buku panduan pendaftaran sesi disember · pdf filemembawa bersama semasa mendaftar salinan...
TRANSCRIPT
PERINGATAN
Baca maklumat am berikut dengan teliti dan sila ambil tindakan
yang sewajarya agar proses pendaftaran anda dapat berjalan
dengan lancar dan memulakan pengajian anda di politeknik dengan
selesa. Anda tidak akan didaftarkan sekiranya mana-mana perkara
tersebut di bawah tidak dipatuhi dan mengemukakan maklumat
palsu.
Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia juga berhak menarik balik
tawaran tempat pengajian di mana-mana Politeknik Malaysia
sekiranya terdapat percanggahan maklumat di antara dokumen
asal dengan maklumat yang telah anda berikan semasa memohon
ke politeknik.
.
PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
Pembayaran yuran perlu dibuat mengikut jumlah yang telah ditetapkan oleh Politeknik.
Pembayaran yuran mestilah menggunakan bank draf atas nama Pengarah Politeknik
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Yuran bagi program Diploma Kejuruteraan Awam ialah
RM1505.
Pelajar TIDAK DIBENARKAN bertukar PROGRAM semasa hari pendaftaran.
Semua dokumen berikut MESTILAH DITANDATANGANI pelajar, ibubapa/penjaga dan *saksi
1. Borang HEP 1 : Borang Maklumat Peribadi Pelajar
2. Borang HEP 2 : Ikrar Pelajar dan Lepas Tanggung
3. Borang HEP 3 : Akuan Pelajar
4. Borang HEP 4 : Kebenaran IbuBapa / Penjaga Untuk Rawatan Pembedahan
5. Borang HEP 5 : Laporan Pemeriksaan Doktor
(Pemeriksaan Perubatan dicop dan
ditandatangani oleh Doktor
Perubatan Kerajaan/Swasta yang
SAH. Pihak kami TIDAK
menanggung sebarang kos
pemeriksaan tersebut. Filem X-Ray
TIDAK PERLU disertakan)
Segala dokumen ASAL perlu dibawa bersama oleh pelajar
Saksi MESTILAH terdiri daripada Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan
Profesional / Guru Besar / Penghulu / Ketua Kampung / Ketua Kaum
PERINGATAN SEBELUM PENDAFTARAN
a. Semakan dokumen asal akan dilaksanakan pada hari pendaftaran. Anda MESTI membawa
dokumen asal seperti yang diminta oleh pihak Politeknik. Pendaftaran akan DITOLAK
sekiranya anda gagal menunjukkan dokumen-dokumen tersebut dan terdapat
PERCANGGAHAN maklumat di antara dokumen asal dengan maklumat yang telah anda
berikan semasa memohon ke politeknik.
b. Lengkapkan semua borang yang terdapat di dalam Panduan Pendaftaran ini sebelum
pendaftaran. (sila turunkan TANDATANGAN anda, ibu/bapa/penjaga dan saksi).
c. Bayaran Yuran Pengajian PERLU DIBAWA pada hari pendaftaran menggunakan kaedah
pembayaran seperti yang dinyatakan.
RUPA DIRI SEMASA PENDAFTARAN
PAKAIAN DAN RUPA DIRI PELAJAR LELAKI
Baju Berpakaian kemas.
Seluar Seluar slack panjang warna HITAM
Kasut Hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat dan berstokin.
Kasut berladam logam yang berbunyi bising adalah DILARANG.
Rambut Rambut pendek dan kemas.
Rambut berfesyen seperti afro, punk, berekor dan diwarnakan DILARANG.
Tidak botak kecuali yang disyariatkan agama.
Perhiasan Sebarang bentuk perhiasan DILARANG melainkan cincin yang tidak keterlaluan. Pemakaian cincin emas adalah dilarang.
PAKAIAN DAN RUPA DIRI PELAJAR PEREMPUAN
Baju Berpakaian kemas dan sopan.
Kasut Hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat (kasut HITAM bertumit tidak melebihi 2 inci) dan bertutup.
Kasut yang berladam logam yang berbunyi bising DILARANG.
Rambut Hendaklah kemas dan beridentitikan seorang pelajar perempuan.
Dilarang berambut seperti afro, punk, berekor dan diwarnakan.
Perhiasan Tidak digalakkan memakai barang kemas. Perhiasan yang berlebihan
DILARANG.
Mencukur bulu kening dan solekan yang berlebihan DILARANG.
Secara umumnya pelajar-pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih, menutup aurat
(bagi pelajar Islam) dan bersopan.
Semua jenis pakaian yang menjolok mata adalah dilarang.
Kemudahan kamsi
B
KEMUDAHAN PENGINAPAN
s tidak disediakan. Pelajar boleh menginap di Anggerik Inn.
ANTUAN KEWANGAN Pelajar boleh menggunakan kaedah berikut untuk menampung yuran
pengajian.
i. Pinjaman Pengajian dengan PTPTN, JPA, MARA perlu membayar
balik
ii. Potongan melalui Akaun 2 KWSP
iii. Bantuan Pendidikan daripada Lembaga Zakat Selangor
iv. Tuntutan kepada Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF)
Sila buat salinan Surat Tawaran PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
untuk memohon pinjaman @ bantuan kewangan @ biasiswa.
A. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
KAEDAH PERMOHONAN PTPTN (SECARA ONLINE)
1. Pemohon hendaklah memohon pinjaman PTPTN secara online melalui laman web
pinjaman online di alamat: http://www.ptptn.gov.my/gateway/
2. Sebelum membuat permohonan secara online, pemohon perlu mendapatkan maklumat
terperinci di laman web http://www.ptptn.gov.my/gateway/
B. Lain-Lain Agensi Yang Menawarkan Bantuan Kewangan
Senarai agensi penajaan / biasiswa boleh merujuk web di alamat
http://www.moe.gov.my/v/penajaan-SPT
C. Bantuan Kewangan (Kategori Fakir / Miskin)
Pelajar yang telah/ sedang mengikuti pengajian boleh memohon bantuan kewangan di
agensi-agensi yang menghulurkan khidmat bantuan kewangan seperti Lembaga Zakat
Negeri / Majlis Agama Islam Negeri. Pemohon boleh merujuk kepada agensi berkenaan
mengikut negeri tempat tinggal. Pemohonan adalah tertakluk kepada syarat-syarat oleh
agensi yang berkenaan.
D. Biasiswa
Pelajar boleh memohon biasiswa daripada agensi-agensi awam/swasta. Pemohon adalah
terdiri daripada mereka yang telah melepasi peperiksaan semester satu dalam tempoh
pengajian di Politeknik dan mendapat keputusan yang cemerlang (CGPA yang tinggi
bergantung kepada syarat-syarat agensi yang menawarkan biasiswa)
Secara umumnya pinjaman dari mana-mana agensi Yayasan Negeri tidak
dikenakan caj faedah untuk bayaran balik, manakala PTPTN mengenakan caj
faedah mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun
semua agensi yang menawarkan khidmat pinjaman tertakluk kepada syarat-
syarat perjanjian mengikut kepada sebarang perubahan semasa agensi
tersebut. Pemohon boleh menyemak dengan agensi yang berkaitan melalui
laman web / telefon terus dengan agensi tersebut.
TATACARA PROSES PENDAFTARAN
Menyemak Pra-Tawaran di www.politeknik.edu.my
1
Memberi jawapan Setuju Terima
2
Mencetak Surat Tawaran di www.politeknik.edu.my
3
Muat turun Buku Panduan Pendaftaran
4 dan lengkapkan Borang HEP 1 HEP 6
Mendaftar di politeknik
5 (Rujuk Tentatif Hari Pendaftaran)
CARTA ALIR PROSES PENDAFTARAN
MULA
PELAJAR ISI
MAKLUMAT
K1 : SERAH SAMPUL SURAT &
BORANG LAPOR DIRI
SEMAKAN OLEH
PETUGAS
TIDAK
LENGKAP
LENGKAP
K2 : SEMAKAN BAYARAN
SEMAKAN OLEH
PETUGAS
TIDAK
LENGKAP
LENGKAP
K3 : PELAJAR DAPATKAN
JADUAL DAN TAKWIM
K6 : KAUNTER CENDERAHATI
K7 : TAKLIMAT OLEH ULPL
DAN WAKIL JABATAN
TAMAT
TENTATIF HARI PENDAFTARAN
(25 NOVEMBER 2017 | SABTU)
MASA AKTIVITI
8.30 pagi - 9.00 pagi Persediaan lalulintas & parkir Ketibaan Pelajar
9.00 pagi - 11.00 pagi PENDAFTARAN Terus ke lobi ULPL untuk sesi pendaftaran
11.00 pagi - 12.00 tghari
TAKLIMAT PELAJAR
12.05 tghari BERSURAI
PEMBAYARAN YURAN
Semua bayaran perlu dijelaskan pada hari pendaftaran. Calon yang tidak menjelaskan yuran TIDAK AKAN didaftarkan. Semua pembayaran yang telah dibuat TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN sekiranya anda menarik diri atau berhenti daripada Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Calon yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta hendaklah membawa bersama semasa mendaftar salinan asal surat pengesahan penajaan. Calon perlu menjelaskan pembayaran yuran walaupun mendapat tajaan. Yuran pengajian semester Satu Diploma Kejuruteraan Mekanikal adalah sebanyak RM1850. Yuran semester Satu Diploma Kejuruteraan Awam adalah sebanyak RM1505. Pembayaran perlu dibuat menggunakan bank draf atas nama Pengarah Politeknik Sultan Salahuddn Abdul Aziz Shah.
SENARAI SEMAK
BIL PERKARA
1. Mencetak Surat Tawaran Program Pengajian di www.politeknik.edu.my
Sijil / Slip SPM asal (calon lulusan SPM) 2. ATAU
Sijil Asal Modular (calon lulusan Kolej Komuniti)
3. Borang HEP1, HEP2, HEP3, HEP4, HEP5 dan HEP6 (Lengkap Diisi)
4. Bank Draf
5. 4 keping gambar pasport
HEP1
9 |
/ /
M AKLUM AT PERIBADI PELAJ AR
M AKLUM AT PERIB ADI PEL AJ AR
Seperti yang dikehendaki oleh AKTA 174, tiap-tiap pelajar hendaklah memberi kepada Jabatant Hal Ehwal Pelajar alamat kediamannya atau apa-apa perubahan alamat itu bagi maksud menyampaikan kepadanya apa-apa notis atau dokumen.
Sila isikan dengan huruf besar dan jelas.
1. No. Pendaftaran (diberi semasa pendaftaran) :
S
2. No. M yKad: