buku log bakti siswa 2014 jas

Upload: jasmineteong

Post on 07-Oct-2015

251 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

laporan bakti siswa

TRANSCRIPT

LAPORAN

PROGRAM BAKTI SISWA

(komuniti prihatin 2014)NAMA :TEONG CHIE VENGNO. KAD MATRIK :J44421PROGRAM :BACHELOR PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

(DENGAN KEPUJIAN BAHASA MELAYU)

SEMESTER :6(1 2014/15)NO. KP :840729-09-5000NO. TELEFON :012-3891460PENSYARAH :PROF. MADYA DR. ABDUL RASID BIN JAMIAN

SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG..

alam 1Malaysia,

Syukur kerana kami telah dapat melaksanakan tugasan kami ini dalam merealisasikan program bakti siswa semester 6, 2014.

Sekalung ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Prof. Madya Dr. Abdul Rashid bin Jamian sebagai Pensyarah Bakti Siswa (QKK 2101), Prof. Madya Dr. Paramasivam Muthusamy dan En. Bukryman bin Sabri yang sentiasa memberi sokongan dan pandangan untuk menyiapkan laporan ini. Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa bekerjasama dalam merealisasikan program Bakti Siswa ini.Saya berharap dengan adanya laporan ini dapat memperlihatkan perjalanan program Bakti Siswa ini dari mula hingga akhir.

BIODATA SAYA

NAMA :

TEONG CHIE VENGTARIKH LAHIR :

29 JULAI 1984UMUR :

30 TAHUN

ALAMAT :

43, JALAN SETIA IMPIAN U13/8C, SETIA ALAM,

40170 SHAH ALAM,SELANGOR

SEKOLAH :

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) CHUNG

HWA 1A, 181 JALAN SAYANG ,MUAR, JOHOR

PENDAHULUAN

Program Bakti Siswa ini merupakan salah satu kursus dalam melengkapkan pengajian di UPM melalui Program Pensiswazahan Guru (PPG) Semester 6, bagi Tahun 2014, yang mana ianya memperuntukkan sebanyak 24 jam per semester. Kursus ini merangkumi konsep asas khidmat komuniti serta perancangan, kaedah pengendalian, perlaksanaan dan penilaian aktiviti khidmat komuniti. Secara tidak langsung kursus ini juga telah memberi pendedahan asas kesukarelawan melalui kerja-kerja sosial.

Program Bakti siswa adalah satu kursus yang wajib dilaksanakan oleh semua pelajar Program Pensiswazahan Guru Bahasa Melayu Semester 6, 2014 Kumpulan 1 Pusat Pembelajaran INPENS, Kuala Selangor seramai 40 orang. Program Bakti Siswa ini telah dijalankan di Pondok Motivasi Hamlatul Quran Kampung Kuantan, Masjid Kampung Kuantan dan Pusat Kelip-kelip Kampung Kuantan, Kuala Selangor.

Program Komuniti Prihatin 20141. Program ini akan melaksanakan aktiviti pemeliharaan alam sekitar melalui gotong-royong pembersihan kawasan Pondok Motivasi Hamlatul Quran, Masjid Kampung Kuantan dan Pusat Kelip-kelip Kampung Kuantan.

2. Membaikpulih infrastruktur seperti ampaian pakaian dan kemudahan Opscircle di Pondok Motivasi Hamlatul Quran.

3. Demonstrasi Memadam Kebakaran di Lapangan Letak Kereta Pusat Kelip-kelip.

4. Pengurusan Jenazah dan Kafan Orang Islam di Masjid Kampung Kuantan.

OBJEKTIF

Objektif utama program ini dijalankan ialah:

1.Membentuk sikap bertanggungjawab terhadap komuniti dan

persekitaran dalam kalangan pelajar pondok Motivasi Hamlatul Quran dan

masyarakat Kampung Kuantan.

2.Memberi maklum balas dan menyesuaikan diri dengan budaya komuniti dan

persekitaran baharu.

3.Mengamalkan kemahiran dalam menyelaraskan hasil usaha kumpulan bagi

menjayakan aktiviti Bakti Siswa.

4. Mewujudkan hubungan yang baik di antara pelajar Universiti Putra Malaysia

dengan masyarakat dan penduduk Kampung Kuantan.

5.Mewujudkan dan menanam nilai kepimpinan dan kerja berpasukan dalam

kalangan pelajar terutama untuk melaksanakan sesuatu program.

6.Memberi kesedaran dan pemahaman kepada masyarakat setempat

terhadap tanggungjawab memelihara alam sekitar dan juga aktiviti

kemasyarakatan.

PERJUMPAAN PERTAMA

Tarikh : 21 September 2014

Tempat : Bilik D2

Masa : 8.30 pagi-5.00 petang

Aktiviti :

1. Taklimat tentang tugasan telah disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Fuad bin Haji Ahmad menggantikan Profesor Madya Dr. Abdul Rasid bin Jamian. Beliau telah memperkenalkan beberapa orang fasilitator termasuk Profesor Madya Dr. Paramasivam Muthusamy.

Kami telah dibahagikan kepada 12 Kumpulan utama yang mana kumpulan tersebut diagihkan berdasarkan kepada senarai nama yang terdapat di dalam pendaftaran UPMET di bawah bimbingan fasilitator seperti yang ditetapkan. Fasilitator bagi kumpulan 1 ialah Profesor Madya Doktor Paramasivam Muthusamy.

2.Sebelum kami dipecahkan mengikut kumpulan masing-masing, kami telah diberi penjelasan yang khusus mengenai Program Bakti Siswa yang akan kami laksanakan serta garis panduan bagaimana ianya akan dilaksanakan yang melibatkan pelbagai aspek iaitu :

Pembentukan Kumpulan

Perlantikan Ahli Jawatan Kuasa

Penyediaan Kertas Kerja

Pemilihan Tempat dan Kos

Perlaksanaan

Penyediaan Buku Log Laporan

3.Selesai taklimat oleh Tuan Haji Ahmad Fuad bin Ahmad, kami diagihkan kepada kumpulan. Setiap kumpulan diminta berada di dalam kumpulan masing-masing dan diberi tempoh untuk mengadakan sesi perbincangan mengikut kumpulan tersebut.

4.Saya telah ditempatkan di dalam Kumpulan 1 bersama 39 orang ahli yang lain daripada pusat pembelajaran INPENS Kuala Selangor. Kami telah mengadakan sesi perbincangan Program Bakti siswa ini di Dewan Kuliah D3.

5.Agenda perbincangan pertama kami adalah perlantikan Ahli Jawatan Kuasa program seperti berikut :

Pengarah

: Mohd Mohsan bin Bahardin Timbalan Pengarah 1

: Haron bin Abdul Ghani Timbalan Pengarah 2

: Mohd Azizi bin Md Aznan Setiausaha

: Nora binti Mat Penolong Setiausaha

: Nurul Aini binti Mohd Olwi Bendahari

: Hafiza binti Abdul Hamid Protokol dan Publisiti

: Muri bin Hamali

Tugas-tugas Khas

: Zainudin bin Katiman

Aktiviti/ Program

: Khuzaimah binti Husain

Teknikal dan Logistik

: Mohd Faizal bin Hasan

Peralatan

: Mohd Azli bin Mohd Tamimi Jemputan dan Cenderamata : Teong Chie Veng

Keselamatan : Shamshul Norazura binti Mat Saad Jamuan

: Jamilah binti Musa

Buku Program

: Huzaimah binti Mat Isa

Sukaneka

: Rosni binti Noran

Aktiviti Berkuda

: Mohd Azli bin Mohd Tamimi

6.Hasil daripada permuafakatan dan perbincangan tersebut, maka pengarah program kami, iaitu En Ayub bin Mahmudin telah menyiapkan kertas kerja untuk dibentangkan kepada Profesor Madya Dr.Abdul Rasid bin Jamian serta fasilitator pada perjumpaan yang berikutnya pada 19 Oktober 2014 seperti lampiran 1 yang disediakan.

MESYUARAT AJK DALAM KUMPULAN PERTAMATarikh : 18 Oktober 2014

Tempat : Bilik Kuliah INPENS, Kuala Selangor.

Masa : 11.00 pagi 1.00 petang

1. Sebelum mesyuarat dijalankan, beberapa orang AJK yang terlibat telah melawat tapak program iaitu Pusat Motivasi Hamlatul Quran, Kampung Kuantan.

Pondok Motivasi Hamlatul Quran Kampung Kuantan

Masjid Jamiul Muhammadiah Kampung Kuantan

Pusat Kelip-kelip Kampung Kuantan

2. Beberapa keping gambar telah diambil dan perbincangan secara tidak rasmi diadakan dengan pihak pengurusan Pusat Motivasi Hamlatul Quran, Kampung Kuantan.

3. Dalam Mesyuarat AJK, beberapa AJK kecil telah ditambah dan dilantik untuk melaksanakan program.

4. Penerangan tentang aktiviti program telah diberikan oleh Pengarah Program. Sumber kewangan juga dibincangkan dengan peserta bersetuju memberi pendahuluan sebanyak RM 100.00 seorang.

PERJUMPAAN KEDUA

Tarikh :19 Oktober 2014

Tempat : Dewan kuliah D2

Masa : 2.30 petang 5.30 petang

1.Perjumpaan kedua ini bermula dengan taklimat ringkas mengenai slot pembentangan kertas kerja Bakti Siswa yang telah lengkap daripada setiap kumpulan berdasarkan hasil perbincangan yang telah dilakukan sebelum ini. Setiap pembentangan akan diberi penilaian oleh Panel yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Abdul Rasid bin Jamian dan 2 orang fasilitator kami iaitu Prof. Madya Dr. Paramasivam Muthusamy dan Encik Bukryman bin Sabri. Dr. Param telah memberi komen supaya kertas kerja ini ditambah baik dan dimurnikan lagi untuk diluluskan sebagai Program Bakti Siswa 2014.

2.Kertas kerja yang dibentangkan oleh pengarah projek setiap kumpulan ini mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing dan diberi penambahbaikan oleh fasilitator dalam menyediakan kertas kerja. Pembentangan dapat dilaksanakan dengan lancar oleh Pengarah Program Kumpulan 2 iaitu En. Mohd Mohsan bin Bahardin dengan kaedah dan cara tersendiri. Program Bakti Siswa yang telah dipilih dan akan dilaksanakan oleh kumpulan 2 ialah :

Kumpulan 2 :

Komuniti Prihatin, Pondok Motivasi Hamlatul Quran, Kampung Kuantan, Kuala Selangor

SEKITAR SLOT PEMBENTANGAN KERTAS KERJA

BAKTI SISWA SETIAP KUMPULAN

MESYUARAT AJK DALAM KUMPULAN KEDUATarikh : 28 November 2014

Tempat : Bilik Kuliah INPENS, Kuala Selangor.

Masa : 12.00 tengah hari 1.30 petang

1. Sebelum mesyuarat dijalankan, beberapa orang AJK yang terlibat telah melawat tapak program iaitu Pusat Motivasi Hamlatul Quran, Kampung Kuantan

2. Semua ahli diminta berkumpul di INPENS pada pukul 9pagi pada 5 Disember 2014 dan bersama-sama pergi ke tapak untuk persediaan.

3. AJK melaporkan perkembangan persediaan masing-masing.

4. AJK Logistik diminta menguploadkan pelan tapak/lokasi ke facebook group Kuala Selangor, Telegram dan Watsapp sebelum 2 Disember.

5. AJK Peralatan mengingatkan menghantar senarai alatan secepat mungkin.

6. AJK Jemputan dan Cenderamata telah menyediakan plak dan hamper untuk VIP dan pihak jemputan dan hadiah-hamper untuk sukaneka.

7. AJK Jamuan akan menyediakan makanan dan minuman untuk 100 orang ,makan tengah hari dan minum petang ditaja oleh YB.

8. AJK Buku Program akan menyediakan pemplet(buku program) dan flyers(publisiti).

9. AJK Sukaneka menyediakan 2aktiviti untuk pelajar Pondok Motivasi Hamlatul Quran dan 2aktiviti untuk penduduk kampung.

Sekitar mesyuarat AJK kumpulan kedua

Persiapan Akhir

Tarikh : 5 Disember 2014

Tempat : Pondok Motivasi Hamlatul Quran , Kuala Selangor.

Masa : 8.00 pagi 6.30 petang

s

PROGRAM BAKTI SISWA 2014 ( QKK 2101 ) J4442115