band moral

8
1.0 Pengenalan Penilaian merupakan satu proses sistematik yang dijalankan dengan tujuan mengumpulkan maklumat untuk membuat suatu taksiran. Taksiran ini amat berkaitan dengan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan, dan pencapaian. Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kirasemua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi akan membantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang, dan membina instrument pentaksiran, menganalisis maklumat pentaksiran, melapor dan membuat tindakan susulan. Melalui aktiviti pentaksiran, guru akan dapat memastikan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah pendidikan Kebangsaan. Terdapat dua jenis penilaian di sekolah iaitu Penilaian Formal dan Penilaian Sumatif. Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Kekuatan murid yang telah menguasai sesuatu nilai dan tindakan secara bermoral dapat diperkukuh dan diperkayakan. Melalui aktiviti tindakan susulan yang efektif, guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian sumatif dan penilaian di

Upload: sadisz

Post on 12-Feb-2016

239 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

assigment

TRANSCRIPT

Page 1: Band Moral

1.0 Pengenalan

Penilaian merupakan satu proses sistematik yang dijalankan dengan tujuan

mengumpulkan maklumat untuk membuat suatu taksiran. Taksiran ini amat berkaitan dengan

keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru memainkan peranan penting dalam

mengesan kebolehan, kemajuan, dan pencapaian. Dalam dunia pendidikan, penilaian yang

sistematik, dengan mengambil kirasemua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau

dapatan yang diperolehi akan membantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang

tepat. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang, dan membina

instrument pentaksiran, menganalisis maklumat pentaksiran, melapor dan membuat tindakan

susulan. Melalui aktiviti pentaksiran, guru akan dapat memastikan potensi secara menyeluruh

dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah

pendidikan Kebangsaan. Terdapat dua jenis penilaian di sekolah iaitu Penilaian Formal dan

Penilaian Sumatif.

Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid

mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya

kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Kekuatan murid yang telah menguasai

sesuatu nilai dan tindakan secara bermoral dapat diperkukuh dan diperkayakan. Melalui

aktiviti tindakan susulan yang efektif, guru dapat membantu murid meningkatkan

kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam

penilaian sumatif dan penilaian di peringkat pusat dan dalam diri murid dari aspek

kognitif/pemikiran afektif/perasaan dan tingkah laku moral.

2.0 Nilai Kasih Sayang

Nilai yang dipilih dalam penulisan ini adalah kasih sayang, Perasaan cinta, kasih dan

sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga Memuliakan setiap anggota

keluarga dengan berinteraksi dan memberikan layanan secara bersopan untuk mewujudkan

keluarga yang harmonis. Murid akan dinilai bermula dengan mengetahui makna kasih sayang

dalam band 1, kemudian mengetahui dan memahami nilai kasiang sayang terhadap sekolah

dengan kebolehan memberi penjelasan tentang maksud dan faham apa itu kasih sayang

terhadap sekolahnya. Begitulah seterusnya band 3 hingga ke band 6 murid dapat

mengamalkan nilai kasih sayang terhadap sekolah.

Page 2: Band Moral

Band Pernyataan Standard Deskriptor Eviden1 Mengetahui nilai-nilai

universal, nilai-nilai berkaitan dengan budi pekerti mulia dan nilai-nilai yang berkaitan dengan peraturan masyarakat

Mengetahui nilai kasih sayang seperti menyayangi sekolah

Boleh menyatakan cara menyayangi sekolah

2 Mengetahui dan memahami nilai-nilai universal, nilai-nilai berkaitan dengan budi pekerti mulia dan nilai-nilai yang berkaitan dengan peraturan masyarakat

Mengetahui dan memahami nilai kasih sayang seperti menyayangi sekolah

Boleh menjelaskan kepentingan menyayangi sekolah.

3 Mengetahui, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai universal, nilai-nilai berkaitan dengan budi pekerti mulia dan nilai-nilai yang berkaitan dengan peraturan masyarakat

Mengetahui, menghayati dan mengamalkan nilai kasih sayang seperti menyayangi sekolah

Boleh mengamalkan sikap sayang terhadap sekolah

4 Mengetahui, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai universal, nilai-nilai berkaitan dengan budi pekerti mulia dan nilai-nilai yang berkaitan dengan peraturan masyarakat dengan tertib

Mengetahui, menghayati dan mengamalkan nilai kasih sayang seperti menyayangi sekolah dengan tertib

Boleh menceritakan perasaan apabila menyayangi sekolah

5 Mengetahui, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai universal, nilai-nilai berkaitan dengan budi pekerti mulia dan nilai-nilai yang berkaitan dengan peraturan masyarakat dengan tertib dan terpuji

Mengetahui, menghayati dan mengamalkan nilai kasih sayang seperti menyayangi sekolah dengan tertib dan terpuji

Boleh mengamalkan dan memupuk sikap sayang terhadap sekolah

6 Mengetahui, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai universal, nilai-nilai berkaitan dengan budi pekerti mulia dan nilai-nilai yang berkaitan dengan peraturan masyarakat dengan sempurna dan boleh dicontohi

Mengetahui, menghayati dan mengamalkan nilai kasih sayang seperti menyayangi sekolah dengan sempurna dan boleh dicontohi

Sentiasa mengamalkan dan peka dalam memupuk sikap sayang terhadap sekolah dan boleh dicontohi

3.0 Band dan perkaitan antaranya

Page 3: Band Moral

Band adalah menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan

bagi tujuan pelaporan tahap penguasaan murid. Band 6 adalah band tertinggi manakala Band

1 adalah band terendah. Deskriptor adalah pernyataan tentang tingkah laku terperinci yang

boleh diperhati dan diukur dalam menentukan prestasi atau tahap penguasaan murid dalam

pembelajaran. Deskriptor mengandungi tingkah laku yang perlu dipamerkan dalam

pentaksiran, cakupan kriteria atau aspek yang ditaksir dan dimensi kualiti tingkah laku

(Qualifier) yang perlu dipamerkan oleh murid. Murid perlu menguasai setiap deskriptor untuk

menentukan band yang dicapainya.

Penguasaan setiap deskriptor membuktikan murid telah menguasai semua standard

kandungan / hasil pembelajaran bagi band berkenaan. Boleh, murid boleh ditaksir pada band

yang lebih tinggi walaupun dia belum menguasai setiap deskriptor dalam band terdahulu

kerana guru mengajar berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum (DSK) / Sukatan Pelajaran.

Walau bagaimanapun, murid perlu menunjukkan evidens lisan atau bertulis atau bahan yang

membuktikan bahawa murid telah menguasai deskriptor dalam band yang terdahulu. Evidens

boleh dikemukakan dalam bentuk bahan atau murid itu sendiri. Salah satu kelebihannya ialah,

Pentaksiran ini tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi

melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan enerangkan tentang kemajuan dan

pertumbuhan murid tersebut dalam pembelajaran berdasarkan pernyataan standard. Justeru,

murid-murid akan dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat

berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan

dengan orang lain.

Penilaian Pendidikan Moral di sekolah yang menitik beratkan domain afektif iaitu

berhubung dengan pembentukan nilai dan sikap menghadapi pelbagai masalah. Antaranya

penilaian cara ini susah untuk dinilai. Proses penilaian memerlukan masa yang panjang dan

membawa banyak implikasi. Kesimpulannya, oleh sebab Pendidikan Moral banyak

menyentuh tentang nilai dan sikap, maka mata pelajaran ini mengalami banyak masalah

apabila proses penilaian dibuat.

Penilaian Pendidikan Moral di sekolah yang menitik beratkan domain afektif iaitu

berhubung dengan pembentukan nilai dan sikap menghadapi pelbagai masalah. Antaranya

penilaian cara ini susah untuk dinilai. Proses penilaian memerlukan masa yang panjang dan

membawa banyak implikasi. Kesimpulannya, oleh sebab Pendidikan Moral banyak

menyentuh tentang nilai dan sikap, maka mata pelajaran ini mengalami banyak masalah

apabila proses penilaian dibuat.

Page 4: Band Moral

Penilaian kendalian sekolah rendah (PKSR) ialah suatu sistem penilaian berhubung dengan

kebolehan dan prestasi pelajar. Penilaian ini dijalankan oleh pihak sekolah berasaskan

matlamat KBSR. Alat ujian merupakan alat-alat yang direka bentuk oleh guru dan bukan

agensi peperiksaan di peringkat pusat. Sebenarnya PKSR ialah proses penilaian yang

diselaraskan dengan proses pengajaran pembelajaran di bilik darjah untuk mengesan

kemajuan perkembangan individu secara menyeluruh.

Tujuan-tujuan PKSR

i. Meningkatkan mutu penilaian kerana item penilaian digubal oleh sekumpulan

guru di peringkat daerah dan bukan seorang dua guru di satu-satu sekolah. Kerana

itu proses pengukuran pembelajaran pelajar lebih bermakna

ii. Tekanan untuk lulus peperiksaan dapat dikurangkan

iii. Mewujudkan suasana pengajaran-pembelajaran yang lebih menyeronokkan

iv. Meninggikan taraf ikhtisas guru kerana pengalaman baru dapat diperolehi

4.0 Kesimpulan

Penilaian merupakan satu proses sistematik untuk mengumpul maklumat yang digunakan

dalam pengajaran dan pembelajaran. Penilaian ialah proses yang menggunakan data kualiti

dan data kuantiti untuk membuat taksiran tersebut. Penilaian biasanya dianggap sebagai suatu

proses pengujian yang formal dan biasanya menimbulkan tekanan dan ketegangan di

kalangan pelajar.

Pembinaan instrumen tentang pengukuran dan penilaian bertujuan mendapatkan

maklumat yang sah, boleh dipercayai serta berguna berhubung dengan pencapaian pelajar-

pelajar. Proses ini melibatkan usaha penentuan tentang apa yang hendak diukur, kemudian

mentakrifkannya supaya item ujian boleh dibina untuk mengukurnya. Domain pencapaian

pelajar hendaklah jelas supaya item soalan dapat dibentuk.

Page 5: Band Moral

Bibliografi

Rasional Pelaksaan PBS (2013, Oktober 8) Diakses daripada

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2011&dt=1205&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm Rohaya Talib. (2009), Kajian pembinaan

dan Pengesahan Instrumen bagi mengukur Tahap Literasi

Pentaksiran Guru Sekolah Menengah di Malaysia. Dalam

http://epronts.utm.my/13641/7/RohayaTalibPRP2009CHAP1.pdf diakses pada 2 November

2013.

Yusof Boon dan Mohd Musa Shaharudin (2011). Kepimpinan Guru Besar Dalam

Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Kebangsaan Daerah Kota

Tinggi, Johor. UTM, Skudai.

Suzana Abd. Mutalib & Jamil Ahmad. (2012). Penggunaan Teknik Pentaksiran

Formatif dalam Subjek

Bahasa Melayu Darjah Satu : Kajian Kes. UKM, Selangor.

Syed Ismail & Ahmad Subki. (2010). Guru dan cabaran semasa Selangor. Multimedia

Sdn Bhd.