bil.11/disember 2010 issn :1675-7394... · diksi lembut menyampai salam duka tentang misteri laut...
TRANSCRIPT
1
BIL.11/Disember 2010 http://pustaka.upsi.edu.my ISSN :1675-7394
Sambungan di muka surat 8 dan 9
Cik Zahariah mengetip perakam waktu untuk kali terakhir
Bersalam bersama kakitangan
Menerima cenderahati daripada Dato’ Pendaftar
Semilir angin resah singgap di birai senja Menyapa wajah Ogos yang suram
Diksi lembut menyampai salam duka Tentang misteri laut dan sepi pantai
Tentang bisik ombak dan gelora badai Tentang nasib pelaut dan untung camar muda
Inilah garis nyata yang merungkai segala rasa, kukira Karang laut masih tetap menyanyikan lagu serupa
Hati budimu di perpustakaan Luhurnya tak terungkap dek bicara.
Kita membesar di antara ruang kecil Yang dibesarkan oleh tingginya ilmu
Kami tidak pernah berasa kerdil Tatkala melihat bara yang kau nyalakan
Membakar semangat dan iltizam Kami tidak berasa khuatir bekerja
Tatkala melihatmu gigih menakung keringat Tanpa banyak berkira
Suaramu yang tegas membayangkan Tiada tempat untuk siapa-siapa yang Mundur dan tidak suka ambil tahu
Di tanganmu terbentang wawasan perpustakaan ‘gedung ilmu bitara sejajar era globalisasi’
Gedung ilmu ini adalah lautan terbuka
Andainya hari ini, esok dan bila-bila Engkau perlu pergi dan yang lain bertandang sudi
Kukira amanahnya tetap serupa Mengalas beban visi menugal ribuan janji
Meneruskan agenda bagi sesiapa yang diganti Membangunkan intelektual mengukuh jatidiri
Kerjayanya tak berakhir walaupun Pemimpin silih berganti
Hening waktu bersatu di kaki senja
Mentari makin malu dipeluk dingin malam Kemudiannya mengecil dalam diam
Lalu menghilang Selamat pulang ke anjung peribadimu
Setelah sepuluh musim berkelana di sini menabur bakti Berkeringat daya fikir membangunkan UPSI Menjunjung langit di tempat bumi kau pijaki
Kau gagahi mendaki walau tangan payah terkuak Kau genggami bara biarpun jasad pedih tak terubat
Tak jemu berusaha, biarpun sering kali terluka Gedung ilmu ini menjadi semaian abadi
Lambing pengorbananmu yang tak terbeli
Kami tidak jemu Menatap lembaran baktimu
Luhur budi dari jasa tak mampu dikira Akan kami genapkan
Dengan mengenangmu dalam kenangan Sepanjang zaman
Kocak debar jantung hati berlagu tenang
Riak sedu tangis menghiris lembut perdu rasa Pupuklah geloranya agar tidak membuah duka
Semilir angin mengiring salam perpisahan Perlahan-lahan jemari pun kian terlepas Tatapilah raut wajah dengan manis budi
Biarlah pemergianmu tidak meninggal luka di hati Terampun salah silap segala diri
Oleh : Tn. Hj. Abdul Halim b Ali
2
Sidang Redaksi
Penasihat
Zahariah Mohamed Shaharoon
Ketua Pengarang
Rusliza Yaacob
Pen. Ketua Pengarang
Muliati Abdul Samad
Pengarang
Azura Adnan
Chin Fei Sing
Anizah Tumin
Noriha Muhammad
Mohd Razalli Ahmad Termizi
Mohamed Zaid Mohamed Idris
Raja Ahmad Shalaby Raja Hassan
Penerbitan dan Edaran
Raja Radiah Raja Ahmad
Ahmad Fazli Ahmad Rasmi
Pereka Web
Rozman Che Ross
Dari Meja Ketua Pengarang
Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.
Selamat bertemu kembali pada keluaran Info@pustaka bil.11/
Disember 2010. Tahun 2010 semakin hampir berlalu,
oleh itu, pada keluaran kali ini rangkuman peristiwa serta aktiviti
yang berlangsung dari Julai – Disember akan dilaporkan bagi tatapan
para pembaca. Pada keluaran kali ini juga, peristiwa persaraan Ketua
Pustakawan, Cik Zahariah Mohammed Shaharoon turut diketengahkan
bagi mengabadikan kenangan bersama beliau sebagai Ketua Pustakawan
yang telah berkhidmat di UPSI selama 13 tahun. Maklumat yang diberikan ini adalah bertujuan
sebagai makluman serta informasi kepada para pembaca tentang perkembangan serta peranan
yang telah dimainkan oleh pihak perpustakaan pada tahun ini. Saya mengharapkan penulisan
Info@pustaka pada kali ini dapat menyumbang lebih banyak informasi berguna kepada semua
pembaca di samping mencungkil dan mengasah bakat menulis di kalangan kakitangan
perpustakaan.
Rusliza bt Yaacob
Ketua Pengarang
Menarik Kali Ini
Berpisah jua kita di sini 1
Aluan Ketua Pengarang 2
Pn. Rusliza Yaacob: peneraju
baharu Perpustakaan Tuanku
Bainun
2
Bengkel penggunaan
pangkalan data Scopus bantu
pensayarah dan penyelidik
UPSI
3
Program komuniti
Perpustakaan Tuanku Bainun
4-5
Sekitar majlis makan malam
bersama mantan Ketua
Pustakawan
6-7
EZProxy: Kemudahan akses di
hujung jari anda
8
Aktiviti bulan membaca 9
Sukan 10
Kakitangan baru melapor diri 10-11
eLESTARI naib johan KIK 12
Naib johan INSAN 1 12
Tahniah diucapkan kepada Pn. Rusliza Yaacob Timbalan Ketua Pustakawan,
Perpustakaan Tuanku Bainun di atas kenaikan pangkat sebagai Ketua Pustakawan
menggantikan Cik Zahariah Binti Mohamed Shaharoon yang telah bersara wajib.
Perlantikan beliau berkuatkuasa 4 Oktober
2010. Dengan 30 tahun pengalaman dalam
bidang kepustakawanan, di mana beliau pernah
memegang pelbagai peranan di antaranya
sebagai Ketua Jabatan Sokongan Penyelidikan,
Ketua Jabatan Perkhidmatan Maklumat dan
Ketua Jabatan Pentadbiran dengan
Perkhidmatan Sokongan sewaktu berkhidmat
di Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ),
Universiti Teknologi Malaysia adalah sangat
bernilai untuk bersama-sama memajukan
UPSI. Di samping pengalaman yang luas
dalam perkhidmatan perpustakaan, beliau turut
terlibat dengan aktiviti penyelidikan dan
perundingan MS ISO 9001:2008 di mana turut
dilantik sebagai Timbalan Ketua Juruaudit
dalam UPSI. Seluruh kakitangan Perpustakaan
Tuanku Bainun khususnya mengucapkan
jutaan tahniah kepada beliau.
3
Perpustakaan Tuanku Bainun berperanan membantu pensyarah dan penyelidik di UPSI dalam aspek pengajaran,
pembelajaran dan penyelidikan sesuai dengan tanggungjawabnya sebagai hub maklumat yang terpenting di UPSI.
Menyedari hakikat ini, Perpustakaan
Tuanku Bainun melalui Unit Pendidikan
Pengguna, Bahagian Pengurusan
Perkhidmatan Dan Maklumat telah
mengambil inisiatif menganjurkan Bengkel
Latihan Penggunaan Pangkalan Data
Scopus secara terbuka khusus untuk
pensyarah dan penyelidik. Tujuan bengkel
ini diadakan adalah untuk membantu
pensyarah dan penyelidik mengetahui
kaedah yang sistematik dalam penggunaan
pangkalan data Scopus.
Bertempat di Makmal Latihan IT,
Perpustakaan Tuanku Bainun, bengkel ini
telah diadakan sebanyak tiga sesi, pada 9
dan 10 November 2010. Setiap sesi
dibahagikan kepada tiga fakulti dan
mengambil masa dua jam untuk setiap sesi.
Ceramah disampaikan oleh Ms Yu Lang
dari Elsevier. Seramai 60 orang pensyarah
telah mendaftar dan menghadiri bengkel. Bagi menguji keberkesanan bengkel yang dihadiri ini, penceramah telah
mengadakan ujian ringkas dengan mengemukakan beberapa soalan dan peserta yang menjawab dengan pantas
dan tepat akan mendapat cenderahati dari
pihak Elsevier. Berdasarkan kepada
pemerhatian, peserta telah memberi
komitmen yang baik sepanjang bengkel ini
berlangsung.
Bengkel seumpama ini akan diteruskan lagi
pada masa akan datang berdasarkan
kepada keperluan dan kehendak pensyarah
dan penyelidik di UPSI. Harapan pihak
perpustakaan agar setiap bengkel yang
dianjurkan akan dapat memberi satu impak
yang besar kepada mereka yang
mneghadirinya sesuai dengan kehendak
pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan
di UPSI.
Peserta bengkel memberikan tumpuan sepenuhnya.
Ms Yu Lang dari Elsevier menyampaikan ceramah.
Oleh : Afzanizam Dullah Hashim
Email : [email protected]
4
Pada 8 November 2010, Perpustakaan Tuanku Bainun,
Bahagian Pengurusan Perkhidmatan dan Maklumat (BPM)
telah menjalankan satu program kemasyarakatan di Sekolah
Kebangsaan Aminuddin Baki, Slim River Perak. Program ini
dijalankan bagi menjayakan Program Membaca Bersama
Komuniti Sempena Kem Membaca 1Malaysia yang
dilancarkan oleh Kementerian Pelajaran baru-baru ini.
Objektif program adalah bertujuan membentuk satu jalinan
kerjasama antara pihak perpustakaan dan sekolah. Dengan
membentuk satu jalinan kerjasama ini, dapatlah pihak
perpustakaan memberi pendedahan kepada pihak sekolah
dan komuniti mengenai pentingnya tabiat membaca secara
berterusan di mana membaca bukan hanya bermusim tetapi
untuk sepanjang hayat.
Selain itu juga, pihak perpustakaan cuba membantu pihak
sekolah dalam mengisi Program Membaca ini dengan
mengadakan beberapa aktiviti bagi memberi pendedahan
awal kepada warga pendidik Sekolah Kebangsaan Aminudin
Baki (SKAB), ibu bapa dan para pelajar mengenai
Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan
Idris tentang budaya membaca itu sendiri serta menjadikan
pusat sumber atau perpustakaan sebagai tempat rujukan
bahan bacaan.
Manakala bagi aktiviti yang telah dirancang oleh pihak
sekolah adalah pertandingan akhir bicara buku dan
kemuncak adalah pelancaran read 2010 dan program
membaca 1Malaysia selama 2010 saat iaitu bersamaan
33.5 minit. Untuk aktiviti membaca 1Malaysia ini, pihak
perpustakaan juga tidak ketinggalan bersama-sama dengan
warga sekolah dan ibu bapa membaca buku selama 33.5
minit di Dataran Kejat. Semua yang terlibat membaca
pelbagai jenis buku bagi menyokong Kem Membaca 1Ma-
laysia ini.
Aktiviti yang dijalankan oleh pihak perpustakaan bermula
serentak di beberapa lokasi yang di sediakan oleh pihak
sekolah. Mini bengkel perpustakaan keluarga dijalankan
bagi memberi pendedahan kepada ibu bapa untuk membina
satu perpustakaan mini di rumah untuk kegunaan
keluarga. Dalam bengkel ini penerangan berkaitan dengan
langkah-langkah yang boleh di ambil oleh ibu bapa dalam
membina sebuah mini perpustakaan di rumah telah
disampaikan oleh Puan Azura Adnan.
Pn. Azura Adnan menyampaikan taklimat berkaitan perpustakaan keluarga
5
Sesi bengkel ini berlangsung selama 1 jam 30 minit dan para
peserta adalah di kalangan ibu bapa prasekolah, AJK
PIBG dan guru sekolah SKAB. Turut menyertai bengkel
ini adalah ketua pustakawan dan guru besar SKAB, Tuan
Hj. Arshad b. Mohamad. Respon yang diberikan oleh ibu
bapa amatlah menggalakkan.
Selain itu, pihak perpustakaan telah menyediakan satu
pameran bertema Perpustakaan Terkemuka Dunia yang
diuruskan oleh Unit Khidmat Pelangan. Respon yang di
berikan amat menggalakkan dan banyak pertanyaan di
kemukakan oleh para pelajar ini kerana dengan
mempamerkan gambar-gambar perpustakaan terkemuka
dunia dapat memberi pendedahan kepada mereka
keadaan dan budaya membaca yang di terapkan di luar
negara. Selain mengadakan pameran, pihak
perpustakaan juga tidak ketinggalan membuka kaunter
untuk pendaftaran keahlian luar untuk para guru dan ibu
bapa.
Perpustakaan juga turut mengadakan aktiviti bercerita (story
telling) yang dikendalikan oleh Cik Firdausiah Ahamad dan Cik
Murni Mokhtar untuk pelajar-pelajar prasekolah dan pelajar
tahun 1. Beberapa cerita teladan telah di sampaikan dengan
penuh gaya untuk menarik para pelajar dalam membaca.
Bagi pihak Perpustakaan Tuanku Bainun, misi dan matlamat
program kemasyarakatan ini tercapai dan akan di teruskan
pada masa hadapan dengan pengisian yang lebih mantap
bagi menyokong keperluan semasa dalam penyebaran
maklumat dan ilmu untuk masyarakat setempat.
Oleh : Nurul Kashfi Subri
Email : [email protected]
Semua pelajar dan guru terlibat dalam program membaca
1Malaysia
Perpustakaan turut terlibat dengan aktiviti bercerita
Pameran bertemakan ‘perpustakaan terkemuka dunia’ turut dipamerkan
6
Ketibaan Mantan Ketua Pustakawan disambut meriah
Kakitangan bergambar bersama Cik Zahariah
Nyanyian menyentuh kalbu Beramai-ramai mendendangkan lagu
Queen of the night, Pn.Maisarah
Cik Zahariah berbual mesra Nyanyian yang mencuit hati
Ketibaan Cik Zahariah di De Palma, Ampang
Nyanyian lagu Yuna oleh
kakitangan
7
Petikan gitar oleh En. Syukri Bacaan sajak yang menyentuh jiwa
Beramai-ramai mendendangkan lagu
Di anjung senja Ogos ini Aku berhenti dari lelah perjalanan
Biarpun mentari masih memancar sinar gemilang Dan
Senja keberatan menjemput malam Namun, kesempatan tetap mengajakku pulang
Setiba di sini
Suaraku tidak lagi menghantar arahan Menyuruh dan memintamu kerja sepasukan
Ikhlas dalam pekerjaan Jadi
Usahlah kalian menilik awan Berteka teki tentang suramnya bulan Pawana telah lama berkirim salam
Menghantar khabar perpisahan Takdir pertemuan kita
Pasti sampai di pelabuhan
Aku telah bersedia untuk sampai di sini Perhitungan waktu dan masa yang diberikan tuhan
Tak pernah aku gusarkan Aku percaya pada janji pertemuan
Pasti tiba jua di titik kesudahan Dan tatkala itu
Aku berserah dan merelakan
Pun begitu Kesudahan ini buat insan sepertiku
Seumpama bulan meraut wajah malam Atau mentari senja memagar awan
Berlalu daku dalam waktu Kita masih ghairah menuju kejayaan
Maafkan daku
Kiranya dalam waktu memimpin kalian Kudahulukan suara tegasku
Diksi kata yang membingit cupingmu Mengumpul dendam dalam diam
Membenih rasa gelisah tak berkesudahan Kecil hatimu kutahu
Kecil hatiku kusimpan di kalbu
Kukira kau lebih mengerti Tegas suaraku mengandungi seribu makna
Mengajar dan mendidik hati Untuk tidak menghampakan diri dan UPSI
Patuh pada janji setia rukun berbakti Ingatlah
Perpustakaan ini gedung yang tumbuh dari Titis keringat yang tak pernah henti
Terima kasih, kerana sedia
Bersusah payah bersamaku di gedung ini Melakar sejarah membina identiti
Menghampar luas lautan ilmu Di sini ilmu dicari dan digali
Di sini manusia mengenal diri
Seperti orang lain yang datang dan berlalu Pemergianku tetap serupa
Yang tinggal hanyalah kenangan Bersilang dalam masam manis senda loka
Gelak tawa dan sesekali kita terluka Dan sering kali pula tak tertahan
Air mata tumpah ke pipi jua Mengenang fananya kita
Bertemu, bermesra, bekerja dan akhirnya Berpisah jua bila tiba ketika
Kutinggalkan keringat dan iltizamku di sini Gedung ilmu tempat memahat cita-cita anak
bangsa Gedung ilmu tempat tumbuhnya cinta rang tua
Kelak kau kan tahu Indah hidup berbakti di sebuah universiti Manis keringatnya tumpah ke lautan budi
Berlapang dada dan jujurlah mencari rezeki Capailah awan dan rauti wajah mentari
Kau kan tahu nanti Tiada yang lebih manis dirasai Dari sebuah pengalaman diri Yang tulus dalam berbakti
Kemudian tuhan merahmati
Oleh : Zahariah Mohammed Shaharoon
8
dalam kampus; dan pengguna ini sebenarnya telah melalui „pagar
internet‟ UPSI sebelum akses terhadap pangkalan data atas talian
berkenaan dihubungkan.
Terdapat satu lagi penjelasan teknikal bagaimana EZProxy ini
berfungsi iaitu dengan melihat kepada URL setelah satu-satu
pangkalan data atas talian itu diakses menerusi EZProxy.
Contohnya, akses terhadap http://www.emerald.com akan
k e l i h a t a n s e p e r t i i n i h t t p : / /
www.emerald.com.pustaka.upsi.edu.my/. Ini adalah biasa bagi
setiap URL yang diubah oleh EZProxy kerana pada teknikalnya
ianya boleh dibaca sebagai „mengakses http://www.emerald.com
menerusi EZProxy di http://pustaka.upsi.edu.my ‟
Kini, pihak PTB menyediakan enam akses menerusi
EZProxy iaitu Ebschohost, ProQuest, SpringerLink,
iSYS, Sage dan Britannica Online. EZProxy boleh
diakses melalui akaun Pustaka Knowledge Portal
pengguna. Pengguna hanya perlu log masuk ke dalam
akaun masing-masing dan seterusnya memilih pautan
EZProxy yang disediakan.
EZProxy berfungsi dengan secara dinamiknya mengubah
alamat URL laman web yang disediakan oleh vendor
pangkalan data atas talian dengan mengikut kepada lokasi
komputer (atau lazimnya server) di mana EZProxy
dipasangkan (install). Kurang faham ?
Secara mudahnya begini atau dalam bahasa bukan-IT;
katakan perpustakaan anda melanggan pangkalan data atas
talian yang boleh diakses di alamat http://www.emerald.com
ketika berada di dalam kampus sahaja. Maka, apabila
pengguna balik ke rumah mereka, akses ini tidak lagi
dibenarkan.
Peranan EZProxy ini adalah bagi membolehkan pengguna
mengakses pangkalan data ini walaupun di mana berada
dengan akses internet. Apabila pengguna mengakses
pangkalan data ini menerusi EZProxy, pangkalan data atas
talian berkenaan akan beranggapan seolah-olah ianya
diakses daripada dalam kampus (yang mana ianya
dibenarkan). Ini adalah kerana installasi EZProxy berada di
EZProxy yang diimplementasikan
oleh Perpustakaan Tuanku Bainun
adalah salah satu kaedah akses bagi
pangkalan data dan e-jurnal atas
talian. Dengannya, pengguna tidak
perlu lagi mengingati kepelbagaian
maklumat log masuk seperti nama
pengguna dan kata laluan.
Sebelum kita memahami bagaimanakah
EZProxy ini berfungsi, adalah lebih baik
diterangkan mengenai apakah sebenarnya
EZProxy daripada aspek teknikalnya.
EZProxy membantu menyediakan
pengguna dengan akses mudah dari mana
saja mereka berada kepada kandungan
berlesen berasaskan web yang ditawarkan
oleh perpustakaan. Kini, lebih daripada
2,500 institusi di 60 buah negara telah
memperoleh perisian EZProxy ini.
Oleh : Khairul Asyrani Sulaiman
Email : [email protected]
9
Tahniah diucapkan kepada para pemenang
pertandingan Ulasan Buku yang telah
dijalankan pada 11 Oktober-05 November
2010.
Nama : Sakinah bt Abd. Razak
Fakulti : Sains Kemanusiaan
Nama : Muhammad Zulhafiz bin Deraman
Fakulti : Sains Kemanusiaan
Nama : Muhamad Haris bin Sawalludin
Fakulti : Sains Kemanusiaan
Tahniah diucapkan kepada para pemenang
pertandingan fotografi yang telah dijalankan pada
2-13 Ogos 2010.
Nama : Aizat Afnan bin Adnan
Fakulti : Sains Kemanusiaan
Nama : Halimatun Saadiah bt Lai Lee
Fakulti : Sains Kemanusiaan
Nama :Ahmad Janatul Firdaus b Zolkarnain @ Dzulkarnain
Fakulti : Sains Sukan & Kejurulatihan
Oleh : Muliati Abdul Samad
Email : [email protected]
AKTIVITI BULAN MEMBACA
Para pemenang bergambar bersama juri pertandingan dan
Ketua Pustakawan
Pemenang menerima hadiah beserta sijil penyertaan daripada
Ketua Pustakawan
10
Siti Nur Murni bt Mokhtar
Nur Asmizah bt Hj. Mohd Saleh
Suliza bt Osman
Nur Azlini bt Hasnawi Nurzaiana bt Jasmi
Muhammad Fazzry b Muhammad Rahman
Fadzilah bt Abdullah
Puteri Farhana bt Jamil @ Megat Jamil
Norsyuhada bt Talib
Oleh : Muliati Abdul Samad
Email : [email protected] BERITA KAKITANGAN
11
BERITA KAKITANGAN
Wakil perpustakaan iaitu Pn. Hafizah dan Cik Firdausiah
telah memenangi tempat ketiga dalam acara final sirkit 2
badminton staf UPSI 2010 yang telah berlangsung pada 15
November 2010 di Gimnasium UPSI. Kemenangan ini
adalah kesan daripada latihan jitu serta semangat kesukanan
yang ditunjukkan oleh kakitangan ketika sesi latihan yang
sering diadakan. Tahniah diucapkan kepada pemenang serta
Biro Sukan Perpustakaan, En.Ahmad Nazim di atas kelolaan
dan selian pada setiap sesi latihan yang telah dijalankan.
Semoga lebih ramai atlet lagi akan dapat dicungkil
di kalangan staf perpustakaan pada masa akan datang.
SYABAS!
Oleh : Ahmad Nazim Ismail
Email : [email protected]
Sesi latihan badminton kakitangan perpustakaan
Mohd Shahrul Azni b Nordin
Devendran a/l Vasamthakumaran
Arif Azra‟ei b Md Yazid
12
Kumpulan eLESTARI telah berjaya merangkul
naib johan pada pertandingan Kumpulan Inovatif
dan Kreatif (KIK) peringkat UPSI yang telah
diadakan pada 26 Oktober 2010, dengan mem-
bentangkan tajuk projek iaitu “pengesanan judul
reading list tidak sistematik”. Tahniah diucapkan
di atas kejayaan kumpulan eLESTARI.
Prof. Dato’ Dr. Aminah Ayob menyampaikan hadiah
kepada kumpulan eLESTARI
Kumpulan eLESTARI dianggotai seramai 11 orang ahli
Persembahan daripada ahli kumpulan
Tahniah diucapkan kepada En. Mohd Razalli dan
Pn. Najah Saghirah daripada Bahagian Perolehan,
Perpustakaan Tuanku Bainun kerana berjaya
memperoleh tempat kedua dan merangkul pingat
perak di dalam Pertandingan Inovasi Dalam
Pengurusan 2010 (INSAN 1) yang diadakan pada 13
Disember 2010. Inovasi yang dipertandingkan adalah
Sistem VRS atau Sistem Penilaian Prestasi
Pembekal.
En. Mohd Razalli dan Pn. Najah Saghirah bergambar bersama
Dato’ Rusley Taib, Pendaftar UPSI Penerangan projek kepada para juri