borang pengesahan status tesis - fp.utm.my filekriteria yang dinilaikan adalah isi kandungan, kaedah...
TRANSCRIPT
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PEMBANGUNAN MODUL PENGAJARAN PANDUAN
REKACIPTA ROBOT SUMO DALAM KONSEP MEKANIKAL,
ELEKTRIK, ELEKTRONIK DAN KAWALAN
SESI PENGAJIAN: 2010/2011
Saya MUHAMMAD ZAKI BIN OMAR
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( )
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
______________________________ __________________________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: ENCIK MOHD ALI BIN IBRAHIM
394-C, KG GONG PAK MASEH, (NAMA PENYELIA)
21100 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU
Tarikh: 16 MEI 2011 Tarikh: 16 MEI 2011
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT
atau TERHAD
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan,
atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek
Sarjana Muda (PSM).
√
PEMBANGUNAN MODUL PENGAJARAN PANDUAN REKACIPTA ROBOT
SUMO DALAM KONSEP MEKANIKAL, ELEKTRIK, ELEKTRONIK DAN
KAWALAN
MUHAMMAD ZAKI BIN OMAR
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2011
“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini amat
memadai dari segi skop dan kualti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik”
Tandatangan : _________________________________________________
Nama Penyelia : EN MOHD ALI BIN IBRAHIM
Tarikh : _________________________________________________
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : _____________________________________
Nama Penulis : MUHAMMAD ZAKI BIN OMAR
Tarikh : _____________________________________
DEDIKASI
Teristimewa buat isteri tercinta MASYITAH BINTI MD. HASSAN,
Yang sentiasa memberi sokongan dan memahami diriku,
Buat ibundaku WAN ZAIMAH BTE WAN ABDUL RAHMAN,
Buat ayahandaku OMAR BIN ABDULLAH,
Yang sentiasa mendoakan kejayaanku,
Jutaan terima kasih buat EN MOHD ALI IBRAHIM
Di atas segala tunjuk ajar dan kesabaranmu,
Tidak lupa buat teman-teman seperjuangan yang banyak membantu,
Terima kasih atas segalanya.
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, dapat saya
menyempurnakan kajian Sarjana Muda ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat En Mohd Ali bin Ibrahim
selaku penyelia projek ini di atas komitmen, kesabaran, bimbingan dan nasihat yang
tidak putus-putus dihulurkan kepada saya dalam melaksanakan projek ini. Sesungguhnya
perhatian serta pendapat cikgu sentiasa memberikan saya semangat baru untuk terus
menyempurnakan projek ini.
Penghargaan tidak terhingga terutamanya rakan-rakan daripada pasukan
ROBOCON UTM iaitu Burhanuddin, Riduan dan Shafeek di atas bantuan dan nasihat
yang diberikan sepanjang saya menyiapkan rekabentuk projek rekacipta robot SUMO
ini.
Kepada kedua ayahanda dan ibunda saya yang banyak membantu memberi
sokongan moral, tiada ucapan terbaik mampu untuk anakandamu berikan bagi membalas
jasamu. Terima kasih di atas kasih sayang mu wahai mak dan abah. Terima kasih yang
tak terhingga kepada adikku Muhammad Firdaus bin Omar di atas kesudian memeriksa
dan menyemak hasil kajian dan penulisan tesis ini.
Terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan terutamanya Saudara Amin,
Elias dan Fahmi yang banyak membantu, memberikan sokongan dan dorongan
sepanjang menyiapkan kajian ini.
JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MEMBANTU
vi
ABSTRAK
Bahan pengajaran yang pelbagai untuk kegunaan guru adalah amat penting untuk
membantu pencapaian pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu
projek ini bertujuan untuk membangunkan modul pengajaran yang interaktif dan
praktikal bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara berkesan.
Pembangunan modul pengajaran rekacipta Robot SUMO dengan 4 sub-topik iaitu
mekanikal, elektrik, elektronik dan aplikasi serta kawalan robot adalah bersesuaian
untuk memenuhi sukatan pelajaran rekacipta Tingkatan Empat. Modul ini dibangunkan
dengan merujuk kepada Model RELAD dan Model Dick and Reiser. Aktiviti pengajaran
dirancang berdasarkan Model Konstruktif Needham Lima Fasa. Penilaian formatif
sepanjang membangunkan modul ini adalah merujuk kepada beberapa kriteria. Antara
kriteria yang dinilaikan adalah isi kandungan, kaedah pengajaran dan media pengajaran.
Modul ini dibangunkan dengan berdasarkan teori-teori pengajaran dan pembelajaran
yang bersesuaian dengan amalan yang dipraktikkan dalam aktiviti pembelajaran
berasaskan projek rekacipta.
vii
ABSTRACT
Variety of teaching materials for teachers is essential in order to facilitate the
achievement of students in teaching and learning. Thus, this project aims to develop
interactive teaching modules and practical to ensure that the process of teaching and
learning run effectively. The development of Sumo Robot teaching modules contains
4 sub-topics which are mechanical, electrical, electronic and robotic control applications
and it is suitable to meet the syllabus of Innovation Curriculum by form four students.
This module was developed with reference to the Model of RELAD and the Model of
Dick and Reiser. Teaching activities were designed based on Constructive Needham
Five Phase Model. Formative evaluation on the development of this module is based on
several criteria. Among the criteria are evaluated on content, teaching methods and
instructional media. This module is developed based on theories of teaching and
practices in line with the activity of learning based on innovative project.
viii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN PENYELIA ii
HALAMAN PENGAKUAN PENULIS iii
HALAMAN DEDIKASI iv
HALAMAN PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
ISI KANDUNGAN viii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
ix
BAHAGIAN SATU
BAB 1 PENDAHULUAN MUKA SURAT
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.2.1 Keperluan Tenaga Kerja 4
1.2.2 Dasar Pendidikan 4
1.2.3 Pemikiran Kreatif dan Inovatif 5
1.2.4 Bahan P&P Bermodul 5
1.2.5 Pengetahuan Guru Dalam Isi Kandungan 6
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Rasional Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Skop Kajian Batasan Kajian 9
1.8 Pengertian Istilah Kajian 9
1.8.1 Pembangunan 9
1.8.2 Pengajaran 9
1.8.3 Pedagogi 9
1.8.4 Pengetahuan Kandungan 10
1.8.5 Projek 10
1.8.6 Elektrik 10
1.8.7 Elektronik 10
1.9 Rumusan 11
x
BAHAGIAN DUA
BAB 2 SOROTAN PENULISAN MUKA SURAT
2.1 Pendahuluan 12
2.2 Pengajaran Dan Pembelajaran 14
2.3 Kaedah-Kaedah Pengajaran 15
2.3.1 Kaedah Demonstrasi 16
2.3.2 Kaedah Perbincangan 16
2.3.3 Kaedah Koperatif / Kolaboratif 16
2.3.4 Kaedah Projek 17
2.4 Model-Model Berkaitan Modul Pengajaran 18
2.4.1 Model Sidek 19
2.4.2 Model Dick And Reiser 20
2.4.3 Model Heinich, Molenda, Russell 21
And Smaldino
2.4.4 Model Kemp, Morrison and Ross 23
2.5 Pemilihan Model Pembinaan Modul Pengajaran 25
2.5.1 Model Dick And Reiser 25
2.5.2 Aplikasi Model Konstruktif 26
Needham Lima Fasa Dalam
Pembangunan Modul
2.6 Rumusan 28
xi
BAHAGIAN TIGA
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN MUKA SURAT
3.1 Pengenalan 29
3.2 Kandungan Modul Rekacipta Robot SUMO 29
3.2.1 SM I : Panduan Rekacipta Struktur Robotik 30
Berasaskan Konsep Mekanikal
3.2.2 SM II : Panduan Rekacipta Struktur 30
Pergerakan Robotik Berasaskan
Konsep Elektrikal
3.2.3 SM III : Rekacipta Struktur Kawalan 30
Pergerakan Robotik Berasaskan
Konsep Eletronik
3.2.4 SM IV : Panduan Pemasangan Struktur 30
Mekanikal, Elektrik, Elektronik Robot
SUMO dan Aspek Kawalan Robot
3.3 Reka Bentuk Model 31
3.3.1 Analisis (Analysis) 33
3.3.2 Reka Bentuk (Design) 34
3.3.3 Pembangunan (Development) 36
3.3.4 Penilaian (Evaluate) 36
3.4 Rangka Kerja Keseluruhan 38
3.5 Rumusan 39
xii
BAHAGIAN EMPAT
BAB 4 PEMBANGUNAN MODUL MUKA SURAT
4.1 Pengenalan 40
4.2 Cara Penggunaan Modul 41
4.3 Reka Bentuk Modul 41
4.3.1 Muka Depan 42
4.3.2 Matlamat 43
4.3.3 Objektif 44
4.3.4 Aktiviti Pengajaran 45
4.3.5 Media Pengajaran 47
4.3.6 Alat Pengujian 49
4.4 Rumusan 50
xiii
BAHAGIAN LIMA
BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN, CADANGAN
5.1 Pengenalan 51
5.2 Perbincangan Pembangunan Modul 51
5.2.1 Penyampaian Pengajaran 52
5.2.2 Pemilihan Reka Bentuk 52
5.2.3 Kekurangan Modul Panduan Rekacipta 53
5.3 Kesimpulan 53
5.4 Cadangan Penambahbaikan Terhadap Pembangunan 54
Modul Di Malaysia
5.5 Cadangan kajian Pada Masa Depan 55
5.6 Rumusan 56
RUJUKAN 57
LAMPIRAN 59
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Model Pembinaan Modul Sidek 19
2.2 Model Kemp, Morrison and Ross 24
2.3 Carta Alir Model Konstruktif Needhem Lima Fasa 26
3.1 Model RELAD 31
3.2 Model Dick and Reiser (Asal) 32
3.3 Model Dick and Reiser (Ubahsuai) 32
3.4 Fasa Analisis 33
3.5 Reka Bentuk Modul 34
3.6 Gabungan Model RELAD, Model Dick And 38
Reiser dan Model Konstruktif Needhem Lima Fasa
4.1 Muka Depan 42
4.2 Matlamat Modul 43
4.3 Objektif Umum 44
4.4 Isi Kandungan 45
4.5 Aktiviti Pengajaran – Struktur Elektrik 46
4.6 Media Pengajaran (Power Point) 47
4.8 Video Pematerian Sambungan Motor Elektrik 48
4.9 Video Pemasangan Struktur Mekanikal Robot 48
4.10 Alat Pengujian Struktur Elektronik 49
xv
SENARAI SINGKATAN
SM : Sub-Modu
P&P : Pengajaran dan Pembelajaran
KPM : Kementerian Pelajaran Malaysia
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam usaha mencapai taraf negara maju berpendapatan tinggi, Malaysia
banyak menggariskan perancangan pembangunan ekonomi dalam pelbagai aspek.
Ekonomi Malaysia yang kini berasaskan perindustrian teknologi sedang berkembang
maju banyak membuka peluang pekerjaan kepada sebilangan besar rakyatnya.
Dalam laporan Program Transformasi Ekonomi dinyatakan bahawa, “sektor
Elektronik dan Elektrikal merupakan penyumbang penting kepada ekonomi negara.
Ia mengambil kira RM37 bilion dalam PNK (6 peratus PNK negara), 522,000
pekerjaan dan 41 peratus jumlah eksport Malaysia pada 2009.” Kenyataan di atas
menggambarkan bahawa sektor teknologi tinggi berasaskan elektrik dan elektronik
merupakan antara pemacu utama ekonomi Malaysia.
Sektor ini perlu disokong oleh program pembangunan modal insan
berkemahiran tinggi untuk menyokong sumber tenaga yang berkualiti tinggi, berdaya
saing serta mampu berfikir secara kreatif dan inovatif agar mampu menghasilkan
lebih banyak inovasi. Penekanan aspek inovasi amat penting kerana ia bukan sahaja
mewujudkan pekerjaan tetapi juga menggalakkan daya saing negara. (Datuk Seri
Najib Tun Razak, Utusan Malaysia, 24 Disember 2009)
2
Penghasilan modal insan yang merupakan tulang belakang pembangunan
industri berasaskan teknologi tinggi perlu disokong oleh sistem pendidikan yang
komprehensif dan mampu menyediakan pengetahuan serta kefahaman yang
diperlukan untuk memacu sektor ini.
Pengetahuan dan kefahaman ini perlu dibina secara menyeluruh terutamanya
pendidikan di peringkat sekolah berbanding kurikulum di peringkat universiti yang
telah pun merangkumi pelbagai bidang. Pendidikan di peringkat sekolah perlu diberi
keutamaan memandangkan minat dan kecenderungan para pelajar adalah berdasarkan
pendedahan yang mereka terima dalam aktiviti, pembacaan dan pembelajaran di
sekolah.
Untuk mencapai hasrat yang dicita-citakan, aspek pendidikan berkenaan
teknologi tinggi perlu diberi pendedahan di peringkat sekolah agar minat para pelajar
dapat dibina dan membantu mereka memilih bidang kejuruteraan sebagai pilihan
utama apabila melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.
Terdapat pelbagai aspek dalam bidang pendidikan perlu dirombak samada
secara drastik mahupun perlahan-lahan terutamanya kurikulum bidang vokasional
agar pengisiannya dapat menyerlahkan aspek teknologi tinggi berasaskan robotik
yang merangkumi elektrik, elektronik dan mekanikal memandangkan ianya paling
hampir dengan teknologi tinggi dan boleh dilakukan secara praktikal.
Bahan P&P yang dihasilkan perlulah bermutu dan bahan-bahan pengajaran
yang dibina adalah merujuk kepada sukatan kurikulum yang ditetapkan oleh KPM
dan mementingkan penglibatan aktif pelajar dalam proses P&P ke arah
menggalakkan proses percambahan pemikiran serta idea kreatif semasa P&P
dijalankan. (Roshidayah, 2004)
Akan tetapi sejauhmanakah keberkesanan bahan-bahan P&P yang digunakan
para guru itu bersesuaian dengan sukatan pelajaran dan menekankan penglibatan
serta membina pemikiran pelajar?
Bagi menjawab persoalan ini maka penyelidik merasakan betapa pentingnya
pembinaan modul pengajaran berasaskan projek sebagai satu usaha menyediakan
bahan P&P yang bermutu. Modul ini dicadangkan yang dibina dalam bentuk format
bahan P&P individu agar dapat menyediakan diri guru agar mahir dalam subjek yang
3
ingin diajar dan dapat menggunakan bahan P&P dengan aktif berdasarkan aktiviti-
aktiviti yang disediakan.
Dengan ini diharapkan ia akan membantu guru memahami konsep elektrik,
elektronik dan mekanikal dalam menghasilkan projek robotik, membantu dalam
meningkatkan minat pelajar terhadap matapelajaran sains dan teknologi seterusnya
meningkatkan tahap pencapaian akademik pelajar sekaligus merealisasikan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar sentiasa mengalami
kesukaran untuk memahami sesuatu ilmu pengetahuan baru lebih-lebih lagi yang
berbentuk teknikal. Ini kerana pelajar mengalami kesukaran untuk berimaginasi
mengenai perkara-perkara yang dipelajari jika sebahagian besar ilmu pengetahuan
tersebut diajarkan secara teori semata-mata tanpa penggunaan bahan pengajaran
berbentuk praktikal. Praktikaliti dalam pengajaran dan pembelajaran amat perlu
supaya pelajar dalam menguasai pembelajaran berdasarkan pengalaman yang
diperolehi semasa dalam kelas.
Bagi satu-satu mata pelajaran teknikal, penyediaan sesuatu bahan pengajaran
bukanlah satu perkara yang mudah bagi seorang guru. Mereka perlu melihat jenis isi
kandungan mata pelajaran, objektif dan kaedah pengajaran yang ingin digunakan.
Bahan bantu mengajar juga perlu disediakan bagi memastikan pelajar dapat
memahami pengajaran dengan sepenuhnya. Penggunaan masa yang banyak dan
kesukaran menyediakan ABM oleh para guru banyak membantutkan proses
pengajaran berasaskan tunjukcara dan pelaksanaan aktiviti projek kelas di kalangan
pelajar. Lebih-lebih lagi projek kelas yang memerlukan aplikasi robotik dan bersifat
kompleks.
1.2.1 Keperluan Tenaga Kerja
Malaysia telah melancarkan program Model Baru Ekonomi oleh Y.AB Dato
Sri Najib Tun Abdul Razak pada tahun 2010 sebagai langkah awal untuk meletakkan
sasaran rakyat Malaysia mempunyai pendapatan tinggi menjelang 2020. Malaysia
telah melihat sektor pekerjaan berasaskan kemahiran teknikal dan aspek
berpengetahuan sains sebagai asas kepada modal insan yang akan menjayakan
agenda ini.
1.2.2 Dasar Pendidikan
Langkah meningkatkan peluang pekerjaan dan usaha membangunkan potensi
ekonomi rakyat perlulah sejajar dengan peluang peningkatan ilmu pengetahuan dan
pembelajaran kemahiran. Perkara ini dilihat selari dengan strategi pelaksanaan ke
5
sembilan Dasar Pendidikan Kebangsaan iaitu memperluaskan pendidikan Vokasional
dan Teknik melalui penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun
1978.
1.2.3 Pemikiran Kreatif dan Inovatif
Model Ekonomi Baru mensasarkan punca pendapatan ekonomi berasaskan
harta intelek dan penyediaan perkhidmatan yang berasaskan kepada kreativti dan
daya inovasi individu yang terlibat. Pembangunan potensi berfikir dan pembentukan
idea-idea kreatif sukar untuk bergantung kepada aspek pengetahuan sains secara
kognitif dan kemahiran teknikal semata-mata. Oleh itu, pembelajaran secara praktikal
serta melalui pengalaman wajar diperluaskan kepada para pelajar agar mereka
mendapat pendedahan maksimum pada ketika perkembangan kognitif dan daya
pemerhatian pelajar berada pada tahap terbaik iaitu di sekolah.
1.2.4 Bahan P&P Bermodul
Cabaran dalam meningkatkan pencapaian akademik dan daya berfikir para
pelajar amat bergantung kepada aktiviti P&P yang berlangsung dalam kelas.
Kekurangan alat bantu mengajar yang bersesuaian boleh menjejaskan tahap
kefahaman pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran. Penggunaan buku teks semata-
mata tidak mampu memberikan kefahaman yang diinginkan pelajar seterusnya tidak
membantu mereka untuk lebih memahami sesuatu perkara. Kelemahan ini
sewajarnya diperbaiki agar aspek pendidikan tidak menjadi taruhan demi masa
depan anak watan. Bahan P&P perlulah mudah, ringkas, padat dan tepat dan kerana
itu pembelajaran bercorak modul antara pendekatan yang sesuai untuk didedahkan.
Menurut Sharifah Alwiyah Alsagoff (1984), pembelajaran menggunakan modul juga
mempunyai beberapa kebaikan tertentu dan lebih mudah disediakan.
6
1.2.5 Pengetahuan Guru Dalam Isi Kandungan
Guru yang mendapat pendedahan yang kurang tentang isi kandungan
kurikulum atau kaedah mengajar pasti kurang mampu memberikan pengajaran yang
berkualiti terhadap pelajar. Guru juga perlu mempunyai dan melalui pengalaman
yang sama yang bakal didedahkan kepada pelajar. Oleh itu, penguasaan guru dalam
isi kandungan yang bakal diajar perlu dimantapkan. Guru juga perlu mempunyai
pengetahuan konsep yang betul sebelum sesuatu proses pedagogi dilaksanakan.
Kekurangan pengetahuan seseorang guru sebelum proses pedagogi
dilaksanakan boleh menimbulkan kesan pada guru seperti rasa bimbang, kurang
yakin dalam penyampaian. Perkara ini boleh menjejaskan kepercayaan murid
terhadap guru. Menurut Atan Long (1982), seseorang guru perlu menguasai
sepenuhnya isi kandungan mata pelajaran yang hendak diajar. Oleh itu, guru yang
benar-benar berkaliber perlulah menguasai sebanyak mungkin isi kandungan
pelajaran yang ingin disampaikan.
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian yang dijalankan adalah untuk membangunkan Modul Pengajaran
Panduan Rekacipta Robot Sumo Dalam Konsep Mekanikal, Elektrik, Elektronik dan
Kawalan sebagai bahan P&P bagi sekolah menengah peringkat tingkatan lima.
Modul ini adalah bagi membantu guru dalam aspek pengetahuan, penyampaian , isi
kandungan dan aspek kemahiran pedagogi.
7
1. 4 Objektif Kajian
Modul yang ingin dibangunkan adalah bagi kegunaan guru di sekolah teknik
dan vokasional sebagai bahan tambahan untuk menerapkan pengetahuan berkenaan
teknologi tinggi berasaskan robotik. Antara objektif kajian ini adalah untuk :
1. Membangunkan modul panduan rekacipta struktur binaan robot SUMO
yang mempunyai sub-topik berasaskan konsep mekanikal.
2. Membangunkan modul panduan rekacipta struktur binaan robot SUMO
yang mempunyai sub-topik berasaskan konsep elektrikal.
3. Membangunkan modul panduan rekacipta struktur binaan robot SUMO
yang mempunyai sub-topik konsep elektronik.
4. Membangunkan modul panduan rekacipta struktur binaan robotik yang
mempunyai sub-topik gabungan konsep mekanikal, elektrik, elektronik
dan aspek kawalan robot SUMO.
1.5 Rasional Kajian
Modul yang ingin dibangunkan ini adalah bagi memenuhi keperluan bahan
P&P bagi guru-guru sekolah teknik dan vokasional dalam menerapkan kefahaman
berkenaan aplikasi teknologi tinggi berasaskan robotik. Modul ini dibangunkan
dalam bentuk aktiviti praktikal di kalangan pelajar dan guru bertindak sebagai
fasilitator sepanjang memahami konsep dan menyiapkan projek ini.
Matapelajaran dan modul yang wujud ketika ini tidak memenuhi keperluan
untuk menerapkan kefahaman teknologi robotik secara aktiviti praktikal untuk
dilaksanakan pelajar. Kebanyakan bahan rujukan yang wujud ketika ini adalah
berbahasa Inggeris dan tidak berstruktur.
Pendedahan mengenai teknologi robotik ketika ini hanya berlaku di institusi
pengajian tinggi dan disokong oleh dana daripada pihak industri dan juga kerajaan,
sebagai contohnya adalah pertandingan ROBOCON. Adalah sesuatu yang relevan
8
dan rasional untuk pelajar di sekolah mula didedahkan mengenai robotik untuk
membina minat dan membimbing para pelajar untuk memilih bidang kejuruteraan
sebagai kursus pilihan ketika melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi.
1.6 Kepentingan Kajian
Matapelajaran Sains telah diperkenalkan di peringkat sekolah rendah sejak
tahun 1995 untuk menanam minat rakyat Malaysia generasi X terhadap elemen
empirikal dalam kaedah berfikir. Lebih-lebih lagi ekonomi Malaysia telah dipacu
oleh sektor perindustrian sejak tahun 1980-an tanpa sokongan sistem pendidikan
yang memandang kritikal terhadap kepentingan teknologi.
Modul ini direka untuk membantu guru-guru di sekolah teknik dan
vokasional dalam penyampaian pengajaran mereka seterusnya membimbing pelajar
dalam memahami konsep dan menyiapkan projek mereka. Modul yang disusun rapi
dan berstruktur ini akan membantu guru dalam membuat persediaan awal sebelum
pengajaran dan juga membantu guru merancang aktiviti yang diperlukan dalam
melaksanakan proses P&P.
Selain itu, aspek psikomotor modul ini membantu membantu guru
mengenalpasti aktiviti praktikal dan peralatan yang sesuai dalam menyiapkan sesuatu
projek. Aspek ini akan mendedahkan pelajar kepada aktiviti kerja tangan melalui
konsep Mastery Learning dalam rangka kerja menyempurnakan projek.
Diharapkan output daripada kajian ini memberi dorongan dan gambaran yang
jelas kepada pembinaan modul pengajaran dan pembelajaran yang berkesan selaras
dengan hasrat KBSM. Selain daripada pelajar yang bakal mendapat manfaat yang
maksimum daripada modul ini; guru, institusi pendidikan guru dan pusat
perkembangan kurikulum akan turut mendapat manfaatnya.
9
1.7 Skop Kajian
Penghasilan modul pengajaran rekacipta ini meliputi:-
1. Aspek kerja tangan dalam matapelajaran Kemahiran Hidup untuk elemen
mekanikal
2. Sub topik elektrik daripada Kemahiran Hidup Tingkatan 3, Fizik
tingkatan 4 dan 5.
3. Sub topik elektronik daripada Kemahiran Hidup Tingkatan 3, Fizik
tingkatan 4 dan 5.
1.8 Pengertian Istilah
1.8.1 Pembangunan
Merujuk Kepada Kamus Dewan (2002) istilah pembangunan membawa
maksud perbuatan (kegiatan atau usaha) membangunkan atau membina. Dalam
konteks ini pembangunan Modul Pengajaran ini mengikut Model Dick and Reiser
1.8.2 Pengajaran
Menurut Yaxley (1991) pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan
untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna. Bermaksud
pengajaran bersangkut-paut dengan proses pengesahan, perubahan, peninjauan
semula, penilaian dan penghuraian kepercayaan, nilai dan pengertian.
1.8.3 Pedagogi
Merujuk Kepada Kamus Dewan (2002) pedagogi bermaksud kajian tentang
kaedah dan prinsip pengajaran.
10
1.8.4 Pengetahuan Kandungan
Merujuk Kepada Kamus Dewan (2002) pengetahuan bermaksud perihal
mengetahui, apa-apa diketahui atau kepandaian seseorang. Kandungan pula
bermaksud sesuatu yang dikandungi oleh sesuatu yang lain atau isi.
1.8.5 Projek
Menurut Kamus Dewan edisi keempat, projek adalah satu pembangunan kerja
atau aktiviti pembangunan yang hendak dijalankan atau sedang dijalankan.
1.8.6 Elektrik
Merujuk Concise Oxford English Dictionary 11th Edition, elektrik ditakrifkan
sebagai of worked by or producing electricity
1.8.7 Elektronik
Merujuk Concise Oxford English Dictionary 11th Edition, elektronik
membawa maksud having components such as microchips and transistors that
control and direct electric current or relating to electrons or electronic.
11
1.9 Rumusan
Aktiviti pengajaran dan pengajaran atau lebih dikenali P&P yang
mengaplikasikan penggunaan modul merupakan satu alternatif yang interaktif dan
sesuai untuk digunakan dalam suasana pendidikan masa kini. Selain disokong oleh
isi kandungan yang menarik, struktur penulisannya mampu membina kefahaman
secara konstruktif seterusnya menarik minat pelajar untuk lebih menerokai perkara
yang dipelajari berikutan kefahaman yang diterima.
Isi kandungan yang bervisual mampu merangsang daya pemikiran kreatif
menerusi pembentukan daya imaginasi. Kekuatan daya imaginasi mampu membantu
pelajar untuk mengolah idea yang sedia ada untuk menginovasikannya dan
menghasilkan idea baru yang lebih baik.
Modul projek rekacipta yang bersifat interaktif dapat meningkatkan motivasi
pelajar terhadap bahan pembelajaran kerana disokong oleh aktiviti-aktiviti kerja
praktikal dan bersifat experiential learning bagi mencapai matlamat modul tersebut.
Bagi menghasilkan modul yang baik, ia perlu dibangunkan dengan model
teori modul yang sesuai dan pendekatan pembinaan modul yang akan diperjelaskan
dalam huraian yang seterusnya.
57
RUJUKAN
Abd Rahim Abd Rashid (2002). Dasar Inovasi Pendidikan Dalam Konteks Agenda
Wawasan 2020. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Shukor Abdullah & Yunus bin Muhamad (1990). Ke Arah Penghasilan Buku
Teks Yang Bermutu. Jurnal Pendidikan Pelajaran Malaysia.
Abu Hassan bin Kasim (2003). Kurikulum Sains Sekolah Malaysia. Johor: Universiti
Teknologi Malaysia.
Atan Long (1982). Pedagogi Kaedah Am Mengajar. P.J : Penerbitan Fajar Bakti.
Bruce Joyce & Marsha Weil (2007). Model of Teaching. Florida.
Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanni Zakariya, Fauziah Yahya (2005). Aplikasi
Kognitif Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors
Sdn. Bhd.
Esah Sulaiman (2003). Asas Pedagogi. Skudai, Johor: Universiti Teknologi
Malaysia.
Hasni bin Rais & Jamil bin Abd Baser (2006). Rekacipta Tingkatan 4 & 5. Shah
Alam: Cerdik Publications Sdn. Bhd.
Gibbons, M. (1997). Individualized Instruction. New York: Teachers College Press.
58
Kamus Dewan: Edisi Ke-3 (1997). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Omardin Ashaari (1997). Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Shaharom Nordin dan Yap Kueh Chin (1991). Ke Arah Mengindividukan
Pengajaran Menerusi Pengajaran Bermodul. Jurnal Pendidikan Guru 7. 89-107.
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Shaharom Nordin (2005). Pengajaran Bermodul: Merekabentuk Modul
Pembelajaran Kendiri. Skudai: Penerbit UTM.
Sharifah Alawiah Alsagoff (1985). Pengenalan Pengajaran Individu Dengan
Tumpuan Khas Kepada Modul Pengajaran dan Modul Pembelajaran. Jurnal
Pendidik Dan Pendidikan 3(1): 54-62. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Sharifah Alawiah Alsagoff (1983). Teknologi Pendidikan. Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Shulman, L.S. (1987). Knowledge and Teaching: Foundations of the New Reform.
Harvard Educational Review, 57(1), 1-22.
Sidek Mohd Noah dan Jamaludin Ahmad (2008). Pembinaan Modul: Bagaimana
Membina Modul Latihan dan Modul Akademik. Serdang: Penerbit Universiti
Putra Malaysia.
Yaakob Isa (1996). “Almanak Pendidikan”. Kuala Lumpur : Berita Publishing Sdn.
Bhd.
Zuraida Ismail, Syarifah Norhaidah Syed Idros & Mohd. Ali Samsudin (2007).
Kaedah Mengajar Sains. Selangor : PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.