biodata datoseri p.docx

12
Biodata DatoSeri P.ramlee

Upload: dustin-fitzgerald

Post on 06-Feb-2016

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Biodata DatoSeri P.docx

Biodata DatoSeri P.ramlee

Page 2: Biodata DatoSeri P.docx

Nama Sebenar: TuekuZakaria TuekuNyahPuteh@RamliPuteh

Dikenali Sebagai: Pramlee( sejak 1947)

Wargenegara:Malaysia

Tempat Lahir: Rumah Nenek 40A Counter Hall*,Pinang,Malaya (*Mana Sekarang Jalan P.Ramlee 30 Ogos 1983)

Tarikh Lahir: Pagi Aidilfitri 22 Mac 1929 (Rabu)

Nama Bapa: TuekuNyakPuteh TuekuKarim

Nama Ibu: CheMah Hussien

Page 3: Biodata DatoSeri P.docx

Pendidikan: Kampung Jawa Malay School Fancis Light English School (1939-1941) Japanese

Navy School ‘KaigunGakko’ Tan

Sri Datuk Amar Dr. P.

Ramlee (dilahirkan sebagai Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh; 22 Mac 1929 - 29 Mei 1973) merupakan seorang penyanyi, pelakon, pengarah, pemuzik dan penulis lagu yang berasal dariPulau Pinang, Malaysia. Beliau juga digelar sebagai "Seniman Agung Negara" kerana jasanya yang amat besar dalam industri hiburan terutamanya di rantau Asia Tenggara. Beliau pernah mendapat pengiktirafan antarabangsa seperti Best Male Lead Role (Festival Filem Asia Ke-4, Tokyo) dan Most Versatile Talent (Festival Filem Asia Ke-10, Tokyo). Beliau berjaya menghasilkan sebanyak 401 buah lagu dan 66 buah filem sepanjang hayatnya.[1]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]Beliau telah dilahirkan pada 22 Mac 1929, iaitu selepas khutbah selesai pada pagi Hari Raya Aidilfitri di Pulau Pinang.[2] Beliau adalah anak kepada pasangan Teuku Nyak Puteh bin Teuku Karim (1902 - 1955) dan Che Mah Hussein (1904 - 1967).[1] Sebelum Che Mah melahirkannya, Che Mah telah mengadu sakit perut pada sebelah paginya. Tetapi, bapanya harus menunaikan sembahyang raya. Mujurlah ibu Che Mah tinggal

Page 4: Biodata DatoSeri P.docx

bersama-sama dengannya. Ibu Che Mah telah memanggil bidan dan orang ramai mula berkumpul di rumah mereka. Selepas pulang daripada menunaikan solat, Teuku Nyak Puteh mendapati anaknya telah selamat dilahirkan. Ibu Che Mah telah memanggil cucunya dengan panggilan "Ramlee" kerana kesukaran memanggil nama "Teuku Zakaria".[2]

Teuku Nyak Puteh merupakan anak tunggal yang berasal dari Lhokseumawe, Acheh. Bapanya mengembara untuk menjadi pelayar kerana merajuk kepada salah seorang ahli keluarganya. Akhirnya, beliau berkenalan dengan seorang janda bernama Che Mah Hussein. Perkenalan ini telah menyebabkannya berkahwin dengan Che Mah pada tahun 1925 di Kampung Kubang Buaya, Butterworth. P. Ramlee mempunyai seorang adik-beradik tiri melalui perkahwinan pertama ibunya, iaitu Syeikh Ali. Ibunya meninggal akibat penyakit barah gusi, ketika P. Ramlee dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang.[2]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan Francis Light English School. Seterusnya, beliau menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.[1]Ketika beliau masih bersekolah di Penang Free School, beliau dikenali sebagai pelajar yang kemas dari segi tulisan dan mempunyai bahasa yang menarik. Pada waktu tengah hari, beliau mempelajari pendidikan Islam dan pada sebelam malamnya, beliau aktif bersukan. Guru beliau, Encik Hashim adalah bapa kepada Ahmad Daud. Setiap hari, beliau akan disuruh oleh Encik Hashim untuk menghantar buku-buku pelajar ke rumahnya. Sebelum pulang ke rumah, beliau seringkali dipelawa untuk makan di rumah Encik Hashim.[2] Ketika zaman pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu, beliau belajar di Japanese Navy School (Kaigun Gakko) sebelum kembali ke Penang Free School apabila perang tamat.[1]

Page 5: Biodata DatoSeri P.docx

Permulaan kerjaya seni[sunting | sunting sumber]

Beliau mula meminati bidang muzik apabila melihat rakan-rakannya bermain muzik di kampungnya. Beliau mula mengumpul duit hasil upahan orang dalam usaha untuk membeli sebuah biola. Ketika beliau bersekolah di Japanese Navy School, beliau pernah menjadi ketua dalam satu batalion seramai 150 orang. Apabila pertunjukan pentas diadakan pada setiap malam minggu, beliau seringkali diundang untuk menyanyi beberapa buah lagu. Sistem pendidikan Jepun telah menyebabkan beliau menguasai bahasa Jepun dalam masa yang singkat. Pihak Jepun telah menghantarnya ke merata-rata tempat untuk mengasah kemahirannya.[2]

Selepas selesai menunaikan solat pada waktu malam, beliau berlatih bermain muzik bersama pancaragam Sinaran Bintang Sore. Seterusnya, beliau menyertai Orkes Teruna Sekampung sebagai pemain biola, penyanyi, dan pencipta lagu. Encik Kamaruddin telah menyedari bakatnya dan menawarkan kelas bermain piano di rumahnya. Oleh kerana beliau tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya ketika sesi pengajaran, Normah iaitu anak Encik Kamaruddin telah membawa secawan kopi sebagai galakan.[2]

Beliau mula mencuba nasib dengan menyertai sebuah pertandingan nyanyian anjuran Radio Malaya bahagian utara. Pada tahun 1945, beliau memperoleh tempat ketiga manakala tahun seterusnya, beliau disenaraikan dalam tempat ketiga. Pada tahun 1947, beliau berjaya mendapat tempat pertama sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Sejak dari itu, namanya dan Orkes Teruna Sekampung dikenali ramai di kawasan utara. Kumpulan Rayuan Asmara yang terdiri daripada pelakon-pelakon pentas bangsawan telah mengadakan pertunjukan di Pulau Pinang. Pada ketika itu, beliau berhasrat untuk melihat persembahan tersebut walaupun tidak mempunyai wang. Hasil pendapatan beliau yang diperoleh

Page 6: Biodata DatoSeri P.docx

daripada majlis keramaian dan pertunjukan pentas telah dibelanjakan untuk membeli pakaian. Pernah suatu ketika, beliau terpaksa memakai baju koyak dan menutupnya dengan sehelai kot di sebelah luarnya.[2]

Akhirnya, beliau memberanikan diri dengan memanjat pagar untuk melihat persembahan oleh kumpulan Rayuan Asmara. Kasma Booty menjadi penyanyi dalam kumpulan tersebut dan belum dikenali sebagai pelakon filem. Ahmad C.B. telah berjumpa dengan ketua Orkes Teruna Sekampung dan mencadangkan mereka bergabung dengan kumpulan Rayuan Asmara. Pada suatu pertunjukan hasil gabungan kedua-dua kumpulan, P. Ramlee telah berjumpa dengan Kasma Booty buat kali pertama. P. Ramlee juga mula berkenalan dengan pemain saksofon, Jaafar yang merupakan bapa tiri Kasma Booty. Untuk suatu ketika, beliau tidak lagi berjumpa dengan Kasmy Booty kerana kumpulan Rayuan Asmara sentiasa berpindah dalam mengadakan pertunjukan

Kejayaan dalam bidang lakonan[sunting | sunting sumber]

Filem pertama lakonan P. Ramlee ialah Chinta, sebuah filem yang dikeluarkan pada tahun 1948. Beliau memegang peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakon di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955. Salah seorang pendorong dan guru beliau dalam dunia perfileman Melayu ialah Tan Sri L. Krishnan yang merupakan pengarah bagi filem Melayu sekitar tahun 1950-an hingga 1960-an. Gaya lakonan beliau yang amat berjaya itu adalah hasil inspirasi daripada dua pelakon yang terkenal dari India Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan. Filem terakhir lakonan beliau ialah Laxmana Do Re Mi pada tahun 1972 manakala lagu dan lirik terakhirnya ialah Air Mata di Kuala Lumpur pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.

Page 7: Biodata DatoSeri P.docx

Keluarga[sunting | sunting sumber]Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

P. Ramlee & Saloma

P. Ramlee pernah berkahwin tiga kali. Kali pertama beliau berkahwin dengan Junaidah Daeng Harris pada 1950 tetapi perkahwinan mereka menemui kegagalan pada tahun 1954. Perkahwinan kedua beliau adalah dengan Noorizan Mohd. Noor pada 6 Februari 1955 yang merupakan seorang kerabat diraja bagi negeri Perak yang sanggup meninggalkan kehidupan di istana demi cintanya itu. Walaubagaimanapun, Norizan mengharapkan sesuatu yang lebih dari perkahwinan mereka tetapi beliau lebih menumpukan hidupnya kepada kerjaya seni yang menyebabkan perkahwinan mereka berakhir pada tahun 1961. Kali terakhir adalah dengan Saloma pada 21 November 1961 dalam satu majlis yang sangat sederhana bersama rakan-rakan terdekatnya.

Wanita yang mencintai beliau mempunyai sebab-sebab yang berbeza. Isteri pertama beliau, Junaidah, menyintainya ketika masih belum terkenal. Seterusnya, Norizan pula mencintainya

Page 8: Biodata DatoSeri P.docx

sebagai seorang seniman dan pembikin filem yang terkenal. Walaubagaimanapun, Saloma mencintainya dengan seadanya iaitu sebagai seorang seniman dan sebagai seorang yang biasa. Perkara ini yang menyebabkan Saloma menjadi teman hidup sehati sejiwa beliau sehingga ke akhir hayat.

Anak-anak[sunting | sunting sumber]

P. Ramlee mempunyai ramai anak yang dijaga beliau dan tetapi hanya dua orang sahaja yang merupakan anak kandungnya hasil perkahwinan beliau dengan Junaidah. Anak-anak beliau banyak membantu beliau dalam kerja seperti menjadi penyanyi latar kanak-kanak (contohnya lagu Tolong Kami Bantu Kami daripada filem Tiga Abdul) dan pelakon kanak-kanak tambahan (contohnya Sazali yang berlakon sebagai anak pekerja ladang dalam Anak Bapak). Berikut merupakan anak-anak yang pernah dijaga beliau:

1. Mohd Nasir : Anak kandung bersama Junaidah (1953-2008)

2. Arfan : Anak kandung bersama Junaidah (1954-1998)3. Sazali : Anak angkat (lahir 1958)4. Abdul Rahman : Anak tiri (anak Junaidah)5. Norma : Anak tiri (anak Noorizan)6. Armali : Anak tiri (anak Saloma dan A.R.Tompel)7. Betty : Anak angkat8. Zakiah @ Zazaloma : Anak angkat (lahir 1963)9. Sabaruddin @ Badin : Anak angkat (1966-2007)10. Salfarina @ Dian : Anak angkat (keturunan Cina)

Page 9: Biodata DatoSeri P.docx

Penghargaan selepas pemergian dan kematian[sunting | sunting sumber]

P. Ramlee menerima Pingat Kebesaran Ahli Mangku Negara(A.M.N.) daripada Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail (Yang di-Pertuan Agong Ke-3)

P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa yang bertarikh 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun akibat sakit jantung semasa mahu tiba di Hospital Kuala Lumpur dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Bagi mengenang jasa dan sumbangannya, beliau telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri. Selain itu rumah terakhir beliau di Jalan Dedap, Setapak telah diubahsuai dan dijadikan sebagai Pustaka Peringatan P Ramlee pada tahun 1986. Manakala di tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur namanya turut diabadikan pada sebatang jalan iaitu Jalan P. Ramlee (dahulunya Jalan Parry) pada tahun 1982. Di Kuching juga ada sebatang jalan yg dinamakan Jalan P. Ramlee. Beliau turut mendapat penghargaan doktor falsafah dalam bidang seni persembahan pada tahun 2005 yang membawa gelaran "doktor". Beliau juga

Page 10: Biodata DatoSeri P.docx

diberi penghormatan oleh Kerajaan Negeri Sarawak dengan penganugerahan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak atau Datuk Amar Bintang Kenyalang (Posthumous) (DA (P)) pada 2009. Anugerah tersebut telah disampaikan kepada anak angkat beliau iaitu Dian P. Ramlee.

Kemudian, sempena 50 tahun kemerdekaan Malaysia iaitu pada tahun 2007, beliau telah terpilih sebagai 10 calon terakhir bagi program Anak Gemilang Malaysia yang mengiktiraf rakyat Malaysia yang banyak memberi sumbangan kepada negara dan kejayaan dalam menaikkan nama negara di mata dunia.

Pada tahun yang sama, kisah hidup beliau juga telah dipentaskan dalam satu pementasan teater muzikal dengan tajuk P. Ramlee the Musical... Hidup, Cinta dan Inspirasi.