borang pengesahan status tesis - fp.utm.my filesulit kepentingan malaysia seperti ... jenis soal...
TRANSCRIPT
PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PERBEZAAN TAHAP KEBIMBANGAN TRET DAN STET DI
KALANGAN ATLIT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUHARA TAWAU, SABAH SEBELUM PERTANDINGAN SERTA FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEBIMBANGAN.
SESI PENGAJIAN : 2003/2004
Saya : HASHIFAH BINTI BACHO (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis ( PSM/Sarjana/Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi Pengajian Tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh __________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : PETI SURAT 27, DR.MOHAD. ANIZU MOHD.NOR 91007, TAWAU, SABAH. (Nama Penyelia) Tarikh : 19 FEBRUARI 2004 Tarikh: 19 FEBRUARI 2004
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TDAK TERHAD, sila lampirkan surat dari pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis ini dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelididkan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)”.
Tandatangan : ………………………………………
Nama Penyelia : Dr. Mohad. Anizu B. Mohd. Nor
Tarikh : 19 Febuari 2004
i
PERBEZAAN TAHAP KEBIMBANGAN TRET DAN STET DI KALANGAN ATLIT
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUHARA TAWAU, SABAH SEBELUM
PERTANDINGAN SERTA FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN
KEBIMBANGAN
HASHIFAH BINTI BACHO
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
August 2003
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ………..………………………
Nama Penulis : Hashifah Bte Bacho
Tarikh : 19 Februari 2004
iii
DEDIKASI
Khas buat ayah ibu dan ahli keluarga yang dicintai,
Jutaan terima kasih atas nasihat dan galakanmu,
Doa restu kalian menjadi inspirasi perjuanganku.
Khas buat teman karibku dan rakan-rakan yang disanjungi,
Terima kasih atas bantuan dan tunjuk ajar,
Kenangan bersama kalian tidak dapat ku lupakan.
Ku penuhi ruangan ini hanya untuk mengucapkan jutaan terima kasih atas
segala doa restu, kesabaran, sokongan, dorongan dan bantuan kalian semua.
Pengorbanan dan kesabaran adalah kunci kejayaan.
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat jua
akhirnya penyelidik menyiapkan dan menyempurnakan kajian ilmiah ini dalam masa
yang ditetapkan.
Dikesempatan ini penyelidik ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan
setinggi penghargaan buat Dr. Mohad Anizu Mohd. Nor selaku pensyarah
pembimbing. Beliau telah banyak mengorbankan masa dan memberi tunjuk ajar
serta dorongan sepanjang tempoh penyelidikan ini dijalankan. Tidak lupa juga untuk
pensyarah-pensyarah Sains Sukan yang lain yang memberi tunjuk ajar terhadap
penyelidikan ini.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Sekolah Menengah
Kebangsaan Kuhara Tawau iaitu pengetua , guru-guru, jurulatih serta atlit-atlit
sekolah tersebut yang telah memberi kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya
dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini.
Akhir sekali, penyelidik ingin menyampaikan penghargaan ini kepada
keluarga tersayang kerana banyak memberi semangat dan membantu dalam sumber
kewangan. Tidak lupa juga untuk rakan-rakan dan kepada semua yang terlibat sama
ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan kajian ini.
v
ABSTRAK
Kebimbangan merupakan satu perasaan yang terlalu subjektif hingga
membawa kepada keadaan yang tidak selesa kepada sesiapa sahaja yang
mengalaminya dan ianya terbahagi kepada dua iaitu kebimbangan stet dan
kebimbangan tret. Tujuan kajian ini adalah untuk membuat perbandingan mengenai
tahap kebimbangan tret dan tahap kebimbangan stet di kalangan atlit. Ia juga turut
mengkaji tentang perbezaan tahap kebimbangan tret dan tahap kebimbangan stet
antara atlit lelaki dan juga atlit perempuan sebelum pertandingan serta faktor-faktor
yang menyebabkan timbulnya rasa bimbang. Kajian ini telah dijalankan di Sekolah
Menengah Kebangsaan Kuhara Tawau, Sabah. Bagi mendapatkan data kajian, tiga
jenis soal selidik diberikan kepada atlit iaitu Ujian STAI dan Ujian SCAT serta
borang senarai faktor penyebab rasa bimbang. Sampel yang dipilih terdiri daripada
pelajar sekolah menengah seramai 41 orang iaitu 21 atlit lelaki dan 20 atlit
perempuan yang menyertai acara balapan dan padang dalam Sukan Sekolah-Sekolah
Zon Daerah Tawau pada tahun 2003. Semua data dan skor berkaitan dengan kajian
yang diperolehi dibuat penganalisaan menggunakan perisian Statistical Package for
Social Science (SPSS 11.5). Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat
perbezaan yang signifikan terhadap tahap kebimbangan stet dan tahap kebimbangan
tret bagi atlit sekolah tersebut sebelum pertandingan. Ini kerana kebimbangan tret
wujud dalam diri seseorang secara semulajadi manakala kebimbangan stet pula
wujud disebabkan pengaruh keadaan dalam situasi tertentu. Perbezaan tahap
kebimbangan stet dan tret antara atlit lelaki dan perempuan pula tidak menunjukkan
perbezaan yang signifikan. Ini kerana atlit lelaki dan perempuan mempunyai tahap
kebimbangan yang sama. Kesimpulannya, kebimbangan state berkaitan dengan
sesuatu situasi yang spesifik manakala kebimbangan tret pula bergantung kepada
umur, jantina dan jenis sukan yang diceburi.
vi
ABSTRACT
Anxiety is a subjective thing that make us feel uncomfortable. There are two
types of anxiety it was a ‘state anxiety’ and ‘track anxiety’. The purpose of this
research is to compare the ‘state and trait’ anxiety level among Kuhara high school
track and field athletes before “School Sport Competition between zone district
2003”. This research is to determine whether there is any significant difference
concerning the ‘state and trait’ anxiety level of these athletes and also to know
whether there have a significant different of ‘state and trait’ anxiety level among
female and male athletes. Besides, the factor of causing anxiety also can be
recognized. This research was carried out at Kuhara High School,Tawau, Sabah. To
obtain the research data, three types of questionnaires were given to the athletes,
which is the STAI test, to test the trait anxiety level, and the SCAT test, to test the
state anxiety level and also a form to list the factor causing anxiety among athletes.
The samples are the track and field athletes, 21 of them is a male athletes and
another 20 is a female athletes who take part for School Sport Competition between
zone district 2003. All the data and scores obtained concerning the research was
analyzed using the Statistical Package for Social Science (SPSS 11.5). The result in
this research were show that there is a significant difference in trait and state anxiety
level among track and field athletes before competition. For the ‘state and trait’
anxiety level among female and male athletes, there is no significant difference
before competition. It is because male and female athletes got the same anxiety
level. For the conclusion, state anxiety is depends from the situation of the
competition on that day but track anxiety is depends from age, types of sport and sex.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL ix
SENARAI RAJAH x
SENARAI LAMPIRAN xi BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Hipotesis Kajian 7
1.6 Persoalan Kajian 8
1.7 Kepentingan Kajian 8
1.8 Skop Kajian 10
1.9 Limitasi Kajian 10
1.10 Definisi operasional 11
1.11 Penutup 13
viii
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Kajian Berkaitan 16
2.3 Rumusan 25
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 27
3.2 Reka Bentuk Kajian 28
3.3 Pemilihan Sampel 28
3.4 Instrumen Kajian 28
3.5 Markat Alat Kajian 30
3.6 Prosedur Kajian 32
3.7 Jenis Maklumat Dan Data 32
3.8 Analisis Data 33
BAB IV PENGANALISAAN DATA
4.1 Pengenalan 35
4.2 Penganalisaan Secara Deskriptif 36
4.3 Penganalisaan Secara Inferensi 41
4.4 Analisis Faktor Timbulnya Rasa Bimbang 45
BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 47
5.2 Perbincangan Penganalisaan Secara Deskriptif 48
5.3 Perbincangan Penganalisaan Secara Inferensi 50
5.4 Faktor-faktor Yang menimbulkan Kebimbangan 51
5.5 Kesimpulan 56
5.6 Cadangan 56
5.7 Penutup 58
BIBILIOGRAFI 59
LAMPIRAN 61
ix
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.2.1 Ringkasan Tentang Maklumat Responden. 36
4.2.2 Taburab Bilangan Dan Peratusan Mengikut Skor 37
Dan Tahap Kebimbangan Tret (Ujian STAI)
Sebelum Pertandingan.
4.2.3 Taburan Skor Tahap Kebimbangan Stet (Ujian SCAT) 39
Yang Diperolehi Oleh Atlit Lelaki Dan Atlit Perempuan.
4.2.4 Nilai Min Dan Sisihan Piawai Bagi Ujian STAI Dan SCAT. 40
4.3.1 Analisis Ujian-t Tahap Kebimbangan Tret (Ujian STAI) 42
dan Tahap Kebimbangan Stet (Ujian SCAT).
4.3.2 Analisis Ujian-t Tahap Kebimbangan Stet (Ujian SCAT) 43
Antara Atlit Lelaki Dan Atlit Perempuan.
4.3.3 Analisis Ujuan-t Tahap Kebimbangan Tret (Ujian STAI) 44
Antara Atlit lelaki Dan Atlit Perempuan.
4.4.1 Faktor Yang Mempengaruhi Rasa Bimbang Mengikut 45
Keutamaan.
x
SENARAI RAJAH
NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.2.1 Proses Tekanan. 18
2.2.2 Model Interaksi Kebimbangan 21
4.2.2 Taburan Bilangan Dan Peratusan Mengikut Skor 38
Dan TAhap Kebimbangan Tret (Ujian STAI)
Sebelum Pertandingan.
4.2.3 Taburan Skor Tahap Kebimbangan Stet (Ujian SCAT) 40
Yang Diperolehi Oleh Atlit Lelaki Dan Atlit Perempuan.
4.2.4 Perhubungan Nilai Min Dan Sisihan Piawai 41
Bagi Ujian STAI Dan SCAT.
4.3.1 Lengkungan Normal Ujian-t. 42
4.3.2 Lengkungan Normal Ujian-t. 43
4.3.3 Lengkungan Normal Ujian-t. 44
xi
SENARAI LAMPIRAN
NO.LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A BIODATA RESPONDEN 61
B BORANG SOAL SELIDIK PENILAIAN DIRI 62
SPIELBERGER (STAI)
C BORANG SOAL SELIDIK PERTANDINGAN 64
ILLINOIS (SCAT)
D BORANG SOAL SELIDIK FAKTOR 66
PENYEBAB KEBIMBANGAN
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dewasa ini, terdapat begitu banyak kegiatan bagi membentuk individu yang
lengkap sama ada dari segi fizikal, mental, sosial dan rohani. Sukan adalah salah
satu bidang yang dapat membantu memperlengkapkan individu agar menjadi insan
yang berguna. Dalam merealisasikan matlamat ini terdapat beberapa masalah dalam
melahirkan individu yang berketrampilan terutamanya dalam bidang sukan. Antara
masalah yang wujud di kalangan mereka ialah individu begitu bimbang apabila
menyertai sebarang kegiatan sukan terutamanya sebelum dan semasa pertandingan
yang disertai oleh mereka hingga menjejaskan prestasi mereka. Kenyataan ini
disokong oleh Cox (1990); Landers dan Boutcher (1984) yang menyatakan tahap
optima kebimbangan berkait dengan prestasi terbaik atlit, di mana tahap yang
melebihi atau di bawah optima mempengaruhi prestasi yang biasa diperolehi oleh
atlit.
Dalam menerangkan konsep kebimbangan, beberapa definisi operasional
iaitu stress, kebangkitan (arousal) dan kebimbangan yang digunakan dalam
membincangkan mengenai kebimbangan akan terlebih dahulu diperjelaskan. Stress
adalah suatu keadaan peningkatan kebangkitan fisiologikal yang terhasil daripada
sesuatu tuntutan
2
terhadap seseorang individu yang menuntut individu tersebut menumpukan perhatian
dalam tingkah laku untuk mengatasi sesuatu dengan jayanya (Jones, 1990) manakala
kebangkitan boleh dinyatakan sebagai suatu isyarat kepada seseorang individu
bahawa beliau memasuki suasana yang mencabar yang memerlukan beliau bersedia
melakukan sesuatu tugasan secara fizikal, intelek atau perseptual dan ia dicirikan
melalui isyarat psikologikal (Hardy, et.al 1996). Seterusnya kebimbangan dilihat
sebagai reaksi emosi yang negatif dan diikuti dengan kebangkitan sistem saraf
autonomik (Landers dan Boutcher, 1993). Menurut Horn (1992) pula, kebimbangan
boleh diandaikan sebagai suatu impak kepada emosi seseorang atau kebangkitan
kepada dimensi kognitif.
Kebimbangan boleh juga diberikan pengertian sebagai satu perasaan yang
terlalu subjektif hingga membawa kepada keadaan yang tidak selesa kepada sesiapa
sahaja yang mengalaminya menurut Mahoney dan Meyers (1989). Menurut Marten
(1977), reaksi kebimbangan boleh terhasil daripada keperluan objektif persekitaran
yang diinterprestasikan sebagai ancaman.
Senario ini wujud dalam pelbagai jenis sukan dan juga melibatkan beberapa
ahli sukan ternama dunia. Kegagalan melakukan tindakan yang sepatutnya di saat-
saat genting sering kali menjadi penyebab kepada kekalahan pemain atau pasukan
ternama. Kegagalan melakukan tindakan yang tepat ini berkemungkinan besar
berpunca dari tekanan, kebangkitan serta peningkatan tahap kebimbangan sehingga
menyebabkan individu yang berkenaan tidak mampu memberikan tumpuan serta
berfikir dengan baik sebelum membuat sesuatu keputusan. Kesannya, tindakan yang
dibuat sering kali memakan diri sendiri. Fenomena ini wujud pada atlit yang
melibatkan diri dalam acara individu khasnya seperti lari pecut dan lompat jauh di
mana wujudnya kebimbangan menyebabkan mereka tidak mampu melakukan larian
atau lompatan dengan cemerlang walau pun catatan masa atau jarak sebelum ini iaitu
semasa sesi latihan melayakkan mereka untuk beraksi cemerlang.
Kebimbangan merupakan satu perasaan bersifat negatif yang wujud melalui
perasaan takut, gemuruh, gugup, gementar, bimbang, kekhuatiran dan
menghubungkan pengaktifan atau kebangkitan dari segi tubuh badan (Weinberg,
3
1999). Dengan erti kata yang lain, kebimbangan boleh ditakrifkan sebagai kesan
kognitif atau emosi yang terhasil dari persepsi terhadap situasi yang dihadapi, yang
dilahirkan dalam bentuk ancaman yang bakal diterima oleh seseorang individu
seperti kekalahan, ugutan fizikal, rasa malu dan sebagainya.
Setiap individu akan mengalami tahap kebimbangan yang berlainan terhadap
situasi-situasi tertentu. Cratty (1973) menyatakan bahawa individu yang tidak
pernah berasa takut atau bimbang merupakan individu yang cacat personalitinya. Ini
jelas menunjukkan bahawa rasa bimbang wujud dalam diri setiap atlit Sekolah
Menengah Kebangsaan Kuhara Tawau, Sabah. Cuma tahap kebimbangan mereka
sahaja yang berbeza-beza sama ada rendah, sederhana atau tinggi. Perasaan bimbang
ini boleh dimanifestasikan oleh perasaan ketidakpastian serta tanda-tanda fizikal
seperti perut memulas, tapak tangan berpeluh, rasa sejuk atau denyutan jantung yang
pantas (Cratty, 1973).
Levitt (1980) mengkategorikan kebimbangan kepada dua iaitu kebimbangan
tret (trait anxiety) dan kebimbangan seketika atau stet (state anxiety). Kebimbangan
tret merujuk kepada ciri-ciri personaliti individu. Individu yang memiliki ciri-ciri ini
sering mentafsirkan situasi di persekitaran mereka sebagai menekan atau menggugat
diri. Persepsi ini akan meningkatkan lagi tahap kebimbangan mereka. Contohnya,
seorang individu yang berdarah gemuruh secara semula jadi mempunyai ciri-ciri
mudah tertekan serta mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi. Justeru, segala
tindak balas atau respon yang diambil terhadap situasi di persekitaran akan
meningkatkan lagi kadar kebimbangan kerana tindakan mereka kini telah
dipengaruhi oleh kebimbangan berasaskan situasi.
Manakala kebimbangan seketika atau stet pula merujuk kepada tahap
kebimbangan semasa yang terhasil dari persepsi individu terhadap bentuk tekanan
yang terdapat di persekitarannya pada waktu itu. Bagi individu yang berdarah
gemuruh tadi, sekiranya beliau mentafsirkan bahawa tekanan yang wujud
dipersekitarannya cukup menekan, maka individu tersebut akan bertindak atau
memberikan respon yang akan meningkatkan lagi tahap kebimbangan serta
kebangkitan fisiologikalnya. Kebimbangan itu dimanifestasikan oleh rasa tertekan,
4
takut, peningkatan kadar nadi serta tangan atau badannya menggeletar. Kesannya,
individu tersebut akan rasa semakin tertekan dan takut serta aksinya pula menjadi
tidak menentu.
Contohnya, seorang pemain perseorangan badminton yang sedang bersedia
melawan pihak lawannya. Dalam konteks ini, kebimbangan berasaskan situasi
mungkin berpunca dari tekanan kerana beraksi di hadapan penonton yang ramai.
Bagai manapun, kebimbangan ini diperkuatkan lagi oleh kebimbangan kognitif
(minda) beliau yang aktif menilai situasi tersebut. Akibatnya beliau mungkin akan
membayangkan bahawa penonton tersebut akan mengejek sekiranya skor beliau jauh
ketinggalan. Media pula akan menyiarkan berita kegagalan beliau ke seluruh negara
serta beberapa perkara negatif yang lain. Kesannya, tahap kebimbangan stet beliau
akan semakin meningkat gara-gara sumbangan kognitif (minda) yang negatif ini.
Hasilnya, prestasi atlit badminton tadi akan jatuh atau merosot dengan mendadak.
Martens (1977) berkata tahap kebimbangan yang tinggi boleh menghalang
seseorang daripada meningkatkan prestasinya. Dengan menguasai setiap kemahiran
dan teknik dalam acara badminton tidak menjanjikan yang seseorang atlit itu boleh
berlawan dengan baik semasa pertandingan. Mental dan emosi juga merupakan
faktor yang penting dalam menentukan kejayaan seseorang. Pemain-pemain perlu
mengawal rasa bimbang yang dihadapi ketika atau sebelum mereka bertanding.
Pendapat ini telah disetujui oleh Masomo (1977) dan Weinberg (1982), menurut
mereka, adalah sangat perlu dan penting bagi pemain-pemain mengawal perasaan
bimbang yang mereka alami bagi membolehkan mereka beraksi dengan baik dalam
pertandingan.
1.2 Latar Belakang Kajian
Mengikut Berger (1971), kebimbangan adalah gangguan atau perasaan yang
timbul akibat daripada persepsi terhadap sesuatu bahaya yang kurang jelas.
5
Spielberger (1996) telah mengkategorikan kebimbangan kepada dua jenis iaitu
kebimbangan tret dan kebimbangan stet.
Kebimbangan tret ialah keadaan yang cenderung untuk menjadi bimbangan
pada situasi yang menekan, wujud dalam diri seseorang yang diberi tanggungjawab
untuk menjadi ketua pasukan dalam sesuatu pertandingan. Dia merasa tertekan
kerana takut tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya. Kebimbangan stet pula
ialah perasaan yang mencemaskan pada keadaan-keadaan yang tertentu atau pada
situasi waktu itu. Contohnya ketika menghadapi pertandingan yang penting untuk
ke perlawanan akhir.
Seterusnya Spielberger menjelaskan bahawa individu yang mempunyai tahap
kebimbangan yang tinggi akan cenderung mengalami kebimbangan state walau pun
tidak semestinya pada tahap yang amat tinggi. Kebimbangan state adalah suatu
keadaan yang sementara yang berkaitan dengan sesuatu situasi spesifik dan
berkemungkinan berbeza dari segi intensiti dan jangka masa.
Setiap individu yang dilahirkan di dunia adalah berbeza. Begitu juga dengan
tahap kebimbangan tret semasa pertandingan setiap individu adalah berbeza kerana
setiap individu mempunyai tahap persepsi yang berbeza mengenai sesuatu rancangan
yang mengancam sama ada secara ekstrinsik mahupun secara intrinsik.
Menurut Martens (1977), tahap kebimbangan yang tinggi boleh menghalang
seseorang dari meningkatkan prestasinya. Menguasai kemahiran-kemahiran dalam
permainan sahaja tidak memadai untuk membolehkan seseorang bermain dengan
cemerlang. Kestabilan emosi juga memainkan peranan dalam menentukan kejayaan
permainan seseorang. Pemain-pemain perlu mengawal rasa bimbang yang mereka
hadapi ketika bertanding. Pendapat sedemikian turut dipersetujui oleh Massimo
(1977) dan Weinberg (1982). Menurut mereka, adalah sangat perlu dan penting bagi
pemain-pemain mengawal perasaan bimbang yang mereka hadapi bagi
membolehkan mereka beraksi dengan baik.
6
1.3 Pernyataan Masalah
Tidak dapat dinafikan pelbagai masalah wujud dalam diri seseorang individu.
Terdapat punca-punca khusus yang akan membuatkan seseorang itu merasa tertekan
dan menjadi bimbang. Kebimbangan inilah yang akan menjadikan satu keadaan
negatif yang dialami oleh manusia dan merupakan gabungan antara perasaan takut,
seram, gentar, rungsing, cemas, bimbang, risau, gelisah, khuatir dan pelbagai emosi
yang lain. Perasaan cemas dan bimbang ini akan terus berlaku apabila seseorang itu
merasa khuatir akan kebolehan dan kepakarannya. Seseorang itu merasa ragu-ragu
sama ada ia boleh atau mungkin tidak berupaya melakukan sesuatu yang terbaik
untuk dirinya.
Individu yang telibat di dalam acara sukan tidak terkecuali daripada
mempunyai perasaan bimbang sewaktu pertandingan. Mengikut Gould (1999) telah
mendapati bahawa tahap kebimbangan yang serius akan menyebabkan kemerosotan
pencapaian dan prestasi sama ada bagi atlit sendiri ataupun kepada pasukannya. Hal
ini menunjukkan betapa besarnya kesan kebimbangan terhadap prestasi atlit.
Lantaran itu, fenomena ini perlu diatasi oleh setiap atlit untuk membolehkan mereka
beraksi dengan cemerlang dalam sesuatu kejohanan yang disertai.
Melihat kepada tahap kebimbangan atlit ini, kita seharusnya mencari jalan
untuk mengatasinya kerana ia akan memberi kesan yang negatif terhadap pencapaian
atilt. Ini kerana emosi mereka yang tidak stabil sedikit sebanyak akan menjejaskan
prestasi atau persembahan mereka. Pendek kata, atlit tidak dapat mempamerkan
corak permainannya yang sebenar.
Sehubungan dengan permasalahan ini, timbullah minat penyelidik untuk
membuat kajian tentang tahap kebimbangan yang dihadapi oleh atlit dan membuat
satu perbandingan kebimbangan tret dan stet di antara atlit lelaki dan atlit perempuan
Sekolah Menengah Kebangsaan Kuhara Tawau serta faktor-faktor yang
menyebabkan rasa bimbang.
7
1.4 Objektif Kajian
Berdasarkan persoalan yang sering timbul di atas maka objektif kajian ini
adalah untuk :
1.4.1 Mengkaji tahap kebimbangan tret dan stet di kalangan atlit-atlit Sekolah
Menengah Kebangsaan Kuhara Tawau.
1.4.2 Membuat perbandingan tahap kebimbangan stet dan tret di kalangan atlit
lelaki dan atlit perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Kuhara Tawau.
1.4.3 Mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan timbulnya kebimbangan di
kalangan atlit-atlit Sekolah Menengah Kebangsaan Kuhara Tawau.
1.5 Hipotesis Kajian
Terdapat beberapa hipotesis di dalam kajian ini iaitu :
Hipotesis Null 1 = Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap perbezaan
tahap kebimbangan stet dan tahap kebimbangan tret di kalangan atlit Sekolah
Menengah Kebangsaan Kuhara Tawau.
Hipotesis Alternatif 1 = Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap perbezaan
tahap kebimbangan stet dan tahap kebimbangan tret di kalangan atlit Sekolah
Menengah Kebangsaan Kuhara Tawau.
8
Hipotesis Null 2 = Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap perbandingan
tahap kebimbangan stet dan tret di kalangan atlit lelaki dan atlit perempuan Sekolah
Menengah Kebangsaan Kuhara Tawau.
Hipotesis Alternatif 2 = Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap perbandingan
tahap kebimbangan stet dan tret di kalangan atlit lelaki dan atlit perempuan Sekolah
Menengah Kebangsaan Kuhara Tawau.
1.6 Persoalan Kajian
16.1 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap perbezaan tahap
kebimbangan stet dan tahap kebimbangan tret di kalangan atlit Sekolah Menengah
Kebangsaan Kuhara Tawau.?
1.6.2 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap perbandingan tahap
kebimbangan stet dan tret di kalangan atlit lelaki dan atlit perempuan Sekolah
Menengah Kebangsaan Kuhara Tawau?
1.7 Kepentingan Kajian
Melalui kajian ini, diharap dapat membantu jurulatih untuk membincangkan
secara literatur tentang perbezaan tahap kebimbangan stet dan tret di kalangan atlit.
Bukan itu sahaja, malah jurulatih dapat membuat ramalan gerak balas yang
bersesuaian dengan atlitnya bagi mengatasi masalah kebimbangan yang berbeza di
antara lelaki dan perempuan. Ia merupakan satu petunjuk untuk mengenal pasti
kedudukan tahap kebimbangan atlit sama ada di peringkat serius atau masih boleh
dibaiki dari segi psikologi. Kajian ini juga membolehkan punca-punca berlaku atau
wujudnya situasi kebimbangan stet dan kebimbangan tret di kalangan atlit
dikenalpasti.