bm sem 6

10
PENGENALAN Sebagai seorang guru, kita perlu mengetahui konsep, strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran Bahasa dengan mendalam. Strategi, pendekatan dan kaedah berada di belakang tabir bagi sesuatu sesi pengajaran yang dijalankan. Manakala teknik selalu dilaksanakan di dalam kelas. Pengetahuan guru tentang Bahasa Melayu amat diperlukan agar objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Apabila sesi pengajaran berjalan dengan lancar, guru dapat merasai kepuasan diri untuk mendidik anak bangsa menjadi manusia yang berguna kepada agama, nusa dan bangsa. Ini kerana ada pepatah yang mengatakan Bahasa Menunjukkan Bangsa . Bahasa yang dipertuturkan oleh murid melambangkan latar belakang keluarga yang baik atau sebaliknya. Selain itu, penerangan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran dapat melahirkan pelajar yang berperibadi mulia, insan yang berguna kepada agama dan bangsa. Maka dengan itu, guru memainkan peranan yang amat penting untuk melahirkan generasi baru yang berketerampilan dan berdaya maju dalam semua lapangan. Terdapat beberapa elemen yang mempengaruhi strategi pengajaran Bahasa. Antaranya ialah suasana bilik darjah, kaedah dan teknik yang hendak digunakan, kesesuaian bahan bantu mengajar penelitian terhadap pengetahuan sedia ada murid dan kepakaran guru. Pendekatan yang digunakan selaraskan sifat semulajadi murid. Kaedah yang dirangkakan adalah sistematik dan tersusun mencapai objektif pengajaran yang lebih berkesan. Teknik yang digunakan oleh guru perlu dirancang terlebih dahulu sebelum pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Maka dengan itu guru perlu memahami konsep, strategi, pendekatan, kaedah dan teknik untuk menjadikan pengajaran bahasa lebih menarik. Seterusnya, murid-murid juga berminat untik belajar dan suka datang ke sekolah. Sama-sama kita berusaha untuk menjadikan taraf pendidikan Malaysia sama taraf dengan negara lain seperti China, Indonesia, Thailand dan Amerika Syarikat. 1 LAPORAN TEMUBUAL

Upload: zamzurina-hasan

Post on 04-Oct-2015

226 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

PENGENALAN Sebagai seorang guru, kita perlu mengetahui konsep, strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran Bahasa dengan mendalam. Strategi, pendekatan dan kaedah berada di belakang tabir bagi sesuatu sesi pengajaran yang dijalankan. Manakala teknik selalu dilaksanakan di dalam kelas. Pengetahuan guru tentang Bahasa Melayu amat diperlukan agar objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Apabila sesi pengajaran berjalan dengan lancar, guru dapat merasai kepuasan diri untuk mendidik anak bangsa menjadi manusia yang berguna kepada agama, nusa dan bangsa. Ini kerana ada pepatah yang mengatakan Bahasa Menunjukkan Bangsa. Bahasa yang dipertuturkan oleh murid melambangkan latar belakang keluarga yang baik atau sebaliknya. Selain itu, penerangan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran dapat melahirkan pelajar yang berperibadi mulia, insan yang berguna kepada agama dan bangsa. Maka dengan itu, guru memainkan peranan yang amat penting untuk melahirkan generasi baru yang berketerampilan dan berdaya maju dalam semua lapangan. Terdapat beberapa elemen yang mempengaruhi strategi pengajaran Bahasa. Antaranya ialah suasana bilik darjah, kaedah dan teknik yang hendak digunakan, kesesuaian bahan bantu mengajar penelitian terhadap pengetahuan sedia ada murid dan kepakaran guru. Pendekatan yang digunakan selaraskan sifat semulajadi murid. Kaedah yang dirangkakan adalah sistematik dan tersusun mencapai objektif pengajaran yang lebih berkesan. Teknik yang digunakan oleh guru perlu dirancang terlebih dahulu sebelum pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Maka dengan itu guru perlu memahami konsep, strategi, pendekatan, kaedah dan teknik untuk menjadikan pengajaran bahasa lebih menarik. Seterusnya, murid-murid juga berminat untik belajar dan suka datang ke sekolah. Sama-sama kita berusaha untuk menjadikan taraf pendidikan Malaysia sama taraf dengan negara lain seperti China, Indonesia, Thailand dan Amerika Syarikat.

1LAPORAN TEMUBUAL Pada 8 September 2014 lalu, saya telah menemubual dengan seorang guru Bahasa Melayu, Puan Meriam Binti Yahaya. Beliau ialah seorang guru Bahasa Melayu yang mengajar Bahasa Melayu Tahun 6 di Sekolah kebangsaan Seri Wang. Beliau mempunyai pengalaman yang luas berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu bagi murid sekolah rendah. Beliau telah dianugerahakan sebagai Guru Cemerlang pada tahun 2005. Beliau mempraktikkan kaedah dan teknik yang sesuai bagi melaksana pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar kelas. Cara penyampaiannya yang berkesan telah melahirkan ramai pelajar yang lulus Bahasa Melayu dalam pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada setiap tahun. Beliau merupakan seorang guru yang berdedikasi dan berwawasan. Beliau mengajar dengan menggunakan pelbagai teknik untuk memastikan anak didik beliau menguasai kemahiran yang diajar. Puan Meriam mempunyai personaliti yang bersifat keibuan yang menyebabkan ramai murid yang suka akan beliau. Murid tertarik dengan cara penyampaian beliau mengajar di dalam kelas. Beliau banyak menggunakan Teknik Drama dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Puan Meriam sangat disegani olah guru dan murid-murid kerana sifat beliau yang mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Puan Meriam telah berkecimpung dalam dunia pendidikan selama 36 tahun. Beliau sentiasa membantu guru-guru Bahasa Melayu yang lain untuk menarik minat murid-murid mempelajari Bahasa Melayu. Beliau mensyorkan guru-guru menggunakan pendekatan induktif dan diduktif dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hasilnya murid-murid dapat menguasai kemahiran menulis dan membaca. Segala usaha beliau amat saya hargai dan sanjungi. Saya berharap suatu hari nanti saya juga akan menjadi guru yang cemerlang seperti Puan Meriam. Berdasarkan perbualan saya dengan Puan Meriam, saya dapat simpulkan bahawa untuk memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai seorang guru perlu mengetahui isi kandungan pelajaran yang hendak disampaikan kepada murid. Guru mesti menyusun langkah pengajaran dan pembelajaran daripada mudah ke susah dan membuat penilaian berterusan ke atas murid supaya murid dapat menguasai kehahiran yang diajar oleh guru. Puan Meriam juga menerangkan bahawa untuk mengajar murid menulis karangan seorang guru perlu menggunakan teknik dan kaedah yang sesuai mengikut keupayaan murid. 2Contohnya langkah pertama cikgu bercerita, kedua murid bercerita, ketiga murid melengkapkan cerita dan mengisi tempat kosong, keempat murid menceritakan semula apa yang mereka tulis dan latih tubi menulis karangan. Bagi murid yang pandai cikgu berperanan sebagai fasilitator tetapi untuk mengajar murid yang lemah guru perlu memberi bimbingan kepada murid supaya mereka memahami isi pengajaran yang disamapaikan oleh guru. Puan Meriam juga menggunakan ICT untuk menarik perhatian murid-murid mepelajari Bahasa Melayu. Penggunaan Power Point dalam pengajaran dan pembelajaran amat menarik perhatian murid-murid sekolah rendah. Sesi pengajaran dan pembelajaran tidak membosankan dan pelajar mudah memahami topik yang disamapaikan oleh guru. Bagi menarik perhatian murid yang mahu belajar di dalam kelas Puan Meriam menasihatkan guru-guru supaya beri bimbingan kepada mereka. Ini kerana murid yang tidak mahu belajar adalah murid yang kurang kasih sayang keluarga. Oleh sebab itu sebagai seorang guru, kita perlu banyak bersabar dengan kerenah murid dan cuba dekati murid tersebut agar mereka tidak berasa tersisih. Melalui cara ini, kita dapat memupuk minat murid-murid untuk belajar dan bekerjasama dengan murid lain dalam aktiviti berkumpulan. Murid yang bermasalah perlu diletakkan berdekatan dengan meja guru supaya mereka tidak ketinggalan untuk menguasai kemahiran yang diajar oleh guru. Guru juga perlu bijak memilih teknik yang sesuai mengikut keupayaan murid. Puan Meriam menggunakan teknik simulasi bagi murid yang pandai. Ini kerana murid yang pandai dapat menjana idea yang berkesan dengan sedikit rangsangan daripada guru. Manakala murid yang lemah Puan Meriam mengguanakan pendekatan membimbing. Contohnya membuat karangan dengan bimbingan dan menggunakan peta minda. Disini murid dapat memperkembangkan idea mereka dalam menulis karangan. Di samping itu, Puan Meriam memberi latih tubi menulis karangan kepada murid yang lemah dan meminta mereka membaca semula hasil tulisan mereka. Aktiviti ini dapat membantu mereka mengingati isi-isi penting dalam penulisan karangan. Puan Meriam juga menegaskan bahawa teknik permainan bahasa amat bsesuai digunakan dalam aktiviti penggayaan. Contohnya teka-teki dan silang kata dapat membantu murid meluaskan lagi pengetahuan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Murid juga amat seronok dengan aktiviti permainan bahasa yang dijalankan di dalam kelas. Ini dapat menarik minat murid-murid untuk mempelajari mata pelajaran Bahasa Melayu.

3

Diakhir perbualan, saya mengucapkan terima kasih kepada Puan Meriam kerana sudi ditemuramah dam memberi input baru untuk memperkemaskan lagi strategi, kaedah dan teknik yang selalu digunakan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran. Beliau juga mengucapkan terima kasih kerana saya memilih beliau untuk ditemuramah. Apa yang disampaikan oleh Puan Meriam akan saya guna untuk faedah anak-anak didik saya di sekolah. Saya doakan Puan Meriam sentiasa sihat dan dapat berkhidmat dengan cemerlang membangunkan institusi pndidikan dengan jayanya.

4ULASAN KRITIS Keberkesanan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Bilik Darjah Didik hibur adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan murid-murid. Menurut Kamus Dewan (2000), mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan berhati-hati dan ajar. Manakala hibur bermaksud, menyenangkan atau menggirangkan hati. Cadangan pelaksanaan penyerapan didik hibur dalam pengajian bermula apabila keputusan kabinet pada 8 Julai 2009 telah memutuskan PPSMI dimansuhkan dalam mata pelajaran sains dan matematik diajar dalam Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan. Manakala bahasa ibunda diajar di sekolah jenis kebangsaan Cina atauTamil menjelang tahun 2012. Kementrian pelajaran Malaysia (KPM) berharap pendekatan didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran akan menjadikan pengajaran guru lebih interaktif dan mudah difahami oleh murid-murid. Berdasarkan pemerhatian saya, didik hibur yang dijalankan oleh guru tersebut amat menarik dan murid berasa seronok ketika pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas. Guru turut menyanyi bersama-sama dengan murid. Lagu yang dipilih amat bersesuaian dengan tahap murid yang diajar. Selain itu, guru juga turut melakukan pergerakkan mengikut rentak muzik bersama-sama dengan murid. Sesi pengajaran dan pembelajaran amat terkawal. Bukan itu sahaja, guru menjalankan kaedah stesyen dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Murid menjalankan aktiviti mengikut giliran dalam masa yang ditetapkan oleh guru. Guru telah menetapkan Kumpulan A membaca perkataan di hadapan skrin, Kumpulan B pula menjawab soalan latihan suaikan gambar manakala Kumpulan C menjalankan aktiviti permainan menyusun kad. Suasana pengajaran yang cukup menarik dan murid bebas untuk bergerak di dalam kelas. Guru bergerak ke setiap stesyen untuk membantu murid. Maka dengan itu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan tersusun kemas.

6Sebelum pengajaran dan pembelajaran dijalankan guru dan murid-murid mebaca doa semoga Allah memberi keberkatan kepada mereka. Untuk set Induksi Guru menggunakan kaedah bercerita dengan memegang watak Pak Pandir. Dalam cerita tersebut Pak Pandir telah kehilangan beberapa barang. Antaranya ialah ubi keladi, cili dan lasu. Murid dikehendaki mencari gambar tersebut yang tersembunyi di dalam kelas. Murid membaca kad gambar yang dijumpai oleh mereka. Murid amat seronok apabila diberi peluang untuk menjawab soalan di hadapan kelas. Mereka berani untuk bercakap di hadapan kawan-kawan dan guru-guru. Di akhir pengajaran, murid bersoaljawab dengan guru berkaitan dengan perasaan mereka ketika menjalankan aktiviti di dalam kelas. Murid menyanyikan semula lagu Saya Ada Kuda dengan iringan muzik. Guru juga membuat pemerhatian setiap aktiviti yang dijalankan oleh murid. Guru memberi ganjaran kepada murid yang suka membantu rakan lain dan menjadi contoh pelajar yang baik pada hari tersebut. Murid secara rawak dipilih untuk mengeja perkataan, murid yang boleh mengeja diberi ganjaran berupa makanan dan alat tulis. Guru menerapakan nilai yang baik kepada murid supaya mereka sentiasa mengucapkan terima kasih ketika menerima pemberian orang. Sebelum murid bergerak ke kelas mereka, murid bersalaman dengan guru. Ini adalah nilai yang baik yang mengajar murid sentiasa menghomati guru. Saya tidak dapat mengesan sebarang kecacatan yang terdapat dalam petikan video ini. Sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan menggunakan teknik dan pendekatan yang sesuai mengikut kepupayaan murid. Proses pengajarannya amat berkesan dan boleh menjadi panduan kepada guru lain. Sesi pengajaran yang menarik dapat menarik minat murid untuk belajar dan terus belajar sehingga mereka dapat menguasai kemahiran yang diajar oleh guru.

7SOALAN TEMUBUAL KEPADA GURU BAHASA MELAYU1. Berdasarkan pengalaman puan, apakah strategi yang digunakan untuk mengajar Bahasa Melayu?

2. Apakah pendekakatan yang selalu digunakan oleh puan untuk mengajar Bahasa Melayu?

3. Bagaimanakah puan menyusun langkah pembelajaran agar objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai?

4. Apakah kaedah yang digunakan oleh puan untuk menarik minat murid belajar Bahasa Melayu?

5. Apakah teknik yang puan gunakan untuk mengajar murid menulis karangan.

6. Apakah bahan bantu mengajar yang sesuai digunakan untuk mengjar Bahasa Melayu?

7. Apakah cara yang puan gunakan untuk berhadapan dengan murid yang malas belajar Bahasa Melayu?

8. Apakah teknik yang puan gunakan bagi mengajar murid yang mempunyai pelbagai kebolehan?

9. Pada pendapat puan, adakah teknik permainan sesuai digunakan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu?

5REFLEKSI Saya bersyukur kepada Illahi kerana dengan limpah kurniannya saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Untuk tugasan ini saya dikehendaki menemuramah seorang guru Bahasa Melayu. Alhamdulillah Puan Meriam Yahaya bersetuju untuk ditemuramah. Saya terpaksa memilih masa yang sesuai untuk menemuramah Puan Meriam kerana beliau terlalu sibuk dengan kelas tambahan Tahun 6. Akhirnya pada hari Isnin, 8 September saya dapat merakam perbualan dengan Puan Meriam. Puan Meriam mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia pendidikan. Beliau telah berkhidmat sebagai seorang guru selama 36 tahun. Beliau telah dianugerahkan sebagai guru cemerlang pada tahun 2005. Beliau amat komited dalam kerjayanya sebagai guru Bahasa Melayu. Saya dapati teknik yang beliau gunakan amat berkesan. Murid-murid dan guru-guru amat menghormati beliau. Puan Meriam sentiasa memberi tunjuk ajar kepada guru lain tentang teknik, strategi dan pendekatan yang sesuai digunakan untuk mengajar Bahasa Melayu dan mata pelajaran lain di dalam kelas. Hasil usaha beliau pada tahun 2013 hanya 2 orang murid sahaja yang gagal Bahasa Melayu dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Murid itu gagal kerana selalu ponteng sekolah dan mereka tidak dapat membaca dan menulis dengan baik. Walau bagaimanapun, seramai 189 orang murid yang lain memperoleh gred A, B dan C dalam Bahasa Melayu pemahaman dan penulisan. Saya amat berterima kasih kepada Puan Meriam kerana beliau sentiasa membantu saya dan guru lain sekiranya kami mempunyai masalah untuk mengajar murid-murid yang lemah di dalam kelas. Kini, saya sentiasa ingat akan pesanan beliau bahawa murid-murid yang lemah ialah murid yang kurang kasih sayang. Sebagai seorang guru, kita tidak boleh pinggirkan mereka. Kita hendaklah memberi perhatian terhadap murid-murid sama rata. Sepanjang tugasan ini, saya telah memperolehi pengalaman baru tentang teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam teknik drama terdapat arca, mimos, main peranan, improvisan, simulasi, teater bercerita, pantomin, mestanu dan dikon. Saya banyak menggunakan teknik eksperimen dan inkuiri penemuan dalam pembelajaran Dunia Sains dan Teknologi. Jadi teknik yang lain saya tidak pernah gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah pengalaman baru bagi saya. Aktiviti bercerita boleh saya gunakan untuk mengajar murid tentang Keperluan Asas Tumbuhan. Dimana 4 orang murid diberi watak sebagai pokok, cahaya matahari, air dan udara. Mereka dapat memainkan peranan masing-masing untuk melakonkan watak mereka dengan berkesan.

8 Dengan cara ini murid tidak berasa bosan untuk belajar di dalam kelas. Aktiviti bercerita amat digemari oleh kanak-kanak. Maka dengan ini, saya gunakan pelbagai teknik dan pendekatan yang sesuai untuk memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran saya di dalam kelas. Saya telah didedahkan dengan ilmu baru sepanjang tugasan ini. Pelajari teknik yang digunakan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dapat digunakan dalam mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lebih menarik dan melatih murid dalam berkomunikasi dengan rakan dan guru. Selain itu, aktiviti didik hibur yang dijalankan di dalam kelas mewujudkan suasana pengajaran yang santai dan menarik. Murid sangat gembira dengan aktiviti nyanyian dan lakonan di dalam kelas. Mereka berasa teruja apabila guru meminta mereka menyanyi mengikut lirik lagu-lagu popular masa kini. Saya telah mencuba teknik didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Murid-murid sangat berminat dan meminta saya membenarkan mereka menyanyi berulang kali semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Semasa menjalankan aktiviti nyanyian saya perlu mengenal tingkah laku mereka agar pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Saya amat berterima kasih kepada pensyarah pembimbing Encik Akhyat Bin Md. Hassan, rakan-rakan SCE 6-0 dan guru-guru di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Wang yang banyak membantu saya menyiapkan tugasan BMM 3173. Segala pengalaman yang saya perolehi akan saya gunakan untuk meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar kelas. Ilmu yang baik umpama air di lautan yang sentiasa mengalir tanpa ada penghujungnya. Pepatah ini menaikkkan lagi semangat saya untuk terus berbakti sebagai pendidik untuk melahirkan anak-anak muda yang berwawasan dan berperibadi mulia dalam kehidupan mereka dan menjadi warganegara yang berdisiplin dan berdaya maju. Insyaallah.

9

BIODATA GURUNAMA : PN MERIAM BT YAHAYATARIKH LAHIR : 20.9.1957PENGALAMAN MENGAJAR : 36 TAHUNKELULUSAN AKADEMIKBilIjazah / Diploma / SijilTahun LulusNama Institusi

1. SPM1974SMK BUKIT MERTAJAM

2. IJAZAH SARJANA MUDA SASTERA DENGAN KEPUJIAN2000UPM

3. SARJANA SAINS2004UPM

KELULUSAN IKHTISASBilIjazah / Diploma / SijilTahun LulusNama Institut Opsyen

1. SIJIL PERGURUAN1977MPPM, MELAKAPPAK (A)

2. SIJIL PERGURUAAN KHAS1995IB,KUALA LUMPURDRAMA DALAM BAHASA MELAYU