borang pengesahan status tesis - fp.utm.my€¦ · psz 19: 16 (pind 1/97) universiti teknologi...
TRANSCRIPT
-
PSZ 19: 16 (Pind 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ~
JUDUL : KESAN LA TIHAN FA THLEK TERHADAP KECERGASAN
KARDIOV ASKULAR PEMAIN BOLA SEP AK UNIVERSITI
TEKNOLOGI MALAYSIA
./'SESI PENGAJIAN: 2003/2004
Sara : MOHD ROSLIZAN BIN SAAD
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (pSM/Sarjana'Dekter Falsafah). ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
3.
Tesis adalah hat milik Universiti Teknologi Malaysia.Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat saIinan untuktujuan pengajian sahaja.Perpustakaan dibenarkan membuat saJinan legis ini sebagai bahan pertukaran antarainstitusi pengajian tinggi.**Sila tandakan (./)
1.2.
4.
Tarikh: 30 SEPTEMBER 2004 Tarikh: 30 SEPTEMBER 2004
D SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalamAKTA RAHSIA RASMI 1972)
D TERHAD (MengandWlgi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasilbadan di mana penyelidikan dijaIankan)D TIDAKTERHAD
Alamat Tetap:KAMPUNG SRI PUDAKMUKIM TOBIAR06700 PENDA."lGKEDAH DARUL AMAN
TU AN HAJI HAMID RAHAB AHNama Penyelia
CATATAN: . Potongyang tidak berkenaan.. Jib tesis iDi.SULIT atau lERHAD, sila lampirkan sural daripada pibak
berkuasalorganisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dantempoh tesis iDi.perlu dikelaskan sebagai SULIT atau lERHAD
~ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan SaIjana secarapem;elidikan, atau disertai bagi pengajian secara ketja khusus dan penyelidikan,atau Laporan Projek SaIjana Muda (PSM).
-
.,......
"Saya akui bahawa sara telah membaca karya ini dan pada pandangan sara karya ini
adalah memadai daTisegi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan )"
Tandatangan
Nama Penyelia
Tarikh
: Tuan Haji Hamid Rahabah
: ~/~/~....................
-
11
/
"Saya akui karya ini adalah basil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbemya."
Tandatangan :
Nama Penulis: MOHD ROSLIZAN BIN SAAD
Tarikh : 30 SEPTEMBER 2004
-
)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦
JUDUL : KESAN PROGRAM LATIHAN FATHLEK TERHADAP KECER
KARDIOVASKULAR PEMAIN BOLA SEPAK UNIVERSITI
TEKNOLOGI MALAYSIA
SESI PENGAJIAN: 2003/2004
Saya : MOHD ROSLIZAN BIN SAAD (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaa
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antar
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
Disahkan oleh _________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap:
KAMPUNG SRI PUDAK TUAN HAJI HAMID RAHABAH MUKIM TOBIAR Nama Penyelia 06700 PENDANG KEDAH DARUL AMAN Tarikh : 30 SEPTEMBER 2004 Tarikh : 30 SEPTEMBER 2004
GASAN
n
a
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
PSZ 19:16 (Pind.1/97
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL :KESAN PROGRAM LATIHAN FATHLEK TERHADAP KECERGASAN KARDIOVASKULAR PEMAIN BOLA SEPAK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SESI PENGAJIAN:2003/2004
Saya : MOHD ROSLIZAN BIN SAAD
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( ( )
SULIT(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
_________________________
__________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
KAMPUNG SRI PUDAK
TUAN HAJI HAMID RAHABAH
MUKIM TOBIAR Nama Penyelia
06700 PENDANG
KEDAH DARUL AMAN
Tarikh : 30 SEPTEMBER 2004
Tarikh : 30 SEPTEMBER 2004
"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan )"
Tandatangan
: …………………………………..
Nama Penyelia: Tuan Haji Hamid Rahabah
Tarikh
: …………………………………..
KESAN PROGRAM LATIHAN FARTLEK TERHADAP
KECERGASAN KARDIOVASKULAR PEMAIN BOLA SEPAK
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MOHD ROSLIZAN BIN SAAD
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Mu
da Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
30 SEPTEMBER 2004
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap
-
tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan
: ………………………………
Nama Penulis
: MOHD ROSLIZAN BIN SAAD
Tarikh
: 30 SEPTEMBER
2004
DEDIKASI
Ayahbonda..
Jasamukan dikenang, disanjung tiap masa, walau dimana, kau sungguh mulia,
Namamu sungguh harum bagai sekuntum bunga, jasa baktimu disanjung dipuja,
Pengorbananmu membesarkanku, memberikanku satu semangat,
Semangat perjuangan untu
k menggapai impian yang belum terlaksana,
Masa berlalu dan mendewasakan diri ini,
Dalam mencari erti kehidupan yang sebenar, dan selama itulah, dirimu sentiasa
bersama,
Memerah keringat.. menanggungku, membimbingku setiap masa,
Disaat ku derita..kaulah seg
alanya,
Menceriakanku,memberikanku dorongan,
Dan kini,
Jalan telah terbentang luas, untukku meneruskan penghidupan,
Untuk ku membalas budi yang tak ternilai, pengorbananmu tiada tandingan,
Ucapan terima kasih selamanya tak terhingga...atas kesanggupanmu,
Menerima diri ini, menyayangi diri ini,
Pada Tuhan yang Esa, ku pohonkan doa,
Panjangkanlah umur mereka, agar sejahtera, buat selamanya,
Kerana dirimu terlalu berharga..ayah dan bonda,
Kakak Liza,
Jasamu tidak dapat ku lupakan..kau terlalu istimewa bagi
ku,
Membesarkanku dengan segala kasih sayangmu,
Adik
–
adikku ( Azha, Zarif dan Aizad ),
Kehadiranmu semua menceriakan hidupku.
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, setelah bertungkus lumus akhirnya Projek Sarja Muda ini
dapat di siapkan mengikut perancangan. Kesempatan ini saya ambil untuk
mengucapkan jutaan terima kasih tulus ikhlas dan setinggi
-
tinggi penghargaan buat
Tuan Haji Hamid
bin Rahabah selaku pensyarah pembimbing merangkap penyelia
yang telah banyak memberi bimbingan, nasihat, galakan dan panduan yang berguna
dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini. Tidak lupa juga kepada
jurulatih pasukan bola sepak Universit
i Teknologi Malaysia, En. Murhisham yang
banyak memberi bantuan dan kerjasama sepanjang kajian ini di jalankan.
Kepada rakan
–
rakan seperjuangan (Muthu, Rojie, Pok nik, Akhtar, Azrul,
Wan Kamdi, Din), terima kasih atas dorongan dan bantuan dari kalian
semua.
Pengalaman mengajarku erti sebuah persahabatan. Kepada rakan
-
rakan seperjuangan
di Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Razak (Eliz, Siti, Hajar, Farah, Ieda,
Ina, Nani, Nasirah, Zaki, Haikal, Pian, Padli, Din, Bullah), terima kasih kerana
memb
eri sokongan kepadaku selama ini. Kepada rakan
-
rakan pasukan bola sepak,
terima kasih atas jasa yang kalian berikan,
Tiada yang lebih berharga daripada Ayah&Mak, kakak dan seisi keluarga di
kampung. Terima kasih tak terbalas atas kerisauan, sokongan
, galakan dan bantuan
yang diberi oleh anda semua. Akhir sekali, ribuan terima kasih diucapkan buat rakan
seperjuangan serta pensyarah
-
pensyarah yang terlibat secara langsung ataupun tidak
dalam usaha perlaksanaan projek ini.
ABSTRAK
Kajian yang berbentuk ekperimental ini adalah bertujuan untuk mengkaji
kesan
-
kesan program l
atihan yang di jalankan selama tiga
minggu bagi menhadapi
Kejohanan Bola Sepak Antara Universiti
-
Celcom In Play 2004 / 2005 terhadap
kecergasan kardiova
skular subjek dan di uji dengan menggunakan uji
an larian 12
minit . Seramai sepuluh
orang subjek diambil untuk mengikuti ujian ini yang terdiri
daripada pelajar
-
pelajar Ijazah Sarjana Muda yang mengikuti kursus sepenuh masa di
Universiti Teknologi Malaysi
a yang berumur dalam lingkungan 18 hingga 27 tahun.
Subjek di kehendaki menjalani ujian larian 12 minit mengikut trek yang telah di
tetapkan untuk mengukur tahap kecergasan kardiovaskular subjek sebelum dan
selepas menjalani satu program latihan. Semua d
ata diproses dengan menggunakan
SPSS
versi
10.0
iaitu sebuah program statistik dan dianalisis menggunakan
penganalisaan ‘
Paired Sample T
-
Test’
pada tahap signifikan p
-
"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah
memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan )"
Tandatangan : …………………………………..
Nama Penyelia : Tuan Haji Hamid Rahabah
Tarikh : …………………………………..
-
KESAN PROGRAM LATIHAN FARTLEK TERHADAP
KECERGASAN KARDIOVASKULAR PEMAIN BOLA SEPAK
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MOHD ROSLIZAN BIN SAAD
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
30 SEPTEMBER 2004
-
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ………………………………
Nama Penulis : MOHD ROSLIZAN BIN SAAD
Tarikh : 30 SEPTEMBER 2004
-
DEDIKASI
Ayahbonda..
Jasamukan dikenang, disanjung tiap masa, walau dimana, kau sungguh mulia,
Namamu sungguh harum bagai sekuntum bunga, jasa baktimu disanjung dipuja,
Pengorbananmu membesarkanku, memberikanku satu semangat,
Semangat perjuangan untuk menggapai impian yang belum terlaksana,
Masa berlalu dan mendewasakan diri ini,
Dalam mencari erti kehidupan yang sebenar, dan selama itulah, dirimu sentiasa
bersama,
Memerah keringat.. menanggungku, membimbingku setiap masa,
Disaat ku derita..kaulah segalanya,
Menceriakanku,memberikanku dorongan,
Dan kini,
Jalan telah terbentang luas, untukku meneruskan penghidupan,
Untuk ku membalas budi yang tak ternilai, pengorbananmu tiada tandingan,
Ucapan terima kasih selamanya tak terhingga...atas kesanggupanmu,
Menerima diri ini, menyayangi diri ini,
Pada Tuhan yang Esa, ku pohonkan doa,
Panjangkanlah umur mereka, agar sejahtera, buat selamanya,
Kerana dirimu terlalu berharga..ayah dan bonda,
Kakak Liza,
Jasamu tidak dapat ku lupakan..kau terlalu istimewa bagiku,
Membesarkanku dengan segala kasih sayangmu,
Adik – adikku ( Azha, Zarif dan Aizad ),
Kehadiranmu semua menceriakan hidupku.
-
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, setelah bertungkus lumus akhirnya Projek Sarja Muda ini
dapat di siapkan mengikut perancangan. Kesempatan ini saya ambil untuk
mengucapkan jutaan terima kasih tulus ikhlas dan setinggi-tinggi penghargaan buat
Tuan Haji Hamid bin Rahabah selaku pensyarah pembimbing merangkap penyelia
yang telah banyak memberi bimbingan, nasihat, galakan dan panduan yang berguna
dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini. Tidak lupa juga kepada
jurulatih pasukan bola sepak Universiti Teknologi Malaysia, En. Murhisham yang
banyak memberi bantuan dan kerjasama sepanjang kajian ini di jalankan.
Kepada rakan – rakan seperjuangan (Muthu, Rojie, Pok nik, Akhtar, Azrul,
Wan Kamdi, Din), terima kasih atas dorongan dan bantuan dari kalian semua.
Pengalaman mengajarku erti sebuah persahabatan. Kepada rakan-rakan seperjuangan
di Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Razak (Eliz, Siti, Hajar, Farah, Ieda,
Ina, Nani, Nasirah, Zaki, Haikal, Pian, Padli, Din, Bullah), terima kasih kerana
memberi sokongan kepadaku selama ini. Kepada rakan-rakan pasukan bola sepak,
terima kasih atas jasa yang kalian berikan,
Tiada yang lebih berharga daripada Ayah&Mak, kakak dan seisi keluarga di
kampung. Terima kasih tak terbalas atas kerisauan, sokongan, galakan dan bantuan
yang diberi oleh anda semua. Akhir sekali, ribuan terima kasih diucapkan buat rakan
seperjuangan serta pensyarah-pensyarah yang terlibat secara langsung ataupun tidak
dalam usaha perlaksanaan projek ini.
-
ABSTRAK
Kajian yang berbentuk ekperimental ini adalah bertujuan untuk mengkaji
kesan-kesan program latihan yang di jalankan selama tiga minggu bagi menhadapi
Kejohanan Bola Sepak Antara Universiti-Celcom In Play 2004 / 2005 terhadap
kecergasan kardiovaskular subjek dan di uji dengan menggunakan ujian larian 12
minit . Seramai sepuluh orang subjek diambil untuk mengikuti ujian ini yang terdiri
daripada pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda yang mengikuti kursus sepenuh masa di
Universiti Teknologi Malaysia yang berumur dalam lingkungan 18 hingga 27 tahun.
Subjek di kehendaki menjalani ujian larian 12 minit mengikut trek yang telah di
tetapkan untuk mengukur tahap kecergasan kardiovaskular subjek sebelum dan
selepas menjalani satu program latihan. Semua data diproses dengan menggunakan
SPSS versi 10.0 iaitu sebuah program statistik dan dianalisis menggunakan
penganalisaan ‘Paired Sample T-Test’ pada tahap signifikan p < 0.05 untuk menguji
hipotesis kajian. Hasil daripada kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan terhadap kesan perbandingan sebelum dan selepas melakukan satu program
latihan yang di susun secara sistematik dan terancang dan ini menunjukkan hipotesis
alternative, HA1 diterima dan hipotesis nol, Ho1 ditolak. Hasil yang di perolehi
daripada ujian T adalah – 9.224 yang berada di luar kawasan penolakkan hipotesis
null.
-
ABSTRACT
This experimental research was done to study the effects of cardiovascular
training for three weeks for the subjects that were preparing for the Uni-League
Tournament-Celcom In Plays 2004 / 2005. Ten athletes who are in the 18 to 27 years
old range were selected as subjects. The subjects were required to go through a 12
minutes test. This test was used to measure the subject’s cardiovascular strength
before and after going through a training programmed. All the raw data was
processed using the ‘Statistical Package for Social Science’ program version 10.0
(SPSS 10.0). The significant difference in the paired sample T– test is at p < 0.05.
The results of the test showed that there is a significant difference before and after a
training program. The result from the T-test is -9.224 that is located outside the null
hypothesis area. This means that the alternative hypothesis is accepted.
-
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT Pengakuan Penyelia
Judul
Pengakuan ii
Dedikasi iii
Penghargaan iv
Abstrak v
Abstract vi
Isi Kandungan vii
Senarai Jadual x
Senarai Rajah xi
Senarai Lampiran xii
-
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Penyataan Masalah 5
1.3 Objektif Kajian 6
1.4 Hipotesis Kajian 7
1.5 Kepentingan Kajian 7
1.6 Limitasi Kajian 8
1.7 Delimitasi Kajian 9
1.8 Definisi Operasional 9
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Kecergasan Fizikal 13
2.3 Komponen – komponen kecergasan 17
2.4 Program latihan fizikal 19
2.5 Kesan Program Latihan Keatas
Kecergasan Fizikal 21
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 24
3.2 Tempat Kajian 25
3.3 Populasi Dan Persempelan 25
3.4 Instrumen Kajian 26
-
3.5 Prosedur Kajian 26
3.6 Rekabentuk Kajian 31
3.7 Pengumpulan Data 31
3.8 Penganalisaan Data 32
3.9 Pembolehubah Kajian 33
BAB IV PENGANALISISAN DATA
4.1 Pengenalan 34
4.2 Analisis Diskriptif 35
4.3 Analisis Inferensi 55
BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 57
5.2 Ringkasan Kajian 58
5.3 Perbincangan 58
5.4 Masalah Yang Dihadappi 62
5.5 Cadangan 64
5.6 Kesimpulan 66
Bibliografi 68-70
Lampiran A-G 71-77
-
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1 Norma skor bagi ujian larian 12 minit 32
2 Taburan bilangan dan peratusan subjek mengikut umur 35
3 Taburan bilangan dan peratusan subjek mengikut berat
badan 36
4 Taburan bilangan dan peratusan subjek mengikut
ketinggian 38
5 Perbandingan skor bagi tahap kecergasan fizikal subjek
di antara ujian pra dan ujian pos 39
6 Perbandingan frekuensi tahap kecergasan subjek dalam
ujian pra dan ujian pos 41
7 Pengkelasan tahap kecergasan subjek berdasarkan
norma skor bagi ujian larian 12 minit ( Cooper Test ) 43
8 Analisis ujian – t kecergasan subjek pada ujian pra dan
ujian pos 55
-
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1 Kawasan latihan fartlek di Padang Tapak 29
2 Peratusan subjek mengikut umur 36
3 Peratusan subjek mengikut berat 37
4 Peratusan subjek mengikut tinggi 38
5 Perbandingan skor bagi ujian pra dan ujian pos 40
6 Perbandingan peratus tahap kecergasan subjek dalam
Ujian pra dan ujian pos 43
7 Skor ujian pra dan ujian pos bagi subjek 01 45
8 Skor ujian pra dan ujian pos bagi subjek 02 46
9 Skor ujian pra dan ujian pos bagi subjek 03 47
10 Skor ujian pra dan ujian pos bagi subjek 04 48
11 Skor ujian pra dan ujian pos bagi subjek 05 49
12 Skor ujian pra dan ujian pos bagi subjek 06 50
13 Skor ujian pra dan ujian pos bagi subjek 07 51
14 Skor ujian pra dan ujian pos bagi subjek 08 52
15 Skor ujian pra dan ujian pos bagi subjek 09 53
16 Skor ujian pra dan ujian pos bagi subjek 10 54
17 Lengkungan normal ujian – t tahap kecergasan fizikal
Subjek bagi ujian pra dan ujian pos 56
-
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Skor Ujian Individu 70
B Rekod Kesihatan Dan Kecergasan Diri 71
C Surat Perlantikan 72
D Surat Perjanjian 73
E ACSM Recommendations Of Developing Cardiorespatory
Fitness In Healthy Adults 74
F Nilai Genting Bagi Ujian T 75
G Jadual Latihan Subjek 76
-
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Mengikut catatan sejarah bola sepak mula di mainkan oleh orang-orang China kira-
kira 2000 tahun sebelum masihi lagi. Pada peringkat awalnya, terdapat ahli sejarah yang
menyatakan bahawa pembesar-pembesar di Negara China bermain bola sepak dengan
menggunakan kepala orang yang di pancung. Walaupun begitu setelah manusia menjadi
lebih bertamadun, pendekatan lebih bersifat kesukanan di jalankan sebagai contoh, orang
Roman telah memperkenalkan permainan ‘harpustum’ iaitu gabungan antara permainan bola
sepak dan ragbi.
Selepas itu, permainan bola sepak mula bertapak dan berkembang di Britain pada
abad pertengahan. Walau bagaimanapun, ianya hanya terhad kepada pesta-pesta tahunan
sahaja. Kemudian askar-askarnya menjadikan permainan ini sebagai kaedah untuk mengisi
masa lapang. Pada tahun 1863, Persatuan Bola Sepak England ( FA ) di tubuhkan. Semakin
lama, permainan bola sepak mengalami pertubuhan yang pesat hingga tertubuhnya Persatuan
Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada 21 Mei 1904 di Paris oleh Presiden pertama Perancis
-
iaitu Robert Guerin dan Bapa Piala Dunia, Jules Rimet. Sebanyak 7 buah negara Eropah
menyertai persekutuan ini. Negara-negara tersebut ialah Belgium, Denmark, Belanda,
Sepanyol, Sweden, Switzerland dan Perancis. Ketika Perang Dunia Pertama, Eropah telah
pun memiliki liga bola sepak yang boleh di anggap hebat pada abad itu dan pada masa inilah
bola sepak mula memasuki Amerika Latin, Benua Afrika dan seterusnya sampai ke Benua
Asia.
Dasar perjajahan yang diamalkan telah menyebabkan permainan bola sepak mula
terkenal di seluruh dunia termasuk negara kita. Setelah British berjaya menjajah Tanah
Melayu, permainan bola sepak mula di perkenalkan kepada penduduk negara kita dan hasil
sokongan oleh rakyat tempatan, Persatuan Bola Sepak Malaya (FAM) di tubuhkan pada
tahun 1926. Pada 1951 pula, Perdana Menteri yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman
Putra Al Haj menjadi presiden FAM. Di bawah pimpinan beliau, pertubuhan ini menjadi
lebih cekap dan FAM mempunyai komitmen tinggi dengan menjadi ahli gabungan FIFA dan
Asian Football Confedaration (AFC) pada tahun 1956. Dan sumbangannya yang paling
penting ialah mewujudkan Stadium Merdeka pada tahun 1974. Pada masa sekarang DYMM
Sultan Ahmad Shah menjadi presiden FAM. Baginda telah menjadi pengasas kepada Piala
FA Malaysia dan berusaha gigih untuk mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak
seperti era 70-an.
Dan hasilnya, bola sepak merupakan antara sukan yang paling popular di Malaysia
pada masa kini. Langkah persatuan bola sepak malaysia yang telah menaikkan taraf liga dari
semi-pro ke profesional telah berjaya meningkatkan mutu permainan dan telah memberi satu
impak yang baru dalam dunia sukan yang penuh glamour ini. Pemain kini bukan lagi
seseorang yang perlu pergi ke pejabat di sebelah pagi dan turun ke padang pada waktu petang
tetapi sebaliknya dengan hanya menjalani latihan sesi pagi dan petang mereka berupaya
mencapai gaji yang menyaingi seorang pensyarah di universiti sebanyak RM 2 000 sehingga
RM 12 000 mengikut status pencapaian mereka sama ada mewakili negara dan lain-lain.
Bekerjaya sebagai seorang ahli sukan bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak tenaga dan
masa yang perlu dihabiskan untuk berlatih dan mengerah segala tenaga bagi memikul tugas
mewakili negara sebagai atlit. Persediaan yang secukupnya perlu bagi setiap atlit sebelum
mewakili negara ke pertandingan-pertandingan yang dianjurkan tidak kiralah samada
-
pertandingan peringkat negeri, negara mahupun antarabangsa. Dan seperti yang kita sedia
maklum, seseorang ahli sukan mestilah mempunnyai tahap kecergasan yang baik untuk
mencapai kejayaan dalam bidang yang di ceburinya.
Bola sepak adalah salah satu sukan yang memerlukan kecergasan yang tinggi pada
seseorang pemain. Tahap kecergasan yang rendah akan membuatkan pemain itu cepat penat
dan keletihan. Ini akan mempengaruhi mutu permainan pemain terbabit. Selain itu, tahap
kecergasan juga berkait rapat dengan kemahiran seseorang. Jika seseorang pemain itu
mempunyai tahap kecergasan yang rendah, dia tidak akan dapat mengimplikasikan
kemahiran yang dimilikinya dengan baik. Ini kerana untuk mengimplimentasi sesuatu
kemahiran seseorang pemain mestilah dapat mengawal tenaganya dengan baik di samping
mempunyai tenaga yang mencukupi. Oleh itu untuk menjadi seorang pemain bola sepak
yang baik, tahap kecergasan yang tinggi amat di perlukan. Ini disebabkan dalam permainan
bola sepak, seseorang pemain di kehendaki melakukan berbagai aktiviti yang memerlukan
kecergasan yang tinggi seperti melakukan pecutan, lompatan, larian, joging dan sebagainya.
Salah satu bahagian yang penting dalam kecergasan seseorang atlit atau pemain ialah
daya tahan kardiovaskular. Daya tahan kardiovaskular secara ringkasnya merupakan
kebolehan jantung, paru-paru dan salur darah untuk menghantar jumlah oksigen kepada sel
bagi aktiviti fizikal yang berpanjangan. Daya tahan kardiovaskular juga sangat penting untuk
mengukur tahap kecergasan bagi seseorang atlit. Pengukuran yang dilakukan dapat melihat
tahap kesihatan bagi jantung dan peparu untuk berfungsi dalam tubuh seseorang. Terdapat
beberapa ujian yang boleh di lakukan untuk mengukur kecergasan kardiovaskular. Di
antaranya ujian yang sesuai di jalankan ialah larian 12 minit, larian 2.4 kilometer dan Step
Test.
Miller dan Allen (1995), menyatakan daya tahan kardiovaskular boleh di kenali
sebagai daya tahan aerobik. Ini berkait rapat dengan keupayaan otot-otot besar melakukan
aktiviti fizikal dari intensiti sederhana sehinggalah kepada intensiti yang tinggi dalam tempoh
masa yang panjang. Ia melibatkan fungsi jantung dan paru-paru , di mana darah
bertanggungjawab mengangkut oksigen ke seluruh anggota-anggota dan sel-sel otot.
-
Menurut Sheikh Kamaruddin dan Sargit Singh (1978) pula, daya tahan
kardiovaskular adalah komponen yang terpenting dalam profail fisiologi manusia. Ia
bergantung kepada kombinasi efisien saluran darah, jantung dan paru–paru. Aktiviti berat
memerlukan keupayaan jantung dan paru-paru yang efisien sebab situasi begini memerlukan
tenaga yang banyak dan hanya pengaliran darah yang kaya dengan oksigen sahaja
membolehkan otot-otot menjalankan aktiviti tersebut.
Bagi meningkatkan kecergasan dari segi daya tahan kardiovaskular, senaman
merupakan cara terbaik untuk meningkatkannya. Menurut Hagberg (1998) senaman banyak
memberi faedah tambahan atau memberi kesan positif ke atas pengurangan risiko berhubung
dengan penyakit kardivaskular seperti serangan sakit jantung. Senaman juga telah memberi
kesan kepada reaksi jantung dalam pelbagai populasi selaras dengan perbezaan tahap
hipertensi, perubatan dan individu itu sendiri.
Terdapat berbagai latihan atau senaman yang boleh di jalankan untuk meningkatkan
tahap kecergasan seseorang pemain bola sepak. Di antaranya latihan litar ,latihan
jeda,latihan fartlek dan berbagai lagi mengikut keperluan jurulatih. Kesimpulannya, dalam
setiap permainan, aspek kecergasan kardiovaskular memainkan peranan penting dalam
menentukan tahap keupayaan sesebuah pasukan.
-
1.2 Penyataan masalah
Tahap kecergasan fizikal merupakan aset penting bagi seseorang atlit sewaktu
melakukan sesuatu aktiviti. Ianya perlu dititik beratkan sewaktu permainan di jalankan
khususnya permainan yang melibatkan tempoh masa yang agak lama. Contohnya di dalam
permainan bola sepak, pemain terpaksa menghadapi tempoh permainan yang agak lama iaitu
selama 90 minit, itu belum termasuk permainan yang di jalankan secara kalah mati di mana
ada masa tambahan yang di peruntukan untuk menentukan pemenang sekiranya kedudukan
masih seri. Perbezaan tahap kecergasan atlit akan menentukan sesebuah pasukan itu menang
ataupun sebaliknya. Semasa di dalam perlawanan, penggunaan tenaga aerobik dan anaerobik
perlu di ambil kira. Tenaga aerobik akan di gunakan semasa atlit di kehendaki menunggu
bola ataupun semasa membuat lontaran kedalam manakala tenaga anaerobik akan di gunakan
apabila seseorang pemain di kehendaki berlari untuk mengejar bola dan merampasnya
daripada lawan.
Sejak kebelakangan ini, kita sering terdengar beberapa rungutan dari pelbagai pihak
terutamanya dari pihak pengurusan sesebuah persatuan induk sukan yang tidak berpuas hati
dengan pretasi atlit-atlit mereka. Walaupun di beri program latihan yang mencukupi, namun
tahap pretasi mereka masih di takuk lama seolah-olah tidak terdapat perbezaan di antara
pretasi sebelum dan selepas latihan. Malah dari sudut daya tahan kardiovaskular ataupun
dari segi stamina juga tidak menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.
Sehubungan itu, kajian ini di jalankan adalah untuk melihat keberkesanan program
latihan fartlek terhadap peningkatan tahap kecergasan kardiovaskular pemain bola sepak
Universiti Teknologi Malaysia yang akan beraksi pada Kejohanan Bola Sepak Antara
Universiti-Celcom In Play 2004 / 2005.