cabaran perpaduan
DESCRIPTION
Masyarakat Malaysia terdiri daripada lapisan kaum, agama dan bahasaTRANSCRIPT
1.0) Pendahuluan
Pada tahun 1987, bermulanya campur tangan British terhadap pentadbiran dan ekonomi
di Tanah Melayu. British telah mengamalkan sistem ekonomi kapitalis, di mana sistem ini telah
mengalakkan kedatagan masyarakat imegran datang ke Tanah Melayu untuk melakukan
perusahaan ekonomi seperti pekerja buruh, pedagang dan pelabur. Masyarakat imegran
kebanyakkan penduduk yang datang daripada China dan India. Secara tidak langusng, perkara
ini dilihat sebagai titik tolak bagi kewujudan masyarakat majmuk di negara Malaysia. Walaupun,
telah bermulanya masyarakat majmuk di Tanah Melayu tetapi konsep perpaduan tidak pernah
wujud pada waktu itu. Hal ini berfaktorkan perpisahan tempat tinggal dan jurang ekonomi yang
ketara. Pada tahun 1957, Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan hasil daripada rundingan
dan kerjasama parti perikatan. Parti perikatan merupakan parti cantuman daripada parti UMNO
parti yang mewakili kaum Melayu, MCA parti yang mewakili kaum Cina dan MIC parti yang
mewakili kaum India. Maka, dapatlah kita melihat bahawa Tanah Melayu bukan sahaja milik
orang Melayu tetapi Tanah Melayu menjadi sebuah negara bagi kaum yang utama iaitu Melayu,
Cina dan India. Pada tahun 1963, perbentukan Malaysia daripada cantuman Sarawak, Sabah
dan Singapura (pada tahun 1965 Singapura telah terkeluar daripada Malaysia).Hal ini telah
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang
kaum serta dapat dibahagikan kepada tiga masyarakat utama iaitu peribumi, Cina dan India.
Setiap kaum mempunyai budaya, bahasa dan agama yang sangat berbeza, perkara ini
merupakan cabaran yang utama dalam membentuk peraduan dalam hubungan masyarakat
yang berbilang kaum ini. Dalam tugasan ini saya akan membincagkan cabaran perbentukan
perpaduan di Malasyia dalam beberapa aspek seperti cabaran dalam politik, ekonomi, sosial
dan media massa.
1
2.0) Cabaran perpaduan dalam aspek politik
Negara Malaysia yang merupakan negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum
telah mendorong pembentukan parti politik yang berasakan kaum sejak era kemerdekaan lagi.
Seperti parti UMNO yang bertujuan untuk menjaga hak dan kepentingan kaum bumiputera
terutamnya kaum Melayu sahaja. Malahan, terdapat juga parti-parti yang membuka keahliah
kepada semua bangsa namun asas perjuagan mereka masih tertumpu kepada kaum yang
mendominasi parti politik tersebut. Sebagai contoh parti DAP yang terbuka keahliannya kepada
semua namun asas perjuangan mereka masih lagi tertumpu kepada hak dan kepentingan
orang Cina. Hal ini sama juga berlaku kepada parti PAS yang terbuka keahliannya kepada
semua bangsa namun asas perjuangan mereka masih lagi berasakan kepentingan kaum
Melayu dan agama Islam.
Isu perkauman merupakan elemen yang sering dimainkan oleh ahli politik kerana ingin
mendapat undian yang banyak daripada kaum mereka sendiri. Secara tidak langsung, wujud
salah fahaman dan dendam antara kaum. Seperti yang diperkatakan Datuk Seri Fairus
Khairuddin, menurut beliau parti DAP dan juga PKR sering menggunakan dan memomokkan
isu-isu sensitif yang melibatkan perkauman dan agama di mana DAP seringkali membangkit
isu-isu perkauman yang menimbulkan keresahan antara kaum dengan akhbar yang lebih
banyak kepada syak wasangka dan fitnah (Wan Hafiz Hamzah, 2014).
Seterusnya cabaran perpaduan dalam politik Malaysia dapat dilihat melalui hegemonik
UMNO. Di mana, UMNO yang seringkali menonjolkan imejnya sebagai pelindung kepada
kepentingan Melayu selaras dengan slogannya “Hidup Melayu”. Imej perlindungan UMNO ke
atas kepentingan dan hak Melayu nampak lebih ketara dalam corak pentadbiran negara ini
kerana UMNO adalah parti yang paling dominan dalam konteks politik Malaysia sehingga kini.
Seperti, kontrak sosial yang lebih memihak kepada kaum Melayu dari segi bahasa, hak
istimewa dan agama. Malah kita dapat melihat bahawa kesemua Perdana Menteri Malaysia
setakat ini adalah pemimpn tertinggi UMNO. Pemimpin UMNO juga merupakan ketua
gabungan Parti Perikatan dan seterusnya Barisan Nasional yang kekal berkuasa semenjak
kemerdekaan pada tahun 1957 lagi (Muhammad Nadzri Mohamed Noor & Ghazali Mayudin,
2008). Kesan daripada hegomonik UMNO memberi kesan kepada permuafakatan yang lemah
dalam Barisan Nasional (BN). Di mana, UMNO merupakan parti etnik yang dominan
menguasai parti poltik yang lain telah membentuk halangan bagi parti yang kecil untuk
mempertahankan kepentingan kaum mereka yang lain. Seperti MIC telah kurang berperanan
2
dalam mengerak jentera perkembangan dan kemajuan kaum India kerana UMNO menguasai
parti tersebut (P.Ramasamy, 2002).
Jelaslah, bahawa parti-parti politik di Malaysia kebanyakanya berasakan perkauman
walaupun wujud gabungan parti-parti yang mengikut kaum iaitu BN namun sifat kepentingan
kaum itu tidak dapat dihakis. Hal ini menjadi cabaran ke arah pembentukan perpaduan kerana
sukar untuk mencadalam politik-politik dan dalam kalangan pemimpin kita sendiri masih ada
sikap memetingkan kaum sendiri.
3
3.0) Cabaran perpaduan dalam aspek ekonomi
Secara umum, kaum bukan bumiputera terutamanya masyarakat Cina telah banyak
terlibat dengan kegiatan ekonomi ketika penjajahan British sehingga kini. Masyarakat Cina telah
mendominasikan ekonomi Malaysia dengan pegangan ekuiti yang lebih besar melebihi
pegagang kaum yang lain. Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan jadual 2 iaitu perbandingan hak
milik ekuiti tahun2004.
Kumpulan Hak Milik Jumlah Hak Milik (RM juta) Peratus (%)
Cina 206,682.9 38.9
India 6,392.6 1.2
Bumiputera 100,037.2 18.9
Sumber: (30% pemilikan ekuiti bumiputera dilanjutkan sehingga 2020, 2006)
Malahan, masyarakat Cina kebanyakkan memiliki dan menguasai syarikat-syarikat
swasta. Hal ini terbukti dengan senarai orang terkaya di Malaysia iaitu Tan Sri Robert Kuok
Hock Nien yang mempunyai Syarikat Kuok Group/ Kerry Group, Tan Sri T.Ananda Krishnan
yang mempunyai Syarikat Maxis dan Astro danTan Sri Quek Leng Chan yang mempunyai
syarikat Hong Leong Group (“Senarai 10 orang terkaya di Malaysia tahun 2014”, 2014).
Salah satu faktor kejayaan masyarakat Cina menguasai ekonomi di Malaysia kerana
masyarakat akan cina berkerjasama dan membina jaringan dengan peniaga orang Cina yang
lain. Mereka yang berada dalam jaringan dan rangkaian itu akan saling bantu-membatu. Melalui
ikatan ini, mereka dapat menghalang kemasukan kaum-kaum lain ke dalam bidang perniagaan.
Ikatan yang kuat ini membolehkan mereka menopoli setiap aspek perniagaan (Ann W.S, 2008).
Sebagai contoh, perniagaan kedai hardware telah dikuasai secara total oleh orang Cina di
mana peluang bagi kaum lain memasuki perniagaan itu boleh dikatakan tertutup sama sekali.
Perkara ini telah menjadikan kesukaran bagi kaum bumiputera untuk bersaing dalam
perniagaan. Di samping itu, berlakunya diskriminasi dalam perniagaan masyarakat Cina.
Seperti pekerja di sektor swasta kebanyakannya berketurunan Cina sahaja di mana para
majikan syarikat swasta yang dikuasai oleh masyarkat Cina di negara ini telah mengenakan
syarat penguasaan Bahasa Mandarin dalam melantik individu bagi mengisi jawatan kosong di
syarikat mereka. Diskriminasi ini telah membawa kepada kadar pengangguran bagi kaum
bumiputera semakin tinggi.
4
Secara tidak langsung, perkara ini memberi kesan kepada kaum bumiputera di mana
mereka tidak mampu untuk bersaing dengan masyarakat bukan bumiputera dalam meneraju
kegiatan ekonomi. Perkara ini dapat dibuktikan dengan kadar kemiskinan bagi kaum
bumiputera lebih besar berbanding kaum lain.
Jadual 3: Menunjukan statisktik kemiskinan mengikut kaum
Tahun/ Bangsa Bumiputera Cina India
2009 5.3 0.6 2.5
2012 2.2 0.3 1.8
Sumber : Unit Perancang Ekonomi, 2013
Berdasarkan jadual 2, telah membuktikan bahawa jurang ekonomi mengikut kaum
adalah sangat besar serta ketidak seimbangan ekonomi merupakan masalah besar untuk
ekonomi negara. Oleh sebab itu, kerajaan telah berusaha untuk meningkatkan taraf ekonomi
gologan miskin yang tertumpu kepada kaum bumiputera supaya ekuiti hak milik kaum
bumiputera mencapai 30% menjelang tahun 2020. Antara usaha kerajaan ialah dengan
menubhkan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) yang akan mengendalaikan pengurusan dana
ekuiti persenderian dangan maltlamat untuk membantu Bumiputera memiliki saham terpilih
serta menyelamatkan ekuiti Bumiputera jatuh ke tangan kaum yang lain. Walaubagaimanapun
usaha murni kerajaan untuk menstabilkan dan mengurangkan jurang ekonomi antara kaum ini
telah dipandang serong bagi kaum bukan bumiputera yang bersifat perkauman. Mereka meberi
perspektif bahawa kaum bumiputera merupakan “anak emas” kepada kerajaan. Malahan, bagi
kaum bukan bumiputera yang berada dalam kemiskinan menjadikan sukar bagi mereka untuk
mendapat bantuan daripada kerajaan kerana kebanyakkan bantuan itu lebih tertumpu kepada
golongan bumiputera sahaja. Berbeza dengan perspektif kaum bumiputera. Kaum bumiputera
menganggap mereka sememangnya layak untuk mendapat bantuan daripada kerajaan dan
tidak perlu dipersoalkan kerana mereka diberi perlindungan oleh perlembagaan Malaysia
perkara 153 yang memberi hak istimewa kepada kaum bumiputera. Lantaran itu, perbezaan
perspektif ini telah mengugat perpaduan negara kerana masih ada perasaan tidak puas hati
antara kaum bumiputera dan kaum bukan bumiputera
Apabila, perbezaan dan penguasaan ekonomi oleh sesuatu gologan etnik serta sikap
mereka yang mementingakan keuntugan dan kemajuan etnik mereka sendiri maka sukar bagi
negara ini untuk mencapai perpaduan.
5
4.0) Cabaran Perpaduan dalam aspek sosial
4.1) Cabaran perpaduan dalam aspek pendidikan
Pendidikan di Malaysia mencerminkan kepelbagaian budaya dan bahasa terutamanya
pada tahap sekolah rendah. Berdasarkan Akta Pelajaran 1961 dan seterunya Akta Pendidikan
1996 tertubuhnya sekolah berasaskan kaum utama iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
(SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Kebangsaan (SK). Perbezaan
yang ketara antara sistem ini ialah dari sudut penggunaan bahasa pengantarnya. Hal ini
demikian kerana, SJKC dan SJKT banyak menggunakan bahasa Cina dan bahasa Tamil dalam
buku teks bagi subjek sejarah, sains dan pendidikan moral mahupun dalam pergaulan mereka
bersama rakan-rakan dan guru. Hal ini menyukarkan lagi pengetahuan mereka terhadap
bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan. Perkara ini pernah disentuh oleh Datuk
Dr Teo Kok Seong “Tahap bahasa Melayu yang diajar di sekolah jenis kebangsaan lebih rendah
jika dibandingkan dengan sekolah kebangsaan. Jika sekolah jenis kebangsaan ini enggan
menerima sukatan pelajaran bahasa Melayu seperti sekolah kebangsaan, maka akan wujud
pelajar yang gagal menguasai bahasa ini yang sekali gus mengehadkan komunikasi antara
kaum”( “Pendidikan gagal satukan kaum di Malaysia”, 2014). Apabila pelajar-pelajar yang
kurang mahir dalam berbahasa Melayu ini masuk ke sekolah menengah mereka akan kurang
bergaul dengan pelajar bumiputera. Maka, kita dapat melihat rata rata keadaan di sekolah
menengah pelajar akan bergaul sesama kaum. Hal ini secara tidak langsung akan
menyukarkan pembentukan kaum kerana satu-satunya medium iaitu bahasa kebangsaan tidak
dapat digunakan secara menyeluruh dalam pergaulan antara kaum.
Seterusnya, sistem pendidikan di Malaysia telah menetapkan kemasukan pelajar ke
IPTA mengikut kouta iaitu kouta bagi kaum bumiputera lebih besar daripada kaum bukan
bumiputera. Perkara ini dapat dibuktikan berdasarkan jadual 1 yang menunjukakan bilangan
pelajar ke IPTA mengikut kaum.
Jadual 1: Bilangan calon yang layak ke IPTA mengikut kaum.
Sesi Akademik Melayu Cina India
2012/2013 27,455 8,968 1,384
2013/2014 30,903 7,913 1,824
Sumber : (“Pelajar perempuan dominasi IPTA”, 2012) & (“Lebih 41,000 calon dapat tawaran ke
IPTA sesi 2013/2014”, 2013)
6
Melalui kemasukan pelajar ke IPTA mengikut kouta telah menimbulkan persaan tidak
puas hati bagi pelajar bukan bumiputera kerana persaingan mereka tinggi. Malah ramai pelajar
bukan bumiputera terpaksa melanjut pelajaran ke IPTS dan luar negara yang memerlukan kos
perbelanjaan yang tinggi sekiranya berbanding dengan pelajar bumiputera yang mendapat
biasiswa dan belajar di IPTA.
Malahan, kepada kaum bumiputera kerajaan telah menubhkan Maktab Rendah Sains
Mara (MRSM) dan Universiti Teknologi Mara (UITM) yang merupakan maktab dan universiti
yang disedikan khas untuk pelajar kaum bumipuera sahaja. Perkara ini merupakan usaha bagi
kerajaan untuk membangunkan kaum peribumi. Namun mereka tidak melihat bahawa perkara
ini menunjukkan diskriminasi antara kaum bumiputera dan kaum bukan bumiputera.
Keselesaan dan kemudahan yang terdapat di MRSM dan UITM hanya dapat dirasakan oleh
pelajar kaum bumiputera sahaja.
4.2) Keagamaan
Keagamaan yang dianuti dan diamalkan oleh setiap etnik adalah berbeza-beza.
Perbezaan dari sudut ajaran, nilai serta bahasa yang digunakan oleh setiap etnik tidak dapat
disamakan. Malahan setiap kumpulan etnik akan mempertahankan agama dan kebudayaan
mereka sendiri malah wujud golongan yang bersifat ethosentrisme yang merujuk kepada suka
dan kepercayaan bahawa agama dan budaya etnik mereka sendiri lebih baik, tinggi dan mulia
daripada agama dan budaya etnik yang lain( Zaid Ahmad, Ruslan Zainyddi & Ho Hui Ling,
2010).
Gologan yang bersifat ethonsentarisme ini telah menjadi racun untuk membentuk
perpaduan di negara ini di mana mereka akan bergaduh dengan sesuatu isu yang menggugat
agama dan budaya etnik mereka. Sebagai contoh, Isu mengenai kalimah Allah, isu itu berlaku
kerana perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang
Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang kristian adalah merujuk
kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah trinity . Dalam hal ini, berlakunya
perbezaan pendapat dalam isu kalimah Allah telah mencetuskan kemarah antara kaum yang
menganuti agama Islam terhadap kaum yang menganuti agama kristian. Contoh seterusnya,
kita boleh melihat bahawa ada gologan kaum Melayu yang beragama islam menentang secara
keras mengenai projek Enchant 1 Malaysia Spiritual Tourism Project. Mereka mendakwa
bahawa projek ini tidak lebih hanyalah satu projek mengaut duit rakyat dengan cara
mengeksploitasikan sentiment keagamaan. Bagi kaum yang menganuti agama Budhha dan
7
lain-lain agama melihat projek ini merupakan perkara yang dinanti-natikan dan tentagan orang
kaum Melayu tidak dapat diterima oleh mereka. Maka dapat lah kita melihat bahawa sentiment
keagaam merupakan perkara yang sangat-sangat sensitif di kalagan masyarakat yang
berbilang kaum ini. Malah isu keagamaan meupakan isu yang sukar diselasaikan dan sukar
untuk mendapat persefahaman kerana sememangnya ajaran agama sangat berbeza. Perkara
ini merupakan salah satu cabaran yang besar dalam membentuk perpaduan.
4.3) Kontrak Sosial
Di samping itu, dalam kontrak sosial datap menjadi faktor kepada cabaran pembentukan
kaum. Hal ini kerana, kontrak sosial yang mempersetujui bahawa hak istimewa terhadap . Hak
istimewa orang melayu telah membawa bentuk diskriminasi kepada kaum bukan bumiputera.
Berdasarkan sejarah pada tahun 1964 sehingga 1965, Lee Kuan Yew telah menentang kontrak
sosial dengan menggunakan gagasan “Malaysian Malaysia” iaitu Malaysia untuk orang
Malaysia. Dalam gagasan ini Lee Kuan Yew bercadang bahawa tempoh 20 tahun sahaja
kepada Malaysia berperdana menterikan orang Melayu. Selepas itu sesiapa sahaja boleh
menjadi Perdana Menteri tanpa mengira kaum. Lee Kuan Yew secara terang-terang menolak
hak istimewa orang Melayu. Beliau menyatakan “berdasarkan sejarah orang-orang telah mula
berhijrah ke Malaysia dalam bidang kecil, Cuma kira-kira 700 tahun yang lalu. Daripada 39
peratus orang Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira satu pertiga daripada mereka adalah
pendatang-pendatang baru seperti Setiausaha agung UMNO, Syed Ja’afar Albar, yang telah
datang ke Tanah Melayu dari Indonesia sebelum perang, ketika berusia lebih daripada 30
tahun. Oleh itu, adalah salah dan tidak logik bagi sesuaut kumpulan yang tertentu itu
memikirkan bahawa hanya mereka sahaja adalah lebih adil dipangil rakyat Malaysia dan orang
lain boleh menjadi rakyat Malaysia hanya dengan kegemaran mereka”. Boleh disimpulkan
daripada kenyataan ini bahawa Lee Kuan Yew menolak pendapat bahawa orang-orang Melayu
adalah Bumiputera gugusan kepulauan Melayu (Mohd Ridhuan Tee Abdullah, 2010). Sehingga
kini, kaum bukan bumiputera masih menganggap bahawa orang melayu adalah orang
pendatang. Sebagai contoh, ketua wanita DAP, Chong Eng telah menuduh orang Melayu juga
pendatang sama seperti orang Cina dan India di Malaysia (“DAP tuduh orang Melayu adalah
pendatang”, 2013). Malah, parti DAP merupakan parti yang masih meneruskan gagasan
“Malaysian Malaysia”. Apabila kaum bukan bumiputera telah menganggap bahawa orang
Melayu sebagai pendatang maka tidak hairan bahawa kaum Cina terutamanya menolak hak-
hak istimewa orang Melayu.
8
4.4) Jenayah
Seterusnya, kadar jenayah di Malaysia berlaku mengikut kaum turut dijadikan cabaran
kepada pembentukan kaum. Bagi kes penagih dadah, jadual 3 menunjukan statistik jumlah
penagih dadah mengikut kaum.
Jadual 3: Jumlah penagih dadah mengikut kaum
Tahun/ Kaum Melayu Cina India
2012 1,123 114 183
2013 998 58 129
Sumber : (Agensi Antidadah Kebangsaan, 2013)
Berdasarkan jadual 3 yang menunjukan jumlah penagih dadah mengikut yang dikaji oleh
agensi antidadah kebangsaan dalam laporan dadah 2013 menunjukan penglibatan kaum
Melayu dalam kes penagihan dadah lebih tinggi. Hal ini akan memberi pandagan yang buruk
terhadap kaum Melayu dan ini boleh merosakkan lagi hubungan antara kaum.
9
5.0) Cabaran perpaduan dalam aspek media massa
Pada era maklumat ini, pelbagai saluran media massa dapat digunakan untuk
menyampaikan maklumat tanpa ditapis oleh pihak kerajaan. Oleh sebab itu, bagi penulis yang
tidak bertanggunjawab mereka telah senang-senang untuk membangkit sentiment perkauman.
Perkara ini dapat dilihat dalam akhbar-akhbar yang mengikut kaum di mana mereka akan
memberikan maklumat hanya mengenai perkembangan kaum mereka sendiri. Malah, kaum
bukan bumiputera sukar bagi mereka untuk membeli akhbar-akhbar yang berbahasa Melayu
seperti berita harian. Hal ini telah menimbulkan, tindakan akhbar bukan bumiputera yang sering
membangkitkan sentimen perkauman dengan mengeluarkan berita dan artikel bersifat cauvinis
serta menuduh Utusan Melayu sebagai rasis telah menimbulkan rasa tidak puas hati di
kalangan orang Melayu (Jabatan Penerangan Malaysia, 2009).
Seterusnya, pada era pemodenan ini telah menjadikan sesuatu maklumat itu mudah
untuk disebarkan dengan masa yang singkat kepada setiap lapisan masyarakat. Peluang ini
telah digunakan oleh gologan yang bersifat perkauman yang ingin menimbulkan konfrontrasi di
kalagan masyarakat Malaysia. Dalam hal ini, Facebook merupakan laman sosial yang sering
digunakan oleh gologan ini. Contoh yang pertama ialah Datuk Seri Ismail Sabri yang
merupakan menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah membuat kenyataan di akaun
Facebook nya bahawa pengguna Melayu mempunyai kuasa terbesar dan jika mereka
memboikot peniaga Cina yang merupakan kaum minoriti, bermakna peniaga Cina tiada pilihan
selain menurunkan harga. Pernyataan yang diekemukakan oleh Datuk Seri Ismail sebenarnya
bertujuan untuk memberi penekanan kepada komuniti peniaga yang membudayakan lintah
darat tetapi beliau teah meletakkan unsur perkauman dengan menggalakan kaum Melayu
memboikot peniaga Cina (“Gesaan Ismail Sabri boikot peniaga Cina memalukan - Mujahid
Yusuf”, 2015). Contoh kedua ialah David orok yang merupakan ahli politik pembangkang, telah
membuat kenyataan menghina Nabi Muhammad di laman Facebooknya pada Julai 2014
sehingga beilau telah didakwa di bawah Akta Hasutan kerana hina Islam (“David Orok didakwa
di bawah Akta Hasutan kerana hina Islam, 2014). Maka dapatlah disimpulkan bahawa dengan
adanya penulis-penulis yang tidak bertanggujawab telah membukakan lagi jurang hubungan
kaum dengan mengaitkan isu-isu perkauman yang sempit. Perkara ini dilihat sebagai cabaran
yang besar dalam membentuk perpaduan
10
6.0) Kesimpulan
Rumusannya, cabaran membentuk perpaduan merupakan halangan yang besar untuk
memajukan negara. Oleh sebab itu, pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan dalam
memupuk perpaduan dalam kalagan masyarakat Malasysia. Usaha yang utama adalah
gagasan “1 Malaysia”. Gagasan 1 Malaysia merupakan satu gagasan bagi memupuk
perpaduan di kagan rakyat Malaysia yang berbilagan kaum, berteraskan nilai-nilai penting yang
seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Konsep 1 Malaysia adalah keadilan untuk
semua kaum di mana semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan.
Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang
berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan perlembagaan yang
memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya tanpa mengira perbezaan
kaum dan agama, akan tetap dilaksanakan.
Seterusnya, walaupun hubungan kaum masih belum kukuh namun masih ada sedikit
proses asmilasi dalam kalagan rakyat Malaysia. Seperti, makanan yang terdapat di negara ini
menunjukan percantuman antara makanan kaum melayu, india dan cina iaitu Laksa, sate dan
roti canai. Malah dalam unsur kebudayaan juga wujud proses asmilasi seperti tarian nyonya.
Adalah menjadi tanggunjawab semua lapisan masyarat dalam membentuk semangat
perpaduan. Seperti sekolah juga perlu mendidik anak-anak murid untuk mempunyai semangat
perpaduan dan dapat bergaul dengan kaum yang lain agar generasi seterunya mempunyai
hubungan kaum yang utuh.
11
7.0) Rujukan
Ann W.S, (2008),Rahsia Bisnes Orang Cina, Selangor: PTS Peblications & Distributors Sdn.
Bhd.
Muhammad Nadzri Mohamed Noor & Ghazali Mayudin,(2008), Hegemoni dan Kontra
Hegemoni, JEBAT, 35, 33-48.
Mohd Ridhuan Tee Abdullah, (2010), Cabaran integrasi antara kaum di Malaysia: Perspektif
sejarah, keluarga dan pendidikan, Jurnal Hadhari, 3, 61-84.
P.Ramasamy, (2002), Sistem Politik yang hegomonik: Politik perwakilan masyarakat India di
Malayia, JEBAT, 29, 79-108.
Zaid Ahmad (editor), Ruslan Zainuddin, Ho Hui Ling, Ku Halim Ku Arifin, Lee Yok Fee.
Najeemeah Mohd yusof, Sarjit Singh Gill. Ahmad Tarmizi Talib, Nazri Muslim, (2010),
Hubungan Etnik di Malaysia, Selangor : Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Wan Hafiz Hamzah, (2014, Februari 19), UMNO-online, diakses dari http://www.umno-
online.my/?p=100864
DAP tuduh orang Melayu adalah pendatang, (2013, Ogos 29), AIDC NEWS, diakses dari
http://www.anwaraidc.com/2013/08/dap-tuduh-orang-melayu-adalah-pendatang/
David Orok didakwa di bawah Akta Hasutan kerana hina Islam,(2014, September 3), Astro
Awani diakses dari http://www.astroawani.com/berita-malaysia/david-orok-didakwa-di-
bawah-akta-hasutan-kerana-hina-islam-43174
Gesaan Ismail Sabri boikot peniaga Cina memalukan - Mujahid Yusuf, (2015, Februari 3), Astro
Awani, diakses dari http://www.astroawani.com/berita-malaysia/gesaan-ismail-sabri-
boikot-peniaga-cina-memalukan-mujahid-yusuf-53308
Jabatan Penerangan Malaysia, (2009) Akhbar Cina membangkit sentiment perkauman, diakses
dari http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/99-isu-negeri/
4541--akhbar-cina-membangkitkan-sentimen-perkauman-.html
Lebih 41,000 calon dapat tawaran ke IPTA sesi 2013/2014, (2013, Julai 11), my Metro, diakses
http://www2.hmetro.com.my/articles/Lebih41_000calondapattawarankeIPTAsesi2013_2
014/Article/
12
Laman web rasmi Agensi Antidadah Kebangsaan, (2013) Laporan Dadah 2013 bulan Januari
2013, diakses dari http://www.adk.gov.my/html/laporandadah/2013/Laporan%20Dadah
%20Bulan%20Februari%202013.pdf
Pelajar perempuan dominasi IPTA, ( 2012, Julai 13), Utusan Online, diakses dari
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kampus/20120714/ka_aa/Pelajar-perempuan-
dominasi-IPTA
Pendidikan gagal satukan kaum di Malaysia, ( 2014, September 1) Sinar Harian, diakses dari
http://www.sinarharian.com.my/nasional/pendidikan-gagal-satukan-kaum-di-malaysia-
1.312668
Senarai 10 orang terkaya di Malaysia tahun 2014, (2014, Ogos 15) Majalah Niaga , diakses dari
http://www.majalahniaga.com/senarai-10-pemilik-bisnes-lelaki-terkaya-di-malaysia-
tahun-2014.html
Unit Perancagan Ekonomi, (2013) Insiden Kemiskinan Mengikut Etnik, Strata dan Negeri,
Malaysia, 1970-2012, diakses dari http://www.epu.gov.my/household-income-poverty
30% pemilikan ekuiti bumiputera dilanjutkan sehingga 2020, (2006, Mac 31) Malaysia kini ,
diakases dari http://www.malaysiakini.com/news/49207
8.0) Lampiran
13
Gambar 1 Pemilikian ekuiti mengikut kaum
Gambar 2 Contoh Buku Teks Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
14
Gambar 3 Kenytaan David Orok menghina Agama Islam
Gambar 4 Kenyataan Ismail Said yang bersifat perkauman
15
Gambar 5 Akbar Tamil yang bersifat perkauman
Gambar 6 Jadual Perbandingan Penagih Daday mengikut etnik
16
17
9.0) Refleksi
Pertama sekali saya hendak menyatakan kesyukuran kepada Allah SWT, kerana telah
memberikan nikmat kesihatan dari segi akal fikiran dan fizikal. Melalui nikmat yang diberikan
oleh Allah SWT yang maha esa saya dapat melakukan kerja kursus ini dan menghantar pada
waktu yang ditetapkan. Kerja kursus subjek SJH1044 iaitu Pembinaan Negara Bangsa
terbahagi kepada dua tugasan iaitu tugasan berkumpulan dan tugasan individu.
Bagi tugasan pertama iaitu tugasan berkumpulan berkait rapat dengan Perlembagaan
Malaysia. Tugasan pertama sangat mencabar kerana soalan tugasan ini merupakan tugasan
aras tinggi serta memerlukan kemahiran ICT. Hal ini demikian kerana, soalan ini memerlukan
kami untuk menganalisis dan mengaplikasikan isi Perlembagaan Malaysia dengan pengukuhan
negara bangsa. Buat perama sekali saya agak kabur untuk memikirkan bagaimana cara untuk
membuat soalan ini. Namun, atas usaha dan kerjasama kami kumpulan kami mampu
berbincang dan membuat draf bagi tugasan pertama ini. Selepas kami membuat draf tugasan
pertama kami telah menanyakan dan mendapat bimbingan daripada Tuan Ravi yang
merupakan pesyarah bagi subjek ini. Kemudian kami sekumpulan menghadapi masalah untuk
membuat peta i-Think kerana sebelum ini saya belum pernah membuat tugasan dalam peta i-
Think. Oleh sebab itu, kami mencari maklumat dan mempelajari cara untuk membuat peta i-
Think di dalam laman sesawang.
Melalui tugasan pertama ini, saya dapat mempelajari ilmu dan kemahiran yang baru.
Iimu yang penting yang saya pelajari iaitu ilmu mengenai Perlembagaan Malaysia. Melalui
tugasan ini, saya dapat memahami dan mengetahui lebih mendalam mengenai Perlembagaan
Malaysia yang merupakan elemen asas dalam membentuk negara bangsa. Sebagai rakyat
Malaysia kita hendaklah mengetahui Perlembagaan Malaysia. Hal ini demikian kerana,
perlembagaan merupakan panduan utama bagi rakyat untuk mengetahui cara dan bagaimana
untuk hidup di negara ini dengan mengekalkan keamanaan dan kedaulatan negara. Manakala,
bagi kemahiran yang saya pelajari iaitu, kemahiran membuat peta i-Think dalam aplikasi power
point. Kemahiran ini membantu saya untuk menyampaikan maklumat dengan lebih tersusun,
padat dan menarik. Oleh sebab itu, bagi seorang bakal guru kemahiran ini penting untuk
menyampaikan pelajaran kepada anak murid di dalam bilik darjah pada kemudian hari agar
maklumat yang saya sampaikan dapat diterima oleh anak murid saya.
18
Seterusnya, tugasan kedua merupakan tugasan individu yang berkait rapat dengan
cabaran melahirkan perpaduan di Malaysia. Tugasan ini juga merupakan soalan yang aras
tinggi kerana saya perlu menganalisis dan memahami cabaran melahirkan perpaduan dengan
mengaitkan isu-isu semasa untuk dijadikan contoh dan bukti yang releven. Antara cabaran yang
saya hadapi semasa melakukan tugasan ini ialah cabaran untuk memperoleh maklumat. Oleh
sebab itu, sebelum memulakan tugasan ini saya telah mencari maklumat dan memahami
mengenai cabaran perpadaun daripada pelbagai sumber seperti jurnal, buku dan laman
sesawang. Mencari maklumat daripada laman sesawang merupakan cabaran yang besar
kerana saya perlu memastikan maklumat daripada laman sesawang tersebut merupakan fakta
yang benar dan releven. Oleh sebab itu, tugasan ini memerlukan masa yang lama untuk saya
mencari maklumat , menganalisis dan memahami maklumat yang saya perolehi. Semasa
membuat tugasan ini, saya telah menghadapi masalah untuk membuat rujukan dengan
menggunakan format APA. Sebelum ini, saya tidak didedahkan dengan penggunaan rujukan
berdasarkan format APA dengan betul namun sebelum menghantar tugasan ini kami telah
menghadiri bengkel membuat rujukan yang disampaikan oleh Tuan Jamu Galeh. Iimu daripada
bengkel tersebut telah saya aplikasikan dalam membuat tugasan ini.
Tugasan ini mampu membuka ruang pandagan saya ke ruang yang luas kerana saya
dapat memahami dan menganalisis isu-isu semasa yang berkaitan dengan cabaran perpaduan.
Sebelum ini, saya hanya bergantung kepada pelajaran dalam kelas untuk mengetahui cabaran
perpaduan namun tugasan ini memberikan pendedahan kepada saya untuk meneroka
maklumat yang benar-benar berlaku di sekeliling saya. Namun, selepas melakukan tugasan ini
saya sedar sebagai bakal guru saya perlu peka dan bersifat sensitif dengan isu-isu semasa
agar pelajar saya dapat mengetahui perkara yang berlaku di sekeliling mereka juga.
Seterusnya, melalui tugasan ini saya dapat membuka minda dan penglihatan saya dengan lebih
luas mengenai senario-senario yang sebenar-benarnya berlaku di Malaysia. Daripada itu, saya
mendapat simpulkan bahawa hubungan kaum di Malaysia masih belum kukuh namun lebih baik
daripada zaman era kemerdekaan di mana masyarakat antara kaum saling memusuhi antara
satu sama lain sehingga tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Oleh itu, kerajaan telah mengambil
iktibar dan sedang berusaha untuk mengeratkan lagi hubungan kaum agar peritiwa yang
berlaku pada 13 Mei 1969 tidak akan berulang sekali lagi. Malahan, saya mendepati bahawa
masih ada gologan yang tidak tahu dan tidak memiliki ilmu yang luas mengenai sejarah negara
ini sehinggakan mereka sesuka hati melempar tuduhan-tuduhan yang tidak berasas sehingga
perkara initelah menibulkan peraan prajudis di kalagan masyarakat Malaysia.Oleh sebab itu,
harapan saya adalah apabila saya telah mendapat kerjaya sebagai seorang guru sejarah, maka
19
peranan saya adalah untuk mendidik anak-anak murid saya mengenai pentingnya perpaduan
antara kaum demi memajukan negara Malaysia.
Akhir sekali melalui tugasan ini saya dapat menguasai kemahiran membuat rujukan
berdasarkan format APA dengan betul. Kemahiran ini penting bagi saya untuk membuat bahan
yang berbentuk ilmiah seperti membuat kerja kursus PISMP dan membuat jurnal akademik.
Tanpa membuat rujukan yang tepat dan betul sudah pasti umum akan meragui fakta yang saya
kemukakan dalam kajian saya.
20