buku panduan - jpak.jkr.gov.myjpak.jkr.gov.my/document/files/dokumen/gp_sa_pklg... · v....
TRANSCRIPT
i
BUKU PANDUAN
PENYEDIAAN
PELAN OPERASI
DAN
PENYENGGARAAN
ASET (POPA)
i
Mukasurat ini sengaja dibiarkan kosong.
ii
KANDUNGAN
BIL. PERKARA HALAMAN
KANDUNGAN ii
KATA-KATA ALUAN iv
PENGHARGAAN v
1.0 TUJUAN 1
2.0 LATAR BELAKANG 1
3.0 OBJEKTIF 1
4.0 DEFINISI 2
5.0 SINGKATAN 4
6.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 4
7.0 PROSES PENYEDIAAN POPA
7.1 Carta Alir 6
7.2 Proses Kerja 7
8.0 PENUTUP 18
9.0 LAMPIRAN 19
iii
Mukasurat ini sengaja dibiarkan kosong.
iv
KATA ALU-ALUAN
Buku Panduan Pelan Operasi dan Penyenggaraan Aset (POPA) diterbitkan sebagai salah satu usaha untuk membantu pelaksanaan Pengurusan Operasi dan Penyenggaraan Aset sebagaimana yang terdapat di dalam Bab D, Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih (TPATA).
Buku panduan ini menekankan peranan dan tanggungjawab Pegawai Operasi Fasiliti (POF) dalam melaksanakan aktiviti operasi dan penyenggaraan aset. Ia bermula daripada peringkat perancangan aktiviti sehingga mendapat anggaran kos bagi pelaksanaan aktiviti Operasi dan Penyenggaraan Aset (OPA).
POPA adalah penting dalam penyediaan perancangan OPA dan bajet tahunan yang sistematik, komprehensif serta mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Adalah menjadi harapan agar buku panduan ini dapat membantu pembangunan POPA yang lengkap dengan data kos yang tepat.
Ir. HJ MOHD SABRI BIN MAT DERIS Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Senggara Tarikh : Disember 2012
v
Mukasurat ini sengaja dibiarkan kosong.
vi
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat
dalam membangunkan buku panduan ini samada secara
langsung atau tidak langsung yang terdiri daripada:
Bahagian Senggara Fasiliti Bangunan (BSFB)
Bahagian Senggara Fasiliti Jalan (BSFJ)
Bahagian Senggara Persekutuan Negeri
(BSPN)
Jabatan Kerja Raya
Urusetia
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Senggara (BPKS),
Cawangan Kejuruteraan Senggara
JKR Malaysia
1
1.0 TUJUAN
1.1 Memastikan POPA mempunyai aktiviti yang
lengkap dan data kos yang tepat.
1.2 Memastikan proses pengumpulan data untuk
aktiviti operasi dan penyenggaraan aset tak
alih Kerajaan lebih cepat.
2.0 LATAR BELAKANG
POPA merupakan sebahagian daripada dokumen
yang perlu dibangunkan oleh POF dalam Tatacara
Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan (TPATA). Ia
merangkumi aktiviti operasi dan penyenggaraan yang
perlu dilaksanakan pada setiap tahun termasuk
anggaran peruntukan kewangan yang diperlukan oleh
setiap premis.
POPA setiap premis berbeza bergantung kepada
skop dan aktiviti operasi & penyenggaraan aset yang
terdapat di premis tersebut.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Menyediakan pelan perancangan operasi dan
penyenggaraan aset serta bajet tahunan yang
sistematik dan komprehensif.
2
3.2 Memastikan pelaksanaan operasi dan
penyenggaraan aset mencapai objektif yang
ditetapkan.
4.0 DEFINISI
Agensi Kerajaan : Kementerian, Jabatan termasuk Badan Berkanun dan
Pihak Berkuasa Tempatan.
Aktiviti : Sesuatu yang dilakukan; kegiatan.
Aset : Harta benda atau apa-apa yang bernilai untuk dimiliki,
sama ada berbentuk semasa atau bukan semasa.
Aset Bangunan : Sesuatu binaan bangunan dan semua komponen
serta fasiliti berkaitan yang terdapat dalam sesuatu
premis.
Aset Infrastruktur : Sesuatu binaan kemudahan asas yang membentuk
sistem rangkaian bagi memberi perkhidmatan kepada
komuniti.
Aset Tak Alih : Aset yang secara kekal / tetap atau bersifat kekal /
tetap berada pada tempatnya, tidak boleh dialih atau
sukar dialihkan atau usaha untuk buka semula /
penanggalan melibatkan keperluan kepakaran
teknikal atau perundangan yang berkaitan.
Belanjawan Mengurus : Pernyataan perbelanjaan ke atas bekalan dan
tanggungan.
Komponen : Bahagian yang melengkapi atau yang mencukupkan
sesuatu
3
Lukisan Siap Bina : Lukisan akhir bagi pembinaan yang telah siap
dilaksanakan secara keseluruhan merangkumi semua
sistem perkhidmatan dan fasiliti yang berkaitan
Manual : Dokumen yang mengandungi panduan dan maklumat
untuk melaksanakan sesuatu.
Operasi : Perbuatan atau hal mengendalikan sesuatu
pengurusan aset.
Pembekal : Pihak yang membekalkan perkhidmatan ke atas
sesuatu bangunan.
Pihak Berkuasa
Tempatan
: Badan yang bertanggungjawab mentadbir dan
mengurus kemudahan awam di sesebuah daerah,
bandar dan sebagainya.
Premis : Sesuatu tapak tanah yang menempatkan bangunan
dan kawasan berkaitan.
Skop : Bidang bagi sesuatu kegiatan / aktiviti operasi dan
penyenggaraan di premis.
Surat Jaminan
Pengilang
: Surat jaminan dari pengilang yang menjamin kualiti
sesuatu produk yang dibekalkan.
Surat Perakuan
Komponen
: Surat perakuan dari pembekal komponen yang
memperakukan ketulenan komponen yang
dibekalkan.
Tempoh Tanggungan
Kecacatan
: Tempoh tanggungjawab dan tanggungan kontraktor
menyenggara atau membaiki kecacatan / kerosakan
produk selepas pembinaan yang ditetapkan dalam
kontrak.
4
5.0 SINGKATAN
DAK - Daftar Aset Khusus
DPA - Daftar Premis Aset
JBA - Jabatan Bekalan Air
JKKP - Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan
OPA - Operasi dan Penyenggaraan
Aset
PATA - Pengurusan Aset Tak Alih
POF - Pegawai Operasi Fasiliti
POPA - Pelan Operasi Dan
Penyenggaraan Aset
PTF - Pegawai Teknikal Fasiliti
PBT - Pihak Berkuasa Tempatan
ST - Suruhanjaya Tenaga
TPATA - Tatacara Pengurusan Aset
Tak Alih
TNB - Tenaga Nasional Berhad
TTK - Tempoh Tanggungan
Kecacatan
6.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
6.1 Pegawai Teknikal Fasiliti (PTF)
a) Bertanggungjawab memastikan POPA bagi
semua premis di bawah kawalannya.
b) Menugaskan POF menyediakan POPA
premis.
5
6.2 Pegawai Operasi Fasiliti (POF)
a) Melaksanakan pemeriksaan awalan di lokasi
bagi mendapatkan data / input awalan
(mengenal pasti aset dan keadaan semasa
aset);
b) Menyediakan POPA antara lain sebagaimana
maklumat berikut:-
i. Menyediakan senarai dan merancang
jenis serta skop bidang perkhidmatan
penyenggaraan;
ii. Menyediakan skop kerja bagi aktiviti-
aktiviti operasi dan penyenggaraan
aset;
iii. Menyediakan butiran anggaran kos
bagi aktiviti operasi dan
penyenggaraan aset mengikut jenis-
jenis penyenggaraan (pembaikan,
pencegahan dan am) dan skop
bidang perkhidmatan
penyenggaraan;
iv. Menyelaraskan maklumat POPA ke
dalam Anggaran Belanjawan
Mengurus PATA premis.
6
Sediakan pendahuluan POPA
Tentukan Objektif OPA premis bagi tahun yang
dirancang
Sediakan Carta Organisasi dan Pelan Komunikasi
Tentukan Skop dan Aktiviti OPA
Penyediaan analisis keperluan sumber sktiviti OPA bagi tujuan
permohonan peruntukan
Senaraikan kawalan rekod operasi dan penyenggaraan aset
Senaraikan dokumen-dokumen yang dirujuk dalam penyediaan
POPA
3
4
5
6
7
8
9
= Mula
= Tamat
M
T
T
M
Dapatkan maklumat sebagaimana senarai semak
di Jadual 11
2 Lengkapkan maklumat agensi dan tahun pelaksanaan POPA
7.0 PROSES PENYEDIAAN POPA
7.1 Carta Alir
7
7.2 Proses Kerja
Langkah 1: Dapatkan maklumat sebagaimana senarai
semak seperti di Jadual 1.
POF perlu mendapatkan maklumat / dokumen berkenaan
operasi dan penyenggaraan di premis seperti Jadual 1 di
Lampiran A.
Langkah 2: Lengkapkan maklumat agensi dan tahun
pelaksanaan POPA
POF perlu melengkapkan maklumat bekenaan agensi dan
tahun pelaksanaan sebagaimana kulit hadapan
JKR.PATA.F7/1
Langkah 3: Sediakan Pendahuluan
POF perlu menjelaskan maklumat mengenai latar belakang
dan maklumat asas mengenai premis berkaitan. Antara
maklumat-maklumat yang perlu dinyatakan adalah
sebagaimana contoh di Lampiran B
Langkah 4: Tentukan Objektif OPA premis bagi tahun
yang dirancang
Tentukan objektif OPA setiap premis mengikut KPI dan ASL
yang ditetapkan dalam POPA.
Sebagai contoh:-
8
Bil. Perkara Penetapan Objektif
1 Pencapaian Penyengggaraan
Am
95%
2 Pencapaian Penyengggaraan
Pembaikan
95%
3 Pencapaian Penyengggaraan
Pencegahan
95%
4 Tahap kepuasan Pelanggan 97%
5 Tahap Pencapaian KPI
Penyenggaraan Keseluruhan
Tahap 5
Langkah 5: Sediakan Carta Organisasi dan Pelan
Komunikasi
Struktur Operasi dan Penyenggaraan Aset: Carta Organisasi
Sediakan Struktur Organisasi OPA berdasarkan
JKR.PATA.F7/1a dalam Bab D TPATA. Struktur ini
bergantung kepada saiz dan kompleksiti premis. Tujuan
struktur ini disediakan adalah untuk menjelaskan peranan dan
tanggungjawab serta hubung kait pegawai di dalam premis
tersebut.
9
Berikut adalah kriteria / peranan bagi setiap pegawai yang
berkaitan dalam struktur tersebut:-
1) Pegawai Pentadbiran dan Kewangan
Pegawai ini perlu mempunyai kelayakan atau
pengalaman mengurus hal-hal berkaitan
pentadbiran dan kewangan serta tugas-tugas
yang berkaitan.
2) Pegawai Penyelia Sivil dan Struktur
Melaksanakan penyenggaraan dan pembaikan ke
atas semua bangunan dan kemudahan awam
serta mengawasi aspek Kejuruteraan Sivil dan
Struktur.
Antara tugas-tugas berkenaan ialah:-
i. Mengurus dan menyenggara bangunan di premis;
ii. Mengurus dan menyelia kebersihan di dalam dan
luar bangunan;
iii. Menyenggara infrastruktur seperti jalan raya,
longkang, pagar, parkir, sistem pembentungan dan
cerun;
iv. Mengurus perkhidmatan seperti kawalan makhluk
perosak, peralatan kebersihan dan pungutan
sampah;
10
v. Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan
bangunan dan kawasan secara berjadual; dan
vi. Melaksanakan kerja-kerja naik taraf dan ubahsuai
bangunan.
3) Pegawai Penyelia Mekanikal
Melaksanakan penyenggaraan dan pembaikan ke
atas semua alat kelengkapan mekanikal. Antara
tugas-tugas berkenaan ialah:-
i. Melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan
pencegahan seperti penyenggaraan sistem
mekanikal secara berjadual;
ii. Mengurus dan menyenggara sistem penyaman
udara dan pengalih udara bangunan;
iii. Mengurus dan menyenggara sistem pencegah
kebakaran;
iv. Mengurus dan menyenggara sistem lif; dan
v. Melaksanakan projek-projek naik taraf sistem
mekanikal.
11
4) Pegawai Penyelia Elektrik
Melaksanakan penyenggaraan dan pembaikan ke
atas semua sistem bekalan elektrik dan alat
kelengkapan elektrik. Antara tugas-tugas
berkenaan ialah:-
i. Melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan
pencegahan seperti penyenggaraan sistem
elektrik secara berjadual;
ii. Mengurus dan menyenggara sistem bekalan dan
agihan kuasa; dan
iii. Melaksanakan projek-projek naik taraf sistem
elektrik.
Sekiranya terdapat pegawai berkaitan yang lain
sila nyatakan dalam struktur tersebut.
12
Pengurusan Fasiliti Secara Kontrak
Bagi premis yang melaksanakan pengurusan fasiliti secara
kontrak, POF perlu menyenaraikan kakitangan atau pegawai
yang bertanggungjawab bagi setiap bidang dan dinyatakan di
dalam struktur berkenaan. Sila rujuk Model Struktur Operasi
Dan Penyenggaraan Aset: Kontraktor Fasiliti
JKR.PATA.F7/1a di dalam BAB D TPATA.
Kontraktor fasiliti merupakan pihak luar yang dilantik untuk
mengurus segala aspek pengurusan berkaitan operasi dan
penyenggaraan premis dibawah kawalannya. POF juga perlu
membangunkan Model Pelan Komunikasi untuk Kecemasan
seperti yang dinyatakan dalam borang JKR.PATA.F7/1a
dalam Dokumen TPATA .
Pelan ini penting bagi memudahkan pegawai yang berkenaan
dihubungi sekiranya terdapat kerja atau peristiwa kecemasan.
POF perlu menyenaraikan maklumat lengkap berkenaan
PBT, badan berkanun dan pembekal tempatan yang
berkenaan untuk kegunaan ketika perlu. Antaranya ialah:-
Pihak Berkuasa Tempatan / Agensi Kerajaan
i. Polis
ii. BOMBA
iii. Hospital / Perkhidmatan Ambulan
13
iv. Majlis Bandaraya / Majlis Daerah
v. JKKP
vi. JBA
vii. TNB
viii. Alam Flora
ix. Indah Water Konsortium Sdn. Bhd.
x. Dan lain-lain yang berkaitan.
Pembekal
i. Toshibaya Sdn. Bhd.– Lif
ii. Starek – Papan Suis
iii. Dan lain-lain.
Langkah 6: Tentukan Skop dan Aktiviti OPA
POF perlu menentukan skop perkhidmatan yang berkaitan
dengan premis di bawah kawalannya.
Skop
Terdapat empat skop utama yang digunapakai dalam
aktiviti OPA. Senarai berkaitan boleh dirujuk kepada
JKR.PATA.F7/1b dan boleh ditambah mengikut
keperluan.
1. Operasi Aset
Skop Operasi Aset adalah merupakan aktiviti
pengurusan fasiliti / perkhidmatan di dalam premis. Ini
termasuklah pengurusan data, pengurusan kawalan
keselamatan, pengurusan tenaga, pengurusan utiliti
dan lain-lain.
14
2. Penyenggaraan Am / Rutin
Skop Penyenggaraan Am / Rutin adalah merupakan
kerja penyenggaraan harian yang dilakukan bagi
memastikan aset sentiasa beroperasi dengan baik
mengikut tahap perkhidmatan yang telah dipersetujui.
3. Penyenggaraan Pembaikan
Skop Penyenggaran Pembaikan adalah merupakan
kerja pembaikan perubahan nilai aset apabila berlaku
kerosakan / kegagalan supaya aset dapat berfungsi
semula mengikut piawaian yang ditetapkan.
4. Penyenggaraan Pencegahan
Skop Penyenggaraan Pencegahan adalah
merupakan kerja penyenggaraan mengikut jadual /
program bagi memastikan setiap komponen aset
berfungsi dengan baik dan mengelakkan berlakunya
kerosakan besar.
Aktiviti dan Sub-Aktiviti
POF perlu menyatakan aktiviti operasi dan
penyenggaraan yang terdapat di premis di bawah
kawalannya dengan menandakan √ pada petak yang
berkenaan. Sekiranya terdapat aktiviti yang lain, POF
perlu menyatakan dalam borang ini sebagai aktiviti
tambahan bagi premis berkenaan. Sila rujuk
JKR.PATA.F7/1b di dalam BAB D TPATA.
15
Setelah menyatakan semua aktiviti berkaitan, POF perlu
melengkapkan jadual aktiviti operasi dan penyenggaraan
seperti LAMPIRAN C.
Langkah 7: Penyediaan Analisis Keperluan Sumber
Aktiviti OPA untuk Tujuan Permohonan
Peruntukan
Berdasarkan Langkah 6 POF hendaklah memperincikan lagi
perancangan aktiviti operasi dan penyenggaraan aset
(JKR.PATA.F7/1c) termasuk anggaran kos dan cadangan
tindakan perlaksanaan samada secara dalaman atau luaran.
Bagi memudahkan pengisian data ke dalam
JKR.PATA.F7/1c, POF boleh menggunapakai jadual seperti
di LAMPIRAN D. Walau bagaimanapun, jadual di LAMPIRAN
D adalah tidak mandatori untuk digunakan.
Bagi mengisi LAMPIRAN D, POF perlu merujuk semula
dokumen-dokumen yang telah dibangunkan sebelum ini iaitu
borang JKR.PATA.F7/1b yang telah lengkap diisi.
POF juga perlu menyatakan anggaran perbelanjaan
penyenggaraan kecemasan / pembaikan berdasarkan kepada
rekod-rekod berkaitan.
Walaubagaimanapun POF diberi kebebasan untuk
menggunakan kaedah masing-masing bagi menggantikan
LAMPIRAN D dalam menentukan justifikasi anggaran kos.
Contohnya penggunaan Senarai Kuantiti sebagai ganti
kepada LAMPIRAN D.
16
Setelah selesai mengisi LAMPIRAN D, POF perlu
merumuskan segala aktiviti dan anggaran kos yang telah
dibuat ke dalam Format Analisis Keperluan Sumber Aktiviti
Operasi dan Penyenggaraaan Aset (JKR.PATA.F7/1c) di
dalam Bab D TPATA.
POF perlu menyatakan output bagi setiap aktiviti yang
dirancang berdasarkan polisi / piagam pelanggan agensi
masing-masing. Sila rujuk contoh JKR.PATA.F7/1c di
LAMPIRAN E.
17
Langkah 8: Senaraikan Kawalan Rekod Operasi Dan
Penyenggaraan Aset
POF hendaklah menyenaraikan & menyimpan semua rekod
operasi dan penyenggaraan dengan sistematik. Perakuan
dan sijil-sijil hendaklah sentiasa dikemaskini. Rekod-rekod
yang dimasukkan antara lain adalah seperti berikut:-
i. Surat Rasmi;
ii. Sijil Kalibrasi;
iii. Sijil Peralatan Mekanikal / Elektrikal;
iv. Sijil Jaminan;
v. Sijil Jaminan Keselamatan Peralatan;
vi. Dan lain-lain yang berkaitan.
Sila rujuk borang JKR.PATA.F7/1d di dalam Bab D, TPATA.
Langkah 9: Senaraikan dokumen-dokumen yang dirujuk
dalam penyediaan POPA
POF hendaklah menyenaraikan dan menyimpan semua
dokumen rujukan secara sistematik. Antara dokumen yang
dimaksudkan adalah seperti berikut:-
i. Lukisan siap bina;
ii. Dokumen Penyenggaraan Berjadual;
iii. Dan lain-lain yang berkaitan.
Sila rujuk borang JKR.PATA.F7/1e di dalam Bab D TPATA.
18
8.0 PENUTUP
Berpandukan kepada buku panduan ini, diharapkan
tahap pengurusan penyenggaraan aset dapat
dipertingkatkan dari masa ke semasa.
Walaubagaimanapun buku panduan ini bukanlah
bersifat mutlak dan boleh ditambah baik berdasarkan
perkembangan semasa. Penambahbaikan perlu
dilaksanakan bagi mematuhi pelaksanaan kerja-kerja
penyenggaraan di bawah amalan PAM.
19
9.0 LAMPIRAN
LAMPIRAN A
Bil. Maklumat Ada / Tiada
i. Pendaftaran Aset (DPA dan DAK);
ii. Manual Operasi dan Penyenggaraan bagi setiap
komponen yang ada;
iii. Sijil / Surat jaminan pengilang bagi setiap komponen yang
berkenaan;
iv. Sijil / Surat perakuan komponen daripada pihak berkuasa
berkenaan.
(Contoh: Sijil Perakuan Bomba, JKKP, ST dan lain-lain);
v. Lukisan Siap Bina;
vi. Dokumen POPA tahun terdahulu;
vii. Rekod-rekod berkaitan.
(Contoh: laporan pemantauan dan penilaian keadaan
bangunan, lukisan terukur , rekod penyenggaraan dan
rekod daftar aduan);
viii. Jadual Penyenggaraan Tahunan Premis;
ix. Lain-lain (Nyatakan).
1. ..............................................................................
2. ..............................................................................
Jadual 1: Senarai Semak
20
LAMPIRAN B
No. Perkara Butiran
1. ALAMAT/ LOKASI ASET :
2. KATEGORI ASET : Aset Bangunan / Aset Jalan / Aset Saliran / Aset Pembentungan / Lain-lain (nyatakan)...
3. TAHUN DIBINA : xxxxx
KOS PEROLEHAN ASAL : RM xxxxxx
4. STATUS ASET : Dalam TTK / Bukan Dalam TTK
5. SAIZ PREMIS : Luas / Panjang / Kuantiti
POPULASI PREMIS :
6. MAKLUMAT ASET **Bagi premis yang mempunyai banyak blok diminta menyenaraikannya dalam bentuk jadual.
Blok : Nama-nama blok premis
Populasi Blok :
Jenis :
Blok yang dinamakan terdiri daripada Bangunan Pejabat / Bangunan Kediaman Banglo / Bangunan Kediaman Teres / Bangunan Kediaman Apartment / Lain-lain (nyatakan)...
Keluasan : Keluasan lantai atau parameter yang berkaitan bagi blok tersebut
Bil. Unit : Bil unit pada blok tersebut ( 6 unit Bangunan Kediaman Teres)
Jumlah Aras : Jumlah aras / tingkat yang terdapat pada blok tersebut
Lain-Lain Perkara :
21
No. Perkara Butiran
7. SENARAI KEMUDAHAN PREMIS / BINAAN LUAR
: **POF perlu menyatakan kemudahan / fasiliti umum yang terdapat di premis
i. Parkir : Bawah Tanah / Dalam Bangunan / Aras Bumbung / Kawasan Terbuka / Parkir Bertingkat *
ii. Parkir : Bawah Tanah / Dalam Bangunan / Aras Bumbung / Kawasan Terbuka / Parkir Bertingkat *
iii. Padang Permainan / Rekreasi
: xxxxxxxxx
iv. Gelanggang Badminton / Tenis / Sepak Takraw
xxxxxxxxx
v. Kolam Renang : xxxxxxxxx
vi. Lain-lain (nyatakan)... xxxxxxxxx
8. PELAN TAPAK PREMIS : ** POF perlu melampirkan Pelan Tapak Premis
Jadual 2: Contoh Pendahuluan Premis Bangunan
22
(LAMPIRAN C1)
Skop: Operasi / Penyenggaraan Am / Penyenggaraan Pembaikan / Penyenggaraan Pencegahan Aset*
Aktiviti: Penyenggaraan Pencegahan Mekanikal
*potong yang tidak berkenaan.
Jadual 3: Contoh Aktiviti Penyenggaraan Mekanikal Bagi Skop Penyeggaraan Pencegahan Bangunan
Sub Aktiviti Pihak
Berkaitan Tanggungjawab
Keperluan
Sumber
Tempoh Pelaksanaan (Bulan / Minggu)
Catatan
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
Pemeriksaan Bilik Motor Lif
JKKP, BOMBA, Kontraktor
Pegawai Penyelia Mekanikal
Peralatan Pengangkutan
Pengujian Kondisi Pam Pencegah Kebakaran
BOMBA Kontraktor
Pegawai Penyelia Mekanikal
Peralatan Pengangkutan
23
(LAMPIRAN C2)
Skop: Operasi / Penyenggaraan Am / Penyenggaraan Pembaikan / Penyenggaraan Pencegahan Aset*
Aktiviti: Pengurusan Krisis, Bencana dan Risiko *potong yang tidak berkenaan.
Jadual 4: Contoh Aktiviti Pengurusan Krisis, Bencana & Risiko bagi Skop Operasi
Sub Aktiviti Pihak
Berkaitan Tanggungjawab
Keperluan Sumber
Tempoh Pelaksanaan (Bulan / Minggu)
Catatan
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
Latihan Kebakaran
Bomba POF, Pegawai Penyelia Mekanikal
Peralatan
Persediaan Menghadapi Banjir
Kontraktor
POF, Pegawai Penyelia Keselamatan
Peralatan Pengangkutan
24
(LAMPIRAN D)
Skop Kerja Dan Anggaran Kos Bagi Aktiviti-Aktiviti Operasi Dan Penyenggaraan Aset
Jadual 5: Contoh Perincian Aktiviti Operasi & Penyenggaraan Aset
25
(LAMPIRAN E)
JKR.PATA.F7/1c
FORMAT ANALISIS KEPERLUAN SUMBER AKTIVITI OPERASI & PENYENGGARAAN ASET BAGI TAHUN
_____
(Peringkat Premis)
Jadual 6: Contoh Format Analisis Keperluan Sumber Aktiviti Operasi & Penyenggaraan Aset