big refleksi overall

4
Program Bina Insan Guru bagi semester pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan kali ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama merupakan sesi bersama dengan guru cemerlang dan bagi bahagian kedua pula merupakan ceramah dan bengkel yang menelan masa selama tiga jam. Pada 18 Oktober 2010, sesi seramah dan bengkel bagi Program Bina Insan Guru ini telah diadakan di Dewan Za’ba, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman. Sesi ceramah dan bengkel ini adalah berdasarkan kepada pro forma dimana tempoh masa bagi sesi ceramah perlu dijalankan selam dua jam dan sejam lagi diperuntukkan untuk bengkel. Sesi ceramah ini dibahagikan kepada dua sesi. Seramai 81 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan semester enam daripada empat buah kelas telah terlibat bagi menjayakan program ini. Pada sesi pertama, sesi ceramah telah disampaikan oleh seorang pensyarah daripada Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, iaitu En. Rosli B. Abdul Wahab yang bertajuk “ Ciri-Ciri Guru Inovatif”. Ceramah dimulakan pada jam 8.30 pagi setelah para pelajar mendaftarkan diri dan tamat pada jam 10.30 pagi untuk sesi kudapan atau minuman pagi. Pihak jawatankuasa Program Bina Insan Guru semester enam kali ini, telah memberikan sedikit cenderahati kepada pencermah diatas kesudiannya berkongsi ilmu. Pada sesi ceramah ini, para pelajar terlibat secara langsung dan berlaku komunikasi dua hala di antara pensyarah dengan pelajar.

Upload: wei-xuen-lim

Post on 09-Dec-2015

225 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BIG read only.

TRANSCRIPT

Page 1: BIG Refleksi Overall

Program Bina Insan Guru bagi semester pelajar Program Ijazah Sarjana

Muda Pendidikan kali ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama

merupakan sesi bersama dengan guru cemerlang dan bagi bahagian kedua pula

merupakan ceramah dan bengkel yang menelan masa selama tiga jam.

Pada 18 Oktober 2010, sesi seramah dan bengkel bagi Program Bina

Insan Guru ini telah diadakan di Dewan Za’ba, Institut Pendidikan Guru Kampus

Darulaman. Sesi ceramah dan bengkel ini adalah berdasarkan kepada pro forma

dimana tempoh masa bagi sesi ceramah perlu dijalankan selam dua jam dan

sejam lagi diperuntukkan untuk bengkel. Sesi ceramah ini dibahagikan kepada

dua sesi. Seramai 81 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

semester enam daripada empat buah kelas telah terlibat bagi menjayakan

program ini.

Pada sesi pertama, sesi ceramah telah disampaikan oleh seorang

pensyarah daripada Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, iaitu En. Rosli B. Abdul

Wahab yang bertajuk “ Ciri-Ciri Guru Inovatif”. Ceramah dimulakan pada jam

8.30 pagi setelah para pelajar mendaftarkan diri dan tamat pada jam 10.30 pagi

untuk sesi kudapan atau minuman pagi. Pihak jawatankuasa Program Bina Insan

Guru semester enam kali ini, telah memberikan sedikit cenderahati kepada

pencermah diatas kesudiannya berkongsi ilmu. Pada sesi ceramah ini, para

pelajar terlibat secara langsung dan berlaku komunikasi dua hala di antara

pensyarah dengan pelajar.

Selepas rehat, sesi kedua disambung dengan bengkel yang bertajuk, “Fungsi

dan Peranan JPN serta Pengoperasiannya” oleh pegawai Jabatan Pendidikan

Negeri Kedah iaitu En Mahadhir B. Ismail. Sesi bengkel ini diadakan  di Bilik

Kuliah 1, Pusat Sumber Institut. Tempoh masa bengkel dijalankan ialah selama

dua jam bermula jam 11.00 pagi hingga jam 1.00 tengahari. Sesi bengkel diakhiri

dengan pemberian hadiah oleh pengerusi Program Bina Insan Guru semester

enam iaitu, saudara Muizzuddin B. Mahbud sebelum semua pelajar bersurai.

            Antara kekuatan yang saya dapati pada Program Bina Insan Guru kali ini,

pertama adalah dari aspek kandungannya. Ini bermaksud melalui ceramah dan

Page 2: BIG Refleksi Overall

sesi bengkel yang dijalankan, kandungannya menambahkan pengetahuan

tentang Jabatan pendidikan Negeri serta memberikan panduan kepada saya

cara menjadi seorang guru yang cemerlang.

            Kedua, dari aspek penglibatan oleh pelajar yang memuaskan. Kehadiran

para pelajar adalah secara menyeluruh dimana perancangan bagi program hari

ini berjalan dengan lancar. Selain itu, sikap profesionalisme guru-guru pelatih

dipupuk melalui aspek pemakaian formal apabila setiap guru pelatih diwajibkan

memakai ‘blazer’.

            Malang sekali, masih terdapat kelemahan pada Program Bina Insan Guru

kali ini. Perkara tersebut ialah berkenaan ruang aktiviti yang kurang kondusif.

Semasa sesi ceramah pertama sedang berlangsung, suasana menjadi sedikit

terganggu dengan rungutan dan keadaan pelajar yang tidak senang duduk

kerana system pengaliran udara di dalam dewan tidak berfungsi menyebabkan

rasa bahang yang melampau di dalam dewan. Pemakaian tie menambahkan lagi

bahang kepanasan pada para guru pelatih. 

Syukur masalah ini tidak berlarutan kerana tindakan pantas daripada

pihak Jawatankuasa Program Bina Insan Guru Semester enam yang menukar

lokasi program. Oleh itu, saya ingin mencadangkan beberapa usul yang boleh

dijadikan panduan dan dipertimbangkan unutk menjadikan program ini kurang

bermasalah dan berjalan dengan lebih lancar di masa hadapan. Cadangan

tersebut ialah dengan mengadakan aktiviti ceramah dan bengkal di dewan besar

yang lebih luas dan sesuai untuk pelbagai aktiviti selain suasana di dalamnya

yang sangat kondusif dan terdapat sistem pembesar suara bagi kemudahan

penceramah.

Cadangan kedua ialah perlunya jawatankuasa persiapan tempat bagi

memeriksa lokasi program yang akan dijalankan beberapa hari lebih awal

supaya tidak tibul sebarang masalah dan jika terdapat masalah, cara

mengatasinya dapat difikirkan dengan lebih awal.

Kesimpulannya, Program Bina Insan Guru kali ini banyak memberikan

faedah kepada kami para pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan

Page 3: BIG Refleksi Overall

berfungsi sebagai panduan atau bekalan bagi menghadapi liku-liku kehidupan

sebagai seorang guru di alam pendidikan yang sentiasa mencabar jiwa dan raga.