cara tulis ayat iklan di facebook
TRANSCRIPT
-
7/25/2019 Cara Tulis Ayat Iklan Di Facebook
1/15
1
-
7/25/2019 Cara Tulis Ayat Iklan Di Facebook
2/15
2
Ebook ini cerita tentang cara tulis ayat iklan di Facebook.
Saya tadi scroll newsfeed Facebook. Saya tengok iklan klien-klien saya. Saya sedih. Saya
sedih sebab anda tak ikut apa saya kongsikan.
Saya tulis ebook ini sebab saya kesian & simpati dengan klien saya. Jadi, saya mohonsangat lepas baca ebook ni terus praktik. Tolong ya.
Ini untuk kebaikan anda juga. Saya tak boleh tolong, kalau anda tak buat.
Boleh?
Jadi, jangan tunggu esok. Jangan tunggu minggu depan baru buat. Ini adalah cara mudah
nak tulis iklan untuk produk/servis yang anda tawarkan.
Tolong fokus.
Hanya ada 15 muka surat sahaja.
Kenal pasti siapa pelanggan kita?
Kenal pasti apa masalah & keinginan mereka?
Kenal pasti bahasa apa mereka guna hari-hari?
Kenal pasti mereka di mana? Cara buat ayat iklan untuk mereka.
Cara buat CTA supaya mereka hubungi kita.
Cuba bantu mereka & close sale sebaik mungkin.
Ini flownya. Dan kita akan settlekan hari ini jugak. Jadi fokus elok-elok. Saya tak mahu
lihat lagi ayat iklan klien saya tak spesifik & targeted. Boleh?
Jom kita teruskan.
-
7/25/2019 Cara Tulis Ayat Iklan Di Facebook
3/15
3
Macam mana nak kenal pasti pelanggan ni?
Ada banyak cara sebenarnya. Dalam ebook ini saya hanya fokus kepadaorang yang dah
tahu nak jual apa.
Maknanya, orang yang dah ada produk/servis. Tak kira anda dropship, agen atau owner
produk. Semua termasuk.
Bagaimana caranya? Ini caranya:
1. Senaraikan semua manfaat produk anda dalam bentuk poin.
2.
Ambil satu manfaat yang paling dominan. Kira paling banyak dapat sambutan.Sila tandakan ()
3. Jadikan itu sebagai kayu ukur untuk kita pilih pelanggan yang nak produk/servis
yang kita tawarkan.
Simkad ni ada banyak kelebihan. Sila senaraikan dalam kertas A4. (Nota:Sayabukan
penjualsimkadini,tapisayaambiliasebagaicontohsahaja)
Apa kelebihan dia? Cuba senaraikan.
Apa kelebihan utama dia? Pilih satu sahaja daripada kelebihan yang kita
senaraikan tadi. Seperti:
o Voice mail tak kena caj.
o Hanya dicaj untuk 30 saat pertama sahaja.
o Internet laju tanpa had. ()
Disebabkan saya suka internet laju. Jadi, kalau saya nak jadi pelanggan.Internet laju tanpa
had
adalah benda yang saya nak.
Sekarang barulah fikir
-
7/25/2019 Cara Tulis Ayat Iklan Di Facebook
4/15
4
Kalau kita tentukan siap-siap kelebihan dominan sesuatu produk tu. Nampak tak ia lebih
mudah untuk kita bincangkan?
Ok, sekarang.
Bisnes man yang perlukan internet laju & selalu sembang dengan klien di kedai
yang tiada jaringan internet. Kalau ada WIFI pun slow. ()
Guru yang kena key-in data pelajar ke dalam sistem. Sekarang kan guna internet.
HRmis, P1nch, Frog, macam-macam sistem.
Orang travel yang perlukan internet laju untuk set GPS. Kalau slow, GPS jadi
stuck & kena rotation map.
Saya pilih yang pertama. Jadi, fokus perbincangan kita. Jika saya tanya
Siapa pelanggan utama untuk simkad ini?
J: Bisnes man yang perlukan internet laju & selalu table talk dengan klien di kedai yang
tiada jaringan internet. Ada WIFI pun slow.
Bisnes-man ni umum!
Bukan sebarangan bisnes man. Kita hanya pilih yang ada masalah & keinginan yangspesifik sahaja.
Kita hanya fokus kepada bisnes man yang perlukan internet laju & selalu deal
dengan prospek melalui kaedah Table-talk di kedai.
Agen takaful. Kaedah close, table-talk. Nak daftar ahli baru kena guna internet.
Pemilik servis yang deal dengan klien dekat kedai. Nak tunjuk port folio yang
perlukan internet yang laju.
Cuba fikir lagi (saya yakin, ada lagi klien yang seperti ini)
Pilih satu sahaja daripada senarai tadi. Contohnya saya pilih agen takaful.
Jadi, apabila saya tanya.
-
7/25/2019 Cara Tulis Ayat Iklan Di Facebook
5/15
5
Siapa pelanggan untuk perbincangan ini?
Siapa pelanggan utama untuk simkad ini?
J: Agen takaful yang perlukan internet laju & selalu table talk dengan klien di kedai yang
tiada jaringan internet. Ada WIFI pun slow.
Ingat segmen pelanggan yang kita akan bincangkan
-
7/25/2019 Cara Tulis Ayat Iklan Di Facebook
6/15
6
Selepas dah tetapkan siapa pelanggan kita.
Kita mudah sikit untuk tahu, apa masalah & apa yang mereka inginkan? Kerja kita jadi
tertumpu sedikit.
Betul?
Siapa pelanggan utama untuk simkad ini?
J: Agen takaful yang perlukan internet laju & selalu table talk dengan klien di kedai yang
tiada jaringan internet. Ada WIFI pun slow.
Susah close-deal kalau internet tersangkut-sangkut.
Malu depan klien kalau guna WIFI kedai yang slow-motion tu.
Klien akan pandang negatif sebab tak langgan data internet.
Nak nampak profesional sebab langgan data internet.
Nak pastikan agar proses close-sale tiada gangguan dengan kelajuan internet.
Nak dipandang tinggi oleh klien agar nampak lebih pro.
Lebih berkeyakinan untuk cerita.
Nampak tak?
Bila kita sudah tahu apa masalah & keinginan mereka. Banyak modal kita boleh sembang
santai dengan dia. Mudah sikit bila nak buat ayat iklan nanti.
Manusiaakanmudahdekatikita,bilakitasukaceritaperkarayangadakaitandengan
hidupmereka.BanyakkanberfikirtentangpelanggankitaFarisOsman.
-
7/25/2019 Cara Tulis Ayat Iklan Di Facebook
7/15
7
Bahasa di sini adalah perkataan apa yang mereka selalu sebut.
Contoh masalah bila internet slow. Ada banyak perkataan-perkataan yang akan terpacul
di mulut kita.
Hanging pulak henset ni
Slow plak intenet nie.. hishhh
Aduhh slow nyer lah internet ni
Come-on loading cepat cepat..klien tengah tunggu ni (dalam hati)
Lajulah sikit loading tu.. tolong lah
Ayat-ayat seperti ini, kita boleh masukkan dalam iklan kita nanti. Jadi, kenaperhatikan
dengar apa keluhan orang yang serve internet slow ni.
Catat ayat tu dalam nota.
Lagi mudah kalaukita sendiri hadapi situasi yang sama
. (Baru kita rasa feel yang
sebenar)
Sebenarnyakitaharusbersyukur,sebabpelanggankitamanusia.Manusiasamamanusia
ninalurinyalebihkurangsamasahaja.
Bilasedih,mukamonyok.Bilagembira,mukasenyum.Itulumrah.
Jadi,untukkitatahuapabahasayangmerekaguna.Bendayangpalingbagusadalah kita
rasai sendiri pengalaman itu. Cuba lah ia sesuatu yang menyeronokkan.
-
7/25/2019 Cara Tulis Ayat Iklan Di Facebook
8/15
8
Ingat lagi sekali. Siapa pelanggan kita tadi?
Siapa pelanggan utama untuk simkad ini?
J: Agen takaful yang perlukan internet laju & selalu table-talk dengan klien di kedai yang
tiada jaringan internet. Ada WIFI pun slow.
Dalam ebook ini, kita fokus dekat Facebook. (Tengok tajuk ebook ni pun pasal Facebook)
Walaupun, saya sendiri guna media online & offline. Offline still work. Ia masih berfungsi
dengan baik sekali. Untuk media facebook
Group agen takaful.
Orang yang like page leader mereka.
Facebook profile. Paling penting, kita ramai kawan agen takaful. Cuba fikir lagi? Brainstorm sikit minda kita tu
Pastikan dalam group/page tersebut mempunyai komuniti seperti mana yang kita cari.
Bukan tempek ayat kita dekat group iklan yang umum.
Boleh faham setakat ini?
Sebelumtepekapasahajaiklan,pastikaniklan/mesejturelevandengansiapayangkita
tuju&sasarkan.
Sebabitu,bahagianinipenting.Kenalpastidimanamerekaberada.Kemudianbuatayat
iklansepertisayatunjukpadabahagianseterusnya
-
7/25/2019 Cara Tulis Ayat Iklan Di Facebook
9/15
9
Tujuan kita buat ayat iklan kepada mereka:
Untuk sedarkan mereka ada masalah ini. Untuk sedarkan bahawa mereka perlukan penyelesaian.
Untuk tawarkan penyelesaian.
Sebenarnya dah banyak kali saya kongsikan. Tapi ramai buat sambil lewa. Kali ni, fokus
betul-betul. Berhenti kejap dari buat benda lain.
Ini flownya:
1. Panggil mereka di Headline.
2. Tanya: Ada masalah yang kita nak selesaikan atau tidak ada? Bonus kalau kita
tahu guna bahasayang mereka selalu bualkan
3. Bagitahu kita ada penyelesaian.
Sekarang, buat 3 ni dulu.
Headline ditulis pada bahagian atas sekali ayat iklan kita. Fungsinya:
Untuk panggil mereka.
Untuk tarik perhatian mereka.
Biar mereka kata: Eh, ini aku lamacam tau-tau jer
J: Agen takaful yang perlukan internet laju & selalu table talk dngan klien di kedai yang
tiada jaringan internet. Ada WIFI pun slow.
Perhatian agen takaful yang perlukan internet laju!
Khas untuk agen takaful yg guna kaedah close-sale TABLE-TALK!
Khusus untuk agen takaful yang guna internet bila face-to-face dengan klien!
-
7/25/2019 Cara Tulis Ayat Iklan Di Facebook
10/15
10
Guna headline ni untuk panggil mereka dulu.
Jangan cerita tentang produk pada peringkat ni. Fail!
Poin penting dalam bahagian ini adalah kena panggil mereka dulu. Tak kira nak guna ayat
apa pun tak apa. Asalkan mereka rasa, ini adalah mesej untuk aku.
Itu yang pertama.
Ada jer agen takaful yang tidak ada masalah internet. Jadi, fungsi tanya di sini adalah
untuk;
Tapis mereka.
Fokus pada yang nak. Abaikan mereka yang tak nak.
Saya dah buat benda ini pada bahagian 2 (m/s 6). Tak perlu scroll mouse ke atas, ini saya
copy+paste semula.
Susah close-deal kalau internet tersangkut-sangkut.
Malu depan klien kalau guna WIFI kedai yang slow-motion tu. Klien akan pandang negative sebab tak langgan data internet.
Nak nampak profesional sebab langgan data internet.
Nak pastikan agar proses close-sale tiada gangguan dengan kelajuan internet.
Nak dipandang tinggi oleh klien. Nampak pro.
Jadi ayat iklan kita kena ada kena mengena dengan masalah dekat atas ni.
Kita hanya perlu pilih satu sahaja masalah untuk ditanyakan. (cth: m/s 11)
Pertama, kita panggil dia. Kedua, kita tanya masalah dia. Ketiga, bagitahu kita ada cara
penyelesaiannya.
Simple as that
-
7/25/2019 Cara Tulis Ayat Iklan Di Facebook
11/15
11
Khas untuk agen takaful yg guna kaedah close-sale TABLE-TALK!
Susah close-deal kalau internet tersangkut-sangkut??
Saya ada penyelesaiannya
Dah macam ni sahaja.
Pertama, kita panggil dia untuk tarik perhatian. (rujuk m/s 3 & 9 )
Kedua, kita tanya masalah dia. (rujuk m/s 6 & 10)
Ketiga, bagitahu kita ada solusinya. (rujuk m/s 10)
Mahirkan bahagian kenal pasti pelanggan kita.
Mahirkan kenal pasti apa masalah & keinginan dia. Ada ayat yg tunjuk kita ada penyelesaiannya.
Lepas dah siap susun ayat. Barulah kita fikir
-
7/25/2019 Cara Tulis Ayat Iklan Di Facebook
12/15
12
Apa itu CTA? Maksudnya Call To Action.
Bahasa mudahnya; Kita nak suruh mereka buat apa?
PM
Komen
Whatsapp/Telegram
1. Arahan yg mudah (difahami & dilakukan)
2. Ada sebab untuk bertindak.
Maksudnya ada satu sahaja ayat arahan bertindak. (Maksimum 2 suruhan)
Nak tempah? whatsapp 013-4567980
Atau komen no telefon.
Cara paling mudah. Kita beritahu kenapa kita suruh mereka bertindak seperti itu?
Contohnya: Siapa yg ikut arahan sahaja layak tempah.
Nak tahu lanjut? Sila whatsapp 013-4567890
Hanya yg whatsapp sahaja kami layan.
Ini sahaja ayat suruhannya. Kalau mereka betul-betul ada masalah tu. Insyallah, mereka
ada sebab untuk hubungi kita. Ingat je ni:
Pertama, mudahkan cara mereka respon.
Kedua, beri sebab supaya mereka dapat respon dengan cepat.
Jom lihat hasil iklan kita(scroll down)
-
7/25/2019 Cara Tulis Ayat Iklan Di Facebook
13/15
13
Khas untuk agen takaful yg guna kaedah close-sale TABLE-TALK!
Susah close-deal kalau internet tersangkut-sangkut??
Saya ada penyelesaiannya
Nak tahu lanjut? Sila komen no phone whatsapp anda di ruangan komen.
nanti saya whatsapp
-
7/25/2019 Cara Tulis Ayat Iklan Di Facebook
14/15
14
Ada dua kebarangkalian:
Mereka yg hubungi kita, atau;
Kita sendiri yang hubungi mereka.
Jangan terus menjual. Sebaiknya, kita jadikan diri kita sebagai advisor/penasihat untuk dia
buat keputusan yang betul dan bijak.
Mula-mula perkenalkan diri.
Sahkan dahulu kenapa kita whatsapp mereka.
Tanya mereka buat bisnes apa. (tak semua produk perlu tanya ni) Betul ke ada masalah ni.
Cerita apa yang kita boleh bantu.
Tawarkan solusi.
Bab close-sale ni adalah bab yang agak rumit jika anda masih baru dalam perniagaan. Ada
gaya & caranya untuk close-sale ni.
Cuba mahirkan flow yang saya beri di atas tu. Itu flow basic untuk close-sale harga produk
bawah RM100.
Kalau tak boleh bantu, bagitahu siap-siap kita tak boleh bantu mereka.
Jangan cuba bantu benda yang kita tak tahu. Ia akan jadi parah.
-
7/25/2019 Cara Tulis Ayat Iklan Di Facebook
15/15
15
Ini proses apa yang kita belajar tadi:
1)
Kenal pasti siapa pelanggan kita? (rujuk m/s: 3)2) Kenal pasti apa masalah & keinginan mereka? (rujuk m/s: 6)
3) Kenal pasti apa Bahasa yang selalu mereka guna? (rujuk m/s: 7)
4) Kenal pasti mereka di mana? (rujuk m/s: 8)
5) Cara buat ayat iklan untuk mereka (rujuk m/s: 9-11)
6) Cara buat CTA yang mudah & beri mereka sebab untuk bertindak. (rujuk m/s: 12)
7) Whatsapp mereka & ikut flow yang saya beri masa close-sale. (rujuk m/s: 14)
Untuk memudahkan anda faham, anda boleh print helaian PDF ini. Mudah anda nak
selak-selak muka surat untuk faham.
Sekian dulu daripada saya.
Tolonglah amalkan apa yang saya tunjuk ni. Tolong lah buat ya. Saya kesian sebenarnya
bila scroll newsfeed ayat klien tapi tak ikut apa yang saya nasihatkan.
Lagi-lagi orang tu saya kenal. Dan merupakan klien saya.
Itu sahaja. Salam kejayaan dari saya
Faris Osman, Copywriter Pengiklanan Malaysia.
(Saya yang tengah2 tuhehe)