bmm

10
KONSEP PENGUJIAN Pengujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk mengukur tingkah laku seseorang terhadap pembelajarannya. Menurut R.M Gagne : The Condition of Learning ; “... Cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkahlaku murid”. Proses ini melibatkan penggunaan alat pengukuran (ujian). Alat pengukuran untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian murid. Murid perlu menyatakan secara eksplinsit seperti menjawab secara lisan, tulisan, demonstrasi, amali (perubahan tingkahlaku) . Alat pula terdiri daripada pemerhatian, ujian formal, ujian amali, praktikal . Proses ini terdiri daripada peringkat persediaan , perlaksanaan (pentadbiran) dan peperiksaan. Dalam Bilik Darjah Pengujian adalah untuk mengukur perubahan tingkahlaku murid berkaitan dengan aktiviti pembelajaran murid. Ini adalah kaedah lazim yang digunakan untuk mengesan pencapaian murid secara formal dengan mengggunakan kertas dan pensil. Ia terdiri daripada satu set soalan atau tugasan yang mana memerlukan murid memberi satu set tindak balas. Pengujian ini adalah untuk mengukur ciri-ciri tingkahlaku dalam masa terhad kepada sebahagian aspek pembelajaran sahaja seperti kognitif, afektif atau psikomotor (KPA). Tujuan pengujian adalah seperti berikut . Pertama untuk mengesan hasil pembelajaran yang telah dicapai. Kedua, untuk mengesah kemajuan yang telah diperolehi tentang pencapaian hasil- hasil pembelajaran yang lain. Ketiga untuk mengesan kesulitan- kesulitan dan masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Keempat sebagai penggerak minat murid dan guru, kelima mencari punca kelemahan untuk mendapatkan maklum balas.

Upload: siti-aminah-hasnaanin

Post on 19-Nov-2015

226 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

NOTA

TRANSCRIPT

KONSEP PENGUJIAN Pengujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk mengukur tingkah laku seseorang terhadap pembelajarannya. Menurut R.M Gagne : The Condition of Learning ; ... Cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkahlaku murid. Proses ini melibatkan penggunaan alat pengukuran (ujian). Alat pengukuran untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian murid. Murid perlu menyatakan secara eksplinsit seperti menjawab secara lisan, tulisan, demonstrasi, amali (perubahan tingkahlaku) . Alat pula terdiri daripada pemerhatian, ujian formal, ujian amali, praktikal . Proses ini terdiri daripada peringkat persediaan , perlaksanaan (pentadbiran) dan peperiksaan.Dalam Bilik Darjah Pengujian adalah untuk mengukur perubahan tingkahlaku murid berkaitan dengan aktiviti pembelajaran murid. Ini adalah kaedah lazim yang digunakan untuk mengesan pencapaian murid secara formal dengan mengggunakan kertas dan pensil. Ia terdiri daripada satu set soalan atau tugasan yang mana memerlukan murid memberi satu set tindak balas. Pengujian ini adalah untuk mengukur ciri-ciri tingkahlaku dalam masa terhad kepada sebahagian aspek pembelajaran sahaja seperti kognitif, afektif atau psikomotor (KPA).Tujuan pengujian adalah seperti berikut . Pertama untuk mengesan hasil pembelajaran yang telah dicapai. Kedua, untuk mengesah kemajuan yang telah diperolehi tentang pencapaian hasil-hasil pembelajaran yang lain. Ketiga untuk mengesan kesulitan-kesulitan dan masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Keempat sebagai penggerak minat murid dan guru, kelima mencari punca kelemahan untuk mendapatkan maklum balas.

KONSEP PENGUKURANPengukuran ialah satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan murid dalam pembelajaran. Ianya dilakukan dengan menggunakan ujian atau peperiksaan bagi men dapatkan bukti serta data dalam angka. Selain itu, ia mempunyai maksud lebih luas dairpada pengujian. Pengukuran dalam P&P termasuk pengujian dengan menggunakan 2 skala iaitu :1. Skala Ordinal : menentukan kedudukan murid mengikut markah2. Skala Selang : unit markah (dengan nilai) diguna untuk menentukan kedudukan dan buat perbandingan antara murid dan juga kumpulan.

ALAT PENGUKURANAlat pengukuran : 1. Ujian2. Skala kadar,3. Senarai 4. semak, soal selidik, kod skor, dan lain-lain. Semua maklumat ini digunakan untuk membuat interpretasi, menetapkan keputusan dan pencapaian sesuatu tujuan.

Pengukuran pendidikan ialah satu proses yg menentukan kuantiti atau tingkat pembelajaran murid dan keberkesanan pengajaran guru. Tujuan atau fungsi pengukuran ialah dapat dilihat dari dua aspek iaitu pengajaran dan pentadbiran.

Dlm pengajaran, fungsi pengukuran adalah seperti berikut. Pertama mengesan hasil-hasil pembelajaran yang diperolehi. Kedua mengesan jenis-jenis kemahiran yang diperolehi. Ketiga mengesan kemajuan yg dicapai dalam aspek pembelajaran yang lain.

Dari segi pentadbiran, fungsi pengukuran adalah seperti berikut. Pertama mendapatkan maklumat untuk pengaliran (streaming) . Kedua pengumpulan murid-murid. Ketiga mendapat maklumat untuk bimbingan. Keempat mendapat maklumat tentang kecekapan guru. Kelima mendapatkan maklumat untuk rekod prestasi & rekod profil untuk makluman kepada murid dan ibu bapa.

KONSEP PENILAIANPenilaian ialah suatu proses memperolehi maklumat dan menggunakannya untuk membuat pentafsiran dan keputusan. Menurut D. Stufflebeam ; Educational Evaluation and Decision Making ; ... proses menentukan, mendapat dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan dan tindakan susulan. Dalam pendidikan proses penilaian melibatkan :1. Perancangan rapi baga menilai perkara dan objektif pembelajaran2. Aktiviti penilaian termasuk analisis hasil pengukuran kuantitatif & kualitatif tingkah laku MM dan membuat pertimbangan nilai terhadap tingkah laku itu. 3. Penilaian ke atas murid adalah lebih daripada pengukuran atau pengujian dan mempunyai makna yang sangat luas. Penilaian melibatkan tiga langkah seperti berikut :1. Mendapatkan maklumat melalui pengukuran2. Menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran3. Membuat suatu pentaksiran (pertimbangan) tentang hasil pengukuran.

Terdapat 2 jenis penilaian:1. Penilaian Formatif2. Penilaian SumatifLima Peringkat Prosedur Penilaian:1. Peringkat Persediaan Ujian2. Peringkat Analisis3. Peringkat Perlaksanaan Dan pengukuran4. Peringkat Pentadbiran Ujian5. Peringkat Interpretasi dan tindakan

PERBEZAAN ANTARA PENGUJIAN. PENGUKURAN

Jenis/CiriPengujianPengukuranPenilaian

DefinisiAlat pengukuran perubahan sesuatu tingkah laku Proses menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan pelajar Proses menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan nilai

TujuanMenentukan pencapaian sesuatu PembelajaranUntuk membuat pengelasan bagi pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran

Memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum

CaraPemerhatian atau soalan-soalan ujianPelbagai cara mengumpul data kuantitatifBerdasarkan data kuantitatif dan penghuraian kualitatif

MasaSelepas pelajaran,

Selepas pelajaranSebelum , semasa dan selepas pelajaran

BentukPemerhatian, ujian lisan dan bertulisSelepas beberapa pelajaranSebelum,semasa dan selepas satu atau beberapa pelajaran

Liputan

Terhad pada sesuatu kemahiran atau pembelajaran

Sesuatu peringkat pembelajaran

Dari sesuatu pembelajaran tertentu ke seluruh kurikulum

Keputusan

Menunjukkan prestasi suatu kemahiran atau penguasaan pembelajaran yang spesifik

Menunjukkan pencapaian secara relatif

Menunjukkan pencapaian keseluruhan tetapi tidak semistinya membayangkan kebaikan seseorang individu

Kegunaan

Menenpatkan MM dlm kumpulan yang sesuai

Pengelasan, pensijilan & penempatan pelajar dlm jurusan/ utk penyelidikan

Membaiki rancangan mengajar, kurikulum, pengesanan punca kelemahan dan membuat ramalan

ProsesLaksana

- Persediaan ujian- Pentadbiran- Pemeriksaan

- Proses pengujian- Merekod markah / gred

- Proses pengukuran- Proses penganalisis- Proses interpretasi- Melapor- Tindakan

KESIMPULANKeseluruhannya penilaian merupakan proses perubahan tingkah laku murid melalui pengukuran secara kuantitatif dan juga berdasarkan maklumat kualitatif.

TUJUAN PENGUJIAN DAN PENILIAN DI SEKOLAH

1. Untuk mendapat maklum balas:- Meninjau sejauh mana objektif pelajaran telah dicapai oleh murid- Menentukan kemajuan dan pencapaian murid dalam pembelajaran- Memahami daya penyerapan murid dalam pembelajaran- Memberi penjelasan kepada guru sama ada pengejarannya berkesan atau tidak- Memberi gambaran kepada guru supaya mengambil tindakan untuk membaiki pengajaran selanjutnya

2. Untuk membaiki kurikulum- Maklumat daripadan penilaian sangat penting untuk meninjau semula objektif dan kurukulum sekolah- Mengubahsuai kurikulum mengikut kehendak masyarakat, keperluan serta kemampuan murid- murid- Penilaian membantu pemilihan kandungan kursus dan kaedah pengajaran

3. Sebagai penggerak:- Pengujian dapat menggerakkan murid belajar dengan mendesak mereka belajar bersungguh untuk lulus peperiksaan- Pengujian yang berdasarkan objektif-objektif pendidikan dapat memaksa guru dan murid berusaha mencapai objektif-objektif tersebut.

4. Untuk mengesan punca kelemahan:- Pengujian diagnostik dapat mengesan punca kelemahan murid dalam pembelajaran- Maklumat pengujian ini membolehkan guru menyediakan program pemulihan.

5. Untuk menempatkan murid-murid dalam jurusan pendidikan:- Keputusan pengukuran sering digunakan sebagai asas dan panduan untuk memilih pelajar ke jurusanjurusan pendidikan yang sesuai Keputusan peperiksaan di negara kita dijadikan asas untuk pemilihan ke Sekolah Asrama Penuh Sebagai asas kepada pelajar memilih pekerjaan kelak mengikut jurusan pendidikan.

6. Untuk pengelasan dan pensijilan:- Pelajar dapat dibahagikan kepada kumpulan atau kelas mengikut keputusan ujian dan kebolehan (KBSR mengamalkan pengajaran kumpulan).- Menentukan pencapaian pelajar dalam pelbagai mata pelajaran dengan memberi markah atau Gred Membuat laporan tentang kemajuan pelajar kepada ibu bapa dan prestasi sekolah kepada orang ramai Memberi sijil kepada mereka yang berjaya dalam peperiksaan mengikut prestasinya,

7. Untuk penyelidikan:- Mendapat maklum balas, maklumat atau data-data untuk dianalisis dan membuat laporan

8. Ramalan:- Untuk meramalkan kejayaan pelajar pada masa akan datang.

TUJUAN PENGUJIAN DLM KBSR / KBSM1. Penggerak untuk mendorong murid berusaha belajar2. Menggerak MM membuat ulangkaji sebelum ujian dijalankan3. Sebagai latihan untuk bantu MM kukuhkan konsep atau kemahiran yang telah dipelajari4. Keputusan ujian untuk : tempatkan MM dalam kumpulan yang sesuai diguna sebagai rekod prestasi / rekod profik Diguna untuk membuat penilaian.

TUJUAN PENILAIAN DALAM KBSR / KBSM## Mengesan perkembangan penguasaan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, penghayatan nilai murni, jasmani dan sosial selaras dengan objektif pengajaran dan pembelajaran.## Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran untuk merancang aktiviti pengayaan dan pemulihan.## Mengumpul maklumat tentang pencapaian murid selepas aktiviti P&P untuk buat pentafsiran & mengambil tindakan susulan.##Mengenal pasti keberkesanan pengajaran guru supaya membolehkan guru membaiki pengajaran selanjutnya.## Mengambil tindakan susulan untuk mengatasi kelemahan dan meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.## Tentukan pencapaian objektif pelajaran untuk merancang aktiviti P&P pada masa akan datang## Menentukan pencapaian murid dalam semua matapelajaran dengan memberi markah dan gred yang berkenaan.## Merekod keputusan pengujian dan penilaian itu dalam Rekod Prestasi dan Rekod Profil murid untuk dirujuk oleh pihak-pihak yang berkenaan.## Menilai keberkesanan perlaksanaan program baharu

KESIMPULANHubungan aktiviti penilaian dengan aktiviti dan objektif pengajaran dan pembelajaran adalah saling memerlukan. Tanpa penilaian, sesuatu aktiviti tidak dapat dinilai dan guru tidak boleh membuat keputusan samaada murid menguasai atau tidak menguasai sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran.