borang pengesahan status tesis tandatangan - fp.utm.my€¦data diskriptif diperolehi melalui borang...
TRANSCRIPT
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL : FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG GURU PELATIH
FAKULTI PENDIDIKAN MEMILIH PROFESION PERGURUAN
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya : NOR FATIMAH BINTI A. AZIZ ( HURUF BESAR )
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan ) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ___________________________ ___________________________ ( TANDATANGAN PENULIS ) ( TANDATANGAN PENYELIA ) Alamat Tetap : 177, JALAN SEKOLAH MAARIF, DR BAHARIN BIN ABU KAMPUNG RAJA, Nama Penyelia 22200 BESUT, TERENGGANU Tarikh :_4 APRIL 2008 Tarikh :_4 APRIL 2008
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
√
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)”.
Tandatangan : ..........................................................
Nama Penyelia : DR. BAHARIN BIN ABU
Tarikh : ................4 APRIL 2008 ...............
FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG GURU PELATIH FAKULTI
PENDIDIKAN MEMILIH BIDANG PERGURUAN
NOR FATIMAH BINTI A. AZIZ
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April 2008
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan :
Nama Penulis : NOR FATIMAH BINTI A. AZIZ
Tarikh : 4 APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.
Buat ayah dan ibuku yang tercinta, A. Aziz Bin Awang
Meriam Binti Mustafa
Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidup
anakandamu ini. Harapanmu lebih sedekad yang lalu kini telah ku tunaikan jua dan buat kekanda-kekandaku, terima kasih atas segalanya.
Nazmah Binti A. Aziz, Sahimi Bin A. Aziz, Mohd Sukri Bin A. Aziz, Zulkefli Bin A.
Aziz, Mohd Rushdan Bin A. Aziz dan Mohd Ismail Bin A. Aziz.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Baharin Abu, kerana banyak membantu
dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
Buat Rakan-Rakan, Sokongan mu rakan-rakan akan ku kenang
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat
saya menyempurnakan projek kajian ini dengan jayanya. Saya ingin mengambil
kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan ribuan terima
kasih yag tidak terhingga kepada Dr. Baharin Abu selaku Pensyarah Pembimbing
Projek Sarjana Muda yang telah banyak memberi bimbingan, nasihat, buah fikiran
dan tunjuk ajar yang membina sehingga membolehkan saya menyempurnakan kajian
ini.
Terima kasih juga dirakamkan kepada para pensyarah, rakan-rakan
seperjuangan khususnya kepada pelajar tahun 1 SPH dan 4 SPE dan tidak lupa juga
kepada semua yang terlibat dan banyak membantu memberikan kerjasama bagi
menjayakan projek penulisan ini
Akhir sekali istimewa untuk ayah, ibu, kakak dan abang serta insan tersayang
dan sahabat-sahabatku, pengorbanan serta dorongan yang kalian berikan amat
dihargai. Semoga segala pengorbanan kalian mendapat keberkatan dari Allh s.w.t.
v
ABSTRAK Kajian ini dijalankan bagi mengkaji faktor-faktor yang mendorong guru pelatih
Fakulti Pendidikan memilih bidang perguruan. Terdapat tiga faktor yang mendorong
guru pelatih iaitu pengaruh peribadi, pengaruh orang signifikan dan kemudahan yang
diberi dalam perkhidmatan pendidikan. Data diskriptif diperolehi melalui borang soal
selidik daripada 41 orang pelajar tahun satu kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi
serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Data dianalisis menggunakan perisian SPSS
12.0 (Statistical Packages for Social Science) bagi mendapatkan min skor,
kekerapan dan peratusan. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach yang diperolehi
dalam kajian rintis ialah 0.81 dan menunjukkan instrumen kajian sesuai digunakan.
Hasil dapatan kajian menunjukkan guru pelatih memilih bidang perguruan kerana
pengaruh faktor peribadi diikuti pengaruh orang signifikan dan akhir sekali
kemudahan yang diberi dalam perkhidmatan pendidikan.
vi
ABSTRACT
This research is to study factors influencing Faculty of Education teacher’s trainee in
choosing education field. There are three factors persuades teacher’s trainee which
are personal influence, significant person influence and facility given in teaching
profession. The descriptive data was obtained through questionnaire of 41
correspondents from first year student of Bachelor of Technology with Education
(Living Skills). The data was then analyzed by SPSS 12.0 software (Statistical
Packages for Social Science) to attain score mean, frequency and percentage. The
Alpha Cronbach value for the questionnaire was 0.81 thus the survey is wide to be
used. The result shows teacher’s trainee choosing teaching field because of personal
factor influence follows by significant person influence and finally by facility given
in teaching profession.
vii
KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Skop Kajian / Batasan Kajian 7
1.8 Definisi Operasi 7
1.8.1 Faktor Memilih Kursus Perguruan 7
viii
1.8.2 Orang Signifikan 8
1.8.3 Pengaruh Peribadi 8
1.8.4 Kemudahan yang Diberikan dalam
Perkhidmatan Pendidikan 8
1.8.5 Profesion Perguruan 9
1.9 Kesimpulan 9
2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 10
2.2 Teori Pemilihan Kerjaya 10
2.3 Faktor Pengaruh Orang Signifikan dalam
Pemilihan Kerjaya 13
2.4 Faktor Peribadi dalam Pemilihan Kerjaya 17
2.5 Faktor Pengaruh Kemudahan yang Diberikan dalam
Perkhidmatan Pendidikan kepada Pemilihan Kerjaya 20
2.6 Ciri-ciri Guru Berkesan 21
2.8 Etika Perguruan di Malaysia 23
2.9 Kesimpulan 25
3 METADOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 26
3.2 Rekabentuk Kajian 26
3.3 Responden Kajian 27
3.4 Instrumen Kajian 27
3.5 Kajian Rintis 28
3.6 Kaedah Pemungutan Data 30
3.7 Kaedah Penganalisisan Data 30
3.8 Kesimpulan 32
ix
4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 33
4.2 Latar Belakang Responden 34
4.2.1 Analisis Jantina, Bangsa dan Umur 34
4.3 Faktor-faktor yang Mendorong Guru Pelatih Fakulti
Pendidikan Memilih Bidang Perguruan 35
4.3.1 Faktor Orang Signifikan dalam Pemilihan Bidang
Perguruan 35
4.3.2 Faktor Peribadi dalam Pemilihan Bidang
Perguruan 39
4.3.3 Faktor Tarikan Kemudahan Perkhidmatan Pendidikan
dalam Pemilihan Bidang Perguruan 42
4.4 Analisis Keseluruhan Dapatan Kajian 46
4.5 Kesimpulan 47
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 48
5.2 Rumusan 48
5.3 Perbincangan Kajian 49
5.3.1 Faktor Orang Signifikan Terhadap Pemilihan
Bidang Perguruan 50
5.3.2 Faktor Peribadi Terhadap Pemilihan Bidang
Perguruan 51
5.3.3 Faktor Tarikan Kemudahan Perkhidmatan
Pendidikan Terhadap Pemilihan Bidang Perguruan 52
5.3.4 Faktor Utama Terhadap Bidang Perguruan 53
5.4 Cadangan 54
x
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 54
5.6 Kesimpulan 55
6 RUJUKAN 57 7 LAMPIRAN 61
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 27
3.2 Item Soalan Mengikut Kriteria 28
3.3 Skor Berdasarkan Aras Persetujuan 28
3.4 Pekali Alpha Cronbach 29
3.5 Pengkelasan Analisis Skala Empat Mata 31
3.6 Pengkelasan Kesesuaian Berdasarkan Analisis Markah Min 31
3.7 Ringkasan Pengujian Statistik Objektif Kajian 31
4.1 Analisis Peratusan Responden Mengikut Jantina 34
4.2 Analisis Peratusan Responden Mengikut Umur 34
4.3 Skala Ordinal Empat Mata 35
4.4 Pengaruh Orang Signifikan Terhadap Pemilihan
Profesion Perguruan di Kalangan Guru Pelatih
Fakulti Pendidikan 36
4.5 Pengaruh Peribadi Terhadap Pemilihan Profesion
Perguruan di Kalangan Guru Pelatih Fakulti Pendidikan 40
4.6 Pengaruh Tarikan Kemudahan Yang Diberikan dalam
Perkhidmatan Terhadap Pemilihan Profesion Perguruan
di Kalangan Guru Pelatih Fakulti Pendidikan. 43
4.7 Analisis Keseluruhan Dapatan Kajian. 46
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK
HALAMAN
2.1 Hiraki Keperluan Abraham Maslow 13
xiii
SENARAI LAMPIRAN
NO. TAJUK HALAMAN
A. Borang Soal Selidik. 61
B. Pengesahan Pelajar 66
C. Pengesahan Soal Selidik 67
xiv
SINGKATAN
SPH Ijazah Sarjana Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
JPTK Jabatan Pendidikan Teknik Kejuruteraan
PIPP Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
UTM Universiti Teknologi Malaysia
BAB I
PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Wawasan 2020 meletakkan pendidikan sebagai satu medium untuk mencapai
kemajuan dan terusnya menjayakan wawasan 2020. Ini kerana pendidikan adalah
penting kepada individu dan masyarakat kerana tanpa pendidikan kemajuan sesebuah
negara tidak akan dapat dicapai. Di sekolah, guru merupakan golongan yang berada
di barisan hadapan dan pemangkin kepada penghasilkan modal insan bagi
memastikan hasrat untuk mencapai wawasan 2020 menjadi kenyataan. Oleh itu,
bakal guru yang akan membimbing generasi muda perlu mempunyai ciri-ciri unggul
yang menjadi aspirasi kepada masyarakat dan negara.
Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Bahagian Pendidikan Guru
berhasrat memilih bakal guru yang berminat, bukan mereka yang hanya
menceburkan diri setelah tiada pilihan lain kerana sikap separuh hati ini telah terbukti
mendatangkan akibat buruk kepada profesion itu sendiri (Berita Bahagian Pendidikan
Guru,1990). Menurut Hishammuddin Tun Hussein(1996), hasrat kerajaan adalah
untuk memastikan bukan sahaja negara dapat melahirkan guru yang berkualiti, tetapi
lebih jauh daripada itu, iaitu untuk memastikan guru yang berkualiti ini kekal di
dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh
perkhidmatan mereka.
2
Untuk mencapai status negara maju menjelang 2020, negara memerlukan
tenaga mahir yang mencukupi dalam pelbagai bidang. Penyediaan tenaga kerja ini
memerlukan sistem pendidikan yang cekap dan guru yang berketrampilan sesuai
dengan bidang-bidang yang diperlukan untuk negara. Untuk merealisasikan matlamat
tersebut, Mesyuarat Penyelarasan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan
Kementerian Pengajian Tinggi pada 29 Ogos 2006 telah bersetuju bahawa
pengurusan pengambilan ke program pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
(ISMP) diwajibkan melalui Ujian Malaysia Educators Selection Inventory (MedSI)
dan temuduga mulai sesi akademik 2007/2008 untuk memastikan kualiti guru yang
dilahirkan menuruti Standard Guru Malaysia seperti yang ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) mulai 2006 hingga 2010 telah
dirangka untuk melaksanakan dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang
holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia. PIPP telah dilancarkan oleh Perdana
Menteri, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 16 januari 2007 di Pusat
Kovensyen Antarabangsa Putrajaya. PIPP (2006-2010) telah menggariskan enam
teras iaitu membina negara bangsa, membangunkan modal insan, memartabatkan
profesion keguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. Teras ke
enam dalam PIPP iaitu memartabatkan profesion perguruan dirangka untuk memilih
dan melahirkan guru-guru yang bersedia untuk menghadapi segal cabaran di dalam
dunia pendidikan.
Justeru, kesediaan guru-guru untuk menjalankan tanggungjawab dan cabaran
dalam bidang perguruan penting bagi memastikan segala impian negara akan
tercapai. Pemilihan bidang perguruan mestilah berdasarkan kesanggupan seseorang
individu untuk memikul tugas seorang guru bukan kerana terpaksa ataupun desakan
daripada mana-mana pihak.
3
1.2 Latar Belakang Masalah Perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan hari ini
menuntut perubahan perspektif masyarakat terhadap profesion keguruan. Profesion
keguruan bukanlah satu profesion yang boleh dijadikan satu pilihan terakhir setelah
tidak diterima masuk ke kursus pilihan. Namun begitu, trend menjadikan profesion
perguruan sebagai pilihan terakhir bukan sesuatu yang baru di negara kita. Pelajar-
pelajar pada masa sekarang akan cuba memilih kursus selain dari pendidikan untuk
memasuki IPTA(Tajul Ariffin Noordin dan Nor’aini Dan, 1992). Mereka hanya akan
memilih kursus pendidikan apabila sudah tidak ada pilihan lain yang sesuai dengan
kelayakannya. Perlu ditekankan bahawa profesion perguruan memerlukan individu
yang mempunyai kualiti, ketrampilan, kewibawaan, minat, iltizam dan berjiwa
pendidik.
Menurut Tajul Ariffin Noordin(1995), satu ciri penting perlu ada pada
seseorang guru atau bakal guru ialah mereka mestilah mempunyai minat penuh
terhadap keseluruhan tugasnya. Jelas di sini, pendidikan merupakan pelaburan
terpenting bagi sesebuah negara dan guru merupakan pemangkin utama dan tunggak
bagi memastikan segala hasrat kerajaan tercapai. Mereka yang menjadi guru hanya
kerana gaji ataupun kerana tidak mendapat perkerjaan lain perlu sedar bahawa
profesion perguruan bukan lah satu bidang yang bleh dianggap mudah.
“...kemerosotan juga berlaku ke atas status profesion perguruan yang semakin
menunjukkan kecenderungan untuk meneliti nilai-nilai kebendaan. Keadaan ini
mungkin ada kaitannya dengan ketidakseimbangan permintaan tenaga pekerja.
Kebanyakan guru memilih bidang profesion perguruan sebagai jalan terakhir” (Tajul
Ariffin Noordin dan Nor’aini Dan:1992)
Bersesuaian dengan tema hari guru pada tahun 2005 yang kekal sama sejak
tahun 2003, iaitu “Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan” sangat bertepatan
dengan keperluan semasa kerana dalam era globalisasi dan K-ekonomi, Malaysia
terpaksa bersaing dengan negara lain di atas dasar kualiti dan rakyat tidak
mempunyai pilihan, melainkan berusaha bersungguh-sungguh untuk melahirkan
generasi masa hadapan Malaysia yang amat mengutamakan kualiti dalam setiap
4
perkerjaan mereka. Justeru, tidak hairanlah jika Perdana Menteri, Dato’ Seri
Abdullah Haji Ahmad Badawi memberikan penekanan yang begitu tinggi terhadap
bidang pendidikan. Reformasi pendidikan yang ingin beliau bawa diharap dapat
melahirkan generasi masa hadapan yang betul-betul boleh mengangkat Malaysia ke
suatu tahap yang lebih Cemerlang, Gemilang dan Terbilang (Hishammuddin Tun
Hussien, 2005).
1.3 Pernyataan Masalah
Dalam memilih profesion perguruan sebagai kerjaya, terdapat faktor yang
mendorong seseorang itu untuk menjadikan perguruan sebagai pekerjaan sebagai
pekerjaan yang tetap. Pemilihan kerjaya sebagai seorang guru memerlukan sesorang
itu benar-benar ingin menjadi seorang guru dan bukan disebabkan oleh perkara-
perkara yang memaksa seseorang itu memilih profesion perguruan sebagai kerjaya
seperti tiada pilihan dan sebagainya.
Kajian yang dijalankan oleh Kasim Ab. Rahman (1999) mendapati keluarga
terutama ibu bapa mempengaruhi kerjaya seseorang. Beliau juga menyatakan
pengaruh ibu bapa lebih dominan berbanding pengaruh rakan sebaya dalam soal
pemilihan kerjaya. Dalam kajian yang dilakukan oleh Suffean Hussin (1996)
mendapati pengaruh faktor perkhidmatan itu sendiri seperti gaji, masa bekerja dan
elaun menjadi faktor utama dalam pemilihan kerjaya dalam profesion perguruan.
Tajul Ariffin Noordin (1995) pula menegaskan ciri penting yang perlu ada dalam
memilih profesion perguruan sebagai kerjaya adalah mempunyai minat yang penuh
terhadap profesion itu sendiri. Berdasarkan daripada kajian-kajian tersebut, kajian ini
dibuat untuk menjelaskan faktor manakah yang mendorong seseorang individu
memilih untuk menjadikan bidang perguruan sebagai kerjaya mereka. Adakah
disebabkan oleh pengaruh orang signifikan? Adakah faktor peribadi atau kemudahan
yang diberikan dalam perkhidmatan mempengaruhi seseorang individu memilih
bidang perguruan?
5
Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang
mendorong guru pelatih Fakulti Pendidikan memilih profesion perguruan. Kajian ini
menumpukan kepada tiga faktor penting iaitu pengaruh orang signifikan, faktor
peribadi dan pengaruh kemudahan yang diberikan dalam perkhidmatan pendidikan.
1.4 Objektif Kajian Objektif utama kajian adalah untuk (i) mengenal pasti sama ada faktor orang signifikan mempengaruhi
pemilihan profesion perguruan oleh guru pelatih Fakulti Pendidikan
(ii) mengenal pasti sama ada faktor peribadi mempengaruhi pemilihan
profesion perguruan oleh guru pelatih Fakulti Pendidikan
(iii) mengenal pasti sama ada pengaruh kemudahan yang diberikan dalam
perkhidmatan pendidikan mempengaruhi pemilihan profesion perguruan
oleh guru pelatih Fakulti Pendidikan
1.5 Persoalan Kajian Di dalam kajian ini, persoalan kajian adalah bertujuan bagi mengenal pasti (i) adakah faktor orang signifikan mendorong guru pelatih Fakulti
Pendidikan memilih profesion perguruan?
(ii) adakah faktor peribadi mendorong guru pelatih Fakulti Pendidikan
memilih profesion perguruan?
(iii) adakah faktor kemudahan yang diberikan dalam perkhidmatan
pendidikan mendorong guru pelatih Fakulti Pendidikan memilih
profesion perguruan?
6
1.6 Kepentingan Kajian Kajian yang dijalankan diharap dapat memberikan maklumat dan
pengetahuan kepada semua pihak yang terlibat di dalam kajian ini samada secara
langsung ataupun tidak. Pihak yang boleh menjadikan kajian ini sebagai satu
tambahan maklumat adalah Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan
Teknik Kejuruteraan (JPTK), Universiti Teknologi Malaysia dan juga individu yang
ingin menjadikan perguruan sebagai profesion mereka. Di antara kepentingan kajian
ini adalah
(i) kajian ini diharap dapat memberikan maklumat kepada Kementerian
Pendidikan Malaysia mengenai apakah faktor-faktor yang mendorong
seseorang individu memilih profesion perguruan sebagai kerjaya
mereka. Dapatan kajian juga boleh dijadikan maklum balas kepada
Kementerian Pendidikan Malaysia terutamanya Bahagian Pendidikan
Guru bagi memantapkan lagi kriteria calon yang memohon agar bakal
guru yang dihasilkan benar-benar berkeinginan untuk menjadi seorang
guru yang bertanggungjawab dan berdedikasi
(ii) dengan dapatan kajian ini juga, diharap dapat membantu Jabatan
Pendidikan Teknik Kejuruteraan (JPTK), Fakulti Pendidikan UTM
dalam usaha melatih guru teknikal agar bersedia untuk menghadapi
dunia perguruan dan menjadi seorang guru yang berkualiti. Selain itu,
dapatan kajian ini boleh dijadikan maklumat tambahan untuk pihak
JPTK ketika mengenal pasti calon-calon yang sesuai semasa pemilihan
pengambilan dilakukan. Ini bagi memastikan calon-calon terpilih bukan
sahaja mampu menjadi seorang guru teknikal bah kan juga mempunyai
ciri-ciri guru yang baik
(iii) dapatan kajian ini diharap dapat membantu responden ataupun guru
pelatih untuk membuat penilaian kendiri di atas pemilihan yang mereka
ambil. Penilaian ini diharap akan meyakinkan individu tersebut bahawa
kerjaya yang mereka pilih adalah suautu pilihan yang tepat. Kajian ini
juga diharap boleh menjadi satu maklumat dan rujukan bagi individu
yang ingin melakukan penyelidikan mengenai faktor-faktor yang
mendorong seseorang memilih bidang perguruan kelak.
7
1.7 Skop Kajian / Batasan Kajian Kajian ini terbatas kepada beberapa faktor yang telah dikenal pasti
mempengaruhi pemilihan kerjaya sebagai seorang guru. Ianya hanya melibatkan
pelajar-pelajar tahun satu Kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup) sahaja. Pemilihan responden adalah disebabkan oleh
pengambilan pelajar baru bagi sesi 2007/2008 untuk bidang Pengajian Teknik
Kejuruteraan ini hanya melibatkan pelajar daripada kumpulan Kemahiran Hidup
sahaja. Aspek kajian yang dipilih adalah terbatas kepada faktor pengaruh orang
signifikan, faktor peribadi dan faktor kemudahan yang diberikan dalam perkhidmatan
pendidikan dalam mendorong guru pelatih, Fakulti Pendidikan memilih profesion
perguruan.
1.8 Definasi Operasi Bagi kajian ini, istilah berkaitan yang digunakan dalam kajian ini dihuraikan
untuk mengelakkan kekeliruan serta memudahkan pembaca memahami tujuan dan
had penggunaanya.
1.8.1 Faktor Memilih Profesion Perguruan
Faktor memilih profesion perguruan bermaksud sebab-sebab yang mendorong
guru pelatih iaitu pelajar tahun satu Kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta
Pendidikan (Kemahiran Hidup) sesi 2007/2008 dalam membuat keputusan memilih
profesion perguruan sebagai kerjaya mereka. Di dalam memilih kursus, seseorang
individu tidak dapat mengelakkan diri dari pengaruh dalaman dan luaran dalam
memilih kerjaya. Faktor-faktor yang dihuraikan dalam kajian ini ialah pengaruh
orang signifikan, pengaruh peribadi, faktor kemudahan yang diberikan dalam
perkhidmatan pendidikan, dalam memilih profesion perguruan di kalangan guru
pelatih, Fakulti Pendidikan.
8
1.8.2 Orang Signifikan
Orang signifikan membawa maksud individu ataupun orang yang berada di
sekeliling dan memberi pengaruh kepada keputusan yang dibuat. Di dalam kajian
ini, orang signifikan merupakan keluarga iaitu ibu bapa, adik beradik dan saudara
mara, guru dan rakan. Keluarga merupakan seisi rumah yang terdiri daripada suami
isteri serta anak-anak atau orang yang mempunyai perhubungan keturunan antara
satu sama lain atau sekalian orang yang bertalian kerana perkahwinan. Asmah
Omar(2001) menjelaskan guru adalah orang yang mengajar, terutama sekali di
sekolah. Guru juga membawa erti seseorang yang mempunyai nilai-nilai baik yang
menjadi ikutan dan tiruan. Rakan ditakrifkan sebagai sahabat dalam lingkungan usia,
latar belakang dan minat yang lebih kurang sama (Sharifah Alwiyah Alsagoff,1984).
1.8.3 Pengaruh peribadi
Di dalam kajian ini, pengaruh peribadi membawa maksud faktor dalaman
ataupun kecenderungan yang mendorong seseorang individu memilih untuk menjadi
seorang guru.
1.8.4 Kemudahan yang Diberikan dalam Perkhidmatan Pendidikan
Di dalam kajian ini kemudahan yang diberikan dalam perkhidmatan memberi
maksud gaji dan cuti yang diterima apabila memilih untuk menceburkan diri di
dalam profesion perguruan
9
1.8.5 Profesion Perguruan
Profesional bermaksud seseorang yang pakar dalam bidang tertentu, sentiasa
mengembangkan pengetahuan dan kemahirannya, serta memberi perkhidmatan yang
berkualiti (Esah Sulaiman,2003). Perkataan perguruan pula diambil dari perkataan
dasarnya iaitu guru. Mengikut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik
atau pengasuh manakala perkataan keguruan pula berkaitan dengan guru, berkaitan
dengan peranan (tugas dan kelayakan) sebagai guru. Profesion perguruan di dalam
kajian ini bermaksud individu yang melalui latihan dan pendidikan guru yang
diadakan oleh Kementerian Pendidikan dan Badan Berkanun di Universiti Teknologi
Malaysia yang membolehkannya diiktiraf sebagai seorang guru setelah selesai
menjalani pengajiannya kelak.
1.9 Kesimpulan
Dalam bab ini pengkaji menerangkan pendahuluan kajian yang mengandungi
pelbagai aspek termasuklah latar belakang masalah, penyataan masalah, objektif
kajian, persoalan kajian, sumbangan hasil kajian, skop kajian/batasan kajian, dan
definisi operasi. Di dalam bab ini ianya lebih menerangkan tentang kajian yang akan
dilakukan bagi memenuhi kehendak penyelidik.