berita petaling jaya • julai

16
PERCUMA JULAI - OGOS 2014 Bil. 4/2014 Ramadan - Zulkaedah 1435 Berita PETALING JAYA www.mbpj.gov.my majlis bandaraya PJ Petaling Jaya City Council petaling jaya city council Projek Perintis Bandar Raya Berdaya Huni Di Seksyen 52 Teman Pili Bomba Bantu Pihak Berkuasa MBPJ Terima Anugerah Kepimpinan Mampan MGBC m/s 03 m/s 06 m/s 12 Petunjuk: Arah lalulintas masa hadapan Sistem Sirkulasi : LALUAN JALAN SEHALA 12 OKTOBER 2014 BERKUATKUASA MULAI JALAN UTARA, JALAN TIMUR, JALAN BARAT, JALAN SULTAN DAN JALAN YONG SHOOK LIN Sebarang maklumat dan keterangan lanjut orang ramai boleh melayari laman web rasmi Majlis www.mbpj.gov.my atau menghubungi Jabatan Kejuruteraan, MBPJ, melalui talian 03-79584221 atau e-mel [email protected]. Berita di muka surat 2

Upload: lamhanh

Post on 04-Jan-2017

274 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: BERITA PETALING JAYA • Julai

PERCUMA JULAI - OGOS 2014Bil. 4/2014 Ramadan - Zulkaedah 1435

Berita PETALING JAYAwww.mbpj.gov.my majlis bandaraya PJ Petaling Jaya City Council petaling jaya city council

Projek Perintis Bandar Raya Berdaya Huni Di Seksyen 52

Teman Pili Bomba Bantu Pihak Berkuasa

MBPJ Terima Anugerah Kepimpinan Mampan MGBC

m/s 03 m/s 06 m/s 12

Petunjuk:Arah lalulintas masa hadapan

Sistem Sirkulasi :

LALUAN JALAN SEHALA

12 OKTOBER 2014BERKUATKUASA MULAI

JALAN UTARA, JALAN TIMUR,JALAN BARAT, JALAN SULTAN DAN JALAN YONG SHOOK LIN

Sebarang maklumat dan keterangan lanjut orang ramai boleh melayari laman web rasmi Majlis www.mbpj.gov.my atau menghubungi Jabatan Kejuruteraan, MBPJ, melalui talian 03-79584221 atau e-mel [email protected].

Berita di muka surat 2

Page 2: BERITA PETALING JAYA • Julai

02 BERITA PETALING JAYA • Julai - Ogos 2014 • Ramadan - Zulkaedah 1435H

Pelaksanaan Sistem Jalan Sehala Lancarkan Lalu Lintas

Petaling Jaya dahulunya dikenali sebagai sebuah bandar satelit bagi menampung keperluan pembangunan di Kuala Lumpur. Kini, Petaling Jaya telah membangun menjadi salah sebuah bandar raya dinamik yang pesat dengan pembangunan seiring dengan status bandar raya yang telah dicapai pada 20 Jun 2006.

Sebagai salah sebuah bandar raya maju di Malaysia, Petaling Jaya menjadi tumpuan pelabur di dalam dan luar negara di samping menjadi tempat tumpuan kediaman penduduk. Dengan keluasan 97.2 km persegi dan jumlah populasi penduduk lebih 600,000 orang, menjadi pusat komersial utama, hospital awam dan swasta, sekolah awam dan swasta serta pertambahan penduduk yang pesat, Petaling Jaya tidak lari dari masalah kesesakan lalu lintas seperti bandar raya maju lain.

Kesesakan lalu lintas berlaku khususnya pada waktu puncak di pusat-pusat bandar utama seperti Seksyen 52, Mutiara Damansara, Dataran Sunway dan beberapa buah pusat bandar yang lain.

"Untuk mengurangkan kesesakan yang berlaku dan memberi peluang kepada pemilik tanah sekitar Seksyen 52 memajukan hartanah mereka, beberapa kajian telah dilaksanakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) salah satu solusi yang diperolehi ialah melaksanakan sistem jalan sehala," kata Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin Paduka Alinah Ahmad.

"Sistem jalan sehala ini akan dilaksanakan secara percubaan selama tiga bulan bermula 12 Oktober 2014 hingga 12 Januari 2015," tambah Datin Paduka Alinah.

Projek Jalan Sehala yang bakal dilaksanakan akan melibatkan Jalan Utara, Jalan Timur, Jalan Barat, Jalan Sultan dan Jalan Yong Shook Lin.

Projek Jalan Sehala ini melibatkan 2 Fasa iaitu Fasa 1 dan Fasa 2. Kerja-kerja Fasa 1 telah bermula pada Julai 2014 hingga September 2014. Fasa ini melibatkan pembukaan pembahagi jalan di 8 lokasi, penebangan 38 pokok iaitu 11 pokok di Jalan Barat, 15 pokok di Jalan Utara dan 12 pokok di Jalan Sultan, pengalihan pokok-pokok sedia ada sebanyak 46 pokok dari Jalan Timur serta pemasangan papan tanda isyarat sementara serta kerja-kerja mengecat jalan.

Manakala bagi kerja-kerja fasa 2 pula, melibatkan kerja-kerja penurapan jalan, menyediakan laluan pejalan kaki, laluan basikal, pemasangan lampu jalan, pemasangan cctv, pemasangan bumbung pejalan kaki, pemasangan papan tunjuk isyarat, papan tanda arah dan mengecat jalan.

Pelaksanaan jalan sehala ini juga akan melibatkan penanaman pokok baru sebanyak 4,970 batang pokok dari spesis pokok Bungor Langkawi sebanyak 380 batang, pokok Kelat Paya sebanyak 3,690 batang dan pokok menjalar sebanyak 900 batang.

"Kita berharap sistem ini akan menjadikan perjalanan lalu lintas lebih lancar di sepanjang lingkaran tersebut. Majlis juga akan mengambil kira penyediaan laluan pejalan kaki secara berasingan, laluan basikal, perkhidmatan bas awam dan juga laluan kenderaan persendirian," ujar Datin Paduka Alinah lagi.

Kos projek yang terlibat berjumlah RM23.8 juta dan akan dibiayai menggunakan peruntukan Akaun Tabung Amanah.

Dengan pelaksanaannya, perkhidmatan pengangkutan awam di sepanjang jalan lingkaran ini akan dapat menambah baik waktu perjalanan serta tahap kecekapan perkhidmatannya.

Menjadi hasrat Majlis Bandaraya Petaling Jaya supaya projek ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya bagi memastikan semua pihak

khususnya penduduk di Petaling Jaya dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa.

Sebarang maklumat dan keterangan lanjut orang ramai boleh melayari laman web rasmi Majlis www.mbpj.gov.my atau menghubungi Jabatan Kejuruteraan, MBPJ, melalui talian 03-79584221 atau e-mel [email protected].

Kita berharap sistem ini akan menjadikan perjalanan lalu lintas lebih lancar di sepanjang lingkaran tersebut. Majlis juga akan mengambil kira penyediaan laluan pejalan kaki secara berasingan, laluan basikal, perkhidmatan bas awam dan juga laluan kenderaan persendirian

INFORMASI

Page 3: BERITA PETALING JAYA • Julai

KUALA LUMPUR, 10 MEI - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah diiktiraf menerima Anugerah Malaysian Green Building Confederation (MGBC) Leadership In Sustainability Awards 2014 bagi kategori Kepimpinan Perniagaan (Business Leadership) yang telah berlangsung dalam Majlis Makan Malam Tahunan di The Westin, Kuala Lumpur.

Anugerah ini merupakan satu lagi pengiktirafan yang diraih MBPJ atas usaha menjadikan Petaling Jaya sebagai sebuah bandar raya berkarbon rendah menerusi mekanisme perancangan pembangunan dan retrofit.

Anugerah MGBC Leadership In Sustainability Awards 2014 merupakan anugerah yang mengiktiraf organisasi yang menjadi teladan mempromosikan Agenda Hijau dan mengamalkan konsep Indeks Bangunan Hijau (GBI) dalam pembangunan.

Antara inisiatif hijau dilaksanakan MBPJ untuk menggalakkan masyarakat Petaling Jaya mengamalkan gaya hidup mesra alam hijau seperti pemasangan lampu diod pemancar cahaya (LED) percuma di lorong belakang kediaman,

mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida.

Pemasangan lampu LED diperluas untuk lampu-lampu jalan. Projek penukaran lampu jalan ini telah bermula sejak 2011 hingga sekarang secara berperingkat-peringkat.

Anugerah ini turut melayakkan MBPJ untuk mewakili Malaysia menyertai anugerah World Green Building Council (WGBC) sebuah organisasi antarabangsa terbesar berpengaruh dalam aspek bangunan hijau.

Anugerah ini menjadi pemangkin kepada MBPJ untuk meneruskan agenda hijau di Petaling Jaya untuk menjadikan bandar raya ini sebuah bandar

raya yang sihat dengan persekitaran bersih dan rendah pelepasan gas karbon dioksida ke udara.

BERITA PETALING JAYA • Julai - Ogos 2014 • Ramadan - Zulkaedah 1435H 03BERITA

MBPJ Terima Anugerah Kepimpinan Mampan MGBC

DATUK BANDAR : Datin Paduka Alinah binti Ahmad

TIMBALAN DATUK BANDAR : Puasa bin Md. Taib

TIMBALAN SETIAUSAHA : Hj. Ahmat Mohaayen bin Hj. Said

PENGARAH PERBENDAHARAAN : Hjh. Sa’diyah binti Khasiman

PENGARAH PERANCANGAN PEMBANGUNAN : Hjh. Sharipah Marhaini binti Syed Ali

PENGARAH KEJURUTERAAN : Ir. Ismail bin Shafie

PENGARAH PENILAIAN : Datin Sr. Amreeta Kaur a/p Pretham Singh

PENGARAH KESIHATAN PERSEKITARAN : Dr. Chithradavi a/p Vadivellu

PENGARAH KAWALAN BANGUNAN : Hamidah binti Ariffin

PENGARAH KEMASYARAKATAN : Aznan bin Hj. Hassan

PENGARAH PENGUATKUASA : Mohd Fauzi bin Maarop

PENGARAH LANDSKAP : Zuraidah binti Sainan

PENGARAH UNDANG-UNDANG : Abd. Muttalib bin Mohd Ali

PENGARAH PERHUBUNGAN AWAM : Haniza binti Abdul Hamid

PENGARAH AUDIT DALAM : Hj. Ainul Adnan bin Abdul Rahaman

PENGARAH ADUAN AWAM : Tengku Nazaruddin bin Tengku Zainudin

KETUA UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC) : Lee Lih Shyan

KETUA UNIT PESURUHJAYA BANGUNAN (COB) : Nor Shabani binti Johari

PENAUNG : Datin Paduka Alinah binti Ahmad Datuk Bandar Petaling Jaya

PENASIHAT : Puasa bin Md. Taib Timbalan Datuk Bandar

KETUA PENGARANG : Haniza binti Abdul Hamid

PENOLONG PENGARANG : Abdul Hakim bin Khairuddin

WARTAWAN : Nor Shalizawati binti Hj. Baharudin Muhamed Azmi bin Yusoff Ahmad Iskandar bin Mohamad Mukhtar Hasbullah bin Juyahir Saidatulanirah binti Zakaria

JURU GAMBAR : Rusdi bin Mohammed Halik Intan Khairana binti Md. Zali Salimey bin Abu Bakar

PEREKA GRAFIK : Shamsul Bahrin Abdul Muttalib Badrul Hisham bin A Bakar

MAKLUM BALAS DAN : Unit Perhubungan AwamCADANGAN HANTARKAN Majlis Bandaraya Petaling JayaKEPADA : 03-7956 3544 samb. 203 / 205 / 206 : 03-7958 2695 : [email protected]

Pengurusan MBPJ

Sidang REDAKSI

Berita Petaling Jaya Diterbitkan Oleh : MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYAJalan Yong Shook Lin, 46675 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. | Tel : 03-7956 3544 | Faks : 03-7958 2695 | E-mel : [email protected] | Laman Sesawang : www.mbpj.gov.my

([email protected])

([email protected])

([email protected])

([email protected])

([email protected])

([email protected])

([email protected]) ([email protected])

([email protected])

([email protected])

([email protected])

([email protected])

([email protected])

([email protected])

([email protected])

([email protected])

([email protected])

([email protected])

: Petaling Jaya City Council: petaling jaya city council

: majlis bandaraya PJ

Datin Paduka Alinah Ahmad bersama trofi Anugerah MGBC

mengkompos sisa isi rumah, guna semula air hujan, tempat letak kereta percuma bagi pemilik kereta hibrid dan rebat cukai taksiran bagi pemilik kediaman mesra alam hijau.

Selain menggalakkan penggunaan kereta hibrid, MBPJ melangkah setapak lagi dengan menyediakan tempat mengecas kereta elektrik percuma di Ibu Pejabat MBPJ untuk menggalakkan orang ramai beralih kepada pengangkutan jenis ini.

MBPJ turut melaksanakan proses retrofit ke atas Ibu Pejabat MBPJ dengan melaksanakan projek pemasangan lampu LED untuk menjimatkan tenaga dan

Page 4: BERITA PETALING JAYA • Julai

04 BERITA PETALING JAYA • Julai - Ogos 2014 • Ramadan - Zulkaedah 1435H

PETALING JAYA - Tifoid, taun, dan keracunan makanan merupakan penyakit bawaan bakteria bahaya akibat penghasilan makanan dan air yang tidak bersih sehingga memberi impak negatif terhadap kesihatan tubuh badan. Umum mengetahui bahawa makanan dan air ialah keperluan asas kepada manusia meneruskan hidup dan untuk memberi tenaga melakukan aktiviti seharian. Namun begitu, makanan juga boleh menjadi racun jika penyediaannya dilakukan secara tidak betul dan tidak mengikut garis panduan yang telah disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Antara faktor utama keracunan makanan adalah kecuaian yang dilakukan sesetengah individu dalam penyediaan makanan. Kesedaran dalam mengamalkan kebersihan di kalangan pengendali makanan juga masih berada di tahap yang rendah dan boleh dipertikaikan. Perkara ini telah mendapat perhatian yang serius oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam memastikan gerai-gerai dan restoran berdaftar di bawah pentadbirannya mengikut prosedur penyediaan makanan yang telah disediakan.

Berikutan itu, Jabatan Kesihatan Persekitaran sedaya upaya meningkatkan lagi tahap pengawasan kebersihan dan keselamatan makanan di Petaling Jaya. Menurut Datuk Bandar, Datin Paduka Alinah Ahmad berkata, cabaran yang perlu ditempuh oleh pihak Majlis adalah dari segi teknikal kawalan yang dilakukan kerana, di kawasan pentadbiran Majlis terdapat 26 kompleks gerai majlis dan 1,536 restoran yang harus dipantau sentiasa.

“Bagi pihak Majlis tiada perkara mustahil dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kerana kami sentiasa mengutamakan keselesaan penduduk dan juga pengunjung Petaling Jaya terutamanya dalam hal berkaitan kebersihan makanan.

Majlis menggunakan tiga kaedah pemeriksaan iaitu pertama, menjalankan pemeriksaan premis makanan, kedua, persampelan contoh

Pengawasan Kebersihan Dan Keselamatan Makanan Keutamaan MBPJ

makanan mikro dan ketiga pemeriksaan swab tangan terhadap pengendali makanan bagi mengesan bakteria yang dikenali sebagai E.coli (Escherichia Coli).”

Pemeriksaan swab tangan adalah penting bagi memastikan pengendali makanan atau peniaga mengikut prosedur serta langkah pencucian tangan dengan betul.

Berdasarkan pemeriksaan, Majlis mendapati kebanyakan pengendali makanan tidak mengamalkan tujuh langkah pencucian tangan dengan betul iaitu basuh tangan dengan sabun sepenuhnya, menggosok tapak tangan dengan betul, gosok di setiap celah jari, gosok kuku di tapak tangan, gosok belakang tangan, basuh tangan dengan air bersih secukupnya dan terakhir mengeringkan tangan dengan tuala bersih. Sepanjang tahun lepas, 117 kes kesalahan telah direkodkan iaitu pengendali makanan gagal dalam pemeriksaan swab tangan kerana terdapat bakteria E.coli.

Datin Paduka Alinah Ahmad juga berkata, segala prosedur yang dilakukan adalah mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS)

“Segala aktiviti persampelan makanan bagi tujuan analisis mikrobiologi dan kimia mestilah mencapai sasaran melebihi 250 sampel setahun seperti yang ditetapkan oleh JKNS dan Majlis sentiasa komited dalam melaksanakan tugas penjagaan kesihatan makanan kerana umum

mengetahui bahawa Petaling Jaya juga merupakan kawasan tumpuan rakyat Malaysia terutamanya dari Lembah Klang.

Selain gerai dan restoran, Majlis juga melakukan pemeriksaan makanan yang dijual di pasar raya, kedai runcit, stesen minyak, kantin kilang, bazar Ramadan dan sebagainya,” tambah Datin Paduka Alinah Ahmad.”

Pengendali makanan diharuskan menjalani pemeriksaan kesihatan oleh Pegawai Perubatan bertauliah iaitu melakukan pemeriksaan fizikal, mendapatkan suntikan pelalian tifoid, pemeriksaan x-ray dada dan pemeriksaan perubatan lain seperti yang diarah oleh Pegawai Kesihatan atau Pegawai Perubatan Majlis

Bagi meningkatkan mutu dan kualiti penghasilan makanan pengendali makanan mahupun orang awam disarankan mengikut 5 kaedah yang ditetapkan oleh Majlis iaitu pertama mengutamakan kebersihan, kedua asingkan makanan masak dan mentah, ketiga masak makanan dengan sempurna (suhu melebihi 70ᴼ C), keempat tidak menyimpan makanan bermasak pada suhu bilik melebihi 4 jam, dan terakhir gunakan sumber air dan makanan yang selamat.

Datin Paduka Alinah Ahmad juga menambah setiap premis dan pengendali makanan akan diberi markah penilaian mengikut Perintah Kerja-Kerja Pembersihan Premis di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

“Penggredan akan diberi kepada setiap premis, bagi premis yang mendapat markah 75 peratus ke atas akan diletakkan dalam kumpulan gred A, gred B (65 hingga 74 peratus), gred C (50 hingga 64 peratus) dan gred D (50 peratus ke bawah)

“Setiap premis yang memperolehi gred A akan disyorkan pemberian sijil premis bersih, bagi yang mendapat gred B dan C akan dikenakan tindakan notis atau kompaun bagi setiap kesalahan dan gred D notis arahan tutup dikeluarkan,” tambah Datin Paduka Alinah Ahmad.

Unit kawalan mutu makanan MBPJ sedang melakukan pemeriksaan makanan di kantin sekolah

Kotor! Contoh kesalahan yang dilakukan pemilik premis makanan yang tidak praktikkan kebersihan sehingga mengundang kehadiran nyamuk aedes

BERITA

Page 5: BERITA PETALING JAYA • Julai

BERITA PETALING JAYA • Julai - Ogos 2014 • Ramadan - Zulkaedah 1435H 05

Lampu LED : Inisiatif Hijau MBPJ Kesedaran masyarakat terhadap penggunaan teknologi mesra alam atau teknologi hijau semakin meningkat dengan penggunaan produk-produk mesra alam yang dapat mengimbangi dan membantu mengurangkan perubahan iklim yang melanda dunia.

Peningkatan kesedaran ini hasil usaha yang dilaksanakan di peringkat Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) serta agensi yang terlibat termasuk Pihak Berkuasa Tempatan yang turut menyokong di peringkat Kerajaan Tempatan.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berperanan meningkatkan kesedaran penduduk Petaling Jaya mengamalkan gaya hidup mesra alam dengan mengguna pakai Kerangka Kerja Bandar Raya Berkarbon Rendah yang disediakan oleh KeTTHA dan Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) untuk menjadikan Petaling Jaya sebuah Bandar Raya Hijau Berkarbon Rendah.

Di bawah pelan strategik Bandar Raya Berkarbon Rendah ini MBPJ telah melancarkan inisiatif pemasangan lampu diod pemancar cahaya (LED) di lorong belakang kediaman pada 22 Disember 2011.

Pemasangan lampu LED ini menggunakan konsep rakan kongsi antara MBPJ dan pemilik kediaman. Pihak MBPJ akan menanggung kos pemasangan bagi pemohon yang berjaya dan pemilik kediaman bertanggungjawab menjelaskan bil elektrik kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Pemasangan lampu LED di lorong belakang kediaman ini di samping menyumbang kepada penggunaan tenaga yang lebih efisien, ia juga mampu mengurangkan pembebasan karbon dioksida (CO2) dan juga mewujudkan keadaan selesa kepada penduduk dari segi keselamatan,”

kata Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin Paduka Alinah Ahmad.

Tambah beliau, penggunaan lampu LED dalam pencahayaan boleh menjimatkan sehingga 70 peratus penggunaan tenaga berbanding penggunaan lampu tradisional, lebih tahan lama, tidak memancarkan radiasi inframerah atau ultralembayung dan bebas merkuri.

Berdasarkan kajian seunit lampu LED yang beroperasi selama 12 jam sehari selama setahun hanya memakan kos sebanyak RM17.77 berbanding lampu biasa yang beroperasi dalam kadar yang sama yang memerlukan kos sebanyak RM58.77.

MBPJ telah menyediakan peruntukan khas untuk pelaksanaan program ini bermula tahun 2012 hingga sekarang. Pada 2012 dan 2013 sebanyak RM100,000 manakala 2014 pula sebanyak RM50,000 peruntukan kewangan disediakan untuk menjayakan program ini.

Tahun 2012 sebanyak 92 permohonan diterima oleh Unit Pusat Setempat (OSC) selaku urus setia program. Daripada jumlah tersebut sebanyak 79 permohonan berjaya dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM20,700. Manakala pada 2013 sebanyak 56 permohonan dikemukakan oleh pemilik kediaman di Petaling Jaya yang telah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Sebanyak RM30,000 dibelanjakan untuk pemasangan lampu LED di lorong belakang kediaman. Pada tahun 2014 pula setakat April, Majlis telah menerima sebanyak 23 permohonan yang sedang dalam proses pertimbangan.

Antara syarat yang perlu dipatuhi oleh pemilik kediaman melayakkan penduduk menikmati inisiatif ini ialah permohonan

mesti dikemukakan oleh pemilik kediaman sendiri, tiada tunggakan cukai taksiran, tiada pengubahsuaian haram dilakukan kepada kediaman dan hanya kediaman yang mempunyai lorong belakang yang boleh memohon.

Memandangkan keberkesanan lampu jenis LED yang menjimatkan penggunaan tenaga, pemasangan lampu LED ini diperluas untuk lampu-lampu jalan di Petaling Jaya.

Projek pemasangan lampu jalan LED telah bermula pada 2011 dan Seksyen 5 dan Seksyen 52 antara kawasan terawal yang terlibat dalam projek ini melibatkan perbelanjaan sebanyak RM514,000.

Pemasangan secara berperingkat-peringkat ini diteruskan pada tahun 2012, sebanyak lapan lokasi antaranya Jalan Templer, SS2, SS8, SS9 PJU10, Sri Damansara dan Taman Aman terlibat. Sebanyak RM3.1 juta dibelanjakan manakala pada tahun 2013, 13 lagi lokasi antaranya Seksyen 17, Seksyen 20, PJS3, Seksyen 51 dan Projek Perumahan Rakyat Lembah Subang mendapat manfaat pemasangan LED dengan jumlah perbelanjaan RM5.3 juta.

Pemasangan lampu LED ini di bawah pelan strategik Bandar Raya Berkarbon Rendah di samping menyumbang kepada alam sekitar, penduduk Petaling Jaya turut mendapat manfaat hasil daripada penjimatan yang diperoleh oleh MBPJ.

Penjimatan yang terhasil boleh digunakan untuk tujuan pembangunan projek-projek infrastruktur yang lebih baik dan menyeluruh seperti naik taraf jalan raya, dewan serba guna, laluan pejalan kaki dan sebagainya.

Lampu LED memberi keselesaan kepada masyarakat terutamanya keselamatan

INFORMASI

Page 6: BERITA PETALING JAYA • Julai

06 BERITA PETALING JAYA • Julai - Ogos 2014 • Ramadan - Zulkaedah 1435H

Projek Perintis Bandar Raya Berdaya Huni Di Seksyen 52

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah menetapkan aspirasi untuk merancang pembangunan bandar raya Petaling Jaya sebagai suatu bandar yang berdaya huni, dicintai dan berjiwa.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin Paduka Alinah Ahmad berkata, Petaling Jaya sebagai sebuah bandar raya berdaya huni bermaksud sebuah bandar raya yang kondusif untuk tinggal, berkerjaya dan berinteraksi dalam masyarakat dengan persekitaran yang seimbang antara pembangunan dan pemeliharaan serta pemuliharaan alam sekitar.

“Bandar yang berjiwa pula adalah satu hospitaliti dan bukannya industri. Ia adalah suatu cara hidup dan suatu sistem yang sentiasa terbuka. Menyedari hakikat ini, perancangan pembangunan harus difokuskan kepada usaha mewujudkan ruang awam yang berfungsi bagi mewujudkan interaksi sosial di kalangan penghuni bandar,” tambah beliau.

Pusat bandar Seksyen 52 telah dipilih sebagai projek perintis bandar raya berdaya huni di Seksyen 52 (Livable City Petaling Jaya @ Section 52) yang berteraskan prinsip bandar raya untuk semua yang mengambil kira prinsip pembangunan alam sekitar mampan, berdasarkan strategi yang merangkumi komponen pewujudan ruang-ruang awam iaitu dataran, plaza, taman-taman dan jalan.

Pembangunan yang akan mengisi Seksyen 52 ini akan merangkumi lima elemen iaitu pembangunan berorientasi transit (TOD) dan pengangkutan awam bersepadu, reka bentuk bandar berinovatif, kemudahan awam, bandar bebas halangan dan persekitaran selamat serta persekitaran hijau.

“Kita telah melaksanakan satu kajian trafik di Seksyen 52 yang telah berjaya menghasilkan suatu idea bagi meredakan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak iaitu dengan melaksanakan jalan sehala yang akan melibatkan Jalan Barat, Jalan Utara, Jalan Timur, Jalan Sultan dan Jalan Yong Shook Lin. Projek ini bakal dilaksanakan pada tahun ini,” kata Datin Paduka Alinah.

Satu lagi kaedah yang dijangka mampu mengurangkan masalah trafik ialah menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam. Pihak Majlis telah merancang menyediakan prasarana Park N Ride untuk menggalakkan orang awam menggunakan mod pengangkutan ini dengan menyediakan sebanyak 600 petak letak kereta bersebelahan stesen transit aliran ringan (LRT) Asia Jaya dan juga perkhidmatan suaan (feeder service).

Laluan pejalan kaki dan basikal sepanjang 6 km yang mengelilingi pusat bandar Seksyen 52 akan disediakan di bawah projek PJ Walk. Projek ini adalah sebahagian daripada program pengangkutan mampan yang melibatkan 56 km laluan bagi keseluruhan kawasan Petaling Jaya di mana sehingga kini 13 km telah siap dibina dan sepanjang 16 km lagi dijadualkan dibina pada tahun ini.

Reka bentuk bandar berinovatif satu lagi elemen yang dipilih memandangkan Seksyen 52 sebuah bandar lama. Kawasan ini akan dinaik taraf dari aspek fizikal melibatkan projek mengecat semula bangunan, mengindahkan lorong belakang kedai dan penyediaan seni jalanan melalui prasarana PJ Walk yang melibatkan pembinaan pentas utama, boulevard dan kiosk jualan.

Sebagai sebuah bandar raya

berdaya huni, Petaling Jaya perlu menjadi bandar raya yang mesra semua peringkat masyarakat termasuk golongan orang kelainan upaya (OKU).

Elemen bandar bebas halangan dan persekitaran selamat antara aspek yang diambil berat. MBPJ akan menyediakan prasarana yang lebih menyeluruh untuk golongan ini misalnya membina lebih banyak tempat letak kereta OKU, panduan laluan khas OKU penglihatan, lintasan pejalan kaki dan hentian bas mesra OKU.

MBPJ juga akan mengadaptasikan konsep persekitaran hijau dengan mempraktikkan konsep vertical green dan rooftop garden, pocket park dan penanaman pokok memandangkan kawasan ini padat.

Pelaksanaan projek perintis bandar raya berdaya huni di Seksyen 52, ia bakal mengubah wajah pusat bandar petaling Jaya menjadi sebuah bandar yang lebih “hidup” dan aktif.

RENCANA

Page 7: BERITA PETALING JAYA • Julai

BERITA PETALING JAYA • Julai - Ogos 2014 • Ramadan - Zulkaedah 1435H 07

TABUNG WARISAN ANAK SELANGORYayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)A1-11-2 & A1-11-3 Jalan Multimedia 7/AH, Park Cityi-City, 40000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5521 8740 / 03-5521 8741Faks : 03-5521 8742 / 03-5521 8743

SKIM MESRA USIA EMASRantaian Mesra Sdn. Bhd.Tingkat G, Bangunan Darul EhsanNo. 3, Jalan Indah, Seksyen 1440000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5510 3468 / 03-5510 3472 Faks : 03-5510 3455E-mel : [email protected]

HADIAH ANAK MASUK IPTPejabat Setiausaha Kerajaan SelangorBahagian Pengurusan Sumber ManusiaTingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S.40503 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5544 7385 / 03-5521 2275Faks : 03-5510 4095/ 03-5511 0659

PROGRAM PENINGKATAN HASIL BATUAN DAN GALIANKumpulan Semesta Sdn. Bhd.Tingkat 5, Bangunan Darul EhsanNo. 3 Jalan Indah, Seksyen 1440000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5518 7735 Faks : 03-5518 7736E-mel : [email protected] web : www.semesta.com.my

Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)TABUNG PENDIDIKAN ANAK PEKERJA LADANGPejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri SelangorTingkat 5, Bangunan S.S.A.A.S.40503 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5544 7306 / 03-5512 3618Faks : 03-5510 6678

PUSAT KHIDMAT KRISIS SEHENTI (OSCC)Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita,Sains Teknologi dan InovasiTel : 03-5519 4346 / 03-5544 7622Faks : 03-5519 3304

BEKALAN AIR PERCUMA 20 METER PADUKumpulan Darul Ehsan Bhd.Tingkat 16-17, Plaza Perangsang, Persiaran Perbandaran40000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5510 3999Faks : 03-5510 9977E-mel : [email protected]

SKIM KESIHATAN WANITARantaian Mesra Sdn. Bhd.Tingkat G, Bangunan Darul EhsanNo. 3, Jalan Indah, Seksyen 1440000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5510 3468 / 03-5510 3472 Faks : 03-5510 3455Lawan web : www.e-mesra.org.my

PROGRAM MIKROKREDIT MISKIN BANDAR (MIMBAR)Mimbar Selangor A23, Pusat Perniagaan Jubli 20Jalan Singa J20/J, Seksyen 2040300 Shah Alam, SelangorTel : 03-5541 3616 Faks : 03-5541 3617Laman web : www.mimbarselangor.org

SKIM MIKROKREDIT SELANGORYayasan Dar al Qard al Hasan SelangorTingkat 2, Bangunan S.S.A.A.S.40000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5544 7104 / 03-5519 1692/ 03-5521 2312Faks : 03-5510 5829Laman web : www.skimsel.com

PUSAT DIALISIS RAKYATRantaian Mesra Sdn. Bhd.Tingkat G, Bangunan Darul EhsanNo. 3, Jalan Indah, Seksyen 1440000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5510 3468 / 03-5510 3472 Faks : 03-5510 3455Lawan web : www.e-mesra.org.my

PUSAT TUISYEN RAKYATUnit Pendidikan, Bahagian Pengurusan Sumber ManusiaTingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S.40000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5544 7480 / 03-5544 7481 / 03-5544 7391Blog : tuisyenrakyat.blogspot.com

KELANA JAYA, 3 APRIL – Penjualan borang bazar Ramadan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 2014 keseluruhan berjalan lancar dan terkawal walaupun terdapat sedikit kekecohan yang berlaku akibat sikap tidak sabar peniaga.

Kekecohan tercetus apabila segelintir peniaga yang membuat kecoh dengan memotong barisan menyebabkan peniaga yang beratur sejak awal pagi tidak puas hati seterusnya berlaku pertengkaran.

Kekecohan berjaya dikawal dengan kehadiran anggota

keselamatan yang terdiri daripada anggota polis dan penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

“Hal berkenaan tidak sepatutnya berlaku kerana borang yang disediakan mencukupi misalnya tapak bazar Kelana Jaya, pihak Majlis telah menyediakan sebanyak 250 borang dan ia mencukupi untuk semua peniaga yang hadir ke kaunter tersebut,” kata Timbalan Pengarah Pelesenan MBPJ, Sharinaz Samsudin.

“Saya sudah berkali-kali memaklumkan kepada mereka

bahawa borang yang disediakan adalah mencukupi namun masih ada segelintir peniaga yang berdegil dan tidak mengikut prosedur ditetapkan,” katanya.

Untuk memastikan proses penjualan borang berjalan lancar dan telus, setiap tahun proses tersebut dipantau oleh wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Unit Audit Dalam MBPJ.

Borang dijual secara “first come first serve” dan borang yang lengkap diisi perlu dihantar sebelum atau pada 14 April 2014 ke Bahagian Pelesenan, MBPJ.

BIL. LOKASI JUMLAH PETAK

1. Sek. 17/1A 1002. Sek. 14/27 603. Sek.8, Sg Jernih 104. Stesyen Bas

Jalan Othman 27

5. Kg Baiduri , 51A 406. SS8, Sg Way 807. SS 6/1 , Kelana

Jaya 250

8. Jalan PJS 2D/9, Taman Medan (tapak Pasar Pagi dan Pasar Malam Majlis)

162

9. Desa Mentari 4010. PJS 6/3 , Kg

Lindungan 55

11. Taman Sri Manja 8012. Lembah Subang 5013. Kg. Sg. Kayu Ara 5014. Apartment

Meranti, Sri Damansara

80

15. Jalan Teknologi 3/6A, Kota Damansara

200

16. Seksyen 7, Kota Damansara

70

17. Seksyen 5, Kota Damansara

12

18. Seksyen 4, Kota Damansara

80

19. Damansara Damai (Apt. Vista Business Centre)

166

20. Prima Damansara 40Jumlah Keseluruhan 1,652

Jualan Borang Bazar Terkawal LOKASI BAZAR RAMADAN MBPJ 2014

BERITA

Page 8: BERITA PETALING JAYA • Julai

08 BERITA PETALING JAYA • Julai - Ogos 2014 • Ramadan - Zulkaedah 1435H BERITA

PETALING JAYA – Bagi menyokong pelaksanaan projek perintis “PJ Livable City”, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bergerak selangkah hadapan dengan mewujudkan inisiatif baru iaitu perkhidmatan bas percuma kepada kepada warga Petaling Jaya.

Dikenali sebagai PJ City Bus, operasi perkhidmatan bas percuma ini telah bermula pada 14 Mei 2014 lalu dan telah mendapat jalinan kerjasama dengan syarikat Rapid Bus Sdn. Bhd. dengan memperuntukkan sebanyak 10 buah bas untuk kemudahan penduduk ke destinasi sekitar Pusat Bandar Seksyen 52, Petaling Jaya.

Pelaksanaan perkhidmatan bas percuma itu sejajar dengan fokus MBPJ membangun sektor infrastruktur pengangkutan awam dan pengurusan lalu lintas yang efisien serta berintegrasi bagi memastikan kemudahan juga keselesaan penduduk sekitar.

PJ City Bus sudah mendapat respon yang menggalakkan daripada pelbagai pihak dan paling utama sokongan penduduk Petaling Jaya begitu menghargai terhadap usaha yang dilakukan oleh MBPJ ini.

Seorang daripada pengguna perkhidmatan bas itu, Sazzlina Mohd Salleh, 44, berkata, perkhidmatan PJ City Bus dilihat sebagai usaha yang cemerlang dan memudahkan aktiviti seharian masyarakat terutamanya penduduk Taman Medan.

“Saya berpuas hati dengan perkhidmatan bas percuma ini kerana destinasi yang dituju adalah di kawasan utama seperti di Pusat Bandar Seksyen 52, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Stesen LRT Taman Jaya.

Manakala seorang lagi pengguna, Tan Teck Chye, 62 berkata usaha MBPJ mewujudkan perkhidmatan bas percuma seharusnya menjadi contoh kepada semua pihak kerana ia sedikit sebanyak membantu dari segi belanjawan masyarakat setempat.

“PJ City Bus ini banyak membantu golongan berpendapatan rendah dan pelajar sekolah kerana ia membantu menjimatkan perbelanjaan seharian.

“Saya juga berpuas hati dengan servis yang diberikan serta cara pemanduan bas juga amat cermat dan berharap perkhidmatan bas ini diperluas

BAS PERCUMA Inisiatif baharu MBPJ ke arah bandar berdaya huni

PJ City Bus semakin mendapat sambutan terutamanya golongan wanita.

ke seluruh kawasan Petaling Jaya agar tiada lagi kesesakan lalu lintas serta kesulitan untuk mencari tempat letak kereta," tambahnya.

Dalam pada itu, Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin Paduka Alinah Ahmad berkata, MBPJ mensasarkan 60 peratus daripada 700 ribu penduduk Petaling Jaya menggunakan perkhidmatan kenderaan awam terutamanya bas, manakala 40 peratus lagi menggunakan kenderaan persendirian pada tahun ini.

“MBPJ sangat komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan menghargai penerimaan penduduk yang memberangsangkan terhadap perkhidmatan ini

“Namun MBPJ tidak akan berhenti setakat ini sahaja kerana akan ada lagi projek- projek yang akan direalisasikan di bawah konsep Liveable City Petaling Jaya @ Seksyen 52 yang mana penduduk setempat dapat memperolehi manfaat daripadanya," tambahnya.

Alinah Ahmad berkata orang ramai perlu memanfaatkan sepenuhnya PJ City Bus ini kerana tempoh percubaan diberikan adalah selama tiga bulan untuk orang ramai memberi maklum balas mengenai kecekapan perkhidmatan bas ini kepada MBPJ.

“Perkhidmatan bas percuma

ini diharapkan dapat memenuhi kehendak warga Petaling Jaya yang mahukan satu sistem perkhidmatan pengangkutan awam yang benar-benar menepati masa.

“Perkhidmatan ini tidak akan bermakna sekiranya kita gagal memenuhi kehendak sebenar penumpang yang tidak suka menunggu lama."

PJ City Bus itu beroperasi membawa penumpang dengan kekerapan perjalanan antara 10 hingga 15 minit dari pukul 6 pagi hingga 9 malam setiap hari.

Perkhidmatan bas itu dilengkapi dengan perkhidmatan WiFi percuma dan paparan LED serta turut mesra penumpang orang kurang upaya (OKU).

Bas percuma itu beroperasi di laluan sejauh 28 kilometer bermula dari hab bas di Jalan PJS 3/2 yang sedang dibangunkan dan melalui jalan-jalan utama di sekitar Petaling Jaya.

Antaranya Jalan Templer, Jalan Othman, Jalan Yong Shook Lin, Pusat Bandar Sek syen 52, Jalan Penchala, Jalan Sema ngat, Jalan Universiti dan Jalan Gasing.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini, bolehlah layari laman web MBPJ www.mbpj.gov.my, laman sosial MBPJ atau hubungi ke talian 03-79542020 dan segala maklumat terbaru akan diberitahu dari masa ke semasa.

Tan Teck Chye

Padat! Ramai pelajar sekolah menggunakan perkhidmatan PJ City Bus terutamanya di waktu puncak.

Page 9: BERITA PETALING JAYA • Julai

BERITA PETALING JAYA • Julai - Ogos 2014 • Ramadan - Zulkaedah 1435H 09RENCANA

Petaling Jaya Sejahtera 2030 merupakan suatu rangka kerja polisi perancangan strategik bandar raya Petaling Jaya yang diwujudkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melalui proses percambahan buah fikiran dan perbincangan mendalam bersama pihak berkepentingan di Petaling Jaya. Ia mengandungi hala tuju, polisi perancangan dan pembangunan sehingga 2030.

“Rangka kerja Petaling Jaya Sejahtera 2030 atau Petaling Jaya Sustainable 2030 dihasilkan melalui sesi seminar bersama wakil penduduk dan pihak berkepentingan di Petaling Jaya bagi menjadikan Petaling Jaya sebagai sebuah bandar raya berdaya huni,” tegas Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin Paduka Alinah Ahmad.

“Rangka kerja Petaling Jaya Sejahtera 2030 ini dihasilkan dengan matlamat menjadikan Petaling Jaya sebagai destinasi antarabangsa hasil gabungan sejarah, ciri-ciri terbaik alam sekitar serta binaan semulajadi, peluang-peluang dan aktiviti perbandaran,” tambah beliau.

Rangka kerja polisi perancangan strategik Petaling Jaya melibatkan tiga aspek utama iaitu Pelan Perancangan yang melibatkan aspek dalam menguruskan modal insan, ekonomi dan perancangan pembangunan bandar raya, Pelan Induk yang juga perancangan pengangkutan awam bersepadu

dan pengurusan lalu lintas, Pelan Induk Landskap, Pelan Induk Saliran dan Perparitan, Rangka Kerja Bandar Raya Berkarbon Rendah dan Pelan Induk Keselamatan Petaling Jaya yang diterjemahkan melalui pelaksanaan program dan aktiviti seperti Livable City Petaling Jaya @ Section 52, PJ Safe… Safety For All, jaringan laluan basikal Petaling Jaya, Komuniti Sejahtera dan program Gaya Hidup Sihat.

Petaling Jaya Sejahtera 2030 mempunyai lima hala tuju iaitu alam sekitar, ekonomi, budaya dan komuniti, habitat serta urus tadbir baik.

Perancangan pembangunan Petaling Jaya dilaksanakan secara sistematik dengan mengambil kira semua aspek material tidak ketinggalan alam sekitar. Dalam Petaling Jaya Sejahtera 2030, MBPJ mensasarkan menjelang 2030 untuk menjadikan Petaling Jaya bandar raya bersih, hijau

Petaling Jaya Sejahtera 2030dan efisien dengan berusaha memastikan alam sekitar tidak tercemar, meningkatkan biodiversiti dan kepelbagaian spesis tumbuhan dan juga penggunaan sumber secara efisien dan lestari.

Pelaksanaan aktiviti ini melibatkan program kitar semula minyak masak terpakai kepada biodiesel, projek mengkompos sisa organik, program menanam pokok, kawasan lapang angkat, sistem pengudaraan di tasik-tasik dan lain-lain aktiviti bagi menjamin alam sekitar terpelihara dengan kesan buruk yang minima.

Aspek pembangunan ekonomi dipergiat untuk menjadikan Petaling Jaya sebagai hab industri di negeri Selangor melalui perindustrian yang inovatif, pendidikan, jaringan hotel antarabangsa, sumber manusia yang berkualiti yang mampu menarik pelaburan tempatan dan luar negara. Hala tuju ini bakal dicapai dengan pelaksanaan jalinan kerjasama dengan bandar raya dunia melalui program bandar raya berkembar, pembangunan fasiliti komersial baru serta penyediaan prasarana yang lengkap.

Masyarakat harmoni, selamat dan prihatin merupakan elemen dalam hala tuju Budaya dan Komuniti. Untuk menjadi bandar raya berdaya huni, Petaling Jaya harus menjadi suatu tempat yang selamat dengan persekitaran yang terjamin dan masyarakat yang bertolak ansur serta penyayang.

Rangka kerja ini juga melibatkan pewujudan persekitaran yang indah dengan mengambil kira kepentingan semua golongan termasuk

golongan kurang upaya, sistem komunikasi, pengangkutan dan juga jaringan hijau di bawah hala tuju Habitat.

“Kita menggalakkan penduduk supaya mengamalkan sikap mesra alam dengan mengubah mod pengangkutan kepada pengangkutan awam. MBPJ akan menambah tempat letak kereta dengan menggunakan rentis elektrik di kawasan stesen pengangkutan awam seperti transit aliran ringan (LRT) untuk kegunaan orang ramai,” kata Datin Paduka Alinah.

Hala tuju seterusnya ialah Urus Tadbir Baik yang menggalakkan penglibatan komuniti dalam pengurusan bandar dan membuat keputusan. Masyarakat dari pelbagai organisasi dan latar belakang digalakkan mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan untuk memperkasakan dan menambah baik mekanisme, platform, komunikasi dengan masyarakat awam.

Petaling Jaya Sejahtera 2030 merupakan suatu perancangan jangka masa panjang untuk memperkasakan pentadbiran dalaman dan merancang pembangunan Petaling Jaya supaya menjadi sebuah bandar raya yang mampan dari segi alam sekitar dan pembangunan fizikal.

“Rangka kerja Petaling Jaya Sejahtera 2030 akan hanya dicapai dengan penglibatan padu semua pihak bukan hanya warga kerja MBPJ malah seluruh penduduk Petaling Jaya perlu memainkan peranan masing-masing terutama dalam menyokong usaha yang dilaksakanakan oleh MBPJ,” simpul Datin Paduka Alinah.

Page 10: BERITA PETALING JAYA • Julai

10 BERITA PETALING JAYA • Julai - Ogos 2014 • Ramadan - Zulkaedah 1435H BERITA

Jom Rebut Hadiah RM100,000 Anugerah Komuniti Mampan MBPJ

JALAN YONG SHOOK LIN, 21 APRIL – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengadakan Anugerah Komuniti Mampan 2014 dengan menawarkan hadiah lumayan berjumlah RM100,000 bagi menggalakkan komuniti Petaling Jaya melahirkan persekitaran yang mampan.

Anugerah berprestij ini merupakan kali ke-13 diadakan di bawah Program Agenda Tempatan 21 dan dibuka kepada Persatuan Penduduk, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan rukun tetangga komuniti di Petaling Jaya.

Melalui pendekatan Local Agenda 21, sejak tahun 2001 Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah melaksanakan Anugerah Perdana Komuniti Mampan Petaling Jaya yang bertujuan menggalakkan pembangunan mampan di kalangan komuniti serta memberi pengiktirafan di atas inisiatif dan pencapaian komuniti yang cemerlang dalam menambah baik kualiti alam persekitaran dan kemampanan komuniti.

Anugerah ini telah berjaya memupuk semangat perpaduan, permuafakatan dan kebersamaan dalam melaksanakan pelbagai inisiatif ke arah komuniti mampan.

Majlis sememangnya amat menghargai segala sumbangan barisan panel penilai selama ini yang secara sukarela membantu

MBPJ dalam menjayakan anugerah yang amat berprestij ini. Selama lebih 13 tahun, anugerah ini telah memberi dimensi baru kepada pelaksanaan local agenda 21 Petaling Jaya dan telah mencetuskan pelbagai amalan baik dan menggalakkan inisiatif komuniti mampan.

Bagi Anugerah Perdana Komuniti Mampan Petaling Jaya yang diteruskan untuk tahun 2014 ini, semua komuniti dan masyarakat di Petaling Jaya disaran supaya menyertai anugerah ini dan bersama-sama berganding bahu ke arah mewujudkan persekitaran yang mampan di Petaling Jaya.

Selaras dengan pelan strategik Sustainable Petaling Jaya 2030 yang disediakan Majlis pada tahun 2013, Majlis telah menambah baik 5 kategori inisiatif sedia ada di dalam anugerah ini berdasarkan hala tuju utama di dalam pelan strategik tersebut.

Majlis sememangnya meletakkan harapan yang tinggi agar tahun 2014 ini akan menyaksikan lebih banyak penyertaan daripada kawasan kejiranan dan organisasi penduduk di seluruh Petaling Jaya. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berhubung Anugerah Perdana Komuniti Mampan Petaling Jaya 2013, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Pembangunan Mampan, Jabatan Perancangan Pembangunan MBPJ menerusi

Aspek penilaian juga akan melihat dari perspektif yang lebih luas iaitu:

• INISIATIF ALAM SEKITAR (KE ARAH BANDARAYA BERSIH, HIJAU DAN EFISYEN)• INISIATIF EKONOMI BERDAYA SAING• INISIATIF BUDAYA & KOMUNITI (KE ARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT HARMONI, SELAMAT & PRIHATIN)• INISIATIF HABITAT BERDAYAHUNI• INISIATIF TADBIR URUS BAIK (MELALUI PENGLIBATAN KOMUNITI DALAM PENGURUSAN BANDAR)

Penerima Anugerah akan dihadiahkan:

TEMPAT PERTAMA : RM 50,000.00 Geran Pembangunan, Piala Pusingan datuk Bandar, Sijil Kepujian dan Cenderahati Iringan.

TEMPAT KEDUA : RM 25,000.00 Geran Pembangunan, Sijil Kepujian dan Cenderahati Iringan.

TEMPAT KETIGA : RM 10,000.00 Geran Pembangunan, Sijil Kepujian dan Cenderahati Iringan.

Anugerah Inisiatif Komuniti Mampan mengikut kategori akan dihadiahkan kepada lima komuniti di mana setiap satu akan menerima Piala, Sijil Kepujian dan Geran Pembangunan sejumlah RM 3,000.00

• Anugerah Inisiatif Komuniti Mampan PJ (Integrasi Sosial)

• Anugerah Inisiatif Komuniti Mampan PJ (Kejiranan Selamat)

• Anugerah Inisiatif Komuniti Mampan PJ (Kejiranan Hijau)

• Anugerah Inisiatif Komuniti Mampan PJ (Tadbir Urus)

• Anugerah Inisiatif Komuniti Mampan PJ (Keusahawanan)

talian 03-7956 3544 samb. 370 dan 374 atau e-mel kepada [email protected].

Anugerah yang telah dilaksanakan selama lebih 13 tahun ini diketuai oleh Datin Paduka Halimaton Saadiah Hashim yang mempunyai kepakaran dan pengalaman amat luas dalam setiap prinsip pembangunan mampan.

Pihak Majlis juga telah melantik seorang lagi ahli panel penilai yang sangat berpengalaman luas dalam aspek masyarakat sejahtera iaitu Dato’ Meme Zainal Rashid, merupakan Mantan Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) dan beliau kini bekerja bersama Malaysian Association of Social Workers.

Ahli Majlis Zon 24, Halimey Abu Bakar merasmikan Majlis Anugerah Komuniti Mampan 2014

Page 11: BERITA PETALING JAYA • Julai

BERITA PETALING JAYA • Julai - Ogos 2014 • Ramadan - Zulkaedah 1435H 11BERITA

JALAN YONG SHOOK LIN, 27 JUN - Seramai 1,600 peniaga yang yang beroperasi di 20 tapak bazar Ramadan sekitar Petaling Jaya berpeluang merebut Anugerah Peniaga Bazar Ramadan Mampan Terbaik 2014.

Ia merupakan suatu anugerah yang mengiktiraf peniaga yang mengamalkan amalan terbaik semasa menjalankan perniagaan sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Anugerah ini merupakan program tahunan yang dianjurkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang telah memasuki tahun ke-6.

Anugerah ini merupakan inisiatif MBPJ sebagai motivasi kepada peniaga untuk mengamalkan konsep 6K

iaitu kebersihan, kesihatan, keselesaan, keindahan, kesopanan dan kehijauan yang juga merupakan asas penilaian oleh MBPJ nanti.

Pemenang anugerah akan menerima sijil penghargaan dan hadiah misteri yang akan disampaikan semasa sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri MBPJ nanti.

Konsep bazar Ramadan mampan diperkenalkan selaras dengan visi Majlis untuk menjadikan Petaling Jaya sebuah Bandar Raya Berdaya Huni menjelang tahun 2013. Di bawah konsep ini, aspek-aspek seperti kebersihan, sosial, alam sekitar dan kerohanian diberi fokus.

Untuk meningkatkan kelancaran perjalanan bazar

Anugerah Peniaga Bazar Ramadan Mampan Terbaik 2014

Ramadan MBPJ tahun ini, skim penyusunan semula mengikut jenis-jenis jualan mengikut kumpulan iaitu makanan, kuih-muih, makanan bakar atau bergoreng dan minuman telah dilaksanakan.

Penyusunan ini dapat menjimatkan masa pengguna untuk mencari juadah dan membantu mengurangkan pencemaran. Majlis berharap melalui penyusunan semula petak ini juga dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas, meningkatkan kebersihan dan harga yang lebih kompetatif.

Majlis turut menggalakkan pengunjung membawa bekas guna semula bagi mengurangkan penggunaan beg plastik dan polistirena dalam strategi Majlis

mewujudkan bandar raya bersih, hijau dan efisien.

Bagi meningkatkan kesedaran 3R dan pemeliharaan alam sekitar, sebanyak 1,000 mangkuk tingkat akan diedarkan di 20 lokasi bazar Ramadan. Ini merupakan usaha Majlis bagi mendidik para peniaga dan pengunjung tentang pentingnya menjaga alam sekitar.

Dari segi kebersihan diri pula, pada tahun ini, MBPJ bersama-sama pihak Unilever Food Solution mengadakan pemberian apron dan juga topi secara percuma serta kursus penjimatan kos dalam penyediaan makanan kepada peniaga bazar di Petaling Jaya.

Tender & Sebut HargaMajlis Bandaraya Petaling Jaya

Sumber : Bahagian Tender dan Kontrak, MBPJ

No. / Tajuk Tender Kod Bidang Tarikh Jual Tarikh Tutup Harga Dokumen (RM)

MBPJ/TD/K/48/2014 Cadangan Meroboh dan Pembinaan Semula Hab Bas di Jalan Othman Serta Lain-Lain Kerja Berkaitan Secara Reka dan Bina (Design and Build) Petaling Jaya di Bawah Program NKRA Pengangkutan Awam Menggunakan Peruntukan Kerajaan Persekutuan

CIDB Gred G5-CE- CE01 dan Gred G5-CE-

CE21 dan Gred G5-B-B0414/07/2014 12/08/2014 100.00

MBPJ/SH/K/279/2014 Cadangan Menaik Taraf Kawasan Lapang Jalan SS 22/13 Untuk Majlis Bandaraya Petaling Jaya

CIDB Gred G1-CE- CE14 dan Gred G1-CE-

CE2123/07/2014 05/08/2014 50.00

MBPJ/TD/K/35/2014(R) Cadangan Kerja-Kerja Membaiki Kerosakan Fasiliti Bangunan dan Lain-Lain Kerja Penyelenggaraan Berkaitan di Stadium Petaling Jaya (Fasa 1) Tawaran Semula

CIDB Gred G3-CE- CE21 dan Gred G3-

B-B2414/07/2014 04/08/2014 100.00

MBPJ/TD/K/50/2014 Cadangan Menurap Semula Jalan dan Lain-Lain Kerja Yang Berkaitan di Jalan Persiaran Mahogany, Jalan Camar 4, Jalan Sepah Puteri 5/1 dan Jalan Persiaran Kenanga, Kota Damansara, Petaling Jaya (Tawaran Semula)

CIDB Gred G3-CE- CE01 dan Gred G3-CE-

CE21 dan Gred G3-CE- CE4214/07/2014 04/08/2014 100.00

MBPJ/TD/K/51/2014 Cadangan Menaik Taraf Bangunan Komplek A dan Komplek C di Seksyen 52, Petaling Jaya

CIDB Gred G3-CE- CE21 14/07/2014 04/08/2014 100.00

MBPJ/TD/K/49/2014 Cadangan Secara Reka dan Bina (Design and Build) Ruang Pejabat Tingkat 22 di Menara MBPJ Untuk MBPJ (Tawaran Semula)

CIDB Gred G3-B-B13 dan Gred G3-B-B28

dan Gred G3-B-B0707/07/2014 01/08/2014 100.00

MBPJ/SH/K/280/2014 Cadangan Kerja-Kerja Penyelenggaraan Secara Komprehensif 9 Unit Lif di Blok A, B dan C PPR Putra Damai, Lembah Subang, Petaling Jaya Untuk Tempoh 1 Tahun

CIDB Gred G1-ME-M03 18/07/2014 24/07/2014 50.00

MBPJ/SH/K/277/2014 Cadangan Kerja-Kerja Membina Pagar Hoarding Sementara dan Menambak Batu Kerikil Serta Kerja-Kerja Berkaitan di No. 10 Lot 130 Jalan Tinggi 6/12 Untuk MBPJ

CIDB Gred G1-CE- CE21 17/07/2014 23/07/2014 50.00

MBPJ/TD/K/278/2014 Cadangan Membekal dan Memasang Kain Tirai (Cyclorama) Untuk Pentas Utama di Dewan Sivik Auditorium MBPJ, Petaling Jaya

CIDB Gred G1-ME-M15 17/07/2014 23/07/2014 50.00

MBPJ/TD/B/34/2014(R) Cadangan Membekal Road Metal Kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya Bagi Tempoh 24 Bulan (Tawaran Semula)

MOF 140100 01/07/2014 21/07/2014 100.00

Page 12: BERITA PETALING JAYA • Julai

12 BERITA PETALING JAYA • Julai - Ogos 2014 • Ramadan - Zulkaedah 1435H

SERI SETIA, 5 APRIL - Pejabat Ahli Majlis Zon 23 MBPJ bersama Majlis Perwakilan Penduduk Zon 23 telah mengambil inisiatif membantu masyarakat dalam Program Teman Pili Bomba Bersama Penduduk Zon 23 MBPJ.

Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat kepentingan penjagaan pili bomba daripada sebarang vandalisme dan halangan untuk memastikan tiada sebarang masalah apabila berlaku kecemasan.

Program ini telah mendapat kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya serta Pasukan Bomba Sukarela Klang. Peserta telah diberi taklimat pengenalan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) undang-undang berkaitan pili bomba kepada penduduk yang hadir. Taklimat disampaikan Pegawai Kanan Bomba, Mohd Hazrin Muhammad. Program ini turut dihadiri Ahli Majlis Zon 22, Azizi Ariffin.

Peserta bergotong-royong membersih, mengecat pili bomba dan berpeluang menguji tekanan serta bekalan air pada pili bomba. Daripada program ini terdapat beberapa masalah yang telah dikenal pasti iaitu halangan terhadap pili bomba sama ada yang dilakukan penduduk atau semula jadi misalnya dihalang oleh pokok bunga atau tertimbus oleh tanah.

ZON AHLI MAJLIS

Azri Mohamad Arish (dua dari kiri) sedang menguji tekanan air salah satu pili bomba.

Teman Pili Bomba Bantu Pihak Berkuasa

AZRI MOHAMAD ARISHAhli Majlis Zon 23

Direktori PERKHIDMATAN

UNIT ADUAN AWAM Aduan Melalui E-mel - [email protected] Hotline 24 jam - 03-7954 2020 Aduan (Waktu Pejabat) - 03-7956 3544 samb.115 / 117 Aduan Melalui SMS - 33213

PEJABAT DATUK BANDAR 03–7956 3544 samb. 325

PEJABAT TIMBALAN DATUK BANDAR03–7956 3544 samb. 323

JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN Perkhidmatan Pelesenan - 03–7960 4667 / 03-7956 6922

JABATAN PERBENDAHARAAN Perkhidmatan Bayaran Cukai Taksiran - 03-7956 3544 sambungan 102/ 103/ 106/ 109

JABATAN KESIHATAN PERSEKITARAN Perkhidmatan Kawalan Alam Sekitar - 03-7956 2939 Perkhidmatan Bandar (Kutipan Sampah & Pembersihan

Kawasan) - 03-7955 5473 Perkhidmatan Kawalan Vektor dan Kesihatan Awam - 03-7955 2381

JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA Perkhidmatan Nilaian dan Pindah Milik Harta - 03-7954 5984/03-79545986

JABATAN KEJURUTERAAN Perkhidmatan Penyelenggaraan Infrastruktur - 03-7958 4221 Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal - 03-7876 7399 Pengurusan Tender dan Kontrak - 03-7960 2817 / 03-7960 2819

JABATAN PEMBANGUNAN KEMASYARAKATAN PerkhidmatanTempahan Dewan / Balai Raya / Gelanggang Sukan - 03-7956 3544 sambungan 148/ 158 Pembangunan Sukan & Kemudahan Am - 03-7960 1219 Pelancongan, Sukan Berprestasi Tinggi dan Kebudayaan - 03-7957 1195 Pembangunan Komuniti, Sosial & Belia - 03-7956 0206 Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya - 03-7781 2775

Perpustakaan Cawangan Taman Medan - 03-7781 1484 Perpustakaan Cawangan Kota Damansara - 03-6157 5420 Muzium Petaling Jaya - 03-7954 8122 Perkhidmatan Perkuburan - 03-7873 7895 Perkhidmatan Krematorium - 03-7873 7730

JABATAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN Proses Permohonan Kebenaran Merancang - 03-7956 3544 sambungan 360

JABATAN KAWALAN BANGUNAN Kelulusan Pelan Bangunan - 03-7956 3544 samb. 260

JABATAN PENGUATKUASAAN DAN KESELAMATAN Penguatkuasaan - 03-7958 8085 Tunda Kenderaan - 03-7956 3544 sambungan 149

JABATAN LANDSKAP DAN KEHIJAUAN BANDAR Perkhidmatan Hiasan / Permit Memancing / Penyelenggaraan Pokok Teduhan / Permit Taman

Permainan & Kawasan Lapang / Penebangan Pokok / Perundingan Landskap - 03-7804 8907 / 03-7804 8908

UNIT PERHUBUNGAN AWAM Sekretariat Media / Penerbitan - 03-7956 3544 sambungan 126 / 203

UNIT PERUNDANGAN Perundangan - 03-7958 6487 / 03-7957 5912

UNIT KORPORAT DAN INOVASI Pengurusan Kualiti - 03-7960 0716 / 03-7960 0927

UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC) Permohonan Pelan Pembangunan - 03-7954 1725 / 03-7956 3544 sambungan 400/ 401

UNIT PESURUHJAYA BANGUNAN (COB) Urusan Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan - 03-7960 1646 / 03-7960 2410

Moto & Misi Perkhidmatan Pelanggan MBPJ “Mesra, Cepat & Tepat Kualiti Keutamaan Kami”

Halangan terhadap pili bomba merupakan satu kesalahan yang boleh diambil tindakan seperti dalam Seksyen 26 Akta 341 yang menyatakan “mana-mana orang yang menutup, mengepung, atau menyembunyikan mana-mana pili bomba hingga menjadikan tempatnya sukar dipastikan, atau mengganggu mana-mana pili bomba, atau menggunakan pili bomba selain tujuan menentang kebakaran melakukan suatu kesalahan.”

Ahli Majlis Zon 23, Azri Mohamad Arish merakamkan

jutaan terima kasih kepada pihak Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya serta Pasukan Bomba Sukarela Klang yang turut bersama menjayakan program kali ini.

Semoga dengan wujudnya program sebegini dapat memberikan kesedaran kepada penduduk kepentingan menjaga pili bomba dan mengelakkan meletakkan sebarang halangan untuk mengelakkan sebarang masalah apabila waktu kecemasan seperti kebakaran.

AHLI

MAJLIS

ZON

Page 13: BERITA PETALING JAYA • Julai

BERITA PETALING JAYA • Julai - Ogos 2014 • Ramadan - Zulkaedah 1435H 13ZON AHLI MAJLIS

Tahlil & Bacaan Yasin

Sambutan Hari Ibu Bapa & Guru Sambutan Hari Guru

HALIMEY ABU BAKARAhli Majlis Zon 24

Majlis tahlil dan bacaan yasin telah berlangsung di Surau Al-Azhar, PJS6/1A, Kg. Lindungan turut dihadiri Ahli Parlimen Kelana Jaya, YB. Wong Chen.

ADUN Seri Setia, YB. Nik Nazmi Nik Ahmad hadir menyampaikan Skim TUNAS kepada anak-anak PASTI Al-Hidayah di majlis sambutan Hari Ibu Bapa dan Guru.

Sambutan Hari Guru di SS6, Kelana Jaya bertemakan "Mengenang Bakti Guru" telah dirasmikan Ahli Majlis Zon 24, Halimey Abu Bakar.

PERPUSTAKAAN KOMUNITI PETALING JAYAPERKHIDMATAN RUJUKAN / PINJAMAN BUKU DAN BAHAN PANDANG DENGAN (AV)

Tel : 03-7781 2775 / 03 - 7781 2790 | Faks : 03 - 7781 3729 | Laman Web : www.mbpjlibrary.gov.my

Isnin

Selasa -Jumaat

Sabtu

Ahad

Hari Waktu Biasa Bulan Ramadan

2.00 petang - 7.00 malam

9.30 pagi - 7.00 malam

9.30 pagi - 5.00 petang

9.30 pagi - 5.00 petang

12.00 tengahari - 7.00 malam

9.00 pagi - 5.00 petang

9.00 pagi - 5.00 petang

9.00 pagi - 5.00 petang

Page 14: BERITA PETALING JAYA • Julai

14 BERITA PETALING JAYA • Julai - Ogos 2014 • Ramadan - Zulkaedah 1435H

OSC MBPJ

Sumber : Unit Pusat Setempat, MBPJ

Kelulusan Kebenaran Merancang

Kelulusan Pelan Bangunan

Kelulusan Pelan Lampu Jalan, Lampu Isyarat dan Lampu Laman

Kelulusan Pelan Landskap

Kelulusan Pelan Jalan, Parit & Kerja TanahBil. Nama Projek Tarikh Diluluskan

1. Permohonan Serah Balik Kurnia Semula Untuk Cantuman Tanah di Bawah Seksyen 204A, Kanun Tanah Negara 1965 dan Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Tambahan dan Perubahan Kepada Rumah Sesebuah 3 Tingkat Sedia Ada di Atas dan Lot PT. 30303 (No. 34) dan Lot PT. 30305 (No. 38), Jalan TR 8/3, Tropicana Golf and Country Resort, Mukim Sungai Buloh, Daerah Petaling, PJU 3, Petaling Jaya Untuk En. Koon Poh Ming dan Ong Soo Fan

6.6.2014

2. Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Tambahan 1 Tingkat di Kedai Pejabat 3 Tingkat Sedia Ada Kepada 4 Tingkat, Kerja-Kerja Ubahsuaian Dalaman dan Luaran di Atas PT. 1367, (No. 2), Jalan SS 3/31, Mukim Damansara, Daerah Petaling, Petaling Jaya Untuk Tetuan Rain Tree House Sdn. Bhd.

6.6.2014

3. Permohonan Melanjutkan Tempoh Kelulusan Kebenaran Merancang Bagi Permohonan Serah Balik dan Berimilik Semula Tanah di Bawah Seksyen 204B, Kanun Tanah Negara dan Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Pembangunan Perumahan Berkembar 32 Unit 3 Tingkat di Atas Lot 51009 (Lot Lama PT. 8501), Mukim Sg. Buloh, Daerah Petaling, Jalan Istana Kota, Seksyen 9, Kota Damansara, Petaling Jaya Untuk Tetuan Hartawan Megajaya Sdn. Bhd.

6.6.2014

4. Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Membina Sesebuah Rumah Sesebuah 2 Tingkat di Atas Lot PT. 287, Mukim Pekan Chempaka, Daerah Petaling, Petaling Jaya, (No. 279), Jalan PJU 1/35, PJU 1, Petaling Jaya Untuk Puan Tee Chu Thu @ Tee Siew Choo.

12.6.2014

5. Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Membina Rumah Sesebuah 2 Tingkat di Lot 258 (No. 29), Jalan Changgai 6/22, Seksyen 6, Mukim Bandar Petaling Jaya, Daerah Petaling, Petaling Jaya Untuk Tetuan Wangsa Residency Sdn. Bhd.

12.6.2014

6. Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Meroboh dan Membina Semula Rumah Berkembar 1 Tingkat Sedia Ada Kepada 2 Tingkat di Atas Lot 17097, Mukim Bandar Petaling Jaya, Daerah Petaling (No. 1), Jalan SS 1/15 Petaling Jaya Untuk Tetuan Karen Ong Suet May.

12.6.2014

7. Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Meroboh Sebuah Rumah Sesebuah Satu Tingkat dan Membina Semula Rumah Sesebuah 2 Tingkat Di Atas Lot PT. 421, Mukim Pekan Chempaka, Daerah Petaling (No. 324), Jalan PJU 1/38, PJU 1, Petaling Jaya Untuk En. Loke Kam Seng dan Puan Bak Ah Chui.

12.6.2014

8. Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Membina Sesebuah Rumah Sesebuah 3 Tingkat di Atas Lot PT. 43212 (PN 49089), Mukim Pekan Chempaka, Daerah Petaling, (No. 370), Jalan PJU 1/3, PJU 1, Kg. Chempaka, Petaling Jaya Untuk Puan Lai Moi, Lai Ngan Tye dan Lew Yet Lan.

12.6.2014

9. Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Tambahan dan Perubahan Kepada Rumah Sesebuah 1 Tingkat Sedia Ada Kepada 2 Tingkat Di Lot 2, (No. 2), Jalan 5/9E, Seksyen 5, Petaling Jaya Untuk En. Chin Hoong Fong.

12.6.2014

10. Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Membina 1 Blok Bangunan Pencawang Masuk Utama 132 / 32 KV 3 Tingkat di Atas Lot 55982 (PT. 567), Jalan PJU 1A/19, Ara Damansara, Mukim Damansara, Daerah Petaling Untuk Tetuan Tenaga Nasional Berhad.

12.6.2014

11. Permohonan Melanjutkan Tempoh Kelulusan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Pembangunan 1 Blok Pangsapuri Perkhidmatan 26 Tingkat (Tower 1), 1 Blok Pangsapuri Perkhidmatan 25 Tingkat dan Hotel 12 Tingkat (Tower 2) di Atas 9 Tingkat Podium Tempat Letak Kereta Serta 2 Tingkat Ruang Perniagaan dan Pameran dan 1 Tingkat Basemen Tempat Letak Kereta Untuk Tetuan Asas Kenari Sdn. Bhd.

12.6.2014

12. Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Membina Rumah Sesebuah 2 Tingkat di Lot 6 (No. 48), Jalan Utara, Seksyen 52, Petaling Jaya Untuk Tetuan W. Atelier Sdn. Bhd.

25.6.2014

13. Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Tambahan dan Ubah Suai Rumah Berkembar 2 Tingkat Sedia Ada di Atas Lot 2061, Mukim Damansara, Daerah Petaling, (No. 20), Jalan SS 3/76, Petaling Jaya Untuk En. Keong Chee Leong dan Pn. Mun Yoot Heng.

25.6.2014

14. Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Tambahan dan Ubah Suai Ru-mah Sesebuah 2 Tingkat Sedia Ada Kepada 3 Tingkat di Atas Lot PT. 30332, Mukim Sungai Buloh, Daerah Petaling, (No. 25), Jalan TR 8/3, Tropicana Golf and Country Resort, Petaling Jaya Untuk En. Wong Thian Siong dan Pn. Ho Yu Lon.

25.6.2014

15. Pemohonan Secara Serah Balik dan Pemberimilikan di Bawah Seksyen 204D, Kanun Tanah Negara (KTN) dan Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Pembangunan 4 Blok Pangsapuri Perkhidmatan 35 Tingkat (744 Unit) di Atas 4 Tingkat Podium Yang Mengandungi Soho (62 Unit), Kedai, Kemudahan, Rekreasi dan Tempat Letak Kereta dan 1 Blok Tempat Letak Kereta 7 Tingkat dan Kemudahan di Atas Lot PT. 212 dan 213, Persiaran Tropicana, PJU 3, Mukim Damansara, Daerah Petaling, Tropicana Golf and Country Resort, Petaling Jaya Untuk Tetuan Mayfair Ventures Sdn. Bhd.

25.6.2014

16. Pemohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Pembangunan Perdagangan Yang Mengandungi : a) Fasa 1 : 1 Blok Bangunan Soho 27 Tingkat (512 Unit) Dengan Kemudahan Rekrea-si (Menara A) b) Fasa 2 : 1 Blok Bangunan Soho 27 Tingkat (512 Unit) Dengan Kemudahan Rekrea-si (Menara B) di Atas 6 Tingkat Podium Tempat Letak Kereta dan Ruang Perniagaan Berserta 1 Tingkat Basemen Tempat Letak Kereta di Atas Lot PT. 3870, Jalan SS 6/2, Kelana Jaya, Mukim Damansara, Daerah Petaling, Petaling Jaya Untuk Tetuan Reka Strategi Sdn. Bhd.

25.6.2014

Bil. Nama Projek Tarikh Diluluskan

1. Cadangan Pelan Kerja Tanah Bagi Cadangan Membina Sebuah Gereja 4 Tingkat Yang Mengandungi Tempat Letak Kereta di Tingkat Bawah, 1 Tingkat Dewan Sembahyang dan 2 Tingkat Kemudahan-Kemudahan di Lot 62804 (PT. 1335), Bandar Sunway, Daerah Petaling, Jalan PJS 8/9, PJS 8, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Praise Emmanuel Assembly.

6.6.2014

Bil. Nama Projek Tarikh Diluluskan

1. Pindaan Kepada Pelan Bangunan Yang Diluluskan Pada 15 Mei 2013 No File : MBP-J/120100/T/P10/365/2013 Bagi Cadangan Pembangunan 1 Blok Bangunan Pejabat Suite 44 Tingkat dan 2 Tingkat Aras Mezzanine, 2 Blok Bangunan Komersil 4 Tingkat Berserta Kemudahan dan 4 Tingkat Tempat Letak Kereta Aras Bawah Tanah Kepada Cadangan Pembangunan 1 Blok Bangunan Pejabat 44 Tingkat dan 2 Tingkat Aras Mezzanine, 2 Blok Bangunan Komersil 2 Tingkat Berserta 1 Tingkat Mezzanine Serta Kemudahan dan 4 Tingkat Tempat Letak Kereta Aras Bawah Tanah di Atas Lot 49682 dan Lot 49683 (22728 Parcel E & 22729 – Parcel F), Jalan Harapan, Petaling Jaya, Selangor Untuk Tetuan SDB SS 2 Development Sdn. Bhd.

6.6.2014

2. Cadangan Pembangunan Sebuah ‘PMU’ 3 Tingkat Serta 1 Tingkat 'Cable Cellar' dan Sebahagian Kemudahan Mekanikal dan Elektrikal di Atas Lot PT. 245 (Lot Asal 52541), Seluas 19.66 Ekar, Jalan SS 8/1, Seksyen 40, Mukim Damansara, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Sierra Peninsular Development Sdn. Bhd.

15.07.2013

3. Cadangan Pindaan Kepada Pelan Kelulusan MBPJ/120100/T/P10/1374/2007 Bertarikh 24 Sept 2007 dan 4 Feb 2010 Untuk 1 Blok Menara Pejabat 13 Tingkat (Fasa 3) Yang Mengandungi 9 Unit Kedai Berserta Kemudahan Di Tingkat Bawah dan 227 Unit Pejabat Dari Tingkat 1 ke Tingkat 12 Daripada Pembangunan Komersil Yang Mengandungi: 5 Blok Kedai Pejabat 3 Tingkat (62 Unit), 2 Blok Kedai Pejabat 4 Ting-kat (18 Unit), 1 Blok Menara Pejabat 13 Tingkat, 1 Blok Pangsapuri Servis 21 Tingkat Yang Mengandungi 2 Tingkat Kedai, 4 Tingkat Tempat Letak Kereta, 2 Blok Menara Pangsapuri Servis 15 Tingkat (358 Unit) Dengan 1 Tingkat Podium Yang Mengandungi Rumah Kelab dan Kolam Renang 1 Tingkat Basemen Tempat Letak Kereta Di Atas Sebahagian Lot 24525 (PT. 11540) dan 24527 (PT. 11542), Jalan SS 7/26, Kelana Jaya, Mukim Petaling, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Perantara Properties Sdn. Bhd.

25.6.2014

2. Pelan Jalan dan Perparitan Bagi Cadangan Pembangunan 1 Blok Bangunan Pejabat 44 Tingkat dan 2 Tingkat Aras Mezzanine, 2 Blok Bangunan Komersial 4 Tingkat Berserta Kemudahan dan 4 Tingkat Tempat Letak Kereta Aras Bawah Tanah di Atas Lot 49682 dan Lot 49683 (22728 - Parcel E & 22729 - Parcel F) Jalan Harapan, Bandar Petaling, Petaling Jaya Selangor Untuk Tetuan SDB SS 2 Development Sdn. Bhd.

6.6.2014

3. Pelan Jalan dan Perparitan Bagi Cadangan Meroboh dan Membina Semula Sebuah Ru-mah Sesebuah 1 Tingkat Sedia Ada Kepada 2 Tingkat di Atas Lot 5/6, Sek. 5, No.1, Jalan SS 5/4C, 46000 Petaling Jaya Untuk En. Loo Siew Har.

6.6.2014

4. Pelan Jalan dan Perparitan Bagi Cadangan Pembangunan 2 Blok Bangunan Pembangunan Perdagangan Bercampur Yang Mengandungi: Fasa 1 a) 3 Blok Pangsapuri Perkhidmatan 32 Tingkat (900 Unit) di Atas 8 Tingkat Podium Yang Mengandungi Ruang Perniagaan/Kemudahan Rekreasi/ Tempat Letak Kereta Berserta 1 Tingkat Basemen Tempat Letak Kereta di Atas Lot 37, Seluas 3.94 Ekar, Jalan Universiti, Seksyen 13, Petaling Jaya Untuk Tetuan Vacaron Company Sdn. Bhd.

6.6.2014

5. Pindaan Pelan Lulus Bertarikh 24/7/12 Untuk Cadangan Pelan Jalan dan Perparitan Bagi Cadangan Meroboh 1 Unit Rumah Sesebuah Rumah Sedia Ada (2 Tingkat) dan Membina 4 Unit Rumah Sesebuah (3 Tingkat) di Atas Lot 42766 dan Lot 42767, Jalan SS 22/32A, Damansara Jaya, Mukim Sungai Buloh Untuk Tetuan Ong Chong Realty Sdn. Bhd.

6.6.2014

6. Pindaan Pelan Lulus Bertarikh 8 April 2010 Untuk Cadangan Pelan Jalan dan Perparitan Bagi Cadangan Pembangunan Bercampur di Atas Lot PT 9814 & 9815 Seluas 100 Ekar Mukim Sungai Buloh Daerah Petaling Selangor Untuk Tetuan Permodalan Negeri Selangor Berhad Dengan Usahasama Semponia Sdn. Bhd. & Country Wheels Sdn. Bhd.

6.6.2014

Bil. Nama Projek Tarikh Diluluskan

1. Cadangan Landskap Bagi Cadangan Pembangunan Fasa 3 Yang Mengandungi : (a) 1 Blok Komersil 8 Tingkat ( Blok 9) - 28 Unit Kedai di Tingkat Bawah dan Tingkat 1, - 174 Unit Pangsapuri Servis di Tingkat 2 Hingga 7, Kemudahan Rekreasi dan Servis M&E di Paras Bumbung (b) 1 Unit Pencawang TNB di Atas 4 Paras Basemen Untuk Tempat Letak Kereta dan Kemudahan M&E Yang Sedia Ada di Fasa 1 Dalam Pembangunan Perniagaan Yang Diluluskan di Atas Lot No PT. 59215 (PM 55) & Lot 59216 (PN 8025), Jalan PJU 14/4, Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan MNH Global Assets Mangement Sdn. Bhd.

6.6.2014

2. Cadangan Landskap Bagi Pelan Susunatur Bagi Tujuan Penyerahan Balik dan Pemberi-milikan Semula di Bawah Seksyen 204B, K.T.N dan Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan 10 Unit Rumah Berkembar dan 2 Unit Rumah Sesebuah di Atas Lot 51437, 51438 dan 51439, Jalan Rimba Riang 9/4A, Seksyen 9, Kota Damansara, Mukim Pekan Baru Sungai Buloh, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Everest Pioneer Sdn. Bhd.

6.6.2014

3. Cadangan Landskap Bagi Cadangan Pembangunan Fasa 1A Yang Mengandungi : 2 Blok Pangsapuri Perkhidmatan 32 Tingkat (Menara 1A – 300 Unit dan Menara 1B – 300 Unit) di Atas 8 Tingkat Podium Terdiri Daripada Ruang Perniagaan/Kemudahan Rekreasi/Tempat Letak Kereta Berserta 1 Tingkat Basemen Tempat Letak Kereta di Atas Lot 37, Seluas 3.94 Ekar, Jalan Universiti, Seksyen 13, Petaling Jaya, Mukim Petaling, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Vacaron Company Sdn. Bhd. Daripada Cadangan Pembangunan Perdagangan Bercampur Keseluruhan: Fasa 1 (1A – 2 Blok & 1B – 1 Blok), 3 Blok Pangsapuri Perkhidmatan 32 Tingkat (90 Unit) di Atas 8 Tingkat Podium Yang Mengandungi Ruang Perniagaan/Kemudahan Rekreasi, Tempat Letak Kereta Berserta 1 Tingkat Basemen Tempat Letak Kereta, Fasa 2 – 1 Blok Menara Korporat 23 Tingkat, 1 Blok Menara Pejabat 19 Tingkat, 1 Blok Hotel 16 Tingkat di Atas 4 Tingkat Podium Yang Mengandungi Kompleks Perniagaan/Medan Selera/Kemudahan Rekreasi Berserta 2 Tingkat Basemen Tempat Letak Kereta dan 1 Blok Bangunan Soho 30 Tingkat (425 Unit) Berserta Kemudahan Rekreasi dan Ruang Perniagaan di Atas 6 Tingkat Podium Tempat Letak Kereta di Atas Lot 35 dan 37, Seluas 12.72 Ekar, Jalan Universiti, Seksyen 13, Petaling Jaya, Mukim Petaling, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Vacaron Company Sdn. Bhd.

6.6.2014

4. Cadangan Landskap Bagi Cadangan Membina 34 Unit Kedai/Pejabat 2 dan 3 Tingkat dan 1 Unit Pencawang Elektrik Daripada Pembangunan Keseluruhan : (i) 60 Unit Rumah Berkembar, (ii) 514 Unit Rumah Teres, (iii) 67 Unit Rumah Bandar di Bawah Seksyen 6 Akta Strata 1985 (Akta 318), (iv) 200 Unit Rumah Kos Sederhana, (v) 236 Apartmen Kos Rendah, (vi) 34 Unit Kedai Pejabat di Atas Sebahgian Lot PT. 9814, Jalan PJU 10/5, Sutera Damansara, Mukim Sungai Buloh, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Permodalan Negeri Selangor Berhad Dengan Usahasama Semponia Sdn. Bhd. & Country Wheel Sdn. Bhd.

6.6.2014

5. Cadangan Landskap Bagi Cadangan Membina 1 Blok Rumah Bandar Dupleks 3 Tingkat (44 Unit), 1 Tingkat Kemudahan di Atas Bumbung dan 1 Tingkat Basemen Tempat Letak Kereta di Atas Lot 62176, Jalan SS 7/17, Kelana Jaya, Mukim Damansara, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Sun Acres Development Sdn. Bhd.

6.6.2014

6. Cadangan Landskap Bagi Cadangan Membina Pencawang Masuk Utama 132/32 KV di Atas Lot 55982 (PT 567) Jalan PJU 1A/19 Ara Damansara, Mukim Damansara, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Tenaga Nasional Berhad.

12.6.2014

7. Cadangan Landskap Bagi Cadangan Pembangunan Perniagaan: (i) 4 Blok Pangsapuri Servis 35 Tingkat ( 744 Unit ) di Atas 4 Tingkat Podium Yang Mengandungi Soho ( 62 Unit ), Kedai, Kemudahan Rekreasi dan Tempat Letak Kereta (ii) 1 Blok Tempat Letak Kereta 7 Tingkat dan Kemudahan di Atas Lot 212 dan Lot 213, Persiaran Tropicana, PJU 3, Mukim Damansara, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Mayfair Ventures Sdn. Bhd.

25.6.2014

8. Cadangan Pelan Induk Landskap Bagi Cadangan Pembangunan Perdagangan Yang Mengandungi: Fasa 1 – 1 Blok Bangunan Soho 27 Tingkat (512 Unit) Dengan Kemudahan Rekreasi (Menara A) dan Fasa 2 – 1 Blok Bangunan Soho 27 Tingkat (512 Unit) Dengan Kemudahan Rekreasi (Menara B) di Atas 6 Tingkat Podium Tempat Letak Kereta dan Ruang Perniagaan Berserta 1 Tingkat Bawah Tanah Tempat Letak Kereta di Atas Lot PT. 3870, Jalan SS 6/2, SS 6, Kelana Jaya, Mukim Damansara, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Reka Strategi Sdn. Bhd.

25.6.2014

Bil. Nama Projek Tarikh Diluluskan

1. Cadangan Kelulusan Lampu Jalan/Laman Bagi Cadangan Pembangunan 1 Blok Pangsapuri Perkhidmatan 39 Tingkat Yang Mengandungi: 299 Unit Pangsapuri Perkhidmatan 38 Tingkat Berserta 1 Tingkat “Sky Lounge” dan 1 Blok Tempat Letak Kenderaan 7 Tingkat Yang Mengandungi 6 Tingkat Tempat Letak Kenderaan, 1 Tingkat Ruang Perniagaan, 1 Tingkat Kemudahan Rekreasi dan Tempat Letak Kenderaan di Aras Basemen dan Separa Basemen di Atas Lot PT. 47868, Jalan PJU 7/6, Mutiara Damansara, Mukim Sungai Buloh, Daerah Petaling Untuk Tetuan Glomac Al Batha Mutiara Sdn. Bhd.

6.6.2014

Page 15: BERITA PETALING JAYA • Julai

BERITA PETALING JAYA • Julai - Ogos 2014 • Ramadan - Zulkaedah 1435H 15

MARANG, 20 APRIL - Seramai 589 peserta dari 26 negara bertanding dalam Swimathon Kapas-Marang yang bermula dari Pulau Kapas ke Pantai Kelulut.

Peserta perlu berenang sejauh 6.5 kilometer yang ternyata menguji ketahanan

fizikal perenang.

Benjamin Konschak dari Jerman mengekalkan kejuaraan kategori lelaki dengan catatan 1:19:58 saat manakala Choong Kei Yern dari Malaysia di tempat kedua ketinggalan 13 minit di belakang pendahulu.

Bagi kategori wanita pula Irene Chong dari Malaysia menjuarai kategori wanita dengan catatan 1:37:40 saat, Nataliya Simak dari Ukraine di tempat kedua dan Tiffany Oon dari Malaysia ketiga.

Kakitangan Jabatan

JALAN SELANGOR, 14 – 15 JUN – Kejohanan Catur Terbuka Perpustakaan Komunti Petaling Jaya (PKPJ) ke-4 hangat dengan penyertaan peserta pelbagai peringkat umur dari dalam dan luar negeri Selangor.

Kejohanan ini berlangsung selama dua hari di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya dengan kerjasama Cerdik Catur Enterprise telah disertai seramai

200 peserta mengetengah bakat catur masing-masing.

Kejohanan dipertandingkan dalam tiga kategori iaitu 7 hingga 12 tahun, 13 hingga 17 tahun dan kategori terbuka.

Kejohanan ini lebih menarik dengan kehadiran peserta dari Filipina buat julung-julung kalinya yang turut memonopoli tiga daripada lima kedudukan teratas bagi kategori terbuka.

Ian Udani, Deleon Marohom Jr. dan Christopher Castellano masing-masing muncul selaku juara, tempat ketiga dan keempat mengenepikan saingan peserta-peserta lain.

Naib juara dan tempat kelima masing-masing dimenangi Fong Yit San dan Ahmad Fadzil Nayan.

Hadiah-hadiah kepada pemenang telah disampaikan Ahli Majlis Zon 13, Tang Fuie Koh.

Kejohanan ini mendapat sambutan yang menggalakkan memandangkan ia tersenarai sebagai kejohanan yang menyumbang mata untuk menentukan ranking di peringkat kebangsaan dan ia juga merupakan acara tahunan untuk mencungkil bakat baru dalam sukan catur.

Swimathon Antarabangsa Kapas - Marang 2014

Sambutan Hangat Kejohanan Catur Terbuka PJ

Penialaian dan Pengurusan Harta, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang juga ahli Kelab Sukan dan Kebudayaan (KSDK), Mohammad Rizal Ayub turut menyertai kejohanan dan telah berkaya menamatkan renangan dengan catatan masa 2:47:23 saat.

Perenang dari Kelana Jaya Swim Team turut mewakili Petaling Jaya menyertai kejohanan tahunan ini yang telah memasuki edisi ke-15.

Yang Dipertua KSDK, Ismathinoon Abdul Rahman hadir memberi sokongan dan kata-kata semangat kepada wakil MBPJ dan Kelana Jaya Swim Team.

Yang Dipertua KSDK, Ismathinoon Abdul Rahman bersama kakitangan MBPJ dan ahli Kelana Jaya Swim Team yang menyertai Swimathon edisi ke-15.

Ahli Majlis Zon 13, Tang Fuie Koh (dua dari kiri) bergambar bersama pemenang.

SUKAN

Page 16: BERITA PETALING JAYA • Julai

PERCUMA JULAI - OGOS 2014Bil. 4/2014 Ramadan - Zulkaedah 1435

Berita PETALING JAYAwww.mbpj.gov.my majlis bandaraya PJ Petaling Jaya City Council petaling jaya city council