bahagian c nilai murni
DESCRIPTION
nilaiTRANSCRIPT
BAHAGIAN C-Merupakan salah sebuah karangan yang perlu dijawab oleh murid-murid tahap 2 dalam kertas Penulisan Bahasa Melayu (012) di mana mereka dikehendaki membuat ulasan tentang petikan atau bahan rangsangan yang diberi.-Sebelum membuat ulasan murid perlulah tahu menentukan nilai murni dalam setiap pernyataan yang terkandung dalam bahan rangsangan tersebut.-Ulasan yang dibuat mestilah berkisar tentang petikan sahaja.-Jumlah markah bahagian ini adalah sebanyak 20 daripada 60.A.SENARAI NILAI MURNI
RAJINBERTANGGUNGJAWAB
TOLONG-MENOLONGBERDIKARI
BEKERJASAMAKEBEBASAN
BAIK HATIBERSIKAP SEDERHANA
PEMURAH/MURAH HATIBIJAKSANA / BIJAKMEMBUAT KEPUTUSAN
JUJURBERWAWASAN / BERCITA-CITA TINGGI
AMANAHDEDIKASI
RELA/SANGGUP BERKORBANBERDIKARI
MENGHARGAI MASABERTOLERANSI / BERTOLAK ANSUR
MENGHARGAI / MEMBALAS JASAMEMPUNYAI JATI DIRI
PRIHATINBERANI
BERDISIPLINHORMAT / MENGHORMATI
MENJAGA KEBERSIHANPERAMAH/MUDAH MESRA
MENJAGA KESIHATANIKHLAS
MENJAGA KESELAMATANKASIH SAYANG/ SIMPATI
SEMANGAT PATRIOTIKRASIONAL
TABAH/SABAR/CEKALTAAT / PATUH
BERADAB SOPANSEMANGAT BERMASYARAKAT/ KEJIRANAN
B.MODUL JELMAANCONTOH MODUL YANG SAYA GUNAKAN UNTUK MENENTUKAN NILAI MURNI
BILPENYATAAN
NILAI
1Membawa bekal / menabung
berjimat cermat
2Berjalan kaki ke sekolah
menjaga kesihatan
3Bangun awal
berdisiplin / menepati masa
4Berbaris ketika naik bas / masuk ke kelas
berdisiplin
5Menyapu sampah
rajin / mementingkan kebersihan
6Bersalam / mencium tangan ibu
menghormati
7Membaca buku / mengulang kaji
rajin,
8Melaksanakan tugas yang diberi
bertanggungjawab / amanah
9Memandang ke kanan dan kiri ketika hendakmelintas
berhati-hati / berwaspada
10Mandi / menggosok gigi / berpakaian bersih
mementingkan kebersihan / kesihatan
11Bersarapanbersama keluarga
kasih sayang / mementingkan kesihatan
12Sembahyang / solat
taat
13Berdiri tegak semasa lagu Negaraku
patriotisme / menghormati
14Sayang akan negara
patriotisme / bertanggungjawab
15Belajar bersungguh-sungguh
tekun / gigih / rajin
16Memberisalam
menghormati
17Pergi ke perpustakaan
mencintai ilmu / menghargai masa
18Menyediakan jadual harian
berdisiplin / menghargai masa
19Menziarahi kawan sakit / di hospital
prihatin / kasih sayang
20Bertegur sapa sesama jiran
semangat kejiranan / hemah tinggi
21Makan / berbual-bual / bercutibersama keluarga
kasih sayang
22Bergotong- royong
kerjasama
23Menziarahi/ berkunjung ke rumah jiran /rakan
semangat kemasyarakatan / kasih sayang
24Menelefon bomba / ambulans apabila berlaku kecemasan
cepat bertindak / tanggungjawab
25Menderma / bersedekah /memberi bantuan
baik hati / pemurah
26Memaafkan kesalahan orang lain
hemah tinggi / baik hati
27Menolong haiwan
baik hati / kasih sayang / belas kasihan
28Mengendalikan perlawanan dengan adil
amanah / tanggungjawab
29Menyelamatkan kawan lemas
setia kawan / kasih sayang / berani
30Memulangkan barang yang dijumpa
jujur
31Menjaga adik semasa ketiadaaan ibu bapa
tanggungjawab / kasih sayang
32Berterima kasih
bersyukur
33Masak makanaan untuk keluarga/ anak
tanggungjawab / kasih sayang / rajin
34Mengakui kesilapan / menyedari kesilapan
insaf / jujur
35Makan dengan sopan
hemah tinggi / tertib
36Bercakap dengan lemah- lembut
Hemah tingggi / sopan / berbudi bahasa
37Memakai pakaian sekolah / lencana
berdisiplin / patuh
38Mendengar nasihat
patuh / akur
39Meminta izinguru / ibu bapa
menghormati
40Membantu rakan yang bermasalah
baik hati / kasih sayang
41Menumpukan perhatian semasa guru mengajar
endah / tekun
42Membeli / membericenderahati/ hadiah / buah tangan
baik hati / menghargai / kasih sayang
43Berdoakepada tuhan untukkeluarga, rakan
kasih sayang / prihatin
44Tidak mencontengdinding sekolah
berdisiplin
45Mempunyai hobi
menghargai masa
46Memuji keindahan
bersyukur,menghargai
47Tidak terpengaruhhasutan rakan
rasional /
48Menerima pendapat orang lain
toleransi / rasional
49Terselamat daripada bencana / kemalangan
bersyukur
50Menyimpan alatan di tempat asalnya
berdisiplin / tanggungjawab
51Menyusun buku mengikut jadual waktu sekolah
berdikari / rajin / tanggungjawab
52Bercita-cita tinggi
berwawasan tinggi
53Menerima pendapat/cadangan
rasional/ toleransi
54Beratur menunggu giliran
berdisiplin / bertimbang rasa
55Berhasrat untuk mencapai kecemerlangan
berwawasan tinggi
56Menyanjungi guru
mengenang jasa / menghormati
57Tidak pernah berputus asa
tabah / cekal
58Melayanan tetamu dengan mesra
kasih sayang / hemah tinggi
59Bersimpati akan bebanan ayah ibu
prihatin / kasih sayang
60Membuang sampah ke dalam tong sampah
berdisiplin / mementingkan kebersihan
61Mengotakan janji
amanah
62Bersikap tidak keterlaluan / tidak menujuk-nunjuk
bersedarhana / rendah diri / hemah tinggi
63Berfikir sebelum melaksanakan sesuatu
rasional
63Melakukan sesuatu yang tidak melanggar peraturan
patuh
64Berkongsi masalah sesama rakan
kasih sayang / setia kawan
65Tidak sombong / meninggi diri
rendah diri /
66Rela berkorban nyawa
Ikhlas / pqtriotisme
67Melaksanakan tugas tanpa merungut
dedikasi/ ikhlas
68Membalas budi ibu bapa/ guru/ rakan/jiran
mengenang jasa / menghargai
69Berucap di hadapan kelas/perhimpunan/majlis
berani
70Bersedia menghadapi cabaran
berani / yakin
71Rela mengorbankan masa dan tenaga
dedikasi
72Melakukan tanpa mengharapkan balasan
ikhlas
73Bersatu padu dalam hidup bermasyarakat
kerjasama / bermuafakat
74Percaya akan kebolehan diri sendiri
yakin
75Menjaga perlakuan / pertuturan
hemah tinggi
76Bersepakat dalam menjalankan sesuatu pekerjaan
bermuafakat
77Mengambil berat keperluan dan perasaan orang lain
bertimbang rasa / bertolak ansur
78Mencipta sesuatu dengan bahan terbuang
kreatif/ yakin / berani mencuba
79Mengutamakan golongan orang tua /kanak-kanak
kasih sayang / baik hati / hemah tinggi
80Tidak meninggikan suaraapabila bercakap
hemah tinggi / sopan
81Menghadiri kenduri di kawasan tempat tinggal
semangat kejiranan / peka
82Menolong ibu menghidangkan makanan
rajin / baik hati
83Membeli barang yang perlu sahaja
berjimat cermat
84Belajar mengikut jadual yang dibuat sendiri
berdisiplin / menepati masa
85Datang awal ke sekolah
menepati masa
86Merawat binatang yang cedera
prihatin / baik hati / cepat bertindak
87Menolong kawan yang pernah menolong kita
setia kawan
88Berhenti apabila lampu isyarat merah menyala
patuh
89Ingin melanjutkan pelajaran ke menara gading
berwawasan tinggi
90Minum air lapan gelas sehari
mementingkan kesihatan
91Memeriksa keadaan kereta sebelum memandu
cermat / teliti / tanggungjawab
92Membalut buku-buku teks sendiri
berdikari
93Melakukan kerja tanpa mengharap balasan
ikhlas
94Memberi baki wang yang terlebih dipulangkan
jujur
95Menerima kekalahan pasukan
semangat kesukanan
96Tidak merungut menghadapi dugaan hidup
tabah / cekal
97Menyesali kesalahan yang pernah dibuat
insaf
98Menghadiri aktiviti kokurikulum di sekolah
aktif
99Mengadakan sambutan Hari Guru / Hari Ibu / Hari Bapa
menghargai / mengenang jasa
100Menanam pokok bunga pada waktu lapang
menghargai masa
101
Menbelek-belek baju yang hendak dibeli
teliti
102
Mengemas tempat tidur apabila bangunberdikari
103Merindui keluarga yang jauh di kampung
kasih sayang
104Mendengar dan mengikuti arahan guru / ibu bapa
patuh / akur
105Menjalankan tugas mengikut jadual tugasan
amanah / tanggungjawab
106Hampir terjatuh keran hendak cepat
berhati-hati
107Memberi perangsang kepada murid-murid
tanggungjawab
108Segera meminta maaf
hemah tinggi
109Segera berlari untuk mendapatkan pertolongan
cepat bertindak
110Berjanji tidak akan mengulangi kesalahan lagi
insaf
111Bersalaman dengan datuk dan nenek
menghormati
112Makan makanan yang tidak berkhasiat
mementingkan kesihatan
113Berazam untuk mengubah kehidupan keluarga
berwawasan tinggi
114Sanggup mengajar dengan percuma
ikhlas
115Menegur rakan yang berbuat salah
berani
116Berjumpa guru jika ada masalah dalam pelajaran
berani
117Berdoa agar rakan cepat sembuh
setia kawan / kasih sayang / prihatin
118Memberi cenderamata kepada penceramah
menghargai
119Kagum akan keindahan alam
cinta akan alam sekitar / bersyukur
120Memberi tempat duduk kepada wanita mengandung
baik hati / bertimbang rasa
121Merayau-rayau di pusat membeli-belah
menghargai masa
122Memandu tanpa lesen
patuh
123Membuang sampah ke dalam sungai
tanggungjawab
124Membaca novel sementara menunggu ibu bapa
rajin / menghargai masa
125Menolong ayah berkebun pada hujung minggu
rajin / kasih sayang
126Menyusun buku-buku di rak yang telah disediakan
berdisiplin
127Membeli buku di pameran buku
mencintai ilmu
128Berhati-hati semasa menggunting kertas
teliti
129Membeli barang dengan wang simpanan sendiri
berdikari
130Menyertai perarakan Hari Kebangsaan
patriotisme
131Tidak melayari laman web yang tidak beretikarasional
132Bersama-sama melakukan kerja
kerjasama
133Jangan cepat memberi hukuman
adil / rasional
134Hidup sepakat membawa berkat
bermuafakat / toleransi
135Tidak memilih rupa atau pangkat
rasional / adil
136Bersaing-saing ketika berbasikal di jalan raya
berhati-hati / patuh
137Berderma kepada mereka yang memerlukan
baik hati
138Menutup suis lampu bilik ketika keluar
berjimat cermat
139
Ketua kampung juga turut membantu kamitanggungjawab
140Berebut-rebut menaiki bas
berdisiplin
141Menghisap rokok hingga menyebabkan rakan terbatukbertimbang rasa / peka
142Leka menonton televisyen dan tidak menyiapkan kerja sekolah
menghargai masa
143Bangun lewat kerana mononton televisyen hingga larut malam
menghargai masa / menepati masa
144Terima kasih cikgu, kerana membimbing saya selama ini
bersyukur / mengenang jasa
145Berlatih bersungguh-sungguh sebelum menyertai acara larian
tekun / tanggungjawab
146Memberi kata-kata semangat kepada rakan yang menyertai pertandingan
setia kawan
147Bergotong-royong membersihkan kawasan rekreasi
kerjasama / mementingkan kebersihan
148Memastikan pintu dan tingkap sudah dikunci sebelum meninggalkan rumah
berhati-hati
149Sekolah kami telah mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan
semangat patriotisme
150Kami bertafakur untuk mengingati para pejuang negara yang telah terkorban
mengenang jasa
C. CONTOH PETIKAN BAHAGIAN C
PETIKAN 1Setiap pagi, Aidil pergi ke sekolah seawal pukul 6.30 pagi. Dia ingin cepat sampai di sekolah kerana hendak bermain dengan kawan-kawannya. Oleh sebab mahu cepat, dia selalu tidak bersarapan pagi walaupun ibunya telah menyediakan sarapan kegemarannya, nasi lemak.Ibunya selalu menasihati Aidil supaya makan dulu sebelum ke sekolah. Ibunya juga memberitahu kesannya jika tidak bersarapan pagi. Walaupun begitu, Aidil tidak memperdulikannya.Selain tidak bersarapan pagi, Aidil juga selalu tidak makan pada waktu rehat. Dia menghabiskan masa rehat itu dengan bermain.Pada suatu hari, ketika mengikuti aktiviti Pendidikan Jasmani, Aidil pengsan. Doktor mengesahkan Aidil mengalami gastrik. Sejak peristiwa itu, Aidil menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibunya. Dia berjanji akan bersarapan pagi dan makan mengikut waktu.
PETIKAN 2Azim sedang leka menonton televisyen. Ibunya datang lalu menyuruhnya segera masuk tidur kerana hari sudah lewat malam.Ibu tidak mahu Azim terlewat ke sekolah.Azim segera mematikan suis televisyen.Namun begitu, sebaik sahaja ibunya masuk ke bilik, Azim secara senyap-senyap kembali menonton televisyen.Azim tidak mahu terlepas peluang menyaksikan rancangan gusti yang memang menjadi kegemarannya.Keesokannya, Azim terasa amat berat untuk bangun.Sudah dua kali ibu Azim mengejutkannya, namun Azim masih terus berselimut.Azim tersentak apabila matanya terpandang jarum jam yang sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi.Azim bingkas bangun lalu tergesa-gesa bersiap.Dia hampir-hampirtersungkur apabila kakinya terlanggar bucu katil.Sampai di sekolah, loceng sudah lama berbunyi.Azim ternampak seorang pengawas dengan buku catatan di tangannya.Azim memasamkan mukanya apabila pengawas mencatat namanya.Kali ini tentu dia akan didenda lagi.
PETIKAN 3Ayah Saiful telah meninggal dunia. Sejak itu, kehidupan Saiful bersama ibu dan dua orang adiknya bergantung kepada usaha mereka. Walaupun hidup serba kepayahan, Saiful dan adik-adiknya sentiasa tenang dan tabah. Saiful sentiasa membantu ibunya melakukan pelbagai kerja untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.Setiap hari, selepas balik dari sekolah, Saiful akan membantu ibunya menjual kiuh-muih di warung tidak jauh dari rumah mereka. Walaupun kepenatan kerana melakukan pelbagai kerja, Saiful tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai murid. Dia sentiasa cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.Justeru, tidak hairanlah Saiful sentiasa menerima pelbagai bantuan daripada rakan, guru dan persatuan bagi membantu membiayai perbelanjaan persekolahannya. Malah Saiful sering menjadi contoh oleh guru-guru kerana dia adalah murid cemerlang di sekolah.Sebagai abang, Saiful juga akan sentiasa memberikanbimbingan kepada adik-adiknya dalam pelajaran. Saifulmahu memastikan adik-adiknya juga cemerlang sepertinya.
PETIKAN 4Pada suatu hari, Hamid pergi ke pasar. Dia dilanggar oleh sebuah motosikal ketika hendak melintas jalan. Kaki kirinya patah. Banyak orang menyaksikan kemalangan itu termasuk rakannya Amin.Amin berlari ke pondok telefon. Dia menelefon polis dan ambulans. Hamid dibawa ke hospital. Penunggang motosikal itu pula membuat laporan polis. Doktor dan jururawat merawat Hamid. Kakinya yang patah terpaksa disimen. Dia terpaksa tinggal di hospital selama dua minggu. Dia tidak dapat pergi ke sekolah.Hamid menyesal kerana terburu-buru ketika hendak melintas jalan. Dia sepatutnya menggunakan jejantas ataupun lintasan pejalan kaki apabila melintas jalan. Selepas kejadian pada hari tersebut, Hamid sentiasa berhati-hati ketika berada di jalan raya. Dia tidak mahu kemalangan yang menimpanya berulang.
PETIKAN 5Di Asia, Nordin Jadi terkenal sebagai juara acara lumba lari 400 meter. Di Malaysia, beliau terkenal sebagai pelari terpantas. Begitulah kejayaan yang dicapai oleh Nordin Jadi dalam bidang olahraga. Minatnya dalam bidang olahraga bermula sejak sekolah rendah lagi. Beliau mendapat galakan daripada guru-gurunya di Sekolah Kebangsaan Paya Mas, Tangkak.Kemudian Nordin melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Tun Mamat, Tangkak. Ketika itu beliau berlatih dengan tekun dan gigih. Beliau mempunyai keyakinan bahawa usaha yang tekun dan gigih pasti memperoleh kejayaan. Kegigihan beliau telah mendapat perhatian pegawa-pegawai sukan. Beliau telah dipilih mewakili negara ke Kejohanan Sukan Sekolah Asean. Penglibatan beliau dalam bidang olahraga telah mengharumkan nama negara di seluruh Asia. Kejayaan yang diperoleh tidak menjadikan Nordinjadi lupa daratan. Beliau masih tekun berlatih dan sentiasamendengar nasihat jurulatih walaupun sudah bergelar juara
PETIKAN 6Rizal dan Hafiz berjalan ke pondok telefon untuk membuat panggilan kepada rakan mereka. Malangnya apabila mereka tiba di situ, mereka berasa hampa kerana telefon di pondok itu telah rosak. Di dinding pondok telefon itu juga terdapat beberapa kesan contengan. Mereka dapat mengagak perbuatan itu dilakukan oleh beberapa orang budak nakal yang tidak bertanggungjawab.Mereka berdua pernah terlihat beberapa orang budak nakal yang bermain-main di situ ketika mereka pulang dari sekolah. Mereka berdua bercadang untuk melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa. Mereka berharap setelah laporan itu dibuat, pihak berkuasa akan mengenakan tindakan yang sewajarnya kepada budak-budak yang tidak bertanggungjawab itu. Kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan sepatutnya dijaga oleh semua golongan untuk kemudahan semua pendudukPETIKAN 7Taman Seri Murni merupakan taman yang terkenal di daerah ini.Taman ini terkenal kerana kebersihan dan aktiviti-aktiviti yang diadakan.Walaupun penduduknya terdiri daripada berbilang kaum namun mereka sentiasa bersatu padu.Mereka hidup dengan harmoni.Setiap dua bulan, mereka akan turun ke taman tersebut untuk membersihkan kawasan taman itu.Mereka membersihkan longkang-longkang supaya pengaliran air tidak tersekat.Air yang tersekat boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk.Aktiviti yang mereka lakukan dapat mengatasimasalah kekotoran taman, mereka juga dapat mengenali jiran setaman.Aktiviti senam robik diadakan setiap hari Ahad.Dengan senaman ini kesihatan penduduk terjamin.Setiap bulan pula diadakan pemeriksaan kesihatan percuma oleh dua orang doktor yang mempunyai klinik di situ.Pemeriksaan kesihatan ini merupakan satu cara mereka menabur bakti kepada penduduk setempat
PETIKAN 8Izmir seisi keluarga pulang ke kampung mereka di Kuala Kangsar, Perak.Dia pulang dengan menaiki kereta. Sebelum memulakan perjalanan, terlebih dahulu ayah Izmir memeriksa keadaan keretanya.Setelah pasti semuanyaberada dalam keadaan selamat, mereka pun memulakan perjalanan.Di sepanjang perjalanan melalui Lebuhraya Utara-Selatan, Izmir terpukaumelihatkeindahan Banjaran Titiwangsa yang melatari pemandangan.Selepaslebih tiga jam di perjalanan, merekapun sampai di kampung mereka.Izmirbersalaman dengan neneknya sambil menghulurkan buah tangan yangdibawanya
PETIKAN 9Kau bacalah buku Ah Long, jangan asyik menonton televisyen saja . Peperiksaan dah semakin hampir. Kau tak nak berjaya ke macam anak Mak Cik Melah jiran kita tu, rungut Puan Swee Mooi pada anaknya.Alah mak ni, bisinglah. Tahulah saya nak baca buku. Saban hari begitulah sikap Ah Long. Penat menonton dia berbasikal merayau-rayau bersama kawan-kawannya. Senjabaru dia pulang. Nasihat ibu langsung tidak dihiraukannya.Suatu petang,Ah Long diajak berlumba. Dia yang pantang dicabar menyahut ajakan kawannya itu. Ah Long mengayuh basikal dengan lajunya.Malang tidak berbau. Ah Long hilang kawalan apabila terlanggar seekoranjing yang melintas secara tiba-tiba.Makkkk ........!Anak encik perlumenjalani beberapa ujian kerana otaknya mengalami sedikit gegaran akibatterhentak pada batang pokok semasa kemalangan itu. Dia akan sedar sedikithari lagi. Sama-samalah kita berdoa, pujuk doktor muda itu kepada Puan SweeMooi sekeluarga. Air mata Puan Swee Mooi mengalir laju.
PETIKAN 10Pergi kepasar bersama Cik Zaitun,Hendak membelisi ikan parang;Hidup mesti bersopan santun,Supaya kita tidak dibenci orang.
Dayung sampan ke Tasik Cini ,Peluh mengalir nampak di dahi;Perkara baik kita teladani,Yang buruk kita jauhi.
Nanas ditanam di tepi paya,Laludijual di pinggirkota;Rajin berusaha pasti berjaya,Malas bekerja membawa derita.
Bunga kiambang sungguh menawan,Kembang mekardi pagi hari;Kalau dapat mengapaiawan,Jangan pula meninggi diri.
Buah labu si buah kundur,Banyak tumbuh di Pulau;Perahu terlajak boleh diundurTerlajak kata membawa padah.
D.CONTOH SOALAN BAHAGIAN CNama :..Tarikh:.Tahun:
Arahan:Tulis lima nilai berdasarkan petikan di bawah.Berikancontoh yang sesuai berdasarkan petikantersebut.Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi50patah perkataan.Tulis jawapan dalam satu perenggansahaja.
Aminah sedang membaca buku sambil menunggu bas sekolahnya. Tiba-tiba dia dihampiri seorang pengemis. Pengemis itu meminta wang daripada Aminah.Aminah telah memberikan wang syiling baki wang sakunya kepada pengemis itu. Pengemis itu mengucapkan terima kasih sebelum pergi. Apabila bas sekolahnya tiba, Aminah beratur sebelum menaiki bas. Diamemberikan peluang kepadamurid-murid yang lebih kecil untuk menaiki bas dahulu. Ketika berada di dalam bas, dia ternampak seorang murid tahun2 membuang sampah melalui tingkap bas. Dia telah menegur budak itu dan memberitahunyabahawa perbuatan itu tidak wajar dilakukan kerana boleh menimbulkan berbagai-bagai kesan.
Jawapan:
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------