belajar cara nak buat baju kurung

Upload: amirah-aziz

Post on 18-Jul-2015

274 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

BELAJAR CARA NAK BUAT BAJU KURUNGsapa-sapa nak bagi pendapat, komen atau apa-apa saje kliklah disiniView My Guestbook

Sign My Guestbook

BELAJAR CARA NAK BUAT BAJU KURUNGhttp://naninana.tripod.com OLEH naninana..........12.07.2004 e-mail saya : [email protected]

BLOUSE BANTAL BULAT KAIN LANGSIR ROYAL SCALLOP BAJU BUDAK BAJU KEBARUNG 01/02/05 leher-mata lalat- gambar confuse ckit. susah laaa

*************BAJU KURUNG

Inilah asas baju kurung, A, B, C, D dan E Senang bukan? Apa-apanya... A B C D E Badan. - Kain dilipat 2, potong, jadi satu keping depan dan belakang Tangan - 2 keping, kiri dan kanan Kekek- 2 keping, kiri dan kanan Pesak - kiri 2 keping, kanan 2 keping = 4 keping lah Leher - satu je

CARA MENGUKUR - UKUR DALAM INCI ( " )Cara saya senang aje. Ambil baju yang siap. dan Ukur semuanya,

UKURAN ai, aii aii bi biii bi c di dii Ukur bahu (ai) dan bawah (aii) - biar sama ukuran Ukur Labuh Baju, kadang - kadang depan labuh sikit dari belakang Ukur Panjang Tangan Ukur Lebar Tangan Atas (ukur depan aje(separuh)) Ukur lebar tangan bawah (separuh) Ukur kekek, ini 4 segi sama Ukur lebar pesak atas Ukur lebar pesak bawah

BILA POTONG, LEBIHKAN UNTUK JAHITAN Lebihkan 3/4" kiri, 3/4" kanan Lebihkan 1 1/2 " - 2 " bawah Lebihkan 1" bawah dan 3/4" atas Lebihkan 3/4 " Lebihkan 3/4" Lebihkan 3/4" kiri dan 3/4" kanan Lebihkan 3/4" kiri dan 3/4" kanan Lebihkan 3/4" kiri dan 3/4" kanan

ei

Bulatkan elok-elok leher baju tu, ukur macam biasanya 4 3/4", tak ni , luasanya sama aja. payah lebih, ngam2 atau kecikkan sikit dlm 2 mm Ukur labuh leher baju tu biasanya 4 - 41/2"

eii

CARA MEMOTONG KAIN

AI ialah labuh Baju (+ lebih utk jahitan), Kemudian kain dilipat dua, mengikut ukuran labuh baju tadi

A1 - ialah labuh baju, A2 ialah bahu (Jangan lupa lebihan untuk jahitan) Ha, Dah tandakan dengan kapor, potonglah., bila dibuka jadi satu bahagian badan, panjaaaaang sebab depan dan belakang sekali., Kemudian, badan tu dilipat 4, dan di gosok, untuk menandakan bahagian bahu kiri dan kanan, dan juga tengah, untuk potong leher nanti.

potong bahagian tangan

Kita ambil Bahagian B untuk Tangan Ini lebih kain yang telah dipotong badan. B untuk tangan. Ambil ukuran biii (tangan atas), katakan 8". campurkan 3/4" untuk lebihan jahitan. kalikan 2 (untuk depan belakang) - 8 3/4 + 8 3/4 = 17 1/2 . so, B = 17 1/2 " Lipatkan B, dan ukur panjang tangan pula (bI)

Potong Bahagian tangan, lipat dua, buat garisan sambungkan tangan atas dan bawah, potong ikut garisan tersebut. POTONG PESAK (4 keping)

kita akan ambil Bahagian D untuk Pesak Cara saya mengukur pesak .

OK, katakan pesak atas (di) ialah 2" dan pesak bawah (dii) ialah 4 ". saya perlu lebihkan 3/4" setiap kiri kanan pesak, so, kiraan saya ialah 3/4" + 3/4" + 2" untuk pesak atas, dan 3/4" + 3/4" + 4" untuk pesak bawah Di gambar P1, kita akan lipat bahagian dx untuk dijadikan pesak Ukuran dx ialah 3/4" + 3/4" + 2" + 3/4" + 3/4" + 4" = 9 " Lipat dx sebanyak 9 inci . Potong Pesak (4 segi ) kemudian, ukurkan di dan dii . Buat satu garisan lurus menyambungkan di dan dii. potong garisan tersebut, dan potong kiri dan kanan pesak.

Jangan lupa tandakan dengan kapur di bahagian yang lurus, supaya senang apabila hendak cantumkan semasa menjahit. tandakan depan dan belakang. Lebih mudah sepasang tandakan bahagian pesak bawah dan sepasang lagi ditandakan dipesak atas. apabila sambung untuk menjahit, satukan yang bertanda kapur.

POTONG KEKEKCari kain lebihan, potongkan kekek 4 segi. jangan lupa lebihkan untuk jahitan 3/4" kiri dan 3/4" kanan. Contoh 3" , so, 3"+3/4"+3/4" = 4 1/2"

ADUHHHH, SELESAI DUA BAB, MENGUKUR DAN MEMOTONG

nak tunjuk cara mencantum semasa menjahit pulak.... tapi, kena buat / tebuk leher dulu!

PERSEDIAN NAK BUAT LEHER Ambil bahagian badan tadi, kan dah suruh gosok, so, adalah bahagian tengahkan? potongkan sikit untuk tandakan bahagian leher.

tadi ukur leher? katakankan 5" Ambil kertas suratkhabar, lipat separuh, buatkan macam ni, gunting pelan tersebut

Lepas tu, ambil kain badan tadi, buka panjang dan lipat dua. Letakkan pelan leher di tanda guntingan. lekatkan dengan jarum peniti, atau jahit jelujur, potong betul2 ikut pelan tu.

ambil satu kain lebih (perca), guna pelan leher tu, potong kat badan tu.

potong satu lagi sama macam

Cantumkan leher pada badan dengan leher pada kain perca tadi. jahit jelujur halushalus sekeliling leher tu. kemudian diterbalikkan, kain perca jadi bahagian dalam badan. jelujur kasar pulak untuk jahit bunga/ mata lalat.. apa-apalah.

okeylah tu bahagian leher. Jahit mata lalat nantilah, kalau tak tindih aje dengan mesin.

CANTUM BADAN 1. Ambil sepasang pesak, tadi kita dah tanda dengan kapur, bahagian atas pesak dan bahagian bawah pesak., ambil yang kita tandakan tu (yang sama ye..., atas dan atas. 2. Ambil satu kekek

Cantumkan, merah dengan merah, biru dengan biru dan kemudian hijau dengan hijau

Cantumkan pesak yang telah sambung dengan kekek tadi pada tangan mengikut biru dengan biru, depan dan belakang. kemudian cantumkan tangan, hijau dengan hijau. Buat kan kedua-dua belah, kiri dan kanan.

Badan sudah, pesak, kekek dan tangan sudah. Sekarang ini kita cantumkan kedua-dua bahagian pulak

cantumkan bahagian tengah badan dengan bahagian tengah tangan. Jahit depan kiri dahulu, kemudian belakang kiri..., atau kanan, belakang dulu..., mana-manalah, asalkan sesual.

DAPAT TAK BAJU KURUNG?????, kemudian, gosoklah bahagian bawah tangan dan badan, kemudian jahitkan dengan jahit zigzag...., leher belum siap, tapi, dah boleh pakai dah....

Nota Baju Kurung Pesak GantungAssalamualaikum, Kali ni saya akan beri nota baju kurung pesak gantung kerana ramai yang mencari nota ni. Saya harap anda semua berjaya membuat baju kurung pesak gantung daripada nota ni. Sila tinggalkan komen anda =) BAJU KURUNG PESAK GANTUNG

Ukuran-ukuran Paras pinggang belakang Paras Punggung Labuh baju Lebar bahu Labuh tangan dari tengkuk Keliling pangkal lengan Keliling leher Keliling dada Keliling punggung Cara-cara merajah pola

Badan 0-1 = Ukuran paras pinggang belakang dicampur 2cm 2-1 = Ukuran paras punggung 3-0 = Ukuran labuh baju dicampur 2cm 4-3/5-0 = 1/2 ukuran lebar bahu Lengan 6-0 = Ukuran labuh lengan ditolak ukuran 5-0 7-6 = 1/3 ukuran pangkal lengan dicampur 3cm atau mengikut suka Gariskan untuk mendapat 8 dan 9 Pesak atas 10-9 = 1/4 keliling dada dicampur 4.5 cm atau mengikut suka 12-11 = dinaikkan 3cm dari garis pinggang 13-12 = 4cm 14-13 = dinaikkan 2cm Sambungkan 14-12. Bentukkan 10-14 Pesak bawah 15-2 = 1/4 keliling punggung dicampur 4.5cm atau mengikut suka. Sambungkan 14-15 untuk mendapatkan 16. Leher

(seperti membuat leher baju kurung biasa)

Cara menjahit baju kurung pesak gantung 1. Ketepikan kertas-kertas pola setelah memindahkan tanda-tanda pola dari kertas ke fabrik. 2. Rujuk di sini untuk lubang leher. 3. Cantumkan bahagian-bahagian baju: - Cantumkan pesak-pesak atas pada kelim rusuk. - Cantumkan pesak-pesak bawah pada kelim rusuk mengikut ira lurus. - Cantumkan pesak atas pada pesak bawah. Kelim ditekan hala ke bawah. - Cantumkan pesak-pesak pada lengan baju. Kelim ditekan hala ke pesak. - Cantumkan bahagian-bahagian ini pada badan baju. Kelim ditekan hala ke pesak. 4. Lipat dan jahit kelepet-kelepet. Jahit kemasan leher. *** Selepas setiap cantuman hendaklah diseterikakan supaya lebih kemas. Beginilah hasilnya.. anda punya tak lawa? CUBA LAGI! jangan putus asa.. bukan buat sekali je terus elok.. teruskan usaha