persembahan yang mempunyai pandangan pelan, sisi dan hadapan bangunan.

    Ukuran panjang dan lebar bangunan boleh dirujuk kepada pelan bangunan manakala ukuran tinggi bangunan boleh dirujuk kepada pelan keratan dan pandangan sisi bangunan.

    Cara mengukur ketinggian bangunan bergantung kepada jenis-jenis bumbung yang biasanya dibahagikan kepada dua jenis iaitu :

    i. Bumbung curam

    ii. Bumbung rata

  • 2/1/2012

    5

    CUBIC CONTENT METHOD

    a) Bumbung curam

    Bumbung curam adalah bumbung yang mempunyai sudut curam melebihi 15 dari garisan ufuk.

    Boleh dibahagikan kepada dua iaitu bumbung curam penuh dan bumbung curam separuh.

    Tinggi Bangunan = H + T/2

    CUBIC CONTENT METHOD

    Bumbung Curam Penuh

    CUBIC CONTENT METHOD

    Bumbung Curam Separuh

  • 2/1/2012

    6

    CUBIC CONTENT METHOD

    b) Bumbung Rata

    Bumbung rata ditakrifkan sebagai bumbung yang mempunyai sudut curam kurang dari 15 dari garis ufuk .

    Boleh dibahagikan kepada dua iaitu bumbung rata penuh dan bumbung rata dengan dinding parapet.

    CUBIC CONTENT METHOD

    Bumbung Rata Penuh

    Tinggi = H + 0.6

    CUBIC CONTENT METHOD

    Bumbung Rata dengan

    Dinding Parapet

    Tinggi = H + T

  • 2/1/2012

    7

    CUBIC CONTENT METHOD

    CONTOH:

    Diberi dimensi sebuah bangunan adalah: panjang=45m, lebar=15m & tinggi=20m

    Jadi isipadu bangunan = panjang x lebar x tinggi

    = (45 x 15 x 20) m

    13,500 m3

    Berdasarkan kepada kadar harga bagi satu meter padu sebuah bangunan yang

    sedia ada yang sama dari segi pembinaan dan rekabentuknya, harga bagi 13,500

    m3 bangunan di atas dapat dinilaikan. Katakan kadar harga bagi satu meter padu

    bangunan yang sedia ada adalah RM100.00

    Jadi Harga Bangunan Cadangan = RM 100.00 x 13,500m3

    = RM 1,350,000.00

    ADVANTAGES & DISADVANTAGE OF THE CALCULATION METHOD