big khidmat masyarakat

3
REFLEKSI KENDIRI OLEH: NGO PEI WEN (A1- AMITAV GHOSH) Pada 6 Oktober 2013, Khidmat Masyarakat Bina Insan Guru (BIG) Fasa 2 telah dianjurkan oleh pihak Kolej Antarabangsa Kirkby (KIC) di Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong. Pada waktu 8 pagi, kami telah bertolak dari asrama kami. Apabila kami sampai disana, kami telah menjalankan majlis perasmian program ini. Melalui persembahan mereka, saya dapat merasakan ketabahan mereka terhadap kehidupan. Walaupun mereka kehilangan ibu bapa, tetapi mereka masih menjalankan ·kehidupan harian mereka dengan gembira. Saya juga berasa terharu kerana mereka mengalu-alukan kedatangan kami dengan mempersembahkan beberapa lagu. Kemudian, mereka telah dibahagikan kepada 8 kumpulan. Setiap kumpulan diketuai oleh 4 fasilitator. Kami menjalankan beberapa latihan dalam kumpulan (LDK) bersama dengan mereka. Sebelum menjalankan aktiviti, kami memperkenalkan diri kepada ahli kumpulan saya. Saya juga telah mengenali mereka selepas berbual-bual dengan mereka melalui aktiviti ini. Pada mulanya, mereka agak segan. Namun, mereka telah mengambil bahagian secara aktif dan mengamalkan semangat kerjasama semasa melakukan LDK. Mereka juga dapat mengeratkan tali silaturahim antara satu sama lain. Saya mendapati kreativiti mereka yang berusaha untuk

Upload: nesamani-raja-retanam

Post on 16-Nov-2015

18 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Bina Insan Guru

TRANSCRIPT

REFLEKSI KENDIRIOLEH: NGO PEI WEN (A1- AMITAV GHOSH)

Pada 6 Oktober 2013, Khidmat Masyarakat Bina Insan Guru (BIG) Fasa 2 telah dianjurkan oleh pihak Kolej Antarabangsa Kirkby (KIC) di Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong. Pada waktu 8 pagi, kami telah bertolak dari asrama kami. Apabila kami sampai disana, kami telah menjalankan majlis perasmian program ini. Melalui persembahan mereka, saya dapat merasakan ketabahan mereka terhadap kehidupan. Walaupun mereka kehilangan ibu bapa, tetapi mereka masih menjalankan kehidupan harian mereka dengan gembira. Saya juga berasa terharu kerana mereka mengalu-alukan kedatangan kami dengan mempersembahkan beberapa lagu. Kemudian, mereka telah dibahagikan kepada 8 kumpulan. Setiap kumpulan diketuai oleh 4 fasilitator. Kami menjalankan beberapa latihan dalam kumpulan (LDK) bersama dengan mereka. Sebelum menjalankan aktiviti, kami memperkenalkan diri kepada ahli kumpulan saya. Saya juga telah mengenali mereka selepas berbual-bual dengan mereka melalui aktiviti ini. Pada mulanya, mereka agak segan. Namun, mereka telah mengambil bahagian secara aktif dan mengamalkan semangat kerjasama semasa melakukan LDK. Mereka juga dapat mengeratkan tali silaturahim antara satu sama lain. Saya mendapati kreativiti mereka yang berusaha untuk mencapai kemenangan melalui aktiviti-aktiviti LDK. Saya sebagai seorang bakal guru juga akan mengaplikasikan pelbagai aktiviti seperti cabaran tisu untuk memupuk kerjasama dan mengukuhkan hubungan murid.

Selepas menjalankan semua LDK, kami berehat dan memakan tengah hari. Pada waktu petang, kami telah dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai tugas masing-masing. Saya telah diarahkan untuk membasuh peralatan masak. Semasa membasuhkan peralatan masak, nilai kerjasama telah diamalkan oleh kami supaya menyelesaikan tugasan kami dengan cepat. Seterusnya, saya bersama dengan beberapa kawan ditugaskan untuk melipat baju. Saya berasa tugasan ini agak senang kerana saya boleh melakukannya sambil merehatkan diri. Saya juga dapat mengukuhkan hubungan persahatan dengan kawan-kawan. Selepas itu, saya membantu kumpulan makanan untuk menyediakan kuih-muih minum petang. Saya juga tolong mengagihkan kuih-muih dalam dulang. Selepas itu, program ini diakhiri dengan majlis penutupan.

Kesimpulannya, saya berasa program ini amat berguna kepada saya. Ia memberi pengalaman yang manis dan tidak akan dilupakan kepada saya. Saya juga mempelajari banyak pengajaran dan nilai-nilai daripada program ini. Saya berasa sangat bahagia dan bersyukur kerana mempunyai keluarga yang bahagia dan ibu bapa yang menyayangi saya. Saya akan sentiasa menghormati dan menyayangi ahli keluarga terutama ibu bapa saya supaya tidak menyesal kemudian. Akhir sekali, saya mengucapkan penghargaan kepada pihak Rumah Amal Limpahan Kasih kerana memberi peluang terbaik kepada kami untuk berpengalaman dengan aktiviti berkhidmat masyarakat yang berfaedah kepada saya.