borang pengesahan status tesis - fp.utm.my · satunya telah saya jelaskan sumbernya”. nama :...
TRANSCRIPT
PSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o
JUDUL: PERSEPSI PELATIH TERHADAP PROGRAM LATIHAN
KEMAHIRAN VOKASIONAL DI GIATMARA KUALA PILAH
NEGERI SEMBILAN.
SESI PENGAJIAN: 2010/2011
Saya _ _SHARIPAH NORBAINI BT SYED SHEIKH_________
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: PROF DR. MUHD RASHID RAJUDDIN
Nama Penyelia
No. 154-A Batu Satu
Jalan Seremban
72000 Kuala Pilah
Negeri Sembilan
Tarikh: _____________ Tarikh: _________________
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT dan TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
o Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya ini adalah
memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)”.
Tandatangan :
Nama penyelia : Prof Dr. Muhd Rashid Bin Rajuddin
Tarikh :
“PERSEPSI PELATIH TERHADAP PROGRAM
LATIHAN KEMAHIRAN VOKASIONAL DI GIATMARA
KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN”
SHARIPAH NORBAINI BT SYED SHEIKH
“Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)”
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2011
iii
“Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Nama : Sharipah Norbaini Bt Syed Sheikh
Tandatangan :
Nama Penulis : Sharipah Norbaini Bt Syed Sheikh
Tarikh : 9 Mei 2011
iv
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengetahui
Segala pujian atas limpah kurnia Allah S.W.T. Tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Istimewa buat Bonda
Laili Bt Arshad
Segala dorongan dan pengorbanan tidak mampu ku ungkapkan hanya dengan kata-kata
Maafkan segala salah dan silap dari anakndamu ini.
Tiada yang lebih indah dalam hidup ini selain dari mendapat keredhaanmu.
Buat kakakku, abang-abangku serta adikku,
Ikatan kasih sayang kita selamanya
Buat teman-teman seperjuangan
Suatu saat ada yang harus pergi
Suatu saat ada yang akan datang
Mungkin yang pergi tidak akan kembali
Dan mungkin yang datang hanya sementara
Terima kasih untuk segalanya
v
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia-Nya, rahmat serta
hidayah-Nya, penyelidikan ini dapat disempurnakan seperti yang dicita-citakan. Selawat
dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah S.W.T yang amat
dikasihi.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Prof. Dr. Muhd Rashid Bin Rajuddin diatas
bimbingan, nasihat, tunjuk ajar serta perbincangan yang telah diberikan sepanjang
penyelidikan projek sarjana muda ini. Tanpa bantuan dan dorongan beliau, penyelidikan
ini tidak dapat disempurnakan dengan jayanya. Selain itu, ribuan terima kasih kepada
pengurus Giatmara Kuala Pilah iaitu En. Zulkifli Ahmad Nazli yang sudi memberikan
kerjasama yang amat bermakna buat diri ini. Tiada kata yang mampu diungkapkan
setelah menerima layanan yang baik dari pihak Giatmara Kuala Pilah, serta kerjasama
dari pelatih Giatmara Kuala Pilah. Buat En. Muhammad Azali Kalki yang sudi
meluangkan masa beliau untuk mengesahkan borang soal selidik, serta memberi nasihat
dan tunjuk ajar semasa menyediakan soal selidik.
Akhir kata, jutaan terima kasih kepada yang membantu serta memberi kerjasama,
rakan-rakan seperjuangan yang turut terlibat dalam membantu dari segi nasihat dan
perbincangan, serta membantu dalam penyediaan Projek Sarjana Muda ini.
Sekian. Wasalam.
vi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan melihat persepsi pelatih terhadap program latihan kemahiran
vokasional di Giatmara, Kuala Pilah. Ia bertujuan untuk memberi peluang dan
pendedahan kepada pelatih sebagai persediaan untuk diterima di dalam sektor pekerjaan
dan industri apabila tamat pengajian kelak. Kajian ini berbentuk deskriptif dan instrumen
kajian ialah soal selidik. Soal selidik yang digunakan, dibina dan diubahsuai oleh
penyelidik sendiri dan ia terbahagi kepada 2 bahagian. Bahagian A merupakan
latarbelakang responden, manakala bahagian B pula menjelaskan analisis berkaitan
dengan penekanan aspek kurikulum, peralatan dan kelengkapan, tenaga pengajar serta
kemudahan. Keputusan kajian rintis seramai 8 orang sebagai responden ialah 0.961 alpha
cronbach. Pengkaji telah melaksanakan kajian sebenar di Giatmara Kuala Pilah dengan
memilih keseluruhan populasi iaitu seramai 60 orang responden. Pengkaji menganalisis
data dengan menggunakan perisian Statistical Packages for the Social Science (SPSS)
v16.0 For Windows. Dapatan menunjukkan peratusan dan min yang tinggi hasil daripada
kajian, iaitu kurikulum, peralatan serta kelengkapan, tenaga pengajar dan juga
kemudahan yang disediakan. Pihak pentadbiran Giatmara telah melaksanakan pelbagai
program vokasional, serta cadangan penambahbaikan seperti mengadakan program“Lab
voctech” iaitu sebuah konsep latihan yang “simple and flexible”.
vii
ABSTRACT
The research is focused to find out trainee’s opinion on programmed organized by
Vocational Training of Giatmara, Kuala Pilah. Their objectives are to provide
opportunities and exposure to the trainee before they embark working sector when they
have completed their studies. This research is descriptive and its instrument is by way of
questionnaire. The questionnaire had been created and modified by the researcher and it
is divided into 2 categories; part A and part B. Part A attentive on responder’s
background. Part B, on the other hand, focused on analyzing aspect of curriculum, tools,
lecturer and facilities. The outcome of the research on 8 respondents is 0.961 alpha
cronbach. Researcher had implemented investigation at Giatmara Kuala Pilah with total
population of 60 respondents. Statistical Packages for the Social Science (SPSS) v16.0
For Windows is used for data analyzing throughout this research. Based on finding;
curriculum, trainer and equipments used by the institution are apposite. Giatmara
management continuously undergoes improvement and offers variety of vocational
training such as “Lab voctech” with “simple and flexible” concept throughout its
institution.
viii
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA i
JUDUL ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
SENARAI KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI LAMPIRAN xi
SENARAI SINGKATAN xv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 6
1.3 Pernyataan Masalah 10
1.4 Objektif Kajian 12
1.5 Persoalan Kajian 12
1.6 Kepentingan Kajian 13
1.7 Skop Kajian 14
1.8 Definisi Terminilogi 14
ix
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Program Giatmara Malaysia 18
2.3 Bidang keusahawan serta Giatmara selepas
tamat pengajian. 27
2.4 Kemudahan semasa latihan 33
2.5 Latihan Kemahiran 34
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 37
3.2 Reka bentuk kajian 38
3.3 Kerangka operasi 40
3.4 Populasi kajian 41
3.5 Sampel kajian 41
3.6 Batasan kajian 41
3.7 Instrumen kajian 42
3.7.1 Bahagian A
3.7.2 Bahagian B
3.8 Kajian rintis 44
3.9 Analisis kajian 46
3.10 Penutup 48
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 49
4.2 Analisis Bahagian A 51
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Bangsa
x
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Jantina
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Umur
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Agama
4.2.5 Taburan Responden Mengikut Status
4.2.6 Taburan Responden Mengikut Negeri
4.2.7 Taburan Responden Mengikut Bidang
Kemahiran
4.2.8 Taburan Responden Mengikut Pengalaman
Berkerja
4.3 Analisis Bahagian B 57
4.3.1 Dapatan Kajian
4.3.1.3 Persepsi Pelatih Terahadap
Kurikulum Yang Dipelajari 58
4.3.1.4 Persepsi Pelatih Terhadap
Peralatan Dan Kelengkapan
Yang Digunakan 61
4.3.1.5 Persepsi Pelatih Terhadap
Tenaga Pengajar 63
4.3.1.6 Persepsi Pelatih Terhadap
Kemudahan Yang Disediakan 65
4.3.1.7 Analisis Data Bagi Persepsi
Pelatih Terhadap Program
Latihan Kemahiran Vokasional
Mengikut Bidang Pengkhususan 67
4.4 Penutup 69
xi
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 71
5.2 Rumusan Kajian 71
5.2.1 Latar Belakang Responden 72
5.2.2 Pernyataan Maklum Balas Responden 73
5.3 Perbincangan 73
5.3.1 Perbincangan Latar Belakang Responden 74
5.3.2 Perbincangan Pernyataan Maklum Balas
Responden 76
5.3.2.1 Perbincangan Terhadap Persepsi
Pelatih Bagi Kurikulum 76
5.3.2.2 Perbincangan Terhadap Persepsi
Pelatih Bagi Peralatan/Kelngkapan 77
5.3.2.3 Perbincangan Terhadap Persepsi
Pelatih Bagi Tenaga Pengajar 78
5.3.2.4 Perbincangan Terhadap Persepsi
Pelatih Bagi Kemudahan 79
5.4 Cadangan 80
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 83
5.6 Penutup 84
BILBLIOGRAFI xvi
LAMPIRAN xix
Lampiran A: Borang Soal Selidik xx
Lampiran B: Surat Memohon Kebenaran Mendapatkan Maklumat xxi
Lampiran C: Surat Pengesahan Soal Selidik xxii
xii
SENARAI JADUAL
PERKARA MUKA SURAT
Jadual 3.7.2.1: Item Soal Selidik 43
Jadual 3.7.2.2: Skala likert 43
Jadual 3.9.1: Kaedah Menganalisis Data 46
Jadual 3.9.2: Pengkelasan Maklum Balas Responden
Berdasarkan Skor Min 46
Jadual 4.1.1: Tahap Pencapaian Berdasarkan
Skor Min 50
Jadual 4.1.2: Nilai Penskoran Item 51
Jadual 4.2.1.1: Taburan Bilangan Dan Peratusan
Responden Mengikut Bangsa 52
Jadual 4.2.2.1: Taburan Bilangan Dan Peratusan
Responden Mengikut Jantina 52
Jadual 4.2.3.1: Taburan Bilangan Dan Peratusan
Responden Mengikut Umur 53
xiii
Jadual 4.2.4.1: Taburan Bilangan Dan Peratusan
Responden Mengikut Agama 54
Jadual 4.2.5.1: Taburan Bilangan Dan Peratusan
Responden Mengikut Status 54
Jadual 4.2.6.1: Taburan Bilangan Dan Peratusan
Responden Mengikut Negeri 55
Jadual 4.2.7.1: Taburan Bilangan Dan Peratusan
Responden Mengikut Bidang 56
Jadual 4.2.8.1: Taburan Bilangan Dan Peratusan
Responden Mengikut Pengalaman 56
Jadual 4.3.1.1 : Min mengikut darjah penilaian
terhadap kesesuain. 57
Jadual 4.3.1.2 : Jadual 10 petunjuk untuk memgukur
tahap penilaian terhadap responden
berdasarkan peratus 58
Jadual 4.3.1.3 Persepsi Pelatih Terahadap Kurikulum
Yang Dipelajari 58
Jadual 4.3.1.4 Persepsi Pelatih Terhadap Peralatan
Dan Kelengkapan Yang Digunakan 61
Jadual4.3.1.5 Persepsi Pelatih Terhadap Tenaga Pengajar 63
xiv
Jadual 4.3.1.6 Persepsi Pelatih Terhadap Kemudahan
Yang Disediakan 65
Jadual 4.3.1.7: Analisis Data Bagi Persepsi Pelatih
Terhadap Program Latihan Kemahiran
Vokasional Mengikut Bidang
Pengkhususan 67
Jadual 4.3.1.8: Taburan peratus keseluruhan bagi
persepsi pelatih terhadap program
latihan kemahiran vokasional di pusat
Giatmara Kuala Pilah, Negeri Sembilan. 68
xv
SENARAI SINGKATAN
α alpha cronbach
f frekuensi
% Peratus
STS Sangat tidak setuju
TS Tidak setuju
TP Tidak Pasti
S Setuju
SS Sangat setuju
SPSS Statistical Packages for the Social Science (SPSS) v16.0 For Windows
N Responden
RMK Rancangan Malaysia Ke
EPU Pembangunan Ekonomi wilayah
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
IPT Institusi Pengajian Tinggi
IKM Institut Kemahiran MARA
KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA
3M Membaca, Menulis dan Minat
MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Giatmara Malaysia adalah institusi yang menjurus kepada kemahiran dan
praktikal yang bermaksud hampir keseluruhan proses pembelajaran dijalankan di dalam
bengkel kerja. Ia merupakan satu institusi latihan kemahiran yang diwujudkan oleh
MARA bagi membangunkan sosio-ekonomi bumiputera selanjutnya mewujudkan
Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera melalui aktiviti-aktiviti yang
dijalankan. Institusi ini bermula pada 1986 di Jitra, Kedah dan ditempatkan di Pusat
Latihan Belia yang disediakan oleh Kerajaan Negeri. Sebanyak tiga Kursus telah
dijalankan pada awal penubuhannya iaitu kursus Automotif, Elektrik dan Binaan
Bangunan serta sebanyak 93 orang pelatih kumpulan pertama telah Berjaya menamatkan
latihan. Kini terdapat 176 buah pusat latihan Giatmara yang beroperasi hampir di setiap
negeri di seluruh Malaysia. (Giatmara Malaysia, 2010).
2
Bukan semua lepasan sekolah berminat untuk menyambung pengajian akademik,
sebaliknya ada juga yang lebih cenderung dengan kerja-kerja praktikal serta berasaskan
teknikal. Menyedari potensi mereka untuk digilap sebagai sumber manusia separa mahir
dan profesional dalam bidang kemahiran, maka Majlis Amanah Rakyat (MARA)
organisasi yang diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
(KKLW) melalui Kerangka Artikulasi Pengajian Teknikal MARA menyediakan laluan
alternatif kepada lepasan sekolah menengah. Peluang itu dibuka kepada belia untuk
melanjutkan pengajian sebelum menceburi bidang pekerjaan atau mengikuti program
Ijazah yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi (IPT). Pengarah Bahagian Pendidikan
dan Latihan (Kemahiran) BPL(K) MARA, Abd. Rahim Hashim berkata, MARA
menawarkan Program Latihan Kemahiran peringkat sijil dan diploma di Institut
Kemahiran MARA (IKM) dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM). (Utusan
Malaysia Sabtu, 5 Disember 2009).
Giatmara telah melahirkan ramai pekerja mahir dalam pelbagai bidang untuk
memenuhi sektor kemahiran di negara ini. Berdasarkan laporan tahunan Unit Perancang
Ekonomi (EPU), kira-kira 83,000 hingga 85,000 belia tercicir dalam bidang pelajaran.
Namun begitu, MARA masih mampu melihat potensi mereka sebagai modal insan yang
perlu dibangunkan. Sehubungan itu, MARA telah mewujudkan 209 buah Giatmara di
seluruh negara. Institusi itu dibina di kawasan-kawasan kediaman untuk memberi latihan
dalam pelbagai bidang teknikal dan kemahiran termasuk kepada golongan yang hanya
tahu membaca, menulis dan minat (3M). Ketua Pegawai Eksekutif Giatmara, Meriyam
Abd. Majid berkata, Giatmara yang diwujudkan sejak 23 tahun lalu telah membangunkan
potensi diri dan menggilap semangat pelajar untuk bangkit daripada kegagalan. Ketika ini
Giatmara menawarkan 29 jenis kursus membabitkan 11 kluster dalam pelbagai bidang
kemahiran yang mampu merealisasikan hasrat kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup
dan mengurangkan kadar pengangguran serta gejala kurang sihat dalam masyarakat
Bumiputera. (Utusan Malaysia Sabtu, 5 Disember 2009).
3
Di antara kursus di Giatmara yang mana proses pembelajarannya dilaksanakan
dalam bengkel adalah kursus fabrikasi logam, pendawaian elektrik domestik, binaan
bangunan, membaiki enjin kereta dan bot, mengetuk dan mengecat kereta, teknologi
automotif dan membaiki motosikal (Giatmara Malaysia, 2010). Kursus-kursus ini
memerlukan pelajar sentiasa berada dalam bengkel yang mana sentiasa terdedah kepada
bahaya terhadap keselamatan dan kesihatan bagi setiap kerja amali yang dijalankan.
Bekerja di dalam bengkel juga memerlukan tenaga pengajar serta para pelajar
berada dalam keadaan sihat dan selamat bagi setiap aktiviti pekerjaan mereka. Ini
merupakan peruntukan yang disediakan dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994. Berdasarkan buku yang ditulis oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (JKKP), Akta 514 menyediakan rangka perundangan untuk memupuk,
merangsang dan menggalakkan mutu keselamatan dan kesihatan yang tinggi semasa
bekerja. (Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994).
Akta 514 merupakan satu akta yang diwartakan pada 24 Februari 1994 yang
bertujuan untuk menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja di bengkel atau industri.
Akta ini, yang mengandungi 15 bahagian, adalah langkah pembolehan yang bertindih di
atas undang-undang keselamatan dan kesihatan sedia ada. Secara amnya, Akta 514 ini
merupakan satu akta yang diwujudkan bagi memastikan adanya peruntukan yang lebih
bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan ketika bekerja serta melindungi
pekerja daripada risiko kemalangan sewaktu bekerja dan perkara-perkara yang berkaitan.
Setiap pekerjaan yang dilaksanakan dalam bengkel mahupun industri adalah tertakluk di
bawah perlindungan serta peraturan dalam Akta 514. Ini membuktikan bahawa tenaga
pengajar serta pelajar yang terlibat dalam gerak kerja amali di Giatmara sentiasa
dilindungi dari sebarang risiko kemalangan sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran. (Akta 514 Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994).
4
Secara amnya halatuju lepasan pelatih-pelatih Giatmara ialah sebahagian besarnya
akan menceburkan diri dalam bidang pekerjaan, sebahagiannya akan melanjutkan
pelajaran, sebahagiannya pula menceburkan diri dalam bidang keusahawanan namun
bilangannya masih lagi kecil dari jumlah keseluruhannya. Belia yang mempunyai ciri
sosio budaya tertentu seperti pengangguran, tercicir daripada pendidikan, kehidupan
keluarga yang tidak terurus dengan baik, mudah terpengaruh, cepat putus asa, tidak
menyukai tugas yang memerlukan tumpuan merupakan antara faktor-faktor belia terlibat
dengan jenayah. (Buletin Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia Edisi 1 –
2009).
Keperluan industri di Malaysia telah banyak berubah disebabkan pembangunan
teknologi dan penyusunan semula industri. Kini industri memerlukan banyak pekerja
mahir, berkemahiran tinggi dan pakar dalam sesuatu bidang pekerjaan. Justeru itu.
Malaysia perlu menyediakan program-program latihan yang sistematik yang dapat
memenuhi keperluan industri. Menyedari keperluan tenaga mahir yang semakin
meningkat, majlis MARA telah meluluskan satu program latihan yang dinamakan pusat
Giatmara pada tahun 1986. MARA adalah singkatan kepada Majlis Amanah Rakyat,
merupakan sebuah sebuah agensi kerajaan di bawah pentadbiran Kementerian
Pembangunan Usahawan dan Koperasi. (Laporan Unit Penyelidikan dan Pembangunan,
Bahagian Perancangan Korporat Mara, 2005).
Giatmara adalah salah satu institusi yang menjalankan program latihan praktikal
dan teori di bawah program MARA. Ia dilaksanakan sebagai satu usaha ke arah
menambah bilangan tenaga mahir yang diperlukan oleh negara dalam sektor
perindustrian sejajar dengan pembangunan yang pesat khasnya di luar bandar dan juga di
kawasan separa bandar. Giatmara ditubuhkan bagi menggalakkan penyertaan masyarakat
bumiputera untuk mempelajari pelbagai disiplin ilmu kemahiran ketukangan khususnya
yang berkait rapat dengan aspek perdagangan dan perindustrian dalam jangka pendek.
5
Kursus pengajian yang dijalankan di Giatmara kurang daripada 20 jam kredit dalam
tempoh kurang daripada 16 minggu dan membawa kepada penganugerahan sijil
Giatmara, sijil Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) dan sijil Suruhanjaya
Tenaga bagi kursus Pendawaian Elektrik Domestik. (Laporan Unit Penyelidikan dan
Pembangunan, Bahagian Perancangan Korporat Mara, 2005).
Objektif penubuhan Giatmara adalah memberi latihan praktikal dan teori kepada
masyarakat bandar dan luar bandar dalam bidang yang bersesuaian dengan keperluan
tempatan. Usaha ini diharap dapat meningkatkan taraf hidup individu melalui peluang
usaha niaga dan pekerjaan. Sebagai sebuah institusi latihan kemahiran di peringkat akar
umbi mayasrakat, Giatmara merialisasikan hasrat kerajaan untuk meningkatkan taraf
hidup dan mengurangkan kadar pengangguran serta gejala kurang sihat dalam masyarakat
bumiputera. Sehingga September 2004, jumlah keseluruhan Giatmara yang telah
beroperasi ialah 169 buah dan terdapat 29 kursus yang ditawarkan (Laporan Unit
Penyelidikan dan Pembangunan, Bahagian Perancangan Korporat Mara, 2005).
Pembudayaan integriti (kejujuran, ketulusan) perlu disemai sejak dari kecil
dengan ajaran agama sebagai teras membentuk modal sosial yang boleh meningkatkan
pembangunan komuniti dan negara. Budaya hiburan yang melampau dan semakin
berleluasa perlu dipantau oleh pihak berkuasa agar generasi muda tidak terus terbabas,
liar dan tersasar dari tanggungawab untuk menuntut ilmu, seterusnya membangunkan
keluarga, masyarakat dan negara. Pembudayaan integriti perlu disuburkan dalam
interaksi sosial kehidupan seharian masyarakat kita yang pelbagai kaum dan sifatnya. Ini
kerana masyarakat akan terus memantau perkembangan dan perjalanan hala tuju Negara.
Pembudayaan integriti perlu disemarakkan dan diperluaskan secara berterusan di
kalangan generasi muda terutama golongan belia. Peranan belia cukup penting kerana
mereka adalah aset masa depan negara. Belia perlu lebih prihatin dan berhemah untuk
menegur mana-mana pihak yang cuba memperlekehkan soal integriti. Belia sebagai agen
sosial boleh membawa perubahan dalam memajukan masyarakat dan Negara. Belia perlu
6
lebih terbuka dan proaktif dalam melontarkan gagasan integriti sebagai pemangkin
pembangunan mapan secara kolektif. Rukun Negara menjadi satu wadah penting untuk
menekankan benih integriti dalam pemikiran masyarakat. Benih ini perlu dibaja dan
disemai secara ikhlas agar mendatangkan kekuatan dan kebanggaan kepada masyarakat
dan Negara. Semangat ‘kepimpinan melalui tauladan’ untuk menyuntik mesej
pembudayaan integriti amat perlu dalam mendidik ahli masyarakat. (Dr. Sarjit S. Gil,
2009).
Oleh itu, pencegahan adalah penting supaya dapat menghindarkan masalah ini
disamping menggalakkan penerapan nilai-nilai murni, semoga usaha yang dilakukan
dapat melahirkan golongan remaja yang mempunyai pelbagai ciri-ciri daripada segi
kemahiran teknikal, kemahiran generik dan sebagainya. Salah satu pendekatan yang
dilakukan oleh pihak kerajaan adalah dengan mengadakan Program Latihan Kemahiran
Vokasional yang memainkan peranan penting dalam melahirkan tenaga kerja yang mahir
bagi memenuhi permintaan tenaga manusia yang diperlukan. Negara-negara maju
percaya terhadap kepentingan menjayakan dan memperluaskan sektor latihan kemahiran
vokasional kerana ia merupakan elemen yang perlu sebagai strategi kerajaan untuk
melengkapkan rakyat dengan kemahiran vokasional dalam industri (Wilkins, 2001).
1.2 Latar Belakang Masalah
Berbagai ragam krisis akhlak dan moral kini terus menular, merebak dan
mewabak dalam masyarakat kita khasnya di kalangan remaja. Daripada kes bosia, hamil
luar nikah yang diikuti dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan,
gengsterisme dan vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah
kepada mat rempit. (Arkib Utusan Malaysia, 2010).
7
Pelbagai kes jenayah berlaku turut melibatkan kes Juvana. Dalam tahun 1995,
1,895 kes melibatkan Juvana. Daripada jumlah itu 406 kes curi kenderaan atau (21.42
peratus), lain-lain kecurian 451 kes (23.80%), pecah rumah malam hari 324 kes
(17.10%), curi dalam bangunan/orang gaji 277 kes (14.62%), mendatangkan kecederaan
154 kes (8.13%), pecah rumah siang hari 148 kes (7.81%), rogol 70 kes (3.70%) dan
samun 58 kes (3.06%). Perangkaan-perangkaan yang menggerunkan ini menyerlahkan
kepada kita betapa seriusnya krisis akhlak yang melanda remaja di negara kita ketika ini.
(Arkib Utusan Malaysia, 2010).
Ternyata bahawa pendidikan moral kita dengan nilai teras, pendidikan sivik,
pendidikan Islam, pendidikan jarak jauh dan sebagainya masih jauh untuk dapat
menangani kegawatan dan kemerosotan dalam bidang ini. Faktor-faktor tertentu seperti
mencari kepuasan nafsu, ingin membebaskan diri dari kemiskinan, kongsi gelap, dadah,
bertelingkah dengan ibu bapa , gagal dalam peperiksaan , bosan duduk di rumah, trauma
akibat perbuatan seks dan sebagainya rupa-rupanya lebih berpengaruh dari asuhan
institusi pendidikan yang sedia ada. Pelbagai inisiatif dilakukan bagi memulihkan
masalah remaja daripda terus terjebak dengan hiburan mainan dunia semata.
Untuk mendefinisikan pemulihan bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Menurut
Abd. Hadi, "Rehabilitation is a generic term which is capable of being ambigous and
vague" (1992:49). Walau bagaimanapun, beberapa pengkaji telah memberikan maksud
pemulihan. Menurut Fox (1977), pemulihan merupakan suatu kaedah yang membolehkan
pesalah kembali ke pangkuan masyarakat dan memberikan sumbangan kepada
masyarakat atau setidak-tidaknya tidak membahayakan orang lain. Irwin (1974) dalam
Abd. Hadi (1992) pula menyatakan pemulihan sebagai usaha untuk meningkatkan kualiti
kehidupan remaja dengan membentuk mereka menjadi individu yang berguna, berdikari,
mempunyai kesempurnaan diri dan kesedaran sosial serta dapat melibatkan diri dalam
aktiviti sosial dengan individu lain. Manakala Snarr (1996), pula mendefinisikan
8
pemulihan sebagai usaha-usaha sistematik yang disusun oleh masyarakat bagi
menghukum remaja serta mengubah tingkahlaku remaja.
Maka terdapat pelbagai institusi awan serta swasta diwujudkan bagi
menghindarkan remaja kini terus hanyut dalam kancah masalah, anataranya ialah institusi
bagi meningkatkan kemahiran serta akedemik. Namun terdapat masalah yang timbul dari
segi peluang kemasukan hanya kerana terbatas oleh keputusan selepas mengambil
peperiksaan yang setaraf yang dilaraskan oleh Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.
Hal, ini memyebabkan pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik tidak mendapat peluang
untuk melanjutkan pelajaran. Walhal, mereka ini boleh diubah sekiranya diberi peluang,
maka wujudlah Giatmara satu-satunya institusi yang hanya menerima pelajar yang lulus
dalam 3M iaitu Membaca, Menulis dan Minat. (Giatmara Malaysia, 2009).
Peruntukan RM550 juta diperlukan untuk menaik taraf 209 Pusat GiatMara di
samping menampung keperluan kos melatih lebih 14,000 pelatihnya di seluruh negara di
bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). Pengerusinya, Datuk Shahiruddin Ab.
Moin berkata, peruntukan itu antaranya bagi membaik pulih bangunan dan bengkel-
bengkel selain melengkapkan peralatan pembelajaran dan pengajaran di pusat berkenaan.
"Peruntukan sama perlu digunakan untuk pembayaran elaun RM200
sebulan kepada setiap pelatih yang berkursus di GiatMara."
(Datuk Shahiruddin Ab. Moin, RMK-10)
Peruntukan itu sudah dipohon dan dikemukakan kepada kerajaan untuk
dipertimbangkan. Setakat ini Pusat GiatMara di seluruh negara menawarkan 32 kursus
kepada pelatih yang berminat terutama remaja lepasan sekolah yang gagal melanjutkan
9
pelajaran ke peringkat tinggi. Katanya, usaha itu merupakan agenda pusat berkenan bagi
membantu remaja menjalani latihan kemahiran bagi membolehkan mereka mendapat
pekerjaan dalam bidang yang memerlukan kepakaran vokasional. Ini termasuk melatih
mereka membaik pulih kenderaan bermotor, pendawaian elektrik, jahitan, sulaman,
perabot dan sebagainya. (Arkib Utusan Malaysia, 2010).
Objektif utama Giatmara ialah untuk mengubah remaja supaya menjadi individu
yang berguna dan mudah diterima oleh ahli – ahli masyarakat (Abd. Hadi 1992). Untuk
mencapai objektif tersebut, salah satu bentuk program yang boleh dijalankan iaitu melalui
pembentukan semula tingkah laku pesalah (Walker 1980). Pembentukkan semula
tingkahlaku merupakan suatu bentuk pemulihan yang diberikan kepada remaja yang
bertujuan untuk mengubah tingkahlaku remaja agar mereka dapat menghormati peraturan
dan undang-undang yang di tetapkan. Ia juga bertujuan untuk mengurangkan
kecenderungan pesalah melakukan perbuatan yang dilarang. Bentuk pemulihan ini boleh
dilakukan melalui kaunseling, latihan kemahiran vokasional, pendidikan agama dan
moral serta pendidikan siviks dan tatanegara. Sekiranya ia berjaya dilakukan, remaja
akan mengambil sikap yang berbeza terhadap perbuatan yang dilarang iaitu tidak akan
mengulangi kesalahan lagi.
Kita tidak boleh menyalahkan sesiapa tetapi kita seharusnya duduk bersama
berbincang dan mencari punca dan bagaimana mencegahnya. Satu persoalan yang perlu
diberi perhatian ialah kesukaran remaja untuk memulihkan tingkah laku serta disiplin diri
mereka. Masyarakat umumnya berpendapat remaja yang bermasalah tidak mampu
dibentuk lagi, maka wujudlah pandangan yang negetif terhadap diri mereka. Hal ini akan
memyebabkan berlaku masalah dalam diri remaja kerana pada usia yang awal ini mereka
memerlukan kasih sayang serta perhatian dari keluarga serta masyarakat setempat.
Masalahnya bukan program yang tidak berjaya dan tidak berkesan. Ia sebenarnya terletak
pada diri individu itu sendiri untuk membuat keputusan mahu berubah atau tidak.
10
Dalam usaha memberi peluang kepada remaja yang ketinggalan dari segi
akademik dan kurikulum, perkara yang perlu diberi perhatian ialah pemecahan
subbudaya yang ada pada diri mereka. Pemecahan subbudaya ini bermaksud membuang
sikap dan tingkah laku negatif yang selalu mereka lakukan. Untuk melakukan pemecahan
subbudaya terdapat empat struktur utama yang perlu diberi perhatian iaitu sikap, emosi,
pemikiran dan kemahiran vokasional. Setiap unsur ini merupakan kunci utama bagi
pemulihan sepenuhnya seseorang.
Menurut Mohd Yusof Othman (1993), pendidikan merupakan sumber terpenting
dalam pendidikan. Dalam proses pembelajaran, pendidik adalah sumber dan pelajar
merupakan sasaran. Oleh yang demikian, proses pembelajaran baik hanya akan berlaku
jika wujudnya hubungan yang baik antara pendidik dan pekerja. Pelajar cemerlang akan
berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan hubunganya dengan pendidik.
1.3 Pernyataan Masalah
Masalah remaja yang runtuh akhlak bukan satu masalah baru. Usaha untuk
mengatasinya telah dijalankan sejak lebih 20 tahun lalu. Walau pelbagai cara dilakukan
namun, masalah ini masih membelenggu kitaran hidup masyarakat di negara kita. Ibarat
'duri dalam daging', masalah remaja ini sentiasa menimbulkan polemik dan keresahan di
kalangan masyarakat mahu pun penggubal polisi negara. Pelbagai program seperti
akademik, vokasional, ko-kurikulum, bimbingan dan kaunseling serta keagamaan telah
dilaksanakan agar program-program pemulihan yang dijalankan dapat mengubah tingkah
laku remaja.
11
Persoalan yang timbul ialah sama ada program latihan kemahairan vokasional
yang dijalankan oleh Giatmara tersebut mampu mengubah sikap remaja agar tidak
mengulangi kesilapan yang sama semasa dibangku sekolah.
Justeru itu, kajian ini perlu dilakukan bagi melihat latihan kemahiran vokasional
yang diaplikasikan di kalangan remaja ini dalam bentuk kurikulum, kelengkapan dan
perlatan, kemudahan serta tenaga pengajar di Giatmara. Ini sebagai persediaan pelatih
bagi menjalani kehidupan sebagai seorang insan yang berguna terhadap diri sendiri dan
masyarakat apabila tamat pengajian kelak. Keperluan untuk mengkaji keberkesanaan
program latihan kemahiran vokasional dari masa ke masa merupakan satu inisiatif bagi
mengenal pasti kekuatan dan kelemahan program-program tersebut agar dapat merancang
program yang lebih berkesan. Maka, kajian ini dilakukan bagi mengetahui persepsi
pelatih terhadap program-program latihan kemahiran vokasional di Giatmara Kuala Pilah,
Negeri Sembilan.
12
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui persepsi pelatih
terhadap Program Latihan Kemahiran Vokasional di Giatmara Kuala Pilah,
Negeri Sembilan. Objektif khusus bagi kajian ini adalah:
i. Mengenal pasti kurikulum yang dipelajari berguna.
ii. Mengenal pasti pengunaan peralatan dan kemudahan yang terdapat di
pusat latihan berkesan dalam tugas harian.
iii. Mengenal pasti tahap keberkesanan tenaga pengajar membantu dalam
memberi latihan kemahiran vokasional.
iv. Menegenal pasti kemudahan yang disediakan membantu pelatih dalam
meningkatkan kemahiran vokasional.
1.5 Persoalan Kajian
Beberapa persoalan kajian yang telah dikenal pasti dalam kajian adalah seperti
berikut:
i. Apakah persepsi pelatih terhadap kurikulum yang dipelajari?
ii. Apakah persepsi pelatih terhadap penggunaan peralatan/kelengkapan yang
terdapat di pusat latihan berkesan dalam tugas harian pelatih?
iii. Apakah persepsi pelatih terhadap tenaga pengajar yang membantu dalam
memberi latihan kemahiran vokasional yang berkesan?
iv. Apakah persepi pelatih terhadap kemudahan yang disediakan bagi
membantu dalam meningkatkan kemahiran vokasional?
13
1.6 Kepentingan Kajian
i. Kajian yang dijalankan bertujuan untuk membekalkan maklumat kepada pihak
yang terlibat dalam melaksanakan program-program latihan kemahiran
vokasional di Giatmara Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Di samping itu penyelidik
juga berpeluang untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat dan keluarga
pelatih tentang program-program latihan kemahiran vokasional yang dilaksanakan
di Giatmara ini.
ii. Kajian ini juga cuba melihat kesesuaian program-program yang telah dijalankan
dalam memenuhi matlamat asas penubuhan Giatmara ini. Dengan segala
kelengkapan dan kemudahan yang disediakan di Giatmara ini, kajian ini cuba
meninjau keberkesanan penggunaan peralatan yang digunakan, kurikulum serta
tenaga pengajar yang terlibat dalam membantu melaksanakan program ini.
Berdasarkan analisis terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelatih,
ia bolehlah dijadikan asas dan panduan kepada para kaunselor yang terlibat untuk
memperbaiki lagi cara bimbingan dan didikan mereka kepada para pelatih.
iii. Selain itu juga, kajian ini juga penting agar pihak-pihak pentadbiran Giatmara
Malaysia dapat memainkan peranan dalam menyalurkan kemahiran kepada
pelatih dan merangka pelan tindakan agar pelatih akan datang memiliki
kemahiran dalam bidang-bidang tertentu. Mudah-mudahan ianya dapat membantu
negara dalam mencapai sebuah negara industri suatu hari nanti.
14
1.7 Skop Kajian
Memandangkan kajian yang dijalankan ini bersifat peribadi, segala maklumat
yang diperoleh bersifat sulit. Kajian ini hanya dapat dijalankan di Semenanjung Malaysia
seperti di Giatmara Kuala Pilah, Negeri Sembilan sahaja. Ini kerana terdapat kekangan
masa dan kewangan maka kajian di sebuah lagi pusat yang lain di Pusat Giatmara
Seremban, Negeri Sembilan tidak dapat dilaksanakan.
1.8 Definisi Terminilogi
1.8.1 Persepsi
Gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu);
pandangan; tanggapan: Kita perlu mempertimbangkan masyarakat terhadap isu
tersebut. Mempersepsi membuat gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran
tentang sesuatu: Objek yang dipersepsi secara visual diterima tanpa soal. (Kamus
Pelajar Edisi Kedua, 2009).
1.8.2 Pelatih
Orang yang melatih (mendidik, mengajar) supaya mahir. (Kamus Pelajar
Edisi Kedua, 2009).
1.8.3 Terhadap
Kepada; akan; tentang; mengenai; berkenaan. (Kamus Pelajar Edisi
Kedua, 2009).
15
1.8.4 Program
Rancangan yang menentukan dasar yang akan dijalankan (dalam
pembangunan negara, perekonomian); mengatur (menyusun) program atau
rancangan, merancang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua, 2009).
1.8.5 Kemahiran Vokasional
Pendidikan yang tidak menyediakan seseorang ke alam pekerjaan tetapi
menyediakan kemahiran yang menggabungkan kemahiran praktikal dan amali
(teori dan amali). (Kamus Pelajar Edisi Kedua, 2009).
1.8.6 Giatmara
Institusi yang memberi latihan kemahiran kepada masyarakat bandar dan
luar bandar dalam bidang yang bersesuaian dengan keperluan tempatan. (Kamus
Pelajar Edisi Kedua, 2009).
1.9 Penutup
Usia, motivasi, sosial dan latar belakang pendidik memainkan peranan yang
penting dalam membentuk kecermelangan dalam pencapai akademik pelajar. Ilmu
pengetahuan yang mantap dan program latihan kemahiran vokasional yang terancang
membolehkan pelajar itu mencapai kecermelangan kemahiran dan akademik didalam
pelbagai peringkat pembelajaran kelak.
BAB 2
SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan
Dalam bab ini, penyeledik akan meyorot beberapa pendapat dan penulisan dari
kajian-kajian terdahulu yang ada kaitan dengan tujuan kajian ini dijalankan. Diantara
aspek yang dihuraikan dalam sorotan kajian ini berkisar kepada kurikulum, peralatan dan
kelengkapan, tenaga pengajar serta kemudahan.
Dalam tahun 1980, pihak MARA telah memohon untuk menubuhkan beberapa
Mini Institut Kemahiran MARA tetapi ketika itu projek tersebut tidak dapat
dipertimbangkan oleh kerajaan. Memandangkan keperluan tenaga mahir oleh pihak
swasta kian bertambah mendesak, maka Majlis MARA meluluskan satu program latihan
yang dinamakan Pusat Giatmara sebagai permulaan di Jitra, Kedah pada tahun 1986
(Giatmara Malaysia, 2010).
17
Oleh kerana sambutan penduduk tempatan amat menggalakkan, Kerajaan dalam
Rancangan Malaysia Ke-5 telah meluluskan sebanyak 15 Pusat Giatmara dan dalam
Rancangan Malaysia Ke-6 sebanyak 21 Pusat Giatmara menjadikan sebanyak 36 Pusat
Giatmara. (Rancangan Malaysia Ke-5 dan ke-6)
Tahun demi tahun, keperluan tenaga mahir kini meningkat memandangkan
ekonomi negara yang baik. Menyedari hakikat ini, pihak Majlis MARA meluluskan 128
Pusat Giatmara yang beroperasi sehingga Januari 1999. Pihak MARA ada berbagai
program latihan kemahiran dalam berbagai tahap. Bagi tahap asas dikendalikan oleh
Pusat Giatmara. Tahap pertengahan dijalankan oleh Institut Kemahiran MARA (IKM).
Manakala seterusnya peringkat tertinggi dikendalikan oleh German Malaysian Institute
(GMI) dan lain-lain. (Giatmara Malaysia, 2010).
Falsafah Giatmara dalam Rancangan Malaysia Ke-6 adalah untuk memberi
latihan teknikal peringkat asas kepada penduduk tempatan mengikut keperluan semasa.
(Giatmara Malaysia, 2010).
Sepanjang Rancangan Malaysia Ke-6, konsep penubuhan Pusat Giatmara adalah
dengan cara mendapatkan tapak dan bangunan secara percuma atau sewa dengan
menggunakan bangunan Kerajaan atau lain-lain agensi (Rancangan Malaysia ke-6)
Dalam Rancangan Malaysia ke-7, pihak Giatmara mencadangkan supaya konsep
dalam status tapak atau bangunan diubah kepada yang lebih kekal. Ini adalah kerana
kebanyakan tapak atau bangunan yang digunakan sepanjang Rancangan Malaysia Ke-6
adalah sementara dan berkemungkinan diambil alih oleh tuan punya tapak atau bangunan.
18
Sehingga kini terdapat 133 Pusat Giatmara sedang beroperasi di seluruh negara.
Manakala jumlah Pusat Giatmara yang diluluskan ialah 140. (Rancangan Malaysia Ke-6
dan ke-7)
2.2 Program Giatmara Malaysia
Program Giatmara dilaksanakan sebagai suatu usaha yang cepat ke arah
menambah bilangan tenaga mahir yang diperlukan oleh negara dalam sektor
perindustrian sejajar dengan pembangunan yang pesat khasnya di luar bandar dan juga di
kawasan separa bandar (Giatmara Malaysia, 2010).
Kursus-kursus yang diadakan juga adalah sesuai dengan keperluan semasa dan
berperanan lebih rapat dengan masyarakat serta boleh disesuaikan mengikut tahap dan
jenis keperluan tenaga kerja.
Dengan ini, pelatih keluaran Pusat Giatmara akan dapat mempertingkatkan taraf
sosio-ekonominya apabila kemahiran yang diperolehinya digunakan untuk menggalakkan
sesuatu aktiviti ekonomi sebagai perangsang yang akan mencetuskan berbagai kesan
gandaan kepada masyarakat tempatan (Giatmara Malaysia, 2010).
Di samping membekal tenaga mahir tempatan, pelatih-pelatih juga boleh dibentuk
menjadi usahawan dipersekitaran yang berpotensi kerana mereka ini mempunyai
kebolehan dalam aspek teknikal (Giatmara Malaysia, 2010).
19
Pusat Giatmara juga boleh memberi kemudahan latihan kepada kumpulan sasaran
berikut:
i. Mereka/pelajar yang tidak berkebolehan di peringkat akademik (dropouts) yang
biasanya tidak diberi peluang langsung atau tidak mempunyai tempat untuk
menunjukkan bakat di dalam bidang lain;
ii. Mereka yang belum pernah mendapat latihan kemahiran bagi tujuan mendapat
kerja dan berusaha sendiri;
iii. Mereka yang hilang pekerjaan dan terpaksa mencari pekerjaan baru;
iv. Mereka yagn ingin menambahkan pengetahuan kemahiran untuk kemajuan
kerjaya;
v. Mereka yang sedang bekerja dan memerlukan peningkatan tahap kemahiran
dalam jurusan yang diceburi;
vi. Kumpulan pelajar yang tidak dapat meneruskan pelajaran ke sekolah-sekolah
vokasional.
Program Giatmara ini juga merupakan satu usaha ke arah membantu menyelesaikan
masalah penghijrahan belia-belia ke bandar dan mengurangkan jumlah pengangguran di
kalangan masyarkat tempatan serta mengurangkan jumlah peratusan belia-belia terjebak
dalam masalah sosial seperti penagih dadah, jenayah dan sebagainya (Giatmara Malaysia,
2010).
Oleh kerana Giatmara ditubuhkan di persekitaran daerah luar bandar maka pelatih
masih berdekatan dengan keluarga. Dengan ini, nilai dan budaya kekeluargaan masih
kekal pada setiap pelatih. Ini adalah selaras dengan saranan YAB Dato Seri Dr. Mahathir
Mohamad, Perdana Menteri Malaysia supaya masyarakat mempunyai nilai sosial dan
kewibawaan, maruah bangsa serta berkeyakinan (Berita Harian - 2 Mac 1991).
20
Konsep latihan serta kandungan kurikulum di Giatmara adalah „flexible’ dan boleh
diubahsuai mengikut tahap, jenis dan keperluan semasa. Latihan di Giatmara juga
berunsur berterusan (life long) yang mana walaupun latihan selama 6 hingga 12 bulan,
pelatih masih boleh mendapat bimbingan teknikal dan kaunseling bila-bila masa, kerana
mereka bekerja/berniaga dalam daerah berdekatan dengan Pusat Giatmara. (Giatmara
Malaysia, 2010).
Penyertaan penduduk tempatan dalam pembangunan industri tempatan boleh diceburi
melalui Giatmara. Jika tiada latihan kemahiran, pembangunan di tempat sendiri lama
kelamaan pelung pekerjaan yang akan dinikmati oleh orang luar contohnya dari
Indonesia, Bangladesh, Philipines dan sebagainya (Giatmara Malaysia, 2010). Giatmara
juga boleh dijadikan sebuah agensi untuk membentuk generasi masa hadapan ke arah
beerpengetahuan teknikal dan etika kerja berdisiplin dengan adanya agensi-agensi Biro
Tatanegara, Jabatan Agama dan lain-lain (Giatmara Malaysia, 2010).
Untuk membantu malaksanakan program Masyarkat Perdagangan dan Perindustrian
Bumiputera (MPPB), Giatmara boleh menjadi perantaraan sebagai agen perhubungan
untuk menyatukan tenaga di kalangan lepasan-lepasan pelatih Pusat Giatmara dan lain-
lain Bumiputera ke arah menjadi Masyarakat Bumiputera sebagai Masyarakat
Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) (Giatmara Malaysia, 2010).
Giatmara telah mewujudkan program Inkubator di persekitaran semua Pusat Giatmara
di mana lepasan pelatih yang berpotensi untuk menjadi usahawan ditempatkan di
Inkubator tersebut dan diberi bantuan khidmat nasihat berterusan dan peralatan sehingga
mereka berkeyakinan untuk memulakan perniagaan sendiri. Sehingga kini 931 buah
syarikat telah diwujudkan. Mereka aktif dalam perniagaan dan sentiasa mendapat
bimbingan berterusan dari Giatmara di seluruh negarra dalam berbagai bidang teknikal.
21
Giatmara telah mengatur peraancangan program dalam latihan kemahiran agar seiring
dengan keperluan industri dan gunatenaga mengikut perkembangan teknologi dengan
cara penglibatan Giatmara secara terus menerus dengan industri tempatan, kerajaan
tempatan, pemimpin-pemimpin masyarakat dan lain-lain. Pihak industri tempatan seperti
Master Carriage, Pekan Pahang, Produa, MAS dan Air-Rod telah pun menerima pekerja
lepasan Giatmara dan prestasi kerja mereka memenuhi kualiti yang telah ditetapkan.
Sehingga hari ini hubungan dua hala masih berterusan dengan baik. (Giatmara Malaysia,
2010).
Dari segi sosio-politik tempatan, struktur penduduk dapat dikekalkan malahan
mungkin bertambah kerana kekurangan penghijrahan dengan adanya kemudahan
daripada Giatmara. Komuniti berkemahiran dan perniagaan dapat terus bergerak cergas
bersama Giatmara, terutamanya dalam memahami dasar-dasar kerajaan di masa kini dan
bersikap positif.
Program latihan Giatmara juga diadakan di kampung-kampung yang berjauhan dari
Pusat Latihan. Mesin-mesin serta tenaga pengajar dibawa ke kampung yang dikenalpasti.
Melalui program ini ramai penduduk tempatan khasnya kaum wanita mendapat latihan
dalam bidang teknikal. Kemahiran yang diperolehi digunakan terus untuk menambah
pendapatan harian yang mana kesan positif dikalangan penduduk amat membanggakan.
Giatmara ditubuhkan dengan menggunakan bangunan-bangunan kerajaan yang
terbiar dan tidak digunakan atau bangunan mudah alih. Pengubahsuaian bangunan dapat
dibuat tanpa melibatkan kos yang tinggi. Ubahsuai bangunan Pusat Giatmara biasanya
rendah kerana kebanyakkannya dibuat sendiri oleh pelatih Giatmara. Manakala
pembinaan institusi-institusi latihan oleh agen lain di negeri ini biasanya menelan belanja
berpuluh atau beratus juta ringgit. (Giatmara Malaysia, 2010).
22
Giatmara mendapat kerjasama dengan penduduk tempatan dan biasanya program
latihan boleh dijalankan dengan segera. Kadangkala gotong-royong mendirikan bangunan
Pusat Giatmara diadakan bersama penduduk tempatan.
Isu kumpulan rakayat termiskin telah dibangkitkan di Jabatan Perdana Menteri.
Giatmara telah diminta untuk bekerjasama dalam Program Pembasmian Rakyat
Termiskin (PPRT) dengan memberi latihan khas kepada kumpulan rakyat termiskin
dalam bidang teknikal dan keusahawanan. (Buletin Institut Penyelidikan Pembangunan
Belia Dan Masyarakat, 2009)
Kebanyakkan kampung-kampung di luar bandar berhampiran Pusat Giatmara ternyata
kekurangan agensi yang boleh memberi khidmat teknikal kepada masyarakat. Giatmara
telah melibatkan diri sendiri langsung dalam membantu masyarakat tempatan dengan
memberi segala khidmat yang mungkin terutamanya dalam hal-hal teknikal termasuk
memebaiki alat peralatan rumah, jentera, peralatan pertanian dan sebagainya. (Buletin
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Dan Masyarakat, 2009)
Konsep memajukan masyarakat di daerah dan kampung-kampung yang mana
usahawan yang memajukan barangan pembuatan ala satu kampung satu produk dapat
dilaksanakan dengan lebih berkesan melalui program latihan daripada Giatmara.
Kerjasama dan penglibatan lain-lain agensi untuk memajukan sesuatu kumpulan
masyarakat secara menyeluruh telah dilaksanakan antaranya termasuklah:
i. Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)
ii. Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
iii. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA)
iv. Pihak swasta seperti – Proton, Produa dan lain-lain.
23
Saranan YAB Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia terdahulu
untuk menjadikan bidang pelajaran dan latihan sebagai satu komoditi. Giatmara Sdn.
Bhd. Telah mengambil inisiatif membantu Kerajaan Malaysia (mewakili Malaysia) dalam
program kerjasama ASEAN-JAPAN beroperasi di Cambodia. Program ini telah bermula
pada tahun 1994, di mana dalam tempoh 4 tahun, 4 kumpulan telah dihantar berturut-
turut untuk menjayakan program tersebut. Kumpulan ke 5 yang terdiri daripada 8 orang
Tenaga Pengajar telah bertolak ke Cambodia pada 1 Febuari 1999. Sehingga kini
Giatmara telah melatih seramai 1,740 rakyat Cambodia.
Wawasan 2020 mengharapkan negara Malaysia menjadi sebuah Negara Perindustrian
Baru (New Industrial Nation – NIC). Bagi satu pihak yang lain, masyarakat bumiputera
di semua peringkat di luar bidang teknikal, teknologi komputer, teknologi maklumat, hi-
tech dan sebagainya. Maka sehingga kini Syarikat Giatmara Sdn. Bhd. Sahaja yang
mampu memainkan peranan dalam penyebaran pengetahuan melalui latihan di Pusat
Giatmara seluruh negara.
Pengurusan Giatmara sentiasa pro-aktif dan kreatif ke arah menangani cabaran
wawasan negara sepertimana dikehendaki oleh pemimpin. Akhir kata, program Giatmara
yang telah, sedang dan akan diatur boleh menjadi pemangkin serta salah satu agen
pelaksanaan yang aktif ke arah mendukong cita-cita pemimpin Negara. (Giatmara
Malaysia, 2010).
Namun terdapat segelintir remaja kini yang terlibat dengan dadah. Pusat Giatmara
menerima pelajar-pelajar yang mempunyai masalah dengan tingkah laku serta tabiat
buruk yang sukar dibendung. Maka, pihak Giatmara telah menjalankan sesi pemulihan
bagi memastikan pelati-pelatih ini tidak terlibat dengan najis dadah kelak. Terdapat
pelbagai inisiatif dilakukan bagi memastikan perkara ini dapat dibendung, antaranya
mengadakan sesi ceramah pada hari jumaat selepas bengkel. Namun, masih terdapat
24
kekurang dalam program ini. Apabila dikaitkan remaja dan dadah, perkara ini harus
diambil serius dalam pemulihannya seiring dengan membekalkan latihan kemahiran
kepada pelatih-pelatih ini. (Buletin Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Dan
Masyarakat, 2009)
Untuk mendefinisikan pemulihan bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Menurut
Abd. Hadi, “Rehabilitation is a generic term which is capable of being ambiguous and
vogue” (1992:49). Walaubagaimanapun, beberapa pengkaji telah memberikan maksud
pemulihan. Menurut Fox (1977), pemulihan merupakan suatu kaedah yang membolehkan
pesalah kembali ke pangkuan masyarakat dan memberikan sumbangan kepada
masyarakat atau setidak-tidaknya tidak membahayakan orang lain. Irwin (1974) dan Abd.
Hadi (1992) pula menyatakan pemulihan sebagai usaha untuk meningkatkan kualiti
kehidupan pesalah dengan membentuk mereka menjadi individu yang berguna, berdikari,
mempunyai kesempurnaan diri dan kesedaran sosial serta dapat melibatkan diri dalam
aktiviti sosial dengan individu lain. Manakala Snarr (1996), pula mendefinisikan
pemulihan sebagai usaha-usaha sistematik yang disusun oleh masyarakat bagi
menghukum pesalah dan memberikan ganti rugi kepada individu yang menjadi mangsa
pesalah. Empat elemen utama definisi ini ialah ( i ) hukuman, ( ii ) perlindungan, ( iii )
perubahan dan, ( iv ) ganti rugi.
Dalam konteks penulisan ini, pemulihan yang dinyatakan adalah fokus kepada
pemulihan dadah. Yusof (1994) menyatakan bahawa pemulihan dadah sebagai proses
penyembuhan hasil daripada menahan diri (abstinence) dari menggunkan dadah serta
melibatkan diri program kejiwaan (spiritual) yang tidak semestinya bercorak agama.
Manakala Agensi Dadah Kebangsaan (1997) pula mendefinisikan pemulihan dadah
sebagai teknik membantu penagih dadah membebaskan diri mereka daripada
menggunakan dadah dan membuat mereka merasa dirinya berguna dan dihormati oleh
keluarga, rakan-rakan dan masyarakat. Ia diadakan di pusat-pusat pemulihan iaitu
25
pesalah-pesalah dadah atau penagih diajar dengan teknik untuk menangani masalah
kehidupan dan membantu mereka mengalami ketenagan tanpa menggunakan bahan
kimia. (ADK, 1997)
Objektif utama pemulihan ialah untuk mengubah pesalah supaya menjadi individu
yang berguna dan mudah diterima oleh ahli-ahli masyarakat (Abd. Hadi 1992). Untuk
mencapai objektif tersebut, salah satu bentuk pemulihan yang booleh dijalankan iaitu
melalui pembentukan semula tingkah laku pesalah. Pembentukan semula tingkah laku
merupakan suatu bentuk pemulihan yang diberikan kepada pesalah yang bertujuan untuk
mengubah tingkahlaku pesalah agar mereka dapat menghormati peraturan dan undang-
undang yang ditetapkan. Ia juga bertujuan untuk mengurangkan kecenderungan pesalah
melakukan perbuatan yang dilarang. Bentuk pemulihan ini boleh dilakukan melalui
kaunseling, latihan kemahiran vokasional, pendidikan agama dan moral serta pendidikan
siviks dan tatanegara. Sekiranya ia berjaya dilakukan, pesalah akan mengambil sikap
yang berbeza terhadap perbuatan yang dilarang iaitu tidak akan mengulangi kesalahan
lagi. (Walker 1980).
Selain itu, satu lagi bentuk pemulihan yang boleh dijalankan ialah dengan melatih
pesalah mempertingkatkan kemahiran sosial dan kemahiran ekonomi yang boleh
dipasarkan (Abd. Hadi 1992). Ia penting kerana pesalah boleh menggunakan dan
mempraktikkan kemahiran ini apabila menamatkan pemulihan kelak.
Kemahiran ekonomi yang boleh dipasarkan boleh diberikan kepada pesalah
melalui latihan kemahiran vokasional yang disediakan di pusat-pusat pemulihan.
Misalnya kemahiran menjahit, membaik pulih kenderaan, melakukan kerja-kerja
pertanian, penternakan dan sebagainya. Melalui latihan yang diperolehi, pesalah-pesalah
akan memperolehi kemahiran yang boleh memberikan mereka peluang untuk
mendapatkan pekerjaan dan sekaligus dapat menyara kehidupan mereka setelah
26
menamatkan pemulihan. Ia sekaligus akan mengecilkan ruang dan kesempatan untuk
mereka terlibat semula dengan kesalahan-kesalahan yang pernah dilakukan atau
perbuatan-perbuatan yang dilarang. (AADK, 2008)
Dalam pada itu, Mahmood Nazar (2003) menjelaskan terdapat dua pendekatan
yang boleh digunakan dalam merawat dan memulihkan penagih dadah iaitu Pendekatan
Farmakologi dan Pendekatan Tingkahlaku. Pendekatan farmakologi merupakan rawatan
yang bergantung kepada ubat-ubatan atau dadah yang berfungsi untuk mengurangkan
kegianan semasa dadah digunakan. Ia juga dapat menekan simptom putus dadah dan
kegianan yang biasanya dialami diantara dos-dos yang digunakan. Pendekatan ini boleh
dijalankan dengan menggunakan beberapa jenis dadah gentian seperti Methadone,
Naltrexone, Levo-alpha-acetylmethdol (LAAM) dan Buprenorphine.
Pendekatan tingkahlaku pula bertujuan untuk mengubah penggabungan psikologi
penagih kepada keupayaan untuk mengurus tekanan serta konflik secara yang produktif.
Penagih akan dilatih untuk mengatakan tidak kepada dadah, membenci dadah, mencari
jalan lain mengantikan dadah, membina pertahanan diri terhadap dadah dan mengurus
semua tekanan tanpa perlu merujuk kepada dadah dan sebagainya. (Mahmood Nazar
2003). Terapi kognitif, terapi kekluargaan, terapi tingkahlaku kognitif (CBT) dan
beberapa terapi yang lain merupakan pendekatan tingkahlaku yang sering digunakan.
Selain itu, terdapat juga latihan kemahiran dan pekerjaan, perkhidmatan kaunseling yang
merangkumi kaunseling individu, keluarga dan kelompok digunakan dalam pendekatan
ini.
Secara umumnya, dadah dikelaskan kepada beberapa jenis. Nama-nama seperti
morfin, heroin, kokain, ganja, amfetamin dan LSD, semua ini membayangkan jenis-jenis
dadah yang boleh mendatangkan ketagihan (Dzulkifli,1998).
27
Berasaskan ini, dadah boleh dikategorikan kepada jenis dadah yang boleh
merangsang otak dan minda dan sejenis lagi adalah dadah yang boleh menekan fungsi
otak dan minda. Jenis ketiga adalah bahan-bahan yang dipanggil halusinogen (William,
2006).
Kebanyakan masyarakat berpendapat remaja adalah golongan yang penuh dengan
dengan masalah atau penuh dengan konflik serta suka memberontak. Remaja ialah
mereka yang berada dalam peringkat umur antara 12 tahun hingga 23 tahun dan
merupakan satu peringkat zaman yang dipenuhi pergolakan dan tekanan. Zaman ini ialah
zaman di mana remaja mengalami konflik dan perubahan ragam yang tidak menentu
(Santrock, 1998).
Kerajaan Malaysia khususnya memperuntukkan sebanyak RM 9.725 bilion pada
tahun 2002 untuk perbelanjaan pembangunan pendidikan dan ianya merupakan 63.8
peratus daripada keseluruhan perbelanjaan untuk perkhidmatan sosial. Bagi tahun 2003
pula kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sebanyak RM 9.795 bilion untuk
pembangunan pendidikan dan ianya merupakan 60.7 peratus daripada peruntukan untuk
perkhidmatan sosial (Laporan Ekonomi 2002/2003).
2.3 Bidang keusahawan serta Giatmara selepas tamat pengajian.
Pada dasarnya bidang keusahawanan ini lebih terbuka bagi mahasiswa Giatmara.
Ini kerana Giatmara di tubuhkan khusus untuk bumiputera tempatan. Selain itu program
Giatmara ini lebih menjurus kepada kemahiran, kebolehan atau kecekapan melakukan
pekerjaan dan sesuai permintaan pasaran. Peluang bagi mahasiswa Giatmara sangat besar
kerana mempunyai tenaga pengajar yang professional dan berkebolehan serta mahir
dalam bidang masing-masing. Bukan itu saja, bantuan juga turut diberikan kepada
28
pelajar-pelajar yang menyertai kursus tersebut. (Unit Usahawan Giatmara Sarawak,
2009)
Menurut Pengarah Mara Johor Bahru, En Haji Ahmad Sukirin ketika ditanya
tentang MARA, ia memberi peluang kepada bumiputera untuk terus maju dalam
perniagaan serta sedia membantu dari segi kewangan contohnya, pihak MARA memberi
pinjaman dengan kadar faedah yang sangat rendah.
“Ini merupakan platform untuk bumiputera pergi ke „next stage’ dalam bidang
keusahawanan sekali gus melahirkan generasi yang berdaya saing serta maju
dalam mengukuh dan membangunkan ekonomi Negara”.
(En Haji Ahmad Sukirin; 1999; )
Penurunan kadar ekonomi dunia bukan sahaja memberi kesan kepada
penstrukturan semula sektor pekerjaan , industri dan pelaburan malah mampu memberi
kesan kepada masalah sosial serta pengangguran di negara ini. Keadaan ekonomi semasa
mencatatkan pertumbuhan yang sangat membimbangkan.
Bagi mereka, ini adalah satu percubaan untuk melangkah ke arah sesuatu yang
baru. Minat yang mendalam terhadap perniagaan juga banyak mendorong mahasiswa
menceburi bidang ini.
Menurut seorang usahawan tempatan, Salmah Mohamad, bidang keusahawanan
banyak memberi peluang kepadanya untuk menambahkan kemahiran yang sedia ada
selain menambah pendapatan harian. Beliau telah mengikuti kursus menjahit pakaian
lelaki di Giatmara selama enam bulan dan kini telah mempunyai sebuah kedai yang
29
menerima tempahan seperti pakaian lelaki dan wanita, beruniform, t-shirt, pakaian sukan,
cadar, langsir dan menjual pakaian siap. (Unit Usahawan Giatmara Sarawak, 2009)
“Pada mulanya saya hanya mengambil tempahan baju kurung sahaja dan menjahit
di rumah, hinggalah saya berfikir ingin menambahkan lagi kemahiran menjahit.
Jadi saya mengambil keputusan untuk mengikuti kursus di GIATMARA”.
(Salmah Mohamad; 2009; )
Selain itu, sasaran kelompok yang dikhaskan oleh Giatmara adalah terdiri kepada
mereka yang tidak berpeluang menyambung pelajaran dalam bidang akademik, mereka
yang ingin mengasah kemahiran yang ada, yang telah kehilangan pekerjaan, ingin
mencuba pekerjaan baru, ingin memperbaiki tahap kecekapan dan kemahiran dalam diri
atau mengubah karier masa depan. Tidak salah jika dikatakan peluang ini juga terbuka
kepada semua bumiputera. Pokok pangkalnya mahu dan tidak mahu sahaja serta nawaitu.
Walau bagaimanapun, bidang keusahawanan ini turut berkembang di kalangan
mahasiswa IPT di seluruh Malaysia. Bagi mereka, menceburi bidang ini semasa
menuntut bukanlah satu beban malah satu semangat untuk memotivasikan diri menjadi
usahawan yang berjaya suatu hari nanti. (Unit Usahawan Giatmara Sarawak, 2009)
Di samping itu, mahasiswa perlulah lebih kreatif ketika berdepan dengan masalah
kemerosotan ini. Kejayaan yang berimpak tinggi akan diperoleh daripada keberanian
berhadapan dengan risiko dan kemahiran memasang strategi ketika berhadapan suasana
genting. Justeru, mahasiswa perlulah bersedia mempersiapkan diri dengan segala
kebolehan generik dalam bidang keusahawanan.
30
Menurut Mohd Tarmizi Baharudin, penuntut di sebuah IPTA, minat adalah sangat
penting untuk mencari pengalaman dalam apa jua bidang yang di ceburi. Semuanya tidak
semudah yang disangkakan. Lebih-lebih lagi kita perlu berkorban masa yang ada demi
cita-cita.
“Saya memang minat dalam perniagaan. Sekarang saya belajar sambil bekerja.
Memang tidak dapat dinafikan susah nak sesuaikan diri dan bahagi masa. Tapi
lama-kelamaan saya dapat uruskannya dengan bijak. Inilah pengorbanan yang
saya harus bayar untuk meneruskan minat menceburi bidang keusahawanan”.
(Mohd Tarmizi Baharudin; 2009; )
Hari ini telah menunjukkan keperihatinan mahasiswa tentang masa depan mereka.
Kebanyakkan daripada mereka mencari satu pilihan baru iaitu dengan menceburi bidang
ini bagi mengukuhkan ekonomi dalam kehidupan seharian selain membantu bumiputera
lain untuk terus maju. Dengan peluang yang sedia ada, tiada yang mustahil jika kita terus
berusaha untuk maju selangkah kehadapan di iringi nawaitu yang betul. (Unit Usahawan
Giatmara Sarawak, 2009)
Namun apa yang pasti, apabila mempunyai minat yang mendalam terhadap
perniagaan dan keusahawanan, kejayan pasti menanti di hadapan. Jelas alternatif ini
dapat mengurangkan masalah penggangguran di kalangan rakyat Malaysia dan anak
muda lepasan ijazah khususnya.
Selain itu, alam mahasiswa merupakan medan terbaik untuk mahasiswa mengasah
bakat mereka sebelum mereka benar-benar keluar ke arena pekerjaan. Dalam keadaan
sebegini mahasiswa perlu bijak mencari dan meraih peluang bersaing antara satu sama
lain. Dalam realiti sebenar, kecemerlangan akademik bukanlah penentu segalanya.
31
Fenomena ini sudah menjadi satu kebiasaan di kalangan sama ada di IPTA
mahupun di Giatmara. Masing-masing berusaha dan bersaing meningkatkan daya
kreativiti untuk menjadi individu yang berinovasi tinggi. Apa yang penting adalah tahu
untuk menghargai peluang. Tidak hairanlah jika mereka mampu untuk membuka sebuah
perniagaan secara kecil-kecilan. Alam pekerjaan terlalu luas menanti anak-anak muda
yang mempunyai cita-cita tinggi untuk berjaya. Bukan setakat ilmu di dada yang harus
mereka bawa ketika memasuki alam pekerjaan tetapi kemahiran juga diperlukan. (Unit
Usahawan Giatmara Sarawak, 2009)
Salmah Mohamad ketika ditanya mengapa ramai mahasiswa yang menceburi
bidang ini mengatakan sukar untuk menstabilkan perniagaan mereka dan sudahnya
semuanya terhenti separuh jalan, lalu dibiarkan begitu sahaja.
“Bagi saya, peluang hanya datang sekali. Jadi apa salahnya kita ambil dan
hargainya. Untuk menceburi bidang keusahawanan, kita perlu berfikiran jauh dan
matang dalam setiap keputusan yang kita ambil. Dalam percubaan melangkah
setapak ke bidang ini, kita perlukan kepandaian dalam diri yang harus dicungkil
agar sentiasa memberikan yang terbaik ketika menjalankan tanggungjawab
sebagai penuntut dan seorang usahawan muda. Inilah lumrah jatuh bangunnya
seorang usahawan”.
(Salmah Mohamad; 2009; )
Bukan sahaja ilmu dan kemahiran yang diperlukan malah cara berkomunikasi
juga sangat penting. Mahasiswa harus sedar bahawa mereka akan berdepan dengan
semua lapisan masyarakat yang mempunyai sikap berbeza. Jadi, di sinilah mahasiswa
boleh belajar menghadapi bermacam-macam ragam manusia. Walaupun ia tidak terlalu
terdedah kerana mahasiswa masih menuntut dan menjadikan bidang keusahawanan
adalah aktiviti sampingan, tetapi mahasiswa perlulah bersedia lebih awal.
32
Selain pihak MARA, terdapat banyak pihak yang membantu dengan memberi
peluang kepada mahasiswa yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan.
Contohnya, Program Francais Siswazah. Ini adalah sebuah program yang bertujuan untuk
melahirkan usahawan-usahawan Bumiputera dari kalangan siswazah supaya mereka
adalah yang berkaliber, mempunyai daya saing yang tinggi dan berkeyakinan untuk
berkerjaya di dalam bidang perniagaan francais. Dengan menyertai program ini, peserta
berpeluang untuk memperolehi pengetahuan berguna mengenai pengurusan perniagaan,
sedar akan risiko-risiko perniagaan yang bakal dihadapi, menjalani kelas motivasi dalam
membentuk diri menjadi usahawan yang berjaya dan yang paling bernilai sekali. (Unit
Usahawan Giatmara Sarawak, 2009)
Menurut Ahmad, peserta boleh memohon bantuan kewangan daripada agensi-
agensi yang terlibat iaitu PNS, MARA, Bank Pembangunan dan Industri Malaysia
Berhad (“BPIMB”) atau skim-skim jaminan di bawah Credit Guarantee Corporation
(“CGC”). Ini membuktikan bahawa kerajaan memberi galakkan dengan memberi bantuan
dari segi kewangan.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek
berkata, bimbingan secara khusus dalam pelbagai bidang menjadikan usahawan GiatMara
disifatkan sebagai menjuarai pembentukan modal insan negara. Katanya, sehingga kini
sebanyak 209 pusat GiatMara di seluruh negara terlibat dalam menghasilkan pelatih yang
berkemahiran, proaktif dan berdaya saing.
“Kita tahu bahawa GiatMara sudah melalui pelbagai proses transformasi dan
penambahbaikan bagi memastikan perjuangan untuk menghasilkan masyarakat
berkemahiran serta membasmi kemiskinan di kalangan rakyat diteruskan”.
33
”Dengan pembabitan dalam GiatMara ia dilihat dapat membantu mengurangkan
penglibatan generasi muda dalam masalah sosial, malah dapat menyediakan
golongan yang berkemahiran tinggi dalam pasaran kerja”.
(Datuk Hasan Malek; 2009; )
Dalam pada itu, Hasan turut menggalakkan penubuhan Kelab Usahawan
GiatMara di seluruh negara sekali gus dapat memberi peluang kepada ahlinya untuk
menerokai bidang keusahawanan. Katanya, langkah itu penting bagi meningkatkan
bilangan bumiputera yang mempunyai kemahiran teknikal dan vokasional yang
bersesuaian dengan keperluan negara dan sasaran utamanya ialah belia dan masyarakat
setempat.
2.4 Kemudahan semasa latihan
Pelbagai kemudahan turut disediakan kepada pelatih yang mengikuti latihan di di
Giatmara. Pelatih yang berdisiplin dan mempunyai kesungguhan yang tinggi akan diberi
keutamaan untuk menggunakan segala kemudahan sepanjang tempoh pengajian. Di
antara kemudahan latihan yang disediakan oleh pihak Giatmara ialah :
i. Latihan percuma
ii. Elaun bulanan (sepenuh masa)
iii. Kemudahan menggunakan peralatan dan mesin
iv. Sukan dan Rekreasi
v. Sijil Kemahiran GIATMARA
34
vi. Sijil JPK (Di mana berkenaan)
vii. Sijil Suruhanjaya Tenaga (Pendawaian Elektrik)
viii. Program Keusahawanan (selepas tamat latihan)
2.5 Latihan Kemahiran
Memberi pengetahuan dan latihan teknikal kepada masyarakat luar bandar dalam
bidang yang bersesuaian dengan keperluan tempatan ke arah meningkatkan taraf hidup
mereka melalui pewujudan usaha niaga dan peluang pekerjaan. (Giatmara Malaysia,
2010).
Pendidikan vokasional membawa maksud pengalaman menyeluruh sesorang
individu di mana ia belajar dengan cemerlang untuk berada dalam bidang kerja yang
menguntungkan (Prosser, 1950). Dalam skop yang lebih kecil lagi, Prosser telah
menyifatkan pendidikan vokasional sebagai kewujudan siri pengalaman yang terkawal
dan terurus untuk melatih seorang atau lebih individu ke arah persediaan untuk ke alam
pekerjaan. Berdasarkan kenyataan ini dapat dilihat betapa pendidikan vokasional juga
boleh diibaratkan sebagai satu medium untuk melengkapkan seseorang individu dengan
kemahiran-kemahiran yang diperlukan sebagai persediaan untuk menempuh alam
pekerjaan.
Oleh yang demikian, pendidikan teknik dan vokasional sangat berperanan dalam
proses melahirkan tenaga kerja professional dan separa professional yang amat
diperlukan dalam bidang perindustrian. Pertumbuhan ekonomi dan penggunaan teknologi
moden ini memerlukan pengurusan sumber manusia yang mampu melaksanakannya.
Kurikulum pendidikan ini telah dirombak dan diselaraskan mengikut keperluan pasaran
35
kerja dan perubahan teknologi terkini. (Laporan Unit Penyelidikan dan Pembangunan,
Bahagian Perancangan Korporat Mara, 2005).
Matlamat pendidikan ini juga adalah untuk melahirkan pelajar yang aktif dan segi
intelek, jasmani, rohani dan emosi serta mempunyai sahsiah diri yang mulia. Sekiranya
tercapai matlamat ini, maka negara bakal memiliki aset yang paling berharga ke arah
perkembangan dan pembangunan negara dan aspek politik, ekonomi dan sosial.
Kemudahan bengkel yang baik dapat memberikan kepuasan kepada pelajar dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Peralatan bengkel, ruang bengkel, pengudaraan dan
keselamatan di bengkel perlu diambil kira untuk menghasilkan sebuah bengkel sebagai
tempat pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. (Laporan Unit Penyelidikan dan
Pembangunan, Bahagian Perancangan Korporat Mara, 2005).
Bengkel kemahiran adalah pusat operasi pengajaran dan pembelajaran . Walau
apapun bentuk struktur organisasi dan fizikal, program pengajaran dan pembelajaran
tetap berjalan. Impak serta produk yang dihasilkan daripada perlaksanaan aktiviti-aktiviti
di tempat-tempat yang tertentu itu merupakan refleksi suasana makmal yang dibina.
Penyusunan, penggunaan dan penyelenggaraan alat atau bahan, serta langkah-langkah
mengelak kemalangan yang dijalankan dengan teratur melahirkan produk yang positif.
(Laporan Unit Penyelidikan dan Pembangunan, Bahagian Perancangan Korporat Mara,
2005).
Pengurusan bengkel yang berkesan merupakan antara komponen penting bagi
pendidikan dalam bidang pekerjaan yang merangkumi latihan bengkel. Pengurusan
secara sistematik di dalam bengkel amat penting untuk memperolehi keberkesanan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (Yahya, 1989). Sesebuah bengkel yang diuruskan
dengan baik dan bersistematik akan membantu keberkesanan proses pengajaran dan
36
pembelajaran. Perkara ini bersesuaian dengan proses pengajaran dan pembelajaran itu
sendiri yang mana disebabkan kerja-kerja berbentuk amalan praktik yang dilakukan di
dalam bengkel merupakan komponen utama dalam pengajaran dan pembelajaran yang
berasaskan sains, teknik dan kemahiran (Newable dan Canon, 1989).
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Metodologi adalah faktor yang paling penting di dalam menjalankan sesuatu
kajian. Ini bagi membolehkan pengkaji mendapat keputusan yang mempunyai kesahan
dan kebolehpercayaan yang tinggi. Oleh yang demikian, pendekatan cara persampelan
dan penganalisisan data yang digunakan perlulah dikenalpasti terlebih dahulu agar ianya
bersesuaian dengan kajian yang dijalankan.
Perkara-perkara penting yang dihuraikan di dalam bab ini merangkumi
rekabentuk kajian, kerangka operasi, tempat kajian, instrumen kajian, subjek kajian,
tatacara menjalankan kajian, cara menganalisis data dan kebolehpercayaan alat ujian.
38
3.2 Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji ialah jenis deskritif
dengan menggunakan kaedah tinjauan. Kajian deskritif adalah kajian yang bertujuan
untuk menerangkan suatu fenomena yang sedang berlaku dan ia digunakan di dalam
penyelidikan pendidikan. Keadah ini adalah sesuai digunakan kerana ia bertujuan untuk
mengumpulkan segala maklumat mengenai pembolehubah.
Instrumen yang digunakan adalah soal selidik di mana ia diedarkan kepada
responden untuk mendapatkan maklum balas dan maklumat yang berkaitan dengan
persoalan kajian. Tujuan pengkaji menggunakan soal selidik ini adalah untuk
mendapatkan makluman yang berkaitan dengan persepsi pelatih terhadap program latihan
kemahiran vokasional di Giatmara Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Pengkaji telah memilih instrumen ini kerana ia sering digunakan dan juga mudah
di fahami serta dikelolakan. Beberapa perkara telah di pertimbangkan untuk memilih
instrumen ini iaitu :
i. Instrumen jenis ini adalah menjimatkan waktu pengkaji dan responden,
cepat di samping menjimatkan kos.
ii. Responden hanya perlu memilih jawapan yang sesuai sebagaimana yang
telah disediakan dan menandakan jawapan dengan pensil atau pen. Ini
dapat memudahkan responden dalam memberikan tindakbalas.
Instrumen jenis ini adalah berbeza dengan cara temubual di mana responden
terpaksa memilih jawapan. Tambahan pula, ia memerlukan masa, tenaga dan
perbelanjaan yang besar (Mohd Majid Konting, 2000).
39
Menurut Mohd Majid Konting (2000), soal selidik merupakan alat ukur yang
digunakan dalam penyelidikan pendidikan. Soal selidik juga dapat digunakan untuk
mendapatkan maklumat yang tepat mengenai fakta-fakta, kepercayaan, perasaan,
kehendak dan sebagainya.
Menurut kenyataan Mokhtar Mokri (1999), penyelidikan deskriptif bermatlamat
untuk menerokai suatu bidang yang belum atau kurang dikaji bagi menjelaskan keadaan
atau fenomena yang sedang berlaku. Kaedah ini melibatkan pengumpulan data, membuat
tafsiran, membuat perbandingan dan merumus generalisasi (kesimpulam secara umum).
Data-data mengenai persoalan kajian pula diperolehi menerusi borang soal selidik yang
dijawab oleh responden.
40
3.3 Kerangka Operasi
< 0.7
>0.7
TAMAT
MENGENALPASTI MASALAH
MEMILIH MASALAH YANG DIKAJI
MENGHASILKAN KERTAS CADANGAN BAGI MASALAH
MEMILIH PEMBOLEHUBAH
MEMBUAT SOAL SELIDIK
MENGEDARKAN SOAL SELIDIK
MENGUMPUL SOAL SELIDIK
KEPUTUSAN KAJIAN
MENGANALISIS DATA
KAJIAN
RINTIS
MULA
41
3.4 Populasi Kajian
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan pelatih Giatmara Kuala Pilah, Negeri
Sembilan sebagai responden utama.
Menurut Mohd Majid Konting (2000), populasi merupakan satu cerapan ke atas
sekumpulan individu atau objek. Individu atau objek yang dicerap mestilah mempunyai
sekurang-kurangnya satu ciri atau sifat yang sama antara satu sama lain.
3.5 Sampel Kajian
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan jenis persampelan kluster atas kluster
(multi kelompok). Oleh kerana jumlah pelatih Giatmara Kuala Pilah, Negeri Sembilan
adalah kurang dari 70 orang , maka pengkaji telah memutuskan hanya menggunakan
seramai 60 orang responden yang terdiri daripada pelbagai latar belakang (agama,
bangsa, kemahiran, umur).
3.6 Batasan Kajian
Batasan kajian ini terhad dan hanya dijalankan di Giatmara Kuala Pilah, Negeri
Sembilan. Selain daripada itu terdapat kekangan masa dalam menjalankan penyelidikan
ini antara faktornya adalah disebabkan maklumat daripada pihak pentadbiran adalah sulit
dari segi peruntukan kewangan. Selain daripada itu, maklumat dari bekas pelatih
giatmara yang telah berjaya mengendalikan perniagaan dan keusahawanan sendiri
dibawah penajaan MARA, serta temubual yang dijalankan berdasarkan pelatih yang
hanya baru dua bulan menjalani latihan.
42
3.7 Instrumen Kajian
Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen
kajian. Instrumen kajian ini sering digunakan dalam bidang kajian kerana ia agak mudah
berbanding dengan cara lain. Menurut Mohd Majid Konting (2000), soal selidik lebih
praktikal dan berkesan digunakan terutama yang melibatkan populasi yang besar. Selain
itu, ia juga digunakan untuk mendapatkan semua maklumat berkenaan fakta-fakta,
kepercayaan, perasaan, kehendak dan lain-lain.
Kesemua item yang terdapat dalam borang soal selidik ini adalah dibina sendiri
oleh pengkaji berdasarkan pada kesesuaian tajuk (merujuk kepada Lampiran A).
Instrumen ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :-
3.7.1 Bahagian A
Bahagian ini mengandungi lima item yang merujuk kepada latarbelakang
responden iaitu bangsa, umur, agama, status perkhawinan, negeri asal dan
program latihan kemahiran vokasional yang dipelajari di Giatmara.
3.7.2 Bahagian B
Untuk bahagian B mengandungi 36 item soalan yang dibina berdasarkan
kepada persoalan kajian ini. Pengkaji menggunakan skala likert untuk memberi
pilihan jawapan kepada responden. Responden dikehendaki menandakan tahap
persetujuan terhadap item-item dengan menandakan ( / ) pada setiap kotak item
yang dikemukakan mengikut tahap persetujuan masing-masing. Item bagi soalan
dalam soal selidik dan lima skala likert adalah seperti berikut:
43
Jadual 3.7.2.1: Item Soal Selidik
Jadual 3.7.2.2: Skala likert
Melalui penggunaan skala likert lima gred ini, data-data yang diperolehi dianalisis
dan dinyatakan mengikut bilangan, peratus dan min. Penyelidik menghasilkan keputusan
analisis-analisis kajian pada bahagian B dengan mengkategorikan skala kepada tiga
kategori sebagaimana yang dinyatakan oleh Mohd Majid (1999).
Bil Persoalan kajian No. Item Bil Item
1 Apakah persepsi pelatih terhadap kurikulum
yang dipelajari? 1,2,3,4,5,6, dan 7 7
2
Apakah persepsi pelatih terhadap penggunaan
peralatan/kelengkapan yang terdapat di
Giatmara berkesan dalam tugas harian pelatih?
8,9,10,11,12,13,14
15 dan 16 9
3
Apakah persepsi pelatih terhadap tenaga
pengajar yang membantu dalam memberi
latihan kemahiran vokasional yang berkesan?
17,18,19,20,21,22
23,24 dan 25 9
4
Apakah persepi pelatih terhadap kemudahan
yang disediakan bagi membantu dalam
meningkatkan kemahiran vokasional?
26,27,28,29,30,31,
32,33,34,35,dan 36. 11
Jumlah 36
Skala Singkatan skala
1 Sangat Tidak Setuju (STS)
2 Tidak Setuju (TS)
3 Tidak Pasti (TP)
4 Setuju (S)
5 Sangat Setuju (SS)
44
Penyelidik juga menyediakan borang soal selidik untuk diedarkan kepada
responden. Sebelum responden menjawab borang soal selidik, penyelidik memberi
penerangan secara terperinci kepada responden bagi mengelakkan kekeliruan semasa
menjawab borang soal selidik.
Setelah borang soal selidik dipungut, proses pengumpulan maklumat dijalankan
bagi memperolehi keputusan hasil maklum balas dari responden. Seterusnya proses
analisis data dibuat dengan menggunakan perisian Statistical Packages for the Social
Science (SPSS) v16.0 For Windows. Melalui keputusan yang diperoleh maka satu
kesimpulan serta cadangan-cadangan secara menyeluruh dibuat terhadap kajian tersebut.
3.8 Kajian Rintis
Bagi kajian ini, penyelidik telah membuat kajian rintis di Giatmara Kuala Pilah,
Negeri Sembilan. Jumlah responden yang diambil dalam kajian rintis ini adalah seramai
lapan orang yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.
Kajian rintis bertujuan menguji set soal selidik sebelum kajian sebenar dijalankan
ke atas responden dan juga untuk kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian. Selain
daripada itu, kajian rintis ini juga bertujuan untuk mengetahui kesesuain item-item soal
selidik yang digunakan. Dalam kajian Rosliah (2006), tujuan kajian rintis adalah untuk
mengetahui tahap kefahaman soalan, mengetahui reaksi awal dan mengesan kesalahan-
kesalahan yang dianggap ketara dalam soalan-soalan.
45
Mengikut Mohammad Najib Abdul Ghaffar (1999), saiz sampel rintis tidak
memerlukan jumlah yang ramai dan memadai sekitar enam hingga sembilan orang bagi
memenuhi tujuan perbincangan awal yang berkesan tentang kajian tersebut.
Dalam analisis yang dibuat untuk mancari nilai alpha, cronbach, penyelidik akan
menggunakan perisian computer iaitu SPSS Vesion 16.0 For Windows. Mengikut
pandangan Daris (1971) dalam Mohd Zolkifli Abd Hamid (1999), beliau telah
mengkategorikan seperti berikut:-
i. 0.7 dan keatas - sangat kuat
ii. 0.5 – 0.69 - kuat
iii. 0.3 – 0.49 - sederhana kuat
iv. 0.1 – 0.29 - kaitannya boleh diabaikan
Menurut Mohammad Najib (1999), ujian Alpha Cronbach digunakan kerana ia
merupakan salah satu ujian statistik bagi mendapatkan koefisien kebolehpercayaan. Nilai
indeks kebolehpercayaan yang melebihi 0.7 ( > 0.7) bolehlah digunakan sebagai alat ukur
untuk sesuatu kajian Mohammad Majid (1990). Oleh yang demikian jika nilai alfa yang
diperolehi dalam kajian ini adalah melebihi 0.7 ( > 0.7), item-item yang dibina dalam soal
selidik ini mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi. Bagi soalan yang dibina
pengkaji, nilai yang diperolehi adalah 0.961.
46
3.9 Analisis Data
Data yang diperolehi melalui instrument yang dianalisis mengunakan perisian
Statistical Packages for the Social Science (SPSS) v16.0 For Windows untuk
mendapatkan kekerapan (f), peratusan (%), dan min untuk menganalisis maklumat dan
profil responden.
Jadual 3.9.1: Kaedah Menganalisis Data
Persoalan Kajian Analisis Data
Persepsi terhadap kurikulum Peratus (%), kekerapan (f), Min
Persepsi terhadap peralatan/kelengkapan Peratus (%), kekerapan (f), Min
Persepsi terhadap tenaga pengajar Peratus (%), kekerapan (f), Min
Persepsi terhadap kemudahan Peratus (%), kekerapan (f), Min
Pengkelasan skor Min dibuat mengikut skor min yang diperolehi melalui
persoalan kajian yang berkaitan dengan tujuan untuk memudahkan pengkaji
mendapatkan pengkelasan. Penyelidik akan menggunakan rumus untuk mendapatkan
nilai julat yang sama dan seimbang bagi setiap tahap yang dikehendaki. Penyelidik
menujukkan rumus untuk mendapatkan nilai julat yang seimbang.
47
Persamaan 1: Rumus Mendapatkan Nilai Julat Yang Seimbang
5 (Peringkat Skala Likert) – 1
= 1.33
3 (Pembahagian Tetap)
Maka,
1.33 1.33 1.33
1.00 2.33 3.67 5.00
Rendah/Lemah Sederhana Tinggi/Baik
Jadual 3.9.2: Pengkelasan Maklum Balas Responden Berdasarkan Skor Min
Tahap Penialaian Nilai Min
Tinggi/baik 3.68 – 5.00
Sederhana 2.34 – 3.67
Rendah/lemah 1.00 – 2.33
Dalam kajian ini, perisian komputer iaitu SPSS Vesion 16.0 For Windows telah
digunakan untuk menganalisis kesemua data yang telah diperolehi daripada responden
yang telah menjawab soalan. Perisian ini digunakan untuk mengelakkan berlakunya
kesilapan yang mungkin dilakukan dengan pengiraan manual. Menurut Mohd Majid
Konting (2000), perisian komputer boleh digunakan untuk mempercepatkan proses
pengiraan pekali kebolehpercayaan sesuatu alat ukur.
48
Dalam kajian ini, penyelidik menganalisis data untuk mencari nilai peratusan bagi
setiap soalan kajian yang dibina.
Dalam menentukan tanggapan positif atau negatif terhadap sesuatu aspek yang
dikaji, ianya ditentukan oleh melalui penganalisis data. Nilai itu dikategorikan kepada
tiga bahagian iaitu rendah, sederhana dan tinggi.
3.10 Penutup
Keputusan analisis Bahagian A adalah berkaitan dengan latar belakang responden
seperti status bangsa, umur, agama, status perkhawinan, negeri asal, program latihan
kemahiran vokasional yang diikuti di pusat Giatmara serta pengalaman bekerja.
Bahagian B pula menjelaskan analisis berkaitan dengan penekanan aspek kurikulum,
peralatan dan kelengkapan, tenaga pengajar serta kemudahan.
Data-data yang diperolehi dari soal selidik dikumpulkan dan dianalisis. Data
dianalisis kepada bab empat dan dibincangkan dalam bab lima. Bagaimanapun, terdapat
berbagai-bagai kaedah boleh digunakan dalam menjalankan kajian. Terpulang kepada
penyelidik untuk memilih kaedah yang sesuai untuk memperolehi maklumat bagi
kajiannya.
Namun begitu, segala kaedah penyelidikan yang digunakan hendaklah mengikut
kriteria yang telah ditetapkan bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan kajian
yang dijalankan. Kajian adalah satu kajian tinjauan yang akan melibatkan 60 orang
responden dariapada pelatih di Pusat Giatmara Kuala Pilah Negeri Sembilan.
BAB 4
ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
Bab ini pula merupakan permulaan analisis terhadap data-data yang diperolehi
melalui borang soal selidik yang telah diproses menggunakan pakej Statistical Packages
for the Social Science (SPSS) v16.0 For windows (SPSS). Fokus analisis dalam Bab ini
adalah terhadap ciri-ciri demografi ataupun yang dikatakan profil sosio ekonomi
responden yang terdiri daripada 60 orang pelatih-pelatih di Giatmara Kuala Pilah. Ia
melibatkan latarbelakang responden bagi analisis bahagian A dan bahagian B adalah
soalan berdasarkan item-item bagi soalan kajian.
Penyelidik akan menjelaskan hasil kajian berdasarkan jawapan yang dikemukan
oleh responden di Pusat Giatmara. Analisis data dilakukan ke atas soal selidik yang telah
diberikan kepada responden. Perbincangan dibuat dalam bentuk diskriptif. Berdasarkan
persoalan kajian analisis data ini akan dibahagikan kepada dua bahagian.
50
Bahagian A akan menerangkan ciri-ciri latar belakang responden, manakala
Bahagian B pula akan membincangkan jawapan responden terhadap empat persoalan
kajian iaitu persepsi pelatih terhadap kurikulum yang dipelajari, persepsi pelatih terhadap
penggunaan peralatan/kelengkapan yang terdapat di Giatmara berkesan dalam tugas
harian pelatih, kemudian persepsi pelatih terhadap tenaga pengajar yang membantu
dalam memberi latihan kemahiran vokasional yang berkesan, serta persepi pelatih
terhadap kemudahan yang disediakan bagi membantu dalam meningkatkan kemahiran
vokasional. Data-data yang diperolehi melalui borang soal selidik yang telah diproses
menggunakan pakej Statistical Packages for the Social Science (SPSS) v16.0 For
windows (SPSS) bagi mendapatkan nilai frekuensi, peratus dan nilai min bagi setiap item
dalam persoalan kajian.
Bagi mendapatkan skor pencapaian sampel, hasil analisis dinyatakan dalam
bentuk jadual taburan kekerapan dan peratus bagi menujukkan tahap skor secara
terperinci. Skor Min yang diperolehi disusun mengikut hieraki dan dikelaskan mengikut
kategori tahap pencapaian. Jadual 4.1.1 di dibawah menunjukkan pencapaian bentuk skor
min.
Jadual 4.1.1: Tahap Pencapaian Berdasarkan Skor Min
Tahap Penialaian Nilai Min
Tinggi/baik 3.68 – 5.00
Sederhana 2.34 – 3.67
Rendah/lemah 1.00 – 2.33
Pengubahsuaian data dalam bentuk 5 peringkat telah ditukar kepada 3 bentuk
peringkat, ia dilakukan bagi memudahkan penentuan tahap pencapaian. Respon sangat
tidak setuju dan tidak setuju digabungkan sebagai respon tidak setuju bersimbol “TS”,
respon sangat setuju dan setuju digabungkan sebagai respon bersimbol “S”, manakala
51
respon tidak pasti masih kekal dan diberi symbol “TP”. Jadual 4.1.2 di bawah
menujukkan jadual skala likert dari lima peringkat ditukar menjadi tiga peringkat.
Jadual 4.1.2: Nilai Penskoran Item
5 peringkat 3 peringkat
Sangat tidak setuju Tidak setuju (TS)
Tidak setuju
Tidak pasti Tidak Pasti (TP)
Setuju Setuju (S)
Sangat setuju
4.2 Analisis Bahagian A – Latar Belakang Responden
Bahagian A mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan bangsa, jantina,
umur, agama, status, negeri kelahiran, bidang kemahiran serta pengalaman bekerja.
Terdapat 8 soalan dikemukan dalam bahagian ini. Data yang diperolehi dianalisis dalam
jumlah frekuensi dan peratus.
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Bangsa
Jadual 4.2.1.1 menujukkan bilangan responden mengikut bangsa.
Daripada 60 responden, seramai 59 responden (98.3%) adalah melayu dan seramai 1
responden (1.7%) adalah India.
52
Jadual 4.2.1.1: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa
Bangsa Kekerapan ( f ) Peratusan (%)
Melayu 59 98.3
Cina 0 0
India 1 1.7
Lain-lain 0 0
Jumlah 60 100
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Jantina
Jadual 4.2.2.1 menujukkan bilangan responden mengikut jantina. Daripada
60 responden, seramai 40 responden (66.7%) adalah lelaki dan seramai 20 responden
(33.3%) adalah perempuan.
Jadual 4.2.2.1: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Jantina
Jantina Kekerapan ( f ) Peratusan (%)
Lelaki 40 66.7
Perempuan 20 33.3
Jumlah 60 100
53
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Umur
Jadual 4.2.3.1 menujukkan bilangan responden mengikut umur. Daripada
60 responden, seramai 49 responden (81.7%) adalah 15 hingga ke 19 tahun, 20 hingga
25 tahun seramai 10 responden (16.7%) manakala seramai 1 responden (1.7%) adalah
berumur diantara 30 hingga 35 tahun.
Jadual 4.2.3.1: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Umur
Umur Kekerapan ( f ) Peratusan (%)
15 – 19 tahun 49 81.7
20 – 25 tahun 10 16.7
26 – 29 tahun 0 7.5
30 – 35 tahun 1 1.7
36 – 39 tahun 0 0
40 tahun ke atas 0 0
Jumlah 60 100
54
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Agama
Jadual 4.2.4.1 menujukkan bilangan responden mengikut agama. Daripada
60 responden, seramai 59 responden (98.3%) adalah islam, manakala seramai 1
responden (1.7%) adalah hindu.
Jadual 4.2.4.1: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Agama
Agama Kekerapan ( f ) Peratusan (%)
Islam 59 98.3
Buddha 0 0
Hindu 1 1.7
Kristian 0 0
Lain-lain 0 0
Jumlah 60 100
4.2.5 Taburan Responden Mengikut Status
Jadual 4.2.5.1 menujukkan bilangan responden mengikut status. Daripada
660 responden, seramai 59 responden (96.7%) adalah bujang, manakala seramai 2
responden (3.3%) adalah berkhawin.
Jadual 4.2.5.1:Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Status
Status Kekerapan ( f ) Peratusan (%)
Bujang 58 96.7
Berkahwin 2 3.3
Jumlah 60 100
55
4.2.6 Taburan Responden Mengikut Negeri Kelahiran
Jadual 4.2.6.1 menujukkan bilangan responden mengikut negeri kelahiran.
Daripada 60 responden, seramai 55 responden (91.7%) adalah berasal dari Negeri
Sembilan, manakala seramai 4 responden (6.7%) berasal dari johor dan 1 responden
(1.7%) berasal dari Melaka.
Jadual 4.2.6.1: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Negeri
Negeri Kelahiran Kekerapan ( f ) Peratusan (%)
Negeri Sembilan 55 91.7
Johor 4 6.7
Melaka 1 1.7
Lain-lain 0 0
Jumlah 60 100
4.2.7 Taburan Responden Mengikut Bidang Kemahiran
Jadual 4.2.7.1 menujukkan bilangan responden mengikut bidang
kemahiran. Daripada 60 responden, seramai 20 responden (33.3%), adalah mengambil
dalam bidang kemahiran membaiki motosikal, seramai 20 oresponden mengambil dalam
bidang membuat pakaian (33.3%), manakala seramai 20 responden mengambil dalam
bidang kemahiran fabrikasi logam (33.3%).
56
Jadual 4.2.7.1:Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Bidang
Bidang Kemahiran Kekerapan ( f ) Peratusan (%)
Membaiki motosikal 20 33.3
Membuat pakaian 20 33.3
Fabrikasi logam 20 33.3
Jumlah 60 100
4.2.8 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Bekerja
Jadual 4.2.8.1 menujukkan bilangan responden mengikut spengalaman
bekerja. Daripada 60 responden, seramai 23 responden (38.3%) adalah mempunyai
pengalaman bekerja, manakala seramai 37 responden (61.7%) tidak mempunyai
pengalaman bekerja
Jadual 4.2.8.1: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Pengalaman
Bidang Kemahiran Kekerapan ( f ) Peratusan (%)
Ya 23 38.3
Tidak 37 61.7
Jumlah 60 100
57
4.3 Analisis Bahagian B – Pernyataan Maklum Balas Responden
4.3.1 Dapatan Kajian
Hasil dapatan kajian didalam analisis bahagian B adalah meliputi
aspek-aspek didalam persoalan kajian. Ia melibatkan setiap item yang
digunakan sebagai landasan bagi responden menjwab soal selidik. Di
dalam analisis bahagian B ini jadual petunjuk Min mengikut darjah
penilaian terhadap kesesuain. Terdapat 36 soalan yang dibentuk dalam
bahagian ini yang meliputi:
i. Persepsi pelatih dari segi kurikulum ( 7 soalan )
ii. Persepsi pelatih dari segi peralatan dan kelengkapan ( 9 soalan )
iii. Persepsi pelatih dari segi tenaga pengajar ( 9 soalan )
iv. Persepsi pelatih dari segi kemudahan ( 11 soalan )
Jadual 4.3.1.1 : Min mengikut darjah penilaian terhadap kesesuain.
Tahap Penialaian Nilai Min
Tinggi/baik 3.68 – 5.00
Sederhana 2.34 – 3.67
Rendah/lemah 1.00 – 2.33
Sumber : Mohd Majid Konting (2000)
58
Jadual 4.3.1.2 : Jadual 10 petunjuk untuk memgukur tahap penilaian
terhadap responden berdasarkan peratus
Tahap Penilaian Peratus %
Tinggi 70.0 – 100
Sederhana 40.0 – 69.9
Rendah 0 – 39.9
Jadual 4.3.1.3: Persepsi Pelatih Terahadap Kurikulum Yang Dipelajari
Bil Item Tidak
setuju
Tidak
pasti
Setuju Min
Bil % Bil % Bil %
1 Saya mempelajari sesuatu
kemahiran yang baru di pusat
latihan ini.
0 0 4 6.7 56 93.3 4.32
2 Saya yakin dengan kurikulum
yang dipelajari adalah amat
mudah untuk diaplikasikan.
1 1.7 7 11.7 52 86.6 4.17
3 Saya yakin dengan kurikulum
yang dipelajari adalah berkesan. 1 1.7 6 10.0 53 88.3 4.20
4 Saya yakin bahawa kemahiran
vokasional amat penting untuk
melaksanakan tugas/kerja.
0 0 2 3.3 58 96.6 4.20
5
Sukatan latihan yang diberikan
amat sesuai mengikut taraf dan
peringkat pengetahuan,
kefahaman dan kemahiran saya.
1 1.7 8 13.3 51 85.0 4.10
6 Isi kandungan pembelajaran yang
dilangsungkan mudah difahami
dan dipraktikkan.
1 1.7 12 20.0 47 78.4 4.03
7 Program yang ditawarkan
menarik minat saya untuk terus
mendalami bidang tersebut.
2 3.4 11 18.3 47 78.3 3.96
Purata 4.13
59
Persoalan kajian pertama bertujuan untuk mengetahui persepsi pelatih terhadap
latihan kemahiran vokasional bagi kurikulum yang dipelajari. Soal selidik ini dibuat di
di pusat Giatmara Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Item 1 hingga 7 yang dibina adalah bagi
menjawab persoalan kajian pertama.
Secara keseluruhannya, majoriti responden berkeyakinan bahawa kurikulum yang
dipelajari adalah berkesan di Pusat Giatmara ini. Hal ini kerana, persepsi mereka terhadap
mempelajari sesuatu kemahiran yang baru di pusat latihan ini adalah sangat tinggi.
Peratusan bagi persepsi menunjukkan daripada keseluruhan 60 orang responden, bagi
item 1 adalah 93.3% memberi persetujuan, manakala selebihnya hanya 6.7% tidak pasti
dan 0% tidak setuju.
Diikuti dalam item ke dua hingga ke lima iaitu pelatih yakin dengan kurikulum
yang dipelajari adalah amat mudah untuk diaplikasikan, yakin dengan kurikulum yang
dipelajari adalah berkesan, dan mereka juga yakin bahawa kemahiran vokasional amat
penting untuk melaksanakan tugas/kerja. Sukatan latihan yang diberikan amat sesuai
mengikut taraf dan peringkat pengetahuan, kefahaman dan kemahiran adalah berkesan
dalam kurikulum di pusat giatmara ini. Peratusan bagi persepsi pelatih, menunjukkan
daripada keseluruhan 60 orang responden, bagi item 2 adalah 86.6% memberi
persetujuan, manakala selebihnya hanya 11.7% tidak pasti dan 1.7% tidak setuju. Begitu
seterusnya bagi item-item sehingga item yang ke tujuh, dimana majoriti pelajar yakin
dengan kurikulum yang diaplikasikan dalam modul serta sistem pembelajaran dan
pengajaran seharian. Bagi item 3 adalah 88.3% memberi persetujuan, manakala
selebihnya hanya 10.0% tidak pasti dan 1.7% tidak setuju. Ini jelas menujukkan bahawa
responden sendiri mengakui keyakinan terhadap kurikulum yang diaplikasikan kepada
mereka. Bagi item 4 adalah 96.6% memberi persetujuan, manakala selebihnya hanya
10.0% tidak pasti dan 0% tidak setuju. Latihan kemahiran vokasional penting dalam
kehidupan, sehingga tiada responden yang bersetuju bahawa kemahiran vokasional tidak
penting dalam kehidupan seharian.
60
Bagi item 5 adalah 85.0% memberi persetujuan, manakala selebihnya hanya
13.3% tidak pasti dan 1.7% tidak setuju. Bagi item 6 adalah 78.4% memberi persetujuan,
manakala selebihnya hanya 20.0% tidak pasti dan 1.7% tidak setuju. Bagi item 7 adalah
78.3% memberi persetujuan, manakala selebihnya hanya 18.3% tidak pasti dan 3.4%
tidak setuju. Penjelasan daripada item 6 dan item 7 menujukkan bahawa program yang
ditawarkan bersesuaian dengan kerjaya serta peluang industri yang cerah pada diri
responden.
61
Jadual 4.3.1.4: Persepsi Pelatih Terhadap Peralatan Dan Kelengkapan
Yang Digunakan
Bil Item Tidak
setuju
Kurang
pasti
Setuju Min
Bil % Bil % Bil %
8 Peralatan/ kelengkapan yang
disediakan di pusat pemulihan
dapat digunakan dengan baik.
3 5.0 10 16.7 47 78.3 3.85
9 Semasa menggunakan peralatan,
saya dapat melakukan tugas
dengan selamat.
4 6.7 10 16.7 46 76.6 3.83
10 Peralatan/ kelengkapan yang
digunakan adalah mesra
pengguna.
1 1.7 13 21.7 46 76.7 4.56
11 Saya tidak menghadapi sebarang
masalah untuk menggunakan
peralatan/ kelengkapan di bengkel
4 6.7 17 28.3 39 64.9 3.80
12 Saya diberi kursus untuk
menggunakan semua peralatan/
kelengkapan di bengkel.
2 3.3 7 11.7 51 84.9 4.15
13 Saya sentiasa yakin untuk
menggunakan peralatan/
kelengkapan yang disediakan.
1 1.7 15 25.0 44 73.3 3.95
14
Saya kerap bertanya pelatih lain
mengenai penggunaan peralatan/
kelengkapan untuk berasa lebih
yakin.
0 0 14 23.3 46 76.7 4.11
15 Peralatan/ kelengkapan di pusat
latihan banyak membantu dalam
menjalankan tugas.
1 1.7 5 8.3 54 90.0 4.11
16
Penggunaan peralatan/
kelengkapan di bengkel adalah
amat mencabar dan memerlukan
pengetahuan untuk
mengendalikannya.
3 5.0 4 6.7 53 88.3 4.26
Purata 4.07
62
Persoalan kajian kedua bertujuan mengetahui persepsi pelatih terhadap
penggunaan peralatan/kelengkapan yang terdapat di Giatmara berkesan dalam tugas
harian dalam mempengaruhi pemilihan kursus oleh para pelatih pusat Giatmara. Item 8
hingga 16 yang dibina adalah bagi menjawab persoalan kajian kedua.
Bagi soalan item 10, 12, 13 dan 14 pelatih merasa yakin apabila menggunakan
peralatan dan kelengkapan semasa menjalankan tugas walaupun penggunaan peralatan/
kelengkapan di bengkel adalah amat mencabar dan memerlukan pengetahuan untuk
mengendalikannya. Ini terbukti apabila nilai peratusan yang rendah bagi tidak setuju dan
kurang pasti.
Namun demikian pada item 8, 9, 11 dan 16 terdapat segelintir responden kurang
yakin dan tidak yakin apabila menggunakan perlatan serta kelengkapan yang disediakan
oleh Pihak Giatmara ini. Peratusan yang dicapai adalah 6.7% namun ia masih dalam
kedudukan tahap darjah kesesuain yang rendah.
Bagi item 9 adalah 76.6% memberi persetujuan, manakala selebihnya hanya
16.7% tidak pasti dan 6.7% tidak setuju. Hal ini kerana nilai peratusan bagi tidak setuju
adalah ketara disebabkan semasa mengunakkan peralatan pelajar tidak diberi perhatian
sepenuhnya semasa melakukan amali. Bagi item 11 adalah 64.9% memberi persetujuan,
manakala selebihnya hanya 28.3% tidak pasti dan 6.7% tidak setuju. Hal ini kerana nilai
peratusan bagi tidak setuju adalah ketara disebabkan semasa terdapat kes-kes lampau
dimana berlaku kemalangan kecil di bengkel semasa amali.
63
Jadual 4.3.1.5: Persepsi Pelatih Terhadap Tenaga Pengajar
Bil Item Tidak
setuju
Kurang
pasti
Setuju Min
Bil % Bil % Bil %
17
Kaedah penyampaian oleh tenaga
pengajar di pusat ini memberi
tunjuk ajar dengan cara yang
lengkap dan mudah difahami.
0 0 8 13.3 52 86.7 4.23
18 Tenaga pengajar mengendalikan
arahan tugas/kerja dengan selesa
tanpa tekanan
5 8.3 12 20.0 43 71.6 3.91
19
Tenaga pengajar mengendalikan
sesi pembelajaran dengan teratur
dan cekap tanpa seberang
masalah.
2 3.4 13 21.7 45 75.0 3.85
20
Tenaga pengajar sentiasa
berusaha unuk memahirkan
latihan kemahiran vokasional
saya.
0 0 8 13.3 52 86.7 4.18
21
Tenaga pengajar sering
membantu saya didalam
menyelesaikan setiap masalah
yang dihadapi.
0 0 10 16.7 50 83.3 4.18
22 Kerja dalam bengkel lebih mudah
difahami apabila terdapat arahan
daripada tenaga pengajar.
1 1.7 8 13.3 51 85.0 4.10
23
Tenaga pengajar sering kali
mempelbagaikan kaedah
pengajaran untuk memudahkan
pemahaman tentang kemahiran
yang dipelajari.
1 1.7 7 11.7 52 86.7 4.16
24
Saya dapat melaksanakan
tugas/kerja yang diberi oleh
tenaga pengajar dengan cepat dan
selamat.
2 3.3 11 18.3 47 78.3 4.05
25
Tenaga pengajar menjadi sumber
rujukan sekiranya saya
mempunyai masalah dalam
menjalankan tugas yang diberi.
1 1.7 10 16.7 49 81.7 4.10
Purata 4.08
64
Persoalan kajian ketiga bertujuan mengetahui persepsi pelatih terhadap tenaga
pengajar yang membantu dalam memberi latihan kemahiran vokasional yang berkesan
dalam mempengaruhi pemilihan kursus oleh para pelatih pusat Giatmara. Item 17 hingga
25 yang dibina adalah bagi menjawab persoalan kajian ketiga.
Bagi soalan item 17, 20, dan 21 pelatih merasa yakin terhadap tenaga pengajar
yang membantu dalam memberi latihan kemahiran vokasional yang berkesan dalam
mempengaruhi pemilihan kursus. Ini melibatkan tenaga pengajar dimana nilai peratusan
bagi tidak setuju adalah 0% dan jelas terbukti tenaga pengajar sentiasa berusaha unuk
memahirkan latihan kemahiran vokasional, kerja dalam bengkel lebih mudah difahami
apabila terdapat arahan daripada tenaga pengajar, dapat melaksanakan tugas/kerja yang
diberi oleh tenaga pengajar dengan cepat dan selamat serta tenaga pengajar menjadi
sumber rujukan sekiranya pelatih mempunyai masalah dalam menjalankan tugas yang
diberi. Ia juga terbukti apabila tiada nilai peratusan bagi tidak setuju dan kurang pasti.
Nilai Min juga adalah tinggi iaitu diatas > 4.0. Bagi item 18 adalah 71.6% memberi
persetujuan, manakala selebihnya hanya 20.0% tidak pasti dan 8.3% tidak setuju. Hal ini
kerana nilai peratusan bagi tidak setuju adalah ketara disebabkan semasa amali terdapat
kekangan waktu dimana masa yang diperuntukan oleh tenaga pengajar terlalu singkat
untuk pelajar menyiapkan amali mereka. Maka, mereka merasa tekanan untuk
menyiapkan amali tersebut.
Namun demikian pada item 19, 22, 23, 24 dan 25 tidak terdapat kurang
keyakinan dalam diri pelatih dan tidak yakin apabila persepsi pelatih terhadap tenaga
pengajar yang membantu dalam memberi latihan kemahiran vokasional yang berkesan
dalam mempengaruhi pemilihan kursus oleh para pelatih pusat Giatmara, hal ini terbukti
apabila nilai peratusan bagi tidak setuju. Nilai min bagi item-item tersebut adalah tinggi.
Ini jelas menujukkan bahawa pelajar mempunyai minat yang mendalam terhadap latihan
kemahiran vokasional apabila dibantu oleh tenaga pengajar yang mempunyai sikap yang
sentiasa member pendedahan dan peluang kepada pelajar untuk mengaplikasi dalam
kehidupan seharian.
65
Jadual 4.3.1.6: Persepsi Pelatih Terhadap Kemudahan Yang Disediakan
Bil Item Tidak
setuju
Kurang
pasti
Setuju Min
Bil % Bil % Bil %
26 Kemudahan alatan yang
disediakan di bengkel adalah
mencukupi.
4 6.7 11 18.3 45 75.0 3.98
27 Ruang bengkel adalah sesuai
dengan keselesaan pelatih dalam
melakukan kerja/tugasan.
2 3.3 10 16.7 48 90.0 4.11
28 Mesin yang disediakan adalah
dalam keadaan yang selamat
digunakan.
1 1.7 8 13.3 51 85.0 4.26
29 Kemudahan seperti alatan mesin
amat mencukupi untuk proses
pembelajaran.
1 1.7 6 10.0 53 88.3 4.26
30 Kemudahan seperti bahan rujukan
mudah diperolehi. 4 6.7 14 23.3 42 70.0 3.95
31 Saya dapat menyesuaikan diri
dengan kerja / tugas di bengkel. 2 3.4 11 18.3 47 78.4 3.90
32
Sistem telekomunikasi yang
disediakan memudahkan
perhubungan pelatih dan tenaga
pengajar.
3 5.0 10 16.7 47 78.3 3.91
33
Makmal komputer disediakan
untuk memberi pendedahan
kepada pelatih dengan teknologi
terkini.
4 6.6 13 21.7 43 71.6 3.90
34
Selain dari menjalani latihan
kemahiran, pusat latihan ini
menyediakan kemudahan untuk
golongan pelatih menjalani
aktiviti sosial, riadah dan
kebudayaan.
2 3.4 8 13.3 50 83.3 4.16
35
Ia juga menyediakan kemudahan
pembelajaran yang moden dan
berteknologi tinggi selaras
dengan perkembangan teknologi
terkini.
2 3.4 12 20.0 46 76.6 4.05
36 saya memdapatkan khidmat
nasihat, bimbingan, galakan dan 2 3.3 3 60.0 55 91.7 4.16
66
halatuju dalam latihan kemahiran
yang dipelajari melalui pusat
kaunseling yang disediakan.
Purata 4.06
Persoalan kajian keempat bertujuan mengetahui persepi pelatih terhadap
kemudahan yang disediakan bagi membantu pelatih dalam meningkatkan kemahiran
vokasional. Item 26 hingga 36 yang dibina adalah bagi menjawab persoalan kajian
keempat ini.
Bagi soalan item 28 dan 29 pelatih merasa yakin apabila terhadap kemudahan
yang disediakan bagi membantu pelatih dalam meningkatkan kemahiran vokasional. Ini
terbukti apabila tiada nilai peratusan bagi tidak setuju dan kurang pasti. Iaitu (1.7%) bagi
tidak setuju dan (10.0%) bagi kurang pasti. Manakala peratusan bagi setuju adalah tinggi
iaitu sebanyak (88.3%).
Namun demikian pada item 26, 30 dan 33 terdapat kurang keyakinan dalam diri
pelatih dan tidak yakin terhadap kemudahan yang disediakan bagi membantu pelatih
dalam meningkatkan kemahiran vokasional. yang disediakan oleh Pihak Giatmara ini.
Iaitu (6.7%) bagi tidak setuju dan (18.3%) bagi kurang pasti. Manakala peratusan bagi
setuju adalah tinggi iaitu sebanyak (75.0%). Terdapat peratusan serta min yang dicapai
adalah 3.9833 namun ia masih dalam kedudukan tahap darjah kesesuain yang tinggi.
67
Jadual 4.3.1.7: Analisis Data Bagi Persepsi Pelatih Terhadap Program Latihan
Kemahiran Vokasional Mengikut Bidang Pengkhususan
Bil Bidang Tidak setuju (%) Tidak pasti (%) Setuju(%)
1 Membaiki motosikal 3.457 13.90 82.64
2 Membuat pakaian 1.344 17.89 80.85
3 Fabrikasi logam 3.220 16.11 80.67
Purata 2.67 15.97 81.38
Merujuk pada jadual 4.3.1.7, jumlah keseluruhan analisis data bagi persepsi
pelatih terhadap program latihan kemhiran vokasional mengikut bidang pengkhususan.
Nilai peratusan yang tinggi bagi setiap bidang yakin dengan program-program latihan
kemahiran vokasional yang dijalankan di Giatmara. Peratusan yang tinggi bagi membaiki
motosikal ialah 82.64%, membuat pakaian ialah 80.85% dan fabrikasi logam ialah
80.67%, manakala nilai peratusan bagi tidak setuju adalah rendah.
Ini jelas menujukkan bahawa tiada pelatih yang tidak merasa kurang yakin dalam
menjalani latihan kemahiran di Giatmara. Namun demikian terdapat sedikit keputusan
peratusan tidak pasti dalam persepsi pelatih, iaitu sebanyakn 13.90% bagi membaiki
motosikal, 17.89% bagi membuat pakaian dan 16.11% bagi fabrikasi logam.
68
Jadual 4.3.1.8: Taburan peratus keseluruhan bagi persepsi pelatih terhadap
program latihan kemahiran vokasional di pusat Giatmara Kuala
Pilah, Negeri Sembilan.
Bil Persoalan kajian Setuju (%) Tidak pasti( %) Tidak setuju (%)
1 Persepsi terhadap kurikulum 86.64 11.90 1.457
2 Persepsi terhadap
peralatan/kelengkapan 78.85 17.60 3.344
3 Persepsi terhadap tenaga
pengajar 81.67 16.11 2.233
4 Persepsi terhadap kemudahan 87.45 21.05 4.110
Purata 83.65 16.67 2.786
Secara keseluruhannya, majoriti responden berkeyakinan bahawa kurikulum yang
dipelajari adalah berkesan di Pusat Giatmara ini. Hal ini kerana, persepsi mempelajari
sesuatu kemahiran yang baru di pusat latihan ini adalah sangat tinggi. Purata peratusan
bagi persepsi menunjukkan daripada keseluruhan 60 orang responden, 90.0% meberi
persetujuan yang tertinggi, serta nilai min yang melebihi tahap tinggi iaitu > 4.0. Malah
pelatih juga pelatih merasa yakin apabila menggunakan peralatan dan kelengkapan
semasa menjalankan tugas walaupun penggunaan peralatan/ kelengkapan di bengkel
adalah amat mencabar dan memerlukan pengetahuan untuk mengendalikannya. Ini
terbukti apabila tiada nilai peratusan bagi tidak setuju dan kurang pasti. Namun demikian
pada item 10, 11 dan 13 terdapat kurang keyakinan dalam diri pelatih dan tidak yakin
apabila menggunakan perlatan serta kelengkapan yang disediakan oleh Pihak Giatmara
ini. Terdapat peratusan yang dicapai adalah rendah, namun ia masih dalam kedudukan
tahap darjah kesesuain yang tinggi.
Begitu juga denga persepsi pelatih terhadap tenaga pengajar di pusat giatmara ini
pelatih merasa yakin terhadap tenaga pengajar yang membantu dalam memberi latihan
69
kemahiran vokasional yang berkesan dalam mempengaruhi pemilihan kursus ini
melibatkan tenaga pengajar. Tenaga pengajar sentiasa berusaha unuk memahirkan latihan
kemahiran vokasional, kerja dalam bengkel lebih mudah difahami apabila terdapat arahan
daripada tenaga pengajar, dapat melaksanakan tugas/kerja yang diberi oleh tenaga
pengajar dengan cepat dan selamat serta tenaga pengajar menjadi sumber rujukan
sekiranya pelatih mempunyai masalah dalam menjalankan tugas yang diberi Ini terbukti
apabila nilai peratusan yang tinggi dicapai dalam item 17 hingga item 26, serta
mempunyai nilai min yang tinggi daripada .> 4.0. Dalam pada masa yang sama, persepsi
pelatih terhadap kemudahan yang disediakan bagi membantu pelatih dalam
meningkatkan kemahiran vokasional yang disediakan oleh Pihak Giatmara ini dapat
meningkatkan prestasi pembelajaran dan pengajaran, serta menambah tinggi keyakinan
pelajar-pelajar yang menuntut di pusat Giatmara untuk terus mempelajari serta
mendalami ilmu pengetahuan di pusat Giatmara Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Hal ini
kerana peratusan yang diperolehi adalah tinggi serta nilai min yang melebihi > 4.0.
4.4 Penutup
Kajian ini menggunakan kaedah deskriptif dan berbentuk kuantitatif. Manakala
instrumen yang di gunakan ialah soalselidik bagi mendapat data yang telah di analisis
oleh penyelidik secara manual. Soal selidik terdiri daripada 2 bahagian. Bahagian A
merupakan latarbelakang responden, manakala bahagian B pula mengandungi 4
komponen iaitu persepsi pelatih terhadap kurikulum yang dipelajari, persepsi pelatih
terhadap penggunaan peralatan/kelengkapan yang terdapat di Giatmara berkesan dalam
tugas harian pelatih, persepsi pelatih terhadap tenaga pengajar yang membantu dalam
memberi latihan kemahiran vokasional yang berkesan dan persepi pelatih terhadap
kemudahan yang disediakan bagi membantu dalam meningkatkan kemahiran
vokasional.
70
Dapatan kajian ini juga menunjukan persepsi pelatih terhadap kurikulum, perlatan
dan kelengkapan, tenaga pengajar serta kemudahn menjadi punca bahawa mereka minat
untuk mempelajari latihan kemahiran vokasional di Giatmara ini. Dapatan juga
menunjukkan pelatih merupakan golongan yang sedia menerima tunjuk ajar walaupun
mempunyai prestasi akademik yang lemah. Oleh itu Giatmara ini mampu mengubah
persepsi pelatih terhadap latihan kemhiran vokasional di Giatmara Kuala Pilah ini.
BAB 5
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Bab akhir ini menerangkan rumusan, perbincangan dan cadangan yang dihasilkan
daripada dapatan-dapatan yang diperolehi dalam bab sebelumnya. Bahagian rumusan
membincangkan kandungan penting dalam semua bab. Manakala bahagian perbincangan
akan membincangkan dapatan yang diperolehi dengan mengaitkannya dengan sorotan
penulisan dan akhir sekali segala cadangan-cadangan bagi mengatasi kekangan yang
terdapat pada kajian yang dilakukan dan bagi penambahbaikan program yang sedia ada
dinyatakan di dalam bahagian cadangan.
5.2 Rumusan Kajian
Seperti yang diterangkan dalam Bab satu, Pihak Giatamara Malaysia telah
mengariskan fungsi program latihan kemahiran vokasional yang memberikan pendedahan
kepada pelatih untuk menjalani program latihan kemahiran yang berkesan.
72
Pendapat penyelidik bahawa majoriti pelatih yang sedang menjalani latihan
kemahiran di Giatmara mampu berdikari dengan sendiri, hasil daripada soal selidik yang
diberikan. Pelatih begitu yakin dengan kurikulum yang sedia ada, serta yakin dalam
pengunaan peralatan serta kelengkapan yang disediakan. Begitu juga dengan tenaga
pengajar yang terlibat dalam memberi tunjuk ajar kepada pelatih. Dan pelatih juga yakin
dengan kemudahan yang disediakan.
Untuk memdapat keputusan bagi setiap persoalan, satu set soal selidik dibina
untuk mendapatkan data yang diperlukan. Soal selidik berbentuk skala likert iaitu
daripada skala 5 hingga 1. Skala likert lima gred ini, bermula daripada 1- sangat tidak
setuju, 2 – tidak setuju, 3 – tidak pasti, 4- setuju dan akhir sekali 5 – setuju. Sebanyak 36
item dikemukakan bagi menjawab keempat-empat soalan kajian dan 8 item bagi
menjawab soalan latar belakang responden. Soal selidik tersebut telah diedarkan kepada
60 orang responden yang terdiri daripada pelatih-pelatih yang sedang menjalani program
latihan kemhiran vokasional di Giatmara Kuala Pilah.
Data mentah yang diperolehi dianalisis dengan mengunakan perwakilan nombor
dan ditukar kepada bacaan yang bermakna iaitu nilai kekerapan dan peratusan melalui
penggunaan perisian Statistical Packages for the Social Science (SPSS) v16.0 For
Windows. Berikut adalah hasil dapatan yang diperolehi daripada analisis yang dijalankan
terhadap item-item bahagian A latar belakang responden dan item-item bahagian B
pernyataan maklum balas responden.
5.2.1 Latar Belakang Responden
Rumusan bahagian A mendapati hampir keseluruhan responden
adalah melayu yan berusia dalam lingkungan 15 hingga 19 tahun. Mereka
73
yang berumur lingkungan 15 tahun keatas merupakan pelajar yang tidak
melanjutkan pelajaran. Mereka juga tiada pengalaman bekerja dan
kebanyakan responden berasal daripada Negeri Sembilan.
5.2.2 Pernyataan Maklum Balas Responden
Hasil dapatan kajian didalam analisis bahagian B adalah meliputi
aspek-aspek didalam persoalan kajian. Ia melibatkan setiap item yang
digunakan sebagai landasan bagi responden menjwab soal selidik.
Daripada item-item yang disoal seperti kurikulum, peralatan dan
kelengkapan, tenaga pengajar serta kemudahan didapati peratusannya
adalah tinggi serta nilai min juga tinggi.
5.3 Perbincangan
Hasil dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa tahap persediaan dan
pengetahuan pelatih yang terpilih untuk mempelajari latihan kemahiran Vokasional di
Giatmara ini berada tahap tinggi (min > 4.0). Ini jelas membuktikan pelatih-pelatih yang
terpilih untuk mempelajari latihan kemahiran Vokasional ini mempunyai persediaan dan
pengetahuan yang cukup dalam bidang ini. Walau bagaimanapun pelatih-pelatih di
giatmara ini perlu meningkatkan dengan ilmu pengetahuan kerana pengetahuan
merupakan asas penting dalam proses pembelajaran. Pelatih perlulah mempunyai tahap
kemahiran yang tinggi untuk melahirkan rasa minat dan yakin dalam setiap tugasan yang
diberikan oleh tenaga pengajar di giatmar. Kemahiran yang tinggi membolehkan
seseorang pelatih melaksanakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang berkesan.
74
Walau bagaimanapun masih terdapat segelintir pelatih yang tidak bersetuju
dengan kenyataan ini. Ini mungkin disebabkan oleh tenaga pengajar atau peralatan dan
kelengkapan yang tidak mencukupi, selain daripada kurang minat dalam sesi akademik
dan kemudahan yang terhad. Untuk mengatasi kelemahan ini, pelatih seharusnya sentiasa
bersedia menghadapi perubahan supaya tidak ditinggalkan arus kemodenan. Namun
begitu ilmu pengetahuan tentang kemahiran serta teknologi juga diperlukan untuk
menyelesaikan berbagai-bagai masalah yang kompleks. Pendidikan hari ini menjadi
cabang dan bertambah ‘specialized’ serta tiap-tiap bidang kursus itu memerlukan ilmu
dan kemahiran yang mendalam mengenai bidang tersebut.
Oleh itu, latihan asas semata-mata tidak mencukupi dengan peredaran masa
sebaliknya pelatih-pelatih di giatmara perlu berdaya saing setaraf dengan IPTA dan IPTS
yang lain.
5.3.1 Perbincangan Latar Belakang Responden
Bahagian A mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan bangsa,
jantina, umur, agama, status, negeri kelahiran, bidang kemahiran serta pengalaman
bekerja. bilangan responden mengikut bangsa. Daripada 60 responden, seramai 59
responden (98.3%) adalah melayu dan seramai 1 responden (1.7%) adalah India. Ini
adalah kerana faktor persekitaran yang dimonopoli oleh kaum melayu, manakala
sebilangan kecil adalah kaum india dan cina. Hasil dapatan menunjukkan kaum cina dan
india dikawasan Kuala Pilah ini tidak berminat dalam bidang latihan kemahiran
vokasional, sebaliknya berminat untuk berkerja sendiri atau menyambung perniagaan
keluarga. Bilangan responden mengikut jantina, daripada 60 responden, seramai 40
responden (66.7%) adalah lelaki dan seramai 20 responden (33.3%) adalah perempuan.
Hal ini kerana, jumalah pelatih yang berminat dalam bidang kemahiran dimonopoli oleh
pelatih lelaki disebabkan kekurangan mahir dalam bidang akademik seperti yang
75
dilaporkan dalam Bab 2 iaitu jumlah peratusan pelajar perempuan ke IPTA dan IPTS
adalah 70%. Bilangan responden mengikut umur daripada 60 responden, seramai 49
responden (81.7%) adalah 15 hingga ke 19 tahun, 20 hingga 25 tahun seramai 10
responden (16.7%) manakala seramai 1 responden (1.7%) adalah berumur diantara 30
hingga 35 tahun. Kebanyakan pelatih berumur 15 tahun hingga 19 tahun adalah
disebabkan majority pelatih tidak dapat menamatkan pengajian di sekolah menengah
akibat faktor kurang minat dalam akedemik sebaliknya meminati kemahiran. Ini jelas
menunjukkan bahawa pelatih diberi peluang oleh Giatmara untuk melanjutkan pelajaran
dengan berbekalkan 3M iaitu menulis, membaca dan minat (Giatmara Malaysia, 2010).
Bilangan responden mengikut agama daripada 60 responden, seramai 59
responden (98.3%) adalah islam, manakala seramai 1 responden (1.7%) adalah hindu.
Bilangan responden mengikut status daripada 60 responden, seramai 58 responden
(96.7%) adalah bujang, manakala seramai 2 responden (3.3%) adalah berkhawin.
Kebanyakan pelatih adalah berumur 15 tahun hingga 19 tahun, maka nilai peratusan
adalah sedikit bagi status perkhawinan. Bilangan responden mengikut negeri kelahiran
daripada 40 responden, seramai 60 responden terdiri daripada 55 orang (91.7%) adalah
berasal dari Negeri Sembilan. Bilangan responden mengikut bidang kemahiran daripada
60 responden, seramai 20 responden (33.3%) adalah mengambil dalam bidang
kemahiran membaiki motosikal, seramai 20 oresponden mengambil dalam bidang
membuat pakaian (33.3%) manakala seramai 20 responden mengambil dalam bidang
kemahiran fabrikasi logam (33.3%). Seperti yang dinyatakan dalam sorotan kajian,
Giatmara memberikan bidang khusus yang terdiri daripada pelbagai program yang boleh
diikuti oleh pelatih mengikut minat dalam kemahiran pelatih (Giatmara Malaysia, 2010).
Bilangan responden mengikut pengalaman bekerja daripada 60 responden, seramai 23
responden (38.3%) adalah mempunyai pengalaman bekerja, manakala seramai 37
responden (61.7%) tidak mempunyai pengalaman bekerja.
76
5.3.2 Perbincangan Pernyataan Maklum Balas Responden
Hasil dapatan kajian didalam analisis bahagian B adalah meliputi aspek-aspek
didalam persoalan kajian. Ia melibatkan setiap item yang digunakan sebagai landasan
bagi responden menjwab soal selidik. Daripada item-item yang disoal seperti kurikulum,
peralatandan kelengkapan, tenaga pengajar serta kemudahan didapati peratusannya
adalah tinggi serta nilai min juga tinggi. Hal ini kerana mereka diberi segala kemudahan
untuk melakukan pembelajaran serta melakukan latihan kemahiran vokasional dengan
bimbingan tenaga pengajar yang mahir serta berpengalaman. Pelatih juga yakin dengan
kurikulum yang disampaikan. Begitu juga dengan peralatan, kelengkapan serta kemudan
membuat pelatih berasa yakin dalam penggunaanya bagi menjalankan aktiviti-aktiviti
harian dengan sempurna.
5.3.2.1 Perbincangan Terhadap Persepsi Pelatih Bagi Kurikulum
Persoalan kajian pertama bertujuan untuk mengetahui persepsi pelatih
terhadap latihan kemahiran vokasional bagi kurikulum yang dipelajari. Soal
selidik ini dibuat di pusat Giatmara Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Item 1 hingga
7 yang dibina adalah bagi menjawab persoalan kajian pertama iaitu persepsi
pelatih dari segi kurikulum.
Secara keseluruhannya, majoriti responden berkeyakinan bahawa
kurikulum yang dipelajari adalah berkesan di Pusat Giatmara ini. Hal ini kerana,
pelatih mempelajari sesuatu kemahiran yang baru di pusat latihan ini adalah
sangat tinggi. Purata peratusan bagi persepsi pelatih menunjukkan daripada
keseluruhan 60 orang responden, 90.0% memberi persetujuan yang tertinggi, serta
nilai min yang melebihi tahap tinggi iaitu > 4.0.
77
Diikuti dalam item ke dua hingga ke lima iaitu pelatih yakin dengan
kurikulum yang dipelajari adalah amat mudah untuk diaplikasikan, yakin dengan
kurikulum yang dipelajari adalah berkesan, yakin bahawa kemahiran vokasional
amat penting untuk melaksanakan tugas atau kerja seharian. Sukatan latihan yang
diberikan amat sesuai mengikut taraf dan peringkat pengetahuan, kefahaman dan
kemahiran adalah berkesan diaplikasikan dalam kurikulum di pusat giatmara ini.
Purata min bagi persepsi pelatih menunjukkan daripada keseluruhan 60 orang
responden memberi keyakinan yang sangat tinggi, manakala selebihnya hanya
adalah rendah berbanding. Ini jelas membuktikan bahawa pelatih yakin dengan
kurikulum yang dipelajari di Pusat Giatmara ini. Dalam sorotan kajian, adalah
dijelaskan bahawa Giatmara memberikan inisiatif kepada pelatih untuk memilih
bidang kemahiran yang diminati agar kurikulum yang mereka pelajari berkesan
serta dapat diaplikasikan (Giatmara Malaysia, 2010).
5.3.2.2 Perbincangan Terhadap Persepsi Pelatih Bagi Peralatan
Dan Kelengkapan
Persoalan kajian kedua iaitu persepsi pelatih dari segi
peralatan/kelengkapan bertujuan mengetahui persepsi pelatih terhadap
penggunaan peralatan dan kelengkapan yang terdapat di Giatmara berkesan dalam
tugas harian pelatih bagi mempengaruhi pemilihan kursus oleh para pelatih pusat
Giatmara. Item 8 hingga 16 yang dibina adalah bagi menjawab persoalan kajian
kedua. Purata peratusan bagi persepsi menunjukkan daripada keseluruhan 60
orang responden, 90.0% meberi persetujuan yang tertinggi, serta nilai min yang
melebihi tahap tinggi iaitu > 4.0. Malah pelatih juga merasa yakin apabila
menggunakan peralatan dan kelengkapan semasa menjalankan tugas walaupun
penggunaan peralatan dan kelengkapan di bengkel adalah amat mencabar dan
memerlukan pengetahuan untuk mengendalikannya. Ini terbukti apabila tiada nilai
peratusan bagi tidak setuju dan kurang pasti. Namun demikian pada item 10, 11
78
dan 13 terdapat segelintir pelatih kurang yakin dalam menggunakan perlatan serta
kelengkapan yang disediakan oleh Pihak Giatmara ini.
Peratusan yang dicapai adalah rendah, namun ia masih dalam kedudukan
tahap darjah kesesuain yang tinggi. Ini dijelaskan dalam sorotan kajian apabila
terdapat kemalangan semasa kendalian peralatan didalam bengkel sewaktu amali
(Arkib Utusan Malaysia, 2010). Pelatih tersebut mengalami kecederaan akibat
daripada kerosakan perlatan yang tidak dipantau dari masa ke masa oleh pihak
yang bertanggung jawab. Hal ini mempengaruhi keputusan terhadap peralatan dan
kelengkapan yang disediakan oleh pihak terbabit sehingga menimbulkan rasa
kurang yakin terhadap diri pelatih.
5.3.2.3 Perbincangan Terhadap Persepsi Pelatih Bagi Tenaga Pengajar
Persoalan kajian ketiga bertujuan mengetahui persepsi pelatih terhadap
tenaga pengajar yang membantu dalam memberi latihan kemahiran vokasional
adalah berkesan dalam mempengaruhi pemilihan kursus oleh para pelatih. Item 17
hingga 25 yang dibina adalah bagi menjawab persoalan kajian ketiga.
Persepsi pelatih terhadap tenaga pengajar di pusat giatmara ini adalah
amat yakin terhadap tenaga pengajar yang membantu dalam memberi latihan
kemahiran vokasional yang berkesan dalam mempengaruhi pemilihan kursus.
Tenaga pengajar sentiasa berusaha unuk memahirkan latihan kemahiran
vokasional pelatih, selain daripada tunjuk ajar kerja di dalam bengkel lebih mudah
difahami apabila terdapat arahan daripada tenaga pengajar, dan ia dapat
dilaksanakan oleh pelatih bagi tugas dan kerja yang diberi olehtenaga pengajar. Ia
dapat dilaksanakan dengan cepat dan selamat serta tenaga pengajar menjadi
sumber rujukan sekiranya pelatih mempunyai masalah dalam menjalankan tugas
79
yang diberi. Ini terbukti apabila nilai peratusan yang tinggi dicapai dalam item 17
hingga item 26, serta mempunyai nilai min yang tinggi daripada .> 4.0. Dalam
sorotan kajian ada dijelaskan bahawa tenaga pengajar yang mengajar di
Giatamara adalah merupakan pekerja serta pendidik yang mahir dalam bidang
yang akan dipelajari oleh pelatih-pelatih di Giatmara (Giatmara Malaysia, 2010).
5.3.2.4 Perbincangan Terhadap Persepsi Pelatih Bagi Kemudahan
Persoalan kajian keempat bertujuan mengetahui persepi pelatih terhadap
kemudahan yang disediakan bagi membantu pelatih dalam meningkatkan
kemahiran vokasional. Item 26 hingga 36 yang dibina adalah bagi menjawab
persoalan kajian keempat ini.
Daripada analisis yang terdapat dalam Bab 4, jelas terbukti bahawa
kemudahan yang disediakan oleh Pusat Giatmara ini bersesuian serta memenuhi
kriteria-kriteria yang diperlukan oleh seorang pelajar untuk melanjutkan pelajaran
di Pusat Giatmara ini kelak. Dalam pada masa yang sama, persepsi terhadap
kemudahan yang disediakan bagi membantu pelatih dalam meningkatkan
kemahiran vokasional yang disediakan oleh Pihak Giatmara ini dapat
meningkatkan prestasi pembelajaran dan pengajaran, serta menambah keyakinan
pelatih yang menuntut di pusat Giatmara untuk terus mempelajari serta
mendalami ilmu pengetahuan di pusat Giatmara Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Hal ini kerana peratusan yang diperolehi adalah tinggi serta nilai min yang
melebihi > 4.0. ini jelas ditunjukkan bahawa Giatmara membekalkan kemudahan
yang lengkap serta selamat. Keluasan bengkel yang sesuai iaitu boleh mengisi
seramai 20 orang pelatih melakukan amali dalam satu masa. Dalam sorotan kajian
ada menjelaskan pihak kerajaan serta MARA telah membekalkan sejumlah
peruntukan kewangan yang tinggi bagi menyediakan bengkel yang selesa dan
80
besar untuk kegunaan pelatih (Giatmara Malaysia, 2010). Kemudahan bengkel
yang baik dapat memberikan kepuasan kepada pelajar dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Peralatan bengkel, ruang bengkel, pengudaraan dan
keselamatan di bengkel perlu diambil kira untuk menghasilkan sebuah bengkel
sebagai tempat pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. (Laporan Unit
Penyelidikan dan Pembangunan, Bahagian Perancangan Korporat Mara, 2005).
5.4 Cadangan
Setiap perkara yang dikaji pasti memerlukan cadangan serta penambah baikan,
begitu juga dengan penyelidikan ini dimana pengkaji telah mencadangkan beberapa
perkara yang boleh dipertimbangkan bagi memudahkan sistem pembelajaran
dilaksanakan di giatmara ini. Seperti yang diterangkan dalam Bab 1 tentang kepentingan
kajian adalah untuk memberi lebih perhatian khusus kepada pelatih, keluarga pelatih serta
masyarakat setempat tentang keberkesanan program latihan kemahiran vokasional di
Giatmara Kuala Pilah.
Berdasarkan kepada dapatan-dapatan yang diperolehi dalam kajian ini, penyeledik
mengemukakan beberapa cadangan dan saranan supaya ia boleh dijadikan panduan oleh
pihak-pihak terbabit untuk menilai program latihan kemahiran vokasional di Giatmara
Kuala Pilah. Diharapkan cadangan ini dapat meningkatkan lagi proses pengajaran dan
pembelajaran di Giatmara mahupun lain-lain institusi latihan kemahiran vokasional yang
lain di masa hadapn. Merujuk kepada dapatan kajian, secara keseluruhannya persoalan
kajian berada dalam tahap positif. Walaupun kajian ini bukan merupakan piawai yang
menjadikan ukuran sebenar, namun beberapa usaha dan langkah dikenalpasti dengan
lebih terperinci, bagi pihak Giatamara untuk melahirkan pelatih-pelatih yang cemerlang
dan berkualiti.
81
Dan hasil dapatan tersebut beberapa cadangan dan penambahbaikan akan
dilakukan bersama oleh pihak Giatmara serta masyarakat setempat dalam menjayakan
program tersebut, antaranya adalah:
“Lab voctech”: Konsep Latihan (Simple & Flexible)
i. 3M (Menulis, Mengira dan Membaca)
Konsep latihan yang menekankan aspek 3M iaitu menulis, mengira dan
membaca kepada pelatih untuk meningkatkan prestesi mereka dalam bidang
akademik. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelatih untuk
melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi apabila tamat menjalani latihan
kemahiran vokasional di Giatmara. Tenaga pengajar perlu meningkatkan dan
mempelbagaikan kemahiran mengajar supaya proses pengajaran menjadi menarik
minat pelatih untuk mempelajarinya. Tenaga pengajar hendaklah sentiasa
memberi galakan dan bimbingan kepada pelatih untuk belajar bagi mencapai
keputusan yang cemerlang. Selain daripada itu, tenaga pengajar juga hendaklah
mengenali masalah yang sering dihadapi oleh pelajar, dan tenaga pengajar juga
perlu mempertingkatkan hubungan yang erat dan mesra anatara pelatih dan ini
akan menambahkan minat mereka terhadap program 3M.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan dalam proses 3M ini ialah
mengulangkaji pelajaran iaitu samada berbincang dengan rakan-rakan ataupun
sendirian pada masa yang terluang iaitu waktu amali ataupun diluar waktu amali.
82
ii. GCPA iaitu purata nilai gred keseluruhan untuk transkrip peljar
diperkenalkan.
GCPA ini merupakan suatu inisiatif yang berkesan sekiranya
dilaksanakan. Ini dapat membantu keputusan akademik serta kemahiran dalam
diri pelatih apabila mengetahui tahap prestasi pembelajaran mereka. Ini dapat
menimbulkan daya saing antara pelatih untuk memajukan diri mereka apabila
melihat keputusan keseluruhan pengajian. Mereka perlu diberi peluang untuk
dinilai, serta ibubapa hendaklah sentiasa berhubung dengan Giatmara bagi
memantau dan mengawasi perkembangan dan pembelajaran anak mereka. Dari
GCPA ini, ibubapa juga perlulah prihatin terhadap minat anak mereka terhadap
kemahiran selain daripada akademik. Ia dapat membantu pelatih untuk terus maju
dan berusaha meningkatakn kualiti hidup mereka walaupun tidak berjaya
menamatkan pengajian disekolah.
iii. Competency transfer iaitu memberi peluang kepada pelajar untuk
melanjutkan pengajian yang lebih tinggi dengan usaha sama UniKL.
Konsep yang menekankan aspek Competency transfer kepada pelatih
untuk adalah untuk meningkatkan prestesi mereka dalam bidang akademik. Ini
bertujuan untuk memberi peluang kepada pelatih untuk melanjutkan pelajaran
yang lebih tinggi apabila tamat menjalani latihan kemahiran vokasional di
Giatmara. Hal ini dijelaskan dalam sorotan kajian bahawa pihak Giatmara
Malaysia telah menjalinkan usahasama dengan Pihak UniKL iaitu Universit i
Kuala Lumpur, (Giatmara Malaysia, 2010) bahawa pelatih yang telah tamat
pengajian boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain
daripada memiliki sijil, mereka juga mampu memiliki diploma, advance diploma
malah juga ijazah sekiranya proses 3M ini ditekankan dalam modul pembelajaran
83
harian. Ini memberi peluang kepada pelatih untuk membuktikan kemahiran yang
mereka ada ke peringkat yang lebih tinggi serta dipandang masyrakat standing
dengan IPTA dan IPTS yang lain, walaupun hanya bermula daripada peringkat
sijil di Giatmara. Pelajar juga haruslah mempunyai motivasi yang tinggi walaupun
mempunyai kesulitan ketika belajar.
Lab voctech ini adalah tiga pilihan yang akan diberikan oleh pihak giatmara kepada
pelatih-pelatih semasa dalam latihan. Ia melibatkan kemahiran, akdemik dan teknik serta
vokasional. Program ini berkesan sekiranya pelatih-pelatih dapat mengimbangi diantara
ketiga-tiga aspek berikut supaya mereka melanjutkan pengajian yang lebih tinggi
diperingkat sijil, diploma, advance diploma serta ijazah. Hal ini kerana giatmara sedang
berkerjasama dengan pihak Unikl, iaitu salah sebuah institusi swasta yang menerima
pelaja-pelajar dari giatmara untuk menyambung pengajian di Unikl kelak.
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan
Berdasarkan penyelidikan yang telah dijalankan, erikut adalah beberapa cadangan
bagi kajian lanjutan. Diantaranya adalah seperti:
i. Kajian ini hanya melibatkan tinjauan di Pusat Giatamara Kuala Pilah sahaja.
Penyelidik berharap kajian ini dijadikanasas untuk membuat kajian lanjutan yang
melibatkan bilangan pusat latihan kemahiran vokasional yang lain yang lebih
banyak yang merangkumi semua negeri di Malaysia. Ini akan dapat memberkan
suatu gambaran sebenara tahap presepsi terhadap program latihan kemahiran
vokasional.
ii. Responden yang terlibat dalam kajian ini hanya tertumpu kepada pelatih di Pusat
Giatmara sahaja. Penyelidik mencadangkan agar kajian lanjutan melibatkan
84
pelatih-pelatih lain di institusi lain sebagai responden bagi mendapat hasil
penyelidikan yang lebih luas lagi terhadap program latihan kemahiran vokasional.
5.6 Penutup
Kajian ini menggunakan kaedah berbentuk deskriptif. Manakala instrumen yang
di gunakan ialah soalselidik bagi mendapat data yang telah di analisis oleh penyelidik
secara manual. Soalselidik terdiri daripada 2 bahagian. Bahagian A merupakan
latarbelakang responden, manakala bahagian B pula mengandungi 4 komponen iaitu
persepsi pelatih terhadap kurikulum yang dipelajari, persepsi pelatih terhadap
penggunaan peralatan/kelengkapan yang terdapat di Giatmara berkesan dalam tugas
harian pelatih, persepsi pelatih terhadap tenaga pengajar yang membantu dalam memberi
latihan kemahiran vokasional yang berkesan dan persepi pelatih terhadap kemudahan
yang disediakan bagi membantu pelatih dalam meningkatkan kemahiran vokasional.
Dapatan kajian ini juga menunjukan persepsi pelatih terhadap kurikulum, perlatan
dan kelengkapan, tenaga pengajar serta kemudahan menjadi punca bahawa mereka minat
untuk mempelajari latihan kemahiran vokasional di giatmara ini. Dapatan juga
menunjukan pelatih merupakan golongan yang sedia menerima tunjuk ajar walaupun
mempunyai prestasi akademik yang lemah. Oleh itu, tenaga pengajar di giatmara ini
mampu mengubah persepsi pelatih terhadap latihan kemhiran vokasional di Giatmara
Kuala Pilah ini.
Suasana tempat kerja memerlukan keadaan yang tenang, kurang bising, cahaya
yang mencukupi dan kemudahan perhubungan yang baik serta bilik yang sesuai.
Sehubungan dengan itu, tempat latihan juga memerlukan suasana pembelajaran yang
selesa bagi mengekalkan prestasi dan minat pelajar.
85
Sebagai kesimpulan, hasil kajian dan pemerhatian yang dijalankan mendapati
persepsi pelatih terhadap latihan kemahiran vokasional di Giatmara dari segi kurikulum
ini dapat memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Fizikal bengkel yang selesa akan membantu menambahkan minat pelajar untuk
mencuba sesuatu yang baru terutamanya dalam mata pelajaran yang baru diperkenalkan
ini dimana pelajar akan dapat member tumpuan yang sepenuhnya terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran ini.
Kajian ini dijalankan bagi mendapatkan jawapan terhadap persepsi pelatih
terhadap latihan kemahiran vokasional di Giatmara. Setelah melihat perkembangan
industri berasaskan latihan kemahiran vokasional, pengkaji ingin mengetahui pendorong
utama mereka ingin mempelajari latihan kemahiran dalam bidang ini. Memandangkan
pusat Giatmara menyediakan kursus kemahiran kepada pelajar yang mempunyai
pencapaian akademik yang rendah dan tempoh kursus yang singkat, pengkaji ingin
melihat faktor-faktor persekitaran yang mampu mendorong mereka iaitu latihan
kemahiran vokasional, Program Kaunseling Kerjaya, rakan sebaya, maklumat dalam
internet dan peluang kerjaya.
Seterusnya, pengkaji membuat sorotan kajian lepas berkenaan kajian yang hendak
dijalankan merangkumi teori membuat keputusan, mengkaitkan faktor-faktor yang telah
dikenal pasti dengan pembacaan yang telah dilakukan. Antara sumber pembacaan adalah
daripada kajian lepas, hasil penulisan, buku dan akhbar. Instrumen kajian adalah set
borang soal selidik yang diedarkan kepada 60 orang pelatih yang sedang mengikuti
kursus dalam bidang membaiki motosikal, membuat pakaian dan fabrikasi logam di pusat
Giatmara Kuala Pilah.Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistic
Package for Social Science (SPSS) For Windows dan dipersembahkan dalam bentuk
bilangan dan peratusan. Bagi memudahkan penganalisaan data, pengkaji telah
mengurangkan nilai skor yang menunjukkan darjah persetujuan daripada lima kepada tiga
iaitu setuju, tidak pasti dan tidak setuju.
xvi
BILBLIOGRAFI
Giatmara Malaysia (2010). Buku Panduan Giatmara Malaysia: Bangunan Medan
MARA, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Cumming, C., Gordon, J.R., & Marlatt, G.A. (1980). Relapse: Prevention and Prediction.
The Addictive Behaviours: Drug Abuse, Smoking and Obesity, pg 291-319.
Britain: Pergamon Press.
Buletin Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Dan Masyarakat, (2009).
Giatmara Malaysia, Kementerian Pembangunan Usahawan: cetakan gemilang, (2009).
Mahmood Nazar Mohamed (1996). Peranan & Penglibatan Keluarga dan Masyarakat
Dalam Pencegahan Penagihan Berulang. Jurnal PERKAMA. Bil.6.ISSN
0127/6301. Terbitan Persatuan Kaunseling Malaysia.
Mahmood Nazar Mohamed, Mohd Shuib Che Din, Lasimon Matokrem, MUHAMAD
Dzahir Kasa & Rusli Ahmad (1999). Penagihan Dadah dan Residivisme: Aspek-
Aspek Psikososial dan Persekitaran. Kedah: Pusat Penyelidikan dan Perundingan,
Universiti Utara Malaysia.
Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Penerbit
Universiti Teknologi Malaysia.
Abu Bakar Nordin (1991). Kurikulum Perpektif dan Perlaksanaan. Kuala Lumpur:
Pustaka Antara.
Adam, E. (1975). Inservice Education and Teachers Centres. New York: Pergamon
Press.
Ahmad Mohammad Sharif (1989). Leader Behavior Organization Effectiveness and Job
Satisfaction Vocational Teachers in Malaysia. Dissertasi Phd. Louisiana State
University.
Arends, R. I. (1988). Learning to Teach. New York: Random House, Inc.
Ariffin Hj. Zainal (1985). Pekerja dan Pekerjaan. Petaling Jaya: Fajar Bakti.
xvii
Arfah A. Aziz (1992). Improving the Quality of Education: Strategies for Impelemnting
of Change. Undated.
Atkin, J.M. (1963). Some Evaluation Problems in a Course Content Improvement
Project. J.Res. Science Teaching 1.
Azizah Abdul Rahman & Sharifah Md. Nor (1993). Pendidikan Vokasional dalam
Reformasi Pendidikan di Malaysia.
Fullan, M.G. (1992). Visions that Blind. Educational Leadership 49(5), 19-20.
Garrison, F. (1991). Planning Inservice Teacher Education: Promising Alternatives,
Bethesda, Md.: ERIC Document Reproduction Service.
West, M., Jackson, D., Harris, A., & Hopkins, D. (2000). Leadership for school
improvement. Dim. K. Riley & K. S. Louis (Ed.), Leadership for change.
London: Routledge. World Bank. (1991). World development report: The
challenge of development. Oxford: The World Bank and Oxford University Press.
Turiman Suandi. (1997). Gejala Sosial: Belia Boleh Membantu. Dewan Budaya.
Bil.4. Jilid 19. DBP. K.Lumpur.
Vengadesan, R.S. (1991). Keberkesanan Program di Institusi Kebajikan. Journal
Kebajikan Masyarakat. Vol.1, ms: 16-26.
Wan Hussain Azmi Abd.Kadir. (1994). Kaunseling & Psikologi Menurut Islam. DBP.
Kuala Lumpur.
Zaini Ujang. (1997). Benarkah Remaja Berpenyakit Sosial. Dewan Siswi. Bil.4.
Jilid 19. DBP. K.Lumpur.
Sezali Din. (1997). Langkah Menangani Gejala Sosial. Akademik Keluaran Khas.
Bil.123. Al Azim Publication. Tmn.Keramat Permai. K.Lumpur
Jaafar Abd.Rahim. (1997). Mendidik Remaja Secara Proaktif. Dewan Siswa
Bil.8.Jilid 19. DBP. K.Lumpur.
Jaafar Abdul Wahid. (1989). Ke Arah Meningkatkan Program Perkhidmatan
Pemulihan Akhlak. Journal Kebajikan Masyarakat. Vol.9, No.1, ms:29-34.
Agensi Anti dadah Kebangsaan. (2009). Laman Web Statistik Penyalahgunaan Dadah
http://www.adk.gov.my/utama.html. Diperolehi pada 20 Februari 2009.
xviii
Kerajaan Malaysia. (1996). Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996-2000. Kuala
Lumpur: Pencetakan Negara Malaysia.
Kerajaan Malaysia. (2001). Rancangan Malaysia Kelapan, 2001-2006. Kuala
Lumpur: Pencetakan Negara Malaysia.
Kerajaan Malaysia. (2006). Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010. Kuala
Lumpur: Pencetakan Negara Malaysia.
Ismail bin Haji Ibrahim, Dato’ Dr. (1992). Sejauh Mana Wawasan 2020 Menepati
Kehendak Islam. Kongres Menjelang Abad 21: Islam Dan Wawasan
2020. Kuala Lumpur: Jabatan Percetakan Negara.
Crites, J. (1969). Vocational Psychology The Study of Vocational Behavior An
Development. London: McGraw Hill Book Company.
xix
LAMPIRAN
xx
LAMPIRAN A
BORANG SOAL SELIDIK
1
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SOAL SELIDIK
TAJUK :
PERSEPSI PELATIH TERHADAP PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN
VOKASIONAL DI GIATMARA KUALA PILAH NEGERI SEMBILAN
Borang soal selidik ini mengandungi Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A
mengandungi soalan yang berkaitan dengan latar belakang saudara. Bahagian B
berkaitan dengan objektif kajian yang dijalankan.
Segala maklumat yang saudara/saudari berikan adalah SULIT. Diharapkan saudara
dapat menjawab soal selidik ini dengan jujur dan ikhlas bagi mencapai objektif kajian
ini dijalankan.
Di atas kerjasama yang diberikan oleh saudara didahului dengan berbanyak terima
kasih. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dari kajian ini.
Sekian, terima kasih.
2
BAHAGIAN A
ARAHAN :
i) Sila tandakan ( / ) pada ruang yang disediakan bagi kenyataan yang berkaitan
dengan diri anda.
ii) Untuk soalan terbuka, tuliskan jawapan anda dengan tepat dan jelas di ruang yang
telah disediakan.
LATAR BELAKANG RESPONDEN
1. Bangsa
a. Melayu
b. Cina
c. India
d. Lain-lain
2. Jantina
a. Lelaki
b. Perempuan
3. Umur
a. 15 – 19 tahun
b. 20 – 25 tahun
c. 26 – 29 tahun
d. 30 – 35 tahun
e. 36 – 40 tahun
4. Agama.
a. Islam
b. Buddha
c. Hindu
d. Kristian
e. Lain-lain sila nyatakan ________
3
5. Status
a. Bujang
b. Berkahwin
5. Negeri asal : _____________________________
6. Program Latihan Kemahiran Vokasional Yang Dipelajari Di GIATMARA
1. Membaiki motosikal
2. Membuat pakaian
3. Fabrikasi logam
PENGALAMAN BEKERJA : Ya Tidak
(Sekiranya Ya jawab soalan di bawah)
i. Bidang : Awam Elektrik Mekanikal
Lain-lain (Sila nyatakan : ..........................)
ii. Tempoh : Bawah 6 bulan Bawah 1 tahun
Bekerja
Bawah 2 tahun Atas 2 tahun
iii. Jawatan : Operator Juruteknik Pembantu jurutera
Lain-lain (Sila nyatakan : .............................)
iv. Gaji : Bawah RM700 RM701-RM1000
Pokok
RM1001-RM2000 RM2001 keatas
4
BAHAGIAN B
ARAHAN :
Sila bulatkan / tandakan nombor yang sesuai pada ruangan jawapan sebagai pilihan
anda berdasarkan persoalan yang dikemukakan.
Contoh:
Item
STS
TS
TP
S
SS
Saya minat dengan latihan vokasional 1 2 3 4 5
Soalan Kajian 1
Apakah persepsi pelatih terhadap kurikulum yang dipelajari?
Soalan Kajian 2
Apakah persepsi pelatih terhadap penggunaan peralatan/kelengkapan yang
terdapat di Giatmara berkesan dalam tugas harian pelatih?
Soalan Kajian 3
Apakah persepsi pelatih terhadap tenaga pengajar yang membantu dalam
memberi latihan kemahiran vokasional yang berkesan?
Soalan Kajian 4
Apakah persepi pelatih terhadap kemudahan yang disediakan bagi membantu
dalam meningkatkan kemahiran vokasional?
Soalan Kajian 5
Apakah persepsi pelatih terhadap program latihan kemahiran vokasional di
Giatmara Kuala Pilah Negeri Sembilan mengikut bidang program yang dipelajari?
Simbol Pilihan pandangan/Respon
1 Sangat Tidak Setuju (STS)
2 Tidak Setuju (TS)
3 Tidak Pasti (TP)
4 Setuju (S)
5 Sangat Setuju (SS)
5
BIL ITEM STS TS TP S SS
1 Saya mempelajari sesuatu kemahiran yang baru di
pusat latihan ini. 1 2 3 4 5
2 Saya yakin dengan kurikulum yang dipelajari adalah
amat mudah untuk diaplikasikan. 1 2 3 4 5
3 Saya yakin dengan kurikulum yang dipelajari adalah
berkesan. 1 2 3 4 5
4 Saya yakin bahawa kemahiran vokasional amat
penting untuk melaksanakan tugas/kerja. 1 2 3 4 5
5
Sukatan latihan yang diberikan amat sesuai mengikut
taraf dan peringkat pengetahuan, kefahaman dan
kemahiran saya.
1 2 3 4 5
6 Isi kandungan pembelajaran yang dilangsungkan
mudah difahami dan dipraktikkan. 1 2 3 4 5
7 Program yang ditawarkan menarik minat saya untuk
terus mendalami bidang tersebut. 1 2 3 4 5
8 Peralatan/ kelengkapan yang disediakan di pusat
pemulihan dapat digunakan dengan baik. 1 2 3 4 5
9 Semasa menggunakan peralatan, saya dapat
melakukan tugas dengan selamat. 1 2 3 4 5
10 Peralatan/ kelengkapan yang digunakan adalah mesra
pengguna. 1 2 3 4 5
11 Saya tidak menghadapi sebarang masalah untuk
menggunakan peralatan/ kelengkapan di bengkel 1 2 3 4 5
12 Saya diberi kursus untuk menggunakan semua
peralatan/ kelengkapan di bengkel. 1 2 3 4 5
13 Saya sentiasa yakin untuk menggunakan peralatan/
kelengkapan yang disediakan. 1 2 3 4 5
14 Saya kerap bertanya pelatih lain mengenai penggunaan
peralatan/ kelengkapan untuk berasa lebih yakin. 1 2 3 4 5
15 Peralatan/ kelengkapan di pusat latihan banyak
membantu dalam menjalankan tugas. 1 2 3 4 5
6
16
Penggunaan peralatan/ kelengkapan di bengkel adalah
amat mencabar dan memerlukan pengetahuan untuk
mengendalikannya.
1 2 3 4 5
17
Kaedah penyampaian oleh tenaga pengajar di pusat ini
memberi tunjuk ajar dengan cara yang lengkap dan
mudah difahami.
1 2 3 4 5
18 Tenaga pengajar mengendalikan arahan tugas/kerja
dengan selesa tanpa tekanan 1 2 3 4 5
19 Tenaga pengajar mengendalikan sesi pembelajaran
dengan teratur dan cekap tanpa seberang masalah. 1 2 3 4 5
20 Tenaga pengajar sentiasa berusaha unuk memahirkan
latihan kemahiran vokasional saya. 1 2 3 4 5
21 Tenaga pengajar sering membantu saya didalam
menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi. 1 2 3 4 5
22 Kerja dalam bengkel lebih mudah difahami apabila
terdapat arahan daripada tenaga pengajar. 1 2 3 4 5
23
Tenaga pengajar sering kali mempelbagaikan kaedah
pengajaran untuk memudahkan pemahaman tentang
kemahiran yang dipelajari.
1 2 3 4 5
24 Saya dapat melaksanakan tugas/kerja yang diberi oleh
tenaga pengajar dengan cepat dan selamat. 1 2 3 4 5
25
Tenaga pengajar menjadi sumber rujukan sekiranya
saya mempunyai masalah dalam menjalankan tugas
yang diberi.
1 2 3 4 5
26 Kemudahan alatan yang disediakan di bengkel adalah
mencukupi. 1 2 3 4 5
27 Ruang bengkel adalah sesuai dengan keselesaan
pelatih dalam melakukan kerja/tugasan. 1 2 3 4 5
28 Mesin yang disediakan adalah dalam keadaan yang
selamat digunakan. 1 2 3 4 5
29 Kemudahan seperti alatan mesin amat mencukupi
untuk proses pembelajaran. 1 2 3 4 5
30 Kemudahan seperti bahan rujukan mudah diperolehi. 1 2 3 4 5
7
31 Saya dapat menyesuaikan diri dengan kerja / tugas di
bengkel. 1 2 3 4 5
32 Sistem telekomunikasi yang disediakan memudahkan
perhubungan pelatih dan tenaga pengajar. 1 2 3 4 5
33 Makmal komputer disediakan untuk memberi
pendedahan kepada pelatih dengan teknologi terkini. 1 2 3 4 5
34
Selain dari menjalani latihan kemahiran, pusat latihan
ini menyediakan kemudahan untuk golongan pelatih
menjalani aktiviti sosial, riadah dan kebudayaan.
1 2 3 4 5
35
Ia juga menyediakan kemudahan pembelajaran yang
moden dan berteknologi tinggi selaras dengan
perkembangan teknologi terkini.
1 2 3 4 5
36
saya memdapatkan khidmat nasihat, bimbingan,
galakan dan halatuju dalam latihan kemahiran yang
dipelajari melalui pusat kaunseling yang disediakan.
1 2 3 4 5
-TAMAT-
PERSEPSI PELATIH TERHADAP PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN VOKASIONAL DI
DI GIATMARA KUALA PILAH NEGERI SEMBILAN
xxi
LAMPIRAN B
SURAT MEMOHON KEBENARAN MENDAPATKAN MAKLUMAT
xx
LAMPIRAN C
SURAT PENGESAHAN SOAL SELIDIK