cerita pengembala

6
Assalamualaikum wtb, salam, sejahtera dan salam satu Malaysia saya ucapkan. Terima kasih pengerusi majlis, para panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, rakan-rakan dan seterusnya sidang hadirin yang dirahmati Allah. Apa khabar kawan-kawan, harap-harap semuanya sihat. Pada hari ini saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Pengembala dan Biri-Biri" Pada suatu waktu dahulu, dalam sebuah kampung, tinggal seorang remaja yang nakal bernama Mamat. Mamat bekerja mengambil upah menjaga kambing biri-biri di sebuah ladang, iaitu pengembala biri-biri. Oleh kerana kerjanya itu, Mamat lebih dikenali sebagai Mamat Biri-biri. Setiap hari, Mamat akan membawa biri-biri itu ke padang di hujung kampung itu untuk meragut rumput. Mamat akan menunggu biri-biri itu meragut rumput dari pagi hingga ke petang. Apabila menjelang petang, semua biri-biri itu akan dibawa pulang ke kandangnya. Begitulah rutin kerja Mamat setiap hari. Pada mulanya, Mamat amat menyukai kerjanya itu. Mengembala biri-biri tidaklah susah dan tidak perlukan tenaga yang banyak. Mamat boleh berehat atau melakukan apa saja yang dia suka ketika menunggu biri-biri meragut. Saban hari Mamat

Upload: salina-md-saad

Post on 03-Oct-2015

246 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Assalamualaikum wtb, salam, sejahtera dan salam satu Malaysia saya ucapkan. Terima kasih pengerusi majlis, para panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, rakan-rakan dan seterusnya sidang hadirin yang dirahmati Allah. Apa khabar kawan-kawan, harap-harap semuanya sihat. Pada hari ini saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Pengembala dan Biri-Biri"Pada suatu waktu dahulu, dalam sebuah kampung, tinggal seorang remaja yang nakal bernama Mamat. Mamat bekerjamengambil upah menjaga kambing biri-biri di sebuah ladang, iaitu pengembala biri-biri. Oleh kerana kerjanya itu, Mamat lebih dikenali sebagai Mamat Biri-biri.

Setiap hari, Mamat akan membawa biri-biri itu ke padang di hujung kampung itu untuk meragut rumput. Mamat akan menunggu biri-biri itu meragut rumput dari pagi hingga ke petang. Apabila menjelang petang, semua biri-biri itu akan dibawa pulang ke kandangnya. Begitulah rutin kerja Mamat setiap hari. Pada mulanya, Mamat amat menyukai kerjanya itu. Mengembala biri-biri tidaklah susah dan tidak perlukan tenaga yang banyak. Mamat boleh berehat atau melakukan apa saja yang dia suka ketika menunggu biri-biri meragut. Saban hari Mamat menghabiskan masanya dengan tidur di bawah pokok dan berangan-angan.

Lama kelamaan, Mamat menjadi bosan dengan kerjanya itu. Dia tidak ada kawan untuk berbual atau bercerita. Yang ada hanyalah sekawan biri-biri yang begitu asyik meragut rumput-rumput. Kebosanan Mamat semakin menjadi-jadi dari hari ke hari. Saban hari Mamat bermenung dan merungut sendirian mengenangkan nasibnya. Suatu petang, Mamat mendapat akal untuk menghilangkan kebosanannya itu.

"Tolong! Tolong! Serigala menyerang!""Tolong!!! Serigala menyerang biri-biri!"Jeritan Mamat itu dapat didengari oleh sekumpulan peladang yangsedang bercucuk tanam tidak jauh dari padang rumput itu. Peladang-peladang itu bergegas ke tempat Mamat untuk membantunya. Apabila mereka sampai di sana, mereka lihat Mamat sedang ketawa terbahak-bahak.

"Hahaha...! Semua dah kena tipu. Hahaha...!""Aku berjaya mengenakan kamu...Hahaha...!" Kata Mamat bersulam dengan ketawanya.

"Cis! Mamat, kamu dah mempermainkan kami" Marah peladang-peladang itu sambil berlalu menuju ladang mereka.Mamat rasa terhibur dengan kejadian itu. Perasaan bosan yang menguasai diri Mamat sebelum ini, hilang ditiup angin petang itu. Mamat berkira-kira untuk mengulangi kejadian seperti petang itu.Selang beberapa hari, Mamat mengulangi lagi perbuatannya menipu orang kampung itu. Timbul rasa seronok apabila setiap kali Mamat mengulanginya. Perbuatan Mamat membuat onar di kampung itu telah tersebar luas. Biarpun ada di antara penduduk kampung itu menasihati Mamat, tetapi dia tetap dengan hobi barunya itu. Nasihat demi nasihat yang diberikan penduduk kampung itu, tidak pernah diambil peduli.

Kawan-kawan,Buah pelaga makan dikikir,dibawa orang dari hulu,sebarang kerja hendaklah difikir,supaya jangan mendapat malu.

Lama-kelamaan, orang kampung mulai lali dengan kerenahnya. Mereka hanya membiarkan sahaja Mamat menjerit dalam penipuannya. Mamat juga menjadi bosan, kerana helahnya sudah tidak dipeduli orang.Pada suatu hari sedang Mamat bermenung, tiba-tiba semua biri-biri jagaannya berlari ke sana dan ke sini, tanpa arah dalam ketakutan. Mamat terperanjat melihat kehadiran sekawana serigala yang sedang berusaha mengejar biri-birinya.

"Tolong! Tolong!!! aku diserang serigala...""Tolong! Tolong! Tolong!!! selamatkan biri-biri ku..." Mamat menjerit berulang kali, tapi semuanya sia-sia.

Beberapa ekor biri-birinya mati dikerjakan oleh kawanan serigala itu. Serigala itu berlalu pergi meninggalkan Mamat dan saki baki biri-biri yang tinggal setelah kekenyangan. Mamat yang terperanjat dan ketakutan itu, menangis semahu-mahunya. Dia sedar akan kesilapannya yang lalu telah menyebabkan orang kampung tidak datang menolongnya. Dan akibatnya, biri-birinya telah menjadi habuan kepada serigala.

Kawan-kawan dan hadirin sekalian,Pengajaran daripada cerita ini adalah kita janganlah suka berbohong kerana dengan berbohong hanya merugikan diri sendiri dan orang tidak akan percaya dengan kita lagi.Buah cempedak bentuknya bujurSangat disukai oleh semuaJika kita bersikap jujurHidup kita dipandang mulia

Cantik sekali si burung nuri,Hinggap sebentar di atas atap,Seikhlas hati menyusun jari,Memohon maaf salah dan silap.

Sekian, terima kasih.