bab5 kajian penyelidikan.pdf

21
Bab Kelima: Panduan Penulisan Akademik Bab Kelima Panduan Penulisan Akademik ELEMEN PENULISAN ILMIAH Audiens Tujuan dan Strategi Penulisan Organisasi Penulisan Gaya Aliran Persembahan Tanda baca ISBN 978-983-41293-6-1 110

Upload: connor-macdonald

Post on 22-Dec-2015

46 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab5 kajian penyelidikan.pdf

Bab Kelima: Panduan Penulisan Akademik

Bab Kelima Panduan Penulisan Akademik

ELEMEN PENULISAN ILMIAH

AudiensTujuan dan Strategi PenulisanOrganisasi PenulisanGayaAliranPersembahanTanda baca

ISBN 978-983-41293-6-1

110

Page 2: Bab5 kajian penyelidikan.pdf

Bab Kelima: Panduan Penulisan Akademik

Bab Kelima Panduan Penulisan Akademik

Penulisan ilmiah menyampaikan pengetahuan yang telah diselidiki kepada ahli akademik dalam gaya tertentu untuk membolehkannya dinilai atau dikongsi bersama. Kebiasaannya, bahan yang ditulis dengan gaya sebegini adalah bahan dalam kategori serius dengan sasaran audiensnya adalah yang kritis dan berpengetahuan. Bahan penulisan pula adalah berdasarkan pengetahuan yang telah diselidiki dan mengandungi syor idea baru. Biasanya, penulisan ini diedarkan dalam dunia akademik, namun penulis akademik boleh juga mensasarkan penulisannya kepada audiens luar melalui akhbar, ucapan, pamplet, dan yang seumpama (Wikipedia 2006). Bentuk standard bagi penulisan ilmiah termasuk (Wikipedia 2006):

• Esei: biasanya pendek iaitu antara 1,500 hingga 6,000 patah perkataan. • Disertasi: biasanya antara 6,000 hingga 20,000 patah perkataan. • Tesis: disiapkan dalam masa beberapa tahun, biasanya melebihi 20,000

patah perkataan. • Kertas persidangan: biasanya antara 5 hingga. 10 muka surat. • Kertas jurnal: biasanya antara 10 hingga 20 mukasurat. • Abstrak bagi kertas persidangan biasanya antara 250 hingga 500 patah

perkataan. • Bab dalam buku. • Buku dalam banyak bentuk dan pelbagai.

Bagi penulisan ilmiah yang melibatkan bahan teknikal seperti dalam bidang Sains Komputer, maka ciri penulisan teknikal perlu juga dipatuhi. Penulisan teknikal ditakrifkan dengan lebih umum iaitu menyampaikan maklumat khusus berkenaan suatu subjek teknikal kepada audiens yang khusus untuk tujuan yang khusus. Berdasarkan tujuan yang khusus, seorang penulis teknikal perlu mengumpul maklumat bagi subjek teknikal berkaitan, menyusun maklumat tersebut dan menyampaikannya dalam bentuk penulisan kepada audiens sasaran dalam bahasa yang mudah difahami oleh mereka.

ISBN 978-983-41293-6-1

111

Page 3: Bab5 kajian penyelidikan.pdf

Bab Kelima: Panduan Penulisan Akademik

ELEMEN PENULISAN ILMIAH Bagi menghasilkan penulisan ilmiah, seperti yang dicadangkan oleh (Swales & Feak, 1994) perkara seperti dalam Rajah 5.1 berikut perlu dipertimbangkan:

Elemen PenulisanIlmiah

Organisasi Penulisan

Audiens

Persembahan

Tujuan Penulisan

GayaSenarai semak

Panduan Tanda Baca

Penyelia

Penilai

Pelajar

memberi panduan berarahan

mempamerkan kecerdikan

Organisasi Luaran

Organisasi Dalaman

umum kepada spesifik

masalah kepada penyelesaian

berkaitan ayat

berkaitan jadual dan rajah

sinonim lawan konsistensi

beberapa lawan bilangan

bullet dan penomboran Rajah 5.1: Elemen Penulisan Ilmiah

Audiens Apabila menulis bahan ilmiah, kita perlu tahu siapakah pembaca hasil penulisan kita. Ini membolehkan kita memahami apakah jangkaan mereka dan pengetahuan sedia ada mereka. Dalam hal penyediaan dokumen projek akhir, pembaca utama dokumen anda ialah penyelia dan penilai. Secara umumnya, mereka mempunyai pengetahuan yang lebih daripada anda. Namun tidak semua bahan yang anda tulis itu diketahui oleh penyelia atau penilai anda. Ini kerana dengan perkembangan teknologi yang terlalu cepat, kemungkinan penyelia atau penilai anda belum mencuba teknologi yang sedang anda perkatakan. Namun, kita menganggap mereka adalah lebih mahir di dalam aspek umum seperti metodologi, logik, teori dan seumpamanya. Perlu juga diingatkan bahawa selain daripada penyelia dan penilai, hasil penulisan anda juga besar kemungkinan akan dirujuk oleh pelajar yang ingin

ISBN 978-983-41293-6-1

112

Page 4: Bab5 kajian penyelidikan.pdf

Bab Kelima: Panduan Penulisan Akademik

membuat projek yang hampir sama. Mereka ini dijangka memiliki pengetahuan yang kurang (kalaupun tidak sama) daripada anda pada masa tersebut. Tujuan dan Strategi Penulisan Dengan mengetahui siapakah audiens kita, maka kita tahu apa tujuan penulisan tersebut. Jika tujuan telah dikenalpasti, maka kita boleh mulakan strategi bagi menghasilkan penulisan. Swales dan Feak (1994) mengatakan jika audiens adalah mereka yang kurang berilmu dalam hal yang dibicarakan daripada kita, maka tujuan penulisan kebiasaannya untuk memberi panduan berarahan. Jika audiens adalah mereka yang lebih berilmu dalam hal yang ingin ditulis, maka tujuan penulisan kebiasaannya untuk mempamerkan familiariti, kemahiran dan kecerdikan kita. Ini bermakna dalam hal penyediaan dokumen latihan ilmiah, audiens utama adalah penyelia dan penilai. Secara amnya mereka lebih berilmu daripada anda. Sehubungan itu, tujuan anda menulis dokumen latihan ilmiah adalah untuk mempamerkan familiariti, kemahiran dan kecerdikan anda. Apakah strategi penulisan anda agar berjaya mencapai tujuan penulisan iaitu mempamerkan perkara yang diperlukan? Strategi adalah penghubung antara matlamat dan tindakan konkrit. Dalam kes penulisan, andaikan matlamat anda adalah untuk mempamerkan familiariti, kemahiran dan kecerdikan anda dalam bidang yang dibicarakan. Maka tindakan apakah (dalam bentuk penulisan) yang membolehkan anda mencapai matlamat tersebut? Strategi juga adalah istilah yang merujuk kepada pemikiran, ilham, pengalaman, matlamat, kepakaran, ingatan, persepsi dan jangkaan yang menyediakan panduan untuk melakukan suatu tindakan dalam mencari suatu penghujung. Sehubungan itu, sudah pasti bagi seseorang yang baru pertama kali menulis, adalah susah untuk mencapai matlamat tersebut. Namun, bagi pelajar yang melakukan projek tahun akhir, sudah pasti anda telah melalui pengalaman menulis tatkala menyiapkan tugasan subjek berkaitan sepanjang Tahun Satu dan Dua. Pembacaan bahan ilmiah lain juga akan membantu menambahkan faktor pengalaman anda. Oleh itu, rancanglah penulisan anda. Ambil sedikit waktu sebelum menulis untuk merancang penulisan. Seperti membina rumah, kita akan melukis pelannya dahulu, kemudian barulah rumah dibina. Andaikan arkitek berdaftar tidak terlibat. Pelan pula dilukis atas kertas dan tidak hanya berlegar di kepala. Kemudian, ada juga yang meminta komen terhadap pelan tersebut, sebelum dibina, supaya pendapat orang lain dapat meningkatkan mutu rekabentuk rumah tersebut. Setelah berpuashati, rumah pun mula dibina, dengan perincian seperti batu-bata, paku, simen, pasir dan pelbagai bahan lagi. Ada juga yang membeli pelan tersedia. Tetapi binaan dilakukan sendiri. Penulisan juga begitu. Anda boleh merujuk penulisan lain yang setara, untuk memberi ilham bagi penulisan

ISBN 978-983-41293-6-1

113

Page 5: Bab5 kajian penyelidikan.pdf

Bab Kelima: Panduan Penulisan Akademik

anda. Namun, janganlah beli rumah yang sudah siap. Anda tidak dapat pengalaman membinanya. Sedangkan banyak lagi rumah perlu anda bina pada kemudian hari. Begitulah juga dengan penulisan. Sekiranya anda meniru 100% daripada penulisan lain, maka anda tidak akan mendapat pengalaman menghasilkan satu penulisan, malah anda dikira gagal kerana isu plagiat. Bahagian seterusnya akan memberi panduan teknikal dalam menghasilkan penulisan ilmiah. Organisasi Penulisan Maklumat dalam penulisan ilmiah dipersembahkan dalam format yang tersusun. Organisasi luaran bagi suatu dokumen ilmiah projek Sains Komputer dan Kejuruteraan Perisian kebiasaannya adalah seperti berikut:

i) Pengenalan- mengandungi pernyataan masalah, kenapa ianya penting (motivasi), cadangan penyelesaian dalam bentuk objektif projek, skop, metodologi, dan ringkasan setiap bab. Sila rujuk bab 2.

ii) Kajian Literatur- terdiri daripada penyelesaian lain, takrifan kepada istilah yang digunakan, teori-teori asas yang setara dan yang digunakan. Sila rujuk bab 2.

iii) Pernyataan dan Spesifikasi Keperluan- terdiri daripada penjelasan proses semasa, pernyataan keperluan oleh pengguna dan spesifikasi keperluan. Sila rujuk bab 3.

iv) Rekabentuk- bab ini memperincikan spesifikasikan perisian kepada sesuatu yang boleh diimplemen. Sila rujuk bab 3.

v) Implementasi dan Pengujian- Sila rujuk bab 3. vi) Kesimpulan dan Kajian Lanjutan- menyatakan semula apa yang telah

dilakukan, pencapaian objektif, sumbangan utama, sumbangan sampingan, idea untuk kajian seterusnya. Sila rujuk bab 2.

Organisasi yang dinyatakan di atas adalah organisasi umum satu dokumentasi projek. Namun jika projek anda memfokus kepada pembangunan satu algoritma, maka organisasi di atas boleh diubah-suai. Anda boleh juga melihat penulisan ilmiah yang setara dengan tajuk anda untuk mendapatkan panduan bagi menstrukturkan penulisan. Penulisan dalam satu perenggan juga mesti mempunyai organisasi, yang dinamakan organisasi dalaman. Dua pendekatan kepada organisasi dalaman adalah (Swales & Feak, 1994):

• umum kepada spesifik; sesuai digunakan untuk komentari data dan penulisan bahagian pengenalan.

• masalah kepada penyelesaian; sesuai untuk menulis kritik dan juga bahagian pengenalan.

ISBN 978-983-41293-6-1

114

Page 6: Bab5 kajian penyelidikan.pdf

Bab Kelima: Panduan Penulisan Akademik

Penulisan umum kepada spesifik Struktur teks sebegini biasanya dimulakan dengan satu daripada yang berikut:

• Takrifan pendek (satu ayat) diikuti oleh huraian. Contohnya;

Kaedah formal adalah salah satu kaedah dalam membangunkan perisian. Ianya dikatakan formal kerana kaedah ini menggunakan elemen matematik.

• Takrifan kontrastif (persamaan, perbezaan dan perkaitan antara dua atau lebih konsep) atau komparatif (cara suatu konsep berkembang, kepelbagaian pandangan oleh pakar terhadap konsep yang dibincangkan) Contohnya;

Berbanding dengan kaedah lain dalam pembangunan perisian, kaedah formal dikatakan menghasilkan perisian yang lebih boleh dipercayai. Namun, tidak semua perisian sesuai dibangunkan menggunakan kaedah ini.

• Pernyataan umum atau pernyataan tujuan (kaitkan perkara umum dengan konsep yang ingin dibicarakan) Contoh:

Pada zaman ini, urusniaga bukan sahaja berlaku dalam keadaan nyata, tetapi juga di atas talian. Sehubungan itu, perisian seperti protokol rangkaian perlu dijamin keselamatannya. Salah satu teknik yang boleh digunakan untuk menjamin keselamatan protokol rangkaian ialah dengan menggunakan teknik formal.

Penulisan umum kepada spesifik ini sesuai sekiranya audiens anda tidak biasa dengan tajuk yang dibincangkan. Bagi tujuan untuk memahami organisasi penulisan sedemikian, penulis akan mengekstrak suatu contoh penulisan pendek, yang ingin dihantar ke suatu persidangan. Penulisan ini berasal daripada satu projek yang telah siap dilaksanakan. Untuk pengetahuan anda, sebahagian projek akhir yang istimewa, hasilnya boleh dibentangkan dalam persidangan-persidangan ilmiah berkaitan. Anda boleh bertanya hal ini dengan penyelia anda. Katakan Ahmad ingin menulis kertas persidangan dengan tajuk "Pengesahsahihan Formal Protokol Rangkaian SACK menggunakan pembukti teorem Z/Eves". Penulisan tersebut ingin dihantar ke Persidangan UIA ICCCE yang bertema “Hubungan Sejagat untuk Pembangunan Manusia” (Global Link for Human Development). Dari tajuk dan tema persidangan, bermakna audiens penulisan Ahmad adalah dari pelbagai bidang dalam Teknologi Maklumat.

ISBN 978-983-41293-6-1

115

Page 7: Bab5 kajian penyelidikan.pdf

Bab Kelima: Panduan Penulisan Akademik

Secara umumnya mereka akan mengetahui berkenaan pengesahsahihan dan protokol rangkaian. Namun, 'pengesahsahihan formal', 'SACK' dan 'pembukti teorem Z/Eves' dijangka tidak diketahui oleh kebanyakan daripada mereka. Sehubungan itu, pendekatan umum kepada spesifik sesuai digunakan. Ahmad perlu memberi beberapa takrifan kepada istilah yang dijangka tidak diketahui oleh audiens. Takrifan tersebut perlu berada dalam bahagian pengenalan penulisan Ahmad. Penceritaan istilah itu pula perlu berkaitan agar aliran cerita menarik. Setelah daripada itu, barulah Ahmad menyatakan permasalahan dan penyelesaian, atau sebab beliau melaksanakan penyelidikan tersebut. Teks 1 menunjukkan contoh bahagian pengenalan jenis ini. Pengesahsahihan merujuk kepada aktiviti untuk memastikan produk yang dibangunkan adalah seperti yang dikehendaki. Jacky (1997) menyatakan pengesahsahihan spesifikasi perlu untuk menunjukkan spesifikasi mematuhi prosa keperluan. Terdapat beberapa cara bagi mengesahsahihkan sesuatu system. Di antaranya ialah Formal Technical Review, Viewpoint Resolution Technique, animasi, symbolic execution dan pembuktian formal. Antara kesemua kaedah tersebut, pembuktian formal adalah teknik yang mempunyai kebolehpercayaan tinggi. Pembuktian formal ialah argumen yang lengkap diwakilkan berasaskan kepada matematik untuk mengesahsahih pernyataan tentang penerangan sistem. Pengesahsahihan formal hanya boleh dilakukan ke atas spesifikasi yang dibangunkan menggunakan kaedah formal. Spesifikasi formal yang dibincangkan dalam kertas ini ialah spesifikasi bagi SACK yang menjadi sebahagian daripada protokol komunikasi TCP (Transmission Control Protocol).

Takrifan bagi proses Y.

Beberapa cara bagi melakukan proses Y, salah satunya adalah cara W.

Takrifan bagi cara W.

Kes kajian bagi cara W.

ISBN 978-983-41293-6-1

116

Page 8: Bab5 kajian penyelidikan.pdf

Bab Kelima: Panduan Penulisan Akademik

Teks 1:Gaya Umum kepada Spesifik

Sebagai tambahan, bagi melengkapkan keseluruhan kertas persidangan tersebut, anda boleh merancang bahagian-bahagian utama yang ingin ditulis. Lepas itu, mulalah mengisi kandungan bagi setiap bahagian itu. Sekiranya kebuntuan, anda boleh cuba dapatkan ilham dengan merujuk kertas-kertas persidangan yang setara dengan tajuk anda. Bagi kes Ahmad, kertas yang setara boleh dirujuk formatnya adalah "Verification of DAML-OIL Specification using Z/Eves". Selain daripada untuk melihat kajian yang dilakukan, lihatlah juga bagaimana penulis menstrukturkan kandungan penulisannya. Penulisan masalah kepada penyelesaian Teks sebegini boleh dibahagikan kepada empat bahagian utama iaitu:

• Situasi semasa. • Masalah yang wujud yang berkaitan dengan situasi tersebut. • Cadangan penyelesaian. • Penilaian terhadap penyelesaian.

Namun, sekiranya penulisan anda adalah berkenaan kajian yang menambahbaik teknik yang sedia ada, maka pembahagian di atas boleh ditambah dengan satu lagi bahagian seperti berikut:

• Situasi semasa. • Masalah yang wujud berkait dengan situasi tersebut. • Penyelesaian yang telah ada. • Kekurangan terhadap penyelesaian sedia ada. • Cadangan penyelesaian bagi mengatasi kekurangan tersebut. • Penilaian terhadap penyelesaian yang dicadangkan.

Protokol komunikasi adalah kompleks dan banyak digunakan dalam system dan rangkaian teragih. Teknik tidak formal digunakan untuk mereka bentuk protokol tersebut dengan jayanya, tetapi mempunyai ralat yang tidak dijangka dan tidak dikehendaki dalam kelakuan bagi kebanyakan protokol (Bochmann dan Sunshine 1983). Pengesahsahihan formal perlu dilakukan ke atas spesifikasi protokol komunikasi agar ralat yang tidak dijangka dan tidak dikehendaki dalam kelakuan bagi protocol tertentu dapat ditemui pada fasa awal proses pembangunan dan dapat mereka bentuk protocol dengan betul.

Takrifan bagi kes kajian.

Kelemahan menggunakan cara selain W bagi melakukan proses Y bagi kes kajian.

Kepentingan menggunakan cara W bagi kes kajian

ISBN 978-983-41293-6-1

117

Page 9: Bab5 kajian penyelidikan.pdf

Bab Kelima: Panduan Penulisan Akademik

Bagi memahami bentuk penulisan sebegini, kita gunakan kembali kes Ahmad. Andaikan sekali lagi Ahmad ingin menghantar satu kertas penyelidikan bertajuk "M2Z: A Tool for Translating a Natural Language Software Specification into Z" ke persidangan bertajuk "International Conference on Formal Software Engineering". Persidangan ini terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang kejuruteraan perisian yang mengkhusus dalam kaedah formal. Di sini penyelidikan Ahmad melibatkan pembangunan alat untuk menterjemah Bahasa Melayu ke dalam bahasa spesifikasi formal Z. Ini bermakna, alat penterjemahan tersebut adalah sesuatu yang baru dan kemungkinan tidak diketahui oleh audiens. Sehubungan itu, Ahmad boleh gunakan pendekatan masalah kepada penyelesaian bagi penulisan bahagian pengenalan kertas ini. Spesifikasi perisian biasanya ditulis dalam bahasa tabie. Seperti juga dengan dokumen lain yang ditulis dalam bahasa tabie, spesifikasi perisian biasanya mengandungi banyak kekaburan, khasnya apabila ianya dibaca dan diterjemah oleh orang yang berbeza. Kekeliruan terhadap spesifikasi perisian akibat daripada kekaburan dikenalpasti sebagai punca ralat dalam pembangunan perisian. Notasi formal yang berasaskan matematik, seperti Z dan VDM, dkatakan lebih berkesan dalam mewakili spesifikasi perisian. Walaupun faedah penggunaan formal diperakui oleh kebanyakan pembangun perisian, notasi formal tidak digunakan secara meluas dalam pembangunan perisian. Kebanyakan pembangun perisian tidak biasa dengan notasi matematik dan mereka mendapati menulis pernyataan matematik adalah rumit.

Masalah Utama.

Penyelesaian bagi masalah utama.

Kelemahan penyelesaian.

Salah satu penyelesaian kepada masalah ini ialah dengan menyediakan pembangun perisian dengan alat yang boleh membantu mereka menukar pernyataan dalam bahasa tabie kepada pernyataan matematik.

Cadangan bagi mengatasi kelemahan.

Teks 2:Gaya Masalah kepada penyelesaian

ISBN 978-983-41293-6-1

118

Page 10: Bab5 kajian penyelidikan.pdf

Bab Kelima: Panduan Penulisan Akademik

Gaya Setelah kita mengenalpasti audiens, tujuan penulisan dan pilihan organisasi penulisan, sekarang kita akan melihat teknik yang lebih mikro iaitu gaya penulisan. Dalam bahagian ini, beberapa perkara berkenaan gaya penulisan untuk bahan ilmiah dinyatakan. Berkaitan Ayat Bagi penulisan saintifik, berikut adalah beberapa panduan yang boleh diikuti:

• Gunakan perkataan dan ayat yang formal. Ayat tidak formal seperti beremosi atau ayat novel, puisi, mahupun ayat lisan tidak boleh digunakan. Contohnya: Antara muka perisian yang dibangunkan sungguh menawan. Ayat di atas boleh ditulis semula sebagai: Antaramuka perisian yang dibangunkan adalah menarik.

• Gunakan ayat pasif jika ianya melibatkan tindakan manusia: Contohnya:

Pengkaji menggunakan Visual Basic untuk membangunkan perisian ini.

Ayat ini boleh ditulis semula sebagai: Perisian ini dibina menggunakan Visual Basic.

atau: Visual Basic digunakan untuk membangunkan perisian ini.

• Gunakan ayat aktif jika tidak melibatkan manusia. Contohnya:

Algoritma selari memproses dengan lebih cepat berbanding algoritma sesiri.

Sistem LIB menerima input daripada pengguna yang sah sahaja.

• Jangan gunakan gantinama diri pertama (saya, kami) atau kedua (anda). Contohnya:

Apabila anda menekan kekunci, .... Ayat ini boleh ditulis semula dengan menggunakan gantinama ketiga:

Apabila seseorang menekan kekunci <enter>, ... atau lebih baik lagi menggunakan ayat pasif: Apabila kekunci <enter> ditekan, ...

• Hadkan penggunaan soalan langsung. Contohnya:

ISBN 978-983-41293-6-1

119

Page 11: Bab5 kajian penyelidikan.pdf

Bab Kelima: Panduan Penulisan Akademik

Apakah yang dimaksudkan dengan rangkaian neural? Tulis semula ayat di atas sebagai:

Rangkaian neural adalah ...

• Gunakan perkataan tunggal bagi istilah negatif. Contohnya: Ralat yang dihasilkan oleh aturcara ini adalah tidak banyak. Ayat di atas boleh ditulis semula sebagai:

Ralat yang dihasilkan oleh aturcara ini adalah kecil.

• Hadkan penggunaan ungkapan seperti 'dan lain-lain','seumpamanya', 'sebagainya'. Contohnya:

Terdapat pelbagai bahasa pengaturcaraan yang boleh digunakan seperti C, Java, Visual Basic dan lain-lain.

Tulis semula ayat di atas sebagai: Terdapat pelbagai bahasa pengaturcaraan yang boleh digunakan

seperti C, Java dan Visual Basic. atau: Dalam persekitaran Linux, spesifikasi Lex boleh disediakan

menggunakan pico, vi, emacs atau lain-lain penyunting teks biasa. atau boleh juga: Dalam persekitaran Linux, spesifikasi Lex boleh disediakan

menggunakan penyunting teks biasa seperti pico, vi dan emacs.

• Gunakan perkataan untuk nombor satu digit, gunakan nombor untuk nombor selainnya. Contohnya; Terdapat lima fungsi yang disediakan oleh sistem ini.

Sistem Pengurusan Latihan Industri terdiri daripada 5,000 baris kod aturcara.

ISBN 978-983-41293-6-1

120

Page 12: Bab5 kajian penyelidikan.pdf

Bab Kelima: Panduan Penulisan Akademik

Jadual dan Rajah. Rajah dan jadual yang dinyatakan dalam dokumentasi mesti dirujuk dalam penulisan teks. Lebih baik lagi, rajah dan jadual itu dijelaskan dalam teks supaya penulis tidak perlu berusaha memahamkan apa yang ada di dalam jadual dan apa yang ingin dinyatakan oleh rajah. Seterusnya pernyataan penegasan bagi isu-isu yang ingin diketengahkan. Contoh 1:

Rajah 3.1 menunjukkan antara muka pertama bagi sistem ini (rujukan rajah). Antara muka tersebut terbahagi kepada 3 bahagian iaitu ... (penjelasan keseluruhan).

Contoh 2:

Pengkelasan bagi perisian dapat dilihat dalam Jadual 2.5 (rujukan jadual). Lajur pertama dalam jadual tersebut adalah kelas perisian dan lajur kedua menyatakan berkenaan ciri perisian tersebut. Dalam jadual tersebut terdapat 5 kelas perisian (penjelasan keseluruhan).... Dapat dilihat daripada jadual tersebut yang kelas perisian ketiga mempunyai ciri-ciri yang lebih menyeluruh berbanding yang kelas perisian yang lain (penegasan).

Contoh 3:

Graf dalam rajah 4.3 menunjukkan keputusan peperiksaan akhir bagi subjek matematik bagi ketiga-tiga kumpulan pelajar (rujukan graf). Daripada graf tersebut, dapat dilihat bahawa kumpulan pertama mendapat keputusan yang tertinggi berbanding dua lagi kumpulan (penegasan). Ini telah dijangka kerana ...

Perkataan Sinonim lawan Konsistensi Perkataan Dalam penulisan, sememangnya kita digalakkan menggunakan kepelbagaian perkataan yang membawa maksud yang sama (sinonim) agar pembacaan tidak membosankan. Contoh ayat yang membosankan:

Pembangun perisian membangunkan perisian menggunakan metodologi pembangunan seperti UML dan SSADM.

Ubahsuai kepada berikut supaya lebih segar:

Jurutera perisian membina perisian menggunakan metodoogi pembangunan seperti UML dan SSADM.

ISBN 978-983-41293-6-1

121

Page 13: Bab5 kajian penyelidikan.pdf

Bab Kelima: Panduan Penulisan Akademik

Namun, tidak semua keadaan perkataan sesuai dipelbagaikan. Ada kalanya kepelbagaian itu dilarang sama sekali kerana ianya boleh mengundang kekeliruan. Perkataan seperti ini adalah plot utama kepada penceritaan kita. Contohnya:

Alatan pemarkahan menerima input rajah UML yang disediakan oleh guru dan pelajar. Selain rajah UML, pengajar juga perlu menyediakan skema jawapan kepada masalah yang diberikan. Jawapan pelajar akan dibandingkan dengan skema jawapan yang disediakan oleh pensyarah tadi.

Dalam contoh di atas, penulis merujuk guru, pengajar dan pensyarah adalah orang yang sama. Ini boleh mengelirukan pembaca, bukannya menghilangkan kebosanan. Kita tulis semula sebagai:

Alatan pemarkahan menerima input rajah UML yang disediakan oleh pengajar dan pelajar. Selain rajah UML, pengajar juga perlu menyediakan skema jawapan kepada masalah yang diberikan. Jawapan pelajar akan dibandingkan dengan skema jawapan yang disediakan oleh pengajar tadi.

Contoh lain:

Pemeriksa model adalah satu perisian yang dibangunkan untuk menyemak model suatu sistem. Sebelum pemeriksaan dilakukan, sistem perlu dimodelkan secara formal. Model formal sistem akan menjadi input kepada pemeriksa model. Seterusnya penyemakan ke atas model dilakukan.

Dalam contoh ini pula, penulis memaksudkan pemeriksaan dan penyemakan adalah perkara yang sama. Oleh kerana alatan tersebut dan fungsinya adalah plot utama dalam teks ini, tidak sepatutnya ia dipelbagaikan. Kita tulis semula sebagai:

Penyemak model adalah satu perisian yang dibangunkan untuk menyemak model suatu sistem. Sebelum penyemakan dilakukan, sistem perlu dimodelkan secara formal. Model formal sistem akan menjadi input kepada penyemak model. Seterusnya penyemakan ke atas model dilakukan.

ISBN 978-983-41293-6-1

122

Page 14: Bab5 kajian penyelidikan.pdf

Bab Kelima: Panduan Penulisan Akademik

Beberapa lawan Bilangan Menjadi kebiasaan kita menggunakan perkataan 'beberapa' bagi mewakili sejumlah perkara yang ingin dinyatakan. Namun, elakkan daripada membuat kesalahan seperti contoh berikut: Contoh 1;

Beberapa alatan bagi menyemak model boleh didapati secara percuma di Internet seperti SPIN.

Jika menggunakan perkataan 'beberapa' dan diikuti dengan contoh, contoh tersebut perlu lebih daripada satu. Ayat di atas ditulis semula sebagai:

Beberapa alatan bagi menyemak model boleh didapati secara percuma di Internet seperti SPIN, SMV dan Prism.

Contoh 2:

Beberapa langkah akan diambil bagi mengatasi masalah tersebut iaitu: 1... 2... 3... 4...

Jika anda telah mengetahui bilangan tepat langkah tersebut, nyatakan tersebut bilangan itu. Ayat di atas ditulis semula sebagai:

Empat langkah akan diambil bagi mengatasi masalah tersebut iaitu:

1... 2... 3... 4...

Bullet lawan Penomboran Adalah dicadangkan agar anda menggunakan bullet jika perkara yang ingin dinyatakan tidak mempunyai signifikan dari sudut keutamaan. Manakala jika sebaliknya, anda perlu menggunakan penomboran. Contoh 1: Dua pendekatan bagi organisasi dalaman penulisan ialah:

ISBN 978-983-41293-6-1

123

Page 15: Bab5 kajian penyelidikan.pdf

Bab Kelima: Panduan Penulisan Akademik

• umum kepada spesifik. • masalah kepada penyelesaian.

Contoh 2: Metodologi kajian ini adalah seperti berikut:

1. Mengkaji keperluan pengguna. 2. Menspesifikasikan keperluan pengguna dan perisian. 3. Merekabentuk sistem. 4. Mengimplementasi sistem. 5. Menguji ketrampilan sistem.

Contoh 3: Objektif kajian ini ialah:

1. menyenaraikan ralat umum yang biasa dilakukan. 2. membangunkan perisian yang dapat membantu mengesan ralat

berkaitan. Dalam contoh 2, metodologi melibatkan jujukan langkah, maka anda perlu gunakan penomboran. Manakala dalam contoh 3 pula, objektif walaupun bukanlah jujukan langkah, tetapi ia sesuai menggunakan penomboran agar ianya mudah dirujuk. Contohnya anda ingin cuba mencapai objektif pertama terlebih dahulu sebelum mencapai objektif yang kedua dan seterusnya. Aliran Aliran daripada satu pernyataan kepada pernyataan selepasnya perlu lancar dan tidak terputus maksudnya. Bagi memastikan kelancaran penulisan, anda perlu menstrategikan pernyataan yang dihasilkan supaya ada hubungan dengan pernyataan sebelum atau selepasnya. Bagi menghubungkan perkara ini, anda boleh gunakan penanda wacana yang bersesuaian. Penanda wacana ialah kata atau frasa yang menunjukkan kesinambungan sesuatu pengucapan, idea atau gagasan. Penanda wacana digunakan dalam penulisan untuk memperlihatkan pertautan idea atau urutan isi, ayat dengan ayat serta perenggan dengan perenggan. Terdapat empat fungsi penanda wacana yang boleh anda gunakan dalam penulisan supaya struktur ayat anda kelihatan berhubungan. Perkara yang tidak berkaitan seharusnya diletakkan dalam satu perenggan yang berlainan. Jadual 5.1 menyenaraikan kategori penanda wacana yang boleh digunakan dalam penulisan anda.

ISBN 978-983-41293-6-1

124

Page 16: Bab5 kajian penyelidikan.pdf

Bab Kelima: Panduan Penulisan Akademik

Jadual 5.1: Kategori Penanda Wacana Fungsi Contoh

Tambahan Ini bererti Sejajar dengan ini Pendek kata Justeru Sebagai tambahan Malah

Sebaliknya Sungguhpun Berbanding dengan Dalam masa yang sama Sebaliknya Walau bagaimana sekalipun Namun Tetapi

Sebab Berdasarkan Berpegang pada Sekiranya begitu Akibatnya Kesudahannya Oleh itu Sehubungan itu Justeru

Ketika Merujuk Berbalik kepada Akhirnya Sementara itu Sejenak kemudian

Persembahan Sebelum menghantar hasil penulisan anda untuk disemak dan dinilai oleh penyelia, pastikan persembahannya kemas dan memenuhi keperluan institusi anda. Bagi pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, mereka perlu mengikut gaya yang ditetapkan oleh UKM. Panduan berkenaan gaya tersebut boleh dilayari di laman http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/panduan/index.html atau melalui buku panduannya, iaitu Gaya UKM.

ISBN 978-983-41293-6-1

125

Page 17: Bab5 kajian penyelidikan.pdf

Bab Kelima: Panduan Penulisan Akademik

Bagi kesilapan yang mencerminkan penulisnya lalai atau tidak mengambil berat, maka tanggapan pertama penyelia anda terhadap diri anda adalah anda seorang yang tidak teliti. Ini akan merumitkan hubungan anda dengan penyelia. Bagi mengelakkan tanggapan pertama yang negatif ini, sebaiknya anda lakukan proofread sebelum menghantar deraf pertama penulisan anda. Di antara perkara yang boleh disemak adalah:

• Kesilapan ejaan; anda boleh menginstal penyemak ejaan DewanEja di dalam perisian Words.

• Ayat yang tergantung; apabila terlalu banyak menulis, ayat-ayat yang tergantung akibat penangguhan yang ingin anda buat mungkin ada. Gunakan kemudahan highlighter dalam Words sekiranya anda ingin menangguhkan kesempurnaan sesuatu ayat atau bahagian.

• Ketidakpastian istilah; buatlah rujukan sekiranya anda was-was. • Saiz dan jenis fon; anda mesti merujuk panduan institusi anda, sekiranya

ada. UKM menggunakan fon jenis Times New Roman dan bersaiz 12 pt. • Langkauan baris; anda perlu merujuk panduan institusi anda, sekiranya

ada. UKM menggunakan langkau sebanyak 1.5 pt. • Santakan teks; pastikan teks anda disantak kiri dan kanan. • Tiada ruangan kosongan yang ketara; kes ini biasanya berlaku apabila

dalam suatu muka surat tedapat rajah atau jadual. Sebolehnya janganlah satu muka surat hanya terdiri daripada rajah sahaja, sedangkan masih terdapat ruang untuk teks.

• Pastikan tiada helaian yang tertinggal, atau tercetak dua kali. • Mukasurat; setiap helaian mempunyai nombor muka surat. • Simbol bullet hendaklah sama dalam keseluruhan teks anda, dengan

jaraknya daripada margin kiri juga sama. Jangan gunakan kepelbagaian bentuk bullet yang ada.

• Pastikan pada akhir suatu bab akan ada ayat yang mengaitkan cerita dengan bab seterusnya (kecuali bab pengenalan dan bab akhir).

• Pastikan di awal suatu bab akan ada ayat yang mengaitkan dengan bab sebelumnya (kecuali bab pengenalan).

• Elakkan daripada menulis ayat yang terlalu panjang. Ayat yang melebihi 3 baris sudah dianggap panjang. Satu cara untuk mengetahui ayat tersebut panjang atau tidak, cubalah anda baca ayat tersebut dengan bersuara. Jika anda merasa tidak cukup nafas untuk membacanya sehingga bertemu noktah, maka memanglah ayat tersebut panjang.

• Jika melibatkan formula, jelaskan setiap pembolehubah yang terlibat dalam formula tersebut.

Elakkan menghantar hasil kerja yang selekeh kepada penyelia anda. Janganlah bebankan penyelia anda dengan kelalaian anda. Bentangkan deraf pertama hasil kerja anda sekemas mungkin, agar penyelia anda dapat menumpukan perhatian kepada kandungan projek, dan bukannya dokumentasi anda. Lampiran B menyenaraikan simbol-simbol yang boleh digunakan semasa penyuntingan

ISBN 978-983-41293-6-1

126

Page 18: Bab5 kajian penyelidikan.pdf

Bab Kelima: Panduan Penulisan Akademik

Tanda baca

Kewujudan tanda baca adalah untuk membantu menstrukturkan ayat. Dengan adanya tanda baca, ia memudahkan pembacaan ayat berkaitan. Di antara tanda baca adalah:

• Tanda koma ( , ) • Tanda noktah bertindih ( : ) • Tanda koma bernoktah ( ; ) • Tanda sempang atau sengkang ( - ) • Tanda pengikat kata atau petik ( ″ ″ )

Tanda Koma (,) Tanda koma digunakan untuk:

• memisahkan item-item yang sama dan berurutan. Contoh:

Bahasa pengaturcaraan yang boleh digunakan adalah seperti C, Java dan Fortran.

• memisahkan dua ayat yang berbeza; biasanya salah satu ayat

mengandungi kata hubung (penanda wacana) seperti tetapi, jika. Contoh:

Sistem tersebut mempunyai banyak fitur, tetapi tidak mesra pengguna.

Namun, jika salah satu ayat adalah tidak lengkap, maka tidak perlu gunakan koma. Begitu juga, jika ayat anda terlalu pendek iaitu antara 5 ke 10 perkataan, maka tidak perlu gunakan koma. Contoh: Perlaksanaan aturcara perlu dihentikan, jika ada ralat.

• menghubung perkataan-perkataan bagi suatu ayat sama ada di belakang

kata penghubung atau pada awal ayat. Contoh: Walaupun pendekatan tersebut ringkas, ia praktikal.

• menyelitkan satu komponen yang tidak penting

Contoh: Algoritma semut, dinamakan sempena mengambil kelakuan semut, digunakan dalam mencari jarak terdekat antara bandar di Malaysia.

ISBN 978-983-41293-6-1

127

Page 19: Bab5 kajian penyelidikan.pdf

Bab Kelima: Panduan Penulisan Akademik

Tanda Noktah Bertindih (:) Tanda noktah bertindih, juga dikenali dengan istilah kolon, digunakan untuk:

• menggantikan maksud iaitu. Contoh: Fitur yang disediakan oleh perisian Z/Eves ialah:

menyemak jenis membukti teorem mengembangkan skema menjelajah langkah-langkah pembuktian

• memperkenalkan suatu senarai item. Contoh:

Laporan tersebut menilai lima kriteria utama untuk menentukan pembelian komputer peribadi: perkakasan, perisian, penyenggaraan, perjanjian, perkhidmatan dan bantuan pelanggan.

Awas, jangan gunakan kolon selepas kata perbuatan, walaupun untuk tujuan memperkenalkan sesuatu. Ini kerana kata perbuatan itu sendiri bertujuan untuk memperkenalkan. Contohnya:

Tiga jenama komputer yang disukai ialah Dell, Samsung dan IBM. Tanda Koma Bernoktah (;) Tanda koma bernoktah juga dikenali sebagai semikolon, digunakan sebagai penyambung antara dua ayat dan juga sebagai superkoma.

• Digunakan untuk memisahkan bahagian ayat yang setara dengan keadaannya.

Contoh: Perisian yang dibangunkan banyak ralat; ia tidak boleh

dipasarkan. • Digunakan untuk memisahkan bahagian-bahagian ayat yang

menggunakan kata hubung. Contoh:

Spesifikasi keperluan perisian ini perlu disahkan secara saintifik; gunakan teknik formal.

ISBN 978-983-41293-6-1

128

Page 20: Bab5 kajian penyelidikan.pdf

Bab Kelima: Panduan Penulisan Akademik

• Menyambung dua ayat; biasanya dua ayat yang mengandungi maklumat yang menyokong antara satu sama lain.

Contoh: Aturcara yang dibangunkan sangat mantap; tiada ralat yang

ditemui. Untuk menggunakan koma bernoktah, kedua-dua ayat mestilah ayat lengkap. Jika ayat kedua bermula dengan kata penghubung (seperti dan, tetapi, atau), jangan letakkan semikolon kerana kata penghubung dan koma adalah setara dengan semikolon. Jika ayat kedua bermula dengan perkataan seperti: namun, oleh itu dan walau bagaimanapun, anda masih perlu menggunakan semikolon kerana ayat yang bermula dengan perkataan tersebut adalah ayat lengkap. Awas, jangan gunakan koma untuk menghubungkan dua ayat. Contoh:

Aturcara yang dibangunkan sangat mantap, ia boleh dipasarkan pada bila-bila masa.

Dalam contoh ayat di atas, tanda koma sepatutnya diganti oleh koma bernoktah. Namun begitu jika ayat tersebut adalah senarai item, kita boleh menggunakan tanda koma. Sebagai contohnya:

Anda perlu menekan kekunci Windows, kemudian anda pilih "Turn Off Computer" dengan menekan kekunci 'U', dan akhirnya anda pilih "Turn Off" dengan menekan sekali lagi kekunci 'U'.

Satu lagi penggunaan koma bernoktah adalah sebagai superkoma. Sebagai contohnya, perhatikan ayat berikut:

Syarikat Idual System mempunyai cawangan di empat buah negeri: Bandar Baru Bangi, Selangor, Kota Bharu, Kelantan, Muar, Johor, dan Sungai Petani, Kedah.

Ayat di atas mengandungi terlalu banyak koma yang boleh menyebabkan pembaca menjadi terkeliru. Bagi mengelakkan kekeliruan, kita boleh menggunakan koma bernoktah sebagai superkoma, seperti berikut:

Syarikat Idual System mempunyai cawangan di empat buah negeri: Bandar Baru Bangi, Selangor; Kota Bharu, Kelantan; Muar, Johor; dan Sungai Petani, Kedah.

Tanda Sempang atau Sengkang ( - ) Tanda sempang digunakan untuk menggabungkan kumpulan perkataan. Berikut adalah kegunaannya:

• Untuk menulis kata ganda. Contoh:

ISBN 978-983-41293-6-1

129

Page 21: Bab5 kajian penyelidikan.pdf

Bab Kelima: Panduan Penulisan Akademik

Kedua-dua, perisian-perisian. • Untuk merangkaikan se- dengan kata yang berikutnya yang dimulai

dengan huruf besar: Contoh: se-Malaysia, se-Tanah Melayu. • Untuk merangkaikan ke- dengan angka Contoh: … kali yang ke-10, … • Untuk merangkaikan angka dengan –an Contoh: … tahun 1960-an … • Untuk merangkaikan huruf kecil daripada huruf besar Contoh:

sinar-X, Se-Malaysia, anti-Amerika. Tanda Pengikat Kata atau Petik (" ") Digunakan untuk

• menulis nama buku, majalah, cerita, sajak, lagu dan sebagainya dalam sesuatu ayat.

Contoh: Buku panduan "Gaya UKM" yang diterbitkan oleh penerbit UKM

perlu dijadikan rujukan oleh pelajar UKM dalam menulis dokumen projek akhirnya.

• mengapit petikan langsung. Contoh:

E. W. Dijkstra menyatakan pengujian perisian "shows the presence, not the absence, of bugs" (menunjukkan kehadiran, bukannya ketiadaan, ralat).

ISBN 978-983-41293-6-1

130