borang pengesahan status tesis - fp.utm.my · spm sarjana muda sains serta pendidikan (matematik)...
TRANSCRIPT
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu
dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau
Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH
PROFESION PERGURUAN DALAM BIDANG SAINS DAN MATEMATIK
SESI PENGAJIAN : 2010/2011
Saya INTAN SABARIAH BT SABRI
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√ TIDAK TERHAD
__________________________________
(TANDATANGAN PENULIS)
Disahkan oleh
_____________________________________
(TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
LOT 187F KG PULAU PANJANG,
PENGKALAN CHEPA, 16100 KOTA
BHARU, KELANTAN DARUL NAIM
PROF DR NOOR AZLAN
BIN AHMAD ZANZALI
Nama Penyelia
Tarikh: 12MEI 2011 Tarikh: 12 MEI 2011
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana
Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)”.
Tandatangan : …………………………….
Nama Penyelia : PROF DR NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI
Tarikh : 12 MEI 2011
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH
PROFESION PERGURUAN DALAM BIDANG SAINS DAN
MATEMATIK
INTAN SABARIAH BT SABRI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI, 2011
ii
Saya akui karya ini yang berjudul “Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Memilih
Profesion Perguruan Dalam Bidang Sains dan Matematik” adalah hasil kerja saya
sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan
sumbernya.
Tandatangan :
Nama Penulis : INTAN SABARIAH BT SABRI
Tarikh : 12 MEI 2011
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya di atas segala rezeki yang
diberikan dan memanjangkan usiaku.
Ku abadikan coretan ini teristimewa buat ayahanda dan bonda tercinta,
SABRI BIN ABDULLAH dan REBEAH BT HAJI HARUN,
Berkat doamu siang dan malam, dorongan, pengorbanan serta kasih sayang kalian
membuahkan hasil yang tidak ternilai di dunia dan akhirat buatku.
Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati kalian.
Khas buat abang-abang dan kakak-kakak ipar serta anak-anak buah tersayang,
Jutaan terima kasih kerana sentiasa memberikan dorongan dan semangat.
Buat pembimbingku,
Prof Dr Noor Azlan b Ahmad Zanzali,
Terima kasih di atas segala bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan.
Semoga Allah sentiasa memberkatimu.
Buat kalian yang pernah mewarnai hari-hariku di UTM tercinta ini,
Terima kasih di atas segala-galanya.
Walaupun pertemuan kita terasa amat singkat,
Namun antara kita tercipta seribu nostalgia suka dan duka sepanjang meniti liku-liku
hidup di UTM ini.
Sesungguhnya segala yang tertinggal di sini,
Akan menjadi kenangan yang penuh bermakna dalam hidupku.
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Syukur Alhamdulillah dengan izin dan rahmat-Nya dapatlah saya menyiapkan
projek sarjana muda ini dengan jayanya dalam jangka masa yang telah ditetapkan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan khas buat pensyarah
pembimbing, Prof Dr Noor Azlan b Ahmad Zanzali, yang tidak pernah jemu dalam
memberikan nasihat dan tunjuk ajar yang berguna untuk memastikan projek ini berjalan
dengan lancar.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua yang telah memberikan
semangat dan dorongan padu sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Semoga
Allah membalas jasa kalian semua.
Terima kasih di atas segalanya.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang
mempengaruhi pelajar memilih profesion perguruan dalam bidang sains dan matematik.
Kajian ini melibatkan 136 orang pelajar tahun 3 dan 4 kursus pendidikan sains dan
matematik di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Instrumen yang
digunakan dalam kajian ini adalah set soal selidik yang merangkumi latar belakang
responden dan persoalan yang ingin dikaji oleh penyelidik. Perisian Statistical Package
for Sosial Science (SPSS) versi 16 digunakan untuk memproses data bagi mendapatkan
nilai min, frekuensi dan crosstabs kajian. Analisis data menunjukkan faktor prestij dan
pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik merupakan faktor utama
pemilihan profesion perguruan dalam bidang sains dan matematik. Faktor pengaruh
keluarga merupakan faktor terendah dalam pemilihan kerjaya sebagai guru sains dan
matematik. Di akhir kajian ini, penyelidik telah mengemukakan beberapa cadangan
kepada pihak-pihak tertentu dan berharap agar kajian ini dapat menjadi sumber rujukan
yang efektif kepada para pelajar dan pihak-pihak yang berkenaan.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research is to identify the factors that influence on the choice
of science and mathematics education. This research sample consists of 133 respondents
from 3rd year and 4th year students of science and mathematics education courses in
Faculty of Education, University Technology Malaysia. A set of questionnaire used
included respondent background and perception questionnaires. Data were analyze
manually by Statistical Package for Sosial Science (SPSS) version 16 to get the
crosstabs, frequencies and mean. The finding indicate that prestige factor and good
achievement in science and mathematics subjects showed the most influential factors
that contribute in making a decision. Family influence factor listed as the least influence
on the choice of science and mathematics education. Some suggestions are proposed by
the researcher to a certain parties and hopefully it will be the effective reference to the
authority in charge and even to the students.
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL viii
SENARAI RAJAH ix
SENARAI SINGKATAN x
SENARAI LAMPIRAN xi
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 10
1.6 Kepentingan Kajian 10
1.7 Batasan Kajian 11
1.8 Definisi Terminologi 12
1.8.1 Profesionalisme 12
1.8.2 Profesion 12
1.8.3 Faktor Minat 13
1.8.4 Faktor Prestij 13
1.8.5 Perguruan 13
1.9 Kesimpulan 13
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Bidang Pendidikan 15
2.3 Persepsi dan Profesion Perguruan 16
2.3.1 Faktor Minat 19
2.3.2 Faktor Pengaruh Keluarga 20
2.3.3 Faktor Ganjaran 21
2.4 Teori Pemilihan Kerjaya 21
2.5 Kajian Lepas 23
2.6 Kesimpulan 25
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 26
3.2 RekaBentuk Kajian 26
3.3 Tempat, Populasi dan Sampel 28
3.4 Instrumen Kajian 29
3.5 Kajian Rintis 31
3.6 Kaedah Pengumpulan dan Penganalisis Data 32
3.7 Prosedur Kajian 33
3.8 Kesimpulan 36
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 37
4.2 Latar Belakang Responden 38
4.3 Taburan Responden Mengikut Faktor-faktor Pemilihan 40
Profesion Perguruan Di Kalangan Pelajar
4.3.1 Taburan Responden Mengikut Prestij Sebagai 40
Faktor Pemilihan Profesion Perguruan
4.3.2 Taburan Responden Mengikut Minat Sebagai 42
Faktor Pemilihan Profesion Perguruan
4.3.3 Taburan Responden Mengikut Ganjaran Sebagai 44
Faktor Pemilihan Profesion Perguruan
4.3.4 Taburan Responden Mengikut Pengaruh Keluarga 46
Sebagai Faktor Pemilihan Profesion Perguruan
4.3.5 Taburan Responden Mengikut Masa Sebagai 48
Faktor Pemilihan Profesion Perguruan
4.4 Kaitan Antara Pencapaian Dalam Mata Pelajaran 50
Sains dan Matematik Dengan Pemilihan Profesion
Perguruan Dalam Bidang Sains dan Matematik
4.4.1 Faktor Prestij 50
4.4.2 Faktor Minat 52
4.4.3 Faktor Masa 54
4.4.4 Faktor Ganjaran 57
4.4.5 Faktor Pengaruh Keluarga 59
4.5 Kesimpulan 62
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 63
5.2 Perbincangan 63
5.3 Hubung Kait Antara Faktor Pemilihan 64
Profesion PerguruanDengan Pencapaian Dalam
Mata Pelajaran Sains dan Matematik
5.3.1 Faktor Prestij 64
5.3.2 Faktor Minat 65
5.3.3 Faktor Masa 66
5.3.4 Faktor Ganjaran 67
5.3.5 Faktor Pengaruh 68
5.4 Rumusan 69
5.5 Cadangan 73
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 75
5.7 Kesimpulan 76
Rujukan 77
viii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Taburan Populasi Responden Mengikut Kursus 28
3.2 Jadual Penentuan Ujian 30
3.3 Skala Likert Lima Mata 30
3.4 Skala Empat Mata dan Skor 31
3.5 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 33
3.6 Pengelasan Dimensi Persoalan Kajian Berdasarkan Peratus 33
4.1 Taburan Responden Berdasarkan Tahun Pengajian dan Kursus 38
4.2 Taburan Pencapaian Responden Dalam Subjek Sains dan 39
Matematik
4.3 Taburan Responden Mengikut Prestij Sebagai Faktor Pemilihan 41
Profesion Perguruan
4.4 Taburan Responden Mengikut Minat Sebagai Faktor Pemilihan 43
Profesion Perguruan
4.5 Taburan Responden Mengikut Ganjaran Sebagai Faktor 45
Pemilihan Profesion Perguruan
4.6 Taburan Responden Mengikut Pengaruh Keluarga 47
Sebagai Faktor Pemilihan Profesion Perguruan
ix
4.7 Taburan Responden Mengikut Masa Sebagai Faktor Pemilihan 49
Profesion Perguruan
4.8 Taburan Responden Antara Faktor Prestij dan Pencapaian Dalam 51
Mata Pelajaran Sains dan Matematik
4.9 Taburan Responden Antara Faktor Minat dan Pencapaian Dalam 53
Mata Pelajaran Sains dan Matematik
4.10 Taburan Responden Antara Faktor Ganjaran dan Pencapaian 55
Dalam Mata Pelajaran Sains dan Matematik
4.11 Taburan Responden Antara Faktor Pengaruh Keluarga dan 58
Pencapaian Dalam Mata Pelajaran Sains dan Matematik.
4.12 Taburan Responden Antara Faktor Masa dan Pencapaian 60
Dalam Mata Pelajaran Sains dan Matematik
ix
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
3.1 Carta Alir Rajah Prosedur Kajian 35
x
SENARAI SINGKATAN
BIG Bina Insan Guru
BISP Bayaran Insentif Subjek Pendidikan
CGPA Cumulative Grade Point Average
FP Fakulti Pendidikan
P&P Proses Pengajaran dan Pembelajaran
SPSS Statistical Package For Social Science
SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)
SPT Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik)
SPC Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)
SPK Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
UTM Universiti Teknologi Malaysia
xi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Soal Selidik 79
B Keputusan Dapatan Kajian SPSS 86
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan merupakan satu proses yang amat penting dalam penyambungan
atau penerusan dalam sesuatu generasi. Perkataan keguruan diambil daripada
perkataan dasarnya iaitu guru. Menurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar,
pendidik atau pengasuh manakala perkataan keguruan pula berkaitan dengan guru,
peranan (tugas dan kelayakan) sebagai guru. Norlia (1999) berpendapat bahawa
perguruan merupakan satu kerjaya yang bermatlamat untuk membentuk insan dan
ihsan yang sempurna agar manusia itu mengerti tentang peranan dan tanggungjawab
mereka terhadap diri, masyarakat, alam yang mereka diami serta terhadap Pencipta.
Pada asasnya tugas utama guru di sekolah ialah untuk mengajar dan mendidik
para pelajar agar menjadi insan yang syumul selain daripada memberikan ilmu selaras
dengan Falsafah Pendidikan Negara. Ramlan (2000) mendefinisikan guru adalah
seorang yang mengajar dan seorang penjawat awam secara langsung mengesahkan
bahawa guru ialah pelaksana yang diiktiraf dan diperakukan untuk merealisasikan
perlaksanaan dan pembangunan pendidikan kebangsaan secara profesional. Guru juga
perlu bersedia dan sanggup mempertingkatkan kemahiran, ilmu dan kewibawaan
2
profesionalnya bagi membina dan memantapkan imej profesional pada diri, keluarga,
kejiranan dan masyarakatnya.
Kualiti pendidikan bermula dengan kualiti seorang guru. Peningkatan kualiti
pendidikan guru merupakan satu usaha berterusan untuk melahirkan guru yang kreatif,
berketrampilan dan berakhlak mulia. Kurikulum pendidikan guru adalah dinamik dan
sentiasa diubah suai supaya guru dilengkapkan dengan pengetahuan baru dan sikap
positif sejajar dengan pembentukan negara yang progresif. Salehudin (2005, 36)
menyatakan bahawa pengubahsuaian kurikulum menuntut para guru membuat anjakan
paradigma untuk melahirkan guru yang cekap dari segi teknologi dan yakin
menghadapi perubahan dan menangani cabaran persekitaran sekolah semasa.
Sesungguhnya, usaha menjamin kualiti perkhidmatan dalam profesion
perguruan pada abad ini merupakan satu cabaran kerana menurut Bajury Markom
(2000) arus pembangunan masa kini mendesak peningkatan kualiti dalam semua
bidang perkhidmatan termasuklah bidang pendidikan. Profesion perguruan pada masa
kini bukanlah semudah yang disangkakan. Syarat-syarat yang diperlukan oleh seorang
pendidik telah diteliti semula memandangkan guru merupakan profesion yang diminati
ramai pada masa kini iaitu bermula daripada golongan yang benar-benar minat dan
juga mereka yang terdiri daripada golongan yang memilih guru sebagai kerjaya pilihan
terakhir. Justeru itu, menjadi harapan negara agar guru dapat memainkan peranan
dalam mendidik anak bangsa menjadi warganegara yang berguna (Salehudin, 2005).
Pendidikan di Malaysia telah berkembang dengan pesatnya dalam tempoh
beberapa tahun kebelakangan ini. Reformasi pendidikan dan Dasar Liberalisasi telah
membawa pelbagai perkembangan dan perubahan yang menjadikan pendidikan di
Malaysia sebagai satu industri dan sektor pembangunan manusia. Rombakan dan hala
tuju pendidikan di Malaysia juga berlaku selaras dengan Wawasan 2020 untuk
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju sepenuhnya. Hal ini disokong oleh
Abdul Rahim (2000) yang berpendapat bahawa pendidikan adalah suatu alat bagi
3
mencorakkan masyarakat madani dan masyarakat maju berasaskan kemajuan sains,
teknologi dan kemanusiaan.
Kepakaran dalam bidang sains dan teknologi acap kali dikaitkan dengan bidang
matematik. Hal ini demikian kerana matematik merupakan elemen terpenting dalam
perkembangan dunia sains dan teknologi. Justeru itu, lebih ramai pakar dalam bidang
matematik sangat diperlukan dalam usaha untuk melahirkan dan menambah bilangan
kepakaran dalam bidang matematik. Bidang pendidikan juga tidak ketinggalan dalam
menghasilkan guru-guru matematik yang boleh memikul tanggungjawab ini sekali gus
menyahut cabaran pihak kerajaan dalam usaha mencapai matlamat Wawasan 2020.
Kebanyakan institusi pendidikan tinggi awam mahupun swasta turut
menawarkan kursus pendidikan kepada para pelajar lepasan matrikulasi mahupun
lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (SPM) yang ingin meneruskan pengajian
dalam bidang perguruan. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan salah
sebuah universiti penyelidikan yang telah menawarkan program pendidikan dalam
bidang sains dan matematik di Fakulti Pendidikan (FP) UTM seperti Sarjana Muda
Sains serta Pendidikan Matematik (SPM), Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
Matematik (SPT), Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan Kimia (SPC)
dan sebagainya dalam usaha untuk melahirkan para graduan pendidikan yang mahir
dalam bidang sains dan matematik.
Justeru, individu yang menceburkan diri dalam profesion perguruan hendaklah
bertanggungjawab dan bersedia menjaga nama baik profesion ini dengan
memartabatkan dan mengamalkan profesionalisme perguruan semasa menjalankan
tugas. Bagi memastikan bakal guru ataupun guru yang masih dalam perkhidmatan
memberi khidmat yang cemerlang dan berkualiti, mereka hendaklah mematuhi dan
mengamalkan etika-etika yang telah digariskan oleh Kementerian Pendidikan.
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Pendidik merupakan golongan manusia yang memberi impak besar kepada
masyarakat dan negara. Bersesuaian dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, Khairina
Yasin (2001) berpendapat bahawa golongan pendidik mengambil peranan kedua
selepas ibu bapa dalam membentuk sahsiah dan perwatakan pelajar. Malah tidak dapat
disangkalkan lagi, guru mempunyai pengaruh terhadap perkembangan personaliti,
mental dan fizikal setiap manusia (Noran dan Ahmad Mahdzan, 1992).
Bidang perguruan dilihat sebagai suatu bidang yang semakin diminati oleh
masyarakat di Malaysia. Menurut Abd. Rafie (2000) jumlah guru di Malaysia semakin
meningkat dari semasa ke semasa dan pada tahun 2000, terdapat lebih 200,000 orang
guru di negara ini. Bidang pendidikan termasuk perguruan adalah suatu bidang yang
penting yang mendapat perhatian khusus oleh pihak kerajaan.
Kini cabaran menjadi seorang guru tidak lagi seperti yang dilihat dengan mata
kasar. Cabaran dalam mencapai Wawasan 2020 adalah satu tanggungjawab besar yang
harus dipikul oleh para pendidik untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu,
berilmu pengetahuan dan mempunyai daya saing yang tinggi. Ini kerana masyarakat
dewasa ini adalah merupakan masyarakat yang berintelektual dan celik akal. Menurut
Shuib dan Johari(2001) pada asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan
selamanya adalah sama, iaitu untuk mengajar, mendidik dan mengubah manusia yang
bernama pelajar dari keadaan yang tidak mengenal huruf, tidak tahu mengira dan tidak
boleh membaca kepada celif huruf, bijak mengira dan menjadi manusia yang berjaya
di dunia mahupun di akhirat.
Kerjaya guru tidak lagi menjadi pilihan utama atau berstatus tinggi di kalangan
masyarakat. Abd. Rahim (2002) menyatakan walaupun terdapat pandangan negatif
tentang profesion perguruan, tetapi masih terdapat golongan yang memilih kerjaya ini
5
kerana faktor-faktor tertentu. Beberapa kajian terdahulu telah mengenalpasti faktor-
faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya perguruan dan didapati faktor pemilihan
ini tidak banyak perbezaan antara satu negara dengan negara yang lain walaupun
menggunakan sampel yang mempunyai latar belakang yang pelbagai. Misalnya di
Malaysia, didapati kerjaya perguruan lebih diminati di kalangan mereka yang tidak
berijazah. Mereka memilih kerjaya perguruan kerana status, dipandang mulia oleh
masyarakat, gaji dan masa depan serta menyumbang kepada bangsa.
Kajian yang dijalankan oleh Muhamad Sani et al. (2002) pula mendapati
bahawa ahli keluarga, rakan-rakan dan saudara mara merupakan faktor yang
mempengaruhi pemilihan kerjaya perguruan. Selain itu, kajian tersebut juga telah
mengenalpasti bahawa dorongan ibu bapa adalah faktor utama pemilihan calon
memilih kerjaya perguruan. Walau bagaimanapun faktor-faktor lain seperti rakan
sebaya, saudara mara, guru bukanlah pengaruh yang kuat terhadap pemilihan kerjaya
perguruan. Faktor-faktor lain yang dikenalpasti dalam pemilihan kerjaya perguruan
adalah seperti minat dan cita-cita, sesuai dengan kebolehan dan bakat, sukakan kanak-
kanak, terjamin, dan waktu kerja yang pendek serta cuti rehat yang panjang.
Menurut Esah (2002) sebagai seorang yang professional dalam kerjayanya,
guru seharusnya tidak mengutamakan gaji tetapi mengutamakan tanggungjawab
terhadap pelajar dan masyarakat. Ini tidak bermakna gaji tidak penting kepada guru
malah gaji yang tinggi dapat meningkatkan motivasi guru untuk meningkatkan prestasi
mereka dalam profesion. Perkara yang paling penting bagi seorang guru ialah
melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap pelajar dan masyarakat dengan
memberi keutamaan dan perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang tanpa terlalu
memikirkan untung rugi yang bersifat peribadi.
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa bidang matematik sebenarnya memainkan
peranan besar dalam usaha untuk memajukan negara dalam bidang sains dan teknologi
seterusnya memantapkan pembangunan negara. Semua ini dapat dilihat daripada
6
kemajuan dalam bidang sains dan teknologi yang dicapai oleh negara-negara seperti
Jepun, Korea, Amerika Syarikat dan lain-lain lagi. Kemajuan dalam bidang tersebut
tidak mungkin dapat dicapai tanpa kesedaran terhadap pentingnya sains dan matematik
dalam kehidupan seharian kita terutamanya di kalangan pelajar-pelajar di sekolah.
Tambahan pula, mata pelajaran sains dan matematik mempunyai kedudukan
istimewa dalam sistem pendidikan di Malaysia mahupun di luar negara. Oleh yang
demikian, mata pelajaran sains dan matematik diwajibkan kepada semua pelajar di
semua peringkat persekolahan. Bagaimanapun, Mohammad Zahir (2003) menyatakan
bahawa pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sains dan matematik masih berada di
tahap yang membimbangkan. Justeru itu, pelajar-pelajar sekolah amat memerlukan
guru sains dan matematik yang benar-benar dapat mengajar mereka dengan cara yang
terbaik agar masalah pelajar lemah dan tiada minat dalam mata pelajaran sains dan
matematik dapat diatasi. Sehubungan dengan itu juga, calon-calon guru yang ingin
memilih kursus pendidikan ijazah dalam bidang sains dan matematik ini seharusnya
membuat penilaian kendiri untuk memastikan diri mereka benar-benar tidak berasa
terpaksa untuk bergelar seorang guru sains dan matematik dan seharusnya mempunyai
komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang
diamanahkan.
Faktor-faktor yang mempengaruhi bakal guru dalam memilih profesion
perguruan ini harus di teliti dan dikenal pasti bagi memastikan tahap pendidikan di
Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dalam usaha untuk mencapai
matlamat Wawasan 2020 kelak. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan tahap
profesionalisme dalam bidang perguruan sekali gus melahirkan bakal guru yang
berkualiti serta mempunyai daya ketahanan yang mantap dari segi mental mahupun
fizikal di masa akan datang. Perkara ini telah disokong oleh Wan Zahid (1996) yang
menyarankan bahawa untuk membentuk persekitaran kerja yang baik, guru perlulah
meningkatkan pengetahuan dan memperbaiki kemahiran mereka. Dengan kepakaran
dan kelayakan yang tinggi guru-guru akan dilihat sebagai lebih berkemampuan dalam
memberi sumbangan terhadap pembentukan persekitaran yang sesuai dan kondusif.
7
Bagi memastikan tahap pendidikan di Malaysia mencapai tahap yang terbaik,
faktor-faktor yang mendorong penuntut-penuntut di universiti memilih profesion
perguruan harus dikenal pasti bagi memastikan bakal-bakal guru ini sanggup memikul
tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan bersedia mematuhi etika-etika yang telah
digariskan sebagai seorang guru. Ini bertujuan untuk memartabatkan profesion
perguruan sekali gus melahirkan bakal guru yang mapan dari segi mental dan fizikal
untuk menghadapi bidang pendidikan yang semakin mencabar dari semasa ke semasa,
khususnya pelajar-pelajar yang sedang menjalani kursus pendidikan di institusi
pengajian tinggi.
1.3 Pernyataan Masalah Kajian
Kajian tentang guru banyak dijalankan di seluruh dunia, terutamanya di United
Kingdom, Amerika Syarikat dan negara-negara lain untuk mengenalpasti faktor
pemilihan kerjaya dalam bidang pendidikan. Menurut Musak Matrak (1993&1995)
dan Subramaniam (1995) beberapa isu telah dikenalpasti yang membawa kepada
tanggapan negatif terhadap profesion perguruan berbanding kerjaya lain seperti gaji
dan status yang rendah serta kemudahan yang diperoleh.
Beberapa kajian luar negara mendapati faktor pemilihan kerjaya perguruan
boleh dikategorikan kepada dua iaitu intrinsik dan ekstrinsik. Menurut Reid&Caudwell
(1997), Evans 1993 dan Good (1993), salah satu faktor instrinsik yang dikenalpasti
ialah sukakan kanak-kanak. Faktor-faktor lain yang dikenalpasti adalah seperti ingin
berbakti kepada negara dan bangsa (Chuen et.al. 1999) dan suasana kerja yang
menyeronokkan (Brown,1992).
8
Sementara itu, Yong (1994), Chuen et al. (1999) dan Yee (1990) menyatakan
faktor ekstrinsik yang menyumbang kepada pemilihan profesion perguruan ialah
seperti jaminan kerja, gaji dan prospek masa depan serta peluang kenaikan pangkat
ditemui dalam kajian tentang pemilihan kerjaya perguruan di kalangan guru sekolah
rendah. Namun demikian, Hutchinson (1993) dan Hutchinson dan Buschner (1996)
pula mendapati bahawa terdapat faktor lain seperti keupayaan diri, ingin menjadi
contoh teladan dan kreativiti mendorong seseorang memilih kerjaya sebagai seorang
guru.
Menurut Azhar (2007) pula, Presiden Kesatuan Guru-Guru Malaysia Barat, Dr.
Abdul Rahman Daud menyatakan kemasukan yang tinggi di dalam profesion
perguruan adalah disebabkan pandangan sesetengah individu yang menganggap
kerjaya ini sebagai pilihan terakhir kepada golongan siswazah terutama bagi mereka
yang gagal memperoleh sebarang pekerjaan. Hasil daripada kajian yang telah
dijalankan menunjukkan bahawa seseorang akan lebih komited terhadap pekerjaan
yang dilakukan sekiranya dia mempunyai minat dan kemahiran dalam bidang tersebut.
Hal ini telah disokong oleh Josefowitz (1998) yang menyatakan bahawa tiada minat
kepada pekerjaan yang dilakukan akan menyebabkan seseorang itu tidak gembira
untuk bekerja.
Di samping itu juga, menurut kajian yang dibuat oleh Hamidi Jaafar (1997),
tujuan utama pelajar-pelajar memilih profesion perguruan sebagai kerjaya adalah
faktor idealistik iaitu keinginan untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat
dalam mendidik generasi muda akan datang. Pendapat ini juga turut disokong oleh
kajian yang telah dijalankan oleh Fox (1961), Anucia (1981) dalam Glenn, et al (1991)
yang melaporkan bahawa faktor altristik atau idealistik yang lain yang mendorong
seseorang itu menceburi bidang perguruan sebagai kerjaya adalah keinginan
menyebarkan ilmu pengetahuan kepada generasi muda atau memberi peluang kepada
mereka untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara.
9
Sehubungan dengan itu, Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia
telah ditubuhkan pada bulan Ogos 1993. Sehingga kini, fakulti ini telah melahirkan
ramai graduan pendidikan di peringkat Ijazah Pertama dan Ijazah Lanjutan.
Kebanyakan mahasiswa yang mengikuti kursus di Fakulti Pendidikan(FP) ini adalah
berdasarkan kelulusan dari pelbagai peringkat seperti Matrikulasi, Diploma, Sijil
Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) dan sebagainya. Pemilihan kepada profesion
perguruan memperlihatkan bahawa bidang ini mempunyai keistimewaannya yang
tersendiri. Justeru itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti faktor-
faktor yang mempengaruhi pelajar memilih profesion perguruan dalam bidang sains
dan matematik.
1.4 Objektif Kajian
Berdasarkan latar belakang masalah yang dihadapi dan pernyataan masalah
yang dikenalpasti dalam kajian ini, terdapat 2 objektif utama yang ditetapkan dalam
usaha untuk menyiapkan kajian ini iaitu:
i. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar memilih profesion
perguruan di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
ii. Mengenal pasti hubungan antara faktor pemilihan profesion perguruan
sebagai kerjaya dengan pencapaian dalam mata pelajaran sains dan
matematik.
Pada umumnya, kajian ini bertujuan mengenalpasti sama ada pencapaian dalam
mata pelajaran sains dan matematik mempengaruhi pelajar memilih profesion
perguruan dalam bidang sains dan matematik sebagai kerjaya mereka.
10
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan dalam kajian ini adalah seperti berikut :-
i. Adakah faktor prestij mendorong pelajar memilih profesion perguruan
sebagai kerjaya.
ii. Adakah faktor minat merupakan faktor utama yang mempengaruhi pelajar
memilih profesion perguruan sebagai pilihan utama.
iii. Adakah faktor ganjaran mempengaruhi pelajar memilih profesion
perguruan.
iv. Adakah faktor pengaruh keluarga menyumbang kepada pemilihan profesion
perguruan.
v. Adakah faktor masa menarik minat pelajar untuk memilih profesion
perguruan.
vi. Adakah pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik saling
berkaitan dengan faktor pemilihan profesion perguruan dalam bidang
sains dan matematik.
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang
mempengaruhi pelajar memilih profesion pendidikan dalam bidang sains dan
matematik. Faktor minat, pengaruh keluarga, prestij profesion, ganjaran dan masa
merupakan fokus dalam kajian ini. Diharapkan kajian ini diberi perhatian oleh pihak
11
yang bertanggungjawab dalam usaha untuk menjamin kualiti bakal guru di masa
hadapan sekali gus memartabatkan profesion perguruan. Dengan adanya kajian ini,
diharapkan ianya dapat memberi kesedaran sivik kepada para guru bahawa minat dan
pengaruh keluarga merupakan faktor terpenting dalam membuat keputusan khususnya
dalam memilih kerjaya. Pencapaian dalam sesuatu mata pelajaran juga mendorong
seseorang memilih kerjaya yang sesuai dengan kebolehan diri mereka. Seharusnya
pencapaian yang cemerlang dalam sesuatu bidang diiringi dengan minat yang
mendalam terhadap profesion tersebut amatlah diperlukan untuk menjamin kualiti
dalam sesuatu kerjaya
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini hanya memberi tumpuan kepada tinjauan terhadap faktor-faktor
pemilihan profesion perguruan dan kaitannya dengan pencapaian dalam mata pelajaran
sains dan matematik. Soal selidik digunakan dalam mengumpul data kajian ini. Kajian
ini tertumpu kepada pelajar-pelajar tahun 3 dan 4 jurusan sains dan matematik di
Fakulti Pendidikan UTM. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti perspektif
pelajar-pelajar dalam bidang sains dan matematik terhadap profesion perguruan.
Memandangkan kajian ini hanya mengambil sampel daripada pelajar-pelajar tahun 3
dan 4 sahaja, faktor yang mempengaruhi pelajar-pelajar tahun 1 dan 2 memilih
profesion perguruan dalam bidang sains dan matematik mungkin berbeza daripada
pelajar tahun 3 dan 4.
12
1.8 Definisi Terminologi
Definisi istilah yang digunakan dalam kajian ini diterangkan secara
ringkas untuk memudahkan pembaca memahami maksud setiap perkataan yang
digunakan.
1.8.1 Profesionalisme
Sufean(1995) mendefinisikan profesionalisme sebagai satu nilai yang
berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang. Nilai ini perlu wujud dalam diri
seseorang yang matlamat pekerjaannya untuk mencapai keberkesanan,
produktiviti, kecekapan dan bertanggungjawab.
1.8.2 Profesion
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (1994), profesion merupakan
pekerjaan yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas. Definisi ini
jelas menunjukkan perbezaan antara kerjaya dan profesion. Justeru, profesion
perguruan difokuskan dalam kajian ini untuk memartabatkan profesionalisme
perguruan.
13
1.8.3 Faktor minat
Sufean (1993) mendefinisikan minat sebagai keghairahan atau kegemaran
seseorang untuk melakukan sesuatu perkara. Minat terhadap kerjaya ini tidak
mempunyai kaitan langsung dalam campur tangan atau pengaruh orang lain.
Minat mampu mendorong seseorang memilih sesuatu perkara atau jurusan lebih
daripada yang lain.
1.8.4 Faktor Prestij
Penghormatan yang diterima daripada orang sekeliling dan kemampuan untuk
yakin pada keputusan diri akan memberikan satu pengalaman yang kuat terhadap
tumpuan, imaginasi, usaha dan keinginan untuk terus melaksanakan sesuatu tugas
(Ginzberg,1995).
1.8.5 Perguruan
Kamus Dewan (1994) mentakrifkan perguruan sebagai sekolah atau
tempat belajar; perkara yang berkaitan dengan guru.
1.9 Kesimpulan
Keseluruhan bab ini menerangkan mengenai pengenalan kajian, latar
belakang masalah, pernyataan masalah dan objektif kajian berkenaan dengan tajuk
14
kajian ini iaitu faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar memilih profesion perguruan
dalam bidang sains dan matematik. Pengkaji akan menerangkan dengan lebih lanjut
tentang kajian ini dalam bab-bab yang seterusnya.
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
Dalam bab ini, penyelidik membincangkan beberapa bahan-bahan bacaan,
pandangan-pandangan yang berkaitan serta kajian lepas berhubung dengan profesion
perguruan. Penyelidik akan menerangkan pendapat-pendapat yang dikemukan oleh
penulis mahupun tokoh-tokoh tertentu menerusi kajian yang telah mereka lakukan untuk
mengukuhkan lagi kajian tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar memilih
profesion perguruan dalam bidang sains dan matematik di Fakulti Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia.
2.2 Bidang Pendidikan
Peningkatan taraf hidup di kalangan rakyat Malaysia telah mengubah gaya hidup
sesebuah masyarakat. Kesibukan ibu bapa mencari nafkah untuk meningkatkan taraf
ekonomi keluarga menyebabkan ibu bapa tidak sempat meluangkan masa bersama anak-
anak. Hal ini demikian menyebabkan anak-anak lebih selesa meluangkan masa bersama
rakan-rakan berbanding ibu bapa mereka. Ibu bapa menyerahkan tanggung jawab
mendidik dan menguruskan keperluan pendidikan sepenuhnya kepada guru-guru dan
16
pihak sekolah sekali gus meningkatkan peranan institusi pendidikan terutamanya di
sekolah.
Mok Soon Sang (1995) telah menekankan bahawa mengajar adalah pekerjaan
yang melibatkan intelek dan tindakan, seorang guru perlu sentiasa berfikir, merancang
dan menilai pelajar-pelajarnya dari sudut positif dan bersikap dedikasi dalam pekerjaan
tersebut. Seseorang guru perlu sentiasa berusaha untuk menerokai sesuatu ilmu
pengetahuan dengan lebih mendalam dan memahaminya sebelum menyampaikan ilmu
tersebut kepada pelajar-pelajarnya.
Menurut Mohamed Fadzil (2002) pekerjaan menggambarkan cara hidup dan
persekitaran, bukan semata-mata satu set fungsi kerja atau kemahiran yang berasingan.
Peningkatan taraf hidup dalam masyarakat menyebabkan ibu bapa kurang memberi
perhatian terhadap anak-anak mereka, sebaliknya agensi-agensi sekunder seperti sekolah
khususnya, dilihat memainkan peranan penting untuk membentuk pelajar-pelajar ini
sebagai modal insan yang cemerlang. Guru bukan sahaja hanya mengajar subjek
pendidikan di sekolah, malah perlu mendidik para pelajar dan menerapkan nilai-nilai
murni dalam diri pelajar untuk menjadi seorang manusia yang berjaya.
Justeru, dapatlah disimpulkan bahawa untuk menjadi seorang guru yang unggul,
minat, kreatif dan sentiasa bersiap sedia untuk memikul tanggung jawab sebagai seorang
pendidik amatlah penting bagi menjamin mutu dan meningkatkan kualiti
profesionalisme perguruan.
2.3 Persepsi Terhadap Profesion Perguruan
Pemilihan kerjaya adalah penting bagi seseorang individu kerana kerjaya hampir
mempengaruhi hampir semua aspek kehidupan manusia. Guru merupakan golongan
17
yang memberikan kesan yang amat besar terhadap personaliti, mental dan fizikal setiap
insan yang dididiknya (Noran Fauziah dan Ahmad Mahdzan,1993). Hal ini demikian
kerana guru bukan sahaja bertanggungjawab mengajar dan memastikan pelajar
menguasai topik-topik tertentu tetapi guru juga turut berperanan memberi pemahaman
terhadap isi pengajaran tersebut dengan mengaitkan aplikasi topik tersebut dalam
kehidupan seharian. Sebagai contohnya, apabila menyentuh mengenai bulatan, guru
tersebut hendaklah berupaya mengaplikasikan topik tersebut dengan keadaan sekeliling
supaya pelajar lebih memahami tujuan mempelajari sesuatu topik tersebut.
Ginzberg (1995) ada menyatakan bahawa penghormatan yang diterima daripada
masyarakat sekeliling dan kemampuan untuk yakin pada keputusan diri akan
memberikan satu pengalaman yang kuat terhadap tumpuan, imaginasi, usaha dan
keinginan untuk terus melaksanakan sesuatu tugas. Mok Soon Sang (1995) juga
berpendapat bahawa mengajar adalah pekerjaan yang melibatkan intelek dan tindakan,
seorang guru itu perlu sentiasa berfikir, merancang dan menilai pelajar-pelajarnya dari
sudut positif dan bersikap dedikasi dalam pekerjaan mengajar itu.
Melalui pemerhatian, temubual dan pengalaman yang dialami oleh Shuib dan
Johari (2001), mereka mendapati bahawa terdapat beberapa faktor yang menyumbang
kepada kurangnya pemilihan profesion perguruan sebagai kerjaya di kalangan
masyarakat antaranya ialah :
i. Bakhtiar Mansor (1993) telah menyatakan bahawa profesion perguruan adalah
merupakan suatu profesion yang statik, kurang masa dan peluang terlalu kecil.
Kajian telah dijalankan menunjukkan statistik tentang perbandingan peluang
kenaikan pangkat di kalangan beberapa profesion utama antaranya ialah:
a) Pegawai Tadbir Dan Diplomatik 38.4%
b) Jurutera Awam (Kerja Raya) 27.1%
18
c) Pegawai Perubatan 15.1%
d) Polis 18.6%
e) Pegawai Pertanian 13.4%
f) Pendidikan 3.5%
ii. Guru terpaksa berhadapan dengan pelbagai karenah pelajar yang datang daripada
pelbagai keturunan, adat resam, sosio ekonomi, peringkat umur, latar belakang
masyarakat dan masalah disiplin yang perlu ditangani. Malah guru juga perlu
melayani karenah ibu bapa, masyarakat, pihak atasan, kerajaan, dan masalah
peribadi mereka sendiri.
iii. Wujud profesion lain yang lebih baik hasil dari sistem pendidikan dan kerja
keras guru yang mengajar tanpa mengenal erti penat lelah.
iv. Bebanan kerja dan kurang insentif yang diterima oleh para guru. Masyarakat
melihat kerjaya sebagai seorang guru adalah mudah, masa kerja yang singkat dan
mempunyai cuti yang banyak. Namun, guru pula merasa bebanan kerja terlalu
banyak sehingga bebanan tersebut kadang kala terbawa sehingga ke bilik tidur.
Mohd Salleh Lebar (1998) pula berpendapat bahawa terdapat beberapa faktor
yang menyumbang kepada pemilihan profesion perguruan sebagai kerjaya iaitu:
i. Pekerjaan guru dianggap mulia di sisi agama Islam.
ii. Timbul keinginan untuk berkhidmat kepada bangsa dan negara.
iii. Banyak masa lapang bersama keluarga kerana cuti adalah lebih banyak
berbanding kerjaya yang lain.
iv. Keyakinan diri yang tinggi dan sesuai dengan ketokohan dan sifat-sifat
personaliti.
v. Cinta pada alam kanak-kanak dan golongan remaja.
vi. Terpengaruh dengan rakan-rakan dan ahli keluarga.
vii. Tidak banyak cabaran.
19
Dalam pemilihan profesion perguruan ini, terdapat beberapa faktor yang
memainkan peranan dalam mendorong pelajar untuk memilih profesion perguruan
sebagai kerjaya kelak. Antara faktor yang mendorong kepada pemilihan profesion
perguruan ialah faktor prestij profesion perguruan, minat, ganjaran, masa dan pengaruh
keluarga.
2.3.1 Faktor Minat
Minat sering kali dikaitkan sebagai pengaruh utama kepada seseorang individu
dalam membuat keputusan untuk memilih sesuatu profesion sebagai kerjaya. Mengikut
kamus Dewan (2002) minat bermaksud keinginan (kesukaan, kecenderungan) kepada
sesuatu. Minat mendorong seseorang individu untuk lebih cenderung untuk mengetahui,
mempelajari dan menceburi sesuatu dengan lebih mendalam. Hal ini telah disokong oleh
Moktar (1999) yang berpendapat bahawa minat merupakan faktor yang paling utama
mendorong pelajar memilih sesuatu bidang yang disukainya.
Sukiennik, Bendat dan Raufman (1995) berpendapat bahawa minat selalunya
mempengaruhi kemahiran dan kemampuan melakukan pekerjaan. Selain itu, Mohd
Salleh Lebar (1998) telah menyatakan bahawa minat dan kesedaran dalam diri adalah
penting bagi membolehkan seseorang memberi tumpuan yang sepenuhnya semasa
mereka menghadapi pembelajaran. Beliau juga turut menyatakan bahawa sukar untuk
mencari dan memastikan calon-calon guru yang benar-benar berminat menjadi atau
memilih profesion perguruan.
Justeru, minat merupakan salah satu faktor yang penting dalam mempengaruhi
pelajar membuat pemilihan terhadap sesuatu profesion sebagai kerjaya. Dengan adanya
minat yang mendalam terhadap sesuatu perkara, pelajar akan berusaha untuk
mendapatkan apa yang diingininya dan seterusnya sanggup menghadapi cabaran–
20
cabaran yang bakal ditempuhi sekali gus bersedia untuk mengambil risiko yang akan
ditempuhi dalam profesion tersebut.
2.3.2 Faktor Pengaruh Keluarga
Menurut Burke (1998), terdapat dua golongan masyarakat yang mempunyai
tanggapan yang berlainan. Golongan pertama terdiri daripada ibu bapa yang mengambil
berat terhadap pendidikan anak-anak dan mereka ini mempunyai latar belakang
pendidikan yang baik dan sempurna serta menyandang jawatan yang baik dalam sektor
kerajaan atau swasta. Manakala golongan kedua pula ialah golongan ibu bapa yang
berpendidikan sederhana dan mereka ini kurang mengambil berat terhadap pendidikan
anak-anak mereka. Ini menunjukkan bahawa golongan ibu bapa yang berpendidikan
tinggi lebih mementingkan pendidikan anak-anak mereka dan sentiasa mengikuti
perkembangan pelajaran anak-anak mereka. Golongan yang kurang berpendidikan pula
kadang kala langsung tidak mengambil berat terhadap pelajaran anak-anak dan tidak
mengikuti perkembangan pendidikan anak-anak mereka.
Kajian yang dijalankan oleh Nazaria, et. al (1998) ke atas 66 orang pelajar
mendapati bahawa kemerosotan minat pelajar terhadap mata pelajaran sains tulen di
Sekolah Majidi Baru, Johor Bahru disebabkan oleh faktor pemilihan bidang
pembelajaran melibatkan ibu bapa yang memberi sokongan dan perangsang, mengambil
berat tentang subjek pilihan anak mereka serta mendapat dorongan melalui program-
program di kaca televisyen (TV) dan bacaan tambahan mengenai mata pelajaran
tersebut.
Berdasarkan kajian-kajian lepas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa
memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pelajar membuat pilihan terhadap
profesion yang ingin mereka ceburi. Hal ini demikian kerana ibu bapa merupakan „role
21
model‟ kepada anak-anak sekali gus memberi inspirasi kepada anak-anak untuk berjaya
dalam profesion yang mereka ceburi kelak.
2.3.3 Faktor Ganjaran
Ganjaran merupakan elemen yang paling utama bagi seseorang individu untuk
memilih sesuatu profesion sebagai kerjaya mereka. Gaji yang diterima oleh seorang
pendidik dikatakan adalah tidak setimpal dengan bebanan kerja yang ditanggung oleh
seorang guru. Bersesuaian dengan hasil kajian yang dibuat untuk National Educational
Association, Amerika Syarikat (Parkley 1993) menunjukkan lebih 50% guru melahirkan
rasa tidak berpuas hati dengan bayaran gaji yang ditawarkan dalam profesion perguruan
kerana gaji tersebut adalah terlalu sedikit jika hendak dibandingkan dengan bebanan
kerja yang terpaksa mereka tanggung.
2.4 Teori Pemilihan Kerjaya
Kerjaya adalah sangat penting untuk meningkatkan taraf hidup sesebuah
keluarga. Justeru itu, adalah sangat penting untuk seseorang individu membuat pilihan
yang tepat dalam memilih profesion yang ingin diceburi. Terdapat beberapa teori yang
diutarakan berhubung dengan pemilihan sesuatu kerjaya. Sebagai contohnya, Ginzberg
dalam Mohd Salleh Lebar (1993) telah mengemukakan teori perkembangan kerjaya
yang mengandungi beberapa peringkat seperti berikut:
i. Peringkat fantasi (1-11 tahun)
ii. Peringkat tidak tetap (11-17 tahun)
iii. Peringkat minat
iv. Peringkat kebolehan (13-14 tahun)
22
v. Peringkat nilai (15-16 tahun)
vi. Peringkat peralihan (17 tahun)
vii. Peringkat sebenar (17 tahun – awal dewasa)
viii. Peringkat penjelajahan
ix. Peringkat pembentukan
Pada tahun 1972, Teori Ginzberg telah mengalami perubahan dengan
pertambahan beberapa ciri dalam teorinya. Menurut Mohamed Sharif dan Roslee (2006)
antara ciri-ciri yang ditambah ialah:
1) Proses membuat pilihan kerjaya dan perkembangan berlaku sepanjang
masa tanpa ada batasan dan terbuka. Lelaki dan perempuan sentiasa
mengalami perubahan pekerjaan kerana faktor kepuasan dalam pemilihan
dan penyesuaian pekerjaan.
2) Berpatah semula adalah tidak sah. Seseorang individu tidak boleh berpatah
balik daripada pekerjaan tetapi perlu meneruskan cabaran kerja melalui
peranan pendidikan dan latihan.
3) Pandangan optimistik adalah sesuai dan relevan dengan individu.
4) Kekurangan dan tekanan perlu dipertimbangkan. Hal ini termasuklah
perkara yang berkaitan dengan pendapatan ibu bapa, sikap dan nilai ibu
bapa serta kurangnya peluang pendidikan di kalangan kaum wanita. Di
samping itu, faktor tekanan juga penting dalam mempengaruhi kestabilan
seseorang sewaktu bekerja.
5) Struktur dan peluang dalam pekerjaan perlu diberi pertimbangan sepanjang
masa. Peluang baru perlu diterokai untuk menjamin masa depan yang lebih
cerah.
23
6) Orientasi nilai amat penting supaya kerja yang dilakukan mencapai
kepuasan. Terdapat empat faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya
Ginzberg iaitu nilai peribadi seseorang, faktor emosi, jumlah dan bentuk
pendidikan yang diterima dan kesan persekitaran.
2.5 Kajian Lepas
Daripada kajian lepas yang bertajuk Persepsi Masyarakat India Terhadap
Profesion perguruan, terdapat 4 aspek utama yang telah diketengahkan dalam kajian
tersebut iaitu gaji, kemudahan-kemudahan yang disediakan, halangan dalam pemilihan
kerjaya dan pandangan masyarakat terhadap profesion perguruan.
Kajian ini telah menunjukkan sebahagian besar masyarakat India berpendapat
bahawa beban tugas guru tidak berpatutan dengan gaji yang ditawarkan. Seramai 75.1%
responden menyokong pendapat tersebut. Hal ini demikian kerana beban kerja guru
semakin bertambah dan mencabar. Mereka bukan sahaja menjadi guru tetapi juga
bertugas sebagai kerani dalam mengendalikan urusan sampingan di sekolah seperti
urusan pembahagian buku teks pelajar, hal ehwal kebajikan pelajar, disiplin pelajar,
akaun persatuan dan kelab, kegiatan sukan dan ko-kurikulum, Persatuan Ibubapa dan
Guru (PIBG), menghadiri pelbagai mesyuarat dan seminar dan sebagainnya.
Maklum balas yang diperoleh menerusi faktor halangan dalam pemilihan
profesion perguruan menunjukkan 66.3% responden menyatakan kebebasan seorang
guru tidak terbatas kerana menjaga imejnya. Persepsi masyarakat dalam kajian ini
menunjukkan mereka tidak tahu bahawa profesion perguruan amatlah berisiko sekiranya
seseorang guru melanggar peraturan sekolah dan etika perguruan. Sekiranya mereka
didapati bersalah, kemungkinan besar mereka akan dibuang kerja atau dikenakan
tindakan yang sewajarnya.
24
Kajian yang dijalankan menunjukkan seramai 70.1% responden mengakui
bahawa profesion perguruan membuka peluang untuk melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, 76.3% responden bersetuju bahawa guru
merupakan pemimpin masyarakat. Hal ini kerana masyarakat memerlukan guru yang
bertanggungjawab dan berdedikasi untuk mendidik anak-anak mereka. Masyarakat
berharap guru dapat memikul tanggungjawab mereka dengan tekun, dedikasi dan
berperanan sebagai pemimpin tempatan. Seramai 66.3% mengakui bahawa profesion
perguruanmembosankan berbanding dengan kerjaya lain. Hal ini kerana guru tidak
mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka.
Di samping itu juga, 93.8% responden mengakui bahawa kerjaya guru merupakan
kerjaya yang mulia. Profesion perguruan merupakan salah satu pekerjaan yang mulia
kerana tugas guru bukan sahaja di bilik darjah malah mereka mempunyai peranan lain
yang diharapkan oleh masyarakat. Sebagai contoh, guru diharapkan menjadi pengganti
ibu bapa, penasihat dan pembimbing dalam pembentukan sahsiah pelajar, menjadi
kaunselor kepada pelajar-pelajar dan seterusnya menjadi contoh kepada generasi baru.
Kajian yang dijalankan oleh John (1997) terhadap pelajar senior jabatan pendidikan di
Universiti Winsconsin telah mengenal pasti beberapa faktor yang mendorong seseorang
memilih kerjaya sebagai guru.
Hasil daripada kajian menunjukkan kebanyakan daripada mereka mempunyai
hubungan yang rapat dengan pendidikan samada dengan kehidupan seorang guru dan
aktiviti berkaitan dengan pendidikan 78% mempunyai kawan rapat atau saudara yang
akan menjadi guru atau telah menjadi guru. Selain itu, 36% daripada mereka merupakan
anak-anak kepada guru atau bekas guru. Faktor latar belakang juga mendorong ke arah
pemilihan profesion perguruan. Faktor pengaruh guru juga turut memainkan peranan.
Seramai 60% pelajar berkenaan menyatakan terdapat individu tertentu yang
mempengaruhi perancangan awal kehidupan mereka. individu yang dimaksudkan ialah
guru di sekolah menengah tinggi dan tenaga pengajar di kolej.
25
Faktor suka mengajar boleh didefinisikan sebagai sukakan pelajar. Walaupun
suasana dan keadaan kerja yang tidak memuaskan, pendapatan yang sederhana,
masyarakat setempat yang kurang memberi kerjasama, namun guru tetap menjalankan
tugas mereka sebagai guru kerana mereka ambil berat (care) terhadap pelajar.Hal ini
telah mewujudkan interaksi antara guru dan pelajar dari hari ke hari. Hubungan yang
terjalin membolehkan guru memanipulasi pelajar dan keperluan akademiknya.
“ Metropolitan Life Survey of The American Teacher, 1954 ” melaporkan 96%
guru menyatakan mereka suka mengajar, (Forrest dan Hardcastle, 1990). Sikap suka
mengajar juga boleh dianggap sebagai sukakan mata pelajaran tertentu. Di samping itu
juga, peluang untuk mendalami sesuatu bidang dan berkongsi pengetahuan daripada
pelajar merupakan tarikan utama sesetengah individu memilih profesion ini.
Antara faktor lain dalam pemilihan profesion perguruan ialah kemudahan dan
keistimewaan yang ditawarkan. Masa kerja yang singkat dan cuti yang panjang sering
dikaitkan dengan profesion perguruan. Cuti yang panjang membolehkan guru mencari
pendapatan tambahan ataupun menghabiskan masa bersama keluarga. Cuti setiap
perayaan akan diperoleh secara mutlak kerana sekolah juga bercuti semasa sambutan
sesuatu perayaan juga mendorong seseorang membuat pemilihan sesuatu kerjaya. Faktor
mudahnya mendapat tempat di institusi perguruan juga turut menyumbang kepada
pemilihan kerjaya seseorang.
2.6 Kesimpulan
Hasil daripada kajian-kajian lepas, dapatlah memberikan gambaran kasar sedikit
sebanyak tentang hubungan faktor-faktor pengaruh minat, pengaruh keluarga dan
ganjaran dalam mempengaruhi pelajar memilih profesion perguruan sebagai kerjaya.
BAB 3
METODOLOGI
3.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan tentang kaedah yang digunakan dalam kajian ini. Aspek
yang terkandung dalam bab ini meliputi reka bentuk kajian, tempat kajian, prosedur
kajian, populasi dan persampelan kajian, instrumen kajian, kajian rintis, kaedah
pengumpulan data dan penganalisis data. Kajian ini dijalankan adalah selaras dengan
objektif kajian yang terkandung dalam Bab I.
3.2 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini adalah berbentuk kajian deskriptif yang menggunakan pendekatan
tinjauan. Muhamad Ruzi (2000) berpendapat bahawa kajian berbentuk deskriptif ialah
penulisan untuk menerangkan situasi secara bersistem dan berfakta dengan tepat. Ianya
sesuai digunakan penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena
yang berlaku atau perhubungan pemboleh ubah.
27
Penyelidik menggunakan set borang soal selidik sebagai instrumen bagi
memudahkan perlaksanaan kajian. Tujuan utama perlaksanaan kajian ini adalah untuk
mendapatkan maklum balas daripada pelajar-pelajar yang mengikuti kursus perguruan
dalam bidang sains dan matematik di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
Beberapa faktor telah dikenal pasti sebagai faktor utama yang menyumbang
kepada pemilihan profesion perguruan ini sebagai kerjaya mereka. Dalam kajian ini
beberapa faktor dikenal pasti sebagai faktor yang diambil kira oleh seseorang individu
untuk memilih sesuatu kerjaya. Antara faktor utama dalam memilih profesion perguruan
ini ialah faktor minat terhadap sesuatu profesion dan pengaruh keluarga. Selain itu,
terdapat beberapa faktor lain dikemukakan sebagai faktor sampingan yang bersesuaian
dan selaras dengan objektif kajian. Antaranya ialah faktor prestij profesion perguruan itu
sendiri, faktor ganjaran yang ditawarkan dan faktor masa. Di samping itu juga, kajian ini
dilaksanakan bagi mengenal pasti hubungan antara faktor pemilihan profesion perguruan
sebagai kerjaya dengan pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik.
Persoalan ini akan dihuraikan dengan lebih terperinci melalui perlaksanaan kajian ini
secara konsisten.
Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklum balas daripada responden
berkaitan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar memilih profesion perguruan
dalam bidang sains dan matematik di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
Penggunaan pendekatan soal selidik dalam kajian ini bertujuan untuk mengumpul data
dengan lebih mudah dan bersesuaian dengan responden yang ditetapkan dalam kajian ini
di samping dapat menjimatkan masa dan perbelanjaan kos semasa proses pengumpulan
data. Pengumpulan data dapat memberi gambaran sebenar tentang persoalan-persoalan
yang hendak dikaji.
28
3.3 Tempat, Populasi dan Sampel Kajian
Kajian ini dijalankan di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia yang
melibatkan soal selidik di kalangan pelajar-pelajar yang mengikuti kursus pendidikan
sains dan matematik di fakulti ini.
Bil
Kursus
Bilangan
Pelajar
(orang)
1.
4 SPM
25
2.
4 SPK
13
3.
4 SPC
28
4.
3 SPM
24
5.
3 SPC
9
6.
3 SPK
9
7.
3SPT
28
Jumlah 136
Jadual 3.1 : Taburan Populasi Responden Mengikut Kursus
Jadual 3.1 di atas menunjukkan taburan populasi responden mengikut jurusan
sains dan matematik bagi tahun 3 dan 4 di Fakulti Pendidikan UTM. Penyelidik telah
memilih responden secara rawak berstruktur untuk dijadikan sampel dalam kajian ini.
Namun begitu, bilangan sampel dalam kajian ini hanya 133 orang responden sahaja
memandangkan 3 orang responden tidak memulangkan kembali borang soal selidik yang
diedarkan. Namun, Mohd Najib (1999) pernah menyatakan bahawa sesetengah pendapat
menyatakan 30% sampel sudah memadai untuk mewakili populasi dalam sesuatu kajian.
29
3.4 Instrumen Kajian
Menurut Mohd. Najib (2003), instrumen ialah alat untuk mengutip data.
Instrumen yang digunakan bagi melaksanakan kajian ini adalah set borang soal selidik.
Burns (2000) berpendapat bahawa instrumen ini lebih sesuai digunakan kerana soal
selidik merupakan kaedah mengumpul data yang paling tepat kerana sampel lebih rela
memberikan maklum balas yang benar di samping mengurangkan kesilapan yang
disebabkan oleh catatan penyelidik yang salah. Responden bebas membuat pilihan dan
menilai sejauh mana keperluan soal selidik tersebut. Selain itu, Majid (1990) turut
berpendapat bahawa soal selidik digunakan kerana ianya lebih praktikal dan berkesan
untuk populasi yang besar. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah berdasarkan
objektif-objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini.
Instrumen kajian ini terdiri daripada 3 bahagian iaitu :
i. Bahagian A : bahagian latar belakang responden. Terdapat 5 item yang
disediakan dalam bahagian ini iaitu umur, jantina, tahun serta kursus,
pencapaian dalam bidang sains dan matematik serta Purata Nilai Gred
Keseluruhan (CGPA) .
ii. Bahagian B : merupakan bahagian soalan dalam mengenal pasti faktor-faktor
yang mendorong pelajar memilih profesion perguruan sebagai kerjaya.
Terdapat 5 faktor utama yang diketengahkan dalam kajian ini iaitu ganjaran
yang ditawarkan, faktor masa, faktor pengaruh keluarga, faktor minat dan
faktor prestij profesion perguruan.
30
Jadual 3.2 : Jadual Penentuan Ujian
No. Faktor Pendorong No. Item Bil. Item
1. Prestij 1,2,3,4,5,6 6
2. Minat 7,8,9 3
3. Ganjaran 10,11,12,13,14,15 6
4. Pengaruh Keluarga 16,17,18,19,20 5
5. Masa 21,22,23 3
Jumlah bilangan item 23
Jadual 3.2 di atas menunjukkan jadual penentuan ujian manakala jadual 3.3 di
bawah pula menunjukkan skala yang digunakan untuk menilai pemarkahan bahagian B.
Kaedah yang digunakan dalam bahagian ini ialah Skala Likert Lima Mata iaitu 1,2,3,4
dan 5.
Jadual 3.3 : Skala Likert Lima Mata
Skala Mata
Sangat tidak setuju 1
Tidak setuju 2
Tidak pasti 3
Setuju
Sangat setuju
4
5
iii. Bahagian C : merupakan bahagian soalan dalam mengenal pasti hubungan
antara faktor pemilihan profesion perguruan sebagai kerjaya dengan
pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik.
31
Jadual 3.4 : Skala Empat Mata dan Skor
Skala Empat Mata Skor
Sangat tidak setuju 1
Tidak setuju 2
Setuju 3
Sangat setuju 4
Jadual 3.4 di atas menunjukkan skala 4 mata iaitu 1,2,3 dan 4.
3.5 Kajian Rintis
Sebelum soal selidik diedarkan kepada responden, pengkaji telah menggunakan
soal selidik yang diambil dari kajian yang telah diubah dijalankan oleh Muhamad Najib.
Penyelidik telah mengubahsuai soal selidik tersebut dan kajian rintis telah dijalankan
untuk menentukan kebolehpercayaan soal selidik tersebut. Kajian rintis telah dijalankan
kepada 10 orang sampel yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan populasi. Nilai
alpha yang diperolehi hasil daripada analisis yang dilakukan ialah 0.727. Hal ini
membuktikan bahawa soal selidik ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan
boleh digunakan bagi tujuan kajian tinjauan ini. Menurut Mohd. Salleh Abu dan
Zaidatun Tasir (2001), nilai pekali Alpha Cronbrach (α) melebihi 0.6 menunjukkan
instrumen kajian mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi dan tidak perlu ditukar.
Ia boleh diguna pakai untuk kajian sebenar. Sebaliknya jika nilai Alpha Cronbach
diantara 0.0 hingga 0.2, kesemua item kajian perlu diubah. Bagi nilai Alpha Cronbach di
antara 0.3 hingga 0.6 hanya sebahagian sahaja item kajian perlu diubah.
32
3.6 Kaedah Pengumpulan dan Penganalisis Data
Set soal selidik diedarkan oleh penyelidik kepada pelajar mengikut kursus di
Fakulti Pendidikan UTM. Borang soal selidik ini diedarkan selepas mendapat kebenaran
daripada pensyarah pembimbing. Set soal selidik diedarkan kepada wakil kelas dan
dikumpul kembali setelah siap dijawab oleh responden.
Data-data yang diperoleh dikumpul dan seterusnya dianalisis dengan
menggunakan perisian komputer “ Statistical Package For Social Science ” (SPSS) 16
for windows. Kaedah ini digunakan bertujuan untuk memproses data berdasarkan kepada
min, frekuensi, peratus dan crosstab. Dalam kajian ini, analisis bahagian A
menggunakan kaedah crosstab bertujuan untuk melihat kaitan tahun pengajian dan
kursus yang diambil oleh responden. Frekuensi digunakan untuk mendapatkan peratusan
pencapaian pelajar dalam subjek sains dan matematik. Hasil daripada analisis
menunjukkan peratus dan kekerapan responden. Penyelidik menggunakan analisis
frekuensi dan min untuk menganalisis data bagi faktor-faktor pemilihan profesion.
Analisis min digunakan untuk mendapatkan nilai min bagi pencapaian dalam mata
pelajaran sains dan matematik. Analisis seterusnya ialah analisis untuk mengenalpasti
perkaitan antara pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik dengan faktor
pemilihan menggunakan kaedah min dan crosstab.
Penyelidik juga dapat membuat penilaian terhadap responden dengan
mengkategorikan penilaian tersebut kepada beberapa tahap min seperti yang dapat
dilihat pada Jadual 3.5 di bawah. Bagi melihat perbezaan item berdasarkan peratus,
Jadual 3.6 dapat membantu penyelidik membuat pengelasan dimensi persoalan kajian
berdasarkan kaedah peratusan.
33
Jadual 3.5 : Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min
Skor Min Tahap Penilaian
1.00 – 2.33 Rendah
2.34 – 3.66 Sederhana
3.67 – 5.00 Tinggi
Jadual 3.6 : Pengelasan Dimensi Persoalan Kajian Berdasarkan Peratus
Pengelasan Dimensi Persoalan Kajian
Berdasarkan Peratus (%)
Tahap Penilaian
0 - 50 Rendah
51 - 80 Sederhana
81 - 100 Tinggi
3.7 Prosedur Kajian
Kajian ini dijalankan mengikut beberapa prosedur dari satu peringkat ke satu
peringkat yang seterusnya seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.1 di bawah. Prosedur
pada peringkat awal dalam menjalankan kajian ini adalah dengan mendapatkan tajuk
yang sesuai. Berdasarkan latar belakang masalah yang dikenal pasti, pengkaji telah
menetapkan objektif yang ingin dicapai dalam kajian yang dijalankan. Seterusnya
sorotan kajian perlu disiapkan bagi membentuk satu cadangan kajian. Kertas cadangan
digarap untuk memberi gambaran ringkas tentang tajuk yang dipilih dan persoalan yang
hendak dikaji.
34
Penyelidik meneliti dari sudut kekangan masa dan keupayaan penyelidik untuk
mendapatkan responden dalam kajian ini. Kemudian penyelidik telah menetapkan skop
dan batasan kajian. Sampel populasi dalam skop dan batasan kajian ini mula dikenalpasti
bagi melaksanakan kajian ini. Set soal selidik dihasilkan dan melalui satu proses kajian
rintis bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan sebelum menjalankan kajian
sebenar. Set soal selidik direka bentuk berdasarkan persoalan kajian, sorotan kajian serta
proses analisis yang digunakan. Kajian dijalankan setelah kertas cadangan kajian
diluluskan oleh pensyarah pembimbing. Soal selidik dicetak berdasarkan jumlah
bilangan responden.
Penyelidik telah memberikan set soal selidik kepada wakil kelas untuk diedarkan
mengikut kursus masing-masing. Setiap soal selidik mengambil masa lebih kurang 10
hingga 15 minit untuk dijawab. Kaedah ini digunakan kerana ia tidak membebankan
waktu responden dan penyelidik kerana sampel kajian berada dalam skop melibatkan
tempat pengajian penyelidik sendiri.
Set soal selidik dikumpul setelah memberikan masa yangs sesuai untuk
responden menjawab dengan lengkap. Semua data dimasukkan dalam perisian SPSS
versi 16 untuk tujuan analisis. Hasil dapatan kajian dihuraikan dan kesimpulan dibuat.
Penyelidik mula membuat penulisan kajian setelah hasil dapatan diperolehi.
35
Rajah 3.1 : Carta Alir Prosedur Kajian
p
Pemilihan Tajuk
Pembincangan dengan Pembimbing
Kenal Pasti Masalah
Analisis Data
Penulisan Kajian
Pembinaan Kertas Kerja
Kajian Rintis
Membina Soal Selidik
Edaran Soal Selidik
Kumpul Semula Soal Selidik
36
3.8 Kesimpulan
Kajian ini diadakan adalah untuk mengkaji dan mengenal pasti faktor-faktor
yang mempengaruhi pelajar memilih profesion perguruan sebagai kerjaya dan kaitannya
dalam pencapaian mata pelajaran sains dan matematik. Kajian ini telah melibatkan
penganalisisan data secara statistik deskriptif. Set borang soal selidik digunakan sebagai
instrumen dalam melaksanakan kajian ini kerana instrumen ini memudahkan pengkaji
untuk mendapatkan maklumat dan menganalisis data. Proses menganalisis data yang
sistematik telah menjadikan proses kajian ini lebih mudah dan lancar.
BAB 4
ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan tentang analisis data kajian tentang faktor-faktor yang
mempengaruhi pelajar memilih profesion perguruan dalam bidang sains dan matematik.
Segala data yang diperoleh diedarkan oleh penyelidik sendiri melalui wakil-wakil
mengikut tahun kursus pengajian kemudian dikumpul oleh penyelidik.
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang
mempengaruhi pelajar memilih profesion perguruan dalam bidang sains dan matematik.
Adakah faktor-faktor seperti faktor prestij profesion perguruan, minat, ganjaran dan
pengaruh keluarga mendorong pelajar memilih profesion perguruan di Universiti
Teknologi Malaysia. Di samping itu juga, pengkaji ingin melihat hubungkait antara
pemilihan profesion dalam bidang sains dan matematik dengan pencapaian dalam mata
pelajaran sains dan matematik. Pengkaji telah memilih pelajar tahun 3 dan 4 kursus sains
dan matematik sebagai responden untuk mencapai objektif kajian ini.
38
4.2 Latar Belakang Responden
Dalam bahagian A, analisis telah dibuat untuk mengenal pasti hubungan antara
kursus dalam bidang sains dan matematik dengan pencapaian dalam mata pelajaran sains
dan matematik. Hal ini untuk memastikan semua responden merupakan pelajar-pelajar
dalam bidang sains dan matematik di Fakulti Pendidikan (FP). Selain itu, analisis ini
bertujuan untuk memastikan hanya pelajar dalam jurusan sains dan matematik sahaja
yang terlibat.
4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan Tahun Pengajian dan Kursus
Jadual 4.1 di bawah menunjukkan taburan responden berdasarkan tahun
pengajian dan kursus. Seramai 70 orang responden iaitu 51.4% merupakan pelajar tahun
3 jurusan sains dan matematik manakala hanya 48.6% iaitu 66 orang responden
merupakan pelajar tahun 4 jurusan sains dan matematik.
Kursus
Tahun Jumlah
3 % 4 % Kekerapan %
SPM 24 17.6 25 18.4 49 36.0
SPC 9 6.6 28 20.6 37 27.2
SPK 9 6.6 13 9.6 22 16.2
SPT 28 20.6 0 0 28 20.6
Jumlah 70 51.4 66 48.6 136 100.0
Jadual 4.1 : Taburan Responden Berdasarkan Tahun Pengajian dan Kursus
39
Pelajar tahun 3 kursus sains dan matematik terdiri daripada pelajar Pendidikan
Matematik (SPM) seramai 24 orang iaitu 17.6% manakala seramai 6.6% iaitu 9 orang
responden merupakan pelajar kursus Pendidikan Kimia serta Komputer (SPK).
Pendidikan Kimia serta Matematik (SPC) juga terdiri daripada 9 orang responden iaitu
6.6%. Pelajar tahun 3 kursus Pendidikan Matematik serta Komputer (SPT) mempunyai
bilangan responden yang paling ramai iaitu 28 orang mewakili 20.6%. Responden tahun
4 terdiri daripada kursus Pendidikan Matematik (SPM) iaitu 18.4% mewakili 25 orang
responden. Pendidikan Kimia serta Komputer (SPK) pula mempunyai responden
seramai 13 orang iaitu 9.6%. Pendidikan Kimia serta Matematik (SPC) mempunyai
bilangan responden yang paling ramai iaitu 28 orang mewakili 20.6%.
4.2.2 Taburan Pencapaian Responden Dalam Subjek Sains dan Matematik.
Jadual 4.2 di bawah menunjukkan taburan pencapaian responden bagi pelajar
tahun 3 dan 4 khusus sains dan matematik dalam mata pelajaran sains dan matematik
semasa di matrikulasi, diploma mahupun lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
(STPM). Seramai 46.6% pelajar mendapat A dalam subjek sains manakala majoriti
66.9% responden mendapat pencapaian yang cemerlang dalam mata pelajaran
matematik iaitu seramai 89 orang.
Jadual 4.2 : Taburan Pencapaian Responden Dalam Subjek Sains dan
Matematik.
Subjek
Peratus, %
A B C
Matematik 66.9 30.8 2.3
Sains 46.6 49.6 3.8
40
4.3 Taburan Responden Mengikut Faktor-faktor Pemilihan Profesion
Perguruan Di Kalangan Pelajar.
Bahagian B mengandungi soalan yang berkaitan dengan faktor-faktor pemilihan
profesion perguruan di kalangan pelajar. Skala Likert Lima Mata digunakan untuk
menganalisis data bahagian ini. Skala 1 mewakili pilihan jawapan sangat tidak setuju,
skala 2 mewakili tidak setuju, skala 3 pula mewakili pilihan tidak pasti, skala 4 mewakili
setuju dan skala 5 mewakili pilihan jawapan sangat setuju. Sebanyak 23 soalan
dikemukan dalam bahagian B ini. Soalan-soalan dalam bahagian ini adalah berdasarkan
faktor prestij, minat, ganjaran, pengaruh keluarga dan juga masa. Analisis dibuat
mengikut faktor yang mendorong pelajar memilih profesion perguruan.
4.3.1 Persoalan Kajian 1: Taburan Responden Mengikut Prestij Sebagai
Faktor Pemilihan Profesion Perguruan.
Sebanyak 6 soalan mengenai faktor prestij telah dikemukakan kepada responden
dalam bahagian B. Soalan-soalan ini adalah berkaitan dengan penerimaan profesion
perguruan di kalangan masyarakat berdasarkan pendapat responden. Item-item yang
berkaitan dengan faktor prestij melibatkan soalan 1,2,3,4,5 dan 6 dalam set soal selidik.
Jadual 4.3 menunjukkan taburan responden mengikut prestij sebagai faktor
pemilihan profesion perguruan. Item pertama menyatakan profesion perguruan
merupakan pekerjaan yang mulia. Seramai 81.2 % menyatakan sangat bersetuju
manakala 17.3% bersetuju profesion perguruan merupakan pekerjaan yang mulia. Hanya
1.5% responden menjawab tidak pasti. Min bagi item pertama ialah 4.8. Item ke 2 pula
menyatakan pekerjaan guru disanjung oleh masyarakat. Terdapat responden yang tidak
bersetuju iaitu 0.8 % manakala hanya 3.8% menjawab tidak pasti. Seramai 28.6%
41
responden bersetuju bahawa pekerjaan guru disanjung oleh masyarakat manakala 66.9%
menyatakan sangat bersetuju. Min bagi item kedua ialah 4.6. Di samping itu, 9.0%
sangat tidak setuju dengan item ke 3 yang menyatakan beban guru sesuai dengan tugas.
Min bagi item ketiga ialaih 3.3. Seramai 20.3% responden menyatakan tidak bersetuju
manakala 19.5% menjawab tidak pasti. Terdapat 34.6% responden yang bersetuju
dengan pernyataan tersebut manakala 16.5% menjawab sangat bersetuju.
Jadual 4.3 : Taburan Responden Mengikut Prestij Sebagai Faktor Pemilihan
Profesion Perguruan.
Nilai min bagi item ke 4 ialah 4.1. Kajian menunjukkan 32.3% sangat bersetuju
dan 50.4% pula bersetuju bahawa kerjaya guru adalah terjamin. Seramai 12.0%
responden menjawab tidak pasti dengan pernyataan tersebut. Hanya 5.3% responden
yang menyatakan tidak bersetuju. Item ke 5 menyatakan peluang melanjutkan pelajaran
Item
Pernyataan
Prestij ( Peratus,% )
Min
1 2 3 4 5
1. Profesion perguruan merupakan
pekerjaan yang mulia.
0 0 1.5 17.3 81.2 4.8
2. Pekerjaan guru disanjung oleh
masyarakat.
0 0.8 3.8 28.6 66.9 4.6
3. Beban guru sesuai dengan
tugas.
9.0 20.3 19.5 34.6 16.5 3.3
4. Kerjaya guru adalah terjamin. 0 5.3 12.0 50.4 32.3 4.1
5. Peluang melanjutkan pelajaran
senang diperoleh bila menjadi
guru.
0.8 9.8 32.3 39.8 17.3 3.6
6. Bekas guru saya merupakan
sumber inspirasi saya.
3.0 4.5 8.3 44.4 39.8 4.1
42
senang diperoleh bila menjadi guru. Min bagi item ke 5 ialah 3.6. Terdapat 0.8%
responden menjawab sangat tidak bersetuju dan 9.8% pula tidak bersetuju dengan
pernyataan tersebut. Hanya 32.3% menjawab tidak pasti. Kajian menunjukkan 39.8%
responden menyatakan bersetuju manakala 17.3% responden sangat bersetuju bahawa
peluang melanjutkan pelajaran senang diperoleh bila menjadi guru.
Item terakhir dalam faktor prestij ini ialah item ke 6 yang menyatakan bahawa
bekas guru saya merupakan sumber inspirasi saya. Min bagi item ini ialah 4.1. Kajian
mendapati bahawa hanya 3.0% dan 4.5% responden masing-masing sangat tidak
bersetuju dan tidak bersetuju bahawa bekas guru saya merupakan sumber inspirasi saya.
Hanya segelintir responden sahaja yang menjawab tidak pasti iaitu 8.3%. Seramai 44.4%
responden menyatakan bersetuju dan 39.8% responden pula menjawab sangat bersetuju
dengan pernyataan tersebut. Dapatan mendapati min purata bagi faktor prestij ialah 4.1.
Ini menunjukkan secara keseluruhannya kebanyakan responden menyatakan bahawa
faktor prestij mendorong pemilihan profesion perguruan sebagai kerjaya.
4.3.2 Persoalan Kajian 2 : Taburan Responden Mengikut Minat Sebagai Faktor
Pemilihan Profesion Perguruan.
Jadual 4.4 menunjukkan taburan responden mengikut minat sebagai faktor
pemilihan profesion perguruan. Sebanyak 3 item telah diutarakan dalam faktor minat
untuk mendapatkan maklum balas responden tentang faktor –faktor yang mempengaruhi
pelajar-pelajar dalam memilih profesion perguruan.
Kajian menunjukkan min bagi item ke 7 ialah 3.5. Seramai 7.5% responden
sangat tidak bersetuju bahawa gemar mengajar sejak kecil lagi mendorong responden
memilih profesion perguruan. Terdapat 12.8% responden pula menyatakan tidak
bersetuju dengan pernyataan tersebut manakala 19.5% responden menjawab tidak pasti.
43
Seramai 41.4% responden bersetuju bahawa gemar mengajar sejak kecil lagi mendorong
responden memilih profesion perguruan di samping 18.8% responden menyatakan
sangat bersetuju.
Jadual 4.4 : Taburan Responden Mengikut Minat Sebagai Faktor Pemilihan
Profesion Perguruan.
Item ke 8 mencatatkan nilai min 4.0. Hanya segelintir responden sahaja iaitu
0.8% responden sangat tidak bersetuju bahawa sukakan kanak-kanak merupakan salah
satu faktor pemilihan profesion perguruan manakala 4.5% responden menyatakan tidak
bersetuju. Seramai 15% responden menjawab tidak pasti. Faktor sukakan kanak-kanak
dilihat sebagai antara faktor yang menyumbang kepada pemilihan profesion perguruan
apabila 48.9% responden bersetuju dengan pendapat tersebut diiringi 30.8% responden
sangat bersetuju dengan pernyataan tersebut. Item ke 9 menyatakan saya meminati
bidang perguruan. Faktor ini menunjukkan ramai responden yang memilih profesion
perguruan kerana mereka meminati profesion ini. Hal ini dapat disokong melalui kajian
yang dilakukan menunjukkan 45.9% responden bersetuju di samping 31.6% responden
sangat bersetuju dengan pernyataan tersebut. Terdapat juga responden yang tidak pasti
iaitu 15.0% responden. Kajian yang dijalankan menunjukkan terdapat segelintir
responden yang tidak meminati profesion perguruan iaitu seramai 4.5% responden
menyatakan sangat tidak bersetuju dan 3.0% responden menjawab tidak setuju terhadap
pernyataan tersebut. Min bagi item ini ialah 4.0. Nilai purata min bagi faktor minat ialah
Item
Pernyataan
Minat ( Peratus,% )
Min 1 2 3 4 5
7. Saya gemar mengajar sejak
kecil lagi.
7.5 12.8 19.5 41.4 18.8 3.5
8. Saya suka kanak-kanak. 0.8 4.5 15.0 48.9 30.8 4.0
9. Saya meminati bidang
perguruan.
4.5 3.0 15.0 45.9 31.6 4.0
44
3.8. Justeru, dapat disimpulkan bahawa secara keseluruhannya pelajar mengakui bahawa
faktor minat merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi dalam memilih profesion
perguruan. Namun, faktor minat dilihat bukan merupakan faktor utama sebaliknya faktor
prestij merupakan faktor utama yang mempengaruhi pelajar dalam memilih profesion
perguruan sebagai kerjaya.
4.3.3 Persoalan Kajian 3 : Taburan Responden Mengikut Ganjaran Sebagai
Faktor Pemilihan Profesion Perguruan.
Sejumlah 6 soalan yang berkaitan dengan ganjaran telah diutarakan kepada
responden dalam set soal selidik. Jadual 4.5 menunjukkan taburan responden mengikut
ganjaran sebagai faktor pemilihan profesion perguruan. Item ke 10 menyatakan gaji
seorang guru lumayan. Seramai 11.3% responden menyatakan sangat tidak bersetuju
manakala 21.1% responden menjawab tidak bersetuju. Terdapat responden yang
menjawab tidak pasti iaitu 39.1% responden. Hanya 25.6% respoden yang bersetuju
bahawa gaji seorang guru lumayan manakala hanya segelintir sahaja iaitu 3.0%
responden yang menyatakan sangat bersetuju. Min bagi item ke 10 ini ialah 2.9. Min
bagi item ke 11 mencatatkan nilai min 3.3. Seramai 9.0% responden sangat bersetuju
bahawa menjadi guru memudahkan mereka membuat pinjaman dari bank manakala
36.1% responden pula bersetuju dengan pernyataan tersebut. Terdapat responden yang
tidak pasti iaitu 37.6%. seramai 12.8% responden menjawab tidak bersetuju dan hanya
4.5% responden sangat tidak setuju bahawa menjadi guru memudahkan mereka
membuat pinjaman dari bank. Item ke 12 menyatakan penggunaan Bahasa Inggeris bagi
pengajaran matematik dan sains membolehkan mereka mendapat Bayaran Insentif
Subjek Pendidikan (BISP). Kajian menunjukkan 48.1% responden tidak pasti manakala
29.3% responden bersetuju dengan ganjaran tersebut. Hanya 6.0% responden sangat
bersetuju dengan pernyataan tersebut. Selain itu, terdapat juga responden yang tidak
bersetuju di mana 11.3% responden menjawab tidak bersetuju dan 5.3% responden
sangat tidak bersetuju dengan BISP. Min bagi item ini bernilai 3.2.
45
Jadual 4.5 : Taburan Responden Mengikut Ganjaran Sebagai Faktor
Pemilihan Profesion Perguruan.
Item ke 13 menyatakan menjadi guru membolehkan mereka tinggal dekat dengan
keluarga. Min bagi item ini ialah 2.7. Kajian yang dilakukan menunjukkan 38.3%
responden tidak pasti dengan pernyataan tersebut. Seramai 18.0% responden bersetuju
bahawa menjadi guru membolehkan mereka tinggal dekat dengan keluarga manakala
3.8% responden sangat bersetuju. Terdapat responden yang menyatakan tidak bersetuju
iaitu 27.8% dan hanya 12.0% responden menjawab sangat tidak bersetuju dengan
pernyataan tersebut. Seramai 41.4% responden bersetuju bahawa mereka berpeluang
menjadi guru bidang apabila menceburi profesion perguruan. Hanya 14.3% responden
yang menyatakan sangat bersetuju. Terdapat 6.0% responden yang tidak bersetuju
Item
Pernyataan
Ganjaran ( Peratus,% )
Min 1 2 3 4 5
10. Gaji seorang guru lumayan. 11.3 21.1 39.1 25.6 3.0 2.9
11. Menjadi guru memudahkan saya
membuat pinjaman dari bank.
4.5 12.8 37.6 36.9 9.0 3.3
12. Penggunaan Bahasa Inggeris
bagi pengajaran matematik dan
sains membolehkan saya
mendapat Bayaran Insentif
Subjek Pendidikan (BISP).
5.3 11.3 48.1 29.3 6.0 3.2
13. Menjadi guru membolehkan
saya tinggal dekat dengan
keluarga.
12.0 27.8 38.3 18.0 3.8 2.7
14. Saya berpeluang menjadi guru
bidang.
3.0 6.0 35.3 41.4 14.3 3.6
15. Menjadi guru membolehkan
saya membuat kerja sampingan
jika ada masa terluang.
7.5 20.3 27.8 35.3 9.0 3.2
46
manakala 3.0% responden menjawab sangat tidak bersetuju. Seramai 35.3% responden
memilih tidak pasti. Item ke 14 ini menunjukkan nilai min 3.6.
Seramai 35.3% responden bersetuju bahawa menjadi guru membolehkan mereka
membuat kerja sampingan jika ada masa terluang. Hanya 9.0% responden sangat
bersetuju. Terdapat responden yang tidak bersetuju iaitu 20.3% dan 7.5% responden
menyatakan mereka sangat tidak bersetuju. Selain itu, 27.8% responden menjawab tidak
pasti dengan pernyataan tersebut. Min bagi item ke 15 ini ialah 3.2. Dapatan kajian
menunjukkan purata min bagi faktor ganjaran ialah 3.2. Justeru, dapat disimpulkan
bahawa faktor ganjaran juga merupakan salah satu faktor pemilihan profesion perguruan
walaupun nilai min yang diperolehi agak rendah berbanding nilai min bagi faktor prestij,
minat dan masa, namun kebanyakan responden bersetuju bahawa faktor ganjaran
mempengaruhi pemilihan profesion perguruan.
4.3.4 Persoalan Kajian 4 : Taburan Responden Mengikut Pengaruh Keluarga
Sebagai Faktor Pemilihan Profesion Perguruan.
Dalam bahagian ini, 5 item mengenai faktor pengaruh keluarga telah disediakan.
Item ini terdiri daripada item-item 16, 17, 18, 19 dan 20 dalam set soal selidik. Jadual
4.6 di bawah menunjukkan taburan responden mengikut pengaruh keluarga sebagai
faktor pemilihan profesion perguruan. Majoriti 57.1% responden sangat tidak bersetuju
bahawa ibu bapa responden seorang guru manakala 12.0% responden tidak bersetuju.
Seramai 18.8% responden bersetuju bahawa ibu bapa merupakan pengaruh dalam
memilih profesion perguruan di samping 10.5% sangat bersetuju dengan pernyataan
tersebut. Hanya 1.5% responden sahaja yang tidak pasti. Min bagi item ini ialah 2.1.
Kajian menunjukkan seramai 33.1% responden sangat tidak bersetuju bahawa ahli
keluarga responden ramai bekerja sebagai guru mendorong responden memilih profesion
ini sebagai kerjaya. Terdapat 21.1% responden yang tidak bersetuju dengan pernyataan
47
tersebut. Selain itu, 27.1% responden bersetuju dengan pernyataan tersebut manakala
hanya 9.8% responden memutuskan sangat bersetuju. Segelintir responden iaitu 9.0%
menyatakan tidak pasti. Hasil dapatan menunjukkan min item ke 17 ini ialah 2.6.
Jadual 4.6 : Taburan Responden Mengikut Pengaruh Keluarga Sebagai Faktor
Pemilihan Profesion Perguruan.
Ramai rakan responden memilih profesion perguruan mendorong responden
memilih profesion perguruan. Kajian yang dijalankan menunjukkan majoriti 31.6%
responden bersetuju dan 11.3% responden pula sangat bersetuju. Terdapat 24.8%
responden yang menyatakan tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut seterusnya
15.8% responden sangat tidak bersetuju. Hanya 16.5% menjawab tidak pasti. Analisis
yang dilakukan menunjukkan 3.0 merupakan nilai min bagi item ke 18 ini. Ramai rakan
Item
Pernyataan
Pengaruh Keluarga ( Peratus,% )
Min 1 2 3 4 5
16. Ibu bapa saya seorang guru. 57.1 12.0 1.5 18.8 10.5 2.1
17. Ahli keluarga saya ramai bekerja
sebagai guru.
33.1 21.1 9.0 27.1 9.8 2.6
18. Ramai rakan saya memilih profesion
perguruan.
15.8 24.8 16.5 31.6 11.3 3.0
19. Ramai rakan saya memilih profesion
perguruan kerana mendapat
sokongan daripada ibu bapa untuk
menceburi bidang perguruan.
6.8 12.0 28.6 26.3 26.3 2.5
20. Ibu bapa menggalakkan saya
memilih khusus dalam profesion
perguruan.
9.0 18.8 15.8 27.8 28.6 2.5
48
responden memilih profesion perguruan kerana tidak mendapat sokongan daripada ibu
bapa untuk menceburi bidang lain. Majoriti 28.6% responden tidak pasti tentang
pernyataan tersebut. Kajian yang dijalankan menunjukkan peratusan responden yang
tidak bersetuju dan sangat tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut adalah sama iaitu
26.3% responden. Seramai 12.0% responden mengakui mereka bersetuju bahawa ramai
rakan responden memilih profesion perguruan kerana tidak mendapat sokongan daripada
ibu bapa untuk menceburi bidang lain seterusnya 6.8% responden pula sangat bersetuju
dengan pernyataan tersebut. Min item ini adalah rendah iaitu 2.5.
Selain itu, ada segelintir ibu bapa tidak menggalakkan anak mereka mengambil
jurusan selain daripada guru mendorong pelajar tersebut memilih profesion perguruan
sebagai kerjaya kelak. Kajian menunjukkan majoriti 28.7% responden menyatakan
sangat tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut diiringi dengan 27.8% responden
tidak bersetuju. Hanya 18.8% responden menyatakan mereka bersetuju dengan
pernyataan tersebut manakala 9.0% responden pula sangat bersetuju. Terdapat 15.8%
responden menjawab tidak pasti mengenai pernyataan tersebut. Hasil analisis
menunjukkan item ke 20 ini ialah 2.5. Nilai purata min bagi faktor pengaruh keluarga
ialah 2.5. Justeru, secara keseluruhannya faktor pengaruh keluarga merupakan faktor
yang menyumbang kepada pemilihan profesion perguruan sebagai kerjaya. Walau
bagaimanapun, dapat disimpulkan bahawa nilai purata min terendah berbanding faktor-
faktor lain menunjukkan pengaruh keluarga kurang mempengaruhi dalam memilih
profesion ini.
4.3.5 Persoalan Kajian 5 : Taburan Responden Mengikut Masa Sebagai Faktor
Pemilihan Profesion Perguruan.
Jadual 4.7 di bawah menunjukkan taburan responden mengikut masa sebagai
faktor pemilihan profesion perguruan. Terdapat 3 item yang diutarakan dalam set soal
selidik untuk mengenalpasti adakah faktor masa yang mempengaruhi pelajar dalam
49
memilih profesion perguruan. Item ini terdiri daripada item 21,22 dan 23. Kajian yang
dijalankan menunjukkan majoriti 39.8% responden bersetuju bahawa kerjaya sebagai
guru mempunyai cuti yang banyak diikuti dengan 23.3% responden sangat bersetuju.
Seramai 19.5% responden menyatakan tidak pasti. Terdapat juga responden yang
menyatakan tidak bersetuju iaitu 10.5% manakala 6.8% responden menjawab sangat
tidak setuju. Min bagi item ini ialah 3.6.
Jadual 4.7 : Taburan Responden Mengikut Masa Sebagai Faktor Pemilihan
Profesion Perguruan.
Kerjaya sebagai guru tidak terikat dengan masa. Seramai 28.6% responden
menyatakan tidak pasti terhadap pernyataan tersebut. Namun, 24.1% bersetuju bahawa
kerjaya sebagai guru tidak terikat dengan masa manakala hanya 6.0% responden sangat
bersetuju. Terdapat segelintir responden yang menyatakan sangat tidak bersetuju
terhadap pernyataan tersebut iaitu 18.0% seterusnya 23.3% responden pula menjawab
tidak setuju. Nilai min bagi item ini ialah 2.8. Kajian menunjukkan majoriti 56.4%
responden bersetuju bahawa kerjaya sebagai seorang guru membolehkan responden
meluangkan masa bersama keluarga manakala 24.1% sangat bersetuju dengan
pernyataan tersebut. Hanya segelintir responden yang menyatakan tidak bersetuju iaitu
2.3% dan 1.5% responden pula menjawab sangat tidak setuju. Terdapat 15.8%
responden yang memilih tidak pasti bahawa kerjaya sebagai seorang guru membolehkan
responden meluangkan masa bersama keluarga sekaligus mencatatkan nilai min
Item
Pernyataan
Masa ( Peratus,% )
Min 1 2 3 4 5
21. Kerjaya sebagai guru mempunyai
cuti yang banyak.
6.8 10.5 19.5 39.8 23.3 3.6
22. Guru tidak terikat dengan masa. 18.0 23.3 28.6 24.1 6.0 2.8
23. Menjadi guru membolehkan saya
meluangkan masa bersama
keluarga.
1.5
2.3
15.8
56.4
24.1
4.0
50
sebanyak 4.0. Purata min bagi faktor masa ini ialah 3.5. Ini menunjukkan faktor masa
hanya mempengaruhi sesetengah pelajar sahaja memandangkan nilai min berada pada
tahap yang sederhana. Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya faktor masa dilihat
menarik minat pelajar untuk memilih profesion perguruan sebagai kerjaya.
4.4 Persoalan Kajian 6 : Kaitan Antara Pencapaian Dalam Mata Pelajaran
Sains dan Matematik Dengan Pemilihan Profesion Perguruan Dalam
Bidang Sains dan Matematik.
Analisis persoalan kajian 6 ini akan menunjukkan perkaitan antara pencapaian
dalam mata pelajaran sains dan matematik dengan faktor-faktor yang mempengaruhi
pelajar memilih profesion perguruan dalam bidang sains dan matematik. Kaedah
crosstab digunakan untuk menganalisis perkaitan ini.
4.4.1 Faktor Prestij
Jadual 4.8 di bawah menunjukkan taburan responden antara faktor prestij dan
pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik. Kajian yang dijalankan
menunjukkan majoriti 39.8% responden sangat bersetuju bahawa prestij profesion
perguruan mendorong mereka memilih profesion perguruan. Responden juga bersetuju
pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik mempengaruhi dalam memilih
kerjaya sebagai guru sains dan matematik. Seramai 18.8% responden sangat bersetuju
bahawa pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik serta faktor prestij
profesion perguruan mempengaruhi responden untuk menceburi bidang perguruan.
Terdapat responden yang menyatakan sangat bersetuju faktor prestij mendorong
responden memilih profesion perguruan iaitu 12.7% tetapi tidak bersetuju pencapaian
51
dalam mata pelajaran sains dan matematik mempengaruhi pemilihan profesion
perguruan dalam bidang sains dan matematik. Hanya 9.8% responden sahaja yang
menjawab sangat bersetuju faktor prestij merupakan sebab respoden memilih profesion
ini tetapi sangat tidak bersetuju pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik
mempengaruhi pemilihan kerjaya sebagai guru sains dan matematik.
Jadual 4.8 : Taburan Responden Antara Faktor Prestij dan Pencapaian
Dalam Mata Pelajaran Sains dan Matematik.
Faktor Prestij
Skor
Pencapaian ( Peratus, % ) Min
(Pencapaian) 1 2 3 4
Profesion perguruan
merupakan pekerjaan
yang mulia.
1 0 0 0 0 2.8
2 0 0 0 0
3 0 0 1.5 0
4 0.8 6.0 9.8 0.8
5 9.8 12.7 39.8 18.8
Terdapat 9.8% responden mengakui bersetuju faktor prestij dan pencapaian
dalam mata pelajaran sains dan matematik mendorong pemilihan profesion perguruan
dalam bidang sains dan matematik. Analisis yang dijalankan mendapati 6.0% responden
bersetuju faktor prestij merupakan salah satu faktor pemilihan profesion perguruan tetapi
tidak bersetuju pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik mempengaruhi
pemilihan kerjaya sebagai guru sains dan matematik. Hanya 0.8% menjawab bersetuju
prestij profesion perguruan itu sendiri yang mendorong responden memilih profesion
perguruan tetapi sangat tidak bersetuju bahawa pencapaian dalam mata pelajaran sains
dan matematik mempengaruhi pemilihan profesion perguruan dalam bidang sains dan
matematik. Namun, 0.8% responden mengakui sangat bersetuju pencapaian dalam mata
pelajaran sains dan matematik dan bersetuju faktor prestij mendorong responden
memilih kerjaya sebagai guru sains dan matematik.
52
Walau bagaimanapun, 1.5% responden menyatakan tidak pasti samada faktor
prestij merupakan salah satu faktor pemilihan profesion perguruan tetapi bersetuju
pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik mempengaruhi pemilihan kerjaya
sebagai guru sains dan matematik. Min bagi item pencapaian ialah 2.8. Walaupun min
bagi item pencapaian adalah sederhana namun secara keseluruhannya pencapaian dalam
mata pelajaran sains dan matematik mempengaruhi pemilihan profesion perguruan.
Hasil analisis kajian menunjukkan majoriti mengakui pencapaian dalam subjek sains dan
matematik serta sangat bersetuju faktor prestij menyumbang kepada pemilihan profesion
dalam bidang sains dan matematik. Justeru, dapat disimpulkan bahawa pencapaian
dalam subjek sains dan matematik dan faktor prestij adalah saling berkaitan dalam
mempengaruhi pemilihan profesion perguruan dalam bidang sains dan matematik.
4.4.2 Faktor Minat
Jadual 4.9 di bawah menunjukkan taburan responden antara faktor minat dan
pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik. Kajian menunjukkan majoriti
25.4% responden mengakui bersetuju meminati bidang perguruan serta pencapaian
dalam mata pelajaran sains dan matematik mendorong responden memilih profesion
perguruan dalam bidang sains dan matematik. Sementara 9.0% responden bersetuju
meminati bidang perguruan dan sangat bersetuju pencapaian dalam mata pelajaran sains
dan matematik mempengaruhi responden memilih profesion perguruan dalam bidang
sains dan matematik. Terdapat responden yang tidak bersetuju pencapaian dalam mata
pelajaran sains dan matematik mendorong responden memilih kerjaya sebagai guru sains
dan matematik iaitu 9.0% tetapi bersetuju meminati profesion perguruan. Peratusan bagi
meminati profesion perguruan tetapi sangat tidak bersetuju pencapaian dalam subjek
sains dan matematik mendorong pemilihan profesion perguruan dalam bidang sains dan
matematik iaitu 2.2%. Hanya segelintir responden sahaja iaitu 3.0% menyatakan sangat
meminati profesion perguruan namun sangat tidak bersetuju bahawa pencapaian dalam
mata pelajaran sains dan matematik mendorong responden memilih profesion perguruan
53
dalam bidang sains dan matematik. Seramai 6.0% responden menyatakan sangat
meminati kerjaya sebagai guru tetapi tidak bersetuju bahawa pencapaian dalam bidang
sains dan matematik mempengaruhi responden memilih bidang tersebut. Hasil analisis
menunjukkan 14.4% responden mengakui sangat meminati bidang perguruan dan
bersetuju pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik mendorong pemilihan
profesion perguruan dalam bidang sains dan matematik. Sebaliknya 8.4% responden
sangat bersetuju bahawa pencapaian yang baik dalam subjek sains dan matematik serta
minat yang mendalam mendorong responden memilih profesion perguruan. Min bagi
item ini ialah 2.8.
Faktor Minat
Skor
Pencapaian ( Peratus, % ) Min
(Pencapaian) 1 2 3 4
Saya meminati bidang
perguruan.
1 2.2 0 2.2 0 2.8
2 0 1.5 1.5 0
3 3.0 2.2 7.5 2.2
4 2.2 9.0 25.4 9.0
5 3.0 6.0 14.4 8.4
Jadual 4.9 : Taburan Responden Antara Faktor Minat dan Pencapaian
Dalam Mata Pelajaran Sains dan Matematik.
Terdapat 2.2% responden yang sangat tidak meminati profesion perguruan dan
juga tidak bersetuju bahawa pencapaian yang baik dalam subjek sains dan matematik
mendorong pemilihan profesion perguruan dalam bidang sains dan matematik. Namun,
2.2% responden menyatakan bersetuju pencapaian dalam mata pelajaran sains dan
matematik mempengaruhi pemilihan profesion perguruan dalam bidang sains dan
matematik tetapi sangat tidak meminati profesion perguruan. Seramai 1.5% responden
menjawab tidak meminati profesion perguruan tetapi bersetuju pencapaian yang baik
dalam subjek sains dan matematik mendorong pemilihan profesion perguruan dalam
bidang sains dan matematik. Sebaliknya, 1.5% responden menyatakan sangat tidak
meminati profesion perguruan dan tidak bersetuju pencapaian dalam mata pelajaran
sains dan matematik mendorong pemilihan kerjaya sebagai guru sains dan matematik.
54
Majoriti responden mengakui sangat meminati profesion perguruan dan pencapaian
dalam bidang sains dan matematik mendorong pemilihan profesion ini. Justeru, dapat
disimpulkan bahawa pencapaian dalam subjek sains dan matematik dan faktor minat
adalah saling berkaitan dalam mempengaruhi pemilihan profesion perguruan dalam
bidang sains dan matematik.
4.4.3 Faktor Masa
Jadual 4.10 di bawah menunjukkan taburan responden antara faktor masa dan
pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik. Kajian menunjukkan majoriti
32.3% responden mengakui bersetuju faktor masa serta pencapaian dalam mata
pelajaran sains dan matematik mendorong responden memilih profesion perguruan
dalam bidang sains dan matematik. Sementara 6.7% responden bersetuju faktor masa
dan sangat bersetuju pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik
mempengaruhi responden memilih profesion perguruan dalam bidang sains dan
matematik. Terdapat responden yang tidak bersetuju pencapaian dalam mata pelajaran
sains dan matematik mendorong responden memilih kerjaya sebagai guru sains dan
matematik iaitu 12.0% tetapi bersetuju dengan faktor masa. Peratusan bagi responden
yang menyatakan bersetuju dengan faktor masa tetapi sangat tidak bersetuju pencapaian
dalam subjek sains dan matematik mendorong pemilihan profesion perguruan dalam
bidang sains dan matematik iaitu 5.2%.
Hanya segelintir responden sahaja iaitu 3.8% menyatakan sangat bersetuju
dengan faktor masa namun sangat tidak bersetuju bahawa pencapaian dalam mata
pelajaran sains dan matematik mendorong responden memilih profesion perguruan
dalam bidang sains dan matematik. Seramai 3.0% responden menyatakan sangat
bersetuju dengan faktor masa tetapi tidak bersetuju bahawa pencapaian dalam bidang
sains dan matematik mempengaruhi responden memilih bidang tersebut. Hasil analisis
menunjukkan 9.0% responden mengakui sangat bersetuju dengan faktor masa dan
55
bersetuju pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik mendorong pemilihan
profesion perguruan dalam bidang sains dan matematik. Sebaliknya hanya 8.3%
responden sangat bersetuju bahawa pencapaian yang baik dalam subjek sains dan
matematik serta faktor masa mendorong responden memilih profesion perguruan.
Faktor Masa
Skor
Pencapaian ( Peratus, % ) Min
(Pencapaian) 1 2 3 4
Menjadi guru membolehkan
saya meluangkan masa
bersama keluarga.
1 0.8 0 0.8 0 2.8
2 0 0 0.8 1.5
3 0.8 3.8 8.2 3.0
4 5.2 12.0 32.3 6.7
5 3.8 3.0 9.0 8.3
Jadual 4.10 : Taburan Responden Antara Faktor Masa dan Pencapaian
Dalam Mata Pelajaran Sains dan Matematik.
Terdapat 0.8% responden yang sangat tidak bersetuju faktor masa dan juga
pencapaian yang baik dalam subjek sains dan matematik mendorong pemilihan
profesion perguruan dalam bidang sains dan matematik. Tiada yang menyatakan sangat
tidak bersetuju dengan faktor masa serta tidak bersetuju dengan pencapaian dalam mata
pelajaran sains dan matematik. Namun, 0.8% responden menyatakan bersetuju
pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik mempengaruhi pemilihan
profesion perguruan dalam bidang sains dan matematik tetapi sangat tidak bersetuju
dengan faktor masa dalam profesion perguruan. Sebaliknya tiada responden menyatakan
sangat tidak bersetuju dengan faktor masa serta sangat bersetuju pencapaian dalam mata
pelajaran sains dan matematik mendorong pemilihan kerjaya sebagai guru sains dan
matematik. Justeru, dapat disimpulkan bahawa majoriti responden mengakui faktor masa
dan pencapaian dalam bidang sains dan matematik mendorong pemilihan profesion ini.
56
Terdapat 0.8% responden mengakui tidak bersetuju faktor masa namun bersetuju
pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik mendorong pemilihan profesion
perguruan dalam bidang sains dan matematik. Analisis yang dijalankan mendapati 1.5%
responden tidak bersetuju faktor masa merupakan salah satu faktor pemilihan profesion
perguruan tetapi sangat bersetuju pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik
mempengaruhi pemilihan kerjaya sebagai guru sains dan matematik. Hanya 0.8%
menjawab tidak pasti faktor masa mendorong responden memilih profesion perguruan
sekali gus sangat tidak bersetuju bahawa pencapaian dalam mata pelajaran sains dan
matematik mempengaruhi pemilihan profesion ini.
Walau bagaimanapun, 3.8% responden menyatakan tidak pasti samada faktor
masa merupakan salah satu faktor pemilihan profesion perguruan serta tidak bersetuju
pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik mempengaruhi pemilihan kerjaya
sebagai guru sains dan matematik. Seramai 8.2% responden menyatakan tidak pasti
dengan faktor masa tetapi bersetuju dengan pencapaian dalam subjek sains dan
matematik menyumbang kepada pemilihan profesion perguruan sains dan matematik.
Terdapat 3.0% responden sangat bersetuju dengan pencapaian dalam mata pelajaran
sains dan matematik namun menjawab tidak pasti dengan faktor masa. Min bagi item
pencapaian ialah 2.8. Nilai min pencapaian menunjukkan pencapaian yang sederhana
kerana hanya sesetengah pelajar menyatakan pencapaian dalam mata pelajaran sains dan
matematik mendorong pemilihan profesion dalam bidang ini. Justeru, dapatan kajian
menunjukkan pelajar mengakui pencapaian dalam subjek sains dan matematik serta
bersetuju faktor masa menyumbang kepada pemilihan profesion dalam bidang sains dan
matematik. Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa pencapaian dalam subjek
sains dan matematik dan faktor masa saling berkaitan antara satu sama lain dalam
mempengaruhi pemilihan kerjaya sebagai guru sains dan matematik.
57
4.4.4 Fator Ganjaran
Jadual 4.11 di bawah menunjukkan taburan responden antara faktor ganjaran dan
pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik. Kajian menunjukkan majoriti
22.5% responden bersetuju ganjaran berpeluang menjadi guru bidang dan pencapaian
dalam mata pelajaran sains dan matematik mempengaruhi pemilihan profesion
perguruan dalam bidang sains dan matematik. Seramai 7.5% responden bersetuju
peluang tersebut dan sangat bersetuju memilih bidang sains dan matematik kerana
pencapaian yang baik. Terdapat juga responden yang memilih profesion dalam bidang
sains dan matematik disebabkan berpeluang menjadi guru bidang namun tidak bersetuju
pencapaian dalam bidang tersebut merupakan faktor pemilihan profesion dalam bidang
ini iaitu 7.5%. Hanya 3.8% responden menyatakan sangat tidak bersetuju pencapaian
dalam bidang sains dan matematik mendorong pemilihan profesion perguruan tetapi
mengakui ganjaran berpeluang menjadi guru bidang merupakan salah satu faktor
memilih profesion dalam bidang ini.
Selain itu, 7.5% responden sangat bersetuju berpeluang menjadi guru bidang dan
bersetuju pencapaian yang baik mendorong pemilihan kerjaya sebagai guru sains dan
matematik. Seramai 3.8% responden pula menyatakan sangat bersetuju pencapaian dan
berpeluang menjadi guru bidang mempengaruhi pemilihan profesion perguruan sains
dan matematik. Sebaliknya, 2.3% responden mengakui sangat bersetuju berpeluang
menjadi guru bidang merupakan salah satu faktor pemilihan profesion perguruan namun
tidak bersetuju pencapaian mendorong responden memilih kerjaya sebagai guru dalam
bidang sains dan matematik. Terdapat 0.8% responden mengakui berpeluang menjadi
guru bidang sangat mempengaruhi dalam memilih profesion perguruan sains dan
matematik tetapi sangat tidak bersetuju pencapaian dalam subjek sains dan matematik
mendorong responden memilih kerjaya ini.
58
Faktor Ganjaran
Skor
Pencapaian ( Peratus, % ) Min
(Pencapaian) 1 2 3 4
Saya berpeluang menjadi guru
bidang.
1 0 0 3.0 0 2.8
2 1.5 1.5 2.3 0.8
3 4.5 7.5 15.7 7.5
4 3.8 7.5 22.5 7.5
5 0.8 2.3 7.5 3.8
Jadual 4.11 : Taburan Responden Antara Faktor Ganjaran dan Pencapaian
Dalam Mata Pelajaran Sains dan Matematik.
Terdapat 3.0% responden yang sangat tidak bersetuju dengan ganjaran
berpeluang menjadi guru bidang namun mengakui pencapaian dalam bidang sains dan
matematik merupakan faktor pemilihan kerjaya sebagai guru sains dan matematik. Di
samping itu, tiada pelajar yang menyatakan tidak bersetuju pencapaian yang baik dalam
subjek matematik dan sains serta ganjaran menjadi guru bidang mempengaruhi
responden dalam memilih profesion perguruan ini.
Kajian menunjukkan 1.5% responden tidak bersetuju ganjaran menjadi guru
bidang dan pencapaian dalam bidang sains dan matematik mendorong pemilihan
profesion perguruan sains dan matematik manakala 0.8% responden menjawab sangat
bersetuju pencapaian sains dan matematik mempengaruhi pemilihan profesion namun
tidak bersetuju ganjaran berpeluang menjadi guru bidang mempengaruhi responden.
Terdapat 1.5% responden menyatakan sangat tidak bersetuju pencapaian dalam mata
pelajaran sains dan matematik sekali gus tidak bersetuju ganjaran tersebut merupakan
faktor pemilihan profesion dalam bidang ini. Walau bagaimanapun, 2.3% responden
tidak bersetuju ganjaran menjadi guru bidang merupakan faktor pemilihan profesion
perguruan tetapi mengakui bersetuju pencapaian dalam subjek sains dan matematik
mendorong pemilihan kerjaya sebagai guru sains dan matematik. Min bagi item
pencapaian ialah 2.8. Walaupun min bagi item pencapaian adalah sederhana namun
secara keseluruhannya pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik
59
mempengaruhi pemilihan profesion perguruan. Justeru, kajian yang dijalankan
mendapati pelajar mengakui bersetuju faktor ganjaran dan pencapaian mendorong
pemilihan profesion perguruan sekali gus menunjukkan pencapaian dalam mata
pelajaran sains dan matematik serta ganjaran yang ditawarkan saling berkaitan dalam
memilih kerjaya sebagai guru sains dan matematik.
4.4.5 Faktor Pengaruh Keluarga
Jadual 4.12 di bawah menunjukkan taburan responden antara faktor pengaruh
keluarga dan pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik. Kajian yang
dijalankan menunjukkan majoriti 16.5.% responden bersetuju bahawa pengaruh keluarga
mendorong mereka memilih profesion perguruan dan pencapaian dalam mata pelajaran
sains dan matematik mempengaruhi dalam memilih kerjaya sebagai guru sains dan
matematik. Seramai 6.0% responden sangat bersetuju bahawa pencapaian dalam mata
pelajaran sains dan matematik serta bersetuju faktor pengaruh keluarga mempengaruhi
responden untuk menceburi bidang perguruan. Terdapat responden yang menyatakan
bersetuju faktor pengaruh keluarga mendorong responden memilih profesion perguruan
iaitu 5.2% tetapi tidak bersetuju pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik
mempengaruhi pemilihan profesion perguruan dalam bidang sains dan matematik.
Hanya 3.8% responden sahaja yang menjawab bersetuju pengaruh keluarga merupakan
sebab responden memilih profesion ini tetapi sangat tidak bersetuju pencapaian dalam
mata pelajaran sains dan matematik mempengaruhi pemilihan kerjaya sebagai guru sains
dan matematik.
Terdapat 3.0% responden mengakui sangat bersetuju faktor pengaruh keluarga
dan pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik mendorong pemilihan
profesion perguruan dalam bidang sains dan matematik. Analisis yang dijalankan
mendapati 1.5% responden sangat bersetuju pengaruh keluarga merupakan salah satu
faktor pemilihan profesion perguruan tetapi tidak bersetuju pencapaian dalam mata
60
pelajaran sains dan matematik mempengaruhi pemilihan kerjaya sebagai guru sains dan
matematik. Hanya 0.8% menjawab sangat bersetuju pengaruh keluarga itu sendiri yang
mendorong responden memilih profesion perguruan tetapi sangat tidak bersetuju bahawa
pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik mempengaruhi pemilihan
profesion perguruan dalam bidang sains dan matematik. Namun, 6.0% responden
mengakui bersetuju pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik dan
menyatakan sangat bersetuju faktor pengaruh keluarga mendorong responden memilih
kerjaya sebagai guru sains dan matematik.
Faktor
Pengaruh Keluarga
Skor
Pencapaian ( Peratus, % ) Min
(Pencapaian) 1 2 3 4
Ramai rakan saya memilih
profesion perguruan.
1 3.8 3.0 6.8 2.3 2.8
2 1.5 7.5 9.7 6.0
3 0.8 1.5 12.0 2.3
4 3.8 5.2 16.5 6.0
5 0.8 1.5 6.0 3.0
Jadual 4.12 : Taburan Responden Antara Faktor Pengaruh Keluarga dan
Pencapaian Dalam Mata Pelajaran Sains dan Matematik.
Walau bagaimanapun, 12.0% responden menyatakan tidak pasti samada
pengaruh keluarga merupakan salah satu faktor pemilihan profesion perguruan tetapi
bersetuju pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik mempengaruhi
pemilihan kerjaya sebagai guru sains dan matematik. Seramai 0.8% responden yang
menyatakan tidak pasti dengan pengaruh keluarga seterusnya sangat tidak bersetuju
pencapaian dalam bidang sains dan matematik mendorong responden dalam memilih
kerjaya sebagai guru sains dan matematik. Terdapat 2.3% tidak pasti dengan pengaruh
keluarga namun sangat bersetuju pencapaian yang baik dalam subjek sains dan
matematik mendorong pemilihan dalam profesion ini. Manakala 12.0% menyatakan
tidak pasti pengaruh keluarga mempengaruhi dalam pemilihan kerjaya ini tetapi
bersetuju dengan pencapaian yang baik mendorong dalam memilih profesion ini.
61
Terdapat 3.8% responden yang sangat tidak bersetuju dengan pengaruh keluarga
dan pencapaian dalam bidang sains dan matematik merupakan faktor pemilihan kerjaya
sebagai guru sains dan matematik. Di samping itu, 3.0% responden menjawab tidak
bersetuju pencapaian yang baik dalam subjek matematik dan sains serta sangat tidak
bersetuju pengaruh keluarga mempengaruhi responden dalam memilih profesion
perguruan ini. Namun terdapat 6.8% responden yang sangat tidak bersetuju pengaruh
keluarga merupakan salah satu faktor pemilihan tetapi bersetuju pencapaian dalam
bidang sains dan matematik mendorong responden dalam memilih kerjaya sebagai guru
sains dan matematik. Seramai 2.3% responden pula menyatakan sangat tidak bersetuju
dengan pengaruh keluarga tetapi sangat bersetuju pencapaian dalam mata pelajaran sains
dan matematik menyumbang kepada pemilihan profesion perguruan dalam bidang sains
dan matematik.
Kajian menunjukkan 7.5% responden tidak bersetuju pengaruh keluarga dan
pencapaian dalam bidang sains dan matematik mendorong pemilihan profesion
perguruan sains dan matematik manakala 6.0% responden menjawab sangat bersetuju
pencapaian sains dan matematik mempengaruhi pemilihan profesion namun tidak
bersetuju pengaruh keluarga mempengaruhi responden. Terdapat 1.5% responden
menyatakan sangat tidak bersetuju pencapaian dalam mata pelajaran sains dan
matematik sekali gus tidak bersetuju pengaruh keluarga merupakan faktor pemilihan
profesion dalam bidang ini. Walau bagaimanapun, 9.7% responden tidak bersetuju
pengaruh keluarga merupakan faktor pengaruh keluarga tetapi mengakui bersetuju
pencapaian dalam subjek sains dan matematik mendorong pemilihan kerjaya sebagai
guru sains dan matematik. Item pencapaian menunjukkan nilai min 2.8. Justeru, dapatan
kajian mendapati majoriti mengakui pencapaian dalam subjek sains dan matematik dan
pengaruh keluarga menyumbang kepada pemilihan profesion dalam bidang sains dan
matematik. Ini menunjukkan pelajar memilih profesion perguruan dalam bidang sains
dan matematik kerana pencapaian yang cemerlang dalam bidang tersebut diiringi
pengaruh keluarga. Sebagai kesimpulan, secara keseluruhannya pencapaian dalam
subjek sains dan matematik serta pengaruh keluarga adalah saling berkaitan dalam
62
mendorong pelajar menceburi diri dalam profesion perguruan bidang sains dan
matematik.
4.5 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, proses penganalisisan data dijalankan memberikan
dapatan yang jelas tentang aspek-aspek yang dikaji oleh penyelidik. Segala dapatan yang
diperolehi daripada analisis ini akan dibuat rumusan mengenainya. Ia adalah bertujuan
untuk mengenalpasti adakah dapatan yang diperolehi ini telah memenuhi atau tidak bagi
segala persoalan kajian yang dikemukakan. Selain itu, berdasarkan dapatan yang
diperolehi, pengkaji juga dapat memberikan cadangan-cadangan bagi membaiki segala
kelemahan yang dikenalpasti sepanjang kajian ini dijalankan. Untuk itu, segala
perbincangan dan rumusan mengenai persoalan kajian ini dibincangkan dengan lebih
mendalam di dalam bab yang selanjutnya iaitu bab V.
BAB 5
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Bab ini menyentuh tentang perbincangan, rumusan dan cadangan penyelidik
terhadap kajian yang dilakukan. Hasil kajian ini bertujuan mengenal pasti faktor-faktor
pemilihan profesion perguruan di kalangan pelajar dan hubung kait antara pemilihan
profesion perguruan dalam bidang sains dan matematik dengan pencapaian dalam mata
pelajaran sains dan matematik. Maklumat berhubung dengan kajian ini diperoleh melalui
maklum balas daripada borang soal selidik yang diedarkan oleh penyelidik kepada
pelajar yang mengikut kursus pendidikan di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai, Johor. Perbincangan dan rumusan dibuat adalah berdasarkan kepada
objektif kajian yang terdapat dalam Bab 1.
5.2 Perbincangan
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau dan mengenal pasti faktor-faktor
yang mempengaruhi pelajar memilih profesion dalam bidang sains dan matematik.
Pengkaji akan membincangkan hasil dapatan kajian berdasarkan objektif kajian.
64
Pengkaji akan membuat kesimpulan dan akan mengemukakan beberapa cadangan yang
rasional berdasarkan hasil kajian yang diperoleh daripada aspek-aspek yang dikaji.
Perbincangan akan difokuskan kepada 5 aspek dalam pemilihan profesion perguruan
iaitu faktor masa, faktor ganjaran, faktor prestij, faktor minat dan juga faktor pengaruh
keluarga.
5.3 Hubung Kait Antara Faktor Pemilihan Profesion Perguruan Dengan
Pencapaian Dalam Mata Pelajaran Sains dan Matematik.
5.3.1 Faktor Prestij
Daripada keseluruhan dapatan yang diperolehi dalam kajian yang dijalankan,
didapati kebanyakan responden bersetuju menyatakan faktor prestij profesion perguruan
merupakan salah satu faktor yang mendorong mereka memilih profesion perguruan.
Masyarakat bertanggapan bahawa guru merupakan seorang yang berpengaruh dan
mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang tertentu. Mok Soon Sang (1995)
menyatakan bahawa pekerjaan guru adalah merupakan pekerjaan yang melibatkan
intelek dan tindakan. Seorang guru perlu sentiasa berfikir, merancang dan menilai
pelajar-pelajarnya dari sudut yang positif dan bersikap dedikasi dalam menjalankan
tugas sebagai seorang pendidik. Untuk memiliki pencapaian akademik yang cemerlang,
seorang guru perlu sentiasa berusaha untuk menerokai sesuatu ilmu pengetahuan dengan
lebih mendalam sebelum disampaikan kepada anak didik mereka. Dalam pembentangan
belanjawan 2010, pihak kerajaan telah memperuntukkan beberapa strategi dan
peruntukan bagi warga pendidikan bermula dari pra hinggalah Pengetua dan Guru Besar
sekolah. Ini menunjukkan profesion perguruan semakin mendapat pengiktirafan di
kalangan masyarakat di atas usaha yang telah dicurahkan oleh para pendidik.
Pengiktirafan masyarakat terhadap profesion perguruan ini dapat menguatkan lagi
65
semangat para guru untuk berjuang mendidik anak bangsa. Hal ini disokong oleh
Ginzberg (1995) yang menyatakan bahawa penghormatan yang diterima daripada orang
sekeliling dan kemampuan untuk yakin pada keputusan diri akan memberikan satu
pengalaman yang kuat terhadap imaginasi, usaha, tumpuan, dan keinginan untuk terus
melaksanakan sesuatu tugas. Kajian yang dijalankan terhadap pelajar yang mengambil
kursus perguruan di UTM menunjukkan maklum balas yang positif di mana responden
mengakui kerjaya sebagai seorang guru merupakan pekerjaan yang mulia. Selain itu,
hasil kajian yang dijalankan mendapati pelajar berpendapat bahawa pencapaian dalam
mata pelajaran sains dan matematik merupakan salah satu faktor yang mendorong
pemilihan profesion perguruan dalam bidang sains dan matematik. Nilai purata min bagi
faktor prestij mencatatkan nilai yang tertinggi iaitu 4.1 menunjukkan majoriti pelajar
berpendapat faktor prestij merupakan faktor utama yang mendorong kepada pemilihan
profesion perguruan dalam bidang sains dan matematik di samping pencapaian yang
baik dalam kedua-dua subjek sains dan matematik.
Secara keseluruhannya , faktor prestij profesion perguruan dilihat masih
diutamakan oleh masyarakat di Malaysia yang menganggap profesion perguruan
merupakan pekerjaan yang mulia seiring dengan arus permodenan sains dan teknologi.
5.3.2 Faktor Minat
Minat memainkan peranan yang penting dalam memilih sesuatu bidang terutama
sekali dalam memilih kerjaya yang ingin diceburi. Dengan adanya minat yang
mendalam dalam bidang perguruan, seorang guru akan berusaha untuk menjalankan
tanggung jawab sebagai seorang guru dan sentiasa ingin melakukan yang terbaik untuk
anak-anak didik mereka. Hal ini disokong oleh Ismail (1992) yang menegaskan bahawa
minat terhadap sesuatu perkara atau aktiviti mendorong seseorang untuk meneroka
dengan lebih jauh. Seseorang yang berminat terhadap sesuatu bidang akan memastikan
66
kerja yang dilakukan sempurna dan akan berusaha melakukan yang terbaik. Ciri-ciri
penting yang perlu ada atau dimiliki oleh setiap guru mahupun bakal guru ialah minat
yang penuh terhadap keseluruhan tugasnya baik di sekolah mahupun melibatkan warga
luar sekolah, Tajul (1996). Seseorang guru yang mempunyai minat yang mendalam
terhadap profesion perguruan akan sentiasa memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) dapat berjalan dengan baik dan lancar serta akan sentiasa membaiki
dan mempelbagaikan kaedah pengajaran untuk meningkatkan kefahaman pelajar.
Kajian yang dilakukan menunjukkan majoriti 25.4% pelajar khusus sains dan
matematik bersetuju bahawa minat yang mendalam terhadap profesion perguruan sekali
gus pencapaian yang baik dalam mata pelajaran sains dan matematik mempengaruhi
kepada pemilihan profesion perguruan dalam bidang sains dan matematik. Penyelidik
mengandaikan minat merupakan faktor utama yang mendorong pemilihan kerjaya
perguruan sebaliknya dapatan kajian menunjukkan faktor prestij merupakan faktor
utama yang mempengaruhi pelajar dalam memilih profesion perguruan. Walau
bagaimanapun, bilangan pelajar yang mengambil kursus sains dan matematik di Fakulti
Pendidikan dapat ditingkatkan lagi sekiranya pihak fakulti mengkaji dengan lebih
terperinci cara-cara untuk menanamkan minat pelajar terhadap profesion perguruan
khususnya dalam bidang sains dan matematik dalam usaha untuk melahirkan guru sains
dan matematik yang berkualiti.
5.3.3 Faktor Masa
Masa merupakan faktor terpenting dalam memilih sesuatu kerjaya yang ingin
diceburi. Masa kerja yang singkat iaitu kurang dari 8 jam dan cuti yang panjang sering
dikaitkan dengan profesion perguruan. Cuti yang panjang membolehkan guru mencari
pendapatan tambahan ataupun menghabiskan masa bersama keluarga. Hal ini disokong
oleh Ribak (1994) sewaktu menjalankan kajian ke atas penuntut lepasan ijazah untuk
67
mengetahui faktor-faktor seseorang memilih kerjaya sebagai pentadbir sekolah,
kaunselor sekolah dan guru telah mendapati bahawa sebab-sebab yang mempengaruhi
seseorang menjadi guru adalah kerana jadual kerja yang tersusun baik dan cuti yang
mencukupi.
Dapatan kajian menunjukkan responden bersetuju bahawa kerjaya sebagai guru
mempunyai cuti yang banyak berdasarkan nilai min iaitu 3.6. Selain itu, ramai pelajar
mengakui bahawa profesion perguruan membolehkan guru meluangkan masa bersama
keluarga ini dapat dibuktikan menerusi dapatan kajian menunjukkan nilai min 4.0.
Pencapaian yang cemerlang dalam mata pelajaran sains dan matematik mendorong
pelajar memilih profesion ini memandangkan profesion perguruan mempunyai cuti yang
panjang dan waktu kerja yang singkat iaitu kurang daripada 8 jam sehari. Justeru, secara
keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa faktor masa juga merupakan faktor yang
terpenting dan diambil kira oleh seseorang individu di samping pencapaian yang
memberangsangkan dalam sesuatu subjek sebelum memilih kerjaya yang ingin diceburi.
5.3.4 Faktor Ganjaran
Ganjaran juga merupakan salah satu faktor yang mendorong pemilihan profesion
perguruan sebagai kerjaya. Ganjaran atau gaji memainkan peranan penting dalam
memilih sesuatu profesion. Hal ini kerana ganjaran boleh memberi motivasi kepada
seseorang individu untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik. Begitu juga dalam bidang
pendidikan di mana ganjaran yang ditawarkan dapat memenuhi keperluan dan kehendak
seseorang guru. Analisis data mencatatkan nilai min 2.9 bagi item yang menyatakan gaji
guru lumayan dan ini menunjukkan ramai responden yang tidak bersetuju bahawa gaji
guru adalah lumayan. Ini bertepatan dengan hasil kajian yang dilakukan oleh National
Educational Association, Amerika Syarikat (Parkley, 1993) yang menunjukkan lebih
50% guru melahirkan rasa tidak puas hati dengan gaji yang ditawarkan kerana terlalu
68
rendah. Perbentangan bajet 2011 menunjukkan 213 juta ringgit telah diperuntukkan oleh
pihak kerajaan sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada
pengetua atau guru besar sekolah dan guru cemerlang (Muhd Zikri Md Husaini, 2011).
Dapatan daripada kajian ini menunjukkan 24.0% pelajar mengakui tidak pasti
dengan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) yang diberikan kepada guru sains
dan matematik yang menggunakan Bahasa Inggeris dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) matematik dan sains di dalam kelas. Namun begitu, pelajar
menyatakan bersetuju bahawa pencapaian dalam subjek sains dan matematik
mempengaruhi pemilihan profesion dalam bidang ini. Hal ini berlaku mungkin kerana
kurangnya pendedahan tentang ganjaran yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada guru
sains dan matematik seperti BISP, elaun dan sebagainya. Peluang untuk menjadi guru
bidang dilihat merupakan faktor utama mendorong pelajar memilih profesion perguruan.
Pihak fakulti perlu memainkan peranan dalam usaha untuk memberi pendedahan kepada
pelajar tentang ganjaran yang ditawarkan oleh pihak kerajaan kepada guru dalam bidang
sains dan matematik sekali gus dapat menarik minat lebih ramai guru sains dan
matematik kelak.
5.3.5 Faktor Pengaruh Keluarga
Pengaruh keluarga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi seseorang
dalam memilih sesuatu kerjaya. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam
merangsang minat anak-anak untuk memilih sesuatu bidang yang ingin diceburi. Selaras
dengan itu, Burke (1998) pernah menyatakan bahawa terdapat dua golongan masyarakat
yang mempunyai tanggapan yang berlainan. Golongan pertama terdiri daripada ibu bapa
yang mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak dan mereka ini mempunyai latar
belakang pendidikan yang baik dan sempurna serta menyandang jawatan yang baik
dalam sektor kerajaan atau swasta. Sebaliknya, golongan kedua pula merupakan
69
golongan ibu bapa yang berpendidikan sederhana dan mereka ini kurang mengambil
berat terhadap pendidikan anak-anak mereka.
Selain itu, kajian yang dijalankan oleh Nazaria, et. al (1998) ke atas 66 orang
pelajar mendapati bahawa kemerosotan minat pelajar terhadap mata pelajaran sains tulen
di Sekolah Majidi Baru, Johor Bahru disebabkan oleh faktor pemilihan bidang
pembelajaran melibatkan ibu bapa yang memberi sokongan dan perangsang, mengambil
berat tentang subjek pilihan anak mereka serta mendapat dorongan melalui program-
program di kaca televisyen (TV) dan bacaan tambahan mengenai mata pelajaran
tersebut. Mohd Fadilah (1997) pula berpendapat bahawa ibu bapa bukan sahaja
bertindak sebagai penjaga, pendidik, pengasuh dan pemimpin malah lebih daripada itu.
Maka tidak hairanlah ibu bapa boleh menjadi sumber rujukan dalam mendorong
keputusan seseorang dalam memilih sesuatu kerjaya. Namun kajian yang dijalankan
mendapati majoriti responden menyatakan sangat tidak bersetuju bahawa ibu bapa
sebagai seorang guru mempengaruhi pemilihan profesion perguruan ini. Walau
bagaimanapun, responden mengakui bersetuju memilih profesion perguruan dalam
bidang sains dan matematik disebabkan pencapaian dalam subjek sains dan matematik.
Pengaruh rakan dilihat memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pemilihan
sesuatu profesion. Majoriti pelajar mengakui ramai rakan mereka memilih profesion
perguruan. Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa faktor pengaruh keluarga
merupakan faktor terendah dalam mempengaruhi pelajar memilih profesion perguruan
dengan nilai purata min hanya 2.5 menunjukkan pengaruh keluarga paling kurang
mempengaruhi seseorang untuk menceburi sesuatu bidang.
5.4 Rumusan
Hasil daripada perbincangan dapatan kajian, dapat dirumuskan bahawa faktor
prestij profesion perguruan merupakan faktor utama dalam pemilihan profesion
perguruan di samping pencapaian dalam bidang sains dan matematik yang mendorong
70
kepada pemilihan kerjaya sebagai guru sains dan matematik. Pelajar-pelajar jurusan
sains dan matematik mengakui profesion perguruan merupakan pekerjaan yang mulia
dan disanjung oleh masyarakat. Hasil kajian juga mendapati pelajar mengakui kerjaya
guru adalah terjamin dan ini merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada
pemilihan profesion perguruan. Tiada pelajar yang menyatakan sangat tidak bersetuju
terhadap faktor prestij mahupun menafikan pencapaian dalam subjek matematik dan
sains mempengaruhi pemilihan kerjaya sebagai guru dalam bidang ini. Ini menunjukkan
faktor prestij dan pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik saling berkaitan
antara satu sama lain dalam mempengaruhi pemilihan kerjaya sebagai guru sains dan
matematik.
Selain itu, kajian menunjukkan faktor minat merupakan antara faktor kedua yang
paling mempengaruhi pelajar untuk menceburkan diri dalam bidang perguruan sains dan
matematik selepas faktor prestij. Seharusnya pelajar menunjukkan minat terhadap
profesion perguruan sebelum memilih profesion ini namun terdapat segelintir pelajar
yang menyatakan tidak meminati profesion ini. Sebaliknya, pencapaian yang baik dalam
mata pelajaran sains dan matematik mendorong responden memilih kerjaya perguruan
dalam bidang sains dan matematik. Sepatutnya minat yang mendalam terhadap bidang
perguruan mempengaruhi penglibatan diri dalam profesion ini namun faktor prestij
merupakan faktor yang lebih mendorong pelajar memilih profesion perguruan. Sufean
(1993) menyatakan bahawa minat merupakan keghairahan atau kegemaran seseorang
untuk melakukan sesuatu perkara. Namun hasil kajian yang dijalankan agak
memeranjatkan kerana pelajar seharusnya lebih meminati profesion perguruan setelah
menjalani latihan mengajar di sekolah tetapi terdapat pelajar tahun 3 dan 4 khusus sains
dan matematik mengakui tidak meminati profesion perguruan. Kurangnya motivasi di
kalangan pelajar mungkin menyumbang kepada tiadanya minat terhadap sesuatu bidang
tersebut. Subjek yang ditawarkan oleh pihak fakulti dan silibus yang terdapat dalam
sesuatu subjek juga dapat mempengaruhi minat di kalangan pelajar. Pihak fakulti
khususnya hendaklah mengkaji semula silibus subjek-subjek yang ditawarkan kepada
pelajar khusus sains dan matematik dalam usaha untuk meningkatkan lagi minat dalam
71
bidang sains dan matematik untuk menghasilkan guru sains dan matematik yang
berkualiti kelak. Pencapaian yang cemerlang dalam bidang sains dan matematik tanpa
minat yang mendalam terhadap bidang perguruan sudah tentu tidak dapat menghasilkan
guru sains dan matematik yang mempunyai daya saing yang tinggi serta berfikiran
secara kritis dan kreatif.
Kajian yang dijalankan menunjukkan faktor masa mempengaruhi pemilihan
pelajar dalam profesion perguruan. Hal ini demikian kerana ramai yang menyatakan
bersetuju kerjaya sebagai guru mempunyai cuti yang banyak. Di samping itu juga
dapatan kajian mendapati maklum balas yang positif daripada pelajar yang berpendapat
bahawa menjadi guru dapat meluangkan masa bersama keluarga. Ini menunjukkan
faktor masa merupakan faktor yang penting dalam memilih sesuatu kerjaya. Waktu kerja
yang singkat sering kali dikaitkan dengan profesion perguruan. Hal ini disokong oleh
Mohd Salleh Lebar (1998) yang berpendapat bahawa banyak masa lapang bersama
keluarga kerana cuti adalah lebih banyak berbanding kerjaya yang lain menyumbang
kepada pemilihan profesion perguruan. Kajian juga menunjukkan pencapaian dalam
subjek sains dan matematik mendorong pelajar memilih kerjaya sebagai guru sains dan
matematik di sebalik faktor masa dalam profesion itu sendiri. Maka, dapat dirumuskan
bahawa pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik dan faktor masa adalah
saling berkaitan dalam mendorong individu memilih kerjaya sebagai guru sains dan
matematik.
Ganjaran yang ditawarkan juga merupakan antara faktor seseorang individu
memilih sesuatu kerjaya. Bakhtiar Mansor (1993) telah menyatakan bahawa profesion
perguruan adalah merupakan suatu profesion yang statik, kurang masa dan peluang
terlalu kecil. Berdasarkan kajian yang dilakukan mendapati bahawa peluang kenaikan
pangkat dalam bidang perguruan hanya 3.5% sahaja berbanding dengan bidang
profesion yang lain. Dalam kajian ini, penyelidik mendapati bahawa terdapat sesetengah
pelajar menceburi bidang perguruan bukan kerana ganjaran yang ditawarkan dengan
menyatakan tidak bersetuju bahawa gaji seorang guru lumayan. Namun tidak dapat
72
dinafikan peluang menjadi guru bidang merupakan sebab utama pemilihan profesion
perguruan Selain itu, analisis kajian menunjukkan majoriti pelajar tidak pasti dengan
Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) yang ditawarkan kepada guru sains dan
matematik yang menggunakan Bahasa Inggeris dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) matematik dan sains. Kurangnya pendedahan terhadap isu-isu
semasa dalam bidang pendidikan menyebabkan pelajar kurang pasti dengan ganjaran
tersebut. Seharusnya pelajar yang telah menjalani latihan mengajar di sekolah
mengetahui peluang-peluang yang telah disediakan dalam bidang perguruan
terutamanya guru sains dan matematik. Justeru, tidak hairanlah sekiranya faktor
ganjaran merupakan faktor kedua terendah dalam memilih profesion perguruan. Walau
bagaimanapun, majoriti pelajar menyatakan pencapaian dalam bidang sains dan
matematik menyumbang kepada pemilihan kerjaya sebagai guru matematik dan sains.
Justeru, dapat disimpulkan bahawa faktor ganjaran kurang mempengaruhi individu
dalam memilih kerjaya sebagai guru namun tidak dapat dinafikan lagi pencapaian
merupakan elemen terpenting dalam pemilihan profesion perguruan dalam bidang sains
dan matematik. Terdapat juga responden yang bersetuju dengan BISP serta pencapaian
dalam bidang sains dan matematik mendorong pelajar memilih profesion perguruan
dalam bidang ini. Ini menunjukkan faktor ganjaran dan pencapaian adalah saling
berkaitan antara satu sama lain dalam memilih sesuatu kerjaya.
Selain itu, faktor pengaruh juga merupakan salah satu faktor yang dikaji dalam
kajian ini. Dapatan kajian mendapati bahawa majoriti pelajar tidak bersetuju ibu bapa
mempengaruhi pemilihan individu dalam profesion perguruan. Seterusnya pelajar juga
menyatakan tidak bersetuju ramai ahli keluarga bekerja sebagai guru mendorong
pemilihan kerjaya sebagai guru. Tambahan pula pelajar mengakui sangat tidak bersetuju
tiadanya galakan daripada ibu bapa untuk menceburi kerjaya selain daripada guru
mempengaruhi dalam pemilihan profesion perguruan. Terdapat pelajar menyatakan
bersetuju bahawa ramai rakan memilih profesion perguruan. Kajian yang dijalankan oleh
Mohd Salleh Lebar (1998) mendapati salah satu faktor yang mendorong dalam memilih
kerjaya sebagai guru ialah terpengaruh dengan rakan-rakan dan ahli keluarga. Namun
dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan sebaliknya. Mungkin selepas menjalani
73
latihan mengajar di sekolah dan mengikuti subjek-subjek yang berkaitan dengan
pendidikan telah mengurangkan faktor pengaruh keluarga memandangkan kajian yang
dijalankan hanya melibatkan pelajar tahun 3 dan 4 khusus sains dan matematik. Ini jelas
hasil daripada dapatan kajian yang menunjukkan faktor pengaruh kurang di ambil kira
dalam memilih kerjaya sebagai guru. Walau bagaimanapun, pelajar mengakui
pencapaian dalam subjek matematik dan sains mempengaruhi penglibatan dalam
profesion perguruan. Ini menunjukkan pencapaian dalam bidang sains dan matematik
merupakan faktor utama dalam memilih kerjaya sebagai guru sains dan matematik
berbanding faktor pengaruh keluarga. Hal ini demikian kerana menerusi kajian yang
dijalankan mendapati bahawa pelajar mengakui sangat tidak bersetuju pengaruh
keluarga mempengaruhi dalam memilih profesion dalam bidang sains dan pendidikan
namun bersetuju pencapaian dalam bidang sains dan matematik menyumbang kepada
pemilihan kerjaya ini. Keyakinan yang tinggi terhadap kebolehan diri selepas menjalani
praktikal di sekolah akan mengurangkan faktor pengaruh keluarga sedikit demi sedikit
apabila seseorang berasa seronok dengan bidang yang diceburinya.
5.5 Cadangan
Dalam pemilihan profesion, faktor-faktor yang dikaji merupakan faktor yang
dipertimbangkan oleh setiap individu sebelum memilih sesuatu kerjaya. Hasil daripada
dapatan kajian yang dilakukan di dapati bahawa faktor prestij merupakan faktor utama
mempengaruhi pelajar dalam memilih profesion perguruan diikuti faktor minat, masa,
ganjaran dan pengaruh. Berikut adalah beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan
dalam menangani masalah kurang cenderung memilih profesion perguruan berdasarkan
faktor-faktor yang dikenalpasti dalam kajian ini.
i. Terdapat segelintir pelajar yang tidak meminati profesion perguruan. Pihak
fakulti seharusnya memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan minat
74
pelajar terhadap profesion perguruan dengan mengkaji kembali silibus yang
terdapat dalam subjek-subjek yang ditawarkan di FP. Selain itu, subjek teori dan
praktikal hendaklah seimbang agar apa yang dipelajari selama 4 tahun di
universiti dapat dipraktikkan dalam dunia pekerjaan yang sebenar.
ii. Pihak fakulti juga boleh menyemai minat cintakan bidang perguruan di
kalangan pelajar pendidikan dengan mengadakan lebih banyak aktiviti yang
mendedahkan pelajar kepada profesion perguruan seperti mengendalikan
program motivasi mengenai cintakan sains dan matematik di sekolah ,
matrikulasi dan sebagainya.
iii. Pihak fakulti hendaklah memperuntukkan lebih banyak dana untuk aktiviti-
aktiviti yang boleh meningkatkan sahsiah dan ketahanan pelajar seperti
mengadakan kem Bina Insan Guru (BIG) di luar universiti dalam usaha untuk
meningkatkan minat di kalangan pelajar FP sekali gus dapat menghasilkan
bakal guru yang berkualiti.
iv. Pihak FP seharusnya berusaha untuk menaikkan imej guru dengan memberikan
penekanan kepada aspek pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan,
budaya ilmu dan pembentukan sahsiah yang tinggi di kalangan bakal guru. Ini
bertujuan untuk menyediakan bakal pendidik yang sedia menghadapi cabaran
dalam profesion perguruan sekali gus memartabatkan profesion perguruan di
mata masyarakat.
v. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia seharusnya memberi lebih banyak
pendedahan menerusi media massa mahupun media cetak kepada pelajar-pelajar
sekolah tentang ganjaran yang akan diperolehi sekiranya menceburi dalam
profesion perguruan kerana ramai pelajar yang tidak mengetahui ganjaran dan
juga faedah yang bakal diperolehi sekiranya memilih kerjaya sebagai guru.
75
vi. Institusi pendidikan juga hendaklah menaikkan syarat kelayakan untuk
memohon dalam bidang perguruan ini khususnya kelayakan dalam pencapaian
bidang akademik untuk menjamin kualiti bakal guru seterusnya memartabatkan
profesion perguruan.
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan
Dapatan kajian ini akan menjadi lebih mantap dan berkesan sekiranya disusuli
dengan kajian lanjutan. Oleh itu, terdapat beberapa cadangan yang boleh dijadikan
kajian oleh bakal penyelidik yang berminat untuk meneruskan kajian ini.
i. Penyelidikan ini dijalankan dalam skop dan batasan kajian yang kecil. Untuk
mendapatkan maklumat yang boleh diterima dalam semua bidang berkaitan
faktor pemilihan profesion perguruan, kajian perlu dijalankan dengan lebih teliti
dalam jangka masa yang lebih panjang di samping memperluaskan skop kajian
ke institusi pengajian lain.
ii. Kaedah temu bual, pemerhatian dan sebagainya boleh digunakan dalam kajian
lanjutan untuk mendapatkan hasil kajian yang lebih tepat dan berkesan. Hal ini
kerana borang soal selidik yang digunakan tidak dapat menerangkan situasi
sebenar ataupun maklumat yang ingin disampaikan oleh responden dengan jelas
dan berkesan.
iii. Kajian juga boleh dijalankan terhadap sampel responden yang terdiri daripada
pelajar yang mengambil kursus pendidikan dalam bidang sains dan matematik
dengan guru sains dan matematik yang telah mengajar di sekolah.
iv. Item dalam set soal selidik hendaklah dikurangkan mengikut faktor yang ingin
dikaji bagi mendapatkan dapatan kajian yang lebih tepat dan bermakna. Hal ini
76
kerana bilangan item yang banyak dalam set soal selidik akan menyukarkan
proses analisis data sekali gus memberikan kesan kepada dapatan kajian.
5.7 Kesimpulan
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi
pelajar memilih profesion perguruan dalam bidang sains dan matematik. Dapatan kajian
ini dapat memberi manfaat kepada pihak fakulti pendidikan agar dapat membaiki
kekurangan yang terdapat pada bakal-bakal guru sekali gus menyediakan bakal guru
yang berkualiti dan bermutu di alam pekerjaan kelak. Kajian ini amat berguna untuk
dijadikan rujukan oleh pelajar yang ingin menceburi profesion perguruan dalam bidang
sains dan matematik agar pelajar dapat memilih profesion yang tepat berdasarkan
beberapa faktor yang perlu dititik beratkan. Akhir kata, segala cadangan yang
dikemukakan adalah suatu pandangan untuk meningkatkan pengetahuan tentang faktor-
faktor pemilihan profesion perguruan dalam bidang sains dan matematik di samping
menjadi rujukan yang berguna kepada pihak-pihak tertentu.
77
RUJUKAN
Azhar bin Rezali(2007).“Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Profesion
Perguruan di Kalangan Pelajar Tahun 1 Lepasan Matrikulasi”. Fakulti Pendidikan,
UTM. UTM: Tesis Sarjana Muda.
Azizi Yahaya (2005). Pembangunan Kendiri. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi
Malaysia.
Bendat, William, Raufman, Lisa an Sukiennik, Diane (1995). “ The Career Fitness”.
Program Arizona: Gorsuch.
Burke, R.J.(1998). “ Some Antecedents and Consequences of Work-Family Conflict”.
Journal of Social Behavior and Personality”.3.287-302
Esah Sulaiman(2002). “Profesionalisme Pendidikan”. Universiti Teknologi Malaysia.
Haji Mohamad Bajung Markorul (2000). “ Cabaran Guru Dalam Era dan Teknologi
Maklumat”. Dewan Siswa. Mei 2009.9. Vol 21, no 1-12, 2000 : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Josefowitz, Natasha (1998). “Fitting in”. Massachusett : Addison-Wesley Publishing,
Inc.
Mohd. Majid Kontang(2000). “Kaedah Penyelidikan Pendidikan”. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Najib Ghafar(1999). “Penyelidikan Pendidikan”. Universiti Teknologi Malaysia:
Cetak Ratu Sdn. Bhd.
Mohd Najib Ghafar(2003). “ Penyelidikan Pendidikan” . Fakulti Pendidikan,UTM.
Mohd Salleh Lebar(1993). “Bimbingan dan Kaunseling: Tugas Guru dan Kemahiran
Asas”. Selangor : Longman Malaysia Sdn. Bhd
Mohd Salleh Lebar(1998). “Sosiologi Sekolah dan Pendidikan”. Thinker’s Library Sdn.
Bhd: Selangor Darul Ehsan.
78
Mohd Salleh Abu(1999). “ Upgrading Teachers Knowledge and attitudes Regarding The
Use Of Information Technology in Education using a Multimedia Courseware”.
Skudai, UTM
Moktar Mokri(1998). “Faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Memilih Aliran
Kejuruteraan Teknikal Sebagai Pembentukan Awal Kerjaya Selepas Peperiksaan
Men.Ren. (PMR) di Dua Buah Sek.Men Teknik Negeri Melaka”. Universiti
Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.
Mok Song Sang(1995). “Matematik Untuk Dinamika Guru”. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman.
Noran Fauziah Yaakup dan Ahmad Mahdzan Ayob(1993). “Guru dan Perguruan”.
Cetakan Ketiga, Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia, Dewan bahasa
dan Pustaka.
Norlia Melawi(2000). “Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Tahun 1, Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Memilih Kerjaya Perguruan, Satu
Tinjauan Awal”. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda.
Subramaniam, S.(1995). “Usaha Untuk Meningkatkan Profesion Keguruan”. Paper
presented at the National Seminar on Teacher Education, UTM Johor, Malaysia at
18-19 Dec.
Tajul Ariffin Noordin dan Nor Aini(1992). “Pendidikan dan Wawasan 2020”. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
LAMPIRAN A
BORANG SOAL SELIDIK
TAJUK : FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH
PROFESION PERGURUAN DALAM BIDANG SAINS DAN MATEMATIK
Saudara / saudari yang dihormati,
1. Soal selidik ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat serta data bagi menjalankan
kajian di atas.
2. Soal selidik ini mengandungi 3 bahagian iaitu :
Bahagian A : Latar Belakang Responden
Bahagian B : Faktor-faktor pemilihan profesion perguruan
Bahagian C : Hubung kait pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik
dengan faktor-faktor pemilihan profesion perguruan.
3. Sila jawab kesemua soalan dalam setiap bahagian dengan ikhlas dan jujur.
4. Segala maklumat yang anda berikan akan dirahsiakan dan hanya akan digunakan bagi tujuan
kajian ini sahaja.
5. Segala kerjasama daripada pihak saudara / saudari amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.
INTAN SABARIAH BT SABRI
SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (MATEMATIK)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
LAMPIRAN A
Bahagian A : Latar Belakang Responden
Arahan : Sila tandakan ( √ ) dalam ruangan kotak yang disediakan. Bagi soalan yang
memerlukan jawapan bertulis, sila nyatakan pada ruangan yang telah disediakan.
1. Jantina
Lelaki
Perempuan
2. Umur
21-22
23-24
25 ke atas
3. Kaum
Melayu
Cina
India
Lain-lain (nyatakan) .........................................
4. Tahun Pengajian
2
3
4
LAMPIRAN A
5. Kursus
SPM
SPK
SPC
SPT
6. Lepasan dari
Matrikulasi
STPM
Diploma
7. Gred bagi subjek Matematik ( Lepasan Matrikulasi / STPM )
Sila nyatakan: ...................
8. Gred bagi subjek Sains ( Lepasan STPM / Diploma )
Sila nyatakan: ...................
9. Gred bagi subjek Fizik / Biologi ( Lepasan Matrikulasi )
Sila nyatakan: ...................
10. CGPA (sekarang)
2.50 - 2.99
3.00 - 3.49
3.50 - 4.00
LAMPIRAN A
Bahagian B
Berikut adalah pernyataan tentang faktor-faktor pemilihan profesion perguruan. Sila tandakan
( √ ) pada ruangan yang disediakan.
1. Sangat tidak setuju (STS)
2. Tidak setuju (TS)
3. Tidak pasti (TP)
4. Setuju (S)
5. Sangat setuju (SS)
No. Pernyataan 1 2 3 4 5
1. Profesion perguruan merupakan pekerjaan yang mulia.
2. Pekerjaan guru disanjung oleh masyarakat.
3. Beban guru sesuai dengan tugas.
4. Kerjaya guru adalah terjamin.
5. Peluang melanjutkan pelajaran senang diperoleh bila menjadi
guru.
6. Bekas guru saya merupakan sumber inspirasi saya.
7. Saya gemar mengajar sejak kecil lagi.
8. Saya suka kanak-kanak.
9. Saya meminati bidang perguruan.
LAMPIRAN A
10. Gaji seorang guru lumayan.
11. Menjadi guru memudahkan saya membuat pinjaman dari bank.
12. Penggunaan Bahasa Inggeris bagi pengajaran matematik dan
sains membolehkan saya mendapat Bayaran Insentif Subjek
Pendidikan (BISP).
13. Menjadi guru membolehkan saya tinggal dekat dengan
keluarga.
14. Saya berpeluang menjadi guru bidang.
15. Menjadi guru membolehkan saya membuat kerja sampingan
jika ada masa terluang.
16. Ibu bapa saya seorang guru.
17. Ahli keluarga saya ramai bekerja sebagai guru.
18. Ramai rakan saya memilih profesion perguruan.
19. Ramai rakan saya memilih profesion perguruan kerana
mendapat sokongan daripada ibu bapa untuk menceburi bidang
perguruan.
20. Ibu bapa menggalakkan saya memilih khusus dalam profesion
perguruan.
21. Kerjaya sebagai guru mempunyai cuti yang banyak.
22. Guru tidak terikat dengan masa.
23. Menjadi guru membolehkan saya meluangkan masa bersama
keluarga.
LAMPIRAN A
Bahagian C
Berikut adalah pernyataan tentang hubung kait pencapaian dalam mata pelajaran sains dan
matematik dengan faktor-faktor pemilihan profesion perguruan. Sila tandakan ( √ ) pada
ruangan yang disediakan.
1. Sangat tidak setuju (STS)
2. Tidak setuju (TS)
3. Setuju (S)
4. Sangat setuju (SS)
No. Pernyataan 1 2 3 4
1. Saya sangat meminati profesion perguruan sejak kecil lagi.
2. Saya sangat meminati mata pelajaran sains dan matematik.
3. Saya berminat menjadi guru sains dan matematik.
4. Mata pelajaran sains dan matematik sangat menarik.
5. Saya merupakan pelajar terbaik di sekolah dalam mata pelajaran
sains dan matematik.
6. Saya selalu mendapat gred yang tinggi dalam mata pelajaran sains.
7. Mata pelajaran sains dan matematik mudah difahami.
8. Mata pelajaran sains dan matematik memerlukan daya pemikiran
yang kreatif dan kritis.
LAMPIRAN A
9. Silibus dalam mata pelajaran sains dan matematik tidak
membebankan.
10. Saya selalu mendapat gred yang tinggi dalam mata pelajaran
matematik.
11. Pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik mendorong
saya memilih profesion perguruan.
12. Sains dan matematik mencabar pemikiran saya.
13. Pengetahuan saya dalam mata pelajaran sains dan matematik
mempengaruhi pemilihan profesion saya.
14. Saya lebih meminati mata pelajaran matematik berbanding mata
pelajaran yang lain.
15. Saya lebih meminati mata pelajaran sains berbanding mata
pelajaran yang lain.
16. Saya pernah mendapat gred C dalam mata pelajaran matematik
17. Saya pernah mendapat gred C dalam mata pelajaran sains.
18. Saya tidak meminati subjek-subjek membaca seperti Sejarah dan
Bahasa Melayu.
19. Minat yang mendalam terhadap bidang sains dan matematik
mendorong saya memilih profesion perguruan.
Terima kasih kerana menjawab..
LAMPIRAN B 86
Analisis Kajian Tahun Pengajian Dengan Kursus Pengajian
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid 3SPM 24 17.6 17.6 17.6
4SPM 25 18.4 18.4 36.0
3SPT 28 20.6 20.6 56.6
3SPK 9 6.6 6.6 63.2
4SPK 13 9.6 9.6 72.8
3SPC 9 6.6 6.6 79.4
4SPC 28 20.6 20.6 100.0
Total 136 100.0 100.0
Analisis Frekuensi (Pencapaian)
MATEMATIK
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid A 89 66.9 66.9 66.9
B 41 30.8 30.8 97.7
C 3 2.3 2.3 100.0
Total 133 100.0 100.0
SAINS
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid A 62 46.6 46.6 46.6
B 66 49.6 49.6 96.2
C 5 3.8 3.8 100.0
Total 133 100.0 100.0
LAMPIRAN B 87
Analisis Faktor-faktor Pemilihan Profesion Perguruan
N Minimum Maximum Mean Std. Deviation
Question1 133 3.00 5.00 4.7970 .43969
Question2 133 2.00 5.00 4.6165 .59952
Question3 133 1.00 5.00 3.2932 1.22340
Question4 133 2.00 5.00 4.0977 .80589
Question5 133 1.00 5.00 3.6316 .90849
Question6 133 1.00 5.00 4.1353 .95966
Question7 133 1.00 5.00 3.5113 1.15874
Question8 133 1.00 5.00 4.0451 .84266
Question9 133 1.00 5.00 3.9699 .99954
Question10 133 1.00 5.00 2.8797 1.01532
Question11 133 1.00 5.00 3.3233 .96569
Question12 133 1.00 5.00 3.1955 .90837
Question13 133 1.00 5.00 2.7368 1.01425
Question14 133 1.00 5.00 3.5789 .91462
Question15 133 1.00 5.00 3.1805 1.09292
Question16 133 1.00 5.00 2.1353 1.51148
Question17 133 1.00 5.00 2.5940 1.43039
Question18 133 1.00 5.00 2.9774 1.28786
Question19 133 1.00 5.00 2.4662 1.19690
Question20 133 1.00 5.00 2.5188 1.32346
Question21 133 1.00 5.00 3.6241 1.15208
Question22 133 1.00 5.00 2.7669 1.17993
Question23 133 1.00 5.00 3.9925 .79293
Valid N (listwise) 133
LAMPIRAN B 88
Analisis Pencapaian dalam Subjek Sains dan Matematik
N Mean Std. Deviation
Q1 133 2.9398 .91087
Q2 133 3.4962 .59828
Q3 133 3.3835 .69328
Q4 133 3.4812 .62282
Q5 133 2.5940 .79808
Q6 133 2.7519 .77270
Q7 133 2.8571 .71925
Q8 133 3.4586 .51509
Q9 133 2.6466 .83662
Q10 133 3.0150 .79758
Q11 133 2.7970 .87697
Q12 133 3.3759 .50154
Q13 133 3.1203 .75916
Q14 133 3.2030 .82351
Q15 133 2.7744 .84042
Q16 133 2.3759 1.06317
Q17 133 2.9398 2.79002
Q18 133 2.6842 1.12390
Q19 133 3.0977 .89497
Analisis Frekuensi (Faktor)
Question1
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid 3 2 1.5 1.5 1.5
4 23 17.3 17.3 18.8
5 108 81.2 81.2 100.0
Total 133 100.0 100.0
LAMPIRAN B 89
Question2
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid 2 1 .8 .8 .8
3 5 3.8 3.8 4.5
4 38 28.6 28.6 33.1
5 89 66.9 66.9 100.0
Total 133 100.0 100.0
Question3
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid 1 12 9.0 9.0 9.0
2 27 20.3 20.3 29.3
3 26 19.5 19.5 48.9
4 46 34.6 34.6 83.5
5 22 16.5 16.5 100.0
Total 133 100.0 100.0
Question4
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid 2 7 5.3 5.3 5.3
3 16 12.0 12.0 17.3
4 67 50.4 50.4 67.7
5 43 32.3 32.3 100.0
Total 133 100.0 100.0
LAMPIRAN B 90
Question5
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid 1 1 .8 .8 .8
2 13 9.8 9.8 10.5
3 43 32.3 32.3 42.9
4 53 39.8 39.8 82.7
5 23 17.3 17.3 100.0
Total 133 100.0 100.0
Question6
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid 1 4 3.0 3.0 3.0
2 6 4.5 4.5 7.5
3 11 8.3 8.3 15.8
4 59 44.4 44.4 60.2
5 53 39.8 39.8 100.0
Total 133 100.0 100.0
Question7
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid 1 10 7.5 7.5 7.5
2 17 12.8 12.8 20.3
3 26 19.5 19.5 39.8
4 55 41.4 41.4 81.2
5 25 18.8 18.8 100.0
Total 133 100.0 100.0
LAMPIRAN B 91
Question8
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid 1 1 .8 .8 .8
2 6 4.5 4.5 5.3
3 20 15.0 15.0 20.3
4 65 48.9 48.9 69.2
5 41 30.8 30.8 100.0
Total 133 100.0 100.0
Question9
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid 1 6 4.5 4.5 4.5
2 4 3.0 3.0 7.5
3 20 15.0 15.0 22.6
4 61 45.9 45.9 68.4
5 42 31.6 31.6 100.0
Total 133 100.0 100.0
Question10
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid 1 15 11.3 11.3 11.3
2 28 21.1 21.1 32.3
3 52 39.1 39.1 71.4
4 34 25.6 25.6 97.0
5 4 3.0 3.0 100.0
Total 133 100.0 100.0
LAMPIRAN B 92
Question11
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid 1 6 4.5 4.5 4.5
2 17 12.8 12.8 17.3
3 50 37.6 37.6 54.9
4 48 36.1 36.1 91.0
5 12 9.0 9.0 100.0
Total 133 100.0 100.0
Question12
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid 1 7 5.3 5.3 5.3
2 15 11.3 11.3 16.5
3 64 48.1 48.1 64.7
4 39 29.3 29.3 94.0
5 8 6.0 6.0 100.0
Total 133 100.0 100.0
Question13
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid 1 16 12.0 12.0 12.0
2 37 27.8 27.8 39.8
3 51 38.3 38.3 78.2
4 24 18.0 18.0 96.2
5 5 3.8 3.8 100.0
Total 133 100.0 100.0
LAMPIRAN B 93
Question14
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid 1 4 3.0 3.0 3.0
2 8 6.0 6.0 9.0
3 47 35.3 35.3 44.4
4 55 41.4 41.4 85.7
5 19 14.3 14.3 100.0
Total 133 100.0 100.0
Question15
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid 1 10 7.5 7.5 7.5
2 27 20.3 20.3 27.8
3 37 27.8 27.8 55.6
4 47 35.3 35.3 91.0
5 12 9.0 9.0 100.0
Total 133 100.0 100.0
Question16
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid 1 76 57.1 57.1 57.1
2 16 12.0 12.0 69.2
3 2 1.5 1.5 70.7
4 25 18.8 18.8 89.5
5 14 10.5 10.5 100.0
Total 133 100.0 100.0
LAMPIRAN B 94
Question17
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid 1 44 33.1 33.1 33.1
2 28 21.1 21.1 54.1
3 12 9.0 9.0 63.2
4 36 27.1 27.1 90.2
5 13 9.8 9.8 100.0
Total 133 100.0 100.0
Question18
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid 1 21 15.8 15.8 15.8
2 33 24.8 24.8 40.6
3 22 16.5 16.5 57.1
4 42 31.6 31.6 88.7
5 15 11.3 11.3 100.0
Total 133 100.0 100.0
Question19
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid 1 35 6.8 26.3 26.3
2 35 12.0 26.3 52.6
3 38 28.6 28.6 81.2
4 16 26.3 12.0 93.2
5 9 26.3 6.8 100.0
Total 133 100.0 100.0
LAMPIRAN B 95
Question20
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid 1 38 9.0 28.6 28.6
2 37 18.8 27.8 56.4
3 21 15.8 15.8 72.2
4 25 27.8 18.8 91.0
5 12 28.6 9.0 100.0
Total 133 100.0 100.0
Question21
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid 1 9 6.8 6.8 6.8
2 14 10.5 10.5 17.3
3 26 19.5 19.5 36.8
4 53 39.8 39.8 76.7
5 31 23.3 23.3 100.0
Total 133 100.0 100.0
Question22
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid 1 24 18.0 18.0 18.0
2 31 23.3 23.3 41.4
3 38 28.6 28.6 69.9
4 32 24.1 24.1 94.0
5 8 6.0 6.0 100.0
Total 133 100.0 100.0
LAMPIRAN B 96
Question23
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid 1 2 1.5 1.5 1.5
2 3 2.3 2.3 3.8
3 21 15.8 15.8 19.5
4 75 56.4 56.4 75.9
5 32 24.1 24.1 100.0
Total 133 100.0 100.0
Analisis Kaitan Faktor Prestij Dengan Pencapaian Dalam
Mata Pelajaran Sains dan Matematik
Faktor prestij * pencapaian dalam mata pelajaran sains dan
matematik Crosstabulation
Q11
Total 1 2 3 4
QUES1 3 0 0 2 0 2
4 1 8 13 1 23
5 13 17 53 25 108
Total 14 25 68 26 133
LAMPIRAN B 97
Faktor minat * pencapaian dalam mata pelajaran sains dan
matematik Crosstabulation
Q11
Total 1 2 3 4
QUES12 1 3 0 3 0 6
2 0 2 2 0 4
3 4 3 10 3 20
4 3 12 34 12 61
5 4 8 19 11 42
Total 14 25 68 26 133
Faktor ganjaran * pencapaian dalam mata pelajaran sains dan
matematik Crosstabulation
Ques11
Total 1 2 3 4
Question14 1 0 0 4 0 4
2 2 2 3 1 8
3 6 10 21 10 47
4 5 10 30 10 55
5 1 3 10 5 19
Total 14 25 68 26 133
LAMPIRAN B 98
Faktor pengaruh keluarga * pencapaian dalam mata pelajaran sains
dan matematik Crosstabulation
Ques11
Total 1 2 3 4
Question18 1 5 4 9 3 21
2 2 10 13 8 33
3 1 2 16 3 22
4 5 7 22 8 42
5 1 2 8 4 15
Total 14 25 68 26 133
Faktor masa * pencapaian dalam mata pelajaran sains dan
matematik Crosstabulation
Ques11
Total 1 2 3 4
Question23 1 1 0 1 0 2
2 0 0 1 2 3
3 1 5 11 4 21
4 7 16 43 9 75
5 5 4 12 11 32
Total 14 25 68 26 133
LAMPIRAN B 99
Analisis Alpha
RELIABILITY ANALYSIS-SCALE (ALPHA)
Case Processing Summary
N %
Cases Valid 10 100.0
Excludeda 0 .0
Total 10 100.0
Reliability Statistics
Cronbach's
Alpha N of Items
.727 42