bai' bithaman ajil.docx

3
Bai' Bithaman Ajil Bai' Bithaman Ajil (BBA) (Ulasan dari buku Critical Issues on Islamic Banking and Financial Markets Oleh Saiful Azhar Rosli) Dalam usaha memiliki sesuatu barang, setiap orang perlu mempunyai keupayaan kewangan untuk memiliki barang tersebut. Agak sedikit di kalangan kita yang mampu membayar secara tunai barang yang diingini. Ramai di kalangan masyarakat yang memilih untuk membeli barangan tersbut secara ansuran atau hutang. Dalam sistem perbankan konvensional, hutang diberikan kepada peminjam bagi memenuhi kehendak dan keperluan mereka. Setiap hutang yang diberikan perlu dibayar berserta interest (bunga). Menurut ahli ekonomi, bunga yang dikenakan adalah imbalan kepada tempoh masa yang diberikan untuk membayar hutang tersebut. Ianya dikira sebagai opportunity cost yang hilang di mana dengan memberi pinjaman, pihak pemberi pinjam telah kehilangan peluang untuk menggunakan wang tersebut. Dalam sistem perbankan Islam pula, pinjaman diberikan berasaskan kaedah Murabahah dan Bai’ Bithaman Ajil. Apakah maksud BBA dan adakah ianya berbeza dengan Murabahah? Apakah elemen yang terdapat dalam kedua-dua instrumen tersebut sehingga ianya dikatakan instrumen yang islamik? Murabahah bermaksud jualan barang dengan harga kos yang ditambah dengan keuntungan. Sebagai contoh, harga sebuah kereta adalah 50,000 dan nilai untung adalah sebanyak 20,000. Maka harga jualan kereta tersebut adalah sebanyak 70,000. Harga tersebut perlu dibayar secara tunai. Jika harga tersebut dibayar secara ansuran, maka ianya dinamakan Murabahah Muajjal atau Bai’ Bithaman Ajil. Secara ringkasnya, Murabahah dapat dibahagikan kepada dua kategori: 1. Murabahah Tunai (Cash Murabahah). 2. Murabahah Bertangguh (Credit Murabahah). Harga yang dikenakan adalah sama dengan Murabahah Tunai dan ditambah juga premium ke atas harga tersebut sebagai nilai kepada masa penangguhan. Di Malaysia Murabahah bertangguh (credit Murabahah) dipanggil Bai’ Bithaman Ajil (BBA). BBA juga dikenali sebagai Bai’ Muajjal dan Murabahah di Pakistan dan Negara Timur Tengah.

Upload: darren-fam

Post on 19-Nov-2015

19 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Bai' Bithaman Ajil

TRANSCRIPT

Bai' Bithaman AjilBai' Bithaman Ajil (BBA)(Ulasan dari buku Critical Issues on Islamic Banking and Financial Markets Oleh Saiful Azhar Rosli)Dalam usaha memiliki sesuatu barang, setiap orang perlu mempunyai keupayaan kewangan untuk memiliki barang tersebut. Agak sedikit di kalangan kita yang mampu membayar secara tunai barang yang diingini. Ramai di kalangan masyarakat yang memilih untuk membeli barangan tersbut secara ansuran atau hutang.

Dalam sistem perbankan konvensional, hutang diberikan kepada peminjam bagi memenuhi kehendak dan keperluan mereka. Setiap hutang yang diberikan perlu dibayar berserta interest (bunga). Menurut ahli ekonomi, bunga yang dikenakan adalah imbalan kepada tempoh masa yang diberikan untuk membayar hutang tersebut. Ianya dikira sebagai opportunity cost yang hilang di mana dengan memberi pinjaman, pihak pemberi pinjam telah kehilangan peluang untuk menggunakan wang tersebut.

Dalam sistem perbankan Islam pula, pinjaman diberikan berasaskan kaedah Murabahah dan Bai Bithaman Ajil. Apakah maksud BBA dan adakah ianya berbeza dengan Murabahah? Apakah elemen yang terdapat dalam kedua-dua instrumen tersebut sehingga ianya dikatakan instrumen yang islamik?

Murabahah bermaksud jualan barang dengan harga kos yang ditambah dengan keuntungan. Sebagai contoh, harga sebuah kereta adalah 50,000 dan nilai untung adalah sebanyak 20,000. Maka harga jualan kereta tersebut adalah sebanyak 70,000.Harga tersebut perlu dibayar secara tunai. Jika harga tersebut dibayar secara ansuran, maka ianya dinamakan Murabahah Muajjal atau Bai Bithaman Ajil. Secara ringkasnya, Murabahah dapat dibahagikan kepada dua kategori:

1. Murabahah Tunai (Cash Murabahah).2. Murabahah Bertangguh (Credit Murabahah). Harga yang dikenakan adalah sama dengan Murabahah Tunai dan ditambah juga premium ke atas harga tersebut sebagai nilai kepada masa penangguhan. Di Malaysia Murabahah bertangguh (credit Murabahah) dipanggil Bai Bithaman Ajil (BBA). BBA juga dikenali sebagai Bai Muajjal dan Murabahah di Pakistan dan Negara Timur Tengah.

Satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah BBA adalah satu kontrak jualbeli dan bukannya Hutang. Cuma ianya adalah satu bentuk jualbeli yang bertempoh dan ianya adalah satu variasi dalam perniagaan. Penambahan dalam harga BBA adalah keuntungan yang dibenarkan dan bukannya Riba.

Isu Dalam BBA

1. Pemilikan AsetPada asasnya BBA melibatkan 2 pihak berkontrak iaitu pembeli dan penjual. Sebagai contoh, Bank yang ingin menjual rumah kepada A, perlu memiliki rumah tersebut sebelum menjualnya kepada A. Namun, secara praktiknya, pihak Bank (sama ada ianya Bank Islam ataupun Bank Konvensional) tidak dibolehkan untuk menjalankan perniagaan jual beli barangan. Akta yang sedia ada hanya memperuntukkan pihak Bank untuk menyediakan kemudahan pembiayaan (Financing Facility).Tambahan pula, akta bank Islam (IBA) 1983 adalah satu akta sivil. Meskipun ianya merangkumi sistem perbankan Islam, namun ianya masih belum mencukupi utk mengatasi pelbagai masalah yang ada ketika ini.

Keadaan ini menyebabkan tiadanya hak pemilikan oleh pihak Bank ke atas asset tersebut. Sedangkan mengikut syariat, seseorang tidak boleh menjual sesuatu yang tidak dimiliki.

Sebagai penyelesaian kepada masalah yang dihadapi, pernyataan berikut perlu diperhatikan:

Bank A akan membeli daripada pakcik Mat asset tersebut berdasarkan konsep BBA melalui Perjanjian Pembelian Aset atau Property Purchase Agreement (PPA). Wang yang dibayar oleh bank A kepada Pak Mat akan diberikan terus kepada pemaju. Setelah pihak bank memiliki hak milik ke atas asset tersebut, Bank A kemudiannya menjual kepada Pak Mat melalui Perjanjian Penjualan Aset (Property Sale Agreement).

Pada masa yang sama, asset tersebut akan dijadikan sebagai cagaran (collateral) dan pihak bank berhak menjual asset tersebut sekiranya Pak Mat gagal menjelaskan bayaran rumah sebagaimana di dalam perjanjian.

Harus dinyatakan di sini bahawa kaedah transaksi di atas menggambarkan pihak bank memberi pinjaman loan kepada pembeli. Namun, undang-undang perbankan yang sedia ada tidak membenarkan pihak bank melakukan urusniaga jualbeli. Oleh itu, perjanjian PPA diperkenalkan bagi mengatasi masalah yang berlaku.

2. Masalah berkitan Fixed Rate.Bai Bithaman Ajil menawarkan harga jualan asset pada kadar yang tetap. Keadaan ini adalah selari dengan kehendak Shariah di mana ianya menegah berlakunya dua harga dalam satu transaksi. Berbeza dengan sistem konvensional di mana harga asset sentiasa berubah-ubah mengikut perubahan kadar interest (interest rate). Dengan adanya kadar yang bersifat tetap, pelanggan tidak perlu runsing jika berlaku kenaikan kadar interest.Namun, isu timbul seandainya kadar interest turun. Keadaan ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada tabiat pengguna yang biasanya akan memilih harga yang terendah yang ditawarkan oleh institusi perbankan. Dalam hal ini, jika kadar interest merosot dalam jangka masa yang panjang, ianya pasti memberi kesan kepada BBA.Namun, jika kadar faedah terus naik, ianya akan memberi faedah kepada pelanggan BBA. Justeru itu, satu mekanisme diperlukan bagi menjadikan BBA satu instrument yang berdaya saing.

Bagi mengatasi masalah ini, Bank Negara Malaysia pada 2003 telah memperkenalkan Islamic Veriable Rate Mechanism (IVRM). Mekanisme ini adalah satu alternative pada kadar tetap BBA. IVRM menggunakan kaedah rebate (Ibra) . Kaedah ini membolehkan BBA menurunkan kadar keuntungannya bagi menjadikannya berdaya saing ketika mana kadar faedah menurun. Malaysia telah mengamlkan kadar faedah yang rendah sejak tahun 1999 sehingga sekarang bagi mengembangkan ekonomi. Kewujudan IVRM mungkin lewat sedikit dari sepatutnya, namun ianya mampu memberikan sedikit keselesaan kepada pangguna daripada yang perlu membayar dengan kadar tetap dalam BBA.