bahan buatan dalam industri ppt

20
BAHAN BUATAN DALAM INDUSTRI NAMA : AZRA AQILAH BINTI REDZWAN KELAS : 4 BESTARI

Upload: normah-mispar

Post on 15-Dec-2015

211 views

Category:

Documents


18 download

DESCRIPTION

kimia t4

TRANSCRIPT

Page 1: bahan Buatan dalam Industri ppt

BAHAN BUATAN DALAM INDUSTRI

NAMA : AZRA AQILAH BINTI REDZWANKELAS : 4 BESTARI

Page 2: bahan Buatan dalam Industri ppt

KANDUNGAN PERKARA

NO SLAID

Tajuk 1

Kandungan 2

Pendahuluan 3

Fokus perbincangan

4

• Asid sulfurik 4 - 7

• Ammonium dan garamnya 8 - 10

• Aloi 11 - 12

• Polimer dan sintetik 13 - 14

• Kaca dan seramik 15 - 16

• Bahan komposit 17 - 18

Rumusan 19

Rujukan 20

Page 3: bahan Buatan dalam Industri ppt

PENDAHULUANBahan-bahan buatan manusia atau dikenali sebagai bahan semula jadi yang telah diproses adalah bahan-bahan yang diperbuat oleh manusia. Sebahagian besarnya datang daripada petroleum. Getah sintetik ialah getah yang hampir serupa dengan getah asli. Ia bukan berasal dari pokok getah. Bahan yang dibuat dari bahan petrokimia (petroleum) ini adalah lebih keras, lebih kenyal dan tahan terhadap haba dan kimia. Walau bagaimanapun ianya sangat mahal dan hanya mempunyai kegunaan yang tersendiri seperti digunakan untuk membuat tayar dan hos. Seterusnya, bahan plastik yang mudah dibentuk dan dilentur. Contoh bahan plastik ialah plastik termoplastik. Kepentingannya ialah boleh membuat beg plastik dan tempat bekas makanan. Selain itu, Polimer ialah sejenis bahan yang mengandungi rantaian molekul panjang dan besar. Molekul-molekul ini juga disebut sebagai monomer. Polimer Sintetik bermaksud polimer yang dibuat oleh manusia. Ia dibuat dengan menggunakan proses pempolimeran.

Page 4: bahan Buatan dalam Industri ppt

FOKUS PERBINCANGANAsid sulfuriki. Proses penghasilan – Proses

sentuh

Page 5: bahan Buatan dalam Industri ppt

a) Peringkat 1 : Pembentukkan Sulfur Dioksida-Sulfur lebur dibakar di dalam udara kering untuk menghasilkan sulfur dioksida SO₂. Gas yang terbentuk ditulenkan dan disejukkan.

S(ce) + O₂(g) SO₂(g)

b) Peringkat 2 : Pembentukkan sulfur trioksida-Sulfur dioksida, SO₂ dan gas oksigen, O₂ yang berlebihan disalurkan melalui mangkin vanadium(V) oksida, V₂O₅ pada suhu 450⁰C dan tekanan 1 atm untuk menghasilkan sulfur trioksida, SO₃.

2SO₂(g) + O₂(g) 2SO₃(g)Kira-kira 99.5% sulfur dioksida, SO₂ ditukarkan kepada sulfat trioksida , SO₃ melalui tindak balas berbalik itu.

Page 6: bahan Buatan dalam Industri ppt

c) Peringkat 3 : Pembentukkan Oleum-Mula-mula, sulfur trioksida, SO₃ dilarutkan di dalam asid sulfurik , H₂SO₄ pekat untuk membentuk oleum, H₂S₂O₇.

SO₃(g) + H₂SO₄(ce) H₂S₂O₇(ce)

d) Peringkat 4 : Pencarian Oleum- Kemudian, oleum, H₂S₂O₇ dicairkan dengan air untuk menghasilkan asid sulfurik, H₂SO₄ pekat dalam kuantiti yang banyak.

H₂S₂O₇(ce) + H₂O(ce) 2H₂SO₄(ce) Kedua-dua tindak balas dalam peringkat ketiga dan keempat adalah setara dengan mencampurkan sulfur trioksida, SO₃ secara langsung ke dalam air.

SO₃(g) + H₂O(ce) H₂SO₄(ce) Walau bagaimanapun, tindak balas ini tidak dilakukan dalam industri kerana sulfur trioksida, SO₃ bertindak balas terlalu cergas dengan air. Tindak balas ini menghasilkan haba dan wasap asid sulfurik , H₂SO₄ yang banyak. Wasap ini menghakis, tidak mudah dikondesasikan dan mencemarkan udara.

Page 7: bahan Buatan dalam Industri ppt

ii. Kegunaan Asid Sulfurik- Pembuatan baja seperti ammonium sulfat- Pembuatan sabun dan detergen- Pembuatan racun serangga

iii. Kesan Pencemaran Dalam Pembuatan Asid Sulfurik- Sulfur dioksida, SO₂ ialah salah satu hasil sampingannya. Gas ini mencemarkan alam sekitar. Gas ini terhasil daripada pembakaran bahan api fosil yang mengandungi sulfur. Gas ini larut di dalam air hujan lalu menyebabkan Hujan Asid. Kesan hujan asid ialah meningkatkan keasidan tanah, menghauskan nutrien tanah dan sebagainya.

2SO₂(g) + O₂(g) + 2H₂O(ce) 2H₂SO₄(ak)

iv. Cara Mengatasi Kesan Pencemaran

- Kalium oksida digunakan untuk meyerap sulfur dioksida dalam gas buangan proses sentuh.

Page 8: bahan Buatan dalam Industri ppt

Penghasilan Ammonia dan Garamnya

i. Kegunaan ammonia dalam kehidupan- Ammonia, NH₃ biasa digunakan untuk menyediakan baja.- Kuantiti ammonia, NH₃ yang banyak ditukarkan menjadi asid nitrik, HNO₃. Asid ini digunakan untuk membuat gentian sintetik,cat, varnis, bahan pengilat dan sebagainya.

ii. Proses penghasilan ammonia yang optimum- Proses harber

Page 9: bahan Buatan dalam Industri ppt

- Campuran gas nitrogen, N₂ dan gas hidrogen, H₂ dalam nisbah 1 : 3

mengikut isi padu dialirkan ke dalam pemampat.

- Campuran ini dimampatkan sehingga tekanan menjadi 200 atm pada suhu

450⁰C.- Campuran ini dialirkan melalui

mangkin besi untuk meningkatkan kadar tindak balasnya

N₂(g) + 3H₂(g) 2NH₃(g)- Gas ammonia, NH₃ yang terbentuk

disejukkan menjadi cecair dan diasingkan bagi meningkatkan

peratusan penghasilan ammonia. Penghasilan ammonia, NH₃ ini

membebaskan haba.

Page 10: bahan Buatan dalam Industri ppt

iii. Penghasilan baja buatan- Baja ammonium merupakan salah satu baja kimia yang ditambahkan ke dalam tanah untuk menggantikan unsur yang telah diserap oleh tumbuhan.- Baja ammonium dapat disediakan melalui tindak balas antara ammonium, NH₃ dengan asid.

Bahan – bahan yang diperlukan- Nitrogen- Fosforus- Kalium- Kalsium

Page 11: bahan Buatan dalam Industri ppt

Aloii. Maksud aloi

- Campuran dua atau lebih unsur dengan komposisi yang tertentu di mana juzuk utama adalah logam.

ii. Perbezaan aloi dan logam tulenAloi

• Atom-atom mempunyai saiz yang berbeza

• Mengandungi lebih daripada satu jenis atom

• Keras, indah dan tahan kakisan

Logam tulen

• Atom-atom mempunyai saiz yang sama

• Mengandungi satu jenis atom sahaja

• Mulur, tertempa dan mudah terkakis

Page 12: bahan Buatan dalam Industri ppt

iii. Komposisi, sifat dan kegunaan beberapa aloi ALOI

KOMPOSISI SIFAT

KEGUNAAN

1. Gangsa • 90% kuprum• 10% stanum

• Kuat dan keras•Tidak mudah menghakis• Mempunyai permukaan yang berkilat

• Membuat patung atau tugu• Membuat pingat, pedang, dan barangan hiasan

2. Loyang • 70% kuprum• 30% zink

• Lebih keras daripada kuprum

• Membuat alat muzik dan perkakas dapur

3. Keluli • 99% ferum• 1% karbon

• Keras dan kuat

• Membina bangunan dan jambatan• Membuat badan kereta dan landasan kereta api

Page 13: bahan Buatan dalam Industri ppt

Polimer Sintetik dan Kegunaani. Maksud polimer

Polimer ialah molekul berantai panjang yang terbina daripada banyak ulangan unit kecil yang dinamakan monometer. Monometer bersambung melalui ikatan kovalen menjadi satu rantai yang panjang dan proses ini dinamakan pempolimeran.

ii. Polimer semulajadi dan monomernya- Kanji- Selulosa- Kapas- ProteinMonomernya diperoleh daripada hasil petroleum yang telah menjalani proses penapisan, penyulingan berperingkat, dan peretakan.

Page 14: bahan Buatan dalam Industri ppt

iii. Polimer sintetik, monomer dan kegunaan POLIMER

SINTETIK MONOMER

KEGUNAAN

1. Politena • Etena • Beg plastik• Bekas plastik• Penebat untuk dawai eletrik

2. Polipropena • Propena • Paip•Botol• Karpet• Tali

3. Terilin • Heksana-1,6-diol• Asid benzena-1,4-dikarboksilik

• Kain baju• Jala• Payung terjun

4. Nilon • Heksana-1,6-diamina• Asid heksana-1,6-dioik

• Tali• Gentian sintetik•Tali pancing

Page 15: bahan Buatan dalam Industri ppt

Kaca dan Seramik serta Kegunaannya

i. Contoh kaca dan Kegunaannya KACA KEGUNAAN

1. Kaca silika terlakur terdiri daripada silika, SiO₂

• Membuat alatan kaca makmal• Kanta optik• Teleskop• Cermin

2. Kaca soda kapur terdiri daripada campuran silika, SiO₂ dan kalsium karbonat, CaCO₃ atau natrium karbonat, Na₂CO₃

• Membuat kaca tingkap• Mentol• Cermin• Bekas kaca

3. Kaca borosilikat terdiri daripada campuran silika, SiO₂, boron oksida, B₂O₃, natrium oksida, Na₂O, dan aluminium oksida, Al₂O₃

• Membuat alatan memasak• Alatan kaca makmal• Lampu kereta• Saluran paip kaca

4. Kaca plumbum (kaca kristal) terdiri daripada campuran silika, SiO₂, plumbum(II) oksida, PbO, dan natrium oksida, Na₂O

•Membuat barangan hiasan• Barangan kristal• Prisma

Page 16: bahan Buatan dalam Industri ppt

ii. Ciri – Ciri Seramik- Tahan haba - Tidak mudah melebur- Sangat kerasKegunaan Seramik- Membuat jubin bumbung-Membuat tembikar- Membuat paip bawah tanah

Page 17: bahan Buatan dalam Industri ppt

Bahan Komposit dan Kegunaannyai. Maksud bahan komposit

Bahan komposit ialah bahan baharu yang dihasilkan daripada campuran dua atau lebih bahan seperti logam, aloi, kaca, seramik, dan polimer. Bahan yang terhasil ini mempunyai sifat gabungan bahan asalnya.

ii. Bahan komposit dan kegunaannya BAHAN KOMPOSIT

KEGUNAAN

1. Konkrit yang diperkukuh • Digunakan untuk membina bangunan yang tinggi

2. Superkonduktor • Digunakan dalam generator dan transformer

3. Gentian optik • Digunakan dalam kabel telekomunikasi

4. Gentian kaca • Digunakan untuk membuat tangki air

Page 18: bahan Buatan dalam Industri ppt

iii. Perbezaan sifat bahan komposit dan bahan asalnya.- Material yang menjadi penyusun komposit .Karakteristik komposit ditentukan berdasarkan karakteristik mateial penyusun menurut rule of mixture sehingga akan berbamding secara proposional- Bentuk dan penyusunan komposit dari penyusunBentuk dan carra penyusunan komposit akan mempengaruhi karakteristik komposit.

Page 19: bahan Buatan dalam Industri ppt

RUMUSAN

Kepentingan bahan buatan dalam industri adalah dapat meningkatkan imej negara kita. Bahan buatan tempatan merupakan bahan yang bermutu di negara kita. Mutu bahan buatan tempatan sama sama dengan mutu bahan import. Sebagai contoh bahan daripada kulit, kasut, beg dan dompet menjadi buah tangan pelancong yang datang di negara kita. Malaysia dikenali dalam kalangan pelancong kerana menghasilkan barangan yang berkualiti sekaligus dapat menambah pendapatan negara. Selain itu, peningkatan dalam pembelian bahan buatan tempatan dapat membantu merancakkan industri tempatan secara tidak langsung. Kesimpulannya, kita dapat memajukan industri tempatan supaya dapat mencapai matlamat negara menjadi negara maju.

Page 20: bahan Buatan dalam Industri ppt

RUJUKANBuku Teks Kimia Tingkatan 4http://www.cikguhailmi.com/https://evodara.wordpress.comhttp://ms.wikipedia.org/