bahagian i pengenalan 1. tujuan - …€¦ · serta nombor kad pengenalan, ... tidak disabitkan...
TRANSCRIPT
1
BAHAGIAN I
PENGENALAN
1. Tujuan
1.1 Buku panduan ini adalah bertujuan untuk membolehkan Ejen Mengira
Undi menjalankan tugas dengan baik dan berkesan bagi pihak Calon
semasa Hari Mengundi.
1.2 Dengan cara ini Ejen Mengira Undi (EMU) dapat menjaga kepentingan
Calon dalam pengurusan pilihan raya dan seterusnya memastikan
urusan pilihan raya berjalan secara saksama mengikut undang-undang.
2. Organisasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
2.1 Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia ditubuhkan mengikut peruntukan
Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Ia adalah sebuah badan
bebas yang terdiri dari seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi
dan lima orang Ahli yang lain. Suruhanjaya Pilihan Raya
bertanggungjawab menjalankan pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat
dan Dewan Undangan Negeri dengan bebas dan saksama.
2.2 Suruhanjaya Pilihan Raya dibantu oleh Urus Setia yang diketuai oleh
seorang Setiausaha selaku Ketua Pentadbir yang bertanggungjawab
dalam menjalankan fungsi-fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya yang
ditetapkan dalam Perlembagaan.
(Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan)
3. Fungsi-fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya
3.1 Mengikut Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, SPR mempunyai 3
fungsi utama seperti berikut:
3.1.1 Menjalankan pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat, Dewan
Undangan Negeri dan pilihan raya kecil.
3.1.2 Menyediakan daftar pemilih dan menjalankan urusan
pendaftaran dan penyemakan daftar pemilih.
3.1.3 Mewujudkan Bahagian-bahagian Pilihan Raya dan menjalankan
kajian semula persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya.
(Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan).
2
4. Pelantikan Ejen Mengira Undi
4.1 Pelantikan Ejen Mengira Undi
4.1.1 Pelantikan Ejen Mengira Undi adalah berdasarkan kepada
subseksyen 14(1)(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
4.1.2 Pihak yang bertanggungjawab melantik ejen Mengira Undi
adalah Calon atau Ejen Pilihan Raya (EPR). Tugas dan
tangungjawab Ejen Pilihan Raya adalah untuk membantu
Calon bagi membuat pemerhatian pelaksanaan proses mengira
undi supaya ianya berjalan mengikut undang-undang yang
ditetapkan.
4.1.3 Bagi memudahkan Calon atau Ejen Pilihan Raya melantik Ejen
Mengira Undi, format Borang Pelantikan Ejen Mengira Undi
seperti di LAMPIRAN 1 boleh diguna pakai. Borang
Pelantikan Ejen Mengira Undi ini perlu mengandungi maklumat
Calon atau Ejen Pilihan Raya, nama Pusat Mengundi, nama
penuh Ejen Mengira Undi yang dicadangkan untuk dilantik
serta nombor Kad Pengenalan, alamat surat-menyurat dan
nombor telefon.
4.2 Syarat-syarat Sebelum Ejen Mengira Undi Menjalankan Tugas
4.2.1 Sebelum memulakan tugas, Ejen Mengira Undi hendaklah
menyerahkan kepada Ketua Tempat Mengundi (KTM) dokumen
seperti berikut:
(a) Surat pelantikan sebagai Ejen Tempat Mengundi yang
ditandatangani oleh Ejen Pilihan Raya.
(b) Borang Sumpah Kerahsiaan (Borang A) yang telah
ditandatangani seperti di LAMPIRAN 2
(c) Dokumen pengenalan diri.
(d) Pas pengenalan diri yang dikeluarkan oleh SPR
4.2.2 Seseorang Ejen Mengira Undi yang dilantik boleh menjalankan
tugas sepanjang proses pengiraan undi selesai.
3
5. Syarat-Syarat Kelayakan Ejen Mengira Undi
5.1 Kelayakan Ejen Mengira Undi adalah seperti berikut:
5.1.1 Warganegara Malaysia
5.1.2 Umur tidak kurang daripada 21 tahun
5.1.3 Dalam tempoh 5 tahun sebaik sebelum hari penamaan calon, ia
tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan
keganasan atau kecurangan oleh mahkamah
5.1.4 Dalam tempoh 5 tahun sebaik sebelum hari penamaan calon, ia
tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan atau telah dilepaskan
dari penjara setelah menjalani hukuman pemenjaraan
5.1.5 Bukan seorang yang didaftarkan dibawah Akta Pencegahan
Jenayah 1959
5.1.6 Dalam tempoh 5 tahun sebaik sebelum hari penamaan calon, ia
tidak disabitkan di atas suatu kesalahan dibawah subseksyen
52(3) Akta Pertubuhan 1966 atau peruntukan persamaan dalam
mana-mana undang-undang yang lain
5.1.7 Bukan seorang yang mengenainya suatu perintah telah dibuat
dibawah subseksyen 66(4) Akta Pertubuhan 1966 atau
peruntukan persamaan dalam mana-mana undang-undang yang
lain
5.1.8 Bukan seorang yang bankrap yang belum dilepaskan
(Subseksyen 13 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954)
4
6. Pelanggaran Syarat-Syarat Kelayakan Pelantikan Ejen Mengira Undi
6.1 Apa-apa pelanggaran syarat-syarat pelantikan oleh Calon ataupun Ejen
Pilihan Raya di bawah subseksyen 13(1) atau subseksyen 21 (1)–(2)
Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 boleh didenda sebanyak lima ribu
ringgit bila disabit kesalahan mengikut subseksyen 27 (1)–(2) Akta
yang sama.
6.2 Pelantikan Ejen Mengira Undi yang tidak mengikut syarat-syarat yang
ditetapkan boleh menyebabkan satu Petisyen Pilihan Raya di buat
sepertimana yang diperuntukan di bawah subseksyen 32 (c) dan (d)
Akta Kesalahan Pilihan Raya.
7. Istilah-Istilah Penting
7.1 Pegawai Pengurus (PP)
Adalah seseorang Pegawai yang dilantik oleh SPR bagi mengendalikan
pilihan raya dalam sesuatu Bahagian Pilihan Raya yang ditetapkan.
(Seksyen 3(c) Akta Pilihan Raya 1958)
7.2 Penolong Pegawai Pengurus (PPP)
Adalah seseorang Pegawai yang dilantik oleh SPR bagi membantu
Pegawai Pengurus mengendalikan Pilihan Raya dalam sesuatu
Bahagian Pilihan Raya yang ditetapkan.
(Seksyen 3(c) Akta Pilihan Raya 1958)
7.3 Pembantu Pilihan Raya (PPR)
Adalah seseorang pegawai yang dilantik oleh Pegawai Pengurus bagi
tujuan membantu beliau dalam urusan pentadbiran yang berkaitan
dengan Pilihan Raya.
(Subperaturan 12A (1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan
Pilihan Raya) 1981)
7.4 Ketua Tempat Mengundi (KTM)
Adalah seseorang yang dilantik oleh Pegawai Pengurus bagi mengetuai
sesuatu Tempat Mengundi (Saluran) dan mengendali proses
pengundian. (Subperaturan 12 (1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya
(Penjalanan Pilihan Raya) 1981.
5
7.5 Kerani Pengundian (KP)
Adalah seseorang yang dilantik oleh Pegawai Pengurus bagi membantu
Ketua Tempat Mengundi (KTM) dalam urusan pengundian di Tempat
Mengundi (Saluran). (Subperaturan 12A (1) Peraturan-Peraturan
Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981)
7.6 Kerani Mengira Undi (KMU)
Adalah seseorang yang dilantik oleh Pegawai Pengurus bagi membantu
Ketua Tempat Mengundi (KTM) dalam urusan pengiraan undi di tempat
mengira undi.
(Subperaturan 12A (1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan
Pilihan Raya) 1981)
7.7 Penyelia Pusat Mengundi (PPM)
Adalah seseorang yang dilantik oleh Pegawai Pengurus bagi tujuan
menyelia sesuatu Pusat Mengundi semasa Pilihan Raya dijalankan.
(Subperaturan 12A (1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan
Pilihan Raya) 1981)
7.8 Kerani Penyemak Daftar Pemilih (KPDP)
Adalah seseorang yang dilantik oleh Pegawai Pengurus bagi membantu
menyemak nama pengundi dalam Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR)
untuk menentukan Tempat Mengundi (Saluran) semasa pilihan raya
diadakan.
(Subperaturan 12A (1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan
Pilihan Raya ) 1981)
7.9 Pemandu Arah Pusat Mengundi (PAPM)
Adalah seseorang yang dilantik oleh Pegawai Pengurus bagi tujuan
membantu menunjuk arah kepada pengundi, membantu pengundi di
kalangan orang kelainan upaya (OKU) dan lain-lain tugas yang
diarahkan oleh Penyelia Pusat Mengundi (PPM).
(Subperaturan 12A (1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan
Pilihan Raya) 1981.
6
7.10 Calon
Adalah seseorang yang kertas penCalonannya yang sah diterima oleh
Pegawai Pengurus untuk bertanding dalam sesuatu Bahagian Pilihan
Raya.
(Seksyen 2, Akta Pilihan Raya 1958)
7.11 Ejen Pilihan Raya (EPR)
Adalah seseorang yang dilantik oleh Calon bagi mewakili dirinya untuk
menjalankan semua urusan berhubung dengan pilihan raya di mana
Calon itu bertanding.
(Subseksyen 12 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954)
7.12 Ejen Tempat Mengundi (ETM)
Adalah seseorang yang dilantik oleh Calon atau Ejen Pilihan Raya bagi
mewakili Calon untuk menyaksikan proses pengundian di dalam
Tempat Mengundi (Saluran) berjalan mengikut undang-undang dan
peraturan-peraturan yang ditetapkan.
(Subseksyen 14(1) (a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954)
7.13 Ejen Mengira Undi (EMU)
Adalah seseorang yang dilantik oleh Calon atau Ejen Pilihan Raya bagi
mewakili Calon untuk memerhatikan Proses Pengiraan Undi di dalam
Tempat Mengira Undi berjalan mengikut undang-undang dan
peraturan-peraturan yang ditetapkan.
(Subseksyen 14(1) (a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954)
7.14 Pemerhati Pilihan Raya
Adalah seseorang ataupun sebuah badan yang diluluskan oleh SPR
untuk memerhati proses pilihan raya di tempat- tempat urusan pilihan
raya yang ditetapkan oleh SPR dan tertakluk kepada syarat-syarat
yang ditetapkan oleh SPR.
7
7.15 Barung SPR
Adalah sesuatu tempat di Pusat Mengundi yang digunakan bagi
membantu pemilih untuk menyemak nama-nama pemilih bagi tujuan
menentukan Tempat Mengundi (Saluran).
(Subseksyen 26A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954)
7.16 Hari Mengundi
Adalah suatu tarikh yang ditetapkan dalam notis yang disiarkan dalam
warta mengikut Peraturan 3 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya
(Penjalanan Pilihan Raya ) 1981, bermula dari permulaan hari
pembuangan undi sehingga masa pengisytiharan pilihan raya oleh
pegawai pengurus disebut sebagai hari mengundi.
(Subseksyen 2 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954)
7.17 Masa Mengundi
Adalah sesuatu tempoh yang ditetapkan oleh SPR bagi tujuan
membolehkan pengundi mengundi di dalam sesuatu pilihan raya.
(Subperaturan 11 (5)(d) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan
Pilihan Raya) 1981)
7.18 Pusat Mengundi
Adalah sesuatu tempat yang diwartakan oleh SPR bagi menjalankan
urusan pengundian.
(Seksyen 2 Akta Pilihan Raya 1958)
7.19 Tempat Mengundi
Adalah sesuatu tempat di dalam Pusat Mengundi yang ditetapkan oleh
SPR sebagai Tempat Mengundi (saluran).
(Seksyen 2 Akta Pilihan Raya 1958)
7.20 Pusat Penamaan Calon
Adalah sesuatu tempat yang telah ditetapkan oleh SPR bagi tujuan
mengemukakan kertas-kertas penamaan untuk tujuan pertandingan
dalam sesuatu pilihan raya.
(Subperaturan 6 (1) dan (2) Peraturan-peraturan Pilihan Raya
(Penjalanan Pilihan Raya) 1981).
8
7.21 Pusat Penjumlahan Rasmi Undi
Adalah sesuatu tempat yang telah ditetapkan oleh SPR bagi tujuan
menjumlahkan semua keputusan yang diterima sama ada daripada
semua Ketua Tempat Mengundi atau keputusan-keputusan pengundian
pos.
(Subperaturan 25D (2) Peraturan-peraturan pilihan raya (penjalanan
pilihan raya) 1981)
7.22 Buku Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR)
Adalah senarai nama pemilih yang terkini dan telah disahkan oleh SPR
bagi tujuan pilihan raya.
(Subperaturan 14A Peraturan-peraturan pilihan raya (penjalanan
pilihan raya) 1981)
7.23 Zon Larangan 50 Meter
Adalah suatu kawasan yang ditetapkan kawasan larangan dalam jarak
50 meter atau mana-mana jarak yang difikirkan sesuai dari Pusat
Penamaan Calon, Pusat Mengundi atau dari Pusat Mengundi.
(Subseksyen 24A (2) dan 26 (1) (e) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954)
7.24 Slip Nombor Tempat Mengundi (Saluran)
Adalah suatu helaian nombor yang bercetak yang akan diberikan oleh
Kerani Penyemak Daftar Pemilih (KPDP) kepada pengundi bagi tujuan
memudahkan pengundi mengenal pasti Tempat Mengundi (Saluran).
7.25 Pengundi OKU dan Pengundi Uzur
Adalah Pengundi OKU dan pengundi uzur, yang layak untuk diberi
keistimewaan mengundi di Tempat Mengundi (Saluran) 1 di tingkat
bawah bangunan pusat mengundi jika nombor salurannya berada di
tingkat atas, adalah dimaksudkan kepada pengundi yang cacat
anggota kaki dan tidak mampu berjalan tanpa bantuan orang lain atau
pengundi uzur yang dalam keadaan tidak sihat dan tidak mampu
bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain. Pengundi berkenaan perlu
menggunakan kerusi roda untuk bergerak ke Tempat Mengundi
(Saluran).
9
7.26 Dakwat Kekal
Dakwat khas yang dibekalkan oleh SPR bagi kegunaan Kerani
Pengundian untuk menanda atau mencalit di jari telunjuk kiri pengundi
atau mana-mana bahagian jari pengundi sebagaimana tatacara yang
ditetapkan sebelum kertas undi dikeluarkan kepada pengundi tersebut.
7.27 Menanda/Mencalit Dakwat Kekal
Melakukan satu tanda dengan cara mencalitkan Dakwat Kekal di jari
telunjuk kiri pengundi atau mana-mana jari kiri jika tiada jari telunjuk
kiri atau di jari telunjuk kanan (jika tiada jari kiri) atau mana-mana jari
dari ruas pertama hingga ke hujung jari mengikut tatacara yang
ditetapkan oleh SPR sebelum seseorang pengundi boleh dikeluarkan
kertas undi.
8. Kebenaran Masuk Ke Tempat Mengira Undi
Mereka yang dibenarkan masuk ke tempat mengira undi adalah seperti
berikut:
8.1 Calon
8.2 Ejen Pilihan Raya
8.3 Ejen Mengira Undi yang dilantik dan memenuhi syarat-syarat yang
ditetapkan
8.4 Pegawai Pengurus dan Penolong Pegawai Pengurus
8.5 Ahli-Ahli Panel SPR dan pegawai-pegawai SPR
8.6 Petugas-petugas pilihan raya dan orang-orang lain yang bertugas
secara rasmi di Tempat Mengira Undi
8.7 Orang lain yang dibenarkan secara bertulis oleh SPR
(Peraturan 25 (2) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya)
1981)
10
BAHAGIAN II
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB EJEN MENGIRA UNDI
1. Tugas Ejen Mengira Undi Sebelum Pengiraan Undi
1.1 Ejen Mengira Undi hendaklah memerhati peti undi yang mengandungi
kertas undi yang digunakan semasa pengundian adalah termeterai
dengan sempurna sebelum ianya dibuka oleh Ketua Tempat Mengundi.
Contoh memeterai peti undi di LAMPIRAN 3.
2. Tugas Ejen Mengira Undi Semasa Pengiraan Undi
2.1 Memerhati persediaan awal oleh KTM sebelum pengiraan bermula di
Tempat Mengundi (Saluran)
2.1.1 Kerusi meja untuk mengira undi disusun sebagaimana susun
atur di LAMPIRAN 4.
2.1.2 Peralatan, Dulang, dokumen dan sampul-sampul berikut
disediakan:
- Simbol Calon yang bertanding yang akan ditampal pada
dulang disediakan secukupnya.
2.1.3 Dulang-dulang Calon ditampal dengan –
- Simbol Calon yang bertanding setiap satu
- „UNDI BELUM DIKIRA‟
- „RAGU‟
- „DITOLAK‟
2.1.4 Borang SPR 757 – (Catatan Bilangan Pengesahan Kertas Undi)
disediakan secukupnya.
2.1.5 Borang SPR 764 – (Penyata Awal Pengiraan Undi) disediakan
secukupnya.
2.1.6 Borang 14 – (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi)
disediakan secukupnya.
11
2.1.7 Pensel
2.1.8 Getah Gelang
2.1.9 Cap „DITOLAK‟
2.1.10 Cap „ DITERIMA‟
2.1.11 Buku „Panduan Untuk Memutuskan Undi Ragu‟
2.1.12 Sampul-sampul No. 4, 5, 6, 7 dan 9
2.1.13 „Stamp Pad‟
2.2 Pembahagian Kumpulan Petugas Kerani Mengira Undi
Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
2.2.1 Bagi tujuan pengiraan undi secara serentak (Parlimen dan
DUN), KTM akan membahagikan KMU kepada dua kumpulan.
Setiap kumpulan akan mengandungi dua orang Kerani Mengira
Undi. Satu kumpulan mengira undi Parlimen sementara satu
kumpulan lagi mengira undi bagi Dewan Undangan Negeri
(DUN). Susun atur tempat mengira undi seperti LAMPIRAN 4.
2.3 Tatacara Mengesahkan Bilangan Kertas Undi Yang Terdapat
Dalam Satu Peti Undi
2.3.1 Ejen Mengira Undi perlu memerhati prosedur yang diambil oleh
KTM bagi mengesahkan bilangan kertas undi di dalam peti undi
iaitu untuk menentukan jumlah kertas undi yang terdapat di
dalam peti undi adalah sama atau kurang bilangannya seperti
yang tercatat dalam BORANG 13 (Penyata Kertas Undi) seperti
di LAMPIRAN 5. Proses mengesahkan isi peti undi adalah
seperti berikut:
(a) Peti undi Parimen dan Negeri dibuka dan dikeluarkan semua
kertas-kertas undi yang terdapat di dalamnya.
(b) Mengasingkan lain-lain dokumen yang mungkin tersalah masuk
ke dalam peti undi itu. Contohnya seperti Kad Pengenalan atau
slip-slip parti.
12
(c) Memasukkan kertas undi Parlimen ke dalam dulang Parlimen
atau kertas undi Dewan Undangan Negeri ke dalam dulang
Dewan Undangan Negeri (jika ada pengundi tersilap
memasukkan ketas undi ke dalam peti undi berlainan).
(d) Kertas undi dikira oleh Kerani Mengira Undi dan diikat sepuluh-
sepuluh bagi setiap satu ikat dan digabungkan sepuluh ikat
kertas undi untuk dijadikan jumlahnya seratus.
(e) Bilangan kertas undi ditanda di dalam Borang SPR 757 (Catatan
Bilangan Pengesahan Kertas Undi) yang disediakan seperti
contoh di Lampiran 6. Semua kertas undi akan dimasukkan ke
dalam dulang bertanda „UNDI BELUM DIKIRA‟.
(f) Jumlah kertas undi yang dikira dibandingkan dengan bilangan
kertas undi yang dicatatkan dalam ruangan di perenggan E,
BORANG 13 (Jumlah kertas undi yang patut berada di dalam
peti undi).
(g) Jika bilangan kertas undi yang terdapat di dalam peti undi
adalah sama atau kurang seperti yang dicatatkan dalam
BORANG 13, KTM bolehlah mengesahkan isi peti undi tersebut.
(h) Jika jumlah kertas undi didapati melebihi daripada jumlah yang
tercatat di perenggan E (Jumlah Kertas Undi Yang Patut Berada
di dalam peti undi) BORANG 13, KTM akan melaksanakan
prosedur seperti mana yang diterangkan di dalam Jadual Ketiga
Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya)
1981. Jadual Ketiga adalah seperti di LAMPIRAN 7.
Peringatan:
Jika bilangan kertas undi dalam peti undi melebihi
bilangan yang tercatat dalam BORANG 13, ia mungkin
berlaku disebabkan kertas undi dari Tempat Mengundi
(Saluran) lain telah dimasukkan ke dalam peti undi
tersebut.
13
3. Kerani Mengira Undi Menyisihkan Kertas Undi Mengikut Calon
3.1 Ejen Mengira Undi perlu memerhati proses menyisih kertas undi
mengikut Calon seperti berikut:
3.1.1 Salah seorang Kerani Mengira Undi akan mengambil kertas undi
dari dulang yang bertanda “UNDI BELUM DIKIRA” dan kertas
undi itu dipaparkan untuk perhatian Ejen Mengira Undi. Kerani
Mengira Undi akan serta meneriakkan simbol parti atau nama
parti yang telah ditanda oleh pengundi. Kertas undi yang telah
dipaparkan itu akan dimasukkan ke dalam dulang mengikut
Calon seperti ditanda oleh pengundi.
3.1.2 Ketika proses itu dijalankan, KTM bertanggungjawab
memastikan Kerani Mengira Undi tidak melakukan kesilapan
ketika meneriak simbol atau nama parti yang ditanda oleh
pengundi dan seterusnya memasukkan kertas undi itu ke dalam
dulang yang betul.
3.1.3 Kertas undi yang dianggap ragu akan dimasukkan ke dalam
dulang yang bertanda “RAGU”. Hanya KTM bertanggungjawab
memutuskan kertas undi ragu.
3.1.4 Proses memaparkan kertas undi ini dilakukan oleh Kerani
Mengira Undi satu persatu sehingga selesai.
4. Undi Ragu
4.1 Undi ragu ialah kertas undi yang tidak jelas cara ianya ditandakan dan
meragukan atau kertas undi itu rosak seperti telah terkoyak atau
sebagainya. Sekiranya terdapat kertas undi yang didapati ragu semasa
pengiraan undi berjalan, kertas undi itu hendaklah terus dimasukkan
ke dalam dulang yang bertanda “RAGU”.
4.2 Keputusan terdapat kertas undi ragu ini sama ada ianya boleh diterima
atau ditolak hanya dibuat oleh KTM sebaik sahaja proses memaparkan
semua kertas undi selesai dijalankan.
14
5. Panduan Memutuskan Undi Ragu
5.1 Ejen Mengira Undi memberi perhatian mengenai tindakan KTM
memutuskan undi ragu semasa memutuskan kertas undi ragu. KTM
akan mengambil kira beberapa perkara-perkara seperti berikut:-
5.1.1 Niat yang ditunjukkan oleh pemilih.
5.1.2 Memutuskan undi ragu berdasarkan kepada buku “Panduan
Untuk Memutuskan Undi Ragu”.
5.1.3 Ejen Mengira Undi boleh memberi pandangan berhubung
dengan kertas undi ragu. Walau bagaimanapun KTM
mempunyai kuasa membuat keputusan dan keputusannya
adalah muktamad.
Peringatan:
Keputusan terhadap kertas undi ragu ini hanya boleh dibuat oleh
KTM dan tidak boleh dibuat oleh mana-mana Kerani Mengira Undi.
6. Keputusan Ke Atas Kertas-Kertas Undi Ragu
6.1 KTM bertindak memutuskan undi ragu di hadapan Ejen Mengira Undi
sama ada kertas undi tersebut diterima atau ditolak.
6.2 Jika kertas undi ragu itu diterima, kertas undi hendaklah dicapkan
“DITERIMA” di bahagian belakang kertas undi dan ditandatangani oleh
KTM. Kertas undi yang diterima hendaklah dimasukkan ke dalam
dulang mengikut Calon atau parti berkenaan.
6.3 Jika kertas undi ragu diputuskan ditolak, kertas undi itu hendaklah
dicap “DITOLAK” di bahagian belakang kertas undi tersebut dan
ditandatangani oleh KTM. Kertas undi itu hendaklah dimasukkan ke
dalam dulang yang bertanda “DITOLAK”.
Peringatan:
KTM tidak dibenarkan menolak mana-mana kertas undi ragu
apabila beliau yakin keraguan itu disebabkan oleh kecuaian
kakitangan pengundian.
15
7. Pengiraan Kertas Undi
7.1 Ejen Mengira Undi perlu memerhati Kerani Mengira Undi mengira
kertas undi yang terdapat di dalam dulang mengikut Calon atau parti
dan seterusnya dicatatkan di dalam Borang SPR 764 (Penyata Awal
Pengiraan Undi) seperti di LAMPIRAN 8.
7.2 Ejen Mengira Undi yang hadir boleh juga membuat catatan yang sama
di dalam Borang SPR 764 (Penyata Awal Pengiraan Undi) yang telah
dibekalkan kepadanya.
8. Ulang Kira
8.1 Ejen Mengira Undi boleh memohon diadakan ulang kira di Tempat
Mengundi (Saluran) sekiranya berlaku keadaan seperti berikut:
8.1.1 Jika perbezaan di antara bilangan undi yang diberi kepada Calon
yang mendapat undi terbanyak dengan Calon yang mendapat
undi kedua terbanyak berbeza sebanyak empat peratus (4%)
atau kurang dari jumlah bilangan undi yang diberi kepada calon-
calon (tidak termasuk undi yang ditolak).
Contoh:
- Jumlah Kertas undi dalam peti undi 700
- Calon A mendapat 95
- Calon B mendapat 295
- Calon C mendapat 301
- Jumlah undi diberi 691
- Undi Tolak 9
Perbezaan antara Calon mendapat undi terbanyak C dan kedua
terbanyak B ialah 6 undi:-
6 X 100 = 0.86%
691
8.1.2 Pengiraan semula undi yang dilakukan atas permohonan Calon
atau Ejen Pilihan Raya atau Ejen Mengira Undi
16
8.2 Pengiraan semula undi hanya boleh dilakukan sekali sahaja.
8.3 KTM juga boleh membuat pengiraan semula jika pengiraan tidak
memuaskan hatinya.
9. Peraturan Ulang Kira
9.1 Sekiranya KTM memutuskan bahawa perlunya ulang kira kertas undi
dijalankan, hanya kertas-kertas undi yang terdapat di dalam dulang-
dulang Calon sahaja dimasukkan ke dalam dulang UNDI BELUM
DIKIRA.
9.2 Kertas-kertas undi yang telah disahkan ditolak tidak boleh dimasukkan
ke dalam kiraan semula.
9.3 Ulang kira hendaklah bermula dari peringkat memaparkan tiap-tiap
kertas undi dan seterusnya memasukkan kertas undi ke dalam dulang
mengikut Calon atau parti.
10. Penyediaan BORANG 14 (Borang Penyata Pengundian Selepas
Pengiraan Undi)
10.1 Ejen Mengira Undi memerhati tindakan KTM menyalin semula bilangan
undi yang diterima oleh setiap Calon dan bilangan undi yang ditolak
seperti yang tercatat di dalam Borang SPR 764 (Borang Penyata Awal
Pengiraan Undi) ke dalam BORANG 14.
10.2 KTM akan menulis nama-nama Calon dan parti di dalam BORANG 14
mengikut susunan seperti di kertas undi dan seterusnya melengkapkan
BORANG 14 (seperti LAMPIRAN 9).
10.3 KTM akan menyerahkan BORANG 14 dan meminta Ejen Mengira Undi
menandatangani dalam ruangan yang disediakan jika Ejen Mengira
Undi mahu berbuat demikian.
10.4 KTM akan mengarahkan satu salinan BORANG 14 (Borang Penyata
Pengundian Selepas Pengiraan Undi) kepada EMU yang hadir.
[Subperaturan 25(21)(b)(ii) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya
(Penjalanan Pilihan Raya) 1981].
17
11. Pengiraan Undi Yang Diberhenti Atau Ditangguhkan
11.1 Ejen Mengira Undi mengambil maklum keputusan atau tindakan yang
akan dibuat oleh KTM, sekiranya berlaku bencana alam, rusuhan atau
lain-lain sebab seperti KTM memberhentikan atau menangguhkan
pengiraan tersebut dan dengan serta merta.
[Subperaturan 25B(1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan
Pilihan Raya) 1981].
11.2 Jika peti undi itu belum dibuka:
(a) KTM akan memasukkan semula kertas undi ke dalam peti undi
dan dimeteraikan. Ejen Mengira Undi boleh menandatangani pada
perekat keselamatan yang dimeteraikan jika ingin berbuat
demikian.
(b) Jika Sampul No.4 telah dibuka dan BORANG 13 (Penyata Kertas
Undi) telah dikeluarkan, ia hendaklah dimasukkan kembali ke
dalam Sampul No. 4 dan dimeteraikan. Ejen Mengira Undi boleh
menandatangani pada perekat keselamatan jika ingin berbuat
demikian.
(c) KTM akan membawa peti undi dan lain-lain peralatan ke tempat
yang ditetapkan oleh PP. Ejen Mengira Undi boleh mengiringi peti
undi dengan syarat mereka menaiki kenderaan yang berasingan.
[Subperaturan 25B (3) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya
(Penjalanan Pilihan Raya) 1981].
11.3 Jika peti undi itu belum dibuka:
(a) KTM akan membawa peti undi dan lain-lain peralatan pilihan raya
ke tempat yang ditetapkan oleh PP. Ejen Mengira Undi boleh
mengiringi peti undi dengan syarat mereka hendaklah menaiki
kenderaan yang berasingan.
[Subperaturan 25B (2) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya
(Penjalanan Pilihan Raya) 1981].
11.4 Sebaik sahaja sampai di tempat yang ditetapkan oleh PP, KTM perlu
mendapat arahan daripada PP mengenai proses pengiraan selanjutnya.
KTM akan memberitahu kepada Calon atau Ejen Pilihan Raya atau Ejen
Mengira Undi mengenai perkara tersebut.
18
11.5 KTM akan memastikan proses pengiraan undi bagi tempat yang
ditangguhkan atau diberhentikan adalah sama seperti pengiraan undi
di tempat mengundi. Dalam keadaan di mana peti undi telah dibuka
dan pengiraan telah bermula sebelum ditangguhkan, pengiraan akan
dimulakan dari peringkat awal iaitu mengesahkan bilangan kertas undi
yang terdapat di dalam peti undi.
12. Pengiraan Undi Berkelompok
12.1 Ejen Mengira Undi memerhati proses pengiraan undi secara
berkelompok di Pusat Pengiraan Undi Berkelompok bagi kertas-kertas
undi Pengundian Awal pada Hari Mengundi Biasa atau mana-mana
Tempat Mengundi yang tidak boleh dikira di Tempat Mengundi seperti
yang dinyatakan dalam notis BORANG 12A (Notis Pengiraan Undi Di
Tempat Mengira) seperti di LAMPIRAN 10. Cara pengiraan undi
adalah sama seperti pengiraan undi di Tempat Mengundi yang diketuai
oleh Ketua Tempat Mengundi masing-masing.
BAHAGIAN III
PENUTUP
1. Bagi memastikan pilihan raya dapat berjalan dengan licin dan lancar, Ejen
dan Ejen Mengira Undi hendaklah mematuhi segala arahan dan nasihat yang
diberikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dalam buku panduan ini. Tanpa
kerjasama Ejen-ejen, pegawai-pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya tidak akan
dapat menjalankan tugasnya dengan licin dan lancar.
SELAMAT BERTUGAS
19
Roslan bin Ahmad 500727-04-2003
N.27 Merlimau
S.K.Merlimau 2
27 Februari 2011
LAMPIRAN 1
BORANG PELANTIKAN
EJEN MENGIRA UNDI
Saya………………………………………………No.Kad Pengenalan .............................
adalah Calon/Ejen Pilihan Raya yang bertanding bagi bahagian pilihan raya;
………………..…………..................…………
(Nama Bahagian Pilihan Raya)
Dengan ini melantik nama yang tersebut di bawah sebagai ejen saya sebagai;
* EJEN MENGIRA UNDI
yang bertugas bagi pihak saya di Pusat Mengundi………………………………….
Tandatangan Calon/Ejen Pilihan Raya …………tt………………………
Tarikh:…………………........
* Potong yang tidak berkenaan
Nama: Ahmad Nordin Mustapha No.Kad Pengenalan: 490125-07-5133 Alamat Surat Menyurat: 43, Jalan Kelawei Taman Indah Melaka No.Telefon: 012-2212211
20
Ahmad Nordin Mustapha
490125-07-5133
43, Jalan Kelawei
Taman Indah, Melaka
27 Februari
N.27 Merlimau
LAMPIRAN 2
AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954 Borang A
[Subseksyen 5(1)]
BORANG SUMPAH KERAHSIAAN
Saya,……………………………………………………………………………...…………….……..…
No. Kad Pengenalan …………………………… beralamat ……………………………….....
……………………………………………………………………………….......……………………….
bersumpah bahawa saya tidak akan melakukan dalam pilihan raya bagi bahagian
pilihan raya/kawasan pilihan raya ……………………………………………....
apa-apa perkara yang ditegah oleh seksyen 5* Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
[Akta 5], yang telah dibacakan kepada saya.
Bertarikh pada …………………………………….2011
………………………tt…………………………….
Tandatangan orang yang
mengangkat sumpah
Di hadapan saya,
……………………………tt…………………………
Tandatangan
Pengerusi atau Anggota Suruhanjaya Pilihan Raya
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya
Hakim Mahkamah Sesyen/Majistret/Pesuruhjaya Sumpah/
Pengarah Pilihan Raya Negeri/Pegawai Pengurus
Pegawai Yang Hak
Seksyen ini mestilah dibacakan kepada pembuat akuan oleh orang yang
mengambil akuan ini.
21
LAMPIRAN 3
Contoh Peti Undi Yang Dimeterai Sebelum Pengundian
Contoh Peti Undi Yang Dimeterai Selepas Pengundian
LAMPIRAN 3
22
LAMPIRAN 4
23
Sek. Keb. Merlimau 2
139/27/04
N.27 Merlimau
600
450
-
150
450
tt
6 Mac 2011
tt
Ahmad bin Abdullah
150
LAMPIRAN 5 PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA
(PENJALANAN PILIHAN RAYA) 1981
Borang 13
[Subperaturan 24(1)]
PENYATA KERTAS UNDI
Nama Pusat Mengundi………………....................…… No. Tempat Mengundi (Saluran)…………....................
No. Kod Daerah Mengundi………..………………………………………........................................….....................
Bahagian Pilihan Raya ..………………………………………………................................................…………….......
A - Bilangan kertas undi yang diterima daripada Pegawai Pengurus
Jumlah keseluruhan kertas undi yang diterima daripada Pegawai Pengurus ((a)+(b)) =
B - Bilangan kertas undi yang dikeluarkan kepada pengundi Jumlah
keseluruhan kertas undi yang dikeluarkan kepada pengundi ((c)+(d)) =
C - Bilangan “kertas undi rosak” (Kertas undi yang dipulangkan kepada ketua tempat mengundi yang telah dibatalkan dan ditanda “ROSAK” oleh ketua tempat mengundi dan tidak dimasukkan ke dalam peti undi) D - Bilangan kertas undi yang tidak digunakan (A-B) E - Jumlah kertas undi yang patut berada di dalam peti undi (A-C-D) Saya memperakui bahawa penyata di atas adalah betul.
.........................................................
Tandatangan Bertarikh …………………. ....................................................... Nama Ketua Tempat Mengundi
No. Siri Kertas Undi Bil. Kertas Undi
No. Siri Kertas Undi Bil. Kertas Undi
Dari Hingga Dari Hingga
010001 010150 150
010201 10300 100
010301 010600 350
Jumlah (a) 600 Jumlah (b)
No. Siri Kertas Undi Bil. Kertas
Undi
No. Siri Kertas Undi Bil. Kertas
Undi Dari Hingga Dari Hingga
010001 010150 150
010201 010300 100
010301 010600 200
Jumlah (c) 450 Jumlah (d)
Nama Calon atau Ejen Pilihan Raya atau Ejen Tempat Mengundi
No. K/P Parti/Bebas Tandatangan
Karim bin Bujang 650411-05-6887 BN t.t
Abu bin Kassim 850102-05-6105 PKR t.t
24
450
LAMPIRAN 6
(Borang SPR. 757)
CATATAN BILANGAN PENGESAHAN KERTAS UNDI
RATUSAN
TANDA
100
√
100
√
100
√
100
√
100 (50)
√
100
100
100
JUMLAH BILANGAN KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI:
……………………………………
Tandakan (√) bagi setiap seratus kertas undi yang dikira
25
LAMPIRAN 7
JADUAL KETIGA
PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA
(PENJALANAN PILIHAN RAYA) 1981
[Subperaturan 25(5)]
TATACARA YANG KENA DIIKUTI JIKA BILANGAN KERTAS UNDI
YANG DIDAPATI DALAM SUATU PETI UNDI MELEBIHI BILANGAN YANG DINYATAKAN SEBAGAI BERADA DI DALAMNYA
MENGIKUT BORANG 13
1. Ketua Tempat Mengundi hendaklah, di hadapan setiap calon atau ejen pilihan raya atau ejen mengiranya, menyebabkan bungkusan yang dilekatkan dengan perekat keselamatan yang disebut dalam peraturan 24(1)(d) dibuka, dan, dengan membandingkan bilangan kertas undi yang tidak digunakan dan yang rosak dengan bilangan kertas undi yang asalnya dikeluarkan kepada tempat mengundi itu, hendaklah mengesahkan pernyataan dalam Borang 13. Jika ternyata suatu kesilapan telah dibuat dalam mengisi Borang 13, dan jika ketua tempat mengundi berpuas hati bahawa bilangan kertas undi dalam peti undi itu tidak Melebihi bilangan kertas undi yang telah dikeluarkan dengan sewajarnya di tempat mengundi itu, dia hendaklah memerintahkan supaya pengiraan undi dijalankan dan hendaklah melekatkan semula perekat keselamatan pada bungkusan itu. 2. Jika selepas selesai proses yang diperihalkan dalam perenggan 1 Jadual ini,ternyata pada ketua tempat mengundi bahawa bilangan kertas undi yang ada dalam peti undi terlebih banyak daripada bilangan kertas undi yang telah dikeluarkan di tempat mengundi itu, ketua tempat mengundi atau orang-orang yang diberi kuasa olehnya hendaklah, di hadapan setiap calon atau ejen pilihan raya atau ejen mengiranya memeriksa tindikan, tandatangan ringkas atau tanda rasmi ketua tempat mengundi yang berkenaan pada kertas undi itu satu persatu dan hendaklah mengeluarkan mana-mana kertas undi yang tidak ditindik, ditandatangan ringkas atau tidak mengandungi tanda rasmi ketua tempat mengundi berkenaan atau yang ditindikan, ditandatangan ringkas atau ditanda selainnya.
3. Apabila Ketua Tempat Mengundi telah mengeluarkan kertas undi mengikut perenggan 2 dalam Jadual ini, dia hendaklah memerintahkan supaya pengiraan undi itu dijalankan. 4. Kertas undi yang dikeluarkan oleh ketua tempat mengundi hendaklah dimasukkan ke dalam suatu bungkusan yang hendaklah kemudiannya dilekatkan dengan perekat keselamatan dan perekat keselamatan itu hendaklah ditandatangani oleh ketua tempat mengundi itu dan oleh setiap calon atau ejen pilihan raya atau ejen mengiranya yang hadir dan yang berhasrat untuk menandatangani perekat keselamatan itu dan dihantar secepat yang dapat dilaksanakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya boleh membuka bungkusan itu dan boleh menyebabkan apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkannya patut dijalankan. Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah menyimpan kertas undi yang dikeluarkan itu selama tempoh enam bulan dan kemudiannya hendaklah menyebabkan kertas undi itu dimusnahkan melainkan jika diarahkan selainnya oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi.
Bertarikh …………………………..20……............
[SPR (S) 72/Jld. XIV; PN. (PU2) 178c Pt. XXXI]
Dengan arahan Suruhanjaya Pilihan Raya,
DATO’ NGAH SENIK
Setiausaha, Suruhanjaya Pilihan Raya
Malaysia [Dibentangkan dalam Dewan Rakyat menurut seksyen 17 Akta Pilihan Raya 1958]
26
LAMPIRAN 8
(Borang SPR. 764)
PENYATA AWAL PENGIRAAN UNDI
Kedudukan Pusat Mengundi : Sek. Keb. Merlimau
Nombor Kod Daerah Mengundi : 139/27/04
Bahagian Pilihan Raya : N.27 Merlimau
Tempat Mengundi No. (Saluran) : 2
A – Jumlah Undi Di dalam Peti Undi : 450
B - Jumlah Undi Yang Diperolehi oleh Calon :
Nama Calon Nama Parti Jumlah Undi
1. ……………………………………… ………………………. ………………………
2. ….………………………………….. ………………………. ………………………
3. ……………………………………… ………………………. ………………………
4. ……………………………........… ………………………. ………………………
5. …………………………………...... ………………………. ………………………
C - Jumlah undi ditolak : 3
Roslan bin Ahmad
Haji Yuhaizad bin Abdullah
BN
PAS
352
95
27
Melaka
Sek Keb Merlimau 2
139/27/04
N.27 Merlimau
450
Roslan bin Ahmad
Haji Yuhaizad bin Ali
BN
PAS
352
95
447
3
0
6 Mac 2011
tt
Ahmad bin Abdullah
LAMPIRAN 9
PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENJALANAN PILIHAN RAYA) 1981
BORANG 14
[Subperaturan 25(12)]
NEGERI …………………………………………………….
PENYATA PENGUNDIAN SELEPAS PENGIRAAN UNDI
Nama Pusat Mengundi …………..........................…… No. Tempat Mengundi (Saluran) ………………...…….. No. Kod Daerah Mengundi ………….......…………………………………………………………………...…...…… Bahagian Pilihan Raya ………………...…………………………………………………………….............…...……. A - Jumlah kertas undi yang patut berada di dalam peti undi (seperti di E dalam Borang 13) .............……..….. B - Bilangan undian oleh pemilih bagi setiap orang calon yang bertanding: Nama Calon Nama Parti Politik/ Bilangan (Ejaan dan susunan nama calon Bebas HENDAKLAH SAMA seperti yang dicetak pada kertas undi) ………………………………………….....….....… ………….....……………... …………………...........…
………………………………………….....….....… ………….....……………... …………………...........…
………………………………………….....….....… ………….....……………... …………………...........…
………………………………………….....….....… ………….....……………... …………………...........…
………………………………………….....….....… ………….....……………... …………………...........…
………………………………………….....….....… ………….....……………... …………………...........…
………………………………………….....….....… ………….....……………... …………………...........…
Jumlah undian oleh pemilih
C - Bilangan kertas undi yang ditolak (selepas undi ragu diputuskan menurut subperaturan 25(6) dan (7)) D - Jumlah kertas undi yang dikeluarkan kepada pengundi tetapi tidak dimasukkan ke dalam peti undi (A-B-C) Saya memperakui bahawa penyata di atas adalah betul.
.…………….………………… Tandatangan Bertarikh ………………….…………… …………………………......…..... Nama Ketua Tempat Mengundi
Nama Calon atau Ejen Pilihan Raya atau Ejen Mengira
No. K/P Parti/Bebas Tandatangan
Karim bin Bujang 650411-05-6887 BN t.t
Abu bin Kasim 850102-05-6105 PKR t.t
28
LAMPIRAN 10
PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENJALANAN PILIHAN RAYA) 1981
BORANG 12A
[Peraturan 23A]
NOTIS PENGIRAAN UNDI DI TEMPAT MENGIRA
Bahagian pilihan Raya ………………………………………………………….
SILA AMBIL PERHATIAN bahawa, menurut kuasa yang diberikan oleh peraturan 23A Peraturan–
Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981, Suruhanjaya Pilihan Raya dengan ini mengarahkan supaya semua undi yang dibuang oleh pemilih di tempat/tempat-tempat mengundi
yang diperihalkan dalam Jadual bersama-sama ini yang ditubuhkan bagi Bahagian Pilihan Raya yang
tersebut di atas dikira oleh ketua/ketua-ketua tempat mengundi bagi tempat/tempat-tempat mengundi itu, di ..............................................................
(kedudukan tempat mengira) pada ............................................................. 20 .............. jam ....................................................
JADUAL
PERIHALAN TEMPAT MENGUNDI
Daerah Mengundi Kedudukan Tempat
Mengundi
Nombor Tempat
Mengundi
.....................................................................................................................................................
.....................................................................................................................................................
.....................................................................................................................................................
.....................................................................................................................................................
Bertarikh ................................. 20 ................
Dengan perintah Suruhanjaya Pilihan Raya
................................................... Setiausaha
Suruhanjaya Pilihan Raya, Malaysia