bmp3093 assig.new

20
November 1, 2014 BMP3093- APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU PENDIDIKAN JARAK JAUH APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU (BMP3093) SEMESTER 1 SESI 2014/2015 TUGASAN A a) Tiga Fungsi Multimedia dalam Kurikulum Pendidikan Negara b) Tiga Manfaat Multimedia dalam Kurikulum Pendidikan Negara TUGASAN B a) Tiga Cara Meransang Guru Mengaplikasikan Video Dalam Pengajaran. b)Tiga Impak Kepada Murid daripada Pengaplikasian Video DISEDIAKAN OLEH: NAMA KUMPULAN NO. MATRIK NORIZAN BINTI USOFF UPSI09 D20112055393 PENSYARAH E-LEARNING: EN KHAIRUL AZAM BIN BAHARI ISI KANDUNGAN NORIZAN BINTI USOFF (D 20112055393) 1

Upload: gerald-wilkins

Post on 22-Dec-2015

7 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rujukan

TRANSCRIPT

Page 1: BMP3093 Assig.new

November 1, 2014

BMP3093- APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU

PENDIDIKAN JARAK JAUH

APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU (BMP3093)

SEMESTER 1 SESI 2014/2015

TUGASAN A

a) Tiga Fungsi Multimedia dalam Kurikulum Pendidikan Negara

b) Tiga Manfaat Multimedia dalam Kurikulum Pendidikan Negara

TUGASAN B

a) Tiga Cara Meransang Guru Mengaplikasikan Video Dalam Pengajaran.

b)Tiga Impak Kepada Murid daripada Pengaplikasian Video

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA KUMPULAN NO. MATRIK

NORIZAN BINTI USOFF UPSI09 D20112055393

PENSYARAH E-LEARNING: EN KHAIRUL AZAM BIN BAHARI

ISI KANDUNGAN

BAHAGIAN A

NORIZAN BINTI USOFF (D 20112055393) 1

Page 2: BMP3093 Assig.new

November 1, 2014

BMP3093- APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU

Perkara Muka surat

1. Pengenalan/ Pendahuluan 3-4

2. Tiga Fungsi Multimedia Dalam Kurikulum 5-6

Pendidikan Negara

3. Tiga Manfaat Multimedia Dalam Kurikulum 6-7

Pendidikan Negara

4. Rumusan 8

5. Rujukan 9

BAHAGIAN B

Perkara Muka surat

1. Pengenalan/ Pendahuluan 10-11

2. Tiga Cara Untuk Merangsang Guru 11-13

Menggunakan Video Dalam Pengajaran

Bahasa Melayu

3. Tiga Impak Kepada Murid 14-16

Daripada Pengaplikasian Video

4. Rumusan 16-17

5. Rujukan 18

PENDAHULUAN

NORIZAN BINTI USOFF (D 20112055393) 2

Page 3: BMP3093 Assig.new

November 1, 2014

BMP3093- APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU

Multimedia merupakan integrasi elemen-elemen teks, audio, grafik, animasi, dan video

dengan menggunakan komputer sebagai alat persembahan untuk membolehkan proses

pengajaran dan pembelajaran berlangsung secara signifikan.  Reka bentuk pengajaran dan

pembelajaran berbantukan ICT merupakan satu disiplin tentang kefahaman dan

penambahbaikan proses pengajaran secara sistematik bagi memperolehi nilai tambah dalam

proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh seorang guru.

Menurut Jamaluddin dan Zaidatun (2003), penggunaan perisian multimedia sudah semestinya

mendatangkan kebaikan kepada pelajar di dalam pendidikan. Penggunaannya dapat

mengatasi kelemahan serta masaalah yang dihadapi di dalam proses pengajaran biasa di

dalam kelas yang dilaksanakan secara tradisi. Ianya menjadi perangsang kepada guru serta

menjadi alat yang dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan berkesan.

PENGENALAN

Multimedia merupakan satu teknologi baru dan satu pilihan dalam menyampaikan maklumat.

Secara umumnya, multimedia membawa maksud pelbagai media yang biasanya merujuk

kepada gabungan unsur-unsur seperti teks, gambar atau imej, warna, bunyi, animasi dan

movie. Impaknya dapat dilihat menerusi penggunaan penyampaian sesuatu bahan dan

maklumat yang berpaksikan komputer.

Dengan teknologi ini, keupayaan multimedia telah dapat ditingkatkan dengan unsur-unsur

berteknologi tinggi serta sistem komunikasi yang canggih. Umpamanya talian telefon telah

diperkaya dan dikaitkan dengan fungsi internet, sidang video dan faksimili iaitu satu perkara

yang tidak pernah terfikir dahulunya terjadi.

Langkah menggunakan multimedia dalam pendidikan merupakan satu strategi terkini dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan multimedia dalam pendidikan sangat luas

dan tidak terhad. Berkesinambungan dengan itu maka, golongan pendidik harus melihat

daripada aspek positif mengenai keperluan berinteraksi dengan teknologi terkini bagi

membiasakan generasi yang akan datang dengan cara hidup canggih pada abad 21 nanti.

Penggunaan multimedia secara tidak langsung dapat memberikan peluang kepada guru dan

NORIZAN BINTI USOFF (D 20112055393) 3

Page 4: BMP3093 Assig.new

November 1, 2014

BMP3093- APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU

pelajar menggunakan dan memahirkan diri dengan pelbagai teknologi terkini dan bersedia

untuk menghadapi sebarang cabaran teknologi baru yang akan datang.

PERKEMBANGAN MULTIMEDIA DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN

NEGARA.

Dalam bidang pendidikan di Malaysia , multimedia mula diperkenalkan melalui Projek

Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer atau COMIL (Computer Integrated

Learning Syistem) pada tahun 1992. Perisian dalam Bahasa Inggeris dan Matematik

digunakan bertujuan untuk mengatasi kelemahan pelajar. 1997 merupakan tahun pertama

bagi pelajar tingkatan satu sekolah-sekolah projek yang mempunyai Makmal Komputer dan

21 buah komputer multimedia akan mengambil matapelajaran Literasi Komputer. Refomasi

sistem pendidikan yang diselaraskan dengan wawasan 2020 serta penubuhan Sekolah Bestari

pada 1998 yang berorientasikan teknologi multimedia merupakan langkah awal bagi tujuan

merealisasikan kurikulum futuristik. Dalam perkembangan yang berkaitan, Universiti Malaya

telah memperkenalkan Pengajian Jarak Jauh dengan menggunakan sidang video. Sistem

Aplikasi Teleperubatan Universiti Malaya akan dihubungkan terus dengan Bandaraya Bistari

Putra Jaya. 

Cadangan penubuhan Universiti Multimedia adalah satu cadangan yang menunjukan

kesungguhan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menjayakan sistem pendidikan yang

futuristik.

Universiti Multimedia menawarkan kursus-kursus bagi mengeluarkan tenaga mahir, separa

mahir, dan memberi pendidikan kepada pelajar aliran sains yang akan dilatih khusus dalam

pembangunan multimedia dan teknologi maklumat. Langkah menggunakan multimedia

dalam pendidikan merupakan satu strategik terkini dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Guru perlu menguasai kemahiran-kemahiran berkomputer bagi mencapai

objektif pengajaran dan pembelajaran.

TIGA FUNGSI MULTIMEDIA

NORIZAN BINTI USOFF (D 20112055393) 4

Page 5: BMP3093 Assig.new

November 1, 2014

BMP3093- APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU

i) Sebagai Tutor Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK).

Selain daripada penggunaannya dalam operasi-operasi semasa, komputer multimedia juga

boleh menjadi ‘tutor’ yang berkesan. Oleh itu, komputer selalunya digunakan dalam bentuk

tutorial. Dalam tutorial, struktur berikut berlaku iaitu pelajar didedahkan kepada isi pelajaran,

maklumat disimpan secara logik dalam ingatan dan mengeluarkan semula maklumat atau

kemahiran pada masa akan datang.Penggunaan kaedah PBK dapat membantu pelajar lebih

memahami dan seterusnya mampu menyampaikan mesej dan maklumat yang lebih kompleks

hasil intergrasi teks, grafik, audio dan video. Kelebihan multimedia ialah pada sifatnya yang

interaktif. Sifat ini menghidupkan suasana pembelajaran dua hala yang menarik dan efektif.

ii) Sebagai Sumber Maklumat dan Pengkalan Data

Sistem komputer multimedia adalah merupakan satu sumber maklumat atau pangkalan data

yang disediakan untuk semua pengguna dengan pelbagai jenis maklumat dan pelbagai gaya

penyampaian. Pangkalan data juga sering disebut sebagai perisian hiperteks atau hipermedia

yang merupakan teknologi maklumat baru yang membina, menyimpan dan menyebarkan

maklumat yang banyak. Hiperteks mempunyai timbunan teks yang diprogramkan dalam

komputer secara tidak linear,teks yang berabang diakses mengikut pilihan pengguna dan

boleh dibaca secara interaktif.Hipermedia pula mengandungi teks dan grafik serta

mempunyai kesan bunyi, animasi dan visual bergerak dan kaku yang dikendalikan dan

dikawal oleh komputer mikro. Maklumat dalam komputer disimpan dalam cakera padat,

cakera video, CD-ROM.Maklumat ini juga boleh disalurkan kepada pengguna lain melalui

rangkaian yang mungkin boleh diwujudkan sebagai satu persekitaran. Hiperteks dan

Hipermedia merupakan satu pukal pembelajaran kendiri murid yang interaktif dan berkesan.

3 Sebagai Bahan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran.

Terdapat banyak perisian-perisian multimedia yang berada di pasaran dan ada di antaranya

sesuai dijadikan sebagai bahan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya

aktiviti pengayaan. Perisian-perisian ini biasanya mengintergrasikan teks, grafik, audio dan

video dalam mempersembahkan mesej dan ia amat ideal dalam memperkayakan minda

pelajar secara efektif. Cirinya yang interaktif menambahkan lagi keberkesanan dalam

mengembangkan intelek individu.Bersesuaian dengan kecanggihan pendidikan di alaf 21 ini,

NORIZAN BINTI USOFF (D 20112055393) 5

Page 6: BMP3093 Assig.new

November 1, 2014

BMP3093- APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU

peranan dan tanggungjawab guru semakin mencabar, maka media dapat memainkan

fungsinya bersama-sama guru dalam meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajaran. Guru-guru dapat merancang jenis dan bentuk media yang sesuai dengan faktor

murid , keberkesanan dan impaknya kepada mereka.

TIGA MANFAAT MULTIMEDIA DALAM

KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

Menurut Jamaluddin dan Zaidatun (2003), penggunaan perisian multimedia sudah semestinya

mendatangkan kebaikan kepada pelajar di dalam pendidikan. Penggunaannya dapat

mengatasi kelemahan serta masaalah yang dihadapi di dalam proses pengajaran biasa di

dalam kelas yang dilaksanakan secara tradisi. Ia menjadi perangsang kepada guru serta

menjadi alat yang dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan berkesan.

Antara beberapa manfaat pembelajaran dengan menggunakan perisian multimedia adalah:

i) Menyokong Pembelajaran Kendiri.

Penggunaan teknologi multimedia membolehkan pembelajaran kendiri  dilaksanakan dengan

lebih berkesan.  Murid-murid boleh memilih masa, kandungan serta hala tuju pembelajaran

mereka dengan kadar yang cepat kerana program multimedia memberi peluang serta

kebebasan kepada pelajar untuk memilih maklumat yang digemari mengikut kebolehan

individu. Di samping itu, murid-murid berpeluang belajar tajuk yang susah berulang kali

sehingga pemahaman dicapai.

Pembelajaran berbantu multimedia sebagai salah satu media pembelajaran dapat digunakan

secara berkesan untuk memenuhi keperluan pelajar yang berbeza dari segi keupayaan, intelek

dan gaya pembelajaran. Pembelajaran individu merupakan satu sistem pelbagai dan prosedur

pembelajaran yang fleksibel dimana pelajar diberikan tanggungjawab untuk merancang dan

melaksanakan pembelajaran mereka.

ii)      Membantu Menyelesaikan Masalah Guru Dalam Pengajaran

NORIZAN BINTI USOFF (D 20112055393) 6

Page 7: BMP3093 Assig.new

November 1, 2014

BMP3093- APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU

Perisian multimedia telah membuka jalan baru dalam bidang pendidikan. Ciri-ciri perisian 

Multimedia yang lebih mesra, tidak jemu, tidak penat, dan tidak sakit hati menjadikan ia

sangat sesuai bagi para pelajar terutamanya bagi pelajar-pelajar yang kurang cerdas. 

Contohnya, strategi latih tubi di mana beberapa percubaan boleh dilakukan berulang kali oleh

pelajar.  Pembelajaran menggunakan multmedia dapat memberikan tindak balas serta-merta

kepada pelajar. Secara tidak langsung ia dapat memberi peneguhan yang sangat positif.

iii)    Membantu Imaginasi Terhadap Perkara Abstrak

Elemen-elemen media yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan

multimedia seperti warna, muzik, animasi dan visual boleh menambahkan realisme dalam

pembelajaran secara latih tubi, ujikaji dalam makmal, permainan simulasi dan sebagainya. 

Dengan hal ini, elemen multimedia dapat menerangkan sesuatu pengajaran yang kompleks

menjadi mudah untuk difahami dengan contoh-contoh yang sebenar yang tidak dapat

diterangkan dengan menggunakan teks.

iv)    Keseronokan Belajar dan Menjana Pemikiran Pelajar

Menerusi pengunaan multimedia, ia berbeza dengan pengajaran dan pembelajaran biasa yang

memperlihatkan guru membaca teks di hadapan sambil pelajar mendengar. Penggunaan

perisian multimedia menjadikan pelajar lebih seronok belajar apabila perisian tajuk yang

digunakan menyelitkan animasi dan watak-watak tertentu yang dilakonkan mengikut tema

kurikulum subjek itu. Selain itu, penggunaan multimedia ini mampu melahirkan pelajar yang

mahir berfikir, kreatif dan kritis. Secara keseluruhannya, ciri-ciri inilah yang diharapkan oleh

pihak kementerian pendidikan dalam menyediakan pelajar yang cemerlang.

RUMUSAN

NORIZAN BINTI USOFF (D 20112055393) 7

Page 8: BMP3093 Assig.new

November 1, 2014

BMP3093- APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU

Howard Gardner (1983) menyatakan bahawa Teori Kecerdasan Manusia sebagai satu

medium untuk memupuk minda murid untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. 

Teori ini menyokong bahawa pendidikan seni mempunyai peranan yang penting dalam

kurikulum yang ada.  Oleh yang demikian, seseorang guru itu haruslah memberi galakan

kepada murid-murid untuk mengenal potensi diri masing-masing seterusnya menggunakan

kelebihan yang ada dalam diri mereka.  Dalam konteks ini, guru harus merancang aktiviti

pembelajaran yang mempunyai variasi dan bersepadu bagi memenuhi keperluan murid yang

lebih mencabar ditambah lagi dengan persekitaran yang memberikan inspirasi dan motivasi.

Pendidikan hari ini tidak lagi hanya mengugnakan kapur tetapi lebih kepada teknologi

multimedia yang mampu meningkatkan kreativiti dan inovasi guru.  Pendidikan tidak lagi

hanya berada di bilik darjah semata-mata tetapi guru dan murid boleh melangkah keluar bagi

melihat pengajaran dan pembelajaran yang serba baharu.  Berdasarkan kepada Kementerian

Pendidikan Malaysia dalam bukunya Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006

menyatakan bahawa Misi Nasional dan Rancangan Malaysia ke Sembilan telah menetapkan

Pembagunan Minda insane kelas pertam sebagai salah satu teras utama ke arah mencapai

Wawasan 2020.  Sistem pendidkan dan kurikulum skeolah telah menerapkan teknologi dan

maklumat ini dan berusaha maju serta memupuk minat di samping memupuk minat dan

mengukuhkan lagi sikap positif dalam kalangan murid dan pelajar serta pendidik terhadap

perkembangan teknologi maklumat ini.  Teknologi dan perisian komputer ini bukan sahaja

membantu dalam pengurusan dan pentadbiran, tetapi memberi nilai tambah yang sangat

berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara total.

 Kesimpulannya, dunia pendidikan pada hari ini sedang mengalami zaman penuh cabaran

terutama dari segi pandangan umum terhadap kepentingannya dalam pengajaran (A. Aziz

Deraman, 2007). Walaupun demikian, aspek pengajaran perlu diberikan perhatian dengan

menekankan penguasaan kemahiran bahasa yang diajarkan. Penggunaan komputer dalam

pengajaran berupaya meningkatkan lagi keupayaan pelajar dalam menguasai semua subjek

dengan lebih baik. Oleh itu, aspek latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan

pembelajaran interaktif, menggalakkan penggunaan internet dalam pengajaran serta

penyediaan teknologi yang sesuai dengan keperluan semasa perlu diberikan perhatian

(1524 perkataan)

NORIZAN BINTI USOFF (D 20112055393) 8

Page 9: BMP3093 Assig.new

November 1, 2014

BMP3093- APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU

RUJUKAN

i) Modul BMP3093 Aplikasi Komputer Dalam Bahasa Melayu,Pusat Pendidikan Luar,

UPSI

ii) A.Aziz Deraman (2007). Bahasa Melayu dan cabaran global. Dewan Bahasa, 7(2), 26-30

iii) Ali, W. Z. (2000). Memahami Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication &

Distributors Sdn Bhd.

iii) Fufrell, P. G. (1995). Teachers, Computer and Curriculum-Microcomputers in the Classroom. Needhom Heghts: A Simon & Schuster Company.

iv) A.Aziz Deraman (2007). Bahasa Melayu dan cabaran global. Dewan Bahasa,

v) Mok Soon Sang (1994), Asas Pedagogi dalam Pengajaran – Pembelajaran, KL: KumpulanBudiman Sdn.Bhd.

vi) Norhisham Abu Samah, Mazenah Youp dan Rose Alinda Alias. (1996). Pengajaran BantuanKomputer. Johor Bahru : UTM3.

NORIZAN BINTI USOFF (D 20112055393) 9

Page 10: BMP3093 Assig.new

November 1, 2014

BMP3093- APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU

TUGASAN B

PENGENALAN

Perkembangan dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah memberikan banyak

impak positif kepada pelbagai bidang perindustrian termasuklah dunia pendidikan. Tindakan

Kementerian Pendidikan Malaysia yang menjadikan penggunaan pelbagai bahan bantu

mengajar seperti komputer riba, cakera padat, penggunaan pelbagai perisian pendidikan

pembelajaran dan pelbagai alat bantu mengajar yang lain. Oleh yang demikian, adalah perlu

untuk setiap pendidik menggunakan pelbagai alat bantu mengajar sama ada yang berbentuk

peralatan mahupun perisian bagi membantu merangsang dan meningkatkan minat dan

kecenderungan Murid terhadap sesuatu topik pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran

adalah fokus utama pihak pengurusan pendidikan kebangsaan sama ada di peringkat sekolah

rendah mahupun di peringkat sekolah menengah. Justeru, pihak pengurusan pendidikan baik

di peringkat negeri mahupun di peringkat kebangsaan sentiasa mencari alternatif atau kaedah

pengajaran dan pembelajaran terbaik dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan sesuatu

proses pengajaran dan pembelajaran (Baharuddin, 2005). Latihan aplikasi dan integrasi

teknologi maklumat dan komunikasi atau juga dikenali dengan gelaran ICT adalah antara

usaha yang telah diperkenalkan di kebanyakan sekolah rendah dan menengah.

PENDAHULUAN

Teknologi pengajaran adalah satu konsep pembelajaran yang mengaplikasikan kemajuan dan

kemudahan teknologi semasa dalam aktiviti pengajaran dan pembelejaran di dalam bilik

darjah. Menurut Abdul Rahim Mohd Saad(1996), abad ke-21 mengundang pelbagai cabaran

dan perubahan berkaitan dengan keperluan pendidikan dan latihan di sekolah, institusi

pengajian tinggi, industri dan sektor perdagangan. Kewujudan teknologi maklumat dan

teknologi multimedia telah meninggalkan impak yang kuat. Penggunaan video adalah aktiviti

pengajaran dan pembelajaran mampu memberikan banyak manfaat kepada guru khususnya

dalam mempengaruhi cara seseorang guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaanvideo ini juga mampu membentuk satu suasana pengajaran dan pembelajaran

yang lebih efektif dalam mencapai setiap matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran

yang telah dibentuk. Penggunaan audio dan video telah dikenali sebagai salah satu saluran

komunikasi dan menjadi asas kepada bidang teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.

NORIZAN BINTI USOFF (D 20112055393) 10

Page 11: BMP3093 Assig.new

November 1, 2014

BMP3093- APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU

Justeru, seseorang guru mendapat faedah dan kemudahan kerana media pengajaran menjadi

cabang dalam membantu guru meningkatkan minat dan kefahaman murid-murid terhadap

pembelajaran. (Heinich, Molenda,Russell, & Smaldino, 2002; Yusuf Hashim &

Razmah Man, 2005) yang mengatakan video merupakan salah satu media pengajaran yang

boleh meningkatkan keberkesanan pengajaran pembelajaran adalah tepat dan selari dengan

teras utama pembangunan Sistem Pendidikan Kebangsaan dalam Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan (PIPP), salah satu matlamat pendidikan yang dikenal pasti yangingin dicapai ialah

membudayakan sains dan teknologi dan pembelajaran sepanjang hayat(Kementerian

Pelajaran Malaysia, 2006.

Penggunaan internet memberi kelebihan istimewa kepada pengguna. Pengguna mampu

berkomunikasi di antara satu sama lain secara mel elektronik (e-mail) atau di laman sembang

(chat). Maka, pengguna dapat mempelbagaikan variasi maklumat yang mereka inginkan dari

seluruh pelusuk dunia hanya melalui internet. Segala maklumat yang diinginkan juga boleh

diperoleh dengan masa yang singkat (Rahimi, Zawawi & Wan Nordin, 2005).

Seperti yang kita ketahui, media dalam pengajaran merupakan alatan yang menyalurkan

mesej pengirim kepada penerima mesej sehingga mendorong dan merangsang pemikiran,

perasaan, minat dan perhatian penerima. Justeru, seorang guru hendaklah bersikap kreatif dan

kritis dalam menyesuaikan media pengajaran mereka dengan rancangan pengajaran yang

ingin diajarkan. Cara ini bukan sahaja merangsang minat murid-murid untuk belajar, malah

guru akan berpuas hati kerana hasil pembelajarannya sudah tercapai.

TIGA CARA UNTUK MERANGSANG GURU MENGAPLIKASIKAN VIDEO

DALAM PENGAJARAN

Penggunaan video adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran mampu memberikan banyak

manfaat kepada guru khususnya dalam mempengaruhi cara seseorang guru menjalankan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan video ini juga mampu membentuk satu

suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif dalam mencapai setiap matlamat dan

objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah dibentuk. Tiga cara bagi merangsang guru

mengaplikasikan video dalam pengajaran.

NORIZAN BINTI USOFF (D 20112055393) 11

Page 12: BMP3093 Assig.new

November 1, 2014

BMP3093- APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU

1) Bimbingan dan Latihan

Pengaliran arus perkembangan teknologi yang semakin deras telah menghanyutkan setiap

bidang ke dalam gelombang kecanggihannya,termasuklah juga bidang pendidikan.Beberapa

langkah boleh dilaksanakan untuk meransang minat guru dalam bidang teknologi boleh

dimanfaatkan dalam bidang pendidikan.Pertama sekali,guru-guru perlu diberi bimbingan dan

latihan sebelum mereka digalakkan menggunakan peralatan teknologi dalam proses

pengajaran dan pembelajaran (P&P) supaya mereka mempunyai kemahiran untuk

menggunakan dan mengendalikan peralatan bantuan tersebut.Hal ini kerana,tanpa kemahiran

mereka hanya akan merumitkan lagi keadaan dan suasana kelas,seterusnya menyebabkan sesi

(P&P) tidak efisien.Terbukti gelombang kecanggihan tidak memuntahkan minat dan

kemahiran melainkan peralatan maujud sahaja.Oleh itu,kemahiran tersebut perlu diajarkan

kepada guru-guru supaya mereka lebih berminat untuk membuat gabungan kaedah tradisional

dengan moden.

Gabungan kemahiran mengajar seorang guru dengan bantuan peralatan teknologi mampu

melahirkan suasana (P&P) yang lebih baik.Penggunaan sumber,peralatan dan bahan-bahan

yang berkaitan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan

efisien.Contohnya,guru menggunakan tayangan video yang beranimasi untuk menerangkan

aspek tatabahasa iaitu penjodoh bilangan.Kaedah ini lebih efektif berbanding dengan kaedah

'chalk and talk' kerana para pelajar dapat melihat gambaran objek dan penjodoh

bilangannya.Manakala dikatakan efisien kerana guru mampu memberikan konsep dan

pemahaman kepada para pelajar tanpa berlaku pembaziran dari segi waktu,tenaga atau kos.

Walau bagaimanapun, prasyarat penting dalam konteks ini ialah minat dan pengetahuan

guru-guru itu sendiri serta kompetensi mereka dalam menggunakan teknologi komunikasi

dan informasi, contohnya penggunaan video.Guru-guru yang cekap mengakses komputer

atau internet ini mempunyai kelebihan dengan melaksanakan pengajaran melalui

kompetensinya dan penggunaan teknologi komunikasi dan informasi.Justeru, pelajar juga

turut beruntung kerana guru mereka menjadi lebih berpengetahuan dan lebih berkopetensi

dalam penggunaan teknologi komunikasi dan informasi.Pengajaran berbantukan teknologi

komunkasi dan informasi seperti melalui penerokaan sumber berbentuk digital dengan

melayari laman web boleh menbantu meningkatkan minat pelajar serta proses pengajaran dan

pembelajaran bahkan dapat "menghidupkan" subjek itu sendiri.mengadakan bengkel

penggunaan teknologi dalam pendidikan. 

NORIZAN BINTI USOFF (D 20112055393) 12

Page 13: BMP3093 Assig.new

November 1, 2014

BMP3093- APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU

2) Pemberian Komputer atau Komputer Riba Secara Percuma Kepada Para Pendidik

Ransangan lain yang boleh diberikan kepada guru ialah pemberian komputer atau komputer

riba secara percuma kepada para pendidik. Langkah ini dianggap sebagai inisiatif kepada

guru untuk menjinakkan mereka ke arah penggunaan komputer secara maksimum untuk

pengajaran pembelajaran video dalam kelas. Pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran

mahupun badan bukan kerajaan (NGO) harus memberikan pendedahan yang lebih khusus

berkenaan dengan teknologi terutamanya alat bantu mengajar kepada semua guru sama ada

guru baru mahupun guru lama.Ini kerana kemahiran menggunakan teknologi dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan.

Keadaan ini akan membolehkan guru-guru lebih berminat untuk menggunakan teknologi

dalam pendidikan terutamanya alat bantu mengajar kerana lebih menjimatkan masa dan

tenaga serta hasil pengajaran yang berkualiti.Ini akan memberikan manfaat kepada bidang

pendidikan.Sempena Hari Guru 2014, kerajaan telah mengumumkan pemberian komputer

percuma kepada lebih 400,000 orang guru seluruh negara.Tujuannya adalah menggandakan

pencapaian cemerlang pelajar dalam pengajaran pembelajaran berbanding terdahulu.

Murid-murid perlu dibawa keluar daripada kepompong ciri-ciri pembelajaran abad ke-

19.Antaranya, guru ibarat pelayan komputer (server) yang menyimpan beribu-ribu maklumat

dan murid ibarat cakera keras (hard disk) tanpa memori yang menunggu untuk diisi. Gaya

pembelajaran terkini seperti yang ditegaskan dalam Kurikulum Standard Sekolah

Rendah(KSSR) menyarankan penggunaan pelbagai pendekatan seperti pembelajaran secara

hands-on,kontekstual, konstruktivisme dan masteri, melalui permainan dan inkuiri penemuan,

dan berasaskan projek. Pendekatan yang digunakan haruslah memberi peluang yang tidak

terhad kepada murid dan mengambil kira tahap kecerdasan murid. Ini adalah selaras dengan

gaya pembelajaran abad ke-21 yang berpaksikan literasi era digital, murid berfikir secara

kreatif dan inovatif, kemahiran komunikasi yang berkesan dan penghasilan kerja yang tinggi.

3).Mencetus dan Mewujudkan Budaya Kreativiti dan Inovasi di Sekolah

Inovasi dan kreativiti menjadi agenda ke arah meningkatkan pencapaian dalam pendidikan.

Faktor ini dilihat mampu meransang minat guru. Pengetua dan Guru Besar bersama

pengurusan tertinggi di sekolah bertanggungjawab bagi mencetuskan budaya kreativiti dan

inovasi sama ada di kalangan guru atau murid. Sekolah mestilah menjadi institusi yang

menggalakkan tercetusnya pendapat dan idea baru. Bagi mewujudkan suasana tersebut

sekolah perlu mengurangkan kerenah birokrasi dalam pengurusan dan memberi ruang

NORIZAN BINTI USOFF (D 20112055393) 13

Page 14: BMP3093 Assig.new

November 1, 2014

BMP3093- APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU

kebebasan berkarya kepada warganya.Pihak pengurusan juga perlu menjadikan iklim sekolah

yang sentiasa ceria, bersih, kemas dan bermaklumat. Sikap terbuka, mesra dan berperanan

sebagai penyelesai masalah akan menjadikan guru dan murid merasa gembira dan selamat

semasa mengikuti aktiviti pembelajaran.Bagi mewujudkan suasana sedemikian pengurusan

sekolah perlulah memastikan berlaku sistem komunikasi dua hala, pengaliran maklumat lebih

demokratik, stail kepimpinan yang berhemah dan pembangunan insan yang harmoni.Dengan

adanya kecirian budaya sekolah yang menggalakkan kreativiti dan inovasi, guru akan lebih

bersemangat untuk mengaplikasikan penggunaan video dalam pengajarannya kerana murid

telah terdedah dengan suasana inovasi ini.Diakui, ransangan dari dalam diri guru serta

semangat berkobar-kobar untuk menghasilkan corak pengajaran yang terkini menuju abad ke

21 akan menjadikan murid mempunyai daya usaha sendiri dan sentiasa berusaha

mengembangkan potensi ke arah yang lebih baik.

IMPAK KEPADA MURID DARIPADA PENGAPLIKASIAN VIDEO

Dalam proses pembelajaran murid, sudah pasti suatu pengalaman yang menyeronokkan akan

dialami oleh murid apabila sesuatu topik pembelajaran itu dapat difahami melalui pelbagai

elemen yang terdapat dalam tayangan video. Video adalah elemen yang dikenalpasti sebagai

media yang efektif sekiranya digunakan semasa P&P dan mewujudkan suasana pembelajaran

yang menarik (Yusuf Hashim & Razmah Man, 2005). Ia boleh memberi impak yang

mendalam kepada pelajar kerana ia mempunyai hampir semua elemen multimedia yang boleh

merangsang deria pelajar dan seterusnya ia sesuai digunakan untuk gaya pembelajaran pelajar

yang berbeza dan yang mempunyai kecerdasan perbagai (Salhah Abdullah, 2009).Antara

impaknya adalah seperti perincian berikut.

1) Menimbulkan Minat , Mencetus Keinginan dan Membentuk Sahsiah Murid.

NORIZAN BINTI USOFF (D 20112055393) 14

Page 15: BMP3093 Assig.new

November 1, 2014

BMP3093- APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU

Pengaplikasian video oleh guru dalam pengajaran pembelajaran dapat membentuk jaringan

komunikasi yang efektif, cepat dan mudah. Penggunaan grafik, ilustrasi dan apa-apa bentuk

gambar rajah yang digunakan dapat meningkatkan keberkesanan dalam pembelajaran.

Tambahan pula, penggunaan pelbagai media seperti audio, video dan animasi yang dinamik

dapat menyampaikan maklumat dengan efektif apabila diadunkan dengan teks dan grafik.

Selain itu, ICT ini akan menggalakkan komunikasi dua hala antara guru dan murid. Di mana

murid-murid dan guru daripada lokasi yang berbeza dapat menghantar, menerima dan

berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen media.

Penggunaan video dalam mata pelajaran bahasa Melayu mampu membantu guru dalam

meningkatkan mutu pengajarannya di samping dapat menjadikan pengajaran lebih menarik.

Video boleh menimbulkan minat dan seterusnya menggerakkan keinginan pelajar untuk

memahami bahasa Melayu dengan lebih terperinci. Selain itu, video juga dapat

menghilangkan rasa bosan pelajar untuk mempelajari subjek bahasa Melayu yang dahulunya

hanya menggunakan buku teks.Video juga dapat membantu pelajar dalam pembentukan sikap

dan sahsiah mereka. Aksi-aksi yang ditunjukkan di dalam rakaman video dapat memberi

contoh yang baik sekiranya disediakan dengan teliti dan sistematik. Video juga digunakan

sebagai agen pemujuk dan ianya lebih berkesan jika dibandingkan dengan kaedah syarahan.

Sebagai contoh dalam mengajar pelajar mengenai gula dalam diet. Contoh yang

menunjukkan kesan daripada mengambil makanan yang mengandungi terlalu banyak gula

dapat membantu pelajar mengubah sikap untuk mengurangkan pengambilan gula dalam diet

mereka.

2) Meningkatkan Motivasi dan Pengalaman Pembelajaran Murid.

Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan realistik

berbanding elemen-elemen multimedia lain. Video berupaya mempengaruhi  motivasi

seseorang terhadap proses penerimaan maklumat dan juga mempengaruhi perasaan dan emosi

para pengguna dengan lebih nyata.Penggunaan video dalam pembelajaran juga dapat

meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar. Penggunaan gambar yang bergerak dapat

membantu pelajar menggambarkan sesuatu proses atau melihat bagaimana sesuatu proses

kerja dijalankan. Video boleh menyampaikan maklumat atau pengetahuan yang tersirat yang

NORIZAN BINTI USOFF (D 20112055393) 15

Page 16: BMP3093 Assig.new

November 1, 2014

BMP3093- APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU

mungkin terlalu sukar untuk diterangkan dalam teks ke dalam penerangan yang lebih jelas

menerusi penggunaan imej. Selain itu, video juga mempunyai visual yang boleh

menimbulkan reaksi emosi pelajar yang akan membantu dalam meningkatkan motivasi

pelajar. Video adalah elemen yang dikenalpasti sebagai media yang efektif sekiranya

digunakan semasa P&P dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik

(Yusuf Hashim & Razmah Man, 2005). Ia boleh memberi impak yang mendalam kepada

pelajar kerana ia mempunyai hampir semua elemen multimedia yang boleh merangsang deria

pelajar dan seterusnya ia sesuai digunakan untuk gaya pembelajaran pelajar yang berbeza dan

yang mempunyai kecerdasan perbagai (Salhah Abdullah, 2009).

3) Menggalakkan Perkembangan Kreatif dan Kritikal Murid.

Video dianggap sebagai kreativiti integrasi teks bermaklumat, integrasi grafik yang menarik

perhatian, integrasi animasi berilmu, integrasi audio menarik perhatian dan integrasi video

tepat dan sesuai mampu menarik minat pelajar. Yusupdan Alwiah (1999), penggunaan video

boleh menggalakkan perkembangan kreatif dan kritikal. Menurut Yusup dan Sharifah

Alwiyah (1999) lagi, penggunaan video berupaya menunjukkan konsep kemahiran motor

melibatkan pergerakan. Menurut Semrau P. Dan Boyer, B.A. (1994), pelajar dapat

mempelajari sesuatu konsep dari video pembelajaran yang difokuskan dalam pelbagai kesan

bunyi,penceritaan dan muzik.Penggunaan video boleh menunjukkan tiap-tiap langkah dapat

diperhatikan melalui media bergerak. Persembahan yang menarik perlu menitik beratkan

susunan teks jelas dan berkesan, warna grafik dan animasi yang sesuai. Kesan bunyi mestilah

berfaedah dan bermakna.Akhir sekali terdapat maklum balas menarik dan membina minda

dengan berfikiran kreatif.Secara tidak langsung, ia dapat membantu meningkatkan prestasi

akademik pelajar.

NORIZAN BINTI USOFF (D 20112055393) 16

Page 17: BMP3093 Assig.new

November 1, 2014

BMP3093- APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU

RUMUSAN

Kemajuan dan perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi maklumat perlu

dimanfaatkan sepenuhnya dalam melahirkan masyarakat dan generasi yang berilmu

pengetahuan dan bijak dalam mentadbir negara pada masa akan datang. Walaupun ada

pendapat yang mengatakan bahawa penggunaan komputer pada peringkat pendidikan awal

adalah kurang perlu ekoran daripada ketidak sediaan para pelajar menerimanya, namun

pandangan seperti ini perlu diperbetulkan agar semua pihak sama ada ibu bapa, penjaga, guru

dan masyarakat secara keseluruhannya perlu melihat kepentingan penguasaan kemahiran ini

pada masa akan datang.

Adalah menjadi tanggung jawab institusi pendidikan untuk mendidik masyarakat untuk

menjadi pelapis yang benar-benar dapat mentadbir negara dengan baik pada masa akan

datang. Oleh yang demikian, pendidikan ini perlu dilaksanakan pada peringkat awal

perkembangan kanak-kanak. Penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam sistem

pengajaran dan pembelajaran adalah suatu yang perlu bagi menarik minat kanak-kanak ini

untuk terus menuntut ilmu tanpa mengira sempadan dan segala halangan yang boleh

menghalang mereka dariapda menuntut ilmu.

(2109 perkataan)

NORIZAN BINTI USOFF (D 20112055393) 17

Page 18: BMP3093 Assig.new

November 1, 2014

BMP3093- APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU

RUJUKAN

i) Modul BMP 3093 Aplikasi Komputer Dalam Bahasa Melayu, Pusat Pendidikan Luar,

UPSI.

ii) Multimedia Di Dalam Darjah (2004).Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

iii) Siow Heng dan Rakan-rakan (2005).Pedagogi Merentas Kurikulum,PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

iv) Ali, W. Z. (2000). Memahami Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

v) Norhisham Abu Samah, Mazenah Youp dan Rose Alinda Alias. (1996). Pengajaran BantuanKomputer. Johor Bahru : UTM3.

NORIZAN BINTI USOFF (D 20112055393) 18