buletin bkj - nursing.moh.gov.mynursing.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/12/buletin-2017... ·...
TRANSCRIPT
BULETIN BKJ Kementerian Kesihatan Malaysia http://nursing.moh.gov.my
E D I S I 2 - 2 0 1 7
22ndnd
NATIONAL NURSING RESEARCH NATIONAL NURSING RESEARCH COLLOQUIUM (NNRC) 2017COLLOQUIUM (NNRC) 2017
PORTAL NURSING
2
Sidan
g Red
aksi
Penasihat
Pn. Hjh. Rosena Binti Abdul Ghani
Pn. Hjh. Tumble Binti Ngadiran@Tomblow
Ketua Editor Pn. Gowry Narayanan
Editor Pn. Saibiah@Salbiah Binti Sindot
Pn. Fuziah Binti Abdullah
Pereka Grafik En. Hairulnizam Bin Yusoff
HJH. ROSENA BINTI ABDUL GHANI Pengarah Kejururawatan Bahagian kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia
Assalamualaikum, Salam sejahtera dan
Salam 1Malaysia
Bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t yang maha
pengasih lagi penyayang kerana dengan limpah kurnia
dan izinnya Buletin Kejururawatan edisi kedua bagi
tahun 2017 ini dapat realisasikan. Saya berbangga di
atas segala usaha dan kerjasama semua ahli produksi
Buletin Kejururawatan dan anggota Bahagian
Kejururawatan yang telah berjaya menghasilkan buletin
yang lebih pengisian kandungan intipatinya.
Buletin ini memaparkan aktiviti dalaman dan luaran di
Bahagian Kejururawatan KKM dan memfokuskan
aktiviti Cawangan Dasar di samping dari cawangan-
cawangan lain sepanjang tahun 2017. Setiap anggota
di Bahagian Kejururawatan sentiasa digalakkan
menghadiri konvensyen, persidangan, seminar dan
pendedahan tentang penyelidikan dan teknologi terkini.
Selain itu banyak aktiviti-aktiviti sampingan yang
membolehkan setiap anggota bergaul dan mengerat-
kan silaturahim dengan penganjuran aktiviti
kemasyarakatan, sosial dan sukan yang dianjurkan
oleh Kelab Lembaga Jururawat di Bahagian
Kejururawatan. Segala usaha gigih dari setiap anggota
Bahagian Kejururawatan sentiasa diberi sokongan
dan dorongan agar ianya diteruskan demi untuk
profesion dan kerjaya jururawat yang mulia di mata
masyarakat dan agama.
Sekian, terima kasih.
Sekapur Sirih
3
Terlebih dahulu saya melahirkan rasa gembira kerana Buletin
Bahagian Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia ini dapat
meneruskan peranannya menyalurkan pelbagai berita, maklumat dan
aktiviti perkongsian berkaitan dengan perkhidmatan kejururawatan.
Buletin Bahagian Kejururawatan edisi pertama dimulakan pada tahun
2016. Untuk Edisi ke-2 ini, fokus bulletin adalah berkaitan Cawangan
Dasar Bahagian Kejururawatan. Pada tahun ini juga Bahagian Kejuru-
rawatan telah dapat merealisasikan dua projek besar yang dirancang sejak 2016 iaitu Modul
Jururawat Idamanku yang menekankan elemen penyayang, profesionalisma dan kerja berpasukan
serta program Go Fit Don’t Quit.
Bahagian Kejururawatan amat mengalu-alukan kerjasama daripada semua jururawat dari lapangan
untuk menyumbangkan maklumat atau menghantar artikel mengenai aktiviti yang dijalankan
demi memperbaiki pekhidmatan kejururawatan. Paparan buletin ini akan dimuat naik ke Portal Ba-
hagian Kejururawatan sebagai aktiviti tahunan. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada
semua warga BKJ, Unit Kejururawatan negeri Perlis, Selangor dan mereka yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung yang telah menjayakan penerbitan Buletin ini.
Sekian, terima kasih
GOWRY NARAYANAN
Ketua Penolong Pengarah Kejururawatan
Bahagian Kejururawatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Perutusan Editor
4
I S S U E 1 , 2 0 1 6
Carta Organisasi Bahagian Kejururawatan
Unit Pemantauan Pelatih
Kejururawatan IPTA/IPTS di Fasiliti KKM
Unit Pembangunan
Piawaian Kualiti Kejururawatan
Unit Pembangunan
Profesion (CPD)
Unit Penyelidikan
Kejururawatan & Nursing Evidence
Based Practice
Unit Perhubungan Antarabangsa Kejururawatan
Unit Pendaftaran
APC
Unit Kurikulum
Unit Peperiksaan
Unit Amalan Kejururawatan
(Kesihatan Awam)
Unit Amalan Kejururawatan
(Perubatan)
Pengarah Kejururawatan
Unit Pembangunan & Penggubalan
Akta & Etika Kejururawatan
Unit Pentadbiran &
Kewangan
Timbalan Pengarah Kejururawatan
Cawangan Amalan
Cawangan Dasar
Cawangan Pendaftaran & Penguatkuasaan
Cawangan Peperiksaan & Kurikulum
Ketua Penolong Pengarah Kanan Kejururawatan ( Amalan )
Unit Credentialing & Privileging
Specializtion & Subspecialization
Unit Pendaftaran
TPC/
Petunjuk :
= Penjenamaan /Unit Baru
= Fokus
Ketua Penolong Pengarah Kanan Kejururawatan ( Regulatori )
P A G E 4
5
Bahagian Kejururawatan KKM
Cawangan Dasar Bahagian Kejururawatan KKM merangkumi 5 unit iaitu Unit Pembangunan
Piawaian dan Kualiti, Unit Pembangunan Profesion (CPD), Unit Penyelidikan & Nursing Evidence Based
Practice, Unit Credentialing & Privileging dan Unit Perhubungan Antarabangsa Kejururawatan. Cawangan
ini bertanggungjawab meningkatkan produktiviti perkhidmatan kejururawatan melalui penggalakan
komitmen jururawat dalam program peningkatan kualiti, penyelidikan, latihan dan pengurusan dalam
strategi ke arah pencegahan, perawatan, pemulihan pesakit secara holistik selaras dengan Negara-negara
ASEAN.
Cawangan Dasar
Latar belakang
Pada tahun 2006 Lembaga Jururawat Malaysia (LJM) dikenali sebagai Bahagian Kejururawatan
melalui perstrukturan semula KKM dan mempunyai 4 Cawangan utama iaitu:
1) Cawangan Amalan
2) Cawangan Dasar
3) Cawangan Pendaftaran dan Penguatkuasaan
4) Cawangan Peperiksaan & Kurikulum
Di bawah cawangan ini mempunyai 14 unit yang memberi perkhidmatan dan sokongan di dalam
Bahagian Kejururawatan, Buletin pada keluaran ini memberi fokus kepada Cawangan Dasar.
6
Bahagian Kejururawatan KKM
Fungsi Cawangan Dasar
Bertanggungjawab untuk merancang, menyelaras dan melaksanakan kursus yang berkaitan audit
kejururawatan, Sistem Pengurusan Kualiti dan Penyelidikan Kejururawatan bagi memastikan semua
pegawai menjalani latihan untuk meningkatkan ilmu dan kerjaya. Cawangan ini juga menjalankan latihan
kepada jururawat untuk meningkatkan kualiti dan memantapkan perawatan melalui “Quality Improvement
Activities” (QIA). Menjalinkan hubungan bilateral berkaitan Kejururawatan melalui penglibatan dan
perkongsian maklumat dan aktiviti diperingkat serantau dan ASEAN.
Cawangan ini juga bertanggungjawab menjalankan “Nursing Audit” peringkat kebangsaan yang
dilaksanakan di hospital dan pusat kesihatan awam. Menjalankan pemantauan audit, mengumpul,
menganalisa data dan mengesyorkan tindakan penambahbaikan serta membentangkan dan membin-
cangkan keputusan audit kepada KPJN di dalam mesyuarat teknikal. Menjalankan pemantauan perlaksa-
naan program pementoran di hospital dan kesihatan awam serta mengenalpasti keperluan latihan. Bahagi-
an Kejururawatan ini membimbing dan membantu Program Pementoran Jabatan Kesihatan Negeri dalam
menjalankan kajian impak dari masa ke semasa.
Cawangan ini juga menyelaras perlaksanaan Program Credentialing & Privileging untuk jururawat
di Kementerian Kesihatan Malaysia bagi membangunkan dasar perkhidmatan kejururawatan selaras
dengan keperluan semasa serta mengkoordinasi isu-isu berkaitan jururawat dengan dasar dan polisi teruta-
ma melibatkan latihan dan perkhidmatan kejururawatan. Cawangan ini juga merancang dan
melaksanakan aktiviti berkaitan dengan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 Bahagian Kejuru-
rawatan bagi memastikan kualiti perkhidmatan kejururawatan di seluruh negara berada di tahap yang
optima dan memenuhi ekspektasi pelanggan.
7
Di atas perlantikan sebagai Pengarah Kejururawatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia yang baru berkuatkuasa
mulai 17 Oktober 2016.
Kami warga Bahagian Kejururawatan dan semua jururawat
Malaysia mengucapkan tahniah dan syabas kepada
Pn. Hjh. Rosena. Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan
memberi inspirasi kepada pegawai-pegawai yang lain
untuk terus berusaha gigih dalam melaksanakan tugas dan
amanah yang dipertanggungjawabkan.
Sekalung Tahniah
Pn. Hjh. Rosena binti Abdul Ghani
8
BENGKEL PENYEDIAAN MAKLUMAT DIDOKUMENKAN & PELAN RISIKO PERALIHAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2015
MAC 2017
Aktiviti BKJ Dari Jan-Dis 2017 Diari CAWANGAN DASAR
Unit Pembangunan Piawaian & Kualiti Bahagian Kejururawatan telah menganjurkan bengkel
Penyediaan Maklumat. Didokumenkan & Pelan Risiko Peralihan SPK ISO 9001:2015 pada 23–24 Mac
2017 bagi anggota Bahagian Kejururawatan untuk mendapat kefahaman yang lebih terperinci
mengenai keperluan & penyediaan dokumentasi Sistem Pengurusan Kualiti yang berkesan dalam
meningkatkan Kualiti perkhidmatan.
2nd NATIONAL NURSING RESEARCH COLLOQUIUM (NNRC) 2017 ON “EBP Making Our Destiny A Reality”.
APRIL 2017
Kolokium Penyelidikan Nursing Kebangsaan Negara (NNRC) kali kedua telah diadakan pada 16-18 April
2017, di Kuala Nerus, Negeri Trengganu, Pantai Timur Malaysia sebagai platform bagi jururawat untuk
membentangkan kertas penyelidikan mereka. Tema utama Kolokium ini adalah, Evidence Based Practice :
Making Our Destiny a Reality .
Objektif:
1. Menggalakkan perkongsian pengetahuan berasaskan bukti penyelidikan
yang kukuh di dalam amalan kejururawatan.
2. Mengaplikasikan amalan perawatan kejururawatan berasaskan kajian dan
bukti kukuh yang telah dilakukan.
9
BENGKEL EVIDENCE BASED PRACTICE (EBP) SEPT 2017
Objektif
Mengaplikasikan amalan berasaskan bukti (EBP) yang kukuh dalam pengamalan perawatan kejururawatan.
Peserta yang hadir seramai 30 orang terdiri daripada matron, ketua jururawat dan
jururawat membuat pembentangan kumpulan mengikut tajuk yang diberi.
Aktiviti dijalankan semasa bengkel Jururawat Idamanku sesi 1, 2, 3 & 4
BENGKEL JURURAWAT IDAMANKU (JIK) SESI 1,2,3 & 4 BAGI TAHUN 2017 OGOS
2017
OBJEKTIF 1. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman yang berkaitan dengan nilai-nilai
teras budaya korporat.
2. Meningkatkan penerapan dan penghayatan unsur-unsur penyayang dan kerja
berpasukan di kalangan kakitangan bahagian kejururawatan.
3. Membina jati diri peserta di samping penerapan sikap yang positif ke arah
perkhidmatan yang cemerlang.
10
25th MEETING OF THE ASEAN JOINT COORDINATING COMMITTEE ON NURSING (AJCCN)
OKT 2017
Jawatankuasa Penyelaras Bersama ASEAN berkaitan Kejururawatan (AJCCN) merupakan jawatankuasa di bawah
Kumpulan Kerja Sektor Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan (HSSWG) yang membincangkan perkara-perkara
berkaitan yang telah dipersetujui bersama negara-negara ASEAN melalui Mutual Recognition Agreement (MRA).
Objektif Persidangan
1. Untuk mengukuhkan hubungan antara jururawat Singapura dan Malaysia.
2. Sebagai platform perkongsian pengetahuan, inovasi, cabaran dan bertukar pendapat
berkaitan dalam kejururawatan.
3. Bertukar pendapat berkaitan hala tuju profesion kejururawatan di masa akan datang.
The 22nd JOINT SINGAPORE-MALAYSIA NURSING CONFERENCE 2017 NURSES BEYOND NURSING, NURSING BEYOND NURSES (05-06 October 2017)
OKT 2017
Pengarah Kejurawatan mempengerusi mesyuarat yang terdiri daripada Negara-Negara ASEAN
11
PERSIDANGAN PENYELIA-PENYELIA JURURAWAT HOSPITAL DAN KESIHATAN AWAM 2017
NOV 2017
Persidangan tahunan ini bertujuan untuk menambahkan pengetahuan, kemahiran dan komitmen
penyelia-penyelia jururawat bagi memastikan kualiti kejururawatan yang diberikan di hospital dan pusat
kesihatan awam dapat dipertingkatkan dan selamat.
HOSPITAL BEBAS KESAKITAN 2017
Kerajaan menyasarkan untuk mewujudkan 'Hospital Bebas Kesakitan' (PFH) di seluruh negara pada 2020,
menurut YBMK Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Menteri Kesihatan, Malaysia. Setakat ini terdapat kira-kira
13 buah hospital kerajaan yang telah diisytiharkan sebagai hospital bebas kesakitan. Bahagian
Kejururawatan bertanggungjawab sebagai AJK Induk, AJK Teknikal dan sebagai Auditor untuk
kejururawatan di Kementerian Kesihatan Malaysia.
12
AKTIVITI—AKTIVITI UNIT CREDENTIALING & PRIVILEGING (Sepanjang Tahun) 2017
Merancang, menyelaras serta mengkoordinasi aktiviti berkaitan program Credentialing & Privileging (C&P)
di Peringkat Speciality Sub-Committee (SSC) dan National Credentialing Committee (NCC). Mengendalikan
pemprosesan permohonan C&P bagi anggota kejururawatan KKM.
Bahagian Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia telah mewujudkan Jawatan kuasa Medication
Safety Technical Working Group pada 07 April 2016 dan dibawah naungan Pengarah Kejururawatan.
Seramai 15 Ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada jururawat-jururawat, pegawai farmasi dari hospital-
hospital di Lembah Klang. Tujuan Jawatankuasa ini ialah membincang dan membuat penambahbaikan
Proses Administrasi Ubat-ubatan di Wad. Pada 06 Jun 2017, Sebuah buku Garis panduan berkaitan
“Guideline of Administration of IV Bolus/Direct/IV push Medications (For Adult and Paediatrics)” telah siap
dan di muat naik ke dalam Portal Kejururawatan sebagai buku rujukan untuk semua jururawat di Malaysia.
MEDICATION SAFETY COMMITTEE NURSING DIVISION, KKM 2017
13
UNIT PEMBANGUNAN PROFESION (CPD) - Sepanjang Tahun 2017
Pewujudan Pembangunan Profesional Berterusan/Continuing Professional Development (CPD)
merupakan usaha bersepadu bagi memastikan profesion kesihatan dapat melengkapkan diri dengan penge-
tahuan, kemahiran, nilai murni dan amalan profesional berteraskan pembangunan kompetensi, pembelajaran
berterusan dan laluan kerjaya. Pendekatan ini selari dengan kemajuan bidang perubatan yang sentiasa
berkembang supaya dapat memberikan perawatan yang terbaik kepada masyarakat.
Kursus TOT SBARe Aktiviti Jom Cergas
Continuing Profesional Development (CPD)
14
AKTIVITI UNIT PENDAFTARAN & APC - Sepanjang Tahun 2017
Memastikan semua kategori jururawat yang bekerja di fasiliti kerajaan dan swasta mempunyai Perakuan
Pengamalan Tahunan Jururawat mengikut Akta Jururawat 1950 Peraturan-Peraturan Pendaftaran Jururawat 1985
Bahagian 11 Perenggan 8 (5).
1 Penerimaan Permohonan APC 2 Menyemak Borang Permohonanan APC Sebelum Diproses
3 Menyaring Dan Memproses Sijil APC Melalui Sistem SPMJ
4 Mengasingkan Sijil APC & Keratan Bayaran Untuk
Rujukan
5 Sijil APC Yang Telah Siap Diproses Untuk Penghantaran
Aktiviti BKJ Dari Jan-Dis 2017 Diari UNIT PENDAFTARAN & APC
PEMPROSESAN SIJIL PENGAMALAN TAHUNAN (APC) JURURAWAT.
15
Aktiviti BKJ Dari Jan-Dis 2017 Diari UNIT PEPERIKSAAN
Pengenalan
Unit Peperiksaan adalah unit yang bertanggungjawab dalam melaksanakan peperiksaan Lembaga Jururawat
Malaysia (LJM) / Lembaga Bidan Malaysia (LBM). LJM/LBM adalah badan profesional kejururawatan yang
diiktiraf secara universal sebagai badan yang bertanggungjawab untuk menetapkan peperiksaan licensure/
registration untuk semua jururawat seperti yang termaktub di dalam Akta Jururawat 1950 dan Akta Bidan 1966.
Rajah 2 : Bil. calon yang mengambil Peperiksaan LJM tahun 2017 mengikut institusi
Rajah 3 : Bil. calon yang mengambil Peperiksaan LBM tahun 2017 mengikut institusi
Petunjuk :
KKM – Kementerian Kesihatan Malaysia
UA – Universiti Awam IPTS – Institut Pengajian Tinggi Swasta
16
Aktiviti BKJ Dari Jan-Dis 2017 Diari UNIT KURIKULUM
Peranan Dan Fungsi Unit Kurikulum:
1. Mengendali dan menguruskan proses permohonan penilaian program dan sumber fasiliti Kejururawatan dari
ILKKM/Universiti Awam (UA)/IPTS bagi perakuan akreditasi.
2. Mengurus pengumpulan data dan menyediakan statistik bagi ILKKM/Universiti Awam/IPTS.
3. Mengesyorkan permohonan kelulusan penambahan kuota kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
KURSUS-KURSUS PENILAIAN DOKUMEN AKREDITASI, FASILITI PROGRAM DAN ESSENTIALS OF CLINICAL TEACHING 2017
LAWATAN PENILAIAN PROGRAM DAN SUMBER FASILITI TAHUN 2017 2017
17
Aktiviti BKJ Dari Jan-Dis 2017 Diari CAWANGAN AMALAN
Lawatan penyeliaan dan pemantauan ke fasiliti hospital dan pusat kesihatan KKM oleh Cawangan Amalan
Bahagian Kejururawatan bagi tahun 2017. Lawatan ini bertujuan menyelia dan memantau kepatuhan amalan
jururawat di lapangan. Hasil dari lawatan penyeliaan dan pemantauan di lapangan di analisa untuk membuat
strategi penambahbaikan. Fasiliti yang cemerlang menjadi benchmark kepada fasiliti hospital dan pusat
kesihatan yang lain untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kejururawatan.
LAWATAN PENYELIAAN DAN PEMANTAUAN KE FASILITI HOSPITAL DAN KESIHATAN
AWAM KKM FEB
2017
LAWATAN PENYELIAAN DAN PEMANTAUAN KE FASILITI HOSPITAL DAN PUSAT KESIHATAN KKM
FEB 2017
Aktiviti Penyeliaan Dan Pemantauan Di Hospital
Aktiviti Penyeliaan Dan Pemantauan Di Kesihatan Awam
18
MAJLIS PELANCARAN PENJAGAAN KAKI PESAKIT DIABETES PERINGKAT KEBANGSAAN 2017
OKT 2017
Majlis Pelancaran Penjagaan Kaki Pesakit Diabetes Peringkat Kebangsaan 2017 yang telah dirasmikan oleh
YB Dato' Seri Dr Hilmi Bin Hj Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, bertemakan “HARGAILAH
SAYANGILAH KAKI”. Program ini dianjurkan oleh Bahagian Kejururawatan dengan kerjasama Bahagi-
an Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia.
1st NATIONAL NURSING INFECTION CONTROL SEMINAR 2017 OKT 2017
Seminar ini dijalankan khusus untuk jurururawat di seluruh Malaysia yang terdiri dari anggota jururawat yang
berkhidmat di Bahagian Perubatan dan Kesihatan Awam. Seminar ini hasil kolaborasi dengan Unit Kawalan
Infeksi Cawangan Penjagaan Kualiti Bahagian Perkembangan Perubatan.
19
Diari
Aktiviti BKJ Dari Jan—Dis 2017
Bahagian Kejururawatan telah meneroka tugasan baru dengan mengadakan
“Go Fit Don’t Quit” untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat dan aktif.
GO FIT DON’T QUIT MEI 2017
PERHIMPUNAN KAKITANGAN BKJ SETIAP HARI ISNIN 2017
Perhimpunan pagi diadakan pada setiap hari Isnin bertujuan untuk pembentangan dan perbincangan
semua aktiviti/program yang telah dirancang dan dilaksanakan pada minggu sebelum supaya dapat
menjalankan penilaian dan penambahbaikan terutama isu yang berkaitan dengan kejururawatan. Ini juga
dapat meningkatkan tahap pengetahuan dan pengalaman bagi kakitangan Bahagian Kejururawatan.
20
SAMBUTAN HARI JURURAWAT SEDUNIA 2017 PERINGKAT KKM May 2017
Sambutan Hari Jururawat Sedunia 2017 oleh YB Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Dato’ Seri Dr. Hilmi
Yahaya bersama kakitangan Bahagian Kejururawatan bertemakan Nurses A Voice to Lead Achieving The
SDGS.
Fiesta Labur PNB yang dianjurkan Permodalan Nasional Berhad
(PNB) menerusi anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional
Berhad (ASNB) yang telah diadakan pada 28 September hingga 1
Oktober 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
(PICC). Kuiz Pelaburan PNB 1Malaysia kategori badan beruniform
yang diperkenalkan sejak 2013 telah berjaya menarik penyertaan
keseluruhan sebanyak 93,000 peserta. khususnya badan-badan
beruniform. Bahagian Kejururawatan muncul sebagai juara kuiz
pertandingan Kuiz Perlaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB)
1Malaysia 2017 kategori badan beruniform .
FIESTA LABUR PNB - KUIZ PELABURAN PNB 1MALAYSIA OKT 2017
21
Aktiviti Kelab Diari KELAB LEMBAGA JURURAWAT KUALA LUMPUR (KLJKL)
Hari Keluarga BKJ yang telah diadakan di Homestay Villa Gemilang, Sg. Besar pada bulan Mac 2017
merupakan salah satu aktiviti bagi mengeratkan silaturahim dan hubungan kekeluargaan sesama keluarga
masing-masing dan mengukuhkan hubungan pengurusan dan pekerja. Antara pengisian dalam hari keluarga
ini meliputi kerohanian dan acara sukaneka. Semoga sambutan hari keluarga ini dijadikan aktiviti tahunan.
Sekalung tahniah buat pihak penganjur yang berjaya menganjurkan hari keluarga ini dengan jaya serta
mencapai objektifnya.
HARI KELUARGA BAHAGIAN KEJURURAWATAN MAC 2017
22
Aktiviti Kelab Diari KELAB LEMBAGA JURURAWAT KUALA LUMPUR (KLJKL)
Kempen Menderma Darah Sumbangan kepada Pusat Tahfiz
Team Building Di Sabak Bernam
Bacaan Yasin Dari Kakitangan BKJ Sambutan Hari Raya Di KKM
Jom Cergas Bersama Jururawat
Kursus Jenazah Di Masjid Besi Sultan Mizan Zainal Abidin
Pertandingan Bowling Di Alamanda Putrajaya
23
Majlis Sambutan Hari Raya 2017 Diari BAHAGIAN KEJURURAWATAN
24
03 Januari 2017 - Perlantikan sebagai
Jawatankuasa Promosi dan Inovasi bagi
Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), Bahagian
Kejururawatan Tahun 2017. Bertanggungjawab bagi aktiviti
promosi dan inovasi EKSA di Bahagian Kejururawatan.
20 Januari 2017 - Promosi amalan EKSA di
Bahagian Kejururawatan dengan membuat label-label
amalan EKSA 5 minit sebelum dan selepas untuk diletakkan
di sudut Bahagian Kejururawatan. Semua kakitangan
Bahagian Kejururawatan bergotong-royong membersihkan
kawasan masing-masing dengan menyisihkan barang-barang
yang tidak diperlukan.
EKSA - Zon Kejururawatan Diari
Penghargaan Pelaksana Go Green Eksa Terbaik Di Zon Kejururawatan
Penghargaan Ruang Kerja Eksa Terbaik
Di Zon Kejururawatan
25
Audit SIRIM Persijilan MS ISO 9001:2015 Diari NOV 2017
CONGRATULATIONS!!!
Audit Surveillance Updating ke versi 2015 telah dijalankan dengan jayanya pada 20-21 November, 2017
dan Bahagian Kejururawatan telah mendapat pensijilan MS ISO 9001: 2015
Sesi Pembukaan dan Penutupan Audit SIRIM Persijilan MS ISO 9001:2015
26
Kempen ini merupakan satu pendekatan untuk meningkatkan keperihatinan warga KKM terhadap
tanggungjawab sosial. Matlamat utama program ini :
membantu mengisi bekalan darah Pusat Tabung Darah Negara Kuala Lumpur.
Memupuk masyarakat yang prihatin bagi membantu menangani masalah kekurangan bekalan
darah, sekaligus membantu mereka yang memerlukan bekalan darah pada masa kecemasan.
Kempen Derma Darah BKJ 2017 Diari
27
PROGRAM MASS BASIC LIFE SUPPORT ANJURAN UNIT KEJURURAWATAN NEGERI
SELANGOR OKT 2017
Aktiviti Dari Lapangan Diari JKN SELANGOR
Program Mass BLS ini adalah julung-julung kali diadakan di negeri Selangor. Peserta seramai 168 orang
yang terdiri daripada jururawat-jururawat peringkat daerah dan seramai 58 fasilitator bergabung tenaga
untuk menjayakan program ini.
28
Seminar Kejururawatan World Kidney Day
Kursus Kepimpinan AGM MNA
Majlis Ilmu Wanita, Keluarga dan Kerjaya
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perlis
Wakaf Ramadhan Hospital Tuanku Fauziah, Kangar Perlis
Aktiviti Dari Lapangan Diari PERSATUAN JURURAWAT NEGERI PERLIS
29
Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih Diari 13 NOV 2017
Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih sempena persaraan wajib Pengarah Kejururawatan Kementerian
Kesihatan Malaysia iaitu Puan Hajah Rosena binti Abdul Ghani pada 13 November 2017.
30
Pergerakan Pegawai Diari
KENAIKAN PANGKAT 2017
BERTUKAR MASUK 2017
Nama : GOWRY A/P NARAYANAN Jawatan : KETUA PENOLONG (Terkini) PENGARAH KEJURURAWATAN GRED U48 Tarikh : 13 JUN 2017 Kuatkuasa
Nama : TUMBLE BT NGADIRAN @ TOMBLOW Jawatan : TIMBALAN PENGARAH (Terkini) KEJURURAWATAN, GRED U52 Tarikh : 25 OGOS 2017 Kuatkuasa
Nama : PN. HJH. ROSENA BINTI ABDUL GHANI Jawatan : PENGARAH KEJURURAWATAN (Terkini) GRED U54 Tarikh : 17 OKTOBER 2016 Tarikh : 13 NOVEMBER 2017 Kuatkuasa Bersara
Nama : MOHD AZIZUL BIN NORDIN Jawatan : PENOLONG PENGARAH (Terkini) KEJURURAWATAN, GRED U41 Tarikh : 16 JANUARI 2017 Kuatkuasa
Nama : TUMBLE BT NGADIRAN @ TOMBLOW Jawatan : KETUA PENOLONG PENGARAH (Terkini) KEJURURAWATAN, GRED U48 Tarikh : 06 FEBRUARI 2017 Kuatkuasa
Nama : MEK BIN JUSOH Jawatan : KETUA PENOLONG PENGARAH (Terkini) KEJURURAWATAN, GRED U48 Tarikh : 06 FEBRUARI 2017 Kuatkuasa
Nama : MOHD AZMAN BIN ABDUL AZIZ Jawatan : PEMBANTU TADBIR (P/O) (Terkini) GRED N19 Tarikh : 02 MEI 2017 Kuatkuasa
31
BERTUKAR MASUK 2017
Nama : NOR ISMANISAH BINTI ISMAON Jawatan : PEMBANTU AKAUNTAN (Terkini) GRED W26 Tarikh : 15 JUN 2017 Kuatkuasa
Nama : WAN HASLINDA BINTI WAN HASSAN Jawatan : PENYELIA JURURAWAT (Terkini) GRED U36 Tarikh : 07 OGOS 2017 Kuatkuasa
Nama : NOR LAILI BINTI SHAHADAN Jawatan : PENYELIA JURURAWAT (Terkini) GRED U36 Tarikh : 07 OGOS 2017 Kuatkuasa
Nama : FUZIAH BINTI ABDULLAH Jawatan : PENYELIA JURURAWAT (Terkini) GRED U36 (M) Tarikh : 07 OGOS 2017 Kuatkuasa
Nama : ROSNAH BINTI A. SAMAD Jawatan : PENYELIA JURURAWAT (Terkini) GRED U36 Tarikh : 07 OGOS 2017 Kuatkuasa
Nama : LAU YAUK LIEN Jawatan : PENYELIA JURURAWAT (Terkini) GRED U36 (M) Tarikh : 07 OGOS 2017 Kuatkuasa
Nama : NG SIEW KOON Jawatan : KETUA PENOLONG PENGARAH (Terkini) KANAN KEJURURAWATAN, GRED U52 Tarikh : 25 OGOS 2017 Kuatkuasa
Nama : NARRY LWI Jawatan : PENOLONG PENGARAH (Terkini) KANAN KEJURURAWATAN, GRED U44 Tarikh : 25 SEPTEMBER 2017 Kuatkuasa
Nama : SALMAH BINTI MOHAMED LUDIN Jawatan : PENOLONG PENGARAH (Terkini) KANAN KEJURURAWATAN, GRED U44 Tarikh : 25 SEPTEMBER 2017 Kuatkuasa
Nama : ROZITA BINTI BUJANG Jawatan : PENOLONG PENGARAH (Terkini) KANAN KEJURURAWATAN, GRED U44 Tarikh : 25 SEPTEMBER 2017 Kuatkuasa
Nama : SAIBIAH @ SALBIAH BINTI SINDOT Jawatan : PENOLONG PENGARAH (Terkini) KANAN KEJURURAWATAN, GRED U44 Tarikh : 25 SEPTEMBER 2017 Kuatkuasa
Nama : MARY CHIN Jawatan : PENOLONG PENGARAH (Terkini) KANAN KEJURURAWATAN, GRED U44 Tarikh : 25 SEPTEMBER 2017 Kuatkuasa
32
BERTUKAR KELUAR 2017
Nama : SITI SAHIDAH BINTI SAHIR Jawatan : PEMBANTU TADBIR (P/O) (Terkini) GRED N19 Tarikh : 02 MEI 2017 Kuatkuasa
Nama : RAZMIYAH BINTI AWANG Jawatan : PENYELIA JURURAWAT (Terkini) GRED U36 (M) Tarikh : 21 MEI 2017 Kuatkuasa
Nama : MEK KEPING A/P EH DONG Jawatan : PENYELIA JURURAWAT (Terkini) GRED U36 (M) Tarikh : 21 MEI 2017 Kuatkuasa
Nama : MAZNAH BINTI ABDULLAH Jawatan : PENYELIA JURURAWAT (Terkini) GRED U36 (M) Tarikh : 21 MEI 2017 Kuatkuasa
Nama : MEK BIN JUSOH Jawatan : KETUA PENOLONG PENGARAH (Terkini) KEJURURAWATAN, GRED U48 Tarikh : 13 JUN 2017 Kuatkuasa
Nama : SALINAH BINTI ABD RAHMAN Jawatan : PENYELIA JURURAWAT (Terkini) GRED U36 (M) Tarikh : 07 OGOS 2017 Kuatkuasa
Nama : ROHANA BINTI SAAD Jawatan : PENOLONG PENGARAH (Terkini) KEJURURAWATAN GRED U42 (M) Tarikh : 23 OKTOBER 2017 Kuatkuasa
BERTUKAR MASUK 2017
Nama : TAN AI LIAN @ IRENE Jawatan : PENOLONG PENGARAH (Terkini) KANAN KEJURURAWATAN, GRED U44 Tarikh : 25 SEPTEMBER 2017 Kuatkuasa
Nama : MORNI BINTI OMAR Jawatan : PENYELIA JURURAWAT (Terkini) GRED U36 Tarikh : 06 NOVEMBER 2017 Kuatkuasa
Nama : SITI FADZILAH BINTI SHEIKH ABDULLAH Jawatan : PENYELIA JURURAWAT (Terkini) GRED U36 Tarikh : 06 NOVEMBER 2017 Kuatkuasa
33
BERSARA 2017
Nama : LEE MUI YUNG @SCHOLASTICA LEE Jawatan : PENOLONG PENGARAH (Terkini) KANAN KEJURURAWATAN, GRED U44 Tarikh : 27 FEBRUARI 2017 Kuatkuasa
Nama : DATIN NORMAH BINTI MOHD ZIN Jawatan : PENOLONG PENGARAH (Terkini) KEJURURAWATAN, GRED U42 Tarikh : 05 APRIL 2017 Kuatkuasa
Nama : JAMILAH BINTI ABDULLAH Jawatan : PENYELIA JURURAWAT (Terkini) GRED U36 (M) Tarikh : 30 APRIL 2017 Kuatkuasa
Nama : GOH SIEW KUAN Jawatan : TIMBALAN PENGARAH (Terkini) KEJURURAWATAN, GRED U52 Tarikh : 04 JULAI 2017 Kuatkuasa
Nama : SITI EISAH BINTI HAJI NOOR Jawatan : PENOLONG PENGARAH (Terkini) KEJURURAWATAN GRED U42 Tarikh : 08 OKTOBER 2017 Kuatkuasa
Nama : NG SIEW LUAN Jawatan : PENYELIA JURURAWAT (Terkini) GRED U36 (M) Tarikh : 25 OKTOBER 2017 Kuatkuasa
Nama : SABARIAH BINTI AB. WAHAB Jawatan : PENOLONG PENGARAH (Terkini) KEJURURAWATAN GRED U42 Tarikh : 04 DISEMBER 2017 Kuatkuasa
Borang pendaftaran peserta
Resume (biodata)
Salinan Mykad
Diploma kejururawatan atau ijazah sarjana muda
Transkrip peperiksaan
Perakuan Pendaftaran Lembaga Jururawat Malaysia
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Sijil ko-kurikulum
Rekod Kesihatan (untuk pesakit kronik)
Borang selesai diisi, hantarkan borang tersebut bersama salinan sijil yang berkaitan kepada Sekretariat SL1M Jurawat kepada: Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Menara Prisma, Aras 6, Persiaran Perdana, Presint 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62675 Putrajaya Tel : 03-8885 0600 Faks : 03-8885 0747
34
BERSEDIA UNTUK BERUBAH
Hidup ini ada pasangnya, ada surutnya Apabila kau gembira, kau gembira sekuat hati Dan apabila kau bersedih, kau menangis menahan hati Hidup ini memang untuk diduga atau diuji Walau teruk mana dunia ini beri kepada kita Kita masih akan bangkit semula Kerana kita dilahirkan kuat Dan akan cuba selagi kita punya nafas dan kudrat Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya
Dan kewujudan kita ini sebenarnya Mesti menempuh kegagalan
Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah Semasa kegagalan itu terjadi
Dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat Dan jadilah orang yang paling bahagia
Adalah orang yang melupakan keburukan orang lain terhadap dirinya
Dan melupakan kebaikan dirinya terhadap orang lain.
Olahan Daripada :
Fuziah Abdullah Penyelia Jururawat U36
Bahagian Kejururawatan
Moti
vasi
Dir
i
35
KITA INI SIAPA DI HATI PESAKIT
Kita beritahu penyakit atas rasa tanggungjawab Jiwanya sakit mencari penyebab Kita jelaskan penawarnya amalan kerja Masih resah hatinya masih lara kecewa Dia pun hanyut dalam diri Kita ucap selamat pagi Didengar selamat pergi Dipelawa makan nasi Dirasa makan hati Disuruh lambat –lambat Dikata cepat-cepat Inginkan sihat Takutkan ubat Dan kita pun teruji hati Ingin berkongsi resah Harapkan senyum bicara Keruh di wajah Ranapkan mesra Hatinya terluka Dia menangis tertahan Di atas tilam ujian Mencari harga Kemanusiaan Antara kita dan dia Masih ada sempadan Yang ingin diruntuhkan Tetapi kita bangunkan Dia merayu dalam hati Dengarlah kataku ini Kita pandang Harapkan budi
Saja
k
Fahamlah, Sangat sibuk sekarang ini Dia merayu dalam hati Dengarlah kataku ini Kita pandang harapkan budi Fahamlah, sangat sibuk sekarang ini Dia membawa hati Kita membawa diri Hatinya berkata Hati kita berbicara Matanya berkaca Akan tersilaukah mata kita? Sesungguhnya kita adalah dia Seorang pesakit keseorangan Di ranjang kehidupan Di atas tilam ujian Dalam diri Bicara sendiri Olahan Daripada Karya Asal Aminah Mokhtar Jururawat Terlatih
Pusat Perubatan Universiti Malaya