bahan latihan pelajar
DESCRIPTION
bahan latihan muridTRANSCRIPT
BAHAN LATIHAN PELAJAR
Merokok : Apa Padahnya?
i. Merokok adalah langkah pertama ke arah:
a. …………………………….................................b. …………………………….................................
ii. Masalah dispilin sekolah
a. ……………………………...................................b. ……………………………..................................c. ................................................................
iii. Menjejaskan ………………………………………………..
iv. Stamina …………………………………………………….....
v. Menjejaskan penampilan diri ( Berikan 5 contoh negative )a. ……………………………………………..............b. ……………………………………………..............c. …………………………………………….............d. …………………………………………….............e. …………………………………………….............
vi. Mengidap penyakit-penyakit akut ( Namakan penyakitnya )a. ………………………………………..b. ………………………………………
vii. Mengidap penyakit-penyakit kronik ( Namakan penyakitnya )a. ……………………………………b. ……………………………………c. ……………………………………d. ……………………………………e. ……………………………………f. ……………………………………g. ……………………………………h. ……………………………………
viii. Mempercepatkan proses penuaan : ( Tuliskan tanda-tanda penuaan )a. …………………………..b. ……………………………c. ……………………………
ix. Pendek umur(secara purata, perokok kehilangan ………….. tahun jangka hayat biasa)
LAMPIRAN 5
BAHAN RUJUKAN GURUMerokok : Apa Padahnya?
i. Merokok adalah langkah pertama ke arah:a. Penyalah gunaan dadahb. Meminum alkohol (arak)
ii. Masalah dispilin sekolaha. Pontengb. Vandalismac. Gangsterisma
iii. Menjejaskan prestasi akademik
iv. Stamina menurun dan kurang minat dalam aktiviti sekolah
v. Menjejaskan penampilan diri• Selekeh • Comot • Nafas berbau
• Gigi kuning • Batuk-batuk • Memencilkan diri
vi. Mengidap penyakit-penyakit akut• Penyakit gusi• Jangkitan saluran pernafasan
vii. Mengidap penyakit-penyakit kronik• Kanser paru-paru • Penyakit jantung iskemia• COPD (enfisima & bronkitis) • Kanser pundi kencing• Kanser kerongkong • Artherosclerosis• Kanser mulut & tekak
• Ulser peptik• Kanser esophagus • Kanser pancreas• Strok • Pneumonia• Crohn’s disease
viii. Mempercepatkan proses penuaan• Kelihatan tua - Kulit cepat berkedut- Rambut cepat beruban
ix. Pendek umur(secara purata, perokok kehilangan 20-22 tahun jangka hayat biasa)
LAMPIRAN 6
Demi MasaDemi masa…Sesungguhnya manusia kerugianMelainkan…Yang beriman dan beramal salehAh…Demi masa…Sesungguhnya manusia kerugianMelainkan…Nasihat kepada kebenaran dan kesabaranAh…( korus 1 )Gunakan kesempatan yang masih diberiMoga kita takkan menyesalMasa usia kita jangan disiakanKerna ia takkan kembali( korus 2 )Ingat lima perkara, sebelum lima perkaraSihat sebelum sakitMuda sebelum tua, kaya sebelum miskinLapang sebelum sempitHidup sebelum matiDemi masa…Sesungguhnya manusia kerugianMelainkan…Yang beriman dan beramal salehAh…(Ulang korus)
10.4.5 AKTIVITI 5
BIDANG : Pendidikan Pencegahan Dadah
TAJUK : Lukisanku Kehidupanku
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat :
1. Berkomunikasi dan berinteraksi antara ahli dan lebih berkeyakinan
2. Menghilangkan rasa malu serta menimbulkan suasana mesra.
3. Meluahkan emosi melalui lukisan
MASA : 40 minit
SASARAN : Murid yang terlibat dengan rokok
BAHAN : Kertas lukisan/A4 dan pensel
LANGKAH :
1. Guru Kaunseling memulakan aktiviti dengan bacaan Al Fatihah bagi murid muslim dan bukan muslim diminta bertafakur sebentar.
2. Guru Kaunseling meyemak Graf Prestasi Tidak Merokok setiap ahli dan membuat sedikit ulasan dengan memberi pengukuhan positif.
3. Guru Kaunseling mengedarkan sehelai kertas lukisan dan pensel kepada ahli.
4. Ahli diminta melukis tiga objek iaitu gambar orang yang signifikan, rumah dan pokok.
5. Masa diberi kepada ahli kelompok untuk menyiapkan lukisan ini ialah selama 15 minit.
6. Setelah selesai setiap ahli kelompok dikehendaki membentangkan hasil lukisan mereka. Guru Kaunseling perlu membuat penerokaan lanjut berdasarkan hasil lukisan yang dikaitkan dengan pengalaman hidup ahli.
7. Setiap ahli kelompok digalakkan untuk bertanya kepada ahli kelompok yang siap membuat pembentangan.
8. Seterusnya, Guru Kaunseling merumuskan tentang aktiviti ini secara keseluruhan.
Penilaian : Guru Kaunseling membuat pemerhatian.
Rumusan :
1. Orang yang signifikan dapat mengubah tingkahlaku seseorang individu
Falsafah :
1. Setiap perkara yang berlaku merupakan warna kehidupan manusia, maka corakkanlah ia dengan seindah mungkin.
10.4.6 AKTIVITI 6
BIDANG : Pendidikan Pencegahan Dadah
TAJUK : Eksplorasi
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat :
1. Merokok adalah satu amalan yang mesti dielakkan.
2. Merokok menyebabkan ketagihan
3. Merokok membawa padah yang buruk
4. Merokok mendatangkan banyak keburukan.
MASA : 60 minit
SASARAN : Murid yang terlibat dengan rokok
BAHAN : Nota guru (Lampiran 7), Silangkata (Lampiran 8 dan 9), Bahan
guru (Lampiran 10), Kebaikan tidak merokok (Lampiran 11 dan 12)
LANGKAH :
Aktiviti : Stesyen 1 : Teka silangkata merokok
Stesyen 2 : Menyenaraikan kebaikan tidak merokok
Stesyen 3 : Mencantum gambar – ikut kesesuaian guru
1. Guru kaunseling memulakan aktiviti dengan menerangkan keburukan tentang bahaya merokok dan akibatnya.
2. Guru kaunseling membahagikan kumpulan untuk memulakan aktiviti explorace dari satu stesyen ke stesyen yang lain mengikut Masa-masa yang ditetapkan.
3. Guru kaunseling berbincang tentang pengalaman melaksanakan aktiviti explorace.
Penilaian :
Murid dapat menjawab soalan bertulis dalam lampiran yang disediakan.
Rumusan :
Belajar mendapat maklumat melalui aktiviti permainan adalah sesuatu yang menyeronokkan
Falsafah :
Untuk mendapatkan sesuatu kejayaan memerlukan strategi dan kepintaran.
Peringkat 1MEROKOK MERASA
SERONOK
Peringkat 2TOLERAN
Peringkat 4GEJALA
TARIKAN
Peringkat 3UNTUK
MENGHILANGKAN GEJALA TARIKAN
LAMPIRAN 7
MEROKOK ADALAH AMALAN YANG MESTI DIELAKKAN
Rokok dan Ketagihan
Rokok Mengandungi Nikotin Nikotin
1. Sejenis dadah yang menyebabkan ketagihan 2. Nikotin bertindak terhadap otak merangsang dan menimbulkan keseronokan
Putaran Ketagihan
LAMPIRAN 81 11 13 12
2 14
3 5
16
15 4
17
18 6
19
7
20
8 9 21
10
TEKA SILANGKATA MEROKOK
LAMPIRAN 9
Melintang
1. Sejenis gas berbahaya yang dikeluarkan oleh asap rokok. 2. Amalan merokok menjadi satu ketagihan akibat dadah ini yang terdapat di dalam rokok. 3. Perokok yang ketagihan merokok akan sentiasa ..................... 4. Amalan merokok boleh menyebabkan perokok terjebak dengan gejala ini. 5. Merokok boleh menyebabkan ............... menjadi kuning. 6. Kurang .................. merupakan salah satu ciri seorang yang sudah lama. 7. Merokok juga boleh menyebabkan ................... udara. 8. Merokok boleh mengakibatkan sakit ..................... 9. Merokok juga boleh ..................... kan wang. 10. Perokok juga mempunyai ................... yang busuk.
Menegak
1. Penyakit kronik ini adalah salah satu daripada 40 jenis penyakit yang dikaitkan dengan asap rokok. 6. Tempat bersukan yang dilarang merokok. 11. Jangan terpengaruh dengan iklan pengeluar produk ini. 12. Bahan penyebab kanser yang terdapat di dalam rokok. 13. Nikotin menyebabkan perokok ...................... 14. Bahan kimia bahaya di dalam rokok yang digunakan dalam pembinaan jalanraya. 15. Ahli ............. remaja yang tidak merokok lebih cemerlang. 16. Jangan sekali-kali .................. merokok. 17. Jauhi rokok, .................. wang. 18. Merokok tidak pernah melambangkan ........................ 19. Merokok melanggar peraturan ........................... 20. Hidup lebih ................... tanpa rokok. 21. ............... rokok mencemarkan udara.
LAMPIRAN 10
1K A
11R B O N M O N O
12K S I
12D A
A O E D2N I K O
14T I N T T
S OA A
E K 3R E S A H
5G I G I
RI
16C
15S
4D A D A H U
U17J B
K18K
6S T A M I N A
19S A E T M
7P E N C E M A R A N A
K A D T
O T I20C
L A U E8J A N T U N G
9M E M B
21A Z I R
H G S G
A A A10N A F A S P S
BAHAN UNTUK GURU
LAMPIRAN 11
Sila senaraikan kebaikan-kebaikan tidak merokok.
1. ___________________________________________________
2. ___________________________________________________
3. ___________________________________________________
4. ___________________________________________________
5. ___________________________________________________
6. ___________________________________________________
7. ___________________________________________________
8. ___________________________________________________
9. ___________________________________________________
10. ___________________________________________________
LAMPIRAN 12
PANDUAN GURU
Tidak Merokok : Banyak Kebaikannya
• Lebih segak
• Matang
• Berketerampilan
• Keyakinan diri tinggi
• Perawakan yang menarik
• Kecemerlangan akademik
• Lebih cergas dan berstamina
• Sihat dan terhindar daripada pelbagai risiko penyakit
• Sentiasa disenangi orang lain
• Lebih wang saku dan berjimat cermat
• Sentiasa ceria
10.4.7 AKTIVITI 7
BIDANG : Pendidikan Pencegahan Dadah
TAJUK : Keluarga Bahagia – Role Play
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat :
1. Memperkasa (empower) seorang anak untuk melarang ayah merokok melalui ibunya.
2. Merokok menyebabkan ketagihan
3. Merokok membawa padah yang buruk
MASA : 45 minit
SASARAN : Murid yang terlibat dengan rokok
BAHAN : Kad Watak (Lampiran 13), alat tulis, Kad Peranan (Lampiran
14), Tape lagu Keluarga Bahagia (Seni kata –Lampiran 15)
LANGKAH :
Main peranan “Merokok Membawa Padah Yang Buruk”
Masa : 30 minit
Setting : Bilik Kelompok
1. Kad Peranan (Lampiran 13) ditunjukkan kepada kumpulan pelajar.
2. Perbincangan bersama pelajar berkenaan senario yang dilakonkan dengan merujuk kepada Kad Peranan Lampiran 1 (10 minit).
3. Kumpulan pelajar dibahagi kepada kumpulan kecil
4. Mereka diminta melakonkan senario tersebut ( 10 minit ).
5. Guru kaunseling akan membuat pemerhatian terhadap main peranan yang dijalankan.
6. Guru kaunseling merumuskan bahawa amalan merokok membawa padah yang buruk dan ahli keluarga akan membantu ahli lain untuk berhenti merokok
PERINGATAN :
1. Pilih pelakon watak secara sukarela. Sekiranya tiada, guru kaunseling menggunakan budi bicara untuk memilih pelakon.
2. Pelakon watak diingatkan mengenai peranan sementara yang mereka lakonkan dan tidak terbawa-bawa dengan watak tersebut. (melalui proses “role” dan “de role”)
3. Pastikan pemerhati mengambil bahagian dengan perbincangan.
i. “role” -peserta melakonkan watak tertentu untuk sementara.
ii. “de-role” -penatar membantu peserta kembali kepada diri asalnya.
Penilaian :
1. Pelajar menunjukkan kefahaman yang betul mengenai bahaya merokok semasa ia meluahkan hasratnya kepada ibu dan memperlihatkan kesungguhannya untuk menyakinkan ibu mengenai bahaya merokok melalui :
a. gerak geri badan
b. mimik muka
c. bercakap dengan penuh perasaan
Rumusan :
Pengalaman semasa menjalankan aktiviti main peranan memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada pelajar.
Falsafah :
Menunjukkan keluarga memainkan peranan penting untuk mencegah anak-anak daripada menghisap rokok.
LAMPIRAN 13
KAD PERANAN (WATAK)
.
.
MEI LING
Adalah seorang pelajar yang berumur 11 tahun.
Merupakan seorang pelajar yang sederhana tetapi peka
dengan persekitaran. Beliau amat menyayangi kedua- dua ibu-bapa.
Merupakan seorang anak yang sentiasa
mendengar nasihat ibu-bapa
PUAN CHONG
Seorang suri rumah tangga yang aktif dan merupakan
seorang komunikator yang baik. Beliau amat
menyayangi Mei Ling dan merupakan seorang ibu dan isteri yang amat
bertanggungjawab terhadap keluarga
LAMPIRAN 14
KAD PERANAN
Senario
Watak* : Ibu -Puan Chong : Anak -Mei Ling
Encik Chong adalah seorang yang kuat merokok. Dia mempunyai seorang anak perempuan, Mei Ling, berumur 11 tahun dan belajar di darjah lima. Mei Ling telah menghadiri satu sesi program “Anti-Merokok” yang dianjur-kan oleh Jabatan Kesihatan di sekolahnya. Keluarga ini tidak tahu akan kesan merokok. Tetapi selepas Mei Ling menghadiri dan mendengar sesi program “Anti-Merokok”, dia sedar bahawa bapanya sedang membahayakan kesihatan diri serta ahli keluarga. Mei Ling membuat keputusan untuk menegur bapanya supaya berhenti merokok, tetapi ia tidak berani untuk memberitahu kemudaratan merokok kepada bapanya secara langsung. Oleh ynag demikian, ia ingin menyampaikan hasratnya melalui ibunya.
Mei Ling : “Ibu, pagi tadi saya telah menghadiri sesi pameran dan ceramah mengenai bahaya merokok. Dalam pameran tersebut ada menunjukkan gambar-gambar yang menerangkan mengenai akibat merokok dan kakitangan kesihatan ada menyebut bahawa merokok boleh mendatangkan banyak masalah kesihatan seperti kanser”.
Ibu : “Oh, begitu bahaya merokok. Jadi bapa kamu dalam keadaan membahayakan dirinya dan keluarga. Perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.
Mei Ling : “Dalam ceramah tersebut ada diberitahu cara-cara dan perkhidmatan yang sediada untuk berhenti merokok .... tetapi emak, Mei Ling takut untuk memberitahu perkara ini terus terang kepada ayah. Lebih baik emak sahaja yang memberitahu ayah”.
LAMPIRAN 15
Keluarga Bahagia
Sedamai taman firdausiLimpahan kasih sayang sejatiSeharum semerbak kasturiMengharumi hidup insani
Indahnya damainyaKeluarga yang bahagiaItulah idaman impian setiap insanYang dahagakan belaianSerta kasih dan syaang
Ketika insan lain berbahagiaBersama keluargaNamun kita masih menitiTitian rapuh perhubungan
Mengapa kita terpisah daripada rahmatNyaMungkinkah kita seringkali melupakanNyaAyuhlah bina semulaKeluarga diredhai Allah
Oh ayah oh ibu dengarlah rintihanDan luahan hatiku yang dahaga kasihJiwaku merasa terseksa ketandusan kasihmuMarilah kita bina bersama-samaKeluarga bahagia
Ayah ibuLuangkanlah sedikit masa bersamakuKu rindukan kemesraanDan belaianmu(Saujana)
10.4.8 AKTIVITI 8
BIDANG : Pendidikan Pencegahan Dadah
TAJUK : Kebanggaanku
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat :
1. Menyemai semangat cinta pada sekolah
2. Memberi sumbangan tenaga melalui khidmat bakti
3. Menghasilkan satu karya seni (lukisan grafiti)
MASA : 60 minit
SASARAN : Murid yang terlibat dengan rokok
BAHAN : ’Spray paint” pelbagai warna, kertas lukisan, alatulis
LANGKAH :
1. Guru Kaunseling memulakan aktiviti dengan bacaan Al Fatihah bagi murid
muslim dan bukan muslim diminta bertafakur sebentar.
2. Guru Kaunseling meyemak Graf Prestasi Tidak Merokok setiap ahli dan
membuat sedikit ulasan dengan memberi pengukuhan positif.
3. Setiap ahli diminta untuk melakarkan satu lukisan yang menarik dengan
bertemakan ”Hidup Indah Tanpa Rokok”.
4. Guru Kaunseling dan ahli kelompok akan memilih lakaran terbaik untuk
dilukiskan pada dinding sekolah menggunakan teknik semburan cat.
5. Setiap ahli diminta bekerjasama membuat lukisan grafiti tersebut sehingga
selesai.
Penilaian : Guru Kaunseling membuat pemerhatian.
Rumusan : Murid berperanan untuk menjaga persekitaran sekolah
Falsafah : Tuhan suka sesuatu yang indah dan cantik
10.4.9 AKTIVITI 9
BIDANG : Pendidikan Pencegahan Dadah
TAJUK : Pelan Tindakan dan Penilaian
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat :
1. Membina pelan tindakan untuk tidak mengulangi tabiat
merokok
MASA : 60 minit
SASARAN : Murid yang terlibat dengan rokok
BAHAN : Pelan Tindakanku (Lampiran 16)
LANGKAH :
1. Guru Kaunseling memulakan aktiviti dengan bacaan Al Fatihah bagi murid
muslim dan bukan muslim diminta bertafakur sebentar.
2. Guru Kaunseling meyemak Graf Prestasi Tidak Merokok setiap ahli dan
membuat sedikit ulasan dengan memberi pengukuhan positif.
3. Guru Kaunseling mengedarkan lampiran 16.
4. Setiap ahli diminta melengkapkan tindakan yang perlu diambil dalam
menangani beberapa situasi yang mungkin menjadi halangan dalam
membuat perubahan untuk berhenti merokok.
5. Setiap ahli dikehendaki membentangkan pandangan masing-masing dengan
bimbingan Guru Kaunseling
6. Seterusnya, Guru Kaunseling merumuskan tentang aktiviti ini secara
keseluruhan dan setiap ahli dikehendaki membuat penilaian lisan tentang
keseluruhan program yang telah dijalankan
Penilaian :Guru Kaunseling membuat pemerhatian.
Rumusan :
1. Manusia yang berjaya adalah manusia yang merancang hidupnya dengan baik
LAMPIRAN 16
PELAN TINDAKAN KU
BIL.
SITUASI TINDAKAN
1. Saya rasa teringin untuk meroko
2. Kawan-kawan mengajak saya merokok
3. Bapa saya merokok di hadapan saya.
4.Bapa menyuruh saya membeli sekotak rokok
5. Saya terjumpa sekotak rokok
6.Saya berada dalam kumpulan rakan-rakan yang sedang merokok
7.Saya dicabar oleh kawan supaya merokok.
8.Saya merokok untuk menghilangkan stress.
10.4.10 AKTIVITI 10
BIDANG : Pendidikan Pencegahan Dadah
TAJUK : Fantasi Kejayaan
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat :
1. Meningkatkan kefahaman konsep kendiri
2. Menikmati erti dan perasaan sesuatu kejayaan
MASA : 40 minit
SASARAN : Murid yang terlibat dengan rokok
BAHAN : -
LANGKAH :
1. Guru Kaunseling memulakan aktiviti dengan bacaan Al Fatihah bagi murid muslim dan bukan muslim diminta bertafakur sebentar.
2. Guru Kaunseling menyemak Graf Prestasi Tidak Merokok setiap ahli dan membuat sedikit ulasan dengan memberi pengukuhan positif.
3. Guru Kaunseling mengarahkan semua ahli kumpulan memejamkan mata, tarik nafas dan hembuskan (beberapa kali) – cuba bertenang
4. Cuba bayangkan satu hari anda berasa amat gembira sekali sepanjang hidup anda. Tumpukan perhatian kepada satu kejayaan waktu itu.
5. Cuba ingatkan kembali kejayaan itu. Di manakah ia berlaku? Adakah anda mencapainya secara berseorangan atau dengan bantuan orang lain? Adakah anda merancang untuk mencapainya atau ia berlaku secara spontan?
6. Sekarang, sedarkan diri anda.
7. Minta ahli kelompok berkongsi kejayaan masing-masing.
8. Di akhir aktiviti, Guru kaunseling menerangkan rumusan aktiviti kepada ahli kelompok.
9. Sebagai penghargaan, ahli yang telah berjaya diminta memberi ucapan selama lima minit untuk berkongsi rahsia kejayaan dalam kelas atau dalam kelompoknya.
Penilaian : Guru Kaunseling membuat pemerhatian
Rumusan :
Individu perlu yakin berjaya jika berusaha dengan bersungguh-sungguh
Falsafah : Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
LAMPIRAN 17
NOTA TAMBAHAN
11 TIPS BERHENTI MEROKOK
Setelah Anda memotivasi hati dan fikiran Anda dengan kata-kata “Saya sudah berhenti merokok”, kini mari kita lihat apa saja yang dapat membantu Anda untuk bebas rokok lebih cepat:
1. Buang semua rokok Anda, jika perlu bakar sampai menjadi abu. Jika Anda sanggup untuk membakar dan melihatnya hangus terbakar sampai habis tanpa merasa rugi, sedih, atau menyesal, maka Anda lebih siap sedia untuk bebas dari rokok sepenuhnya
2. Analisa kebiasaan merokok Anda selama ini, kemudian bicarakan dengan doktor untuk mengatur strategi Anda vs. Rokok yang terbaik. Jangan menyerah kalah sama benda kecil itu!
3. Cari kegiatan atau pekerjaan yang dapat mengalihkan perhatian Anda dari rokok, contoh paling mudah saat keinginan merokok tiba-tiba menggoda Anda, beli sekantung permen mint atau permen karet atau mungkin es krim, apapun yang rasanya manis dan enak
4. Hindari suasana atau acara yang membuat Anda ingin merokok atau mungkin ikut-ikutan merokok karena orang-orang di sekitar Anda merokok
5. Kurangi jatah merokok Anda secara bertahap jika Anda benar-benar tidak sanggup untuk berhenti langsung
6. Beritahu semua orang terdekat Anda bahwa “sudah” berhenti merokok. Mereka dapat menjadi pengawas Anda di masa-masa perjuangan Anda melawan rokok, dan tujuan Anda akan lebih cepat tercapai
7. Tentukan tanggal spesial sebagai “Hari Saya Berhenti Merokok”, bisa tanggal ulangtahun Anda, tanggal hari jadi, atau Hari Bebas Tembakau Sedunia.
8. lokasikan dana rokok Anda selama ini untuk membeli permen sebanyak-banyaknya, atau membeli buku bacaan, atau yang paling baik diamalkan (hitung-hitung dapat pahala), sehingga Anda tidak pernah punya uang nganggur yang bakal Anda jajankan untuk rokok
9. Selama sebulan pertama, cobalah untuk selalu mengkonsumsi rendah kalori dan perbanyak minum air putih, sehingga tidak ada alasan bagi Anda untuk merokok setelah makan
10. Selalu cari informasi tentang bahaya rokok lewat media cetak maupun elektronik.
11. Sharing dengan para mantan perokok dan minta saran yang membantu Anda menjadi mamtan perokok seperti mereka. Mereka telah berpengalaman dan percayalah, jika mereka bisa, Anda juga pasti bisa
LAMPIRAN 18
Borang RumusanPROGRAM BERFOKUS
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELINGBORANG RUMUSAN PROGRAM MEROKOK
1. NAMA SEKOLAH : 2. DAERAH :3 NAMA PENGETUA : 4. NAMA KAUNSELOR :5. BIDANG DISIPLIN : MEROKOK
BIL. NAMA JAN.Bil. RokokSebulansebelum progran
FEB. MAC APR. MEI JUN JULAI OGOS SEPT. OKT. Jumlah Pengurangan
SENARAI PROGRAM :Masih ada yang sayang 6. EkosplorasiMenggengam Impian 7. Keluarga BahagiaBahaya Merokok 8. KebanggankuPerkongsian Pengalaman – Lawatan 9. Pelan Tindakan Lukisanku / Kehidupanku 10. Fantasi Kejayaan
Disediakan oleh : Disahkan oleh