bahagian kaunseling universiti putra malaysia · juga mempunyai kemahiran saintifik dan matematik...
TRANSCRIPT
BAHAGIAN KAUNSELING UNIVERSITI PUTRA
MALAYSIA
PUTRA CAREER
GUIDANCE
CAREER
INTEREST
PROFILE
Jenis personaliti Realistik adalah jenis individu yang
mempunyai kemahiran etletik atau mekanikal. Suka
bekerja dengan objek, mesin, peralatan, tumbuhan dan
binatang. Lebih suka bekerja di luar bangunan dari dalam
bangunan.
Contoh pekerjaan Realistik : Jurutera Awam, Jurutera
Automobil, Jurutera Keretapi, Jurutera Mekanikal,
Operator Mesin, Mekanik Kapal terbang, Mekanik Kereta,
Juruteknik Elektronik, Ahli Ilmu Perkebunan, Tukang Besi,
dan Tukang Kayu.
REALISTIK
Tidak Sosial Materialistik
Suka Menyendiri Akur
Natural Tidak Fleksibel
Jujur Normal
Berhemat Tulin
Keras Hati Tiada/Kurang Celik Akal
Keras Kepala Praktikal
Tidak Melibatkan Diri
Jenis personaliti Investigatif adalah jenis individu yang suka membuat pemerhatian, mempelajari sesuatu, membuat penyelidikan, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah melalui penyelidikan. Individu jenis Investigatif juga mempunyai kemahiran saintifik dan matematik serta meminati kerjaya-kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal.
Contoh pekerjaan Investigatif : Doktor Perubatan, Pakar Bedah, Doktor Gigi, Ahli kajicuaca, Ahli Biologi, Ahli Botani, Ahli Agronomi, Ahli fizik, Ahli Kaji Bintang, Ahli Kimia, Ahli Kajibumi, Pegawai Sains, Penyelidik Sains, Ahli Psikologi dan Ahli Antropologi.
INVESTIGATIF
Analitikal Autonomi
Rasional Berhati-hati
Intelektual Menyisihkan Diri
Kritikal Introspektif
Pendiam Kompleks
Pesimistik Rendah Hati
Ingin Tahu Jitu
Tidak Popular
INVESTIGATIF
Jenis personaliti Artistik adalah jenis individu yang mempunyai kebolehan artistik dan inovatif. Mereka mempunyai kebolehan intuisi dan suka bekerja dalam situasi yang tidak atau kurang berstruktur. Mereka juga tidak selesa dengan kerjaya berstruktur tinggi, rutin atau berulang-ulang. Dalam kebanyakan hal, mereka selalunya menggunakan imaginasi dan kreativiti.
Contoh Pekerjaan Artistik : Arkitek, Penyair, Pemimpin
Orkestra, Penyanyi Konsert, Pengubah Lagu, Pelakon,
Pengarang, Pelukis Perdagangan, Pelukis Potret,
Wartawan, Pelukis Kartun Dan Juruhias Dalaman.
ARTISTIK
Rumit Imaginatif
Intuitif Tunggang-terbalik
Tidak Praktikal Tidak Akur
Emosional Impulsif
Tulin Ekspresif
Bebas Sensitif
Idealistik Introspektif
Terbuka
ARTISTIK
Jenis personaliti Sosial adalah jenis individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Mereka berminat dalam memberitahu, menolong, melatih, memperkembang, mengubati serta membuat kebajikan pada orang lain. Mereka mempunyai kemahiran mengguna kata-kata serta mahir berkomunikasi dengan orang lain. Matlamat utama mereka adalah membuat kebajikan.
Contoh pekerjaan Sosial : Ahli Sosiologi, Guru,
Pengetua Sekolah, Jururawat, Pegawai Perhubungan
Awam, Pengarah Kem Belia, Pengarah Agensi
Kebajikan, Kaunselor Kerjaya Dan Kaunselor Peribadi.
SOSIAL
Berpengaruh Suka Menolong
Bertanggungjawab Bekerjasama
Idealistik Sosial
Sabar Empati
Bijaksana Peramah
Pemurah Memahami
Mesra Pemujuk
SOSIAL
Jenis personaliti enterprising adalah jenis individu yang suka
bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Mereka mempunyai
minat dalam mempengaruhi, mengarah, memimpin dan
mengurus individu lain. mereka juga pandai dan mahir
memanipulasi orang lain. Matlamat akhir mereka adalah untuk
mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi.
Contoh pekerjaan Enterprising : Spekulator, Aktuaris, Eksekutif
Pengiklanan, Eksekutif Perniagaan, Pengarah Syarikat,
Pengarah Publisiti, Peguam, Ahli Politik, Pengurus Hotel,
Pengurus Bank Dan Jurujual Insuran.
ENTERPRISING
Sukakan Pencapaian Bertenaga
Suka Menggoda Suka Mengembara
Suka Menunjuk Optimistik
Mudah Bersetuju Menggembirakan
Yakin Diri Bercita-cita Tinggi
Berusaha Sosial
Angkuh Ekstrovert
Suka Bercakap
ENTERPRISING
Jenis personaliti conventional adalah jenis individu yang
suka bekerja dengan data dan nombor. Mereka mempunyai
kemahiran dalam bidang perkeranian serta mempunyai
kebolehan dan kemahiran dalam mengguna nombor. Mereka
selalunya melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat akur
dan mengikut arahan.
Contoh pekerjaan Conventinal : Akauntan, Guru
Perdagangan, Guru Perakaunan, Penyimpan Kira-kira,
Jurutrengkas, Kerani Bank, Pakar Cukai, Kerani Gaji,
Operator Komputer, Penilai Harta, Jurujual Insuran Dan
Kerani Insuran.
CONVENTIONAL
Berhati-hati Sukar Dilentur
Tabah Hati Akur
Memendam Perasaan Praktikal
Teliti Mengikut Aturan
Bersopan Santun Defensif
Menurut Perintah Cermat
Cekap Berstruktur
Tidak Imaginatif
CONVENTIONAL
PANDUAN
PROGRAM
PENGAJIAN
Langkah 1 :
Buka Link :
http://www.akademik.upm.edu.my
Langkah 2 : Sila pilih Pelajar Semasa
Langkah 3 :Pilih Buku Panduan Program
Langkah 4 :Pilih Sesi 2019/2020
Langkah 5:
Pilih Fakulti
Contoh
Contoh
Contoh
Sinopsis kursus
JOB DESCRIPTION
https://www.onetonline.org/
TERIMA KASIHUntuk Pertanyan,boleh hubungi
010-8712690
03-9769
2082/8571
Bahagian Kaunseling UPM