bandingkan ciri-ciri kerajaan agraria maritim
DESCRIPTION
Bandingan dari segi kedudukan geografi, kegiatan ekonomi, kemahiran penduduk dan hubungan luar.TRANSCRIPT
PITOS 103 / 2 Prasejarah Dan Protosejarahsehingga pembentukan Tamadun Awal
Bandingkan ciri-ciri kerajaan agraria dan kerajaan maritim dari aspek kedudukan geografi, kegiatan ekonomi, kemahiran penduduk dan hubungan luar.
Zairol Nizam Bin Noor Zaini
Mazlan Bin Junus
Azmir bin Muhamad
Tharmaraja A/L Nallappan
Definisi Kerajaan
Kerajaan Agraria Kerajaan Maritimkerajaan agraria
bergantung kepada pertanian
Contoh kerajaan: ◦ Funan
◦ Angkor
kerajaan maritim bergantung kepada laut.
Contoh kerajaan :◦ Kedah Tua
◦ Majapahit
◦ Srivijaya
◦ Chih Tu
◦ Champa.
Kerajaan Agraria
Angkor Funan
diasaskan pada abad ketujuh Masihi.
Pusat kerajaan terletak di kawasan hilir Sungai Mekong.
Kawasan pertanian utamanya di sekitar tasik Tonle Sap.
Kerajaan Angkor membina baray untuk memudahkan sistem pertaniannya.
Sistem pemerintahan tertumpu kepada raja yang mempunyai kuasa mutlak dan dianggap sebagai Devaraja.
diasaskan pada abad pertama Masihi.
merupakan kerajaan terawal di Asia Tenggara.
Pusat pemerintahan di Vyadhapura.
membina empangan, saliran dan takungan air untuk mengairi kawasan pertanian terutamanya sawah padi.
Bekalan air diperoleh daripada Sungai Mekong dan kawasan persisiran pantai.
Sungai Mekong merupakan jalan perhubungan perdagangan dan pelabuhan Oc-Eo merupakan pelabuhan utamanya.
Kerajaan Maritim
Champa Chih Tudiasaskan sekitar
tahun 192 Masihi oleh Chu-Lien.
Raja Champa dipengaruhi oleh agama Hindu.
Pelabuhan terkenal Kerajaan Champa ialah pelabuhan Inderapura.
Raja Guatama pada abad keenam Masihi.
Menurut catatan I-Ching, Chih Tu bermaksud Tanah Merah.
Sistem pemerintahan Kerajaan Chih Tu adalah sistem beraja yang mengikut corak pemerintahan kerajaan Srivijaya yang menerima pengaruh Hindu.
Kerajaan Maritim
Kedah Tua Majapahit merupakan kerajaan awal yang
terkenal di Semenanjung Tanah Melayu.
diasaskan pada kurun kelima Masihi.
Pelabuhan utama pada peringkat awal terletak di Sungai Mas dan kemudiannya berpindah ke Lembah Bujang.
Pelabuhan Kedah Tua menjadi pusat pertukaran barang-barang dan tempat persinggahan pelayar dari Arab, Parsi, India, dan Sri Lanka sebelum meneruskan pelayaran ke Timur.
diasaskan oleh Raden Wijaya.
Kerajaan ini menjadi tempat perdagangan utama pada abad ke-15 Masihi.
Antara pelabuhan utama Kerajaan Majapahit ialah Kataha (Kedah Tua) dan Temasik.
Kerajaan Majapahit dikunjungi oleh pedagang dari Asia Tenggara, China, India, dan Timur Tengah.
Kerajaan Maritim
Srivijaya Kekuasaan Srivijayadiasaskan sekitar abad
ketujuh Masihi berpusat di Pelembang,
Sumatera. Pelabuhan penting
kerajaan Srivijaya ialah Palembang.
Kerajaan Srivijaya menjadi pusat pertukaran barangan dalam kegiatan perdagangan antara China, India, dan Barat.
Ciri Pertama : Kedudukan Geografi
Agraria Maritim
Kerajaan agraria terletak di kawasan pertanian yang subur terutamanya di lembah-lembah sungai serta di pedalaman.
Kerajaan Angkor terletak berhampiran sebuah tasik iaitu Tasik Tonle Sap
Kerajaan Funan pula terletak berdekatan Sungai Mekong yang memudahkan kerajaan Funan untuk mendapatkan bekalan air.
Kerajaan maritim pula merupakan terletak di persisiran pantai.
Kebanyakan kerajaan maritim terletak di muara sungai.
Sungai berfungsi sebagai laluan perdagangan ke kawasan pedalaman.
Akibatnya, pelabuhan muncul sebagai pusat perdagangan di kuala sungai dan juga menjadi kawasan penempatan pendududuk.
Ciri Kedua : Kegiatan Ekonomi
Agraria Maritim
Berasaskan pertanian menanam padi buah-
buahan, sayur-sayuran serta rempah-ratus.
mengutip hasil hutan mengumpul sarang burung
dari gua. menangkap ikan . menternak binatang hasil pertanian yang
berlebihan akan diperdagangkan kepada penduduk yang memerlukan secara sistem barter.
Berasaskan laut.
menangkap ikan. memungut pelbagai jenis
hasil laut menjalankan perdagangan
antarabangsa membina kapal layar dan
perahu menjadi ahli pelayaran pusat pengumpulan
barangan dari kawasan sekitar seperti hasil hutan, rempah-ratus, damar, gaharu, cendana, dan ubat-ubatan tradisional.
Ciri Ketiga : Kemahiran Penduduk
Agraria Maritim
Membina empangan dan saliran
Tonle Sap - sistem pengairan untuk kegiatan pertanian padi sawah. Kawasan di sekitar Tonle Sap subur dan sesuai untuk menanam padi.
Baray - tempat takungan air buatan manusia untuk mengairi tanah pertanian seluas 12.5 juta hektar. Air bertakung di baray pada musim hujan kemudian disalirkan ke sawah padi pada musim kemarau. Baray juga membekalkan air minuman.
kemahiran mengukir perhiasan dan memahat.
Mahir membuat kapal dan menguasai ilmu pelayaran.
Pedagang dari kerajaan maritim mampu belayar sampai ke Afrika Timur.
Contohnya kerajaan Srivijaya yang mampu menguasai Selat Melaka, Selat Sunda, dan Laut Jawa untuk mengawal seluruh perdagangan maritim di Kepulauan Melayu
Ciri Keempat : Hubungan Luar
Agraria Maritim
Kerajaan agraria bergantung kepada kerajaan maritim utuk mendapatkan barangan mewah
Kerajaan Funan - pelabuhan Oc-Eo
Kedudukan kerajaan Funan yang strategik berhampiran dengan Teluk Siam di Segenting Kra dan berhampiran dengan laluan perdagangan memudahkan Funan berhubung dengan negara luar - kapal dagang dari China, Arab dan India berlabuh
abad 1 - ke-4 M, laluan perdagangan laut India-China (Teluk Benggala-jalan darat -Segenting Kra - Teluk Siam –Funan)
Peranan pelabuhan ◦ pelabuhan pembekal
◦ pelabuhan kerajaan
◦ pelabuhan entreport.
membekalkan hasil tempatan seperti logam emas dan timah, hasil hutan, hasil laut, dan sumber makanan yang sering dikehendaki oleh pedagang dari Jenderam Hilir dan Klang (Selangor), Kuala Terengganu (Terengganu) dan Kuala Selinsing (Perak).
….sambungan
Ciri Keempat : Hubungan Luar
samb…Maritim
pelabuhan entreport berfungsi sebagai pusat pengumpulan barang dagangan dari kawasan sekitar dan dijual kepada pedagang antarabangsa atau membeli barang daripada pedagang antarabangsa dan mengedarkannya kepada pedagang dari pelabuhan berhampiran.
pelabuhan kerajaan seperti Kedah Tua dan Srivijaya yang terletak di Selat Melaka dan Selat Sunda berkembang sebagai pusat perdagangan kerana kedudukannya yang strategik.
Kesibukan di pelabuhan menyebabkan bahasa Melayu menjadi bahasa lingua-franca untuk perhubungan.
KesimpulanSejarah telah membuktikan kerajaan awal di Asia
Tenggara merupakan kerajaan agung. Kedua-dua kerajaan ini saling bergantungan di
antara satu sama lain.Kerajaan Funan yang pada mulanya merupakan
kerajaan agraria bertukar menjadi kerajaan maritim.Setiap kerajaan mempunyai keunikan tamadunnya
yang tersendiri.Kita sewajarnya berbangga dengan pencapaian
kerajaan awal yang telah membuktikan kebolehannya mengendalikan pelabuhan dan perdagangan bertaraf dunia.
Kita juga patut bersyukur krn dikurniakan tanah yg subur dan hasil pertanian yg baik.
Soalan ?
Soalan 1
Terletak di hilir Sungai Mekong.Diasaskan pada abad ke-7 Masihi
Kerajaan di atas merujuk kepada A Kerajaan FunanB Kerajaan AngkorC Kerajaan PalembangD Kerajaan Kedah Tua
Soalan 2Lembangan sungai
Kawasan yang subur
Kawasan pedalaman
Senarai di atas merujuk tentang kegemilangan kerajaan Funan
Apakah kegiatan kerajaan tersebut?
I Perikanan
II Pertanian
III Perdagangan
IV Perlombongan
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
Soalan 3Kerajaan Chih Tu diasaskan oleh Raja
Gautama pada abad ke-6 Masihi. Chih Tu bermaksud ?
A Tanah MerahB Tanah KuningC Tanah HitamD Tanah Putih