bendera malaysia

6
Bendera Malaysia

Upload: nur-atiqah-liyana-tarmizi

Post on 08-Dec-2015

274 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

sejarah

TRANSCRIPT

Page 1: Bendera Malaysia

Bendera Malaysia

Page 2: Bendera Malaysia

Sejarah • Pada 29 November 1949, Majlis Raja-

Raja dengan kerjasama Majlis Perundangan Persekutuan telah mengadakan pertandingan peringkat kebangsaan untuk memilih reka bentuk bendera bagi kerajaan yang bakal dibentuk.

• Dalam pertandingan tersebut, ciptaan Encik Mohamad bin Hamzah (arkitek kerajaan Johor) dipilih sebagai pemenang. Walau bagaimanapun reka bentuk bendera tersebut telah dibuat beberapa pindaan dan telah diperkenankan oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950.

Page 3: Bendera Malaysia

• Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara. Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950.

• Sehubungan dengan itu, buat pertama kalinya Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan pegawai-pegawai King George VI pada 26 Mei 1950.

Page 4: Bendera Malaysia

• Setelah berkibar megah sejak 1950, pada malam 31 Ogos 1997, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang merupakan Perdana Menteri ketika itu telah mengukir satu lagi sejarah apabila beliau mengumumkan nama baru bagi Bendera Malaysia iaitu JALUR GEMILANG.

Page 5: Bendera Malaysia

Ciri-ciri Bendera Malaysia

• Mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar 

• Bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah,

• Tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan -Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak,Perlis,

 Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.

Page 6: Bendera Malaysia

• Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.

• Merah : Semangat waja• Putih : Tanda kesucian • Kuning : Warna Diraja bagi Duli-duli

Yang Maha Mulia Raja-raja.• Biru : Tanda Agama Islam - agama

rasmi bagi Persekutuan